mrt yakin persetujuan bersama akan · pdf filesemasa mesyuarat hari ini, pemilik tanah juga...

3
SIARAN MEDIA MRT YAKIN PERSETUJUAN BERSAMA AKAN DITANDATANGANI TIDAK LAMA LAGI Mesyuarat yang dianjurkan oleh DBKL dengan pemilik rumah kedai Jalan Sultan menetapkan halatuju untuk mencapai penyelesaian Kuala Lumpur, 12 Oktober 2012: Satu mesyuarat yang diadakan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan pemilik lot tanah di Jalan Sultan telah berjaya menetapkan halatuju untuk mencapai penyelesaian beberapa isu teknikal berkaitan dengan jajaran MRT di kawasan itu. Pihak yang hadir di dalam mesyuarat adalah DBKL, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan pemilik lot tanah yang akan berada di atas terowong MRT. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Dato’ Ahmad Phesal Talib. Setelah selesai mesyuarat selama dua jam itu, wakil pemilik lot tanah yang telah menandatangani Terma-terma Perjanjian (Points of Agreement ataupun POA) dengan MRT Corp telah bersetuju untuk mengadakan satu mesyuarat teknikal terperinci dengan DBKL dan jurutera MRT Corp minggu depan untuk menyelesaikan beberapa perkara teknikal yang berkaitan dengan pembinaan terowong MRT di bawah hartanah mereka. Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Dato’ Azhar Abdul Hamid berkata mesyuarat tersebut amat positif kerana pihak pemilik sekarang sedar akan had kerja penambahbaikkan ke atas hartanah mereka. Had kerja ini bertujuan untuk melindungi dan memastikan keselamatan terowong MRT. “Hasil mesyuarat hari ini amat menggalakkan. Sebaik sahaja hal-hal teknikal diselesaikan, MRT Corp akan dapat menandatangani Persetujuan Bersama dengan pemilik secepat mungkin,” dia berkata. “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pemilik dan juga peguam mereka yang telah memberi kerjasama kepada MRT Corp. MRT Corp sedar bahawa disebabkan terowong MRT di bawah tanah mereka, pemilik terpaksa berhati-hati apabila membuat sebarang perubahan kepada bangunan mereka. Saya amat menghargai kesangguppan pemilik untuk membincang isu ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada DBKL di atas semua usaha mereka,” tambah Dato’ Azhar. Persetujuan Bersama antara MRT Corp dan pemilik tanah akan membolehkan terowong MRT wujud bersama bangunan persendirian yang berada di permukaan. Dengan Persetujuan Bersama ini, tanah persendirian yang terletak di atas terowong MRT tidak perlu di ambil balik oleh kerajaan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960. Persetujuan Bersama ini juga memperuntukkan pampasan yang harus dibayar jika rumah kedai ini perlu dikosongkan semasa pembinaan terowong. MRT Corp juga akan membaiki apa-apa kerosakan yang diakibatkan oleh kerja pembinaan terowong. Persetujuan Bersama ini juga akan membolehkan Kerajaan memberhentikan proses pengambilan balik tanah yang dimulakan tahun lepas.

Upload: phamdien

Post on 19-Feb-2018

221 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: MRT YAKIN PERSETUJUAN BERSAMA AKAN  · PDF fileSemasa mesyuarat hari ini, pemilik tanah juga telah diberi taklimat mengenai perancangan DBKL dan juga had-had ke atas aktiviti

SIARAN MEDIA

MRT YAKIN PERSETUJUAN BERSAMA AKAN

DITANDATANGANI TIDAK LAMA LAGI

Mesyuarat yang dianjurkan oleh DBKL dengan pemilik rumah kedai Jalan Sultan menetapkan halatuju untuk mencapai penyelesaian

Kuala Lumpur, 12 Oktober 2012: Satu mesyuarat yang diadakan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan pemilik lot tanah di Jalan Sultan telah berjaya menetapkan halatuju untuk mencapai penyelesaian beberapa isu teknikal berkaitan dengan jajaran MRT di kawasan itu. Pihak yang hadir di dalam mesyuarat adalah DBKL, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan pemilik lot tanah yang akan berada di atas terowong MRT. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Dato’ Ahmad Phesal Talib. Setelah selesai mesyuarat selama dua jam itu, wakil pemilik lot tanah yang telah menandatangani Terma-terma Perjanjian (Points of Agreement ataupun POA) dengan MRT Corp telah bersetuju untuk mengadakan satu mesyuarat teknikal terperinci dengan DBKL dan jurutera MRT Corp minggu depan untuk menyelesaikan beberapa perkara teknikal yang berkaitan dengan pembinaan terowong MRT di bawah hartanah mereka. Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Dato’ Azhar Abdul Hamid berkata mesyuarat tersebut amat positif kerana pihak pemilik sekarang sedar akan had kerja penambahbaikkan ke atas hartanah mereka. Had kerja ini bertujuan untuk melindungi dan memastikan keselamatan terowong MRT. “Hasil mesyuarat hari ini amat menggalakkan. Sebaik sahaja hal-hal teknikal diselesaikan, MRT Corp akan dapat menandatangani Persetujuan Bersama dengan pemilik secepat mungkin,” dia berkata. “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pemilik dan juga peguam mereka yang telah memberi kerjasama kepada MRT Corp. MRT Corp sedar bahawa disebabkan terowong MRT di bawah tanah mereka, pemilik terpaksa berhati-hati apabila membuat sebarang perubahan kepada bangunan mereka. Saya amat menghargai kesangguppan pemilik untuk membincang isu ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada DBKL di atas semua usaha mereka,” tambah Dato’ Azhar. Persetujuan Bersama antara MRT Corp dan pemilik tanah akan membolehkan terowong MRT wujud bersama bangunan persendirian yang berada di permukaan. Dengan Persetujuan Bersama ini, tanah persendirian yang terletak di atas terowong MRT tidak perlu di ambil balik oleh kerajaan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960. Persetujuan Bersama ini juga memperuntukkan pampasan yang harus dibayar jika rumah kedai ini perlu dikosongkan semasa pembinaan terowong. MRT Corp juga akan membaiki apa-apa kerosakan yang diakibatkan oleh kerja pembinaan terowong. Persetujuan Bersama ini juga akan membolehkan Kerajaan memberhentikan proses pengambilan balik tanah yang dimulakan tahun lepas.

Page 2: MRT YAKIN PERSETUJUAN BERSAMA AKAN  · PDF fileSemasa mesyuarat hari ini, pemilik tanah juga telah diberi taklimat mengenai perancangan DBKL dan juga had-had ke atas aktiviti

Sehingga hari ini, 18 daripada 24 pemilik tanah yang terlibat sudah menandantangani POA, yang merupakan perjanjian yang tidak mengikat dan yang akan menjadi asas kepada Persetujuan Bersama, manakala seorang lagi pemilik akan menandatangani POA tidak lama lagi. Dua pemilik pula tidak membantah tanah mereka diambil balik oleh Kerajaan. Baki tiga pemilik enggan berunding dengan MRT Corp dan inginkan jajaran MRT dialihkan ke tempat lain. Pemilik tiga lot tanah tersebut, iaitu Lok Ann Hotel, Yan Keng Benevolent Dramatic Association dan KL Gospel Hall, telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan menandatangani apa-apa perjanjian dengan MRT Corp. Wakil Lok Ann Hotel dan KL Gospel Hall hadir di mesyuarat hari ini. Dato’ Azhar berkata tuduhan mereka bahawa projek MRT akan memusnahkan warisan tiada berasas dan amat mengecewakan. “Kami telah berulang kali menyatakan bahawa projek MRT hanya perlu membina terowong di bawah tanah mereka. Bangunan mereka yang sedia ada, samada bersejarah ataupun tidak, akan kekal berdiri. Namun begitu, mereka teruskan dengan tomahan bahawa MRT Corp akan merobohkan bangunan mereka. Kami amat kecewa tetapi kami tidak harus membolehkan segelintir pihak mengagalkan usaha kerajaan menjaga kepentingan pihak majoriti,” kata Dato’ Azhar. Semasa mesyuarat hari ini, pemilik tanah juga telah diberi taklimat mengenai perancangan DBKL dan juga had-had ke atas aktiviti pembangunan semula untuk kawasan ini. Pemilik tanah juga telah diberi penerangan mengenai rancangan DBKL untuk memulihara warisan di kawasan ini dan impak usaha ini ke atas usaha pembangunan semula bangunan. DBKL mungkin mewajibkan pemilik tanah mengekalkan seni bina bahagian depan rumah kedai di kawasan ini. Pemilik tanah yang ingin membuat pengubahsuaian kepada bangunan mereka mungkin perlu memastikan bahawa bahagian depan tingkat bawah dan pertama bangunan mereka dikekalkan, manakala tingkat-tingkat yang selanjutnya mempunyai rekabentuk yang sesuai dengan senibina bangunan-bangunan kawasan tersebut. Keperluan ini mungkin akan diwajibkan untuk pembangunan baru di kawasan yang dikenali sebagai Chinatown Kuala Lumpur. “Saya berbagga kerana DBKL membolehkan pembangunan di kawasan ini, pada masa yang sama, memastikan pemuliharaan warisan dan sejarah di kawasan ini. Apabila perkhidmatan MRT beroperasi, beribu-ribu orang termasuk pelancong akan dapat mengunjungi Chinatown dan menghayati sejarah kawasan di mana Kuala Lumpur bermula dengan mudah,” ujar Dato’ Azhar. MRT akan mempunyai kapasiti untuk membawa 20,000 penumpang sejam sehala (passengers per hour per direction) apabila beroperasi penghujung tahun 2016. Kapasiti ini akan dipertingkankan dengan menambah kekerapan tren MRT.

- Tamat - Latar belakang Projek MRT

MRT merupakan sistem pengangkutan rel baru untuk Lembah Klang. Ia adalah sebahagian daripada

Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), di bawah Program

Transformasi Ekonomi. Laluan Sungai Buloh - Kajang (SBK) adalah sepanjang 51km, dari bandar

utara-barat laut Sg Buloh hingga ke bandar tenggara Kajang. Apabila siap, ia akan terdiri daripada

31 stesen dan memberi perkhidmatan kepada 1.2 juta orang di sepanjang laluan. Ia juga akan

memiliki integrasi strategik dengan rangkaian pengangkutan rel sedia ada KL, iaitu LRT, Monorel dan

Page 3: MRT YAKIN PERSETUJUAN BERSAMA AKAN  · PDF fileSemasa mesyuarat hari ini, pemilik tanah juga telah diberi taklimat mengenai perancangan DBKL dan juga had-had ke atas aktiviti

KTM Komuter, serta laluan bas intra dan antara bandar. Hasilnya akan memberikan keterkaitan

yang lebih baik untuk KL dan bandar-bandar sekitarnya, di samping mengurangkan jumlah bilangan

kereta yang memasuki ibu kota.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Mr. Yoong Loong Hin (Edelman) 016-5645670 Ms. Maureen Jeyasooriar (Edelman) 016-2064427