pbs tingkatan 2 - teknologi mengatasi had penglihatan manusia

Upload: cuksam27

Post on 31-Oct-2015

900 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tugasan PBS Tingkatan 2

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN

Senarai KandunganMuka Surat

Penghargaan

3

Alat-alat teknologi yang mengatasi had penglihatanmanusia5

Alat teknologi pilihan :periskop

9

Mari mencipta periskop!!

15

Rujukan

28

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia - Nya, saya berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus Sains yang dipertanggungjawabkan bagi semua murid kelas 2 RK ini. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada keluarga saya yang telah banyak memberi bantuan dan sokongan dari segi mental dan material.Tidak dilupakan juga kepada guru matapelajaran Sains saya, Puan Sarina yang telah memberikan garis panduan dan tunjuk ajar sepanjang saya melaksanakan tugasan ini supaya tugasan ini dapat memenuhi kriteria yang dikehendaki. Penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi pengetahuan untuk melaksanakan tugasan ini

ALAT-ALAT TEKNOLOGI YANG MENGATASIHAD PENGLIHATAN MANUSIA

Soalan : Senaraikan semua alat di dunjia yang digunakan untuk mengatasi had penglihatan manusia

TELESKOPBINOKULAR

MIKROSKOPPERISKOP

CERMIN MATAKANTA LEKAP

MONOKULARRIFLE SKOP

KALEIDOSKOP

SPOTTING SKOPRANGE FINDER

KANTA PEMBESARRED DOT DKOP

ALAT TEKNOLOGI PILIHAN:PERISKOP

Soalan : Pilih satu alat dengan gambar rajah berlabel

PENGENALAN : APA ITU PERISKOP?

Nama periskop berasal daripada dua perkataan Greek iaitu peri yang bermaksud sekeliling dan scopus yang bermaksud untuk dilihat.Periskop merupakan satu alat optik untuk mengamati objek dari posisi tersembunyi dan membantu manusia untuk melihat objek yang terhalang oleh dinding,sudut dan sebagainya.Periskop digunakan oleh Angkatan Laut agar para pelaut yang berada di dalam kapal selam dapat melihat apa yang ada di permukaan air. Periskop juga biasa dijumpai pada kenderaan yang digunakan ketika perperangan iaitu kereta kebal.

Walau bagaimanapun,saya hanya akan menghuraikan berkenaan periskop yang digunakan pada kapal selam.Periskop pada kapal selam panjangnya hamper 60 kaki (18 meter).Pada dasarnya semakin panjang sesuatu periskop,semakin kecil objek yang dapat dilihat oleh pemerhati.Namun binaan periskop pada kapal selam lebih kompleks berbanding periskop mudah yang hanya mempunyai dua cermin satah di dalamya.

Hasil objek yang dilihatBahagian periskop di luar kapal selamBahagian periskop di dalam kapal selamPemerhati

Kedudukan periskop pada bahagian dalam dan luar kapal selam

Cermin satah 1/ Prisma

ObjekCahaya

Kanta pembesar

Cermin satah 2/Prisma

Mata pemerhati

Bahagian dalam periskop pada kapal selam

Soalan : Penerangan cara alat beroperasi

BAGAIMANA PERISKOP PADA KAPAL SELAM BERFUNGSI?

Secara asasnya periskop dibina dan berfungsi hampir sama dengan teleskop, iaitu diperbuat daripada tiub panjang yang mengandungi cermin di kedua-dua bahagian hujungnya.Dua cermin tersebut dimuatkan kedalam tiub dalam keadaan setentang (parallel) dan disengetkan pada sudut 45 darjahSemakin panjang tiub periskop,semakin kecil imej yang terhasil.Oleh sebab itu,periskop yang lebih canggih mempunyai kanta pembesar di sepanjang tiub dan prisma pemantul menggantikan cermin.Prisma digunakan menggantikan cermin kerana cermin bersifat rapuh dan tidak tahan keadaan persekitaran kapal selam dank anta pembesar digunakan untuk membesarkan imej. Periskop pada kapal selam mempunyai binaan tiub yang tebal,kalis air dan tahan tekanan yang wujud di lautan dalamPeriskop berfungsi apabila cahaya yang dikumpulkan daripada objek mengenai cermin satah 1 (rujuk rajah di atas) yang diletakkan pada kedudukan 45 darjah dipantulkan pada sudut yang sama. Cahaya tersebut memantul kepada cermin satah 2. Apabila cahaya tersebut mengenai cermin satah 2,ia memantul sekali lagi pada sudut 45 darjah ke arah mata pemerhati.Sesuatu periskop boleh memutar 360 darjah supaya pemerhati boleh setiap sudut di sekelilingnya.

Soalan: Prinsip-prinsip cahaya yang diaplikasikan

APAKAH PRINSIP CAHAYA YANG DIAPLIKASIKAN DALAM PENGGUNAAN PERISKOP PADA KAPAL SELAM?

Cahaya bergerak dalam garisan lurus.Jika ada objek di hadapan kamu yang berdekatan dengan sumber cahaya (matahari,lampu,dll),ia akan memantulkan sinaran cahaya yang lurus daripada sumber tersebut kepada mata manusia bagi membolehkan manusia melihatnya.Walau bagaimanapun,jika objek tersebut tidak bersetentang dengan kamu,kamu tidak dapat melihatnya kerana cahaya hanya bergerak dalam garisan lurus. Prinsip cahaya yang diaplikasikan dalam penggunaan periskop adalah cahaya boleh memantul.Apabila cahaya mengenai sesuatu permukaan, cahaya akan melantun atau memantul. Sifat cahaya ini disebut pantulan. Pantulan ialah pembalikan cahaya daripada sesuatu permukaan.Kaedah pantulan cahaya bergantung pada jenis permukaan.Permukaan rata memantulkan cahaya secara teratur manakala permukaan kasar memantulkan cahaya secara berselerak.Oleh sebab itu,cermin merupakan bahan yang paling sesuai untuk memantulkan cahaya.Cahaya yang mengenai permukaan licin seperti cermin akan memantul kembali dalam sudut yang sama.

MARI MENCIPTAPERISKOP!

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

2 kotak susu 2 cermin kecil ( rata,petak) Pisau (untuk memotong) Pembaris Protaktor Pensil Pita pelekat (masking tape )

Potong bahagian atas kotak susu menggunakan pisau.

Buat lubang dibahagian bawah kotak susu.Tinggalkan kira-kira inci dibahagian sisi lubang tersebut.1/4 inci

Baringkan kotak .Ukur 45 darjah menggunakan protaktor . Sekarang,dengan menggunakan pembaris dan pensil hasilkan satu garisan.

Selitkan cermin ke dalam lubang yang telah dipotong . Lekatkan cermin pada posisi 45 darjah menggunakan pita pelekat.

Ulangi langkah 1 hingga 6 pada kotak susu yang ke-dua.

Potong mengikut garisan tersebut.Jangan potong sehingga ke hujung kotak sehingga kotak terbahagi dua .

Uji periskop tersebut dengan melihat ke dalam lubang yang dibuat(langkah 2).

Dirikan kedua-dua kotak susu.Pastikan kotak susu yang dibawah lubangnya menghadap mata kamu manakala kotak susu diatas sebaliknya.

Sambung dan lekatkan kedua-dua kotak susu tersebut.

Sekarang, periskop sudah siap!!!.Gunakanlah untuk tengok objek sekitar melepasi tembok yang tinggi.

RUJUKAN

Laman web http://www.exploratorium.edu/science_explorer/index.html http://en.wikipedia.org/wiki/Periscope

Buku Rujukan Buku teks sains m/s:29/22

Orang Perseorangan Guru Sains : Puan Sarina Bt Darus

SEKIAN

NAMA:MUHAMMAD SYAHMI BIN ZAINAL ABIDINKELAS:2 RANCANGAN KHASTAJUK:ALAT TEKNOLOGI YANG MEMBANTU MENGATASI HAD DERIA PENGLIHATAN MANUSIA

GURU:PUAN SARINA BINTI DARUSCAHAYA DAN PENGLIHATAN

22