mpi komited promosi mpob, mpoa sepakat produk komoditi … · 2018-09-13 · mpi komited promosi...

11
MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT − SABTU − 1 SEPTEMBER 2018 Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan MPI komited promosi produk komoditi negara MUKA 3 MPOB, MPOA sepakat tangani masalah industri sawit MUKA 5 Oleh Insyirah Mohamad Shah, Dr. Harrison Lau Lik Nang dan Yoong Jun Hao [email protected]; [email protected]; [email protected] Beijing L embaga Minyak Sawit Malay- sia (MPOB) memeterai memo- randum persefahaman (MoU) dengan Universiti Tsinghua bagi bio bahan api berasaskan sawit di The Great Hall of the People di sini baru-baru ini. Universiti Tsinghua adalah sebuah institusi penyelidikan ter- kemuka China dan termasuk dalam 30 universiti terbaik dunia. Majlis berkenaan disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir dan Perdana Menteri China, Li Keqiang sempena lawatan rasmi ke China baru-baru ini. Yang turut hadir Menteri Kabi- net, Duta Besar Malaysia dan pega- wai Malaysia termasuk Menteri Industri Utama, Teresa Kok; Ketua Setiausaha Kementerian Industri Utama, Datuk Zurinah Pawanteh; dan Pengerusi MPOB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh. Dengan pemeteraian MoU terse- but, MPOB dan Universiti Tsinghua akan bekerjasama melalui penye- lidikan dalam membangun dan mempromosi bio bahan api bera- saskan sawit Malaysia di China. Projek rintis Kerjasama dua institusi itu juga akan dicapai melalui projek rintis berkaitan pengeluaran dan pelaksa- naan penggunaan bio bahan api berasaskan sawit dalam pelbagai bidang termasuk sistem pengangku- tan dan bahan bakar bagi sektor industri di China. Inisiatif ini akan memperkukuh perdagangan dan meningkatkan kerjasama dalam bio bahan api berasaskan sawit yang memanfa- atkan kedua-dua negara. Minyak sawit merupakan bahan mentah penting dalam penghasilan bio bahan api, termasuk biodiesel, pelet bahan api dan bahan api pesa- wat. Tenaga boleh diperbaharui adalah salah satu fokus utama dalam pelan pembangunan China di bawah Pelan Pembangunan Jangka Sederhana dan Panjang Tenaga Boleh Diperbaharui yang digariskan pada Ogos 2007 mene- tapkan sasaran pengeluaran 200,000 tan biodiesel menjelang 2010 dan seterusnya berkembang kepada 2 juta tan pada tahun 2020. Bio bahan api berasaskan sawit mempunyai potensi sebagai sumber pembaharuan dan tenaga mesra alam dan melengkapkan Dasar Tenaga Hijau China yang menya- sarkan 15 peratus bahan api bukan fosil menjelang tahun 2020. Biodi- esel merupakan salah satu jenis bahan api boleh diperbaharui yang biasa dihasilkan. Minyak sawit adalah bahan mentah sesuai digunakan dalam pengeluaran bio bahan api kerana sumber bekalannya yang konsisten di samping hijau, mesra alam dan boleh diperbaharui. Berdasarkan statistik MPOB, eksport biodiesel sawit Malaysia meningkat hampir lapan kali ganda kepada 19.6 ribu tan metrik bagi tempoh Januari hingga Jun 2018 berbanding dengan 2.5 ribu tan yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun 2017. Harga minyak sayuran di pasa- ran dunia semasa yang rendah kesan perang perdagangan China- Amerika Syarikat telah merangsang import dan penggunaan biodiesel termasuklah import biodiesel sawit Malaysia oleh China. Harga biodiesel sawit menjadi lebih berdaya saing dibandingkan dengan diesel berasaskan petroleum. Kerjasama dua institusi dicapai melalui projek rintis berkaitan pengeluaran, penggunaan bio bahan api MPOB, Universiti Tsinghua China meterai kerjasama penyelidikan biodiesel Ahmad Kushairi (kiri) dan Prof Yang Bindi menandatangani memorandum persefahaman berkaitan bio bahan api sawit yang disaksikan Dr Mahathir dan Li Keqiang.

Upload: dokhuong

Post on 01-Apr-2019

234 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT

− SABTU − 1 SEPTEMBER 2018

Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan

MPI komited promosi produk komoditi

negara ≤ MUKA 3

MPOB, MPOA sepakat tangani masalah

industri sawit ≤ MUKA 5

Oleh Insyirah Mohamad Shah, Dr. Harrison Lau Lik Nang dan Yoong Jun [email protected]; [email protected]; [email protected]

Beijing

Lembaga Minyak Sawit Malay-sia (MPOB) memeterai memo-randum persefahaman (MoU)

dengan Universiti Tsinghua bagi bio bahan api berasaskan sawit di The Great Hall of the People di sini baru-baru ini.

Universiti Tsinghua adalah sebuah institusi penyelidikan ter-kemuka China dan termasuk dalam 30 universiti terbaik dunia.

Majlis berkenaan disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir dan Perdana Menteri China, Li Keqiang sempena lawatan rasmi ke China baru-baru ini.

Yang turut hadir Menteri Kabi-net, Duta Besar Malaysia dan pega-wai Malaysia termasuk Menteri Industri Utama, Teresa Kok; Ketua Setiausaha Kementerian Industri Utama, Datuk Zurinah Pawanteh; dan Pengerusi MPOB, Tan Sri Mohd

Bakke Salleh.Dengan pemeteraian MoU terse-

but, MPOB dan Universiti Tsinghua akan bekerjasama melalui penye-lidikan dalam membangun dan mempromosi bio bahan api bera-saskan sawit Malaysia di China.

Projek rintisKerjasama dua institusi itu juga akan dicapai melalui projek rintis berkaitan pengeluaran dan pelaksa-naan penggunaan bio bahan api berasaskan sawit dalam pelbagai bidang termasuk sistem pengangku-tan dan bahan bakar bagi sektor industri di China.

Inisiatif ini akan memperkukuh

perdagangan dan meningkatkan kerjasama dalam bio bahan api berasaskan sawit yang memanfa-atkan kedua-dua negara.

Minyak sawit merupakan bahan mentah penting dalam penghasilan bio bahan api, termasuk biodiesel, pelet bahan api dan bahan api pesa-wat.

Tenaga boleh diperbaharui adalah salah satu fokus utama dalam pelan pembangunan China di bawah Pelan Pembangunan Jangka Sederhana dan Panjang Tenaga Boleh Diperbaharui yang digariskan pada Ogos 2007 mene-tapkan sasaran pengeluaran 200,000 tan biodiesel menjelang 2010 dan

seterusnya berkembang kepada 2 juta tan pada tahun 2020.

Bio bahan api berasaskan sawit mempunyai potensi sebagai sumber pembaharuan dan tenaga mesra alam dan melengkapkan Dasar Tenaga Hijau China yang menya-sarkan 15 peratus bahan api bukan fosil menjelang tahun 2020. Biodi-esel merupakan salah satu jenis bahan api boleh diperbaharui yang biasa dihasilkan.

Minyak sawit adalah bahan mentah sesuai digunakan dalam pengeluaran bio bahan api kerana sumber bekalannya yang konsisten di samping hijau, mesra alam dan boleh diperbaharui.

Berdasarkan statistik MPOB, eksport biodiesel sawit Malaysia meningkat hampir lapan kali ganda kepada 19.6 ribu tan metrik bagi tempoh Januari hingga Jun 2018 berbanding dengan 2.5 ribu tan yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun 2017.

Harga minyak sayuran di pasa-ran dunia semasa yang rendah kesan perang perdagangan China-Amerika Syarikat telah merangsang import dan penggunaan biodiesel termasuklah import biodiesel sawit Malaysia oleh China.

Harga biodiesel sawit menjadi lebih berdaya saing dibandingkan dengan diesel berasaskan petroleum.

Kerjasama dua institusi dicapai melalui projek rintis berkaitan pengeluaran, penggunaan bio bahan api

MPOB, Universiti Tsinghua China meterai kerjasama penyelidikan biodiesel

Pantone 3268 CVC

Pantone 124 CVC

Ahmad Kushairi (kiri) dan Prof Yang Bindi menandatangani memorandum persefahaman berkaitan bio bahan api sawit yang disaksikan Dr Mahathir dan Li Keqiang.

Teresa Kok bersama Shamsul Iskandar (dua dari kiri), Zurinah dan Ahmad Kushairi menunjukkan produkpencuci pakaian berasaskan sawit yang mesra alam yang dihasilkan melalui teknologi MPOB.

Oleh Noor AsmawatiAbdul Samadwatie@mp ob.gov.my

Bangi

Menteri Industri Utama, Te-resa Kok melancarkanKempen Amalan Hijau

atau Go Green untuk diamalkanoleh Kementerian dan agensi dibawahnya, di sini baru-baru ini.

“Kempen hijau ini amat bertepa-tan dengan usaha Kementerian In-dustri Utama (MPI) ke arah men-jadikan kita pengeluar produk be-rasaskan komoditi yang mampan”,katanya ketika berucap pada MajlisPerhimpunan MPI sempena BulanKebangsaan dan Kibar Jalur Gemi-lang 2018 di Ibu Pejabat MPOB.

Katanya, adalah penting MPI,agensi dan majlis di bawah kemen-terian komited dalam membudaya-kan amalan Go Green.

“Amalan Go Green dalam perse-kitaran kerja terutama kecekapanguna tenaga adalah sebagai langkah

penjimatan di semua premis MPI,agensi dan majlis.

Majlis berkenaan yang turut di-adakan bagi merayakan Hari Kemer-dekaan ke-61 dan pelancaran kiba-ran Jalur Gemilang peringkat ke-m e n te r i a n .

Aspirasi baharu“Tahun ini sambutan Hari Kemer-dekaan ke-61 penuh bersejarah ke-rana akan meraikannya di bawahtampuk kepimpinan kerajaan baha-ru - Kerajaan Pakatan Harapan yangdipimpin oleh Perdana Menteri TunDr Mahathir Mohamad.

Katanya, kerajaan baharu ini akanmemastikan kegemilangan yangakan dilakar dan dikecapi oleh se-mua rakyat dari sekarang dan se-terusnya pada masa hadapan.

“Aspirasi dan semangat baharu iniperlu diterjemahkan, dihayati dandibuktikan dalam semua aspek demimembantu kerajaan membawa ne-gara ke tahap yang lebih gemilang.

Katanya, menjadi hasrat PerdanaMenteri, sokongan dan kesabaranrakyat diperlukan bagi kerajaanmendokong semua agenda dan prog-ram yang dilaksanakan oleh kera-jaan kelak.

Dalam pada itu, Teresa juga ber-kata, negara sedang berdepan de-ngan kejatuhan dan kemerosotanharga komoditi.

“Cabaran seperti ini menuntut ke-pada pembaharuan strategi, pende-katan jangka panjang dan komitmenberterusan oleh semua pihak.

“Oleh itu, kita perlu meningkatkanusaha untuk menghasilkan produkkomoditi secara mampan, bertarafunggul dan mempunyai nilai tam-bah yang tinggi.

Katanya, pendekatan dan kaedahbaharu di peringkat huluan dan hi-liran perlu dipergiatkan lagi.

“Kementerian dan pihak industriperlu menyusun atur strategi danmenggerakkan program bagi meran-cakkan aktiviti berkaitan pembangu-nan industri agri komoditi”, kata-nya .

Yang turut hadir pada majlis ber-kenaan Timbalan Menteri IndustriUtama, Shamsul Iskandar Md Akin,Ketua Setiausaha MPI, Datuk Zu-rinah Pawanteh, Ketua PengarahMPOB, Datuk Dr Ahmad KushairiDin dan Ketua-Ketua Pengarah agen-si serta Ketua Pegawai Eksekutif ma-jlis di bawah MPI.

MPI lancar Amalan HijauGo Green

sebagai amalanharian,mesra alamKe m e n t e r i a n ,agensi

Kempen hijau ini amatbertepatan denganusaha KementerianIndustri Utama (MPI) kearah menjadikan kitapengeluar produkberasaskan komoditiyang mampan”

Teresa Kok,Menteri Industri Utama

2

Lawatan rasmi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mo-hamad ke China yang turut disertai Menteri IndustriUtama, Teresa Kok bertujuan memperkukuhkan perda-gangan dua hala kedua negara termasuk peningkataneksport produk sawit Malaysia ke China.

Usaha memperkukuhkan perdagangan sektor komoditi diChina melibatkan perbincangan dua hala peringkat tertinggidua negara, pemeteraian kerjasama dan pertemuan denganpengimport dan pengguna produk komoditi termasuk mi-nyak sawit.

Antara kerjasama yang terjalin antara kedua negara ter-masuk Memorandum Persefahaman (MoU) antara LembagaMinyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Universiti Tsinghua Chinamengenai penyelidikan dalam membangun dan mempro-mosi bio bahan api berasaskan sawit Malaysia di China.

Kerjasama dua institusi penyelidikan melalui projek rintisberkaitan pengeluaran dan pelaksanaan penggunaan biobahan api berasaskan sawit dalam pelbagai bidang termasuksistem pengangkutan dan sektor industri di China.

Inisiatif yang terjalin akan memperkukuhkan perdagangandan meningkatkan kerjasama dalam penggunaan bio bahanapi berasas sawit yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Negara China merupakan antara negara pengimport uta-ma minyak sawit Malaysia. Pada tahun 2017, eksport produksawit Malaysia ke China mencatatkan 2.95 juta tan dengannilai RM3.21 billion. Eksport minyak sawit Malaysia ke negaraChina bagi tempoh Januari hingga Jun 2018 mencatatkansebanyak 1.37 juta tan. Dengan pasaran yang besar dankeperluan kepada pengimportan minyak sayuran, peluangperdagangan minyak sawit termasuk biodiesel sawit di Chinaadalah tinggi.

Dengan sumbangan penting ke-pada sektor minyak dan lelemak glo-bal dan kegunaan produk sawit da-lam penyediaan makanan, industrisawit sering menjadi tumpuan ma-syarakat global berkaitan denganamalan mampan dan jaminan ke-selamatan makanan. Pertubuhan Bu-kan Kerajaan (NGO) dan pihak-pihakberkepentingan terus berusaha mem-burukkan imej minyak sawit yangdikaitkan dengan amalan penana-man sawit yang boleh menjejaskanalam sekitar dan hidupan liar bagimenghalang perdagangan minyak sa-wit khususnya ke pasaran negara Ero-pah.

Dalam konteks ini, kementeriandan MPOB mempergiatkan usaha ba-gi meningkatkan interaksi denganpelbagai pihak termasuk penggunaminyak sawit bagi meningkatkan ke-sedaran dan penyampaian maklumat tepat mengenai ama-lan mampan dan keistimewaan produk sawit yang ber-khasiat.

Bagi berkongsi maklumat dengan pihak yang terlibatdengan perdagangan dan penggunaan produk sawit di luarnegara, Kementerian Industri Utama (MPI) melalui MPOBdan Kementerian Luar Negeri (KLN) telah menjalin kerjasamadi bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MalaysianTechnical Cooperation Programme – MTCP) menganjurkanProgram Suai Kenal Minyak Sawit (Palm Oil FamilirisationProgramme – POFP) yang dianjurkan secara tahunan. POFPtelah memasuki tahun ke-38 penganjurannya menyediaruang perbincangan kepada penggiat industri minyak danlelemak dari negara pengguna minyak sawit seluruh dunia.

POFP memberi peluang kepada peserta luar negara untukberinteraksi dengan penggiat industri sawit tempatan danmeninjau operasi industri melalui siri lawatan ke ladang,kilang memproses produk sawit serta pencapaian bidangpenyelidikan dalam industri sawit yang dilaksanakan olehM P O B.

Maklumat yang diperoleh peserta POFP meliputi kepen-tingan minyak sawit sebagai sumber makanan pendudukdunia, khasiat pemakanan minyak sawit yang kaya denganpelbagai khasiat seperti fitonutrien, vitamin A dan E. Ta-naman sawit adalah paling produktif, pelbagai guna, kosefektif dan diurus secara mampan.

Industri sawit merupakan antara tunjang ekonomi negaramembangun seperti Malaysia yang menyedia sumber eko-nomi kepada pekebun kecil dan peluang pekerjaan kepadalebih 4 juta penduduk.

kushairi@mp ob.gov.my

3

MPI komitedpromo sipro dukkomoditi negara

Oleh Noor Asmawati AbdulSa m a dwatie@mp ob.gov.my

Pu t ra j aya

Menteri Perusahaan Utama,Teresa Kok berkata beri-kutan hasil positif dari-

pada perundingan Perdana Men-teri, Tun Dr. Mahathir Mohamadsemasa lawatan ke China baru-baru, kementeriannya akan lebihgiat mempromosi produk komo-diti di negara berkenaan.

Dengan China sebagai antara ti-ga pengimport utama minyak sa-wit Malaysia, delegasi KementerianIndustri Utama (MPI) menanda-tangani memorandum persefaha-man (MOU) antara China NationalCereals and Oil Foodstuffs Corpo-ration(COFCO) dan Sime Darby

Plantation Berhad yang bakal me-mudahkan penggunaanminyak sa-wit Malaysia di negara itu.

“Ini dianggap sebagai inisiatifpenting dan tindakan segera di-ambil oleh pihak berkaitan bagimerealisasikan perdagangan sawitte r s e b u t ,” katanya dalam satu ke-nyataan, di sini.

Satu lagi inisiatif penting bagiindustri sawit adalah pemeteraianpersefahaman antara TsinghuaUniversity dan Lembaga MinyakSawit Malaysia (MPOB) bagi pem-bangunan teknologi canggih untukbiofuel sawit. Tsinghua adalah an-tara 50 universiti terkemuka duniadengan tumpuan utama dalam ke-juruteraan dan sains.

“Pasukan penyelidikan terkemu-ka di universiti itu sangat positifmenjalin kerjasama dengan MPOBakan menjadi faktor utama yangakan menentukan pencapaianChina untuk menggunakan bio-fuel berasaskan sawit sebagai te-naga boleh diperbaharui secarakeseluruhan di China,” kata Te-resa.

Beliau dan delegasi turut me-ngadakan perbincangan dua haladengan Menteri Pentadbiran AmKastam China, Ni Yuefeng.

Pelbagai isu kepentingan bersa-

ma dibincangkan dan bantuan tek-nikal untuk memudahkan peng-importan komoditi Malaysia keChina turut ditawarkan.

“Kerjasama antara MPOB danpihak kastam bagi penerimaandan pendaftaran minyak sawityang memenuhi standard kualitimakanan China akan terus diper-tingkatkan melalui pelbagai per-kongsian dari segi teknikal dandialog.

Kunjungan ke agensi awamTeresa turut mengadakan kunju-ngan pelbagai agensi awam dansyarikat swasta di China. Perbin-cangan dengan Pengerusi Persa-tuan Pemakanan Cina, Prof. Dr.Yang Yuexin membuahkan pelba-gai hasil positif berkaitan penye-lidikan menggunakan minyak sa-wit merah dan perbandingan mi-nyak sawit dengan minyak zaitunserta minyak lain.

“Setakat ini penggunaan minyaksawit merah di kalangan penggunadi China menunjukkan hasil pe-makanan yang sangat positif danwajar digunakan sebagai produkyang perlu dipromosikan di se-luruh China,” ka t a nya .

Delegasi turut mengunjungi ki-lang MARS Chocolate yang terletakdi pinggir bandar Beijing. Pasukanpengurusan MARS mengulangi ko-mitmen mereka terhadap peng-gunaan minyak sawit Malaysiayang mampan dalam pelbagai ru-musan konfeksi.

Sebagai kesinambungan, delega-si Malaysia memberikan taklimatmengenai komitmen melaksana-kan pensijilan Minyak Sawit Mam-pan Malaysia (MSPO).

Perkembangan mengenai MSPOakan sentiasa dikongsi denganMARS serta rakan industri Chinabagi meningkatkan penerimaanterhadap minyak sawit Malaysia.

Teresa turut mengunjungi FGVChina Oils Ltd. Co di Guangzhouyang dimiliki dan dikendali olehFGV Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Da-tuk Zakaria Arshad dalam takli-matnya menekankan peranan ser-ta kemudahan yang dimiliki Ma-l a y s i a b a g i m e m a s t i k a npenggunaan minyak sawit di ran-tau tersebut termasuk rangkaianpengedaran minyak sawit.

Sektor pembuatan makanandan katering menggunakan mi-nyak sawit Malaysia kerana hargakompetitif dan sesuai untuk pel-bagai kegunaan.

Secara keseluruhan, keterlibatanChina semasa lawatan rasmi Per-dana Menteri dan interaksi, dialogdan perjumpaan yang berterusansemasa misi telah membuahkanhasil positif dan inisiatif utamayang akan memudahkan eksportminyak sawit

Inisiatifpenting bagire a l i s a s ip erdagangans aw i t

Lebih 1 juta kawasan tanaman sawit miliki sijil MSPOOleh Noor AsmawatiAbdul Samadwatie@mp ob.gov.my

Kuala Lumpur: Sejumlah 1.017 jutahektar kawasan tanaman sawit te-lah mempunyai pensijilan MinyakSawit Mampan Malaysia (MSPO)setakat Jun 2018 dan semakin ber-kembang, kata Menteri IndustriUtama, Teresa Kok.

Peningkatan ini sangat ketaraberbanding 758,923 hektar yangdicatatkan pada bulan Februari ta-hun ini.

Katanya, ini bertepatan dengansasaran kerajaan untuk melaksa-nakan pensijilan MSPO secara man-datori menjelang akhir tahun 2019.

“Pensijilan MSPO dibangunkandengan mengambil kira undang-undang dan peraturan domestik,termasuk kriteria kemampanan.

“Skim ini yang dilaksanakan se-cara sukarela pada tahun 2015,akan dijadikan mandatori padaakhir tahun depan,” katanya ketikaberucap merasmikan Seminar danPameran Perdagangan Minyak Sa-wit (POTS) Kuala Lumpur 2018, disini baru-baru ini.

Menyentuh berkaitan prospekpengeksportan minyak sawit ta-hun ini, beliau berkata kerajaantidak menetapkan sebarang sasa-ran untuk tahun ini.

Teresa berkata, ia adalah terlaluawal untuk menghuraikan perbin-cangan mengenai eksport minyaksawit dengan China semasa lawa-tannya ke negara itu baru-baruini.

Beliau sebelum ini dipetik se-bagai berkata bahawa prospek eks-port minyak sawit Malaysia padaseparuh kedua akan positif keranakementerian itu menumpukan

perhatian untuk menarik lebih ra-mai pembeli dari China, kuasa eko-nomi kedua terbesar dan peng-guna ketiga terbesar minyak sawitM a l ays i a .

Teresa berkata, misi Kemente-rian adalah memujuk China bagimeningkatkan penggunaan mi-nyak sawit Malaysia untuk pengi-lang produk makanan dan me-narik pelaburnya untuk memu-lakan perniagaan berkaitanminyak sawit.

Tahun lalu China mengimport1.92 juta tan minyak sawit dariMalaysia, India mengimport 2.03juta tan dan Kesatuan Eropahmembeli 1.99 juta tan.

Secara kumulatif, ketiga-tigapembeli ini menyumbang hampir36 peratus daripada jumlah eks-port minyak sawit Malaysia tahunlalu pada 16.56 juta tan bernilaiRM50 bilion.

Teresa Kok mengetuai delegasi Malaysia ketika mengadakan lawatan ke Tsinghua University, China.

Teresa Kok melawat pameran MPOB sempena POTS Kuala Lumpur2018.

4

POFP tarikp enyertaan21 negarapengguna sawit

Oleh Dr Laziana Ahmad,Muhammad Hanif Miskandardan Nor Asliza Semiran(laziana@mp ob.gov.my),(mhanif@mp ob.gov.my),(norasliza@mp ob.gov.my)

Pu t ra j aya

Sejumlah 50 peserta daripada21 negara menyertai ProgramSuai Kenal Minyak Sawit ke-38

(POFP 2018) yang berlangsung ba-ru-baru ini bagi mempelajari danmelihat dari kaca mata sendiri in-dustri sawit Malaysia.

Perasmian POFP 2018 disempur-nakan Timbalan Menteri IndustriUtama, Shamsul Iskandar MdAkin, di sini.

“Malaysia akan terus memper-tingkatkan pasaran minyak sawitdi peringkat antarabangsa danmemperkenalkan produk inovatifberasaskan sawit,” katanya yangmembacakan ucapan Menteri In-dustri Utama, Teresa Kok.

“Kementerian meletakkan keya-kinan yang tinggi terhadap keupa-yaan MPOB melalui pejabat khid-mat nasihat teknikal di AmerikaSyarikat, Belgium, Pakistan, India,Iran, China dan Mesir untuk mem-pertingkatkan kerjasama denganpihak kerajaan dan industri di ne-gara berkenaan.

“Malaysia percaya kunci kepadaindustri minyak sawit yang mam-pan adalah melalui maklumat da-ta dari penyelidikan yang bermututinggi. Kita kini mengetahui ba-hawa minyak sawit adalah minyakunggul yang memiliki nisbah mo-lekul lemak tak tepu dan lemaktepu yang seimbang menjadikan-nya minyak terbaik untuk masa-ka n”, katanya.

Minyak sawit Malaysia mewakili18.9 peratus dalam perdaganganminyak dan lemak dunia iaitu me-wakili sebanyak 33.4 peratus pa-saran eksport minyak sawit dunia.Jumlah ini diperoleh daripada

penggunaan hanya 2.01 peratustanah dari jumlah 289 juta hektartanah di Malaysia pada 2017.

Katanya, minyak sawit berdepandengan pelbagai cabaran di pa-saran global meskipun merupakanantara penyumbang terbesar in-dustri minyak dunia. Antara ne-gara yang prejudis terhadap mi-nyak sawit adalah Perancis, Bel-gium, Itali dan Turki.

“Malaysia akan mengambil tin-dakan terhadap sebarang ketida-kadilan dan propaganda palsuyang boleh memberi impak negatifke atas pasaran minyak sawit,” ka -t a nya .

“Perlaksanaan skim pensijilanMinyak Sawit Mampan Malaysia(MSPO) bukan sahaja memperkasaindustri minyak sawit Malaysiamalah dapat penjenamaan sawitdi pasaran minyak dan lemak an-t a ra b a n g s a ,” tambah beliau.

Pe l a k s a n a a nskim pensijilan MSPOPelaksanaan skim pensijilan Mi-nyak Sawit Mampan Malaysia (MS-PO) menandakan komitmen jitukerajaan terhadap pengeluaranminyak sawit mampan. Skim MS-PO ini diiktiraf dunia dan akandigunakan sebagai standard per-olehan minyak sawit mampanpada Sukan Olimpik dan Paralim-pik Tokyo 2020.

POFP kali ini disertai pesertayang terlibat dalam industri mi-nyak sawit dari 21 negara termasuk17 peserta yang ditaja oleh Ma-laysian Technical Cooperation

Program (MTCP), KementerianLuar Negeri Malaysia.

Sementara itu, Pengerusi MPOB,Tan Sri Mohd Bakke Salleh ber-kata, POFP selaras dengan nama-nya, membawa misi untuk mem-perkenal dan mendedahkan parapeserta kepada industri minyaksawit di Malaysia secara menye-luruh.

“Ini termasuk pembangunanterkini dalam aktiviti penyelidikandi semua bidang hiliran mahupunhuluan berkaitan sawit.

“Semua peserta dapat menga-mbil peluang yang ada untuk me-nambah pengetahuan tentang mi-nyak sawit dan pelbagai produkyang boleh dihasilkan darinya danseterusnya berperanan sebagai du-ta minyak sawit dalam organisasidan negara masing-masing”, ka-t a nya .

Turut hadir semasa upacara pe-rasmian POFP 2018 adalah KetuaPengarah MPOB, Datuk Dr. AhmadKushairi Din dan Timbalan KetuaSetiausaha Kementerian IndustriUtama, Ravi Mutayyah.

POFP melibatkan pelbagai ak-tiviti seperti ceramah, lawatan la-pangan dan interaksi bersama pe-main industri sawit Malaysia ber-jaya membuka mata peserta

disamping memberi peluang me-lihat secara langsung amalanmampan industri sawit yang di-laksanakan di Malaysia.

Semasa lawatan ke ladang sawitmilik Sime Darby Plantation Ber-had di Pulau Carey, Selangor, pe-serta diberi pendedahan mengenaiproses tumbesaran pokok sawit,penggunaan kumbang pende-bungaan dan penuaian buah sa-wit.

Peserta turut didedahkan me-ngenai Amalan Pertanian Baik(GAP) serta Sistem PengurusanKawalan Perosak Bersepadu yangdipraktikkan seperti penggunaanburung hantu untuk mengawal ti-kus secara biologi dan tanamanbermanfaat untuk mengawal po-pulasi serangga perosak.

Peserta turut kagum dengan ke-mampuan pokok sawit berbandingtanaman bijirin minyak lain darisegi pengeluaran yang lebih pro-d u k t i f.

Peserta POFP turut mengadakanlawatan ke Ibu Pejabat MPOB se-bagai salah satu usaha untuk me-ngetengahkan program penyelidi-kan yang dijalankan oleh MPOBdalam memperkasakan industrisawit Malaysia.

Peserta diberi pendedahan me-

ngenai fasilititi penyelidikan diMPOB seperti loji rintis marjerinbagi melihat proses pembuatanmarjerin menggunakan minyak sa-wit, kebaikan pemakanan marje-rin berasaskan sawit kerana ia ti-dak mengandungi asid lemakt ra n s .

Lawatan yang diadakan sempe-na POFP 2018 berkesan dalammemperkenalkan minyak sawitMalaysia dengan lebih dekat ke-pada peserta luar dan dalam ne-g a ra .

Peserta juga berpeluang berin-teraksi dengan penggiat industrisawit Malaysia sebagai usahaMPOB menjalankan aktiviti pema-danan perniagaan.

Sejumlah 75 pemain pemain in-dustri sawit Malaysia telah hadir kesesi interaksi ini termasuk wakilFGV Holdings Berhad, Sime DarbyPlantation Berhad, Mewah Groupdan syarikat kecil dan sederhana(SMEs).

Sesi interaksi bersama Ketua Pe-gawai Eksekutif Persatuan Penapis-Penapis Minyak Sawit Malaysia(PORAM), Teoh Beng Chuan yangmembentangkan topik berkaitanaspek perdagangan minyak sawit,spesifikasi minyak sawit oleh PO-RAM memberi maklumat sangatberguna kepada pengimport mi-nyak sawit Malaysia.

Pembentangan kertas kerja olehwakil peserta daripada Turki, Ka-zakhstan, India, Amerika Syarikatdan Angola diadakan bagi mene-rangkan lebih terperinici menge-nai situasi minyak dan lemak sertapeluang-peluang perniagaan di ne-gara terbabit.

“Kami banyak mempelajari se-cara terperinci dan memahamistruktur dan amalan pemain in-dustri sawit Malaysia. Sebagai pe-ngimport minyak sawit Malaysia,kami yakin bahawa produk sawitMalaysia selamat untuk pemaka-nan kerana ditangani dengan cu-kup baik sebelum sampai kepadapara pengguna”, kata Nabeel Javedpeserta daripada Pakistan.

Secara keseluruhannya, POFP2018 banyak memberi manfaat da-ri pelbagai sudut berkaitan denganindustri sawit Malaysia.

Shamsul Iskandar merasmikan POFP 2018 di Putrajaya.

Peserta POFP 2018 menyaksikan demonstrasi penuaian sawit.

Malaysia akanterus pertingkatp a s a ra nminyak sawitdi peringkata n ta ra b a n g s a

MPOB, MPOA sepakat tangani masalah industri sawitOleh Shamala Sundramshamala@mp ob.gov.my

Bangi: Forum Teknikal Penyelidi-kan dan Pembangunan (R&D) an-tara Lembaga Minyak Sawit Ma-laysia (MPOB) dan Persatuan Mi-nyak Sawit Malaysia (MPOA)berlangsung baru-baru ini di IbuPejabat MPOB, dihadiri 20 ahliMPOA terdiri penggiat industri sa-wit seluruh negara dan pegawaipenyelidik MPOB.

Forum tahunan kali ketujuhyang dianjurkan sejak 2011 adalahpentas interaksi membabitkanMPOB dan MPOA bagi membin-cang penyelesaian isu penyelidikanyang memerlukan tindakan kedua-dua pihak.

Forum berkenaan turut dihadiriKetua Pegawai Eksekutif MPOA,Datuk Mohamed Nageeb AbdulWahab dan Jeremy Goon, wakilKementerian Industri Utama(MPI), Jabatan Pertanian (DOA)dan Jabatan Alam Sekitar (DOE).

Forum teknikal bertujuan me-

ningkatkan hubungan dua halayang berterusan antara MPOB danMPOA, disamping perkongsianmaklumat dan pandangan menge-nai industri sawit negara.

Ketua Pengarah MPOB, Datuk DrAhmad Kushairi Din ketika me-nyampaikan ucapan aluan berka-ta, interaksi seumpama itu mem-bolehkan MPOB membuat tinda-

kan susulan dengan efektif sertamelaporkan perkembangan terki-ni kepada pihak industri.

Tujuh isu baharu diketengahkanoleh MPOA iaitu toleransi sifarbuah sawit muda, kesuburan ta-nah, pelan bio sekuriti, regulasiudara bersih, 3MCPD dan GE, pen-sijilan Minyak Sawit Mampan Ma-laysia (MSPO) dan mekanisasi.

Pelaksanaan pensijilan MSPOPelaksanaan pensijilan MSPO me-libatkan perbincangan serius padaforum kali ini kerana akan dilak-sanakan secara mandatori pada2020.

MSPO mempunyai peluang yangbaik untuk memperkukuhkan sta-tus dan kredibiliti minyak sawit didalam dan luar negara bagi men-dapatkan pengikitirafan pihak luar.

Pelaksanaan pensijilan MSPOperlu dipergiatkan untuk diterimapakai oleh industri sawit negara.MSPO berkemampuan untuk di-laksanakan pada peringkat kera-jaan dengan kerajaan negara luar,contohnya China bagi memboleh-kan penerimaan MSPO.

MPOB memaklumkan kejayaanskim pensijilan MSPO bagi per-olehan minyak sawit mampan bagipenganjuran Sukan Olimpik danParalimpik Tokyo 2020.

MPOB juga memaklumkan tinda-kan untuk mengurangkan kandu-ngan GE dan 3MCPD dalam minyaksawit. Had maksima kandungan GEdalam minyak sawit ditetapkan oleh

pihak EU pada 1ppm.Kerajaan menyediakan inisiatif

melalui geran bernilai RM50 jutauntuk kajian terhadap kualiti mi-nyak sawit Malaysia. KementerianIndustri Utama (MPI) telah melu-luskan 20 syarikat sawit yang akanmengambil bahagian dalam pengu-rangan 3MCPD yang akan bermulapada bulan September 2018.

MPOB menjelaskan kaedah ter-baik untuk mengurangkan kan-dungan 3MCPD adalah dengan me-ngurangkan nilai kandungan klo-rin pada peringkat awal penapisanminyak sawit mentah denganmenggunakan teknologi sesuai ba-gi memastikan penerimaan mi-nyak sawit di peringkat antara-bangsa yang memnuhi spesifikasi.

Forum teknikal antara MPOBdan MPOA membuahkan hasilyang positif. Melalui perkongsianmaklumat, perbincangan isu danmasalah dalam industri ini dapatdikenalpasti serta ditangani secarateratur dan disusuli dengan tin-dakan yang proaktif demi kese-jahteraan industri sawit negara.

Antara ahli MPOA yang hadir forum teknikal MPOB-MPOA di Bangi.

5

Shamsul Iskandar bersama pelajar dan belia yang menyertai program Sayangi Komoditi di Rompin,Pahang, baru-baru ini.

Oleh Mohd Solah Deraman,Nur Dalilah Termizisolah@mp ob.gov.my;dalilah@mp ob.gov.my

Ro m p i n

Kementerian Industri Uta-ma melalui Institut Perla-dangan dan Komoditi Ma-

laysia (IMPAC) menganjurkanprogram Sayangi Komoditi seba-gai medan pendedahan awal bagimenggalakkan belia menceburilatihan dan kerjaya sebagai pi-lihan pada masa depan.

Program dengan kerjasama Ke-menterian Sumber Manusia me-lalui Jabatan Pembangunan Ke-mahiran (JPK) dan Kementerian

Pendidikan bertujuan menghe-bahkan latihan dan keperluan gu-na tenaga dengan tumpuan pelajarsekolah menengah yang berminatmengikuti latihan kemahiran disektor perladangan dan komoditin e g a ra .

Program julung kali diadakan diSekolah Menengah Kebangsaan Se-lancar, dirasmikan Timbalan Men-teri Industri Utama, Shamsul Is-kandar Md Akin, di sini baru-baruini.

“Sektor komoditi adalah salahsatu penyumbang terbesar kepadajumlah eksport bersih negara”, ka-tanya yang membacakan ucapanMenteri Industri Utama, TeresaKo k .

Katanya, pada 2017, eksport pro-duk berasaskan komoditi berju-mlah RM140.3 bilion atau 15 pe-ratus daripada keseluruhan pen-dapatan eksport negara yangmana 55 peratus daripada jumlahini iaitu RM77.8 bilion disumbang-kan oleh sektor sawit.

Bagi tempoh Januari hingga Jun2018, sektor komoditi mencatatkannilai eksport RM63.8 bilion, iaitupenurunan sebanyak 19 peratusberbanding RM70 bilion bagi tem-poh sama tahun lalu.

“Perkara ini dipengaruhi oleh be-berapa faktor yang antaranya ada-lah kekurangan tenaga kerja dalamsektor komoditi.

Beliau menyambut baik prog-ram yang dijalankan yang akanmembantu kerajaan dalam usahamemberi tumpuan terhadap pem-bangunan dan memperkasakanpembangunan modal insan ber-mula peringkat sekolah bagi meng-galakkan penyertaan pelajar lepa-san sekolah mengikuti latihan danseterusnya berkhidmat di sektorperladangan dan komoditi.

Katanya, keperluan tenaga kerjatempatan yang berpengetahuandan berkemahiran amat diperlu-kan di sektor perladangan bagimeningkatkan produktiviti danmeneruskan kelangsungan presta-si pendapatan eksport komoditin e g a ra .

Program sehari itu turut dihadiriTimbalan Ketua Pengarah (Penye-lidikan dan Pengurusan) MPOB, DrAhmad Parveez Ghulam Kadir,yang mewakili Pengerusi IMPAC;

Ketua Pengarah Lembaga Kenafdan Tembakau Negara, SamsudinNoor; Timbalan Ketua Pengarah(Operasi) Jabatan PembangunanKemahiran, Kementerian SumberManusia, Dr. Mohd Rashid BuyongHamzah, dan wakil KementerianPendidikan Malaysia, MohamadHamid.

Sebanyak tujuh sekolah dalamdaerah Rompin menyertai prog-ram ini iaitu SMK Perwira Jaya,SMK Chanis, SMK Perantau Damai,SMK Keratong, SMK Bandar TunRazak dan SMK Muadzam Jaya danpelajar pra-diploma Politeknik Mu-adzam Shah, Rompin, Pahang.

Seramai 700 peserta terdiri pe-lajar sekolah, belia dan masyarakattempatan yang hadir bagi men-dapatkan input berkaitan latihandan kerjaya.

Program turut melibatkanpameran yang disertai enam agen-si bawah Kementerian IndustriUtama dan Jabatan PembangunanKemahiran (JPK).

“Saya mencadangkan program

ini dijadikan aktiviti tahunan IM-PAC sebagai agensi latihan kemen-terian dalam meningkatkan pe-ngetahuan dan kefahaman menge-nai industri komoditi kepadagenerasi muda negara”, katanya.

Beliau turut menggesa belia tem-patan merebut peluang dan me-nyertai kursus yang dianjurkan IM-PAC untuk mendapatkan latihandalam bidang kemahiran tertentuyang ditawarkan.

“Pelbagai peluang disediakan da-lam membantu belia melalui skimyang dilaksanakan oleh kerajaandalam mengiktiraf pekerja mahirdan separa mahir.

Katanya, melalui peluang yangditawarkan, belia dapat meman-faatkan pengalaman dan kema-hiran untuk peningkatan kerjayadan secara tidak langsung mem-buka peluang masa depan lebihbaik.

Program Sayangi Komoditi di-adakan secara bersiri di tiga zoniaitu Semenanjung, Sabah dan Sa-rawa k .

IMPAC cananglatihan,kerjaya sektorkomo diti

P ro g ra mSayangi Komoditip endedahanawal galak beliaceburi latihan,ke r j aya

SawitBerita

Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan MPOB Menjana Perubahan Industri Sawit

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT

←MINDA Datuk Dr Choo Yuen May Ketua Pengarah MPOB

� SABTU � 6 DISEMBER 2014

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT

� SABTU � 5 MEI 2018 � SABTU 5 MEI 2018

� SABTU 1 SEPTEMBER 2018

� SABTU 1 SEPTEMBER 2018

Mesin pemotong sawit bermo-tor yang juga dikenali seba-gai Cantas diperkenalkan

oleh MPOB sejak tahun 2007. Cantas direka bentuk anak

tempatan sepenuhnya dan ia dipatenkan di enam negara iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia,

Brazil, Columbia dan Costa Rica bagi melindungi harta intelek (IP) teknologi ini.

Sejak diperkenalkan beberapa kajian dijalankan terhadap prestasi Cantas di lapangan.

Secara puratanya Cantas mam- pu menigkatkan produktiviti tuaian dari 3.4 tan (sabit manual) kepada 6.75 tan sehari dan ianya secara tidak langsung mampu meningkatkan produktiviti seo-rang pekerja dari 1.7 tan (manual) kepada 2.2 tan buah tandan segar (BTS) sehari iaitu peningkatan kira-

kira 30 peratus berbanding penggu-naan kaedah sabit manual.

Cantas juga terbukti dapat meningkatkan nisbah pekerja kepada tanah pada kadar kira-kira 50 peratus berbanding kaedah manual.

Sebagai perbandingan, satu kumpulan Cantas (3 orang: 1 penuai dan 2 pembantu) secara puratanya berupaya menuai kawasan seluas 10 hektar (ha) sehari (3.3 ha/orang/hari), manakala kumpulan penuai manual menggunakan sabit (2 orang: 1 penuai dan 1 pembantu)

6 7

Produktiviti meningkat 30 peratus, kurangkan tenaga kerja

− SABTU, 1 SEPTEMBER 2018 − SABTU, 1 SEPTEMBER 2018

Oleh Mohd Rizal Ahmad, Mohd Ikmal Hafizi Azaman, Abdul Razak Jelani, Mohd Rizal Ahmad, Abd Rahim Shuib dan Azman Ismail

Cantas tingkat produktiviti penuaian sawit

hanya berupaya menuai kawasan seluas 4 ha sehari (2 ha/orang/hari).

Peningkatan ini secara langsung dapat meningkatkan pendapatan pekerja dan mengurangkan bilan-gan pekerja di sesuatu ladang yang ketika ini dimonopoli oleh pekerja asing.

Statistik terkini menunujukkan bahawa terdapat lebih 329,000 orang pekerja asing bekerja di ladang sawit iaitu kira-kira 83% dari jumlah pekerja di ladang sawit (MPOB, 2017).

Keadaan lebih membimbangkan dalam aktiviti penuaian kerana dianggarkan 90 peratus penuai adalah warga asing. Isu ini sangat kritikal dan perlu diberi perhatian serius. Selain itu, isu lain adalah kesukaran mendapatkan penuai mahir yang memerlukan jalan penyelesaian yang efektif.

Justeru itu, mekanisasi perlu dilaksanakan agar masalah dapat diatasi. Mekanisasi bukan perka-ra asing dalam industri pertanian dan kaedah ini terbukti berkesan di negara barat kerana mekanisasi dapat meningkatkan produktiviti pekerja sekali gus mengurangkan keperluan tenaga pekerja secara signifikan.

Cantas Evo 2Namun begitu, usaha penam-bahbaikan Cantas yang dijalankan sejak pertengahan tahun 2012 telah menghasilkan satu teknologi Cantas generasi baru atau dikenali sebagai Cantas Evo 2.

Teknologi Cantas Evo 2 memberi tumpuan kepada aspek ergonomik dan ketahanan mesin. Mengambil singkatan 'Evolution' yang memba-wa maksud anjakan atau transfor-masi reka bentuk baru.

Reka bentuk Cantas Evo 2 ditam-bahbaik dengan menggunakan kotak gear yang dipasang berham-piran dengan operator bagi meren-dahkan pusat graviti mesin supaya ia dapat dikawal dengan lebih mudah berbanding kedudukan kotak gear di bahagaian atas seperti versi Cantas terdahulu yang menye-babkan kesukaran pengendalian terutamanya bila menuai pokok tinggi.

Prototaip Cantas Evo 2 yang dibangunkan juga membabitkan kos penyelenggaraan dan opera-si lebih rendah berbanding versi sebelum ini dimana bilangan kom-ponen dikurangkan sebanyak 60 peratus. Berat keseluruhan Cantas Evo 2 adalah diantara 7 – 7.4 kg bergantung kepada ketinggian atau had capaian.

Berdasarkan ciri-ciri terkini yang ditawarkan, Cantas Evo 2 dengan kualiti dan ketahanan yang meyakinkan dijangka dapat menarik minat pengguna untuk menggunakan teknologi baharu

ini bagi tujuan meningkatkan pendapatan dan mengurangkan bilangan pekerja dalam sektor industri sawit.

Pada ketika ini Cantas Evo 2 telah menarik minat syarikat tem-patan untuk memasarkannya.

Sementara itu, pada masa sama, MPOB turut menghasilkan alat bagi mengurangkan getaran untuk pemotong sawit bermotor atau Cantas.

Cantas menggunakan enjin petrol sebagai sumber kuasanya untuk memotong pelepah dan tandan sawit.

Ia sering mencetuskan kebim-bangan kepada pengguna kerana getaran yang dihasilkan semasa digunakan.

Masalah yang sering dikaitkan dengan getaran telah mendorong inisiatif bagi menghasilkan alat pengurang getaran yang dapat mengurangkan tahap getaran mesin semasa menggunakannya.

Getaran terhasil daripada per-gerakan enjin pemotong sawit bermotor dan juga komponen lain seperti shaft dan gear yang turut menyumbang dalam penghasilan getaran ini.

Getaran boleh dihantar ke tubuh manusia melalui bahagian yang bersentuhan dengan permukaan yang bergetar seperti pemegang dan galah.

Alat pengurang getaran ini ter-diri daripada dua komponen asas iaitu spring dan sepasang galas/bearing.

Spring mempunyai sifat elas-tik yang berfungsi untuk menga-singkan getaran, manakala galas/bearing yang diletakkan pada kedua-dua hujung spring adalah berfungsi bagi menstabilkan geta-ran yang dikumpulkan.

Minimakan kesan getaranSecara teorinya, getaran yang dihasilkan oleh pemotong sawit bermotor akan dikumpulkan dan diasingkan oleh alat pengurang getaran.

Kajian yang dijalankan menda-pati bahawa alat pengurang geta-ran ini mampu mengurangkan bacaan Hand-Arm Vibration Syn-drome (HAVS) sehingga hampir 50 peratus.

Ini bermaksud ia dapat memi-nimakan kesan getaran terhadap penuai semasa menggunakan mesin pemotong sawit bermotor.

Kelebihan alat pengurang geta-ran ini adalah ia mampu mengu-rangkan getaran HAVS yang terha-sil terhadap penuai di antara 1.25 – 1.75 m/s2.

Ia juga dapat membantu bagi mengurangkan risiko penuai men-galami syndrome HAV .

Alat pengurang getaran ini murah serta mampu milik.

Pengenalan teknologi ini di -jangka dapat meningkatkan kadar pengambilan pemotong sawit ber-motor kerana ia menawarkan pen-gurangan kadar getaran terhadap penuai yang merupakan pilihan utama bagi pengendalian yang selesa.

Alat pengurang getaran ini ter-bukti dapat mengurangkan mag-nitud getaran yang dihantar dari mesin pemotong sawit.

Hasil maklum balas yang diteri-ma daripada penuai menyatakan kesan getaran yang rendah dapat memberikan keselesaan semasa memotong pelepah dan tandan sawit serta mampu meningkatkan produktiviti pekerja serta mengu-rangkan masalah Hand-Arm Vibra-tion Syndrome (HAVS).

Pemotong sawit bermotor yang dipasang alat pengurang getaran memberi keselesaan kepada penegndali semasa menuai tandan sawit.

Cantas Evo 2 mudah digunakan pekerja ladang.

8

Kursus hasil marjerin tarik peserta global

Oleh Rafidah Abd Hamidrafidah@mp ob.gov.my

Bangi

Kursus pembuatan marjerinyang memasuki siri ke-la-pan berjaya menarik pe-

nyertaan peserta dari lima negaraterdiri Nigeria, Maghribi, Libya,Singapura dan Malaysia.

Kursus anjuran Lembaga Mi-nyak Sawit Malaysia (MPOB) di-adakan sejak tahun 2008 menarikminat peserta dari pelbagai ne-gara seperti India, Iran, Pakistan,Turki, UAE, USA, Qatar, Saudi, Ke-nya, Ethiopia, Yemen dan Viet-nam.

Timbalan Ketua Pengarah (Pe-nyelidikan dan Pembangunan)MPOB, Dr. Ahmad Parveez GhulamKadir ketika perasmian kursus ber-kata, pada tahun ini tumpuan pe-nyertaan adalah dari syarikat luarnegara seperti Lesieur Cristal dariMaghribi, Raffles Oil Lftz Enter-prise dari Nigeria dan GivaudanSingapore Pte Ltd.

Penyertaan dari Malaysia adalah

dari syarikat seperti Lam Soon, Me-wah Oleo, Cargill dan Auric Pacific.

Katanya, penganjuran kursustersebut bertujuan meningkatkanpenggunaan minyak sawit Mala-ysia dalam marjerin, lelemak dan

vanaspati di seluruh dunia.

Beri tunjuk ajar“Kursus ini memberi tunjuk ajardan penerangan mengenai sifat se-mula jadi minyak sawit yang ver-

satil dalam pembuatan produk ber-kenaan selain untuk meningkatkannilai eksport komoditi negara.

Katanya, pembuatan marjerinmasih lagi dianggap teknologi ting-gi disebabkan peralatan untuk

menghasilkan produk ini memer-lukan pelaburan yang besar te-rutama bagi menghasilkan produkyang berkualiti tinggi.

Katanya, kursus yang merang-kumi teori dan amali di makmalbagi menerapkan kefahaman kae-dah penggunaan minyak sawit da-lam pembuatan marjerin dan le-lemak tanpa melalui proses peng-h i d r o ge n a n .

“Kursus ini menyedia peluangkepada peserta meningkatkankemahiran menghasilkan formu-lasi menggunakan hasilan mi-nyak sawit.

Katanya, pendedahan kepadabeberapa pengeluar marjerin diTurki, Iran, Yemen, Qatar dan Emi-riah Arab Bersatu memberi ke-yakinan dan mula menghasilkanmarjerin tanpa penghidrogenanmenggunakan minyak sawit.

Penggunaan minyak sawit akanmenghasilkan marjerin yang sihat,kerana tidak mengandungi lemaktrans, sekali gus meningkatkan pa-saran minyak sawit ke negara ber-ke n a a n .

Ketua Unit Protin dan TeknologiMakanan MPOB, Dr. MiskandarMat Sahri yang juga tenaga pe-ngajar utama berkata, kursus inimenunjukkan bahawa pengguna-an minyak sawit dalam proses for-mulasi dan pembuatan marjerindan lelemak menjadi mudah dankompetitif. Peserta boleh mengujihasil formulasi marjerin dalampembuatan kek, roti, pastri dansapuan roti.

Murid SKJ3 Bangididedah kajianpemakanan sawitOleh Nur Affifah Baharimaffifah@mp ob.gov.my

Bangi: Lebih 100 warga SekolahKebangsaan Jalan Tiga (SKJ3) danibu bapa menyertai program Ka-jian Pemakanan Sekolah Rendah disini, baru-baru ini.

Program anjuran Lembaga Mi-nyak Sawit Malaysia (MPOB) itubertujuan mengenal pasti gejalaobesiti di kalangan pelajar mene-rusi kajian pola pemakanan me-r e ka .

Guru Besar SKJ3, Rozita Ahmadberkata, program itu berjaya mem-beri kesedaran berhubung khasiatpemakanan seimbang dengan le-bih terperinci, khususnya menge-nai minyak sawit kepada wargasekolah dan ibu bapa.

“Selama ini memang minyak sa-wit digunakan dalam kehidupan

seharian, tetapi tidak ramai yangsedar mengenai kebaikannya.

“Kami juga tidak sangka banyakkegunaan lain pokok sawit yangboleh dimanfaatkan selain dijadi-kan minyak sawit, antaranya ba-han kosmetik, produk pencuci danperhiasan rumah serta komponenke n d e ra a n ,” katanya yang ditemuipada program berkenaan.

Turut hadir, Timbalan KetuaPengarah (Penyelidikan dan Pem-bangunan) MPOB, Dr Ahmad Pa-rveez Ghulam Kadir.

Sambutan menggalakkanProgram berkenaan menerimasambutan menggalakkan dariSKJ3, dengan pelajar dan ibu bapabertanyakan pelbagai soalan me-ngenai khasiat minyak sawit.

Program Kajian Pemakanan Se-kolah Rendah ini diadakan di se-kolah-sekolah rendah di sekitar ne-geri Selangor dan hasil kajian akan

digunakan bagi menepis ancamandan tohmahan negatif berkaitannutrisi minyak sawit.

Program ini turut diadakan bagimengkaji laporan yang mengata-kan 20 peratus pelajar sekolah ren-dah khususnya negeri Selangormempunyai masalah obesiti yangmenyumbang kepada penyakitjantung, kencing manis dan ma-

salah pencernaan.MPOB memandang serius isu ini

dan berharap melalui perlaksana-an program ini, sedikit sebanyakdapat membantu mendidik ibu ba-pa serta warga sekolah dan secaralangsung membantu mengurang-kan masalah obesiti dalam kala-ngan pelajar.

Selain sesi taklimat, MPOB turut

menyediakan pameran berkaitanproduk sawit serta proses peng-hasilan minyak sawit.

Antara aktiviti yang diadakan se-masa program termasuk pertandi-ngan mewarna bagi menyalurkanmaklumat berkaitan minyak sawitsecara tidak langsung kepada pelajarsekolah disamping melatih kema-hiran motor (motor skills) pelajar.

Pes ertaNigeria,Maghribi, Libya,S i n g a p u radan Malaysia

Peserta mendengar penerangan latihan praktikal pembuatan marjerin berasaskan sawit.

Pelajar dan ibu bapa yang terlibat dalam program kajian pemakanan

INSTIPER selami penyelidikan sawit MPOBFokus lawatan

terhadapp enyelidikanbiak baka,integrasi sawit

Oleh Dr Laziana Ahmadlaziana@mp ob.gov.my

Bangi

Lembaga Minyak Sawit Ma-laysia (MPOB) menerimakunjungan daripada Institut

Pertanian Stiper (INSTIPER) Yog-yakatra, Indonesia baru-baru ini.

Lawatan akademik pertama

yang disertai 65 delegasi diketuaioleh Cancelor INSTIPER, Dr Ir Pu-rwadi MS, Naib Cancelor Hal-EhwalAkademik INSTIPER, Dr Harsa-wardhana dan pensyarah institusib erkenaan.

Lawatan tersebut bertujuanmendapatkan pendedahan me-ngenai peranan MPOB dalam me-majukan industri minyak sawitMalaysia dan pencapaian dalambidang penyelidikan.

Pelbagai isu berkaitan industrisawit dibincangkan, termasuk pe-nyelidikan biak baka sawit danintegrasi tanaman serta ternakandalam ladang sawit.

Dalam lawatan itu, delegasi tu-rut dibawa melawat Galeri Sawituntuk sesi penerangan secarapraktikal tentang sektor huluandan hiliran industri sawit Malay-sia. Pelawat daripada Institut Pertanian Stiper Yogyakatra bergambar kenangan di Ibu Pejabat MPOB.

9

Pelajar University ofWisconsin-Milwauke epelajari aspek sawitOleh Siti NurhajarMariam Wan Jaafarnurhajar@mp ob.gov.my

B an g i: MPOB baru-baru inimenerima lawatan pelajarUniversity of Wisconsin-Mil-waukee, Amerika Syarikat diIbu Pejabat, Bangi.

Lawatan akademik tersebutdisertai 17 pelajar bersama tigapensyarah sempena lawatanakademik dalam sesi SummerCamp anjuran universiti ter-sebut.

Lawatan yang diatur olehPejabat MPOB di WashingtonDC itu disambut oleh Penga-rah Bahagian Ekonomi danPembangunan Industri, BaluNambiappan di pekaranganM P O B.

Lawatan tersebut bertujuanmendapat pendedahan berke-naan peranan MPOB sebagaipenggerak industri sawit, dansumbangan industri dalammembangun dan merancak-kan ekonomi negara.

Rata-rata pelajar teruja me-ngutarakan pelbagai isu yangberkait dengan cabaran dalamindustri sawit di Malaysia. An-tara isu yang menjadi tumpuanadalah isu pembukaan hutanekoran aktiviti industri yangmemberikan gambaran yangburuk berkenaan industri sa-wit dan penglibatan teknologiyang dibangunkan MPOB da-lam memenuhi kehendak in-dustri.

Dianggarkan hampir 80 pe-ratus populasi dunia pada ma-sa ini menggunakan hasil sawitdalam kehidupan seharian me-reka. Malaysia merupakan an-tara negara terbesar yang me-ngeksport sawit iaitu sekitar 29peratus daripada keluaran sa-wit dunia dan menyumbang 33peratus daripada jumlah eks-port minyak sawit dunia.

Pelbagai cabaran ditempuhBagaimanapun untuk menge-kalkan industri sawit sentiasaberkembang, pelbagai cabaranperlu dihadapi. Cabaran itu da-ripada keadaan ekonomi yangtidak menentu sehingga ke-pada tindakan sabotaj dankempen antiminyak sawit diperingkat antarabangsa.

Menurut N. Balu, persaingansengit dengan pengeluar pro-duk lelemak sayuran di pering-kat global amat mencabar in-dustri sawit negara. Jelasnya,pelbagai persepsi buruk danusaha untuk menjatuhkan in-dustri sawit terus dilakukanoleh pihak yang tidak bertang-gung jawab.

“Pelbagai paradoks dan kem-pen digembar-gemburkan me-reka yang tidak menyukai mi-nyak sawit yang nyata lebihkompetitif berbanding minyaksayuran lain. Antara yang seringdiperkatakan adalah aktivitiperladangan sawit di negara inimerupakan punca kepada ke-musnahan hutan, kehilanganhabitat bagi orang utan danpelbagai lagi,” ka t a nya .

Pelajar melawat Galeri Sawit ketika kunjungan ke ibu pejabatMPOB di Bangi.

10

Halangan terbaru terhadap eksportminyak sawit ke Kesatuan Eropah?

Suruhanjaya Eropah (EC) se-dang mengkaji kaedah ter-baru untuk mengenal pasti

jenis-jenis bahan bakar bio, bioji-sim dan bio-cecair yang memberirisiko perubahan iklim yang ter-tinggi berdasarkan SimpananBerkarbon Tinggi (High CarbonStock, HCS) dan Perubahan Peng-gunaan Tanah Secara Tidak Lang-sung (Indirect Land Use Change,I LU C ) .

Ini berikutan kebimbangan ter-hadap kesan daripada permintaanke atas bahan bakar bio yang akanmendorong kepada penebanganhutan yang kaya dengan simpanankarbon secara besar-besaran untukdijadikan ladang-ladang tanaman.

Penebangan hutan juga akanmenyebabkan pengeluaran gas ru-mah hijau (GHG) terus meningkat.

Kaedah terbaru ini akan diper-kenalkan pada 2019 dan ia akandijadikan panduan dalam menen-tukan bagaimana penggunaan ba-han bakar bio yang dikenal pastisebagai 'berisiko tinggi' boleh di-kurangkan atau dihentikan terus.

Tindakan pengurangan dan pe-nyenaraian hitam ini dijangkaakan bermula pada tahun 2030.Walau bagaimanapun, import ba-han bakar bio 'berisiko tinggi' ber-kemungkinan besar akan mula di-bekukan pada 2019.

Perkara ini telah disahkan olehDuta Besar Perancis ke Malaysia,Frédéric Laplanche, dalam satu ar-tikel terbitanThe Edge FinancialDaily pada23 Julai yang lalu.

Tiada diskriminasiBeliau dipetik berkata, pertama,tiada diskriminasi (terhadap mi-nyak sawit). Tetapi, pada tahun-tahun mendatang beberapa kri-teria baru akan diperkenalkan un-tuk membezakan biodiesel yangmemberi kesan positif kepada pe-rubahan iklim dengan bahan-ba-han bakar tradisional yang mem-beri kesan negatif.

Beliau menambah, kita perluberganding bahu dalam menanga-ni masalah ini. Apa yang perlu kitalakukan dalam tempoh peralihanini ialah berbincang dengan ne-gara-negara pengeluar bahan ba-kar bio dan mengkaji apa yangboleh kita lakukan.

Organisasi bukan kerajaan(NGO) yang berpangkalan di

Brussels, Pengangkutan & AlamSekitar, telah mula mendesak ke-rajaan Kesatuan Eropah supayamengguna pakai ILUC/ HCS ke atasminyak sawit. Salah seorang pe-gawai Bahan Bakar Bionya, Cris-tina Mestre, berkata undang-un-dang ini secara jelas mengesyorkanagar Kesatuan Eropah memper-kenalkan satu kaedah yang man-tap untuk membendung bahan ba-kar bio yang mempunyai risikoILUC dan HCS.

“Di antara bahan-bahan bakarbio ini ialah bahan bakar bio yangdiperbuat daripada minyak sawitdan kacang soya. Kesatuan Eropahmesti memenuhi janjinya sebelumtarikh akhir pada Februari tahundepan, iaitu kira-kira dua bulansebelum tarikh pemilihan Kesa-tuan Eropah”, katanya.

Komen daripada Frédéric Lap-lanche dan Cristina Mestre inimembayangkan tugas berat yangperlu dipikul oleh negara-negarapengeluar minyak sawit pada ma-sa depan.

Tindakan berjaga-jagaDalam menangani isu ini, tinda-kan berjaga-berjaga dari awal ada-lah sangat penting demi memas-tikan minyak sawit tidak disena-raikan sebagai bahan bakar bio'berisiko tinggi'.

Selain menyediakan jaringan ke-selamatan makanan dunia, mi-nyak sawit juga digunakan secarameluas dalam sektor bukan ma-kanan dan sebagai bahan mentahpilihan untuk sektor tenaga yangboleh diperbaharui.

Menafikan hak minyak sawit da-ri Malaysia berdasarkan andaian iamemberi penjimatan GHG yangrendah atau negatif bukanlah se-suatu yang meyakinkan.

Kajian oleh Institut Sumber Du-nia (World Resource Institute)mendedahkan pelepasan GHG ne-gatif dalam Perubahan Pengguna-an Tanah dan Perhutanan (LandUse Change & Forestry, LUCF) olehMalaysia pada 2014 ialah kira-kira129 juta tan karbon dioksida.

Ini menunjukkan dasar LUCF diMalaysia berfungsi sebagai ‘penye -rap mega’ gas karbon dioksida. Ma-lah, menurut Bank Dunia melaluikajiannya mengenai Penunjuk-Pe-nunjuk Pembangunan Dunia, ka-wasan berhutan di Malaysia telahmeningkat daripada 65.7% kepada67.6% daripada keluasan keselu-ruhan tanahnya dari 2000 - 2015.

Pakar ekonomi dan kolumnisakhbar, Martin Khor, dalam arti-kelnya yang bertajuk, 'Kesan baikdan buruk akibat peperangan per-dagangan' yang diterbitkan olehakhbar The Star pada bulan Julailalu, mendedahkan bahawa ba-nyak negara maju telah membe-lanjakan ratusan bilion dolar un-tuk membayar subsidi dan me-ngekalkan tarif yang tinggi demi

memastikan hasil produk-produkpertanian para petani mereka da-pat dijual.

Perkenal tarif lebih rendahBeliau dipetik berkata, AmerikaSyarikat dan Kesatuan Eropah jugamembanjiri pasaran dunia denganbarangan pertanian mereka yang‘d i mu ra h ka n’ sambil mendesak ne-gara-negara membangun dan mis-kin agar membuka pasaran tem-patan mereka melalui perkenalantarif yang lebih rendah untuk pro-duk pertanian dan perindustrian.Amalan hipokrit sebegini yangmenjadi punca ketidakseimbangandan ketidaksamaan dalam sistemperdagangan dunia sekarang.

Di samping itu, beberapa ke-mungkinan peperangan perdaga-ngan juga telah timbul semenjakbeberapa bulan yang lalu. Ini be-rikutan tindakan yang telah di-ambil oleh beberapa negara yangmenggunakan tarif untuk melin-dungi ekonomi mereka.

Alasan yang paling biasa digu-nakan ialah peningkatan persai-ngan daripada produk-produk im-port yang biasanya dihasilkan de-ngan kos pengeluaran yang lebihrendah akan menjejaskan keun-tungan daripada jualan produk-produk tempatan.

Sebagai contoh, minyak sawit te-lah mendorong negara-negara ter-tentu mengambil langkah-langkahperlindungan kerana ia dihasilkandengan kos yang jauh lebih kom-petitif (rendah) berbanding mi-nyak sayuran dan lelemak pesaingyang lain.

Perancis, Belgium, Switzerland,Norway dan Itali pernah mencubauntuk mengenakan sekatan keatas import minyak sawit merekadan percubaan sebegini dijangkaakan berterusan.

Kadang-kala, larangan atau ha-langan perdagangan sengaja dike-

nakan sebagai satu strategi tindakbalas (retaliatory measure) apabilarakan dagangan melanggar pera-turan umum tertentu, atau apa-bila pihak kerajaan merasa perluuntuk melindungi penduduknyadari sesuatu produk yang bolehmengancam kesihatan.

Walau apapun alasannya, pepe-rangan perdagangan hanya akanmerugikan semua pihak yang ter-libat. Yang pasti, para penggunaakan menanggung kesannya.

Mereka akan dinafikan faedahdaripada perdagangan bebas, iaituhak untuk mereka membuat pi-lihan ke atas pelbagai jenis produkpada harga yang jauh lebih ren-dah.

Perdagangan dua halaIndustri minyak sawit merupakantonggak pembangunan sosio-eko-nomi di negara-negara pengeluarseperti Indonesia, Malaysia danThailand. Ia menyediakan jutaanpeluang pekerjaan, mewujudkanpelbagai aktiviti ekonomi sampi-ngan serta menjana tukaran asingyang tinggi.

Di Malaysia, 40 peratus daripadajumlah kawasan penanaman sawitdiusahakan oleh kira-kira 650,000petani kecil. Manakala, 60 peratusdaripada jumlah kawasan pena-naman sawit di Indonesia diusa-hakan oleh jutaan pekebun kecil.

Sementara itu, industri perta-nian di Thailand menampung ri-buan komuniti pertanian yang ke-cil. Sekiranya perdagangan minyaksawit terhalang sama ada melaluisekatan, pencukaian baru atau ha-langan bukan tarif yang lain; pe-tani kecil ini yang akan terjejaste r u k .

Oleh itu, adalah wajar bagi ne-gara-negara pengeluar ini bertin-dak berdasarkan kelebihan ma-sing-masing untuk menangkis an-caman sebegini.

Langkah-langkah diskriminasiyang diambil oleh Kesatuan Ero-pah, sebagai contoh, boleh men-jejaskan perdagangan dua haladan memberi musibah kepada ne-gara-negara anggotanya. Dalam sa-tu laporannya, Copenhagen Eco-nomics menyatakan bahawa ak-tiviti perdagangan KesatuanEropah dengan Indonesia, Mala-ysia dan Thailand pada 2017 telahmenjana kira-kira 354,000 peluangpekerjaan kepada penduduk tem-patannya dan bernilai EUR (€) 39.5bilion.

Tumpu produk lima sektor75 peratus daripada nilai ini ter-tumpu kepada produk-produk ke-luaran lima sektor utama iaitu jen-tera & peralatan elektrik (EUR 14.1bilion), peralatan kelengkapan pe-ngangkutan (EUR 6.7 bilion), ba-han kimia & farmaseutikal (EUR 5bilion), alatan pengukur (EUR 2.6bilion) dan bahan-bahan logam(EUR 1.8 bilion).

Di antara negara-negara anggo-ta, Jerman, Perancis dan UnitedKingdom (UK) merupakan tiga ne-gara pengeksport terbesar.

Jerman sahaja mengeksport ba-rangan bernilai EUR 12.4 bilionatau kira-kira 30 peratus daripadanilai eksport Kesatuan Eropah keIndonesia, Malaysia dan Thailand;diikuti dengan Perancis (EUR 6.1bilion) dan UK (EUR 3.8 bilion).

Sementara itu, Itali dan Belandamasing-masing menduduki tem-pat ke-empat dan kelima denganmasing-masing menyumbang se-banyak EUR 3.8 bilion dan EUR 3.6bilion.

(Artikel ini telah disunting danditerjemahkan daripada artikelasal yang bertajuk, Another EU Hur-dle for Palm Oil Imports?. Sila layarilaman sesawang www.p almoilto-d a y. n e t untuk mendapatkan sali-nan asal artikel ini).

Sumber: Copenhagen Economics (2018)

Industri sawit merupakan salah satu industri yang menjadi

penyumbang utama kepada sektor ekonomi Malaysia.

Menurut mantan Menteri Peru-sahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, beliau menegaskan bahawa industri sawit adalah sektor yang penting dan merupakan salah satu tulang belakang ekonomi Malaysia beriku-tan sumbangan besarnya kepada pendapatan eksport negara.

Di Malaysia, industri minyak sawit dikelola oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang bertanggungjawab untuk mempromosikan dan memban-gunkan sektor minyak sawit di negara ini.

Namun begitu, adalah amat penting untuk kita menyedari bahawa inovasi moden atau dalam erti kata lain, teknologi masa kini dapat meningkatkan daya saing serta kemajuan industri sawit di Malaysia.

Bagi memperkasakan industri sawit di Malaysia, pelbagai usaha perlu dijalankan bagi merealisasi-kan impian tersebut. Penggunaan teknologi baharu dan moden juga dapat meningkatkan penghasilan industri sawit.

Antara teknologi yang disun-tik oleh kerajaan dalam industri sawit termasuk teknik pensterilan minyak yang diekstrak daripada buah kelapa sawit.

Kajian yang dijalankan oleh Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) men-dapati bahawa teknologi pema-nasan basah yang diikuti dengan pengekstrakan menggunakan pelarut akan menghasilkan pera-tusan minyak paling tinggi selain kualiti minyak yang lebih baik daripada pemanasan kering dan konvensional.

Selain itu, teknologi pembuan-gan benda asing juga merupakan salah satu proses yang menjurus

ke arah industri sawit Malay-sia. Teknologi ini menggunakan proses pemisahan dua peringkat bagi pengasingan benda asing ber-sama buah lerai daripada tandan kosong.

Disamping itu, teknologi Pens-terilan dan Automasi Keseluruhan Kilang adalah teknologi pengilan-gan holistik yang membolehkan operasi dijalankan berterusan melalui kawalan komputer dan menggunakan keperluan tenaga kerja yang minimum.

Kesimpulannya, perkembangan teknologi yang melibatkan indus-tri sawit di Malaysia memberikan kesan yang amat positif kepada masyarakat Malaysia secara kese-luruhannya.

Sesungguhnya, industri sawit merupakan salah satu tunjang kepada ekonomi Malaysia. Justeru itu, sains dan teknologi amat perlu digunakan bagi membantu sektor pertanian terutamanya industri sawit untuk menghasilkan kualiti tanaman yang lebih baik.

Peraduan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu pelajar sekolah menengah dan awam di seluruh negara. Karangan

adalah me ngenai industri sawit negara dan antarabangsa dan ditulis tangan berpandukan tajuk yang diberikan di bawah:

PERADUAN MENGARANG ESEI BERITA SAWIT BULAN SEPTEMBER 2018

Keputusan Peraduan Mengarang Esei Berita Sawit Bulan Ogos 2018

Kategori 1: Pelajar Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga 5)Tajuk: ‘Minyak sawit mampan akan meningkatkan penerimaannya di pasaran antara bangsa. Bincangkan’.

Kategori 2: AwamTajuk: ‘Pemain industri sawit memainkan peranan penting memastikan pengeluaran minyak sawit mampan. Bincangkan’.

Tiga pemenang utama setiap kategori akan menerima;− Hadiah Pertama: RM250− Hadiah Kedua: RM200− Hadiah Ketiga: RM150

Esei yang berjaya mendapat tempat pertama akan disiarkan dalam Berita Sawit keluaran bulan OKTOBER 2018 akan datang.

PEMENANG KATEGORI 1 Pelajar Sekolah Menengah

Hadiah Pertama Nur Adlina Nadia Ahmad RidzuanSMKA Al IrshadPokok Sena, Pulau Pinang

Hadiah Kedua Tiada Pemenang

Hadiah KetigaTiada pemenang

PEMENANG KATEGORI 2 Awam

Hadiah Pertama Nor Farihah Hassan Bukit MertajamPulau Pinang

Hadiah Kedua Tiada pemenang

Hadiah KetigaTiada pemenang

Syarat Penyertaan − Kategori 1: Terbuka kepada pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga 5 − Kategori 2: Terbuka kepada dewasa berusia 18 tahun ke atas − Bukan kakitangan MPOB − Panjang esei antara 500 - 700 patah kata − Sila nyatakan nama penuh, alamat sekolah (Kategori 1 sahaja), alamat rumah, nombor kad pengenalan, nombor akaun bank dan sertakan sekeping gambar ukuran pasport − Keputusan juri adalah muktamad − Tarikh tutup ialah pada 24 September 2018. − Hantarkan penyertaan ke alamat: Peraduan Mengarang Esei Berita Sawit Ibu Pejabat MPOB, 6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang, Selangor u/p: Noor Asmawati Abdul Samad (Unit Komunikasi Korporat)− Email: [email protected]

Pada era globalisasi ini, teknolo-gi dan inovasi sememangnya

tidak dapat dipisahkan. Adanya inovasi sebagai pemangkin bagi teknologi yang sedia ada. Apakah maksud inovasi? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat inovasi ialah sesuatu yg baru diperkenal-kan seperti kaedah, sistem, adat, dan lain-lain yang baru serta perihal tindakan mengadakan, memulakan sesuatu yang baru.

Industri sawit telah bermula di Malaysia pada tahun 1917 dan mengalami tahap perkembangan sehingga hari ini.

Industri sawit terletak di bawah seliaan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). MPOB diwujudkan pada 1 Mei 2000. Apa-bila wujudnya lembaga khusus yang mengawal selia industri sawit, wujudlah pelbagai inovasi moden dalam industri sawit.

Inovasi moden memainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan daya saing industri sawit. Antara inovasi moden dalam industri sawit adalah E-Cutter, Oil Palm Harves-ter with Anti-Bruising Collection, teh sawit dan makanan haiwan berasaskan sawit.

Dari segi perladangan, ino-vasi yang diperkenalkan adalah E-Cutter. E-Cutter merupakan mesin pencantas elektrik khas untuk menuai buah serta pele-pah kelapa sawit. Inovasi ini hasil daripada pensyarah kanan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Fakulti Kejuru-teraan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Norhis-ham Misron bersama Pegawai Penyelidik Prinsipal, Unit Meka-nisasi Ladang, Jabatan Biologi, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Abdul Razak Jelani.

Kelebihan inovasi ini adalah ringan, kecil, mudah alih namun berkuasa tinggi untuk digu-nakan oleh peladang. Inovasi ini adalah penambahbaikan kepada teknologi Cantas yang pernah

diperkenalkan dahulu dengan menggantikan konsep mekanikal kepada elektrik yang lebih ekono-mik dan mesra alam. Inovasi ini dapat mempercepatkan proses penuaian kelapa sawit sekali gus meningkatkan hasil tuaian.

Inovasi lain ialah mesin penuai yang dikenali sebagai Oil Palm Harvester with Anti-bruising Collection System yang dihasilkan oleh MIH. Menurut artikel Utusan Online pada 7 Mac 2016, MIH yang merupakan rakan industri UPM adalah sebuah jentera yang berbentuk kren kecil, padat dan mudah alih bagi membantu memudahkan peladang memetik buah kelapa sawit yang tinggi.

Jentera yang berupa kren tersebut membolehkan peker-ja ladang naik separas dengan pokok kelapa dan menuai buahnya dengan lebih mudah. Keadaan tersebut juga membo-lehkan pokok kelapa sawit tua disimpan sehingga lima tahun untuk pengeluaran buah kelapa sawit. Boleh dioperasikan dengan hanya seorang operator, jente-

ra tersebut boleh mengangkat pekerja ladang agar berada lebih tinggi dengan buah bagi memu-dahkan mereka memilih buah yang terbaik untuk dituai.

Jentera itu juga dilengkapi dengan sistem pengumpulan yang dapat mengurangkan kesan lebam pada buah kelapa sawit yang sering mengurangkan kua-liti minyak yang terhasil.

Dari segi minuman, inova-si yang telah dijalankan ialah menghasilkan teh sawit. Meme-tik sumber daripada BH Plus pada 31 Mei 2016 , batang kelapa sawit sebenarnya kaya serat pemaka-nan atau lignin yang memberi-kan manfaat untuk kesihatan. Serat lignin di dalam batang sawit yang dikisar halus seperti serbuk teh, baik untuk mengi-kat kolesterol, garam hempedu, lemak, karbohidrat dan toksin serta membantu mengurangkan risiko kepada agen jangkitan dan penyakit barah.

Bagaimanapun, hanya batang sawit yang mencapai usia matang mengandungi banyak lignin, iaitu serat yang sangat bernilai dan diproses untuk dijadikan teh. Khasiat itu ditemui oleh Pensyarah Jabatan Kejurutera-an Bioproses dan Fakulti Kejuru-teraan Kimia dan Sumber Asli, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai Prof Dr Ida Idayu Muhammad.

Menurut beliau, serat boleh larut yang terdapat di dalam batang kelapa sawit akan memu-dahkan proses pembuangan air besar. Kesannya, paras kolesterol dan tekanan darah menurun dalam jangkamasa panjang, masalah penyakit berkaitan darah tinggi seperti serangan jantung, strok dan kerosakan buah pinggang dapat diku-rangkan selain mengurangkan obesiti. Kandungan serat larut yang tinggi juga membuatkan peminum teh ini berasa kenyang dalam tempoh lebih lama.

Nur Adlina Nadia Ahmad Ridzuan SMKA Al Irshad, Pokok Sena, Pulau Pinang

PEMENANG PERTAMA KATEGORI 1 - PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

Nor Farihah Hassan Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Teknologi penting ke arah kemajuan industri sawit

Inovasi moden tingkat daya saing industri sawit

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT 1 SEPTEMBER 2018 − SABTU 11

PEMENANG PERTAMA KATEGORI 2 - AWAM

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT

Shamsul Iskandar Md Akin ketika menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Perdangangan dan Industri Ghana, Robert Ahomka-Lendsay (dua dari kiri) serta Duta Ghana ke Malaysia, Akua Sekyiwa Ahenkora di Putrajaya. Perbincangan turut disertai Pengerusi MPOB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh (lima dari kiri).

Teresa Kok, Shamsul Iskandar Md Akin, Ketua Setiausaha Kementerian Industri Utama (MPI), Datuk Zurinah Pawanteh, warga MPI dan agensi mengibarkan Jalur Gemilang sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat MPI yang dilancarkan baru-baru ini di Ibu Pejabat MPOB, Bangi.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok mengunjungi Galeri Sawit ketika kunjungan ke Ibu Pejabat MPOB di Bangi. Lawatan turut disertai Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin dan diiringi oleh Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Kushairi Din.

Teresa Kok mempengerusikan taklimat berkaitan sektor komoditi negara kepada Ahli Kelab Penyokong di Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur.

Shamsul Iskandar Md Akin melawat pameran MPOB sempena program Sayangi Komoditi yang diadakan di Sekolah Menengah Selancar, Rompin, Pahang.

12 − SABTU, 1 SEPTMBER 2018