motivasi dan teknik belajar berkesan bahagian pertama … · -motivator pilihan anda! ... allah...

113
Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan _______________________________________________________________________ 1 Kandungan Muka Surat Pengenalan 2 BAHAGIAN PERTAMA CARA HIDUP Dua Jalan 5 Ada Apa Dengan Cinta 8 Panduan Memilih Rakan 13 Kemahuan Untuk Berubah 19 Kepentingan Niat 21 Membina Imej Sebagai Pelajar Cemerlang 24 Banyakkan Membaca Buku Motivasi 28 Berani Mencuba Sesuatu Yang Baru, Positif dan Mencabar 31 Menjadi Orang Yang Terbaik 34 BAHAGIAN KEDUA TEKNIK BELAJAR BERKESAN Kepentingan Belajar dan Belajar Cara Belajar 39 Sumber 41 Latih Tubi 45 Perbincangan 49 Persediaan Diri Menghadapi Peperiksaan 53 Belajar Dengan Niat 56 Bagaimana Menyiapkan Tugasan Yang Terbaik 58 Teknik Menguasai Bahasa Asing (Bahasa Inggeris) 60 Amalan Mencapai Kejayaan Yang Terbukti dan Dijamin Berkesan 66 Keutamaan Tanya 68 Memanfaatkan Teknologi Untuk Berjaya 70 BAHAGIAN KETIGA PENGURUSAN MASA Waktu,Masa dan Umur 73 Ke Mana Masa Anda Terbazir 76 Kepentingan dan Kaedah Merancang 81 Bagaimana Menguruskan Masa Anda 85 Fokus Usaha, Masa dan Tenaga Anda Kepada Aktiviti Terpenting 94 Kepentingan Lokasi 96 Penuhkan Masa Anda Dengan Aktiviti Proaktif Bukannya Reaktif 99 PANDUAN UNTUK IBUBAPA Penutup 102 106

Upload: trinhngoc

Post on 03-Mar-2019

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

1

Kandungan MukaSurat

Pengenalan 2BAHAGIAN PERTAMACARA HIDUP

Dua Jalan 5

Ada Apa Dengan Cinta 8

Panduan Memilih Rakan 13

Kemahuan Untuk Berubah 19

Kepentingan Niat 21

Membina Imej Sebagai Pelajar Cemerlang 24

Banyakkan Membaca Buku Motivasi 28

Berani Mencuba Sesuatu Yang Baru, Positif dan Mencabar 31

Menjadi Orang Yang Terbaik 34

BAHAGIAN KEDUATEKNIK BELAJAR BERKESAN

Kepentingan Belajar dan Belajar Cara Belajar 39

Sumber 41

Latih Tubi 45

Perbincangan 49

Persediaan Diri Menghadapi Peperiksaan 53

Belajar Dengan Niat 56

Bagaimana Menyiapkan Tugasan Yang Terbaik 58

Teknik Menguasai Bahasa Asing (Bahasa Inggeris) 60

Amalan Mencapai Kejayaan Yang Terbukti dan Dijamin Berkesan 66

Keutamaan Tanya 68

Memanfaatkan Teknologi Untuk Berjaya 70

BAHAGIAN KETIGAPENGURUSAN MASA

Waktu,Masa dan Umur 73

Ke Mana Masa Anda Terbazir 76

Kepentingan dan Kaedah Merancang 81

Bagaimana Menguruskan Masa Anda 85

Fokus Usaha, Masa dan Tenaga Anda Kepada Aktiviti Terpenting 94

Kepentingan Lokasi 96

Penuhkan Masa Anda Dengan Aktiviti Proaktif Bukannya Reaktif 99

PANDUAN UNTUK IBUBAPAPenutup

102106

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

2

PENGENALAN

Pertamanya, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada anda kerana membuat

keputusan untuk membeli buku ini. Ini menandakan anda seorang yang mahukan

kejayaan dan kecemerlangan. Kemahuan anda untuk berjaya adalah perkara yang paling

penting untuk memastikan kejayan anda pada masa akan datang. Anda sebenarnya telah

memulakan langkah pertama dalam usaha untuk menjadi individu yang berjaya. Terdapat

mutiara kata yang berbunyi begini, “Berhati-hati dengan siapa yang anda mahu jadi

kerana anda adalah siapa yang anda mahu jadi”.

Di dalam buku ini, saya akan mendedahkan kepada anda rahsia-rahsia penting

bagaimana ingin mencapai kejayaan dalam pelajaran dan kehidupan anda. Pada bahagian

pertama buku ini akan dibincangkan tentang kepentingan pelajar untuk memilih cara

hidup yang berkesan bagi memastikan kejayaan yang menyeluruh. Perkara yang paling

penting ini sangat kurang dibincangkan dalam buku-buku motivasi dan teknik belajar

yang sedia ada di dalam mahupun luar negara. Oleh kerana itulah, penulis berasa

terpanggil untuk menyentuh aspek cara hidup ini dengan mendalam dan terperinci.

Dalam bahagian ini juga, penulis ada menyatakan tentang panduan memilih rakan kerana

rakan memberi pengaruh yang besar kepada kehidupan pelajar. Di samping itu, turut

dibincangkan mengenai konsep cinta yang banyak disalaherti dan disalahguna oleh

pelajar yang masih muda remaja.Perkara-perkara sebegini penting kerana ia

mempengaruhi sebahagian besar kehidupan pelajar.

Pada bahagian kedua buku ini, dibongkarkan teknik-teknik belajar rahsia yang

diamalkan oleh pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dengan usaha yang sedikit.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

3

Ini adalah penting kerana ramai pelajar yang menghabiskan banyak masa untuk belajar

tetapi keputusan masih tidak memuaskan. Ini sebenarnya kerana mereka menggunakan

teknik belajar yang tidak berkesan dan membazirkan masa sahaja. Anda bertuah kerana

selepas tamat membaca buku ini, anda akan dapat mengetahui teknik belajar yang betul-

betul efektif. Apabila anda mengamalkannya anda akan merasakan ‘belajar sedikit, dapat

banyak’.

Pada bahagian ketiga buku ini, akan diketengahkan kepentingan dan kedah

pengurusan masa yang berkesan. Kemahiran ini bukan sahaja untuk kejayaan anda

sebagai seorang pelajar tetapi untuk kejayaan anda dalam kehidupan. Ramai pelajar yang

tidak menghargai masa muda mereka yang akhirnya mengundang penyesalan ketika

mereka dewasa kelak. Apabila pelajar mahir menguruskan masa, maka peluang untuk

berjaya begitu cerah, secerah mentari yang bersinar.

Nampaknya begitu banyak kelebihan yang bakal anda perolehi daripada buku ini.

Namun, itu semua tidak berhasil jika anda hanya tahu tetapi tidak mempraktikkannya.

Saranan saya, sebaik sahaja anda tamat satu-satu bab, cuba berusaha untuk

mempraktikkannya seberapa segera yang mungkin. Ingatlah bahawa, “Ilmu tanpa amal

ibarat pokok tanpa buah ”!.

Terima kasih, Thanks dan Syukran.

Br.Izu,

-Motivator pilihan anda!

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

4

Bahagian Pertama: Cara Hidup

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

5

“DUA JALAN”

Dalam hidup ini, kita mempunyai dua jalan. Jalan untuk menjadi orang yang

terbaik dan jalan untuk menjadi orang terjahat atau terburuk. Kita perlu membuat pilihan

kerana tidak mungkin kita dapat menjadi orang yang terbaik dan dalam masa yang sama

menjadi orang yang terjahat. Tambahan pula, hidup kita di dunia ini hanya sekali. Kita

umat akhir zaman biasanya mempunyai jangka hayat sehingga lebih kurang 60 tahun.

Kita boleh membahagikan umur kita seperti berikut;-

14-19:muda Remaja

20-35:muda belia

36-49:Dewasa

50-65:Tua

Perlu diingat bahawa masa muda yang kita miliki sekarang pun hanya sekali.

Ramai di antara pelajar yang mengatakan bahawa oleh kerana masa muda hanya sekali,

maka itulah masanya untuk bersuka-ria sepuas-puasnya.Pelajar yang berpandangan

sebegini akan menempah penderitaan dan kegagalan sebaik sahaja dia tamat alam

persekolahan. Apatah lagi dengan kehidupannya yang akan datang, sudah tentu

bertambah susah, kecuali dia berubah untuk menjadi orang yang terbaik.

Masalahnya sekarang ramai dikalangan pelajar yang memilih jalan untuk menjadi

pelajar jahat atau nakal. Mengikut sangkaan mereka, mereka akan disegani dan digeruni

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

6

pelajar lain sekiranya dia terkenal dengan kejahatannya. Kejahatan yang dimaksudkan

disini adalah termasuk membuli pelajar, melanggar peraturan sekolah, bergaduh dan

sebagainya lagi.Oleh kerana ingin disegani,mereka mula berkawan dengan kumpulan

pelajar yang terkenal dengan kenakalannya. Untuk berkawan dengan kumpulan pelajar

nakal, seseorang itu dipastikan menghisap rokok.Maka ada dikalangan pelajar yang

masih mentah ini mula belajar menghisap rokok. Bagi mereka, menghisap rokok itu

lambang kedewasaan dan kematangan. Kawan-kawan yang jahat akan sentiasa memujuk

rakannya ke arah kejahatan. Apabila rakannya sudah mahir menghisap rokok, diajaknya

pula menghisap gam. Maka pelajar yang masih mentah itu terus membeli gam 20sen di

koperasi sekolah dan menghisapnya menggunakan penyedut minuman. Kawan-kawan

yang jahat akan membetulkan kesilapannya dan mengajarnya cara-cara yang betul

menghisap gam. Untuk menjadi seorang yang disegani, tidak cukup dengan hanya setakat

menghisap gam, bahkan pelajar ini turut dikenalkan kepada ganja dan pil kuda. Sehingga

mereka sanggup menghabiskan wang beratus-ratus ringgit. Hal ini semua dilakukan

untuk menjadi seorang yang disegani dan hebat. Akhirnya untuk menjadi seorang yang

paling jahat dan paling nakal,pelajar tersebut dipengaruhi pula untuk menghisap dadah.

Seperti biasa , dadah apabila sekali cuba, maka seseorang itu akan terperangkap buat

selama-lamanya. Pelajar yang inginkan kehebatan itu akhirnya menjadi seorang penagih

dadah.

Seorang pelajar, yang umurnya masih muda iaitu 17 tahun telah terperangkap

dalam najis dadah. Masa depannya kelihatan sangat kelam dan menderitakan. Oleh

kerana selalu ponteng sekolah, pelajarannya sangat teruk. Oleh itu, dia sukar untuk

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

7

mendapat kerja. Kawan-kawan nakalnya dulu masing-masing melarikan diri daripadanya.

Dia mula mencuri untuk mendapatkan dadah. Lihatlah, seorang pelajar yang pada

awalnya inginkan kehebatan dan disegani akhirnya menjadi sampah iaitu sampah

masyarakat. Inilah akibat apabila seseorang itu memilih untuk menjadi terhebat dalam

kejahatan. Ini adalah contoh yang biasa terjadi kepada pelajar lelaki. Bagi pelajar

perempuan pula, contohnya daripada seorang pelajar yang sopan dan bertudung labuh

akhirnya menjadi seorang bohsia yang terlibat dengan pelacuran.

Justeru, tidak dapat tidak, anda perlu memilih jalan nutuk menjadi yang terbaik.

Tidak dinafikan manusia memang dianugerahkan dengan ghorizatul baqa’ (naluri ingin

mempertahankan diri). Allah s.w.t telah menunjukkan jalan untuk memenuhinya iaitu

melalui jalan Islam. Pilihlah Islam sebagai cara hidup anda. Bersahabatlah dengan

kawan-kawan yang bersemangat menyebarkan Islam dan mempunyai akhlak mulia.

Apabila anda menjadi orang yang baik, pertama sekali Allah s.w.t akan suka kepada

anda. Hal ini menyebabkan semua makluk Allah akan menyukai kita. Ini termasuklah ibu

bapa, guru-guru, rakan-rakan, dan seluruh masyarakat akan suka kepada kita. Kita

akhirnya akan menjadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

8

Ada Apa Dengan Cinta?

Perasaan ingin mencintai dan dicintai adalah fitrah yang dianugerahi Allah kepada

manusia. Konsep cinta adalah luas, tidak boleh dilihat dalam skop yang begitu sempit

seperti yang dilihat oleh kebanyakan muda-mudi. Mereka menganggap cinta itu adalah

seperti cinta hero dan heroin filem Hindustan atau filem Titanic. Paling menyedihkan ada

di kalangan muda-mudi kita menganggap cinta agung adalah cinta Puteri Gunung

Ledang. Pemikiran mereka tidak ubah seperti pemikiran kanak-kanak yang menganggap

penyelamat dunia adalah Ultraman dan Superman. Konsep cinta yang dipaparkan dalam

filem adalah kebanyakannya rekaan dan khayalan semata-mata. Jauh berbeza dengan

reality sebenar di dunia nyata. Lihatlah dunia hari ini, pasangan suami-isteri yang

romantis pun tidak ada masa untuk menyelami perasaan cinta mereka kerana sibuk

dengan karier masing-masing. Ini bermakna cinta kepada karier juga termasuk dalam

konsep cinta. Sebagai individu cemerlang kita harus mempunyai pemikiran yang terbuka

apabila berbincang tentang konsep cinta.

Manusia yang paling arif tentang cinta ada menyatakan, “Tidak sempurna iman

seseorang sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri”.

Daripada hadis ini, kita dapat membuat penaakulan bahawa bagaimana kita dapat

mencintai orang lain sekiranya kita tidak mencintai diri kita sendiri? Jadi, pertama sekali

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

9

yang penting adalah kita harus mencintai diri kita sendiri. Cinta itu bermula dengan

mencintai diri sendiri. Mencintai diri sendiri itu maknanya anda bersyukur kerana anda

diberi peluang untuk hidup di muka bumi ini dan berusaha supaya kehidupan anda yang

cuma sekali ini mendapat kebaikan dan kesejahteraan. Dalam mencintai diri sendiri, anda

perlu menerima keadaan dan rupa fizikal anda sepenuhnya. Anda tidak perlu bimbang

dan merasa sedih sekiranya ianya kurang sempurna.Kerana itu bukan diri anda yang

sebenar. Cuba anda bandingkan gambar anda ketika berumur 2 tahun, 6 tahun, 10 tahun,

14 tahun dan sekarang. Cuba perhatikan fizikal anda. Tidak sama, bukan? Namun , ketika

anda berusia 14 tahun dan anda berdiri di hadapan cermin maka anda akan mengatakan

bahawa yang di dalam cermin itu adalah anda. Sekarang katalah anda berumur 17 tahun

dan anda berdiri di hadapan cermin anda juga mengatakan yang di dalam cermin itu

adalah anda. Walhal bentuk fizikal anda pada usia yang berbeza itu jelas berlainan.

Mungkin satu gemuk, yang satu lagi kurus. Sekarang timbul persoalan siapakah diri kita

yang sebenarnya? Jika kita tidak mengetahui siapa diri kita yang sebenar, bagaimana

mungkin kita boleh mencintai diri sendiri? Diri kita yang sebenar adalah roh atau nyawa

kita. Kerana adanya rohlah maka adanya kita. Jika kita hanya ada badan sahaja tetapi

tiada roh, kita sebenarnya tiada.

Ini bermakna mencintai diri sendiri adalah mencintai roh kita. Rohani kita adalah

lebih penting daripada jasmani kita. Jasad kita hanyalah seumpama binatang tunggangan,

roh kitalah penunggangnya. Sekiranya roh kita hebat dan cemerlang, kita boleh menukar

binatang tunggangan mana yang kita suka. Hal ini akan berlaku di akhirat kelak. Di

syurga terdapat pasar muka atau wajah. Kita boleh menukar wajah kita mengikut selera

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

1

yang kita mahu. Justeru, apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah kita perlu berusaha

atas kerohanian kita. Individu-individu yang berjaya di dunia ini adalah terdiri daripada

mereka-mereka yang mempunyai kerohanian yang hebat dan cemerlang walaupun ada di

kalangan mereka yang mempunyai fizikal yang lemah. Seperti yang saya tekankan

sebelum ini, keadaan fizikal bukanlah masalah dan tidak perlu disedihkan. Sekiranya

anda mempunyai fizikal terbaik dan tercantik sekalipun tidak akan menentukan

kecemerlangan anda. Bentuk dan keadaan fizikal hanyalah pinjaman sementara Tuhan

kepada kita untuk menguji kekuatan rohani kita. Kehidupan dunia ini sendiri pun

hanyalah ujian kepada rohani kita.

Dalam mencari siapakah identiti diri kita yang sebenar,tidak dapat tidak

jawapannya hanyalah ada dalam agama. Sebelum saya terlupa, perlu diingatkan bahawa

walau bagaimanapun keadaan fizikal dan persekitaran anda sekarang, jangan sekali-kali

salahkan ibubapa. Ini kerana kita bukan daripada ibubapa, sebaliknya kita hanyalah

melalui ibubapa. Kita sebenarnya diciptakan oleh Tuhan. Ibubapa kita juga diciptakan

oleh Tuhan yang sama iaitu Allah S.W.T. Sebelum kita wujud di alam dunia, kita berada

di alam rahim dan sebelum itu di alam roh. Sebenarnya terlebih dahulu Allah S.W.T

menciptaka semua roh-roh manusia. Kemudian Allah bertanya, “Adakah aku ini Tuhan

kamu?”. Maka semua roh-roh itu menjawab, “Bahkan, kami bersaksi!”. Sebaik sahaja

kita dilahirkan, Islam mensyariatkan agar ayah kita mengumandangkan azan ke telinga

kita. Ini bertujuan dan simbolik untuk mengingatkan tentang pengakuan kita di alam roh

bahawa Allah adlah Tuhan kita yang paling besar daripada segala-galanya dan kejayaan

kita di dunia ini adalah dengan pengabdian diri kepada-Nya (Hayya ala as-solah, Hayya

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

1

ala al-falah).Setiap hari kita disyariatkan untuk membaca Al-Fatihah sekurang-kurangnya

17 kali. Di dalamnya terkandung pernyataan bahawa Allah adalah Tuhan sekalian alam,

hanya kepada-Nya kita menyembah dan hanya kepadanya kita memohon pertolongan. Ini

adalah bertujuan untuk mengingatkan manusia identitinya yang sebenar.

Sekarang sampailah kita kepada konsep cinta agung yang sebenarnya iaitu cinta kepada

Yang Maha Agung iaitu Allah s.w.t. . Tanda cinta kepada Allah adalah kita mengikuti

cara hidup yang dibawa oleh utusan dan kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Inilah jawapan kepada bagaimana cara kita menjadikan rohani kita hebat dan cemerlang,

tanda cinta kepada diri sendiri. Apabila rohani kita hebat dan cemerlang, Allah s.w.t.

akan mencintai kita dan akan ditundukkan makhluk-makhluk-Nya untuk mencintai kita.

Kekuatan rohani kita seumpama besi berani yang menarik besi-besi lain disekitarnya.

Dalam Al-Qur’an yang mulia ada dinyatakan ;-

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah

buat wanita-wanita yang keji , dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang

baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik . Mereka itu bersih

dari apa yang dituduhkan oleh mereka . Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia

.”[An-Nuur:26]

Oleh kerana itulah kita dapat lihat hari ini biasanya ustaz berkahwin dengan ustazah,

hafiz dengan hafizah, guru dengan cikgu, doktor dengan jururawat, pekerja kilang dengan

pekerja kilang, sehinggakan bohjan dengan bohsia. Amat jarang kita temui seorang ustaz

berkahwin dengan bohsia melainkan bohsia itu telah insaf lalu belajar agama dan menjadi

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

1

ustazah. Oleh itu, pasangan anda adalah cerminan diri anda. Baikilah diri anda untuk

menjadi baik, tentu pasangan anda juga adalah seorang yang baik.

Oleh kerana agama mempunyai kaitan rapat dengan kerohanian seseorang, kerana itulah

agama menyarankan kita agar memilih suami atau isteri berdasarkan agamanya. Agama

seumpama roh kepada jasad. Adakah anda suka berkahwin dengan seseorang yang hanya

mempunyai jasad?

Peringatan: Dalam Islam tiada konsep ‘teman lelaki’ atau ‘teman wanita’ .Konsep ini

sebenarnya kesan pengaruh barat. Sebaliknya yang ada adalah konsep suami dan isteri.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

1

PANDUAN MEMILIH RAKAN

Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda tentang sahabat yang soleh adalah

seperti penjual kasturi. Jika duduk berdekatannya, mungkin dia akan menghadiahkan

kasturi atau kamu boleh membeli kasturi daripadanya, jika kedua-duanya tidak jadi,

masih juga memperoleh bau harum kerana duduk berhampirannya (perasaan segar akan

diperolehi). Umpamanya sahabat yang buruk adalah seperti tukang besi. Jika daripada

dapurnya keluar bunga api dan menyentuh pakaianmu maka pakaianmu akan terbakar.

Kalau tidak begitu, masih juga berbau busuk dan asapnya akan mengganggu kamu.

Daripada hadis di atas, terdapat pengajaran yang amat penting untuk kehidupan

kita. Rakan memberi pengaruh besar terhadap diri kita. Hal ini kerana banyak masa kita

dihabiskan bersama rakan karib. Kita lebih selesa berbincang dan meluahkan perasaan

kepada rakan karib berbanding ibubapa. Ini merupakan fitrah manusia. Apa yang perlu

ditekankan di sini adalah kepentingan memilih siapakah yang perlu menjadi rakan karib

anda. Jika anda benar-benar ingin berubah dan berjaya dalam kehidupan anda, telitilah

dengan siapa anda patut berkawan.

Hadrat Imam Ghazali rahmatullah telah menyatakan bahawa semasa memilih

persahabatan dengan sesiapa jua, haruslah menjaga 5 perkara ;

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

1

Pertama sekali, dia harus menjadi seorang yang berakal atau cerdik. Manusia itu

hebat jika dibandingkan dengan makhluk lain kerana manusia itu dianugerahkan akal

fikiran. Kehebatan manusia itu pula berbeza antara satu sama lain berdasarkan keupayaan

akal mereka. Orang yang cerdik merupakan manusia yang mempunyai keupayaan akal

fikiran yang tinggi. Orang yang cerdik juga merupakan orang yang mempunyai ilmu.

Jika anda ingin menjadi seorang yang cemerlang, anda perlu berkawan dengan

mereka yang cerdik. Kecerdikan merupakan harta yang sebenar. Orang yang cerdik

pandai menghasilkan harta untuk keuntungan di dunia dan akhirat. Manakala orang yang

bodoh hanya tahu menghabiskan harta dengan cara yang membawa kerugian di dunia dan

akhirat.

Berkawan merupakan sifat semulajadi manusia. Hendak tidak hendak kita pasti

berkawan. Mengapa kita menghabiskan masa kita berkawan dengan orang-orang yang

bodoh. Berkawan dengan orang-orang yang bodoh merugikan masa kita dan merosakkan

kehidupan kita. Orang-orang yang bodoh suka menghabiskan masa dengan aktiviti yang

sia-sia. Aktiviti yang tidak berfaedah menjadi kegemaran mereka sementara aktiviti yang

berfaedah menjadi kebencian mereka. Mereka sentiasa memujuk anda melakukan aktiviti

tidak berfaedah dan membuang masa seperti berbual kosong, lepak, bersiar-siar di

kompleks membeli-belah, mengumpat, bergaduh, dan sebagainya.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

1

Sebaliknya jika anda berkawan dengan orang yang cerdik, lama-kelamaan anda

pasti menjadi seorang yang cerdik. Hal ini kerana orang yang cerdik pandai mengurus

masanya dengan baik. Kebanyakan masanya digunakan untuk melakukan aktiviti yang

berfaedah. Kawan yang cerdik akan sentiasa mengajak kita melakukan kebaikan. Kata-

kata mereka merupakan nasihat berguna bagi kita. Kawan yang cerdik akan sentiasa

menyedarkan kita tentang tanggungjawab sebenar kita. Mereka akan sentiasa mengajak

kita ke tempat-tempat yang berfaedah seperti masjid, perpustakaan, pusat sumber, dan

sebagainya. Betapa untungnya kita jika kita memilih unutk berkawan dengan mereka

yang cerdik. Bukan sahaja hari-hari kita dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah,

malah hidup kita menjadi lebih tenang, selamat, dan ceria.

Di sini timbul persoalan, jika semua orang tidak mahu berkawan dengan orang

yang bodoh, maka kasihanlah orang-orang yang bodoh. Kita seolah-olah menyisihkan

mereka. Bukan begitu maksud saya. Sebenarnya, kita hanya perlu berkawan dengan

orang yang cerdik. Tanggugjawab kita ke atas orang yang bodoh adalah mengajar mereka

untuk menjadi cerdik, bukannya berkawan dengan mereka. Maksudnya adalah kita

mempengaruhi mereka untuk menjadi cerdik, bukannya kita dipengaruhi mereka untuk

menjadi bodoh. Dengan cara ini akhirnya, semua orang akan menjadi cerdik.

Keduanya adalah akhlak yang baik. Individu yang baik akhlaknya menandakan

kepandaiannya menggunakan pertimbangan akal dan kesucian hatinya. Akhlak yang baik

yang ada pada seseorang individu juga menandakan dia mempunyai rohani yang hebat

dan cemerlang. Individu yang berakhlak buruk pula tentulah keadaannya sebaliknya.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

1

Di dalam dunia ini, manusia terbahagi kepada banyak kumpulan-kumpulan kecil.

Ada diantara mereka meminati bola sepak, maka mereka membentuk kumpulan bola

sepak. Ada diantara mereka suka bergaduh dan bertumbuk, maka mereka membentuk

kumpulan samseng dan banyak lagi. Kumpulan-kumpulan ini terbentuk kerana mereka

mempunyai minat dan keinginan yang sama. Ini akhirnya menyebabkan mereka

mempunyai tingkah laku dan akhlak yang sama.

Jika anda ingin menjadi seorang individu yang cemerlang, anda perlu memilih

dalam kumpulan manakah anda patut berada. Anda perlu bersahabat dengan mereka-

mereka yang mempunyai akhlak yang mulia. Ini kerana akhlak yang mulia merupakan

asas pembentukan individu cemerlang. Anda akan mengecapi kebahagiaan hidup apabila

anda bersahabat dengan individu yang mempunyai akhlak yang mulia. Mereka akan

sentiasa berusaha untuk menyenangkan dan menjaga hati anda. Anda akan berasa

tenteram. Apabila anda dalam kesusahan, mereka akan datang membantu anda.

Sebaliknya, jika anda berkawan dengan mereka yang berakhlak buruk, mereka

hanya pandai mentertawakan dan mencaci anda. Apabila mereka dalam kesusahan,

mereka tidak segan silu merayu minta bantuan anda. Mereka sentiasa melemahkan

semangat anda untuk berjaya. Sebagai contoh, sekiranya anda sedang mengulangkaji

pelajaran, mereka akan menyindir anda dengan kata-kata yang melemahkan semangat.

Sekiranya anda berlatih bercakap dalam bahasa Inggeris, maka mereka akan

mentertawakan anda. Sekiranya anda ingin berubah menjadi baik, mereka akan menarik

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

1

anda ke arah kejahatan. Justeru, tiada gunanya anda berkawan dengan mereka-mereka

seperti ini. Anda harus bertekad untuk memutuskan persahabatan dan lari daripada

mereka sejauh-jauhnya. Carilah mereka-mereka yang mempunyai akhlak yang baik.

Mereka sudah tentu sedia menerima anda. Mereka mungkin terdiri daripada individu-

individu yang sentiasa berjumpa anda untuk mengajak berbuat baik. Oleh itu, apa tunggu

lagi, ikutilah dan bersahabatlah dengan mereka. Anda akan bahagia.

Ketiganya, dia bukanlah seorang yang fasik. Orang yang fasik adalah orang yang

tidak takut kepada Allah dan selalu melakukan dosa dan maksiat. Jika anda berkawan

dengan mereka, mereka akan sentiasa mengajak anda melakukan dosa. Mereka bangga

dapat mengajar anda berbuat dosa. Sekiranya anda pelajar lelaki, mereka akan mengajar

anda menghisap rokok terlebih dahulu. Bagi pelajar perempuan mereka akan mengajar

anda cara mendedahkan aurat sedikit demi sedikit. Mereka seolah-olah, mengambil alih

tugas syaitan. Justeru jauhi dan jangan dekati mereka.

Keempatnya, dia bukan seorang yang mengamalkan bida’ah. Bida’ah adalah

mengatakan sesuatu yang bukan agama adalah agama. Contohnya mereka mengatakan

bahawa berzikir dengan nada nyanyian lagu ‘rock’ disertai dengan muzik rancak itu

adalah agama dan mendapat pahala. Orang seperti ini sangat berbahaya. Anda boleh

terpesong akidah dan tersesat jika berkawan dengan mereka.

Kelima adalah orang yang bukan tamak haloba untuk mendapatkan kemewahan

dunia. Rakan seperti ini termasuklah rakan yang mata duitan. Mereka sanggup

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

1

memutuskan dan mengkhianati anda semata-mata kerana kebendaan. Orang seperti ini

tidak ikhlas dalam pergaulan. Anda akan mengalami kerugian dunia dan akhirat

sekiranya berkawan dengan mereka.

Setelah anda mengetahui siapakah rakan yang anda patut pilih, tugas anda

seterusnya adalah cuba berusaha untuk berkawan dengan mereka. Kita perlu

menunjukkan kesungguhan bahawa kita ingin berkawan dengannya, barulah dia akan

menjadi kawan anda. Jangan sekali-kali menyangka anda dapat berkawan dengan mereka

sekiranya anda tidak berusaha berkawan dengan mereka. Ini kerana dunia ini adalah

tempat sebab akibat. Di katakan , apabila Nabi Isa a.s. turun dari langit, apabila hampir

sampai ke dunia, baginda meminta tangga untuk turun ke dunia. Walhal kita fikir

mengapa tidak terus turun sahaja. Ini adalah pengajaran bagi kita bahawa dunia ini adalah

tempat sebab akibat.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

1

Kemahuan Untuk Berubah

Ahli fikir ada menyatakan, “Berhati-hati dengan siapa yang anda mahu jadi

kerana anda adalah siapa yang anda mahu jadi.” Kemahuan anda untuk menjadi pelajar

yang cemerlang adalah perkara yang amat penting. Bak kata pepatah, “Hendak seribu

daya, tak hendak seribu dalih.” Walau siapapun anda sekarang, anda tetap boleh bersinar

terang jika itu yang anda mahu. Jika anda tidak mahu, walaupun ibubapa telah kehabisan

beribu-ribu ringgit untuk menghantar anda tuisyen, anda tetap tidak berjaya menjadi

pelajar cemerlang.

Allah s.w.t. pasti akan menunjukkan anda jalan sekiranya anda mahu berubah ke

arah yang lebih baik. Allah s.w.t menciptakan kehidupan dan kematian untuk menguji

siapakah yang lebih baik amalannya. Kita perlu mempunyai niat untuk menjadi terbaik

dalam setiap perkara yang kita lakukan. Kemahuan untuk berubah seterusnya akan

mendorong anda berusaha untuk berjaya. Contohnya Nur Amalina yang mempunyai

kemahuan yang tinggi untuk menjadi pelajar terbaik. Semangatnya yang tinggi

seterusnya mendorong beliau untuk mengambil 17 subjek dalam SPM. Beliau seterusnya

belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai markah terbaik dalam setiap subjek yang

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

2

diambilnya. Secara fitrahnya, hasil dapat dikecapi selepas usaha yang bersungguh-

sungguh. Beliau akhirnya berjaya meraih 17A1 dalam SPM dan menjadi pelajar yang

terbaik. Lihatlah, semua itu bermula daripada kemahuannya untuk menjadi yang terbaik.

Sekiranya beliau tidak mempunyai kemahuan yang tinggi, sudah tentu kita semua tidak

mengenali Nur Amalina bahkan kita juga tidak menyedari kewujudannya di Malaysia ini.

Begitu juga dengan anda. Sekarang orang ramai tidak mengetahui kewujudan anda di

dunia ini. Anda perlu berusaha untuk menyerlahkan diri anda, melakukan perubhn

kepada dunia. Hidup anda hanya sekali. Gunalah peluang kehidupan yang diberikan oleh

Allah ini dengan sebaik-baiknya. Ukirlah sejarah anda sendiri. Semuanya bermula

dengan kemahuan anda.

Lihatlah dunia hari ini. Kemahuan Nabi Muhammad s.a.w untuk membaiki

keadaan manusia yang jahiliah dan rosak akhirnya menjadi kenyataan. Allah s.w.t

menganugerahkan baginda satu tugas yang mulia iaitu untuk menyebarkan agama Islam

kepada seluruh manusia termasuk diri kita di Malaysia ini. Cuba lihat di dalam rumah

anda. Adanya lampu yang mengeluarkan cahaya disebabkan oleh kemahuan yang tinggi

Thomas Alva Edison untuk merekacipta mentol yang mengeluarkan cahaya. Setelah

beliau bersusah-payah berusaha seorang diri akhirnya semua manusia termasuk kita

mendapat manfaat. Bayangkan kehidupan kita di malam hari tanpa lampu. Tentu susah,

bukan? Hari ini kita perlu mengubah mentaliti kita daripada sentiasa menjadi pengguna

kepada mentaliti seorang yang bakal mengubah suasana ke arah yang lebih baik. Masih

banyak bahkan masih terlampau banyak peluang dan ruang untuk anda menjadi yang

terbaik. Justeru itu, bermula saat ini tanamkan kemahuan untuk menjadi terbaik dalam

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

2

apa sahaja aktiviti yang tidak bercanggah dengan agama. Sekiranya anda sekarang sedang

belajar, jadilah pelajar terbaik. Menjadi yang terbaik bukan soal peluang tetapi soal

pilihan. Samada anda mahukan yang terbaik atau tidak.

Kepentingan Niat

Kebanyakan buku-buku motivasi terutama dari barat menekankan kepada konsep

penetapan matlamat ataupun ‘goal setting’. Maka ramailah ahli-ahli motivasi termasuk

ahli-ahli motivasi Islam yang menyokong dan menyebarkan kepentingan penetapan

matlamat ini. Mereka lupa bahawa Islam menawarkan kaedah dan konsep terbaik untuk

kejayaan hidup manusia. Dalam Islam, antara konsep yang paling penting adalah adalah

konsep niat. Konsep inilah yang kurang diberi penekanan oleh ahli-ahli motivasi muslim

masakini. Sedangkan konsep ini telah dibincangkan dan dikaji dengan mendalam oleh

ahli-ahli fikir Islam pada zaman kegemilangan Islam. Oleh kerana itu, tidak hairanlah

ramai individu-individu cemerlang yang lahir pada ketika itu. Sebenarnya kaedah-kaedah

dan konsep-konsep falsafah barat hanyalah serpihan kecil daripada falsafah Islam yang

hebat dan luas. Kita sepatutnya mengkaji dan seterusnya mengaplikasi konsep Islam yang

hebat itu.

Di sini saya akan mengulas tentang konsep niat yang diutarakan oleh tokoh

pemikir Islam terkenal iaitu Imam Al-Ghazali. Manusia melakukan sesuatu aktiviti itu

berdasarkan pilihan mereka sendiri. Sesuatu aktiviti itu terhasil daripada gabungan

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

2

ilmu,kehendak dan kemampuan manusia itu sendiri. Kehendak untuk melakukan sesuatu

aktiviti itu timbul setelah adanya ilmu tentang aktiviti tersebut. Menurut Al-Ghazali

makna kehendak adalah terbangkitnya hati kepada apa yang dilihatnya, sesuai bagi

maksud. Kehendak terbahagi kepada dua iaitu kehendak jangka pendek dan kehendak

jangka panjang. Manusia secara fitrahnya berkehendakkan sesuatu yang mendatangkan

manfaat baginya dan menolak sesuatu yang mendatngkan mudharat. Oleh itu manusia

memerlukan ilmu untuk mengetahui apakah aktiviti yang mendatangkan manfaat dan

sebaliknya. Sebab itulah kita dikurniakan akal dan pancaindera oleh Allah. Sebagai

contoh, orang yang tidak mengetahui manfaat belajar bahkan merasa bahawa belajar itu

membebankan sudah tentu tidak akan belajar. Begitu juga orang yang tidak mengetahui

kelebihan berniaga, lebih suka memilih untuk kerja makan gaji buat selamanya.

Seterusnya, sekiranya seseorang itu sudah mengetahui bahawa belajar itu

bermanfaat untuk dirinya, itu belum mencukupi untuk membuatnya belajar selagi dia

tiada keinginan dan motivasi untuk belajar. Hanya keinginan dan motivasi sahaja tidak

memadai sekiranya anggota badannya tidak bergerak untuk belajar. Oleh sebab itulah

Allah s.w.t. memberi kemampuan kepada anggota badan manusia untuk bergerak.

Menurut Al-Ghazali, anggota badan itu tidak bergerak melainkan dengan kemampuan.

Kemampuan itu terhasil setelah adanya pembangkit(motivasi) dan pembangkit itu terhasil

setelah adanya ilmu dan makrifah atau sangkaan dan tekad. Contohnya, dia mempunyai

ilmu bahawa belajar itu sangat bermanfaat untuknya. Makrifah itu adalah keyakinannya

bahawa tidak boleh tidak dia perlu belajar untuk berjaya dalam hidup. Hasilnya,

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

2

timbullah kehendak dalam dirinya untuk belajar dan terbangunlah kemampuan bagi

menggerakkan anggota-anggota badan untuk belajar.

Maka menurut Al-Ghazali, kemampuan itu menjadi pelayan bagi kehendak dan

kehendak itu mengikuti hukum tekad dan makrifah. Maka niat itu ibarat dari sifat yang di

tengah-tengah iaitu : kehendak dan terbangkitnya diri dengan hukum keinginan dan

kecenderungan, kepada apa yang bersesuaian bagi maksud. Adakalanya jangka pendek

dan adakalanya jangka panjang.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

2

Membina Imej Sebagai Pelajar Cemerlang

Manusia secara normalnya menilai peribadi seseorang berdasarkan penampilan

luaran seseorang. Inilah yang dinamakan imej. Ini kerana kita tidak dapat melihat apa

yang ada dalam hati seseorang.Walaupun imej tidak semestinya sama dengan peribadi

dalaman seseorang,namun telah terbukti bahawa imej menjadi kayu ukur masyarakat

dalam menilai peribadi seseorang. Malah yang lebih menakjubkan lagi, imej dapat

membentuk peribadi seseorang. Apabila kita berjalan di khalayak umum contohnya,kita

tanpa disedari menilai orang yang lalu-lalang di sekeliling kita berdasarkan imej yang

ditampilkan oleh mereka. Apabila kita melihat seseorang yang berjalan terhuyung-

hayang, baju tercompang-camping dan bercakap seorang diri, kita secara automatik

mengatakan bahawa dia adalah orang gila. Walhal mungkin orang tersebut adalah ejen

perisik polis yang ditugaskan untuk mengesan sindiket dadah paling berbahaya di negara

kita.

Sekiranya anda ingin menjadi seorang pelajar yang cemerlang, anda perlu

mengubah imej anda seperti seorang pelajar yang cemerlang. Cara berpakaian, perhiasan,

sikap atau cara duduk dan berdiri,cara berjalan, berbicara semuanya perlu diubah kepada

imej seorang pelajar yang cemerlang.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

2

Pertama sekali adalah cara anda berpakaian. Orang akan meneka siapa anda

berdasarkan pakaian anda. Sekiranya anda sentiasa memakai kopiah(bagi lelaki) dan

bertudung labuh(bagi perempuan) maka orang akan menilai anda bahawa anda adalah

seorang yang beragama dan berakhlak mulia. Lebih menakjubkan lagi, orang mungkin

menyangka anda adalah seorang ustaz atau ustazah. Apabila mereka bercakap dengan

anda, mereka akan bercakap dengan sopan kerana mereka menyangka anda adalah

seorang yang sopan. Begitulah sebaliknya, sekiranya anda memakai topi bergambar

tengkorak (bagi lelaki) dan tidak memakai tudung(bagi perempuan), orang mungkin

menyangka anda adalah bohjan atau bohsia. Mereka tanpa segan silu bercakap

menggunakan bahasa yang tidak sopan dengan anda.

Tahukah anda bahawa imej anda akan menarik orang yang mempunyai sama imej

dengan anda. Kita biasa melihat individu yang bertudung labuh biasanya kawan-

kawannya semua bertudung labuh. Individu yang berpakaian ketat, kawan-kawannya

juga berpakaian ketat. Begitu juga individu yang memakai kopiah, kawan-kawannya juga

memakai kopiah. Sekiranya anda menampilkan imej pelajar cemerlang, insya Allah,

kawan-kawan anda juga terdiri daripada pelajar-pelajar yang cemerlang.

Keduanya adalah cara anda berjalan. Berjalanlah seperti pelajar cemerlang

berjalan. Bukannya seperti kura-kura dalam ketakutan dan bukan pula seperti itik dalam

kehausan. Berjalanlah dengan cara yang sopan dan berwibawa. Berjalanlah dalam

keadaan tegak dan lurus bukannya membongkok. Tegak disini tidaklah bermaksud

seperti askar sedang berkawad, tetapi tegak seolah-olah anda berjalan sambil meletak

buku tebal di atas kepala, buku tersebut tidak jatuh. Anda boleh membuat latihan berjalan

yang betul. Cuba letakkan di atas kepala anda dan berjalanlah sejauh 20 langkah. Cuba

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

2

latihan ini berkali-kali dan cuba amalkannya ketika setiap kali anda berjalan. Ketika

melangkah, bagi wanita dianjurkan merapatkan sedikit paha. Jangan menundukkan

kepala ketika berjalan sebaliknya tundukkanlah pandangan mata ketika berjalan.

Menundukkan pandangan ketika berjalan maksudnya mata hanya melihat lantai jalan

ketika berjalan dan bukannya mata memandang ke sana ke mari seperti cicak tertelan

kapur. Tangan hendaklah dihayun sesuai dengan tahap kesopanan, tidak terlampau tinggi

seperti kawad dan tidak pula melenggang-lenggangnya seperti penari istana. Berjalanlah

dengan berpijak di bumi nyata dan janganlah berjalan seperti penjenayah yang melarikan

diri dari lokap. Takutilah dan ingatilah Allah ketika berjalan dan jangan berjalan seperti

dalam ketakutan terhadap orang yang lalu-lalang. Sebarkan salam dan berikan senyuman

kepada orang yang berselisih dengan anda(untuk sesama muhrim sahaja). Insya Allah,

langkah anda akan lebih tenang dan bertenaga.

Ketiganya adalah cara anda bercakap. Sentiasalah bercakap tentang perkara yang

positif dan berfaedah. Jauhilah percakapan yang sia-sia dan mendatangkan dosa seperti

mengumpat, mengadu domba dan sebagainya. Isi percakapan anda adalah imej anda

ketika bercakap. Ketahuilah bahawa sebaik-baik percakapan adalah yang mendekatkan

kita kepada Allah. Kemahiran yang penting ketika berbual adalah kemahiran mendengar.

Orang tidak akan suka sekiranya hanya anda seorang yang bercakap tidak henti-henti.

Jadilah seorang pendengar yang baik. Jangan memintas percakapan rakan anda. Ketika

bercakap juga hendaklah mengambil kira interaksi mata anda dengan yang diajak

bercakap. Jangan biarkan rakan anda bercakap tetapi mata anda ke tempat lain. Ini

menandakan anda tidak memberi tumpuan dan tidak menghormatinya. Jangan pula mata

anda terlampau lama merenung mata orang yang diajak bercakap. Nanti anda dikatakan

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

2

seorang yang berbahaya. Ambillah jalan tengah. Penting dinyatakan disini konsep temuan

mata ini hanya boleh diaplikasi ketika bercakap dengan sesama muhrim sahaja. Jika tidak

interaksi mata boleh mendatangkan mudharat kepada kita kerana terkena panahan

syaitan.

Keempatnya adalah cara anda duduk di dalam kelas. Pastikan anda memilih

tempat duduk di barisan paling hadapan. Barisan hadapan adalah saf pelajar cemerlang.

Islam menekankan untuk kita solat di barisan paling hadapan. Anda akan memperoleh

begitu banyak manfaat berada di barisan hadapan. Pertamanya anda telah memperoleh

imej sebagai pelajar cemerlang. Berada di barisan hadapan menunjukkan kita

bersemangat untuk belajar. Justeru, guru akan memberi tumpuan dan layanan yang lebih

kepada kita. Tambahan pula kita dapat melihat tulisan guru di papan hitam dengan jelas

dan terang. Sekiranya anda berpeluang untuk bertukar tempat duduk,pilihlah untuk

berada di barisan paling hadapan. Janganlah jadi seperti pelajar gagal yang suka memilih

tempat duduk di bahagian belakang.

Banyak lagi perkara yang perlu diambil berat dalam membina imej anda sebagai

pelajar cemerlang. Sebagai langkah permulaan, amalkanlah empat perkara asas yang

telah dibincangkan. Lihatlah perubahan dalam kehidupan dan pencapaian anda sebagai

pelajar. Memang sukar dan banyak rintangan yang datang apabila anda ingin mengubah

imej yang telah lama anda amalkan. Cubalah,berlatihlah dan teruskanlah berusaha kerana

usaha itu tangga kejayaan.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

2

Banyakkan membaca buku motivasi

Untuk menjadi seorang yang berjaya, anda memerlukan motivasi diri yang tinggi.

Cara yang mudah dan praktikal untuk meningkatkan motivasi diri anda adalah dengan

membaca buku-buku motivasi. Anda tidak perlu menghabiskan duit untuk

mendapatkannya. Ini kerana anda boleh meminjamnya dari perpustakaan sekolah atau

perpustakaan berdekatan tempat tinggal anda. Jika sebelum ini anda belum pernah

membaca buku motivasi dan tidak mengetahui apakah itu buku motivasi di bawah

disenaraikan contoh tajuk buku-buku motivasi:-

-Motivasi dan teknik belajar berkesan

-Tujuh sifat individu cemerlang

-Bagaimana membina kualiti diri anda

-Berani gagal

-Nak ke tak nak

-Mencapai kejayaan dunia dan akhirat dan banyak lagi.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

2

Saya harap sekarang anda sudah mempunyai gambaran tentang apa itu buku

motivasi. Tugas anda adalah apabila ada masa lapang, gunakanlah masa tersebut untuk

membaca buku motivasi. Sebagai contoh sekiranya anda ingin menjadi cemerlang seperti

Nur Amelina, bacalah buku ‘Rahsia Kecemerlangan Nur Amelina’. Sekiranya anda ingin

cemerlang dalam pelbagai bidang, bacalah buku ‘Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan’.

Baca dan hayati mutiara ilmu dalam buku tersebut. Seterusnya anda perlu mengamalkan

kaedah yang diajar di dalam buku tersebut. Pesanan saya, jangan amalkan kaedah yang

bertentangan dengan agama.

Buku lain yang boleh dikategorikan sebagai buku yang memberi anda motivasi

adalah buku tentang kisah-kisah individu yang cemerlang. Anda dapat mengetahui

tentang usaha dan pengorbanan demi pengorbanan yang dilakukan mereka sebelum

mereka menjadi individu cemerlang. Justeru, jika anda menempuh jalan yang sama, maka

anda akan menemui hasil yang sama. Anda tidak dibenarkan meniru dalam peperiksaan,

tetapi anda disarankan untuk meniru dalam kehidupan iaitu meniru kehidupan orang yang

telah berjaya. Kerana itulah maksud penciptaan manusia, supaya semuanya menjadi insan

yang berjaya.

Contoh tajuk buku-buku tersebut adalah:-

-Kisah Para Sahabat r.a.

-100 individu paling berpengaruh dunia

-30 pendekar-pendekar Islam dan banyak lagi.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

3

Apabila anda banyak membaca buku motivasi, lama-kelamaan anda akan

mempunyai motivasi diri yang tinggi. Individu yang mempunyai motivasi diri yang tinggi

selalunya akan berjaya dalam setiap aktiviti yang dilakukannya. Ini bermakna sekarang

anda perlu mempunyai kemahuan dan niat untuk membaca buku motivasi. Langkahlah

kaki anda sekarang ke perpustakaan berdekatan dan dapatkan satu buku motivasi yang

anda suka. Ingatlah bahawa perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang

pertama!

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

3

BERANI MENCUBA SESUATU YANG BARU, POSITIF

DAN MENCABAR

Jika kita melakukan perkara yang sama, maka hidup kita sama seperti hari-hari

yang lalu. Kita merasai suasana yang sama, pengalaman yang sama, hasil yang sama dan

yang lebih malang lagi kita mengulangi kegagalan yang sama. Kegagalan dalam erti

gagal menggunakan modal yang ada(masa, usia muda,kesihatan, waktu lapang,nyawa)

untuk merebut peluang menjadi seorang yang berjaya dan bahagia di alam dunia yang

sementara dan kehidupan akhirat yang kekal abadi. Hidup yang tiada perubahan adalah

hidup yang hambar dan sia-sia. Hidup yang mengalami perubahan ke arah sesuatu yang

negative adalah hidup yang membinasakan diri sendiri dan orang lain. Hidup yang

sentiasa berubah ke arah kebaikan adalah kehidupan yang bermakna, bahagia dan

membahagiakan orang lain. Inilah kehidupan sebenar yang semua manusia perlu

berusaha ke arah ini. Atas maksud inilah Allah S.W.T , Pencipta kita semua telah

menghantar manusia contoh iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi rahmat kepada

sekalian alam. Kehidupan baginda yang sentiasa berusaha untuk merubah diri,

masyarakat dan dunia seluruhnya ke arah kebaikan(agama Islam) sepatutnya dijadikan

contoh bagi kita jika kita benar-benar mahukan kejayaan dalam hidup.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

3

Allah S.W.T telah menyatakan dalam Al-Quran yang maksudnya “Sesungguhnya

Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa

yang ada pada diri mereka sendiri”[Ar-Ra’d:11]. Pengajaran daripada ayat ini adalah kita

bertanggungjawab untuk membuat perubahan terhadap diri kita sendiri. Perubahan ini

sudah tentu perubahan ke arah yang lebih positif. Tahukah anda bahawa terdapat formula

kecemerlangan yang sangat penting dan praktikal dalam ayat ini? Itulah konsep “kaizen”

yang telah diamalkan oleh masyarakat jepun. Jepun yang pada masa dahulunya

merupakan satu Negara yang lemah,kini menjadi sebuah negara yang maju dan disegani

dunia. Hal ini adalah hasil pengamalan konsep “kaizen”. Konsep “kaizen” bermakna

melakukan perubahan ke arah kebaikan sedikit demi sedikit. Sebagai contoh, katakanlah

pada hari ini anda menerima keputusan ujian matematik tambahan anda yang sangat teruk

iaitu 1%. Sekiranya anda menerapkan konsep “kaizen”, anda akan berusaha untuk

membaiki kefahaman dan prestasi anda dalam matematik tambahan sebanyak 1% sahaja

setiap hari. Hal ini bermakna dalam seratus hari,prestasi anda akan mencapai 100% dan

anda mungkin menjadi seorang pelajar yang disegani di dalam kelas. Hal ini berlaku

terhadap rakan sekelas penulis sendiri ketika bersekolah di SMK(A) Sheikh Abdul

Malek. Pada suatu ujian bulanan matematik tambahan beliau mendapat keputusan yang

paling teruk dalam kelas iaitu 0%. Pada ujian bulanan berikutnya,beliau berjaya

memperoleh markah 80% dan seterusnya tersenarai dalam pelajar pintar matematik

tambahan. Kini beliau sedang melanjutkan pelajaran di luar negara di bawah tajaan

Petronas. Inilh hasil semangat kaizen yang ada dalam diri seseorang. Beliau juga

dikatakan berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran tatkala tamat tingkatan lima. Hal ini

adalah hasil usaha beliau menghafaz Al-Quran sedikit demi sedikit ketika berada di

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

3

dalam kelas bermula daripada tingkatan satu lagi. Beliau mengambil peluang untuk

menghafal ketika guru belum masuk ke kelas.

Walau siapapun anda,sekarang anda perlu berani melakukan perubahan sekiranya

anda ingin berjaya di dalam hidup ini. Anda boleh menggunakan konsep hijrah untuk

melakukan perubahan terhadap diri anda kepada yang lebih baik. Saya mencadangkan

anda bertukar sekolah atau universiti jika perlu. Di sekolah yang baru itu,anda perlu

menampilkan imej sebagai pelajar cemerlang dan berkawan dengan mereka-mereka yang

cemerlang. Itulah yang dilakukan oleh saya sendiri. Pada tingkatan empat saya membuat

keputusan bertukar ke Sekolah Sains Berasrama Penuh kerana peluang untuk berjaya

lebih cerah di sana. Saya tetap bertukar sekolah walaupun rakan-rakan menyarankan agar

saya tetap di sekolah lama. Namun saya bertekad melakukan sesuatu yang baru dalam

hidup dan berubah ke arah yang lebih baik. Saya telah melakukannya,anda bila lagi?

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

3

Menjadi Orang Yang Terbaik

Makna hadis, daripada ‘Uthman Bin ‘Affan r.a. berkata: Rasulullah S.A.W

bersabda: “Yang terbaik di antara kamu adalah orang yang mempelajari Al-Qur’an dan

mengajarkannya.”

[Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari]

Untuk menjadi individu yang terbaik, tidak dapat tidak anda perlu menjadi

seorang yang mahir Al-Qur’an. Ini kerana Al-Qur’an merupakan kitab panduan individu-

individu yang berjaya dunia dan akhirat. Orang yang sentiasa membaca,mengkaji dan

beramal dengan isi kandungan Al-Qur’an dijamin akan menjadi seorang yang cemerlang

dunia dan akhirat.

Sebagai seorang yang bercita-cita ingin menjadi individu cemerlang, anda

sepatutnya berasa gelisah jika tidak dapat membaca Al-Qur’an dalam sehari. Janganlah

menjadi seperti kebanyakan orang yang merasa gelisah sekiranya tidak dapat membaca

suratkhabar dalam sehari. Tahukah anda suratkhabar dibaca oleh semua orang:

petani,peladang,orang miskin,orang kaya, pelajar gagal hatta penagih dadah,perompak,

peminum arak pun turut membaca suratkhabar. Tiada perubahan kepada orang yang

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

3

selalu membaca suratkhabar. Ini kerana suratkhabar merupakan surat perkhabaran dan

laporan tentang berita-berita yang berlaku di dunia hari ini. Dunia hari ini banyak berlaku

kerosakan, masalah moral dan keruntuhan akhlak terutama dikalangan muda-mudi.

Sekiranya anda sentiasa membaca suratkhabar, minda anda akan dipenuhi ketakutan,

kebimbangan dan perkara-perkara negatif.

Sedangkan Al-Qur’an mengkhabarkan anda tentang cerita-cerita individu

cemerlang, bagaimana ingin mencapai kejayaan dunia dan akhirat dan pelbagai perkara-

perkara positif. Al-Qur’an juga menceritakan kepada anda perkara-perkara yang akan

berlaku pada masa hadapan dan apakah persediaan yang patut anda lakukan. Al-Qur’an

juga memberitahu anda siapakah identiti anda yang sebenar. Al-Qur’an ada memberitahu

bahawa kita adalah umat yang terbaik yang ditugaskan untuk mengajak manusia kepada

kebaikan dan mencegah manusia daripada keburukan dan kita perlu beriman kepada

Allah S.W.T. di samping itu, Al-Qur’an turut menyatakan tugas kita sebagai hamba dan

khalifah kepada Allah. Bagaimana kita dapat mengabdikan diri kepada Allah, Tuhan

yang satu dan dalam masa yang sama menjadi wakil Tuhan untuk menguruskan dunia

dengan cara yang terbaik. Di dalam Al-Qur’an juga diterangkan sistem kehidupan

manusia yang paling canggih yang akan memberikan kebahagiaan dan keselamatan

kepada manusia seluruh dunia di tahap yang maksima. Sistem itulah yang dinamakan

Islam yang dari segi bahasa bermakna sejahtera. Banyak lagi perkara yang dikhabarkan

Al-Qur’an yang sudah pasti akan membawa anda ke arah kecemerlangan.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

3

Hal itu sudah pasti anda tidak dapat ketahui melainkan anda belajar Al-Qur’an.

Belajar Al-Qur’an dengan erti kata yang sebenarnya. Ramai orang hari ini menganggap

mereka sudah belajar dan mahir Al-Qur’an. Padahal mereka hanya mahir mengenal huruf

arab dan pandai mengeja huruf arab tersebut. Hal ini samalah seperti pelajar tadika yang

belajar mengenal huruf ABC kemudian pandai mengeja cantuman huruf tersebut. Orang

yang hanya pandai membaca Al-Qur’an hatta dengan berlagu dan bertajwid sekalipun

tidaklah dikira orang yang mahir Al-Qur’an. Itu hanyalah pelajaran asas untuk belajar Al-

Qur’an. Sebagaimana kita tidak dapat belajar matapelajaran sekolah rendah sekiranya

tidak dapat mengeja dan membaca, begitulah juga kita tidak dapat belajar Al-Qur’an

sekiranya kita tidak dapat membaca Al-Qur’an. Sekiranya anda merasa anda sudah

pandai Al-Qur’an kerana telah khatam Al-Qur’an berkali-kali ketahuilah anda sebenarnya

hanya khatam membaca dan mengeja Al-Qur’an. Anda masih belum belajar Al-Qur’an

dengan erti kata yang sebenarnya.

Al-Qur’an adalah perkataan Allah yang disampaikan kepada Nabi Muhammad

S.A.W melalui malaikat Jibril a.s. Tujuan Allah s.w.t menurunkan Al-Qur’an adalah

sebagai panduan dan petunjuk kepada manusia untuk hidup dengan jayanya di muka

bumi ini. Kitab tentang cara hidup ini akhirnya disampaikan oleh Nabi s.a.w kepada

sahabat-sahabatnya. Dengan kaedah penyampaian dari mulut ke mulut. Ada dikalangan

sahabat r.a. yang mencatat isi kandungan Al-Qur’an di kulit-kulit kayu dan tulang-tulang

binatang untuk mudah diingati dan seterusnya dapat diamalkan dalam kehidupan

seharian. Namun kebanyakan sahabat menghafalnya. Al-Qur’an turun sedikit demi

sedikit sehinggalah sempurna selama 23 tahun. Para sahabat r.a. apabila Al-Qur’an

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

3

diturunkan, terus mengamalkannya di dalam kehidupan harian. Sekiranya timbul

kekeliruan untuk beramal, sahabat akan bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Jawapan yang diberitahu oleh Nabi s.a.w itulah yang dikenali sebagai hadis yang

merupakan sumber Islam yang penting untuk kita hari ini. Ini bermakna, itulah cara

sebenar belajar Al-Qur’an dan bukannya seperti yang kita anggap hari ini iaitu belajar Al-

Qur’an adalah belajar mengeja Al-Qur’an.

Sebagaimana anda belajar ilmu biasa, untuk belajar Al-Qur’an anda memerlukan

guru yang mahir. Pertama sekali, pastikan anda mahir mengeja dan membaca Al-Qur’an.

Setelah itu anda perlu belajar tentang makna Al-Qur’an kerana Al-Qur’an diturunkan

dalam bahasa Arab. Semasa sekolah tadika kita tidak diajar makna bahasa Melayu kerana

kita memang orang Melayu. Tetapi kita diajar makna bahasa Inggeris kerana kita tidak

mengerti bahasa Inggeris. Justeru, kerana kita bukan orang Arab, sudah tentu kita perlu

belajar makna bahasa Arab untuk memahami Al-Qur’an. Ini bermakna ilmu Al-Qur’an

cukup luas. Kemuncaknya adalah anda dapat mengamalkan isi kandungan Al-Qur’an itu

dalam kehidupan anda. Dengan pengamalan itulah yang akan memberi anda kejayaan di

dunia dan di akhirat.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

3

Bahagian Kedua: Teknik Belajar Berkesan

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

3

Kepentingan Belajar Dan Belajar Cara Belajar

Aktiviti yang paling penting dan paling bernilai untuk kita lakukan ketika usia

kita masih muda adalah aktiviti belajar. Aktiviti belajar ini bukanlah bermakna belajar di

sekolah semata-mata tetapi belajar di mana dan ke mana sahaja yang anda pergi. Amalan

yang diamalkan oleh individu cemerlang bagi memastikan dirinya dalam keadaan belajar

setiap masa adalah membaca dan bertanya. Contohnya semasa anda menunggu bas, anda

boleh membaca buku motivasi atau bertanya rakan sebelah anda tentang pengalaman

berharga dalam hidup beliau. Ini bermakna pada waktu itu anda sedang belajar sesuatu

yang baru yang bermanfaat untuk hidup anda. Aktiviti ini juga boleh anda praktikkan

semasa berada di dalam bas. Buat pengetahuan anda kita tidak terlepas daripada aktiviti

menunggu setiap hari. Contohnya menunggu sarapan disediakan ibu, menunggu ayah

memanaskan enjin kereta, menunggu guru masuk ke kelas, menunggu mesyuarat bermula

dan banyak lagi. Sekiranya anda memenuhi masa menunggu ini dengan aktiviti membaca

dan bertanya, anda akan terperanjat kepada perubahan dan pengalaman baru yang berlaku

kepada diri anda.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

4

Amalan yang dibincangkan di atas adalah amalan belajar secara tidak formal.

Amalan belajar yang formal pula adalah aktiviti pembelajaran di sekolah anda. Kejayaan

anda pada masa akan datang amat berkait rapat dengan pembelajaran anda pada masa

sekarang. Sebelum anda belajar apa yang lebih penting adalah anda perlu mengetahui

cara belajar. Sebagai contoh, sebelum anda memandu sesebuah kereta, apa yang penting

adalah anda mengetahui cara memandu. Oleh kerana itulah anda perlu menghadiri kelas

belajar memandu terlebih dahulu. Apabila anda telah mahir memandu, maka anda dapat

memandu apa jua jenis kereta, daripada jenis yang paling buruk kepada jenis yang paling

mewah dan moden. Begitulah dengan belajar. Apabila anda mengetahui cara belajar,

subjek atau matapelajaran apa pun yang anda belajar, anda pasti cemerlang. Malangnya ,

kelas atau subjek yang mengajar cara belajar langsung tiada sama sekali. Oleh kerana

itulah penulis berasa terpanggil untuk mengajar anda cara belajar yang berkesan. Apabila

pelajar disuruh belajar, mereka biasanya terkial-kial untuk belajar. Ini kerana mereka

tidak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan istilah belajar itu. Ada diantara mereka

menggunakan istilah ‘studi’ tetapi masih bingung tentang apa dan bagaimana ‘studi’ itu

sebenarnya. Disini penulis ingin menyatakan konsep ‘studi’ yang terbukti berkesan.

Untuk memudahkan anda ingat, penulis menggunakan teknik mneumonik menggunakan

perkataan ‘studi’ itu sendiri iaitu ‘s’ untuk sumber, ‘tu’ untuk tubi iaitu latih-tubi dan ‘di’

untuk diskusi iaitu perbincangan. Konsep-konsep penting ini akan dibincangkan dalam

bab-bab seterusnya.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

4

Sumber

Untuk belajar anda memerlukan sumber untuk dirujuk. Sumber yang paling utama

yang akan dibincangkan disini adalah adalah nota di dalam kelas. Teknik mengambil nota

di dalam kelas amatlah penting untuk mendapat keputusan cemerlang dengan usaha yang

sedikit. Ramai pelajar hadir ke kelas tetapi tidak ramai yang tahu memanfaatkan

kehadiran mereka ke kelas. Ramai juga pelajar yang berasa terpaksa untuk hadir ke kelas.

Hal ini menyebabkan mereka berasa bosan ketika sesi pengajaran di dalam kelas

berlangsung. Akhirnya, mereka langsung tidak faham apa yang diajar oleh guru. Apabila

kelas tamat, tiada apa-apa yang mereka perolehi. Masa mereka terbazir begitu sahaja.

Lain halnya dengan pelajar yang sibuk mengambil nota. Jangan memandang

remeh pelajar yang kerjanya menyalin apa-apa sahaja yang ditulis oleh guru walaupun

dia sendiri tidak faham apa yang ditulis. Ini kerana apabila kelas tamat, mereka

mempunyai sumber dan bukti pembelajarannya dalam kelas. Telah terbukti bahawa

pelajar yang mempunyai set nota yang lengkap di dalam kelas, keputusannya lebih

cemerlang daripada pelajar yang menumpukan perhatian semata-mata ketika dalam kelas.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

4

Amelina pernah berkata, “setiap kata-kata guru mempunyai maksud di

sebaliknya”. Hal ini terbukti benar. Ini kerana guru tidak bercakap sesuka hati ketika

mengajar di dalam kelas. Sebelum kelas lagi, guru akan membuat persediaan tentang

topik atau bahan yang akan diajar. Persediaan dibuat dengan merujuk silibus-silibus

penting yang akan disoal dalam peperiksaan. Guru sudah tentu tidak akan mengajar tajuk

yang tidak penting. Dengan perkataan lain, semua kata-kata yang diucapkan guru di

dalam kelas adalah penting! Apatah lagi apabila guru itu sendiri ada mengatakan, “Sila

beri perhatian. Tajuk ini amat penting untuk kamu fahami!”.

Setelah menyatakan betapa pentingnya kata-kata guru di dalam kelas, sekarang

penulis ingin mengaitkannya dengan teknik mengambil nota di dalam kelas yang

berkesan. Cara yang terbaik adalah 5-10 minit sebelum kelas lagi, anda sudah membuat

persediaan. Persediaannya adalah melihat sepintas lalu tajuk yang akan diajar pada hari

itu. Ini melibatkan kemahiran membaca yang dinamakan ‘scanning’. Anda hanya perlu

melihat sepintas lalu kepada suptopik-suptopik yang terkandung pada tajuk tersebut.

Kemudian lihat definisi suptopik-suptopik tersebut. Itu sahaja. Masa 5 minit sebelum

kelas yang anda gunakan untuk ‘scanning’ merupakan langkah pertama anda untuk

terlibat secara aktif di dalam kelas dan seterusnya menghasilkan nota yang berkesan.

Oleh kerana setiap kata-kata yang diucapkan oleh guru adalah penting, maka kaedah

yang penulis gunakan adalah menyalin setiap kata-kata guru tersebut. Pelik, bukan? Pelik

tetapi itulah kenyataannya. Ini kerana bukan semua perkara yang penting ditulis oleh

guru pada papan hitam. Bolehlah dianggapkan bahawa apa yang ditulis itu sekadar

rangka sahaja. Isinya adalah apa yang diterangkannya tentang rangka tersebut. Jika anda

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

4

hanya menyalin apa yang terdapat pada papan hitam sahaja bermakna nota anda hanyalah

berupa rangka. Sepertimana kita tidak dapat mengenali seseorang dengan hanya melihat

rangkanya, begitu juga kita tidak dapat memahami nota yang rangkanya sahaja ditulis.

Isinya yang berupa penerangan guru itulah yang penting.

Anda mungkin berfikir tidak sempat untuk menyalin setiap kata-kata yang

diungkapkan oleh guru. Adakah anda telah mencubanya? Belum cuba belum tahu. Ini

kerana saya sendiri telah mengambil nota menggunakan kaedah ini. Sehinggakan lawak

yang dibuat oleh guru pun saya sempat salin. Perkara penting yang perlu diberi perhatian

adalah jangan terlampau mahukan tulisan yang cantik ketika menulis nota dalam kelas.

Tulisan cakar ayam yang efektif lebih baik daripada tulisan computer yang lembab.

Efektif disini maknanya anda dapat menulis dengan laju.

Apabila anda mencatat nota menggunakan cara ini, anda akan terlibat secara aktif

di dalam kelas. Anda tidak akan berasa bosan dan mengantuk di dalam kelas. Untuk

meningkatkan tenaga setelah keletihan, ahli sukan akan meminum minuman isotonic

seperti 100 Plus atau Livita. Untuk meningkatkan tenaga ketika menulis nota di dalam

kelas anda perlu mengajukan soalan kepada guru. Jika anda belum ada pengalaman

bertanya di dalam kelas, anda boleh menggunakan kata-kata dibawah:-

-“Boleh cikgu nyatakan contoh lain bagi konsep kamiran* tadi? Saya kurang faham.”

-“Boleh cikgu terangkan sekali lagi tentang konsep kamiran*? Saya kurang faham.”

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

4

Konsep kamiran* dalam kata-kata diatas hanyalah sekadar contoh. Anda boleh

menanyakan guru anda tentang apa-apa konsep yang diajar pada hari itu. Walaupun anda

telah faham, anda disarankan untuk bertanya. Ini kerana dengan mengajukan soaln di

dalam kelas, hormon adrenalin anda akan meningkat sekaligus membantu anda untuk

terlibat secara aktif di dalam kelas. Di samping itu, ini akan memberi gambaran yang

positif kepada guru terhadap diri anda. Guru akan mengingati nama anda dan akhirnya

hubungan anda dengan guru tersebut terbentuk. Ini menyebabkan anda belajar

bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan harapan guru terhadap anda.

Kembali semula kepada perbincangan kita tentang pengambilan nota di dalam

kelas. Setiap kata-kata guru yang telah disalin dengan laju biasanya tulisannya kurang

menarik. Tugas anda seterusnya adalah menyalin balik dengan tulisan yang kemas dan

mudah dibaca. Aktiviti ini sekaligus memberi anda peluang untuk mengulangkaji

kembali nota yang telah anda salin di dalam kelas. Saya mempunyai ramai kenalan

menggunakan cara ini dan mereka tergolong di kalangan pelajar yang cemerlang. Nota

yang kemas dan menarik itulah merupakan sumber anda untuk mengulangkaji untuk

peperiksaan samada dalam sesi membuat latihan ataupun sesi perbincangan.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

4

Latih Tubi

Apabila anda memperuntukkan masa untuk mengulangkaji, apakah yang anda

lakukan ketika mengulangkaji? Ada pelajar mengulangkaji dengan cara membaca buku

teks. Malangnya, ada pelajar yang menghabiskan banyak masa untuk membaca buku teks

dan hasilnya pelajar tersebut gagal dalam satu-satu peperiksaan. Mungkin anda juga

pernah mengalaminya. Di sini saya ingin memberitahu satu kaedah mengulangkaji yang

aktif, menjimatkan masa dan efektif iaitu dengan membuat latih tubi.

Pernahkah anda berasa bosan dan mengantuk ketika mengulangkaji secara

membaca buku teks? Sudah tentu jawapannya ya! Ini kerana membaca dikategorikan

sebagai aktiviti pasif yang hanya melibatkan ‘input learning’. ‘Input learning’ ini

maknanya berusaha memasukkan sesuatu ke dalam minda anda. Umpamanya ketika

makan, anda memasukkan makanan ke dalam mulut anda. Kita perlu makan tetapi ini

tidak bermakna kita menghabiskan 24 jam untuk makan. Sekiranya terlampau banyak

makan akhirnya akan memudaratkan diri kita. Kesan jangka pendek adalah kita akan

menjadi seorang yang suka tidur dan malas kerana kekenyangan. Kesan jangka panjang

adalah kita mungkin menjadi seorang yang gemuk dan berpenyakit darah tinggi. Ada

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

4

hadis menyatakan bahawa kita perlu makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Ini bermakna kita perlu makan apabila ada kepentingan untuk makan. Laparlah yang

merupakan kepentingankita untuk makan. Begitu juga dengan membaca. Kita perlu

membaca tetapi tidak bermaksud kita menghabiskan waktu mengulangkaji kita dengan

hanya aktiviti membaca. Sekiranya makan hanya ketika kita lapar, membaca pula hanya

kita perlu lakukan ketika kita membuat latihan. Ini maknanya membuat latihan

merupakan kepentingan kita untuk membaca. Membaca bukan sebab membuat latihan,

umpama makan bukan sebab lapar. Ini akan membawa mudarat kepada anda. Anda

berasa anda sudah banyak mengulangkaji, namun sebenarnya anda masih belum

mengulangkaji. Walaupun anda banyak membaca, itu tidak bermakna anda sudah faham

akan topik yang dibaca.

Apa yang penting yang hendak saya bincangkan disini adalah keutamaan

membuat latihan. Latihan itu pula maknanya adalah latihan menjawab soalan. Banyak

membuat latihan menjawab soalan merupakan cara mengulangkaji pelajar-pelajar

cemerlang. Ini kerana membuat latihan merupakan kaedah mengulangkaji yang aktif. Ia

melibatkan ‘input learning’ dan ‘output learning’ serentak. Semasa sesi latihan menjawab

soalan, anda dibenarkan untuk merujuk kepada buku teks dan buku rujukan. Membaca

buku untuk menjawab soalan adalah satu kaedah membaca yang efektif iaitu membaca

dengan ada tujuan. Cuba bayangkan sekiranya anda memandu kenderaan tanpa tujuan.

Sudah tentu perbuatan anda itu membazir masa, tenaga dan sia-sia sahaja. Begitulah juga

akibatnya jika anda membaca tanpa tujuan.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

4

Ramai pelajar malas dan takut untuk membuat latihan kerana berasa sukar untuk

mendapat jawapan. Cara berkesan yang saya gunakan untuk mengatasinya adalah dengan

mencari sebuah buku yang mempunyai latihan dan jawapan sekaligus. Bagi memudahkan

anda mencarinya, saya sarankan anda membeli buku rujukan yang berkualiti. Ini keran

buku rujukan yang berkualiti mengandungi contoh soalan dan jawapan sekaligus.

Saranan saya adalah anda bertanya guru dan pelajar-pelajar cemerlang tentang buku

rujukan manakah yang mereka gunakan.

Kaedah membuat latihan yang efektif dan selesa:-

1. Pastikan anda mempunyai buku rujukan yang mengandungi contoh soalan dan

jawapannya sekali.

2. Katakan anda ingin mengulangkaji tajuk ‘pembezaan’ dalam subjek matematik

tambahan. Mula-mula lihat soalan dan skema jawapan yang diberikan. Cuba

fahamkan dan ingat cara pengiraan tersebut.

3. Tutup jawapan tadi dengan sehelai kertas kosong. Sekarang cuba jawab soalan

yang sama tadi tanpa melihat jawapan. Sekiranya anda masih mengalami

kesukaran, ulangi langkah kedua.

4. Ulangi langkah ketiga sehingga anda dapat menjawab soalan tadi dengan

terperinci dan tepat tanpa melihat jawapan.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

4

Faedah daripada kaedah di atas adalah anda akan mendapat pendedahan kepada bentuk

soalan yang biasanya disoal dalam peperiksaan. Dalam subjek matematik khasnya,

bentuk soalan adalah sentiasa sama Cuma nombor dan ayatnya sahaja yang ditukar.

Di samping itu, anda juga perlu membiasakan diri menjawab soalan-soalan

peperiksaan lepas. Ini adalah penting untuk memberi anda gambaran bagaimanakah

bentuk soalan peperiksaan yang bakal ditanya. Anda juga dapat mengetahui apakah topik

yang selalu ditanya dalam peperiksaan. Dengan itu, anda dapat memberi penekanan yang

lebih terhadap topic tersebut. Sekiranya anda mempunyai masalah untuk menjawab

soalan tersebut, jangan malu untuk bertanya kepada guru dan rakan-rakan anda yang

tahu. Ini akan memberi manfaat yang besar kepada anda. Sekiranya anda mengamalkan

kaedah ini, Insya Allah anda akan dapat memaksimakan markah anda dengan usaha yang

minima.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

4

PERBINCANGAN

Setelah anda mengetahui betapa pentingnya satu-satu peperiksaan itu untuk kehidupan

anda,apa yang penting adalah anda membuat persediaan yang cukup untuk

menghadapinya. Persediaan untuk menghadapinya bermula sekarang. Biasanya orang

akan merasakan persediaan menghadapi peperiksaan itu sesuatu yang berat dan

membosankan. Disini saya akan berkongsi cara persediaan menghadapi peperiksaan yang

berkesan dan menyeronokkan. Caranya adalah belajar secara berkumpulan. Pertama

sekali anda perlu membentuk satu kumpulan yang tetap. Sekurang-kurangnya dua orang

dan sebaik-baiknya tiga orang. Anda perlu berusaha sendiri membentuk kumpulan belajar

bak kata pepatah inggeris “You Lead,Others Follow!”. Tugas inilah yang agak sukar dan

mencabar anda. Saya sendiri mencuba pelbagai cara untuk mencari ahli kumpulan

termasuklah membuat iklan yang bertajuk “Dikehendaki ahli belajar berkumpulan untuk

subjek perakaunan”,tetapi dalam bahasa Inggeris. Apa jua cara yang anda lakukan,

pastikan anda dapat membentuk satu kumpulan belajar tetap sejak dari awal lagi.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

5

Apakah perkara yang perlu anda buat ketika belajar secara berkumpulan?Senang sahaja.

Mula-mula pilih satu tajuk yang hendak dipelajari dan diulangkaji pada malam itu. Setiap

ahli diberikan tugas unutk memahami satu subtopik daripada tajuk tersebut. Katakan kita

memperuntukkan 10 minit untuk setiap ahli membaca subtopik masing-masing. Setelah

itu setiap ahli akan cuba menerangkan apa yang difahami mereka kepada ahli-ahli yang

lain. Pada waktu inilah, sekiranya ada ahli lain yang tidak berpuas hati dengan

penerangan tersebut boleh menjelaskan dengan lebih lanjut. Pada ketika inilah

perkongsian idea berlaku. Inilah yang dinamakan pembelajaran aktif. Kerana inilah

belajar berkumpulan adalah kaedah belajar yang berkesan. Anda akan dapati aktiviti

belajar sangat seronok dan tidak membosankan.

Sebenarnya, semua aktiviti belajar berseorangan boleh dilakukan secara

berkumpulan,contohnya menyiapkan kerja rumah, membuat latihan untuk peperiksaan,

bersoal jawab antara satu sama lain dan banyak lagi. Oleh kerana itu, tiada perasaan

bosan ketika belajar berkumpulan, maka anda akan dapat belajar dalam tempoh yang

lama. Bagi penulis sendiri, belajar selama 4 jam dalam satu sesi belajar secara

berkumpulan adalah perkara biasa. Semakin lama anda belajar, semakin banyak topik

yang anda belajar. Kerana inilah belajar seminggu secara berkumpulan lebih tinggi

kesannya daripada belajar 4 bulan secara berseorangan. Sekiranya kita belajar selama 4

jam secara berseorangan, sebenarnya input yang kita perolehi sangat sedikit. Ini kerana

mungkin 45 minit masa kita telah habiskan dengan terlelap ketika membaca buku teks, 45

minit kita telah habiskan masa dengan terkial-kial untuk menjawab satu soalan yang

sepatutnya disiapkan dalam masa 2 minit, 30 minit kita habiskan masa dengan

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

5

mendengar lagu kegemaran, 10 minit untuk meminum kopi dan sebagainya. Hal ini tidak

berlaku sekiranya kita belajar secara berkumpulan. Belajar berkumpulan menyebabkan

kita berasa lebih bertanggungjawab dan melatih kita berdisiplin. Apabila kita telah

berjanji setiap petang kita akan belajar berkumpulan di sekolah contohnya, tidak dapat

tidak kita perlu menghadirkan diri sebagai menepati janji. Sekiranya anda belajar

berseorangan, anda tidak akan rasa bersalah sekiranya tidak belajar pada waktu yang

anda telah tetapkan.

Perkara penting yang saya perlu beritahu anda adalah pemilihan ahli kumpulan. Anda

perlu memilh rakan-rakan belajar yang sama tahap ataupun lebih pandai daripada anda.

Sekiranya ahli kumpulan merupakan orang yang terlampau ketinggalan, ini menyebabkan

banyak masa anda terbazir untuk memberi penerangan kepada dia tentang perara-perkara

yang terlampau asas yang tidak disoal dalam peperiksaan.

Anda juga boleh membahagikan tugas penting dengan sesama ahli kumpulan anda.

Katakan ahli kumpulan anda terdiri daripada Ali, Abu, dan anda sendiri. Pada hari ahad ,

Abu ditugaskan untuk bertanya guru tentang topik A, hari isnin Ali ditugaskan untuk

bertanya guru tentang topik B dan hari selasa anda ditugaskan untuk bertanya guru

tentang topik C. Pada hari rabu, anda bolehlah berkongsi penerangan guru bersama Ali

dan Abu. Hasilnya seolah-olah guru menerangkan ketiga-tiga topic sekaligus kepada

anda. Inilah kelebihan belajar secara berkumpulan. Amatlah rugi orang yang memandang

remeh kepada belajar secara berkumpulan. Ada kata-kata negatif dan berunsur fitnah

yang menyatakan belajar berkumpulan sebenarnya tidak berfaedah. Masa dihabiskan

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

5

untuk berbual kosong bukannya belajar. Ini hanyalah fitnah orang yang tiada pengalaman

belajar berkumpulan. Saya merasai sendiri kelebihan belajar berkumplan. Begitu juga

kawan-kawan saya yang lain. Kami berasa rugi dan bodoh sekiranya waktu belajar kami

habiskan dengan berbual kosong. Lebih-lebih lagi apabila hampir peperiksaan, kami

sepenuh tenaga hanya bercakap dan berbincang tentang pelajaran semata-mata.

Nasihat saya, jika anda benar-benar mahu berjaya dengan cara yang tidak tertekan,

bentuklah dan amalkanlah belajar secara berkumpulan. Jika perlu bayarlah rakan anda

untuk belajar berkumpulan dengan anda. Percayalah, daripada anda membuang duit

menghadiri kelas tuisyen, lebih baik anda membayar rakan anda untuk belajar

berkumpulan denagn anda. Selamat mencuba dan selamat belajar tanpa bosan.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

5

Persediaan Diri Menghadapi Peperiksaan

Dunia sebagai seorang pelajar pasti tidak terlepas daripada peperiksaan.

Dari kecil hingga ke besar, sudah bermacam-macam jenis peperiksaan telah kita tempuhi.

Kadang-kadang kita berasa tertekan dan bosan dengan peperiksaan. Dalam hati kecil kita

sering berkata, “Alangkah bahagianya hidup tanpa peperiksaan!”. Walau apapun

perasaan anda terhadap peperiksaan, anda pasti akan menghadapi peperiksaan. Samalah

halnya dengan mati. Ada orang yang takut mati dan mereka berkata, “Alangkah

seronoknya hidup tanpa mati!”. Namun setiap manusia pasti akan mati. Hadis ada

menyatakan tentang orang yang paling cerdik. Menurut hadis tersebut, orang yang paling

cerdik adalah orang yang paling banyak mengingati mati dan buat persediaan untuk mati.

Apabila kita mengaplikasinya dengan peperiksaan, maka kita dapat kesimpulan bahawa

pelajar yang paling cerdik adalah pelajar yang sentiasa mengingati peperiksaan dan

membuat persediaan untuk peperiksaan.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

5

Anda perlu sedar bahawa peperiksaan itu penting untuk kehidupan anda.

Sekiranya anda bakal menduduki SPM ingatlah bahawa itu adalah “Sijil Penting

Mu(SPM)” dan bukannya “Sijil Penting Mak-ayah”. Ini kerana penat-lelah anda belajar

sejak dari kecil bermula umur enam tahun sehingga besar iaitu 17 tahun dinilai dengan

sekeping sijil iaitu “Sijil Penting Mu(SPM)”. Sijil ini begitu penting sehingga

pengorbanan dan kesusahan ibubapa menjaga kita sehingga dewasa dapat terubat dengan

hanya mendapat keputusan yang cemerlang dalam “Sijil Penting Mu(SPM)”.

“Sijil Penting Mu(SPM)” ini juga merupakan tiket untuk memasuki

tempat yang menjadi idaman setiap pelajar iaitu menara gading. Kenapa universiti digelar

menara gading? Menara diperbuat daripada gadingkah? Seperti tempat kayangan

bunyinya. Itulah ciri universiti. Apabila anda memasuki universiti, anda seolah-olah

memasuki suatu dunia lain. Dunia yang benar-benar lain daripada dunia masyarakat

biasa. Dunianya penuh dengan futuristik. Ini kerana dunia universiti adalah dunia yang

penuh dengan idea baru. Kerana itulah ada orang mengatakan, “Jika ingin melihat

kehidupan masyarakat pada masa akan datang,lihatlah kepada kehidupan pelajar-pelajar

universiti”. Lihatlah dunia sekarang yang banyak dipengaruhi oleh komputer dan

teknologi maklumat. Itu semua terhasil daripada idea seorang pelajar universiti ketika

berada di universiti iaitu Bill Gates, individu terkaya dunia. Banyak perkara dan

pengalaman baru yang anda akan dapat pelajari di universiti setiap hari. Ini semua

bermula dengan kecemerlangan anda dalam “Sijil Penting Mu(SPM)” .

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

5

Anda tidak perlu terlampau takut terhadap peperiksaan. Apa yang anda

perlu bimbang adalah adakah anda telah mula membuat persedian untuk peperiksaan.

Jika belum, anda perlu fokus dan membuat perancangan kepada aktiviti ulangkaji untuk

peperiksaan. Masa yang masih ada dimanfaatkan sepenuhnya dengan aktiviti-aktiviti

ulangkaji yang bernilai tinggi dan berkesan. Contohnya dengan cuba menjawab kertas-

kertas peperiksaan lepas dengan kaedah berbincang dalam kumpulan. Sebaik-baiknya

anda mengumpulkan kertas-kertas peperiksaan lepas sejak awal-awal lagi. Itulah sumber

anda yang begitu berharga bagi membolehkan anda memperoleh keputusan cemerlang

dengan usaha dalam masa yang singkat. Ramai pelajar berjaya memperoleh keputusan

cemerlang dengan hanya membuat berkali-kali soalan-soalan peperiksaan yang lepas.

Saya sendiri pun pernah mengalaminya. Saya dapat skor A- subjek yang langsung tidak

dapat difahami dalam kelas dengan hanya cuba menjawab dan menganalisis kertas

soalan-soalan lepas. Sebenarnya telah ramai yang mengetahui rahsia ini terutama pelajar

universiti. Sebab itulah kedai-kedai fotostat menjadi penuh-sesak seminggu sebelum

peperisaan bermula. Mereka semua ingin memfotostat kertas soalan-soalan lepas. Anda,

bila lagi? Selamat mencuba!

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

5

Belajar Dengan Niat

“Bahawa segala amal perbuatan itu dengan niat. Dan bagi manusia itu apa yang

diniatkannya.” [Hadis desepakati oleh Bukhari dan Muslim dari Umar]

“Niat orang mukmin itu lebih baik dari amal perbuatannya. ”

[Dirawikan Ath-Thabrani dari Sahal Bin Sa’ad]

Al-Ghazali ada menyatakan adakalanya niat semata-mata tanpa amal

perbuatan lebih baik daripada amal perbuatan semata-mata tanpa niat. Dalam Islam amal

perbuatan yang dilakukan tanpa niat dikira lalai dan tidak beroleh kebajikan. Sedangkan

dengan niat semata-mata tanpa amal perbuatan sudah dikira kebajikan. Cuba anda

renungkan situasi hari ini, berapa ramai yang hadir ke sekolah tetapi tiada niat untuk

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

5

belajar. Hasilnya, bukan ilmu yang mereka peroleh sebaliknya keletihan dan pembaziran

masa,tenaga dan wang ibubapa semata-mata. Dalam situasi yang lain, berapa ramai yang

mempunyai niat untuk belajar tetapi tiada kemampuan untuk meneruskan persekolahan.

Justeru, orang yang mempunyai niat lebih baik kerana jika mereka berpeluang untuk ke

sekolah, tentu mereka akan belajar bersungguh-sungguh.

Perlu diketahui disini bahawa orang yang cemerlang adalah orang yang

setiap aktivitinya terhasil daripada niat. Bukannya melakukan aktiviti semata-mata tanpa

niat untuk melakukannya kerana ini adalah sifat orang yang lalai. Jika anda ingin menjadi

seorang yang cemerlang, anda harus mempunyai banyak niat untuk melakukan perkara

yang baik. Niat disini bukanlah bermaksud kita hanya melafazkan dalam hati, “aku

berniat bahawa aku belajar bersungguh-sungguh”.

Adakah cukup dengan lafaz niat di hati bahawa “aku merindui dan mencintai si

dia” sedangkan hati kita tidak demikian? Sesungguhnya niat itu adalah tergeraknya jiwa

untuk melakukan ssuatu hasil daripada ilmu dan keyakinannya. Justeru, pertama sekali

kita hendaklah berusaha untuk mengetahi apakah kelebihan-kelebihan melakukan sesuatu

aktiviti. Contohnya adalah kelebihan belajar secara berkumpulan, bertanya di dalam kelas

dan sebagainya. Ilmu tentang kelebihan-kelebihan ini dapat kita perolehi daripada

pembacaan dan bertanya kepada individu yang mengamalkannya.

Niat anda pada hari ini akan menentukan amal perbuatan dan aktiviti anda

pada masa akan datang. Dalam Islam, niat merupakan perkara yang paling mudah tetapi

paling penting dalam melakukan sesuatu amalan. Sebagai contoh, solat tanpa niat adalah

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

5

tidak sah. Niat adalah perkara paling mudah tetapi kesannya cukup besar. Sekiranya anda

berniat untuk menjadi seorang yang cemerlang pada masa akan datang, tidak mustahil

niat anda akan menjadi kenyataan. Ini kerana sesuatu itu berlaku hasil daripada niat.

Sebab itulah ada mutiara kata yang berbunyi, “berhati-hati dengan siapa yang anda mahu

jadi kerana anda adalah siapa yang anda mahu jadi.”

Bagaimana Menyiapkan Tugasan Yang Terbaik?

Segelintir pelajar sangat suka bergantung kepada pelajar lain dalam menyiapkan sesuatu

tugasan atau kerja rumah. Ini adalah kerana kurang keyakinan pada keupayaan diri

sendiri. Mereka mengambil jalan 'mudah' dengan meniru atau menyalin bulat- bulat

tugasan yang telah disiapkan oleh rakan mereka.

Sebenarnya perbuatan meniru atau menyalin kerja orang lain bermakna pelajar itu

menipu dirinya sendiri dan membazirkan masa sahaja. Ini kerana tujuan guru memberi

kerja rumah atau tugasan adalah untuk membantu pelajar memeriksa dirinya adakah dia

benar-benar faham apa yang diajar oleh guru di dalam kelas. Sebagai contoh, apabila

pelajar berusaha untuk menyiapkan tugasan berdasarkan keupayaan diri sendiri, mereka

akan mengenalpasti bahagian-bahagian yang mereka tidak faham. Menyedari kelemahan

diri di peringkat awal adalah lebih baik daripada menyedarinya di saat-saat akhir sebelum

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

5

peperiksaan. Malah, inilah yang terbaik yang boleh pelajar lakukan untuk mendapat

keputusan yang cemerlang dengan usaha yang sedikit, senang dan tenang tanpa tekanan.

Di sini saya akan berkongsi teknik menyiapkan tugasan atau kerja sekolah yang

terbaik. Pertama sekali, anda harus peka dan mengambil perhatian di dalam kelas. Hal ini

kerana soalan tugasan dan kerja sekolah akan diberitahu guru ketika di dalam kelas.

Apabila guru ada menyatakan tentang soalan untuk tugasan, salin setiap kata-kata guru

tersebut. Kaedah ini pernah dilakukan oleh saya sendiri. Hal ini amat penting kerana

biasanya guru anda akan memberitahu anda tips-tips untuk menyiapkan tugasan tersebut.

Jika perlu, anda bolehlah merekod kata-kata tersebut. Tip-tips tersebut pasti dapat

membantu anda menyiapkan tugasan dengan cara yang disukai oleh guru anda. Pada

waktu itu juga, guru akan menjelaskan dengan lebih terperinci tentang soalan tersebut

agar anda tidak terkeliru atau terpesong daripada kehendak soalan. Pelajar yang tidak

memberi perhatian di dalam kelas biasanya akan menghadapi masalah dan terkial-kial

dalam menyiapkan tugasan tersebut. Ada antara mereka menyalahkan guru kerana

memberi soalan yang tidak diajar di dalam kelas. Anda tidak patut tergolong dikalangan

mereka.

Apabila anda telah faham akan kehendak soalan dan mengetahui tips-tips

penting,tugas anda pada hari anda menerima tugasan tersebut adalah mencari dan

mengumpulkan bahan rujukan. Tugas mencari bahan-bahan rujukan ini penting bagi

memastikan anda berupaya menyiapkan tugasan yang terbaik dalam tempoh yang telah

ditetapkan. Sekiranya esok adalah tarikh tugasan anda perlu dihantar dan baru hari ini

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

6

anda mencari bahan-bahan rujukan tersebut, tentu kelam-kabut jadinya. Hal ini

menyebabkan anda berasa tertekan. Menyiapkan tugasan di saat-saat akhir dan dalam

keadaan tertekan tentu hasilnya tidak memuaskan.

Teknik Menguasai Bahasa Asing(Bahasa Inggeris)

Tidak dapat dinafikan bahawa dunia pada hari ini mementingkan bahasa Inggeris.

Bahangnya terasa lebih-lebih lagi di negara kita yang sedang membangun dengan

pesatnya. Matapelajaran sains dan matematik pun sudah diwajibkan belajar dalam bahasa

Inggeris. Anda tidak akan sekali-kali mahir dalam bahasa Inggeris selagi anda tidak

berusaha untuk mahir. Anda juga tidak akan sekali-kali berusaha untuk mahir selagi anda

tidak mempunyai kehendak kehendak untuk mahir. Akhir sekali, anda tidak akan

mempunyai kehendak selagi anda tidak mengetahui dan yakin tentang kelebihan yang

akan anda peroleh sekiranya anda mahir dalam bahasa Inggeris.

Pertamanya, bahasa Inggeris telah diiktiraf sebagai bahasa utama dunia. Maka

banyak buku-buku daripada pelbagai lapangan ilmu diterjemah ke dalam bahasa Inggeris.

Banyak buku-buku rujukan di sekolah dan universiti yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

6

Buku-buku tersebut dalam bahasa Melayu sangat sukar diperolehi malah yang lebih

malang lagi, ada lapangan ilmu yang langsung tiada rujukan dalam bahasa Melayu.

Apabila anda menguasai bahasa Inggeris, ini akan membuka jalan yang luas kepada anda

untuk menguasai ilmu yang pelbagai. Pemikiran anda akan berkembang dengan sumber

rujukan yang pelbagai. Sekiranya anda tidak menguasai bahasa Inggeris, anda sebenarnya

telah mengalami kerugian yang besar. Ini kerana pintu penguasaan ilmu yang pelbagai di

hadapan anda tertutup.

Keduanya, bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi yang digunakan di

seluruh dunia. Lebih-lebih lagi, alat komunikasi terkenal dewasa ini iaitu internet

menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium utama. Dengan penguaasaan bahasa

Inggeris anda dapat berhubung dengan seluruh dunia sekalipun anda hanya berada di

rumah anda. Inilah kelebihan internet, dunia di hujung jari. Anda dapat berhubung

dengan rakan-rakan di luar negara melalui ruangan forum yang terdapat di internet. Anda

dapat berkongsi teknik-teknik belajar, dan resepi-resepi masakan dari negara asing

melalui kenalan di forum-forum yang pelbagai.

Ketiganya, sekiranya anda mempunyai kebolehan dalam bahasa Inggeris, peluang

kerjaya untuk anda adalah cerah. Paling tidak pun, anda dapat membuat kelas tuisyen

untuk kanak-kanak di sekitar kawasan yang anda tinggal. Bayaran untuk kelas tuisyen

bahasa Inggeris ini agak lumayan. Itu, bagi saya merupakan peluang kerjaya terakhir

untuk anda. Banyak lagi yang boleh anda lakukan bahkan anda berpeluang menjadi

jutawan dengan kemahiran bahasa Inggeris anda. Sebagai contoh, anda boleh

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

6

menceburkan diri dalam bidang perniagaan internet. Ini kerana majoriti urus niaga

internet menggunakan bahasa Inggeris.

Keempatnya, kemampuan anda berbahasa Inggeris akan menaikkan imej anda

tidak kira dalam apa jua bidang yang anda ceburi. Sekiranya anda pelajar, anda akan

disegani oleh rakan-rakan anda kerana keupayaan anda dalam bahasa Inggeris. Sekiranya

anda seorang usahawan, anda akan memasuki dunia global dan bersaing dengan

usahawan-usahawan di peringkat global. Sekiranya anda seorang pendakwah, anda dapat

menyebarkan dakwah anda ke seluruh dunia. Dengan kata lain, bahasa merupakan

sebahagiaan daripada imej anda.

Setelah anda mengetahui tentang kelebihan-kelebihan, sekarang saya akan

memberitahu anda teknik berkesan untuk mempelajari bahasa Inggeris. Teknik ini sangat

sesuai dengan fitrah manusia. Lihatlah kanak-kanak bagaimana mereka belajar

menguasai bahasa. Mereka berani mencuba dan belajar dalam masa yang sama. Sejak

kecil ketika bayi mereka cuba mendengar dan memerhati keadaan sekeliling. Mereka

bermula dengan percakapan yang pelat. Seterusnya semakin hari semakin lancer sehingga

sebutannya seperti penutur dewasa. Kemudian barulah mereka belajar membaca dan

menulis. Untuk mahir dalam bahasa Inggeris, kaedah yang sama anda perlu ikuti.

Pertamanya anda perlu banyak mendengar percakapan dalam bahasa Inggeris walaupun

anda tidak faham. Buat permulaan saya mencadangkan anda mendengar program

berbahasa Inggeris dalam radio IKIM.FM. Kalau boleh cuba anda rekod setiap program

tersebut dan ulang mendengarnya apabila ada masa lapang. Saya juga menyarankan anda

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

6

membeli radio yang mendapat siaran antarabangsa. Radio ini anda boleh mendapatinya di

pusat beli-belah terkemuka termasuk Pasar Borong Mydin denganharga tidak sampai RM

70. Radio biasa hanya terdapat laluan FM dan AM sementara radio antarabangsa terdapat

laluan tambahan iaitu SW 1 dan SW 2. berdasarkan pengalaman saya anda perlu bersabar

ketika mencari siaran seperti BBC London dan sebagainya kerana begitu banyak siaran

seluruh dunia. Anda berusaha, Insya Allah anda akan menemuinya. Setidak-tidaknya

carilah siaran yang terdapat banyak percakapan dalam bahasa Inggeris, bukan siaran

berunsur lagu dan muzik.

Kemahiran kedua yang penting untuk membolehkan anda mahir dalam bahasa Inggeris

adalah kemahiran bercakap. Anda tentu berasa ianya sukar untuk dipraktikkan

memandangkan kawan-kawan dan keluarga anda semuanya menggunakan bahasa

Melayu dalam percakapan seharian. Tahukah anda satu rahsia yang menyebabkan anda

boleh berlatih bercakap bahasa Inggeris bila-bila sahaja yang anda suka? Caranya adalah

mudah. Jumpa guru bahasa Inggeris anda dan beritahu dia bahawa anda ingin berlatih

bercakap bahasa Inggeris dihadapannya 2 kali dalam seminggu. Buat tenmujanji dengan

guru anda. Ambil masa 10 minit sahaja setiap sesi. Anda terlebih dahulu perlu memilih

satu topik yang anda minati untuk diterangkan kepada guru anda dalam bahasa Inggeris.

Sebelum bercakap di hadapan guru, anda terlebih dahulu membuat persediaan melalui

pembacaan dan berlatih bercakap seorang diri. Selepas anda bersedia, jumpalah guru

anda dan bercakaplah tentang topik tersebut kepda guru anda. Selepas anda tamat

bercakap, mintalah guru anda komen ataupun bertanya kepada anda tentang topik juga

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

6

dalam bahasa Inggeris. Selamat mencuba dan anda akan dapati ramai yang sudi

membantu anda untuk cemerlang.

Kemahiran ketiga yang anda perlu banyakkan adalah kemahiran membaca dalam bahasa

Inggeris. Saya sangat mencadangkan anda untuk melanggan majalah ‘Quest’ yang boleh

didapati di kedai-kedai buku. Harga langganannya cukup murah iaitu hanya RM10 untuk

4 edisi. Kelebihan melanggan majalah-majalah adalah ia akan dihantar terus ke rumah

anda. Apa yang perlu anda lakukan sebagai langkah permulaan adalah sebaik sahaja

tamat membaca bahagian ini, sila pergi ke kedai buku berdekatan dan dapatkan majalah

‘Quest’. Pada bahagian belakang buku tersebut terdapat boring langganan. Isi borang

tersebut dan pergi ke pejabat pos untuk membeli wang pos sebanyak RM 11 ( RM 1

adalah untuk kos penghantaran). Poskan borang tersebut beserta wang pos ke alamat

dibawah:-

Quest Publications (Subscription Department)

P.O. Box 8436,

Kelana Jaya Post Office,

47960 Petaling Jaya,

Selangor.

Tel: 03-77837394/78031043

H/p: 017-8854006

Aktiviti melanggan majalah berbahasa Inggeris akan memupuk minat anda untuk

membaca bahan berbahasa Inggeris. Setelah anda sudah biasa melanggan majalah

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

6

‘Quest’, bolehlah anda melanggan majalah yang lebih bagus iaitu ‘Reader Digest’. Bagi

saya, melanggan majalah ini lebih baik daripada anda membayar duit tuisyen bahasa

Inggeris. Mintalah duit daripada ibubapa anda. Mereka sudah tentu akan membantu anda.

Akhirnya, anda akan dapati keputusan subjek bahasa Inggeris anda akan meningkat dan

anda akan merasakan bahawa subjek bahasa inggeris itu mudah. Selamat mencuba!

Kemahiran keempat yang penting untuk anda menguasai bahasa Inggeris adalah

kemahiran menulis. Setiap hari anda perlu menulis dalam bahasa Inggeris. Apa yang saya

lakukan sewaktu bersekolah dahulu adalah saya menulis ‘journal’ dalam bahasa Inggeris

dan kemudiannya saya akan menghantar kepada guru bahasa Inggeris saya untuk

dikomen. ‘Journal’ adalah catatan pengalaman anda atau bahasa mudahnya adalah diari.

Sekarang teknologi memudahkan kita terutamanya internet. Anda boleh menulis ‘journal’

dalam ‘blog’ dalam bahasa Inggeris. Sekiranya anda tidak tahu apa itu blog, sila tanya

rakan-rakan anda yang tahu. Selamat mencuba!

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

6

Amalan Mencapai Kejayaan Yang Terbukti Dan

Dijamin Berkesan.

Amalan yang akan saya bincangkan di sini adalah amalan paling agung iaitu solat.

Saya yakin setiap hari, sejak anda kecil anda selalu mendengar kata-kata sebegini,

“Marilah solat, marilah menuju kejayaan” tetapi dalam bahasa Arab. Ini bermakna

kejayaan anda sebenarnya tersembunyi dalam amalan solat. Solat ini sebenarnya

dikurniakan Allah untuk memudahkan kehidupan kita dan sebagai tanda kita berterima

kasih kepada Tuhan. Sahabat-sahabat Nabi s.a.w. sangat suka akan solat. Bagi mereka,

solat adalah hadiah daripada Tuhan Yang Maha Pemurah. Oleh kerana itulah mereka jika

diberikan solat sebanyak 50 waktu sehari semalam pun mereka sanggup.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

6

Sebelum adanya telefon bimbit, sekiranya kita ingin berhubung dengan ayah kita

untuk meminta duit kita terpaksa bersusah payah untuk mencari tempat yang ada

menyediakan telefon awam. Sebelum turunnya perintah solat apabila sahabat r.a. ingin

meminta sesuatu daripada Allah, sahabat r.a. akan berjumpa Nabi s.a.w. terlebih dahulu

meminta Nabi s.a.w berdoa kepada Allah bagi pihaknya. Dengan turunnya perintah solat,

mereka dapat berhubung terus dengan Allah, Tuhan sekalian alam. Segala masalah

mereka dapat diselesaikan melalui perantaraan solat. Sebab itulah, dikatakan apabila

umat Islam mengambil berat tentang perintah terbesar dalam agama ini, umat Islam akan

menjadi umat yang maju dan cemerlang. Namun, sedihnya pada hari ini, tiang agama ini

diruntuhkan oleh orang Islam sendiri . Mereka tidak mengendahkan solat dan menyangka

mereka boleh maju tanpa meminta pertolongan dan bergantung kepada Allah yang

menciptakan diri mereka sendiri.

Saranan saya adalah, ambil berat tentang solat. Solatlah secara berjemaah, di awal

waktu dan di tempat azan dilaungkan. Sekiranya anda keliru dalam membuat keputusan

lakukanlah solat Istikharah, sekiranya anda ingin memformat diri anda kerana terlampau

banyak virus yang menghalang anda daripada berfungsi dengan baik, lakukanlah solat

Taubat. Insya Allah, kejayaan akan datang mengejar anda seperti anda berkejaran untuk

menunaikan solat. Perkara yang baik ini marilah kita sama-sama amal dan sampaikan.

Selamat Berjaya

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

6

Keutamaan Tanya

“Bertanyalah kamu kepada ahli-ahli ilmu jika kamu tidak tahu”[Al-Nahl:43]

Sekarang, saya ingin memberitahu anda satu petua berkesan untuk menjadi seorang yang

cemerlang. Jangan malu untuk bertanya. Bak kata pepatah, “Malu bertanya sesat jalan”.

Pertama sekali, tanyalah pelajar yang cemerlang, bagaimana cara mereka belajar. Anda

akan dapati mereka dengan gembira menerangkan kepada anda teknik-teknik dan tip-tip

berguna yang dapat anda amalkan. Justeru, jalan untuk anda berjaya seperti mereka

terbentang luas di hadapan anda.

Keduanya, jadilah seorang yang suka bertanya di dalam kelas. Biasanya , di akhir

sesi pengajaran, guru pasti memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya. Sedih dan

malang sekali ramai pelajar yang tidak mengambil peluang dan kesempatan ini untuk

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

6

bertanya. Kononnya malu. Inilah yang dinamakan malu tidak bertempat. Anda

seharusnya malu kerana tidak bertanya. Mulai saat ini, anda perlu bertekad untuk sentiasa

menjadi orang yang pertama bertanya di dalam kelas. Berita baik dan bonus untuk anda

sekiranya anda selalu bertanya dalam kelas, guru akan menyukai dan mengenali anda. Ini

memberi imej yang positif kepada guru. Biasanya apabila seseorang menyukai kita, kita

juga akan menyukai orang tersebut. Apabila guru menyukai anda, anda akan menyukai

guru tersebut. Ini menyebabkan anda menumpukan perhatian terhadap apa yang diajar

oleh guru tersebut.

Seterusnya, sekiranya anda tidak faham tentang sesuatu soalan atau topik, jangan

segan untuk bertanya rakan anda yang tahu ataupun guru anda. Ini kerana bertanya itu

kunci ilmu. Aktiviti bertanya ini merupakan satu aktiviti belajar yang aktif. Biasanya

pelajar akan mengingati ilmu yang diperolehnya dengan bertanya dalam tempoh yang

lama. Daripada anda membazir masa membaca buku teks yang berjela-jela panjangnya,

lebih baik anda mengatur langkah untuk berjumpa guru atau rakan anda yang cemerlang.

Tiada siapa yang rugi. Andalah yang untung sebenarnya.

Penting untuk saya tekankan di sini adalah anda perlu mengikis perasaan malu

untuk bertanya. Bertanya di dalam kelas ataupun di dalam sesuatu majlis bukanlah cara

kita meraih publisiti murahan sebaliknya kita menjadi sumber kebaikan untuk semua

orang lain. Sekiranya kita bertanya, mungkin orang lain mendapat menfaat sama hasil

daripada penjelasan guru itu tadi. Cara mudah untuk menjadi seorang yang berani

bertanya adalah melalui sentiasa mecuba untuk mengajukan soalan. Soalan tersebut anda

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

7

boleh fikir dan tulis terlebih dahulu di atas sehelai kertas kosong sebelun sesi pertanyaan

dibuka. Apabila guru bertanya,“Siapa yang ada soalan?”. Maka tanpa berlengah lagi

angkatlah tangan anda dan jawab,“Saya,cikgu!”. Kemudian bacalah soalan yang anda

tulis tadi. Amalkanlah kaedah ini, insya Allah anda akan mendapat pengalaman berguna.

Saya sendiri mendapat manfaat yang banyak hasil selalu bertanya dalam kelas dan majlis-

majlis yang saya hadiri.

Memanfaatkan Teknologi Untuk Berjaya

Zaman anda sekarang sarat dengan kemudahan teknologi lebih-lebih lagi

teknologi maklumat. Kemudahan teknologi ini umpama pisau. Ia dapat memudahkan

anda melakukan kerja-kerja memotong atau memudaratkann kelebihannya anda

sekiranya anda terpotong oleh pisau itu. Justeru, sebelum terpotong, lebih baik anda

menggunakan kemudahan teknologi yang ada untuk manfaat pelajaran anda. Disini

diterangkan beberapa alat teknologi dan kelebihannya.

-LAPTOP

Kelebihan laptop berbanding komputer biasa adalah, ia boleh dibawa ke mana-

mana bersama anda. Anda boleh membawanya ke perpustakaan, malah ke rumah nenek

anda pada waktu cuti. Anda boleh menggunakan laptop untuk menguruskan masa anda

dengan berkesan. Ini adalah dengan menggunakan perisian ‘Microsoft Outlook’ yang

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

7

biasanya terdapat pada setiap komputer. Saya harap anda mencuba menguruskan masa

dengan perisian tersebut. Sungguh mudah dan efektif!

-POCKET PC

Pocket PC lebih praktikal daripada laptop kerana ia boleh diletakkan di dalam

poket anda dan membawanya ke kelas. Namun saya tidak menyarankan anda untuk

mencatat nota menggunakannya kerana ia lambat dan berisiko tinggi. Saya sendiri pernah

kehilangan nota di dalam kelas yang berharga kerana berlakunya kerosakan pada Pocket

PC yang memerlukan ia diformat kembali. Selepas diformat, semua nota pun hilang.

-MP3 PLAYER

Anda boleh menggunakannya untuk merekod pengajaran guru di dalam kelas

sekiranya percakapannya begitu berharga atau terlampau laju. Anda boleh mendengarnya

kembali bila-bila masa anda suka.

-TELEFON BIMBIT

Anda boleh menggunakannya untuk merancang hari anda dan mengingatkan anda

aktiviti-aktiviti penting untuk dilakukan pada hari itu. Anda juga boleh menggunakannya

untuk mengelakkan rakan anda berbual terlampau lama. Caranya adalah , setkan alarm

dan apabila ia berbunyi beredar daripada rakan anda dengan segera sambil mengatakan,

“Maafkan saya, saya ada hal penting untuk diselesaikan!”

Selamat Mencuba!

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

7

Bahagian Ketiga: Pengurusan Masa

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

7

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

7

Waktu, Masa dan Umur

Tahukah anda suatu benda apabila hilang pasti tidak dapat ditemui kembali?

Itulah dia masa anda. Setiap detik yang berlalu akan terus berlalu dan menjadi kenangan

semata-mata. Waktu merupakan modal kita untuk berjaya di dunia dan akhirat. Allah

S.W.T maha adil. Semua manusia yang hidup dikurniai waktu. Justeru, semua manusia

berpeluang untuk meraih kejayaan di dunia dan di akhirat. Al-Qur’an mengajar kita doa

yang bermaksud;-

“Ya Tuhan kami, berilah kami hasanah(kebaikan) di dunia dan hasanah(kebaikan) di

akhirat dan selamatkanlah kami daripada azab api neraka.” [Al-Baqarah 2:201]

Al-Qur’an diturunkan untuk semua manusia beramal dengannya. Justeru, semua manusia

mempunyai peluang untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Tahukah anda bahawa waktu itu sangat berharga. Tidak dapat terhitung nilainya,

jauh lebih bernilai daripada duit yang anda rasakan bernilai itu. Hari ini ramai manusia

merasakan duit itu sesuatu yang bernilai. Mereka menghabiskan masa siang dan malam

untuk mencari duit. Banyak fakulti-fakulti yang wujud untuk mengajar manusia ilmu

mencari duit. Ada juga orang yang sanggup menahan bau busuk sampah kerana tahu nilai

duit. Ramai manusia bangun awal pagi dan pada waktu malam bersengkang mata untuk

mencari duit. Ini suatu perkara yang lucu. Pada hakikatnya masa itu jauh bernilai

daripada duit. Manusia berpenat-lelah dan sibuk mencari sesuatu yang kurang nilainya,

sedangkan benda yang amat bernilai dibuang dan dibazirkan begitu sahaja. Itulah masa,

sesuatu yang sangat tinggi nilainya yang seringkali dibazirkan oleh manusia. Berapa

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

7

banyak masa manusia hari ini dihabiskan di hadapan televisyen. Tiada sedikit faedah pun

yang diperolehi daripada menonton televisyen. Sebelum televisyen direka, manusia

masih dapat hidup seperti biasa. Ini bermakna anda masih dapat hidup sekiranya tidak

menonton televisyen. Berapa banyak peluang untuk berjaya sekiranya masa yang

digunakan untuk menonton televisyen itu digunakan untuk kecemerlangan diri.

Penggunaan setiap detik masa anda pada waktu lalu menentukan siapakah anda

pada waktu sekarang . Sekiranya pada waktu lalu anda banyak menghabiskan masa di

perpustakaan dan belajar, tentu sekarang anda merupakan seorang pelajar yang berjaya.

Sekiranya pada waktu lalu anda sering ponteng sekolah dan berfoya-foya di kompleks

membeli-belah, tentu anda sekarang merupakan seorang pelajar yang gagal. Berita baik

untuk anda, walau siapapun anda sekarang ini, peluang anda untuk berjaya sentiasa

terbuka luas. Ini kerana penggunaan setiap detik masa anda sekarang akan menentukan

siapakah anda pada masa akan datang. Sebagai contoh sekarang anda sedang membaca

buku motivasi dan teknik belajar berkesan. Pilihan anda untuk membaca buku ini

sebenarnya telah memberi anda suatu perubahan . Banyak teknik kecemerlangan yang

telah diajar di dalam buku ini. Apabila anda mengamalkannya, insya Allah anda akan

menjadi seorang yang cemerlang pada masa akan datang.

Untuk menjadi seorang yang cemerlang anda harus berfikir dan menilai apakah

yang telah anda lakukan pada masa yang lalu dan apakah kesannya kepada anda pada

masa sekarang. Sekiranya aktiviti-aktiviti masa lalu telah membawa kerugian kepada

anda pada waktu sekarang, sekarang anda perlu memperbanyakkan aktiviti-aktiviti

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

7

berfaedah yang akan memberi anda kejayaan pada masa akan datang. Sekiranya aktiviti-

aktiviti anda di masa lalu memberi kejayaan kepada anda pada masa sekarang, sekarang

anda perlu meningkatkan lagi prestasi untuk kejayaan yang lebih besar pada masa akan

datang. Inilah yang dinamakan konsep muhasabah diri yang sangat ditekankan oleh

individu cemerlang di zaman kegemilangan Islam. Pengalaman yang telah berlalu

hendaklah anda mengambil pengajaran daripadanya dan tanamkan tekad untuk

menggunakan masa sekarang sebaik mungkin untuk kejayaan anda di masa hadapan.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

7

Ke mana masa anda terbazir?

Setiap daripada kita dianugerahi Tuhan dengan masa sebagai modal untuk

menjalani kehidupan masing-masing. Alasan tidak ada masa yang digunakan oleh

segelintir daripada kita tidak boleh diterima kerana setiap orang yang hidup mempunyai

masa yang sama iaitu 24 jam dalam sehari. Orang yang tidak mempunyai masa adalah

orang yang telah mati ataupun meninggal dunia.Persoalannya adalah bagaimana dan

kemana kita telah menghabiskan masa yang telah dianugerahi Allah itu. Sebenarnya kita

telah banyak membazir masa kita dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah kepada

kehidupan kita sebagai seorang pelajar. Mari kita lihat apakah aktiviti-aktiviti yang

membazirkan masa kita begitu sahaja tanpa sebarang faedah. Perlu diingat di sini bahawa

perkataan membazir masa digunakan kerana dengan masa tersebut kita sepatutnya dapat

melaksanakan aktiviti yang berfaedah untuk kehidupan kita.

-TIDUR( LEBIH DARI YANG SEPATUTNYA)

Semua manusia perlu tidur supaya badan mendapat rehat yang secukupnya setelah

penat melakukan aktiviti seharian. Tidur yang cukup itu maknanya tidak kurang atau

lebih daripada tempoh tidur normal yang diperlukan oleh kebanyakan manusia. Bagi

remaja, tidur selama enam jam sehari sudah cukup untuk membolehkan mereka

melakukan aktiviti dengan efektif dan bertenaga. Tidur juga boleh bertukar menjadi suatu

aktiviti yang memudaratkan dan merugikan diri kita. Ini berlaku apabila kita tidur secara

berlebihan daripada tempoh yang sepatutnya. Hal ini biasanya berlaku pada waktu cuti.

Ini kerana pada waktu cuti, pelajar mempunyai masa yang banyak dan tiada aktiviti yang

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

7

spesifik atau mendesak yang perlu diselesaikan oleh pelajar itu. Oleh itu, kebanyakan

pelajar mengambil jalan mudah untuk menghabiskan waktu cuti itu dengan tidur kerana

aktiviti tidur adalah antara aktiviti yang paling mudah dilaksanakan iaitu dengan hanya

berbaring dan memejamkan mata.

-MENONTON TELEVISYEN

Adakah anda suka jika anda mempunyai kawan yang suka berbohong? Tentu

sekali jawapannya tidak, bukan? Namun malangnya anda tidak tahu yang anda selalu

dibohongi. Anda selalu dibohongi oleh rakan anda yang akrab iaitu televisyen. Ia

memaparkan watak hero yang walaupun bertubi-tubi tembakan dikenakan kepadanya,

tiada satu pun yang mengena. Kadang-kadang hero itu cedera iaitu berdarah dibahagian

tangan dan anda berasa sedih. Namun darah itu sebenarnya adalah cat dan beberapa

bahan yang kelihatan seperti darah. Ada juga hero dalam televisyen itu meninggal dunia

dan anda mengalirkan air mata. Sebenarnya itu hanyalah lakonan semata-mata dan

kebanyakannya adalah cerita rekaan. Daripada anda menonton cerita orang lain, lebih

baik anda membuat cerita anda sendiri iaitu anda berusaha untuk menjadi seorang hero

atau heroin. Hero dalam erti kata anda berjaya dalam hidup anda sendiri.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

7

-BERBUAL KOSONG

Kebanyakan pelajar suka menghabiskan masa dengan berbual kosong. Berbual

kosong di sini bermakna perbualan yang tidak memberi faedah kepada diri anda terutama

pelajaran diri anda. Malah yang paling menakutkan adalah berbual kosong yang

mendatangkan mudarat dan kecelakaan kepada diri. Contohnya mengumpat. Hal ini

seringkali terjadi di kalangan pelajar perempuan. Mereka suka bercakap tentang individu

lain. Kerana itulah majalah-majalah tentang gosip artis sangat digemari mereka. Ini

adalah untuk dijadikan modal percakapan mereka. Ketahuilah oleh anda bahawa masa itu

sangat berharga. Daripada anda menghabiskan masa dengan berbual kosong, lebih baik

anda melakukan aktiviti yang bermanfaat untuk diri anda.

-BERSIAR-SIAR DI PASAR-PASAR

Ramai pelajar, apabila tiba waktu cuti, mereka menghabiskan masa bersiar-siar di

pasar-pasar. Pasar ini pula terbahagi kepada pasar biasa dan pasaraya (komplek membeli-

belah). Mereka berasa sungguh seronok berpusing-pusing di sekitar pasar walaupun

kadang-kadang kepala mereka terasa pening. Aktiviti ini sangatlah tidak berfaedah.

Tujuan utama pasar-pasar dibina adalah sebagai tempat berjual beli dan bukannya

sebagai tempat untuk bersiar-siar. Justeru , sepatutnya yang ada di pasar adalah para

penjual dan pembeli. Dengan kata lain mereka mempunyai kuasa jual dan kuasa beli.

Seperti yang kita tahu, pelajar tidak mempunyai kuasa beli kerana mereka tidak

mempunyai sumber pendapatan. Jika ada pun itu adalah ihsan daripada ibubapa mereka.

Jadi, daripada anda hanya memerhati orang sibuk berjual- beli baik anda berusaha untuk

meningkatkan kuasa beli anda pada masa akan datang.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

8

-PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI KOMPUTER

Aktiviti ini melanda remaja yang majoritinya pelajar masakini. Pada asalnya,

komputer merupakan alat yang sangat berguna kepada kehidupan manusia. Terutamanya

dengan kemudahan teknologi maklumat yang memudahkan manusia memperoleh ilmu,

aset yang paling bernilai dalam kehidupan manusia. Para remaja yang masih cetek ilmu

dan pertimbangan akalnya, melihat komputer sebagai sumber hiburan. Mereka seperti

kanak-kanak yang melihat semua benda adalah mainan. Remaja ini akhirnya

menggunakan komputer untuk berbual kosong secara maya. Aktiviti ini secara

peratusannya, banyak yang memberi mudarat kepada kehidupan remaja. Malah sehingga

ada yang tergadai maruah dan membunuh diri akibat aktiviti ini. Pelajar yang masih

berfikiran seperti kanak-kanak sudah tentu amat menyukai permainan komputer. Ada di

antara mereka menghabiskan masa lebih 7 jam sehari untuk permainan komputer. Jangan

terperanjat jika aktiviti ini ada dilakukan oleh pelajar tahun akhir di universiti. Maka

tidak hairanlah, peratus pengangguran di kalangan graduan meningkat dengan mendadak

selari dengan peningkatan penggunaan komputer. Sekiranya para pelajar, menggunakan

pertimbangan akal , komputer yang sama itu boleh menjadi sumber pendapatan yang

lumayan untuk dirinya.

Setelah anda mengetahui aktiviti-aktiviti yang membazirkan masa anda,

diharapkan anda dapat mengelakkan diri daripada terjebak dalam aktiviti tersebut.

Gunakan masa anda yang amat berharga itu untuk aktiviti yang memberi faedah kepada

kehidupan anda di dunia dan akhirat. Pada waktu cuti, anda boleh mengikuti program-

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

8

program yang meningkatkan ilmu agama anda sekaligus akan meningkatkan kerohanian

anda. Tanyalah rakan-rakan anda tentang aktiviti seperti ini. Anda akan terperanjat

apabila aktiviti tersebut memberi faedah yang banyak kepada kecemerlangan diri anda.

Kepentingan dan kaedah merancang

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

8

“Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”- suatu ungkapan yang

ringkas tetapi mempunyai erti yang cukup besar dalam kehidupan kita terutama sebagai

seorang pelajar. Ramai manusia yang tidak merancang hidupnya, merasa menyesal

kerana begitu banyak masa dibazirkan dengan aktiviti yang kurang bermanfaat kepada

kehidupannya. Ramai pelajar merasa sedih dan menyesal apabila melihat keputusan

peperiksaannya yang rendah akibat tidak membuat persediaan yang cukup. Ramai pelajar

yang mula belajar secara serius di saat-saat akhir menjelang peperiksaan. Mengapa ini

berlaku? Ini adalah kerana mereka membiarkan diri mereka dibawa arus masa yang

begitu deras tanpa melakukan sesuatu untuk menyelamatkan diri.Merancang merupakan

suatu aktiviti yang boleh menyelamatkan diri kita daripada hanyut dibawa arus

masa.Masa datang dan masa pergi tanpa mempedulikan kita. Itu merupakan fitrah masa.

Kitalah yang bertanggungjawab mempedulikan masa yang kita ada.

Kaedah Merancang.

Ramai di antara kita yang mempunyai matlamat dan semangat untuk melakukan perkara-

perkara yang sangat bermanfaat untuk diri. Namun, malangnya ramai pelajar yang

matlamatnya hanya tinggal matlamat. Matlamat yang tidak diterjemahkan kepada

tindakan adalah sama dengan angan-angan. Persoalannya adalah bagaimanakah cara

praktikal untuk kita menterjemahkan semua matlamat kita kepada tindakan yang akan

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

8

membawa kepada kepuasan diri? Kaedah yang berkesan untuk menterjemahkannya

adalah dengan memulakan pelaksanaan matlamat dalam minda terlebih dahulu.

Jika anda hanya merancang sesuatu dalam minda sahaja, ia bukanlah suatu aktiviti

yang praktikal. Jika sebelum ini anda merupakan seorang yang tidak pernah merancang,

ketahuilah bahawa merancang bermakna anda menulis rancangan anda. Selepas ini jika

anda tidak tahu bagaimana hendak merancang ingatlah mneumonik di bawah;-

menulis(ME) + rancangan(RANCANG) = MERANCANG

Sebagai contoh, jika anda mempunyai rancangan atau cita-cita untuk menjadi

pelajar terbaik maka apa tunggu lagi, terus tuliskan rancangan suci murni anda itu.

Kemudia dibawahnya tuliskan kata soal apa, kenapa, bagaimana, bila, dimana,

siapa.Lihat sampel di bawah untuk memudahkan anda.

Sampel Perancangan

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

8

RANCANGAN: Menjadi pelajar terbaik

APA Memperoleh 9A dalam SPM

KENAPA Membela nasib keluarga yang miskin dan tertindas

BAGAIMANA Menghadiri seminar motivasi dan teknik belajar berkesan

BILA Sekarang iaitu dengan menelefon kaunselor untuk membuat temujanji.

SIAPA Pergi bertanya kawan-kawan yang cemerlang bagimana cara mereka

belajar,jumpa kaunselor atau bertanya guru yang anda suka.

DIMANA Tempat yang kebanyakan pelajar cemerlang selalu berada. Sewaktu

dalam kelas duduk di bahagian hadapan, sewaktu luang berada di

perpustakaan,waktu solat berada di masjid atau surau

Buat permulaan ini, anda boleh menggunakan format yang sama untuk apa sahaja

cita-cita murni anda. Apabila anda sudah biasa merancang, anda dapat menghasilkan

format perancangan anda sendiri. Apa yang penting adalah supaya merancang menjadi

tabiat anda. Ingatlah jika anda gagal merancang bermakna anda merancang untuk gagal.

Jika anda berjaya merancang, ketahuilah bahawa anda sebenarnya telah berjaya.

Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama. Langkah pertama anda sekarang

adalah dengan melaksanakan aktiviti di bawah.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

8

Tukarkan teori kepada realiti!

1.Sekarang tuliskan lima rancangan atau cita-cita murni anda

2.Masukkan kata soal kepada setiap rancangan tersebut

3.Fikirkan jawapan kepada setiap kata soal tersebut.

4.Akhir sekali, tahniah kerana anda telah berjaya merancang hidup anda.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

8

BAGAIMANA MENGURUSKAN MASA ANDA

Masa datang dan pergi. Masa tidak menunggu kita. Masa tidak boleh dibeli. Apa

yang penting bagi anda untuk menggunakan masa sebaiknya adalah kemahiran

menggunakan masa. Namun malangnya di sekolah tidak ada subjek yang mengajarkan

kita kemahiran menguruskan masa. Namun, anda patut bersyukur kerana di dalam buku

ini akan didedahkan kepada anda gambaran bagaimana caranya menguruskan masa anda.

Sebenarnya ada banyak model pengurusan masa yang terdapat di dunia pada hari ini.

Lain orang, lain cara menguruskan masanya. Samalah juga kemahiran memasak. Lain

orang lain cara memasaknya tetapi kemahiran asanya adalah sama. Setelah itu bolehlah

anda ubah mengikut citarasa yang anda suka.

PENGURUSAN MASA KEHIDUPAN

Pertama sekali yang paling penting adalah bagaimana mengurusakn masa hidup

anda. Hidup anda hanya sekali. Jangan bazirkan masa hidup anda. Sebaliknya uruskan

masa hidup anda. Letakkan target apakah yang anda ingin capai dalam hidup anda di

dunia yang sementara ini dan apakah target anda di kehidupan anda selepas alam dunia

ini. Target perlu tinggi, Nabi Muhammad s.a.w ada mengajar kita, jika inginkan syurga

targetlah syurga yang paling tinggi iaitu Jannatul Firdaus. Katakanlah anda ingin menjadi

pendidik yang berjaya iaitu pensyarah universiti. Senaraikanlah langkah-langkah yang

perlu anda lalui untuk menjadi seorang pensyarah universiti secara bertulis! Satu kaedah

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

8

penting dalam pengurusan masa adalah dengan menulis apa yang anda ingin lakukan.

Katakanlah anda sekarang seorang pelajar tingkatan tiga di sekolah menengah biasa.

Contoh pengurusan kehidupan anda adalah seperti berikut ;-

PENGURUSAN MASA TAHUNAN

Kita telah belajar tentang pengurusan masa kehidupan. Dengan itu kita telah dapat

melihat skop perjalanan kehidupan kita. Namun, skop itu terlampau luas. Kita perlu

mengecilkan skop tersebut dengan meletakkan target tahunan bagi mencapai cita-cita kita

yang besar itu. Katakanlah kita pada tahun ini akan menduduki peperiksaan PMR.

Justeru, target tahunan anda adalah untuk mendapat 9A dalam peperiksaan PMR. Anda

Menjadi seorang pensyarah universiti yang berjaya

Menjadi pelajar di sebuah universiti terkemuka

Mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR

Berpeluang bertukar ke Sekolah Sains Berasrama Penuh

Mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

8

perlu menyoal diri anda apakah yang perlu anda lakukan pada tahun ini bagi

membolehkan anda mendapat keputusan cemerlang tersebut. Contoh pengurusan masa

tahunan anda adalah seperti

berikut ;-

MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG(9A) DALAM PMR

(Apakah yang perlu aku lakukan untuk mencapainya?)

-Mengetahui teknik belajar berkesan melalui pembacaan, bertanya kaunselor, dan

menghadiri seminar motivasi.

-Mengamalkan teknik belajar berkesan dalam kehidupan sehari-hari.

-Berjumpa dan bertanya dengan pelajar yang cemerlang bagaimana cara mereka belajar.

-Berdoa dengan doa-doa kecemerlangan.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

8

PENGURUSAN MASA BULANAN

Setelah anda telah menyiapkan pengurusan masa tahunan, anda perlu

mengecilkan lagi skop pengurusan masa anda iaitu kepada pengurusan masa bulanan.

Apakah target anda setiap bulan bermula dari bulan ini sehingga bulan anda akan

menghadapi peperiksaan? Apakah perkara yang perlu anda lakukan pada bulan ini bagi

membolehkan anda berusaha mencapai kecemerlangan? Contoh pengurusan masa

bulanan adalah seperti di bawah ;-

Target bulan ini, adalah : Mempelajari dan mengamalkan teknik-teknik belajar

berkesan.

-Meminjam buku-buku motivasi dan teknik belajar berkesan daripada perpustakaan

sekolah ataupun perpustakaan negeri.

-Membuat persediaan menghadapi ujian bulan januari menggunakan kaedah belajar

berkesan.

-Berjumpa kaunselor untuk bertanya kaedah belajar berkesan.

Di samping itu anda perlu memiliki jadual aktiviti bulanan bagi memudahkan

anda merancang aktiviti sepanjang bulan tersebut. Dengan adanya jadual aktiviti bulanan

juga membolehkan anda mengetahui apakah tarikh-tarikh penting seperti tarikh

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

9

menghantar tugasan sekolah, tarikh ujian bulanan, tarikh tutup pinjam buku

perpustakaan, dan sebagainya. Sebagi permulaan anda bolehlah menfotokopi contoh

jadual bulanan di bahagian lampiran. Sila rujuk lampiran pada akhir bab ini untuk melihat

contoh jadual pengurusan bulanan.

PENGURUSAN MASA MINGGUAN

Saranan daripada pakar pengurusan masa, kita perlu memilih satu hari dalam

seminggu untuk merancang aktiviti dalam satu minggu. Saya sendiri biasanya memilih

hari jumaat untuk menguruskan masa mingguan. Katakanlah hari jumaat itu pada 6

januari. Pada hari tersebut kita merancang apakah aktiviti yang perlu dilakukan dalam

minggu yang bermula 7 Januari hingga 13 Januari (7 hari).Semasa merancang penuhkan

jadual dengan aktiviti yang membolehkan anda mencapai target bulanan anda terlebih

dahulu. Sila rujuk lampiran pada akhir bab ini untuk melihat contoh jadual pengurusan

mingguan.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

9

PENGURUSAN MASA HARIAN

Kita dikurniakan masa 24 jam di dalam sehari. Penggunaan setiap jam inilah yang

menentukan siapakah kita pada suatu hari nanti. Ada pepatah tang menyatakan “Masa

seumpama pedang, jika kita tidak memotongnya, maka kita akan dipotongnya”. Justeru,

sekiranya kita tidak mengambil faedah daripada masa, maka kita akan dirugikan oleh

masa. Uruskanlah setuap jam anda pada setiap hari. Penuhi setiap jam anda dengan

aktiviti yang menggerakkan anda ke arah cita-cita anda. Teknik yang berkesan dalam

pengurusan masa adalah disamping anda merancang aktiviti yang hendak dilakukan, kita

juga hendaklah merancang lokasi untuk melakukan aktiviti tersebut. Sebagai contoh pada

hari isnin jam 2 petang, kita merancang hendak mengulangkaji subjek matematik, kita

juga pun merancang lokasinya iaitu di perpustakaan. Sila rujuk lampiran pada akhir bab

ini untuk melihat contoh jadual pengurusan harian.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

9

LAMPIRAN :Pengurusan Masa Bulanan

Contoh:JANUARI 2006

ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU AHAD

1

2 3 4 5 6 7 8

9 10 11 12 13 14 15

16 17 18 19 20 21 22

23 24 25 26 27 28 29

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

9

LAMPIRAN:Pengurusan Masa Mingguan

SABTU AHAD ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT

TARGET MINGGU INI;-

SEGERA TIDAK SEGERA

PENTING

TIDAK PENTING

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

9

LAMPIRAN: Pengurusan Masa Harian

AKTIVITI LOKASI5 A.M6789101112 P.M123456789101112

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

9

FOKUS USAHA,MASA DAN TENAGA ANDA

KEPADA AKTIVITI TERPENTING

“Yang Dikejar Tak Dapat,Yang Dikendong Berciciran”,suatu pepatah yang cukup

dalam terutama kepada kehidupan kita yang bergelar pelajar. Disini saya ingin

mengaitkan pepatah ini dengan hukum 80/20 ataupun prinsip Pareto. Prinsip ini

diperkenalkan oleh Vilfredo Pareto,seorang pakar ekonomi berbangsa itali pada tahun

1895. Bagi memudahkan anda memahami dan mengambil faedah daripada prinsip

ini,saya akan menerangkannya dalam ayat yang mudah. Konsepnya adalah dalam

aktiviti-ativiti yang anda lakukan,hanya 20% daripada aktiviti-aktiviti tersebut yang

memberi anda 80% hasil yang mencapaikan kepada matlamat anda. Sebagai

contoh,dalam sehari kita melakukan sepuluh aktiviti iaitu membuat

latihan,berehat,menonton televisyen,berbual,bermain bola,berbincang tentang

pelajaran,membeli-belah,lepak,dan membaca suratkhabar. Dalam sepuluh aktiviti yang

anda lakukan,hanya dua aktiviti yang akan menyebabkan anda berjaya dalam hidup anda.

Dalam contoh diatas adalah aktiviti berbincang tentang pelajaran dan membuat latihan.

Prinsip ini boeh diaplikasikan dalam banyak skop kehidupan anda. Sebagai

contoh,anda mempunyai 10 kaedah belajar untuk menghadapi peperiksaan. Mengikut

prinsip ini hanya dua kaedah belajar yang menyunbangkan 80% daripada markah anda.

Katakanlah anda mendapat markah penuh 100%. 80% daripada markah anda itu

diperolehi hasil dua kaedah belajar anda yang berkesan,contohnya membuat soalan-

soalan yang lepas dan sentiasa bertanya guru. Hal ini bermakna lapan kaedah belajar

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

9

yang lain hanya menyumbangkan 20% hasil. Kenapa anda banyak menghabiskan masa

kepada aktiviti yang hanya menyumbangkan 20% kepada hasil? Mengapa anda tidak

terus sahaja fokus kepada aktiviti yang menyumbangkan 80% kepada hasil? Jika anda

melakukannya tentu anda akan berjaya meraih hasil yang menakjubkan. Saya sendiri

telah mencubanya,anda bila lagi? Selepas anda membaca tajuk ini,senaraikan aktiviti-

aktiviti yang anda biasa lakukan setiap hari. Cuba fikir apakah dua aktiviti daripada

senarai tersebut yang penting untuk kejayaan hidup anda. Fokus dan lebihkan masa untuk

melakukan aktiviti tersebut. Insya Allah kejayaan milik anda!

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

9

KEPENTINGAN LOKASI

Setiap aktiviti dalam kehidupan kita mempunyai lokasi atau tempatnya masing-

masing. Oleh itu, amat penting untuk kita memilih tempat atau lokasi yang sesuai dengan

aktiviti yang hendak kita lakukan jika kita ingin melakukannya sebanyak atau sebaik

mungkin dalam masa yang seminima mungkin.

Dalam Islam, banyak ibadah yang mempunyai kaitan dengan tempat/lokasi

tertentu. Contohnya golongan lelaki amat dititik beratkan untuk solat di masjid manakala

wanita di tempat solat khas di dalam rumah. Ini dapat dibuktikan daripada hadith riwayat

Imam Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah & Tarmizi yang maknanya;-

Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,

“Sesungguhnya aku benar-benar berhasrat untuk menyuruh anak-anak muda mengumpul

kayu api untukku, kemudian aku ingin pergi kepada mereka yang bersolah di rumah

tanpa sebarang keuzuran lalu membakar rumah mereka.”

Aktiviti belajar, yang juga merupakan ibadah memerlukan tempat belajar yang

khas. Ini adalah penting untuk konsentrasi,fokus atau tumpuan kepada proses

pembelajaran. Sebagaimana solat yang dilakukan di rumah yang kehilangan khusyu’

atau konsentrasinya akibat pelbagai gangguan seperti bunyi televisyen,kaum keluarga dan

kanak-kanak kecil, begitu jugalah halnya dengan aktiviti pembelajaran. Jika

pembelajaran dilakukan di bilik tidur, maka anda akan cenderung untuk tidur.Jika belajar

di ruang menonton televisyen maka anda akan menonton televisyen.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

9

Tempat yang paling sesuai untuk belajar adalah perpustakaan. Ini adalah kerana

perpustakaan dibina sebagai tempat manusia menimba ilmu iaitu belajar. Tahukah anda

bahawa setiap bangunan atau senibina yang ada dunia ini dibina berdasarkan aktiviti yang

hendak dijalankan didalamnya. Contoh yang mudah adalah kantin atau kedai makan

dibina sebagai tempat manusia makan dan minum, pasar dan pasaraya adalah tempat

manusia menjalankan jual-beli dan sebagainya. Bangunan yang paling unik di dunia

adalah masjid. Masjid dibina sebagai tempat untuk manusia beribadat kepada Tuhan.

Tahukah anda bahawa bangunan pertama di dunia yang mempunyai pelbagai fungsi di

dunia adalah masjid. Pada zaman kegemilangan Islam, di samping solat,masjid juga

sebagai pusat penyebaran Islam,pusat pendidikan,pusat pentadbiran negara dan pusat

manusia berbincang dan bermesyuarat tentang perkara-perkara utama dalam kehidupan

manusia.Ini adalah kerana di dalam Islam ibadat merangkum kesemua aspek kehidupan

manusia. Berbalik kita kepada perpustakaan sebagai tempat terbaik untuk belajar.

Suasana yang sunyi, sumber rujukan yang pelbagai dan ruang membaca yang luas dan

selesa dapat memotivasikan kita untuk belajar. Tambahan pula, melihatkan orang ramai

yang tekun membaca menyemarakkan lagi semangat kita untuk membaca. Seperti yang

kita tahu, membaca adalah kemahiran utama dalam proses pembelajaran.Orang yang

selalu mengunjungi perpustakaan, pasti akan terbentuk tabiat suka membaca di dalam

dirinya. Apabila tabiat suka membaca telah terbentuk dalam diri, kebarangkalian untuk

gagal amatlah tipis dan kebarangkalian untuk berjaya amatlah cerah sekali. Sebenarnya

tidak mungkin pelajar yang banyak membaca akan gagal. Ini kerana membaca adalah

wacana perubahan diri kearah yang lebih baik dan Allah S.W.T pasti akan menolong

individu yang berusaha untuk membaiki dirinya kearah yang lebih baik. Seperti yang kita

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

9

sedia maklum, masa yang kita ada pasti kita habiskan. Masa itu kita habiskan di tempat-

tempat yang tertentu. Cuba analisis di manakah tempat-tempat yang telah anda habiskan

masa anda semalam. Sekarang, ketahuilah oleh anda wahai pelajar bahawa sebaik-baik

tempat untuk anda habiskan banyak masa anda sebagai seorang pelajar adalah di

perpustakaan.

Oleh itu, sebaik sahaja anda tamat membaca bahagian ini segeralah ke

perpustakaan yang berdekatan untuk meneruskan membaca bahagian lain dalam buku ini.

Rasailah suasana baru yang kondusif untuk mengubah diri anda kepada yang lebih baik.

Jika anda melakukan perkara yang sama setiap hari, maka anda akan mendapat hasil yang

sama.Cuba lakukan sesuatu yang baru untuk hasil yang mengkagumkan. Justeru itu

tutuplah buku seketika dan langkahlah kaki anda menuju ke gedung ilmu. Insya Allah,

banyak pengalaman baru yang akan anda peroleh disana.Selamat mencuba!

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

1

Penuhkan masa anda dengan aktiviti yang proaktif

bukannya reaktif

Proaktif menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga bermaksud sikap

positif(individu,institusi,dll) merangka atau melakukan sesuatu tindakan (setelah difikir

masak-masak) jauh lebih awal daripada berlakunya sesuatu perkara yang sememangnya

memerlukan tindakan yang berkenaan (tindakan tidak dilakukan hanya setelah sesuatu

hal itu berlaku).

Contoh aktiviti yang proaktif adalah merancang aktiviti yang hendak dilakukan pada

esok hari, membaca teks untuk mendapat gambaran topik yang akan diajar guru (sebelum

kelas), bersedia 5 minit untuk solat (contohnya berwudhuk) sebelum masuk waktu solat,

mengulangkaji pelajaran bermula dari awal, menyiapkan tugasan awal sebelum tarikh

akhir dan banyak lagi.

Reaktif (reaksi) pula bermaksud gerakan atau aksi yang lahir kerana sesuatu

pengaruh (tindakan dll). Reaksi juga bermaksud tindakan yang dilakukan hanya setelah

sesuatu hal itu berlaku.Contoh aktiviti yang reaktif ialah belajar dan menyiapkan tugasan

di saat-saat akhir, meniru kerja rumah rakan, datang lewat ke kelas, solat Subuh pukul

6.45 ke atas dan banyak lagi.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

1

Cuba kita semak bagaimanakah kita telah menghabiskan masa kita pada minggu ini?

Sila isikan borang analisa diri di bawah;-

Aktiviti proaktif yang saya lakukan pada minggu ini;

________________________________________________________________________

____________________________________________________________________

Aktiviti reaktif yang saya lakukan pada minggu ini;

________________________________________________________________________

____________________________________________________________________

Perbezaan di antara orang yang berjaya dengan yang gagal adalah orang yang berjaya

melakukan sesuatu aktiviti secara proaktif manakala orang yang gagal melaksanakan

sesuatu aktiviti secara reaktif. Walaupun mereka melakukan aktivti yang sama

(contohnya belajar) dan dalam tempoh masa yang sama(1 jam) tetapi hasil mereka sangat

jauh bezanya. Mengapa ini berlaku? Ini kerana pelajar yang proaktif belajar 1 jam topik

yang bakal diajar oleh guru sebelum kelas. Akibatnya, apabila berada di dalam kelas

selama hampir 2 jam, beliau faham apa yang diajar oleh guru dan dapat terlibat secara

aktif di dalam kelas seperti bertanya dan lain-lain. Manakala pelajar yang reaktif belajar 1

jam selepas kelas dengan tidak faham apa yang diajar oleh guru di dalam kelas.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

1

Maknanya beliau telah membazir masa di kelas selama 2 jam dan memerlukan masa yang

berganda (lebih dari 1 jam) untuk menandingi pemahaman yang diperolehi pelajar

proaktif.

Seterusnya, penulis ingin menyatakan tentang konsep mencegah lebih baik

daripada merawat. Konsep ini berkait dengan konsep proaktif dan reaktif yang telah

dibincang sebelum ini.Mencegah maksudnya menghalang (menegah, menolak, dll),

mengikhtiarkan supaya jangan berlaku (kena dll).

Contoh aktiviti mencegah adalah mengikhtiarkan(melakukan usaha) supaya jangan;

-gagal dalam peperiksaan

-terlepas solat secara berjemaah

-tidak sempat menyiapkan kerja rumah

-belajar dengan tertekan di saat-saat akhir

Aktiviti merawat pula ialah mengikhtiarkan sesuatu setelah keadaan di atas telah

menimpa kita. Contohnya meniru kerja rumah kawan kerana tidak sempat menyiapkan

kerja rumah. Semakin banyak aktiviti mencegah dalam kehidupan anda semakin tenang

dan bahagia hidup anda.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

1

Panduan Untuk Ibubapa: Kaedah Praktikal &

Berkesan Mendidik Anak Cemerlang.

Bahagian ini, penulis tujukan khas kepada golongan ibubapa. Namun, pelajar juga boleh

membacanya kerana anda juga bakal menjadi ibubapa pada suatu hari nanti. Dalam

Islam, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam mencorakkan kehidupan

anak-anak. Sebaik sahaja seorang anak itu dilahirkan, anak itu ibarat kain putih, suci dan

berada dalam keadaan fitrah. Ibu bapa ibarat pelukis yang melukis pada kain putih tadi

lukisan apa yang dikehendaki. Lukisan adalah hasil idea dan usaha pelukis. Begitulah

juga, kehidupan anak-anak adalah hasil keinginan dan usaha yang dilakukan oleh

ibubapa. Justeru, apabila berlaku kepincangan moral pada anak-anak muda masakini, kita

tidak boleh hanya menunding jari pada anak-anak. Kebanyakan ibubapa pandai

menyalahi dan memarahi anak-anak apabila mereka bertabiat buruk. Walhal, mereka

tidak sedar, apabila mereka menunding jari telunjuk ke arah anak-anak, banyak jari-jari

lain menunding ke arah diri mereka sendiri.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

1

Disini penulis ingin membentangkan kaedah mendidik anak cemerlang yang

benar-benar berkesan. Kaedah ini diadaptasi daripada kaedah yang diajar oleh bapa

terbaik di dunia iaitu Nabi besar kita Muhammad s.a.w. Rasulullah s.a.w adalah

diberitakan seringkali bersabda; “Perintahlah anak-anakmu bersolat apabila mereka

berumur tujuh tahun dan tanganilah mereka kalau mereka melengah-lengahkannya

setelah mereka berumur sepuluh tahun.” Perintah dalam hadis ini bermaksud perintah

berulang-ulang kali dan setiap hari. Apabila sesuatu perintah diulang berulang-ulangkali

kepada diri si anak tadi, maka akan terbentuk dalam minda separa sedar si anak tadi

bahawa perkara tersebut benar-benar penting dan sangat dihargai oleh kedua ibu bapanya.

Ini akan mendorong si anak tadi menunaikan solat walaupun dia masih belum

mengetahui tujuan dan faedah solat. Cuba bayangkan apakah akan terjadi kepada si anak

yang seringkali di suruh berulang-ulangkali pada setiap hari oleh ibubapanya untuk

menunaikan solat selama 1080 hari berturut-turut. Secara logiknya, si anak tadi sudah

tentu sudah biasa dan menjadi rajin untuk bersolat. Cuba bayangkan pula, si anak yang

langsung tidak disuruh oleh ibu bapanya untuk solat ketika berumur 7 hingga 10 tahun.

Sudah tentu si anak itu tadi tidak biasa dan berasa berat untuk menunaikan solat. Dalam

kes yang luar biasa, iaitu setelah pihak ibubapa telah berulang-ulangkali menyuruh

anaknya bersolat selama 3 tahun berturut-turut, namun si anak masih juga melengah-

lengahkannya, tindakan yang lebih tegas harus diambil oleh ibubapa. Ibubapa patut

memnyuruh supaya mereka bersolat. Ini kerana anak yang berumur 10 tahun takut pada

ibubapanya dan masih belum takut kepada Allah kerana akalnya masih belum dapat

mengenal Allah

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

1

Mengapa 10 tahun? Ini kerana, anak-anak mereka yang berumur 10 tahun ke bawah

masih takut kepada kedua-dua ibubapa mereka. Jadi pada waktu inilah yang paling sesuai

bagi ibubapa untuk mengajar anak-anak mereka tabiat yang baik. Selepas tahap umur

tersebut,anak-anak sudah kurang takut lagi kepada ibubapanya dan sudah pandai

berbohong. Dalam hadis lain ada dinyatakan, “Rotanilah anak-anak agar mereka jadi baik

dan berilah amaran kepada mereka mengenai kecuaian kewajiban-kewajiban mereka

terhadap Allah.”Ada segelintir ibubapa merasakan merotani anak-anak bertentangan

dengan konsep kasih sayang. Merotan disini tidaklah terlampau seolah-olah mendera

tetapi sekadar untuk menakut-nakutkan anak-anak supaya mereka bertabiat cemerlang.

Adakah kerana kasih sayang, kita melarang anak kita dibedah akibat menghidap penyakit

kronik?. Tentu tidak, bukan.

Kita boleh mengadaptasi hadis di atas untuk menanamkan tabiat rajin belajar

kepada anak-anak kita. Suruhlah mereka belajar berulang-ulangkali pada setiap hari

bermula mereka berumur tujuh tahun lagi. Sekiranya mereka masih malas ketika berumur

10 tahun, rotanilah mereka. Insya Allah, anak anda pasti akan menjadi seorang yang

cemerlang. Kaedah ini telah dipraktikkan oleh insan yang saya kasihi iaitu ibu saya

sendiri. Beliau sentiasa dan berulangkali menyuruh saya dan adik-adik untuk belajar

sejak kami kecil lagi. Walaupun sewaktu kecil kami berasa terpaksa untuk belajar, tetapi

apabila kami dewasa kami berterima kasih kepada ibu kerana dorongan ibu menyebabkan

kami berjaya dan bahagia.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

1

Di samping itu, ibubapa harus memupuk budaya membaca kepada anak-anak.

Cara yang paling praktikal adalah dengan mewujudkan perpustakaan mini di rumah.

Berita baik untuk ibubapa, anda tidak perlu menghabiskan kos dan ruang yang besar

untuk mewujudkan perpustakaan mini di rumah. Sekiranya anda mempunyai rumah

bersaiz kecil, anda boleh mendapatkan meja makan terpakai dan diletakkan di suatu sudut

dirumah anda. Letakkan sebuah rak buku di atas meja tersebut. Kumpul dan susunkan

semua buku yang terdapat di dalam rumah anda pada rak tersebut mengikut kategori

masing-masing. Contohnya kategori majalah, buku pelajaran, novel, suratkhabar, dan

sebagainya. Buku-buku sekolah anak-anak juga diletak dan disusun di atas meja tersebut.

Pada dinding berdekatan meja tersebut, tampalkan poster “perpustakaan mini keluarga”.

Maka, siaplah perpustakaan mini di rumah anda yang menjadi pusat kecemerlangan anak-

anak anda. Tugas anda seterusnya adalah mengimarahkan perpustakaan mini tersebut.

Tetapkan masa contohnya dua jam sehari untuk anak-anak anda membaca dan belajar di

perpustakaan mini tersebut. Kewujudan perpustakaan mini di rumah sangat berkesan

untuk menanam minat anak-anak untuk membaca. Selepas membaca bahagian ini,

ibubapa disarankan untuk mewujudkan perpustakaan mini di rumah seberapa segera yang

mungkin. Mungkin perabot-perabot yang diletakkan perhiasan boleh diubahsuai untuk

menjadi rak-rak buku. Selamat mencuba!

Kaedah berkesan dan praktikal yang kedua untuk memupuk semangat membaca

dan rajin belajar dikalangan anak-anak adalah dengan membiasakan anak dengan

perpustakaan awam berdekatan rumah anda. Gunalah kemudahan yang disediakan

kerajaan dengan percuma ini untuk kecemerlangan anak-anak. Pada setiap cuti hujung

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

1

minggu hantarlah anak-anak ke perpustakaan awam berdekatan. Hal ini jauh lebih baik

daripada anda bersusah- payah menghantar anak anda ke pusat tuisyen. Ini kerana

sekiranya anak anda tidak minat membaca dan belajar, walaupun sehebat mana pusat

tuisyen anak anda hadiri dan ribuan ringgit telah dibayar, anak anda tetap tidak akan

cemerlang.

Penutup: Kejayaan Adalah Seperti Install Perisian

Komputer

Pernahkah anda install perisian komputer? Jika belum, saya yakin anda pasti akan

melalui pengalaman tersebut. Pertama sekali, anda diberi pilihan samada ingin install

perisian tersebut atau tidak. Di dalam kehidupan ini, anda juga diberi pilihan samada

ingin berjaya atau tidak. Seterusnya, jika anda memilih untuk install perisian tersebut,

anda dimestikan untuk memahami syarat-syarat dan perjanjian-perjanjian yang perlu

anda setujui bagi membolehkan anda install perisian yang diidamkan. Di dalam

kehidupan ini anda dimestikan untuk belajar ilmu sebagai syarat untuk anda berjaya.

Setelah itu, anda akan menempuh banyak kotak yang yang mengandungi arahan dan

soalan. Satu-satunya cara bagi meneruskan misi anda untuk install perisian tersebut ialah

dngan menekan butang next. Di dalam kehidupan ini, kotak-kotak tersebut adalah

seumpama halangan-halangan, kegagalan-kegagalan dan pengalaman pahit yang bakal

anda tempuhi. Satu-satunya cara untuk berjaya adalah anda perlu menghadapi halangan-

halangan tersebut dengan sabar. Bersabar seumpama menekan butang next. Semakin

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

1

banyak anda bersabar, semakin hampir anda kepada kejayaan.

Apabila anda telah berjaya melepasi kotak-kotak arahan dengan menekan butang

next, anda akhirnya akan melalui satu tahap terakhir untuk berjaya install perisian yang

anda idamkan. Tahap tersebut adalah dimana anda harus menunggu sekejap sementara

perisian itu diinstall. Anda akan melihat pada skrin anda paparan seperti di bawah:-

Installing, please wait……...

Paparan tersebut adalah seperti anda menemui jalan untuk mencpai kejayaan yang

pasti dalam hidup anda. Kemuncak usaha anda setelah menghadapi pelbagai pengalaman

dan halangan adalah anda akan menjumpai satu jalan yang jelas untuk berjaya. Petak-

petak yang terdapat dalam paparan di atas samalah seperti perkara-perkara yang anda

telah pasti anda perlu lakukan untuk berjaya. Tugas anda hanyalah melaksanakan perkara

tersebut satu demi satu dan dihujungnya anda akan pasti menemui kejayaan.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

1

Biodata Penulis

1Br.Izu atau nama penuh beliau Mohd Izuwan Bin Mohd merupakan seorang pelajar yang

cemerlang bermula awal persekolahannya lagi. Beliau memulakan pendidikan di

peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Putera Jaya, Setiu, Terengganu. Pada 1waktu itu

beliau adalah di antara pelajar terawal yang terpilih untuk menyertai program pelajar elit,

formula yang dipraktikkan di daerah Setiu sehingga kini yang menaikkan nama sebuah

sekolah di daerah tersebut sebagai sekolah rendah terbaik di Malaysia. Keputusannya

yang cemerlang dalam UPSR, menyebabkan beliau terpilih untuk melanjutkan

pendidikan peringkat menengahnya di SMK(A) Sheikh Abdul Malek yang tersenarai di

antara sekolah terbaik di negeri Terengganu. Seterusnya, pada Tingkatan 4 beliau terpilih

untuk memasuki Sekolah Sains Kuala Terengganu (SESTER) pada alaf baru tahun 2000.

Kecemerlangannya dalam SPM pada tahun 2001, melayakkan beliau tersenarai dalam

senarai pelajar terbaik dalam peperiksaan SPM di sekolah sains berasrama penuh

tersebut. Lanjutan itu, beliau ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke negara matahari

1 Br. Adalah singkatan kepada ‘Brother’ yang bermakna saudara. Di UIAM, penggunaan gelaran Brother untuk pelajar lelaki dan Sister untuk pelajar perempuan digunakan dengan meluasnya, simbolik kepada persaudaraan Islam yang bersifat antarabangsa.

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

1

terbit dalam Program Teknikal Jepun pada tahun 2002 tajaan Jabatan Perkhidmatan

Awam Malaysia. . Namun beliau menolaknya kerana ingin merealisasikan impiannya

untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, yang menawarkan pendidikan

bertaraf dunia dan menekankan nilai-nilai Islam. Beliau meneruskan kecemerlangan

dengan berjaya tersenarai dalam Dean’s List di Matikulasi Kejuruteraan Universiti Islam

Antarabangsa , Petaling Jaya.

Br. Izu, juga termasuk dalam graduan terawal LKS(Latihan Keusahawanan Siswa)

Universiti Islam Antarabangsa yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan

Usahawan Malaysia dan telahpun menjalani praktikum keusahawanannya di Pusat

Latihan Komputer Sistem Bijakomp pada tahun 2005 yang lalu. Oleh kerana minatnya

yang mendalam dalam bidang perniagaan dan ekonomi, beliau membuat keputusan

untuk melanjutkan pengajian di kampus utama UIAM dalam Sarjana Muda Ekonomi.

Kecemerlangannya dalam fakulti tersebut, membolehkan beliau terpilih untuk mengikuti

‘’Double Degree Programme’ , satu-satunya program khas di UIAM yang melayakkan

pelajar yang terpilih mendapatkan dua ijazah dalam tempoh pengajian selama empat

tahun. Ijazah yang kedua dalam program tersebut adalah ijazah Sarjana Muda Ilmu

Wahyu dan Warisan Islam yang memerlukan penguasan bahasa Arab yang kukuh. Beliau

juga merupakan tenaga pengajar kelas bahasa Arab yang dianjurkan oleh sebuah kolej di

UIAM. Beliau juga merupakan salah seorang pelajar yang terpilih untuk mengikuti Pakej

Tahfiz anjuran Pusat Aktiviti Kokurikulum, Bahagian Pembangunan Pelajar UIAM.

Keunikan Br. Izu adalah kecemerlangan dan pengalamannya dalam pelbagai bidang dan

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

1

jurusan termasuk subjek-subjek sains, kejuruteraan,komputer, teknologi maklumat,

ekonomi, perakaunan, perniagaan, bahasa dan agama. Di samping kecemerlangannya

dalam bidang akademik, beliau juga aktif dalam program-program motivasi dan

kepimpinan. Pihak Sekolah Imtiaz yang terkenal dengan Program Ulul Albab juga pernah

menjemput beliau untuk memberikan ceramah motivasi . Program Ulul Albab adalah

untuk melahirkan cerdik pandai Islam merangkumi semua bidang, sekaligus melahirkan

generasi Quranik, Ensaiklopedik dan Ijtihadik. Br. Izu, yang merupakan anak sulung

kelahiran Terengganu Bestari ini juga pernah menyertai pertandingan motivator yang

pernah diadakan di Dataran Putra, Putra Jaya..

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

1

SEMINAR MOTIVASI

Br. Izu juga menawarkan khidmat seminar motivasi dan ceramah kepada IPTA dan IPTS,

sekolah-sekolah , persatuan-persatuan ibubapa dan guru(PIBG) dan pihak-pihak yang

berminat pada harga yang cukup rendah berbanding pakar-pakar motivasi tempatan yang

lain. Bagi membuat jemputan dan temujanji sila e-mel ke;

[email protected]

Atau layari portal kecemerlangan pelajar di;

-http://www.motivatorpelajar.com

Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan_______________________________________________________________________

1

MotivatorPelajar.com

Sila layari laman web ini di http://www.MotivatorPelajar.com yang mengandungi

tip-tip kecemerlangan pelajar yang berguna. Anda juga boleh berkongsi mutiara kata dan

teknik-teknik belajar berkesan di sana. Ini membantu meningkatkan motivasi diri anda

untuk berjaya.

Di samping itu, anda juga dapat mengetahui aktiviti-aktiviti menarik yang

dianjurkan oleh MotivatorPelajar.com seperti seminar motivasi dan teknik belajar

berkesan, ceramah dan sebagainya. Apa yang penting diharapkan MotivatorPelajar.com

dapat melahirkan ramai pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik,

malah cemerlang dalam kehidupan beragama yang merupakan perkara paling penting

dalam pembinaan tamadun manusia.