moral1

4
1.0 Definisi Konsep Dalam memperkatakan konsep asas moral, kita patut meneliti konsep- konsep berikut: moral, etika dan akhlak. Tidak dapat dinafikan adalah penting kita memahami konsep-konsep ini yang saling berkaitan untuk mencari pengertian terhadap aspek moral dalam kehidupan sesebuah masyarakat. 1.1 Konsep Moral Perkataan ‘moral’ berasal daripada perkataan ‘mores’ - bahasa Yunani yang membawa erti: tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Oleh itu, moral merupakan nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah diri, belas kasihan dan berkait dengan beberapa peraturan seperti tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undang-undang, norma dan adat dalam mana-mana masyarakat yang dimaksudkan. Secara etimologi istilah moral berasaldaripada bahasa Latin mos, moris (adat,istiadat,kebiasaan,cara,tingkahlaku,kelakuan) mores (adat istiadat,kelakuan,tabiat,watak,akhlak).Banyak ahli menyumbangkan pemikirannya untuk mendefinisikan kata moral secara terminologi. Dagobert D. Runes Moral adalahhal yang mendorongmanusiauntukmelakukantindakan-tindakan yang baiksebagai “kewajiban” atau “norma” Helden (1977) dan Richards (1971) Moral adalah suatu kepekaan dalam fikiran, perasaan, dan tindakan dibandingkan dengan tindakan-tindakan lain yang tidak hanya berupa kepekaan terhadap prinsip-prinsip dan aturan-aturan. Atkinson (1969) Moral merupakan pandangan tentang baik dan buruk, benar dan salah, apa yang dapat dan tidak dapat dilakukan. Contohnya Siva menjumpa isebuah beg yang mengandungi sebuah komputer riba di atas bangku stesyen bas. Sebagai seorang pelaja rkolej sudah pasti Siva memerlukan sebuah komputer riba, untuk memudahkannya

Upload: shalu-shetty

Post on 13-Sep-2015

227 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

hjkm

TRANSCRIPT

1.0 Definisi KonsepDalam memperkatakan konsep asas moral, kita patut meneliti konsep-konsep berikut: moral, etika dan akhlak. Tidak dapat dinafikan adalah penting kita memahami konsep-konsep ini yang saling berkaitan untuk mencari pengertian terhadap aspek moral dalam kehidupan sesebuah masyarakat.1.1 Konsep MoralPerkataan moral berasal daripada perkataan mores - bahasa Yunani yang membawa erti: tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Oleh itu, moral merupakan nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah diri, belas kasihan dan berkait dengan beberapa peraturan seperti tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undang-undang, norma dan adat dalam mana-mana masyarakat yang dimaksudkan.Secara etimologi istilah moral berasaldaripada bahasa Latin mos, moris (adat,istiadat,kebiasaan,cara,tingkahlaku,kelakuan) mores (adat istiadat,kelakuan,tabiat,watak,akhlak).Banyak ahli menyumbangkan pemikirannya untuk mendefinisikan kata moral secara terminologi.Dagobert D. RunesMoral adalahhal yang mendorongmanusiauntukmelakukantindakan-tindakan yang baiksebagai kewajiban atau normaHelden (1977) dan Richards (1971)Moral adalah suatu kepekaan dalam fikiran, perasaan, dan tindakan dibandingkan dengan tindakan-tindakan lain yang tidak hanya berupa kepekaan terhadap prinsip-prinsip dan aturan-aturan.Atkinson (1969)Moral merupakan pandangan tentang baik dan buruk, benar dan salah, apa yang dapat dan tidak dapat dilakukan.Contohnya Siva menjumpa isebuah beg yang mengandungi sebuah komputer riba di atas bangku stesyen bas. Sebagai seorang pelaja rkolej sudah pasti Siva memerlukan sebuah komputer riba, untuk memudahkannya membuat kerja-kerja kolej. Tetapi sebagai seorang yang bermoral Siva telah membawa komputer riba itu ke balai polis untuk diambil tindakan yang selanjutnya.Rumusannya moral ada isi atau kandungannya. Moral terdiri daripada peraturan komuniti dan sifat peribadi mulia. Peraturan komuniti penting diikuti demi kesejahteraan masyarakat sekeliling. Sifat peribadi mulia pula amat menguntungkan pemiliknya dan memberikan faedah positif kepada orang yang dia berinteraksi dan sekali gus individu yang berperibadi mulia itu mudah mengamalkan peraturan masyarakat yang baik. Oleh itu insan moral ialah insan yang seimbang dari segi keperibadian mulia, mematuhi peraturan moral kerana tanpa prinsip moral, individu itu mungkin akan menghadapi ketidaktentuan dalam menghadapi dilema moral1.2 Konsep Etika

Etika berasal daripada perkataan Yunani ethos yang bermaksud adat atau cara hidup. Konsep ini merupakan sains atau kajian tentang falsafah moral, perlakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral dan ciri-ciri kehidupan yang baik. Konsep ini biasa dihasilkan untuk menjadi garis panduan kepada sesuatu kumpulan untuk menjamin kebaikan kumpulan asas persatuan mereka seperti etika keguruan, etika guaman dan sebagainya .

Contoh 1

Seorang guru kaunseling telah menceritakan keburukan kliennya di dalam bilik guru sewaktu berbual dengan rakan-rakan sejawatnya. Perkara yang didedahkan adalah tentang latar belakang keluarga pelajar yang mempunyai masalah. Si ayah ada tiga orang isteri dan jumlah adik beradik pelajar itu seramai dua puluh lima orang. Pelajar yang dimaksudkan itu mengalami tekanan lantaran keluarga yang porak peranda. Sama ada guru kaunseling itu sedar atau tidak, beliau sebenarnya telah melanggar etika seorang guru yang perlu menyimpan rahsia atau maklumat pelajar daripada dipersendakan atau dijadikan bahan cerita lucu di sekolah.

1.3 Konsep AkhlakAkhlak merupakan perlakuan baik atau budi pekerti seseorang. Akhlak dianggap sebagai tingkah laku seseorang yang dilakukan secara spontan kerana kebiasaan jiwa atau sifatnya yang baik. Akhlak Islamiah dikaitkan dengan konsep Khasyatullah yang bermaksud perasaan takut dan kagum akan kehebatan dan kebesaran Allah s.w.t. sehingga mendorong seseorang melaksanakan perintahNya serta meninggalkan segala laranganNya. Contohnya, mengikut agama Islam, seseorang itu dianggap tidak berakhlak jika minum arak dan berjudi kerana kedua-dua perbuatan itu diharamkan dalam agama Islam. Antara sebabnya ialah arak membahayakan kesihatan dan menjadi punca maksiat. Minum arak dan berjudi boleh memporakperandakan kehidupan keluarga. Di samping itu, berjudi akan menyebabkan berlakunya pergaduhan dan permusuhan dalam masyarakat dan melalaikan tanggungjawab terhadap Allah dan keluarga. Sesungguhnya berjudi boleh menyebabkan seseorang menjadi miskin dan mendorong manusia mencuri, menipu dan membunuh.Islam telah menetapkan hukuman haram dan berdosa besar terhadap peminum arak dan penjudi.Menurut Islam orang yang meminum arak disebat sebanyak 40 kali sebatan dan yang berjudi dirampas hartanya.Kesan positif daripada pengharaman arak dan judi:i) memelihara kesihatan mental, rohani dan jasmaniii) punca maksiat dan kemungkaran dapat dicegahiii) memelihara keselamatan dan kesejahteraan negaraiv) memelihara diri dan masyarakat daripada sikap malasv) dapat memelihara keharmonian keluarga dan masyarakat

Dalam masyarakat Barat pula, minum arak dalam majlis bukanlah suatu perbuatan yang tidak bermoral. Arak dianggap tidak baik kepada kanak-kanak tetapi baik pada setengah orang dewasa. Bagaimanapun, seseorang yang minum arak sepatutnya tidak memandu kenderaan kerana dikhuatiri jika seseorang berada dalam keadaan mabuk, sudah tentu boleh mengakibatkan kemalangan. Hakikatnya akhlak dan moral memang berbeza kerana akhlak bersumberkan al-Quran dan hadis manakala moral berpiawaikan tanggapan dan budaya masyarakat setempat.