momentum · ia diteruskan dan menjadi pendirian pas un-tuk meneruskan mana-mana projek yang dapat...

8

Upload: others

Post on 06-Jan-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Momentum · ia diteruskan dan menjadi pendirian PAS un-tuk meneruskan mana-mana projek yang dapat memberi manfaat kepada rakyat. “Bagaimanapun, kita tetap menghormati dan berharap
Page 2: Momentum · ia diteruskan dan menjadi pendirian PAS un-tuk meneruskan mana-mana projek yang dapat memberi manfaat kepada rakyat. “Bagaimanapun, kita tetap menghormati dan berharap

Momentum

Kemerdekaan bukan kebebasan mutlak

Kemerdekaan Negara sejak 61 tahun lalu perlu dinilai semula kerana sejarah terpilih diajar sebagai satu subjek dalam kurikulum

pendidikan negara. Sesuatu yang bertentangan dengan kehendak ker-ajaan yang lalu, walaupun ia suatu fakta sejarah ia tidak diajar sebagai mata pelajaran di mana-mana sekolah di negara ini.Contohnya, Perjuangan Dr Burhanudin Al-Helmy membebaskan negara ini dari penjajahan British di Tanah Melayu pada ketika itu tidak diiktiraf oleh pi-hak kerajaan yang memerintah dan dianugerahkan sebagai negarawan atau pejuang kemerdekaan. Ini kerana Dr Burhanudin bukan dari kalangan pemimpin UMNO, justeru dia disisihkan sebagai pejuang kemerdekaan. Selepas Perang Dunia II, Dr Burhanuddin menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris, dan Dr. Burhanuddin memba-wa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan “kesatuan politik” Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utamanya. Sebab itulah Dr Burhanudin yang berbeza pe-mikirannya dengan kepimpinan UMNO disisihkan untuk diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan kalau tidak lebih baik pun, setaraf dengan Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj. Bahkan Dr Burhaudin dikenakan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1965 selama setahun dengan pelbagai penyeksaan dilakukan ke atasnya sehingga kesannya memba-wa beliau meninggal dunia di Taiping Perak tahun 1969. Bagaimanapun Sultan Perak, Sultan Nazrin Muiz-zuddin Shah mengenugerahkan secara anumerta Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) bergelar Datuk Seri kepada Dr Burhanudin sempena Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Sempena Ulang Tahun Keputeraan baginda pada 27 November 2015 yang lalu. Anugerah tersebut telah diwakili oleh anak Almar-hum, Dr. Ahmad Shukry Burhanuddin.Menjunjung kasih ke Bawah Duli Sultan Perak atas anugerah tersebut khusus kepada pemimpin kelahiran negeri berkenaan. Kemerdekaan dianugerah British dengan mudah kepada kepimpinan UMNO yang merupakan anak didik British tidak kepada tokoh seperti Dr Burha-nudin yang diiktiraf oleh sejarah sebagai pejuang nasionalis radikal dan pemikir Islam. Apa makna kemerdekaan negara apabila sistem penjajah masih membelenggu pentadbiran negara? Kita mahu negara kita menikmati kemerdekaan sebenar dengan kita mempunyai identiti sistem undang-undang dan pentadbiran sendiri tidak berasaskan kepada sistem British. \ British tidak akan mengizinkan negara ini bebas merdeka tanpa sistemnya dijadikan asas pemben-tukan negara. Sistem kita sendiri bermaksud, kita harus kembali kepada asas sejarah Pemerintahan dan Tamadun Tanah Melayu yang mana ia dikuasai oleh pemer-intahan Islam. Di Terengganu sendiri ia dikuasai oleh sistem Islam di bawah naungan Pentadbiran Perlem-bagaan Negeri, ‘Itqonul Muluk Bi Ta’dilis Suluk’ diisytiharkan pada 2 November 1911 bersamaan 11 Zulkaedah 1329 Hijrah di bawah pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Undang-undang ini diwujudkan untuk mengekang pengaruh British disamping suatu pengisytiharan bahawa Terengganu merupakan negeri Melayu Islam Merdeka dan Berkerajaan Sendiri. Pembentukan negara, undang-undang dan bu-daya masyarakatnya mestilah berpaksikan kepada kebenaran dan keadilan sebenar iaitulah Islam. Tanpa Islam manusia tidak akan menikmati kemerdekaan sebenar mengikut fitrah mereka.

Sultan Mizan raikan perkahwinan anak mufti negeri

KUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan be-rangkat ke Majlis Wali-matulurus anak per-empuan Mufti Negeri Terengganu, Dato’ Dr Zulkifly Muda dan is-teri, Toh Puan Prof Madya Nizaita Omar di Rumah Warisan Haji Su, Kampung Losong, hari ini (23 Ogos). Turut berangkat, Sul-tanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah

serta anakanda bagin-da, Tengku Muhammad Mu’az dan Tengku Na-dhirah Zaharah. Majlis berkenaan bersempena meraikan anak sulung Mufti Terengganu, Hanifah Nur Zulkifly, 24, den-gan pasangannya, Mohd Fauzan Anuar, 29. Dato’ Dr Zulkifly se-keluarga merakamkan setinggi-tinggi peng-hargaan kepada Sultan Terengganu yang sudi mencemar duli berang-kat ke majlis perkah-

winan anak sulungnya. Dalam ucapannya, be-liau berkata, keberang-katan Sultan ke majlis menambahkan lagi seri dan memberikan keber-katan ke atas pasangan pengantin berdua yang diraikan dan keluarga kedua belah pengantin. “Kami sangat berbesar hati dan merasa sangat dihargai apabila Sultan berkenan ke majlis ini. Malah, saat ini akan menjadi kenangan man-is yang terpahat kepada pasangan pengantin.

“Moga Tuanku Sultan berada dalam keadaan sihat dan baik dengan iringan doa rakyat jelata insya-Allah,” katanya. Hanifah telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihannya, Fauzan kira-kira jam 9:00 pagi di Rumah Warisan Haji Su, Kam-pung Losong, hari ini. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran lebih 1,000 orang tetamu.

94 Wakil Kampung Terima ‘Wakkalah’ Dari Sultan MizanKUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zain-al Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah mencemar duli dan berkenan melan-tik seramai 94 orang juru sembelih di Majlis ‘Wakkalah’ Juru Sembelih Korban Sempena Hari Raya Haji 1439 Hijrah di Istana Syarqiyyah, semalam, pada 8 Ogos. Sultan Mizan Zainal Abidin tel-ah bertitah mewakilkan juru-juru sembelih itu melaksanakan ibadah sunat korban di samping baginda berniat melaksanakan ibadat tersebut bagi pihak seluruh umat Islam Negeri Terengganu. Juru-juru sembelih berkenaan meng-hadap Sultan Mizan sebagai mewakili 90 buah kampung terpilih dari seluruh negeri untuk menyembelih 100 ekor lembu dengan peruntukan Baitul Mal, Majlis Agama Islam dan Adat Istia-dat Melayu Terengganu (MAIDAM) sebanyak RM680 ribu. Manakala 10 ekor lembu lagi diser-ahkan kepada Darul Hidayah Jalan Kamarudin sebanyak empat ekor dan masing-masing seekor untuk Penjara Marang, Saudara Baharu Besut, Sauda-ra Baharu Marang, Saudara Baharu Hulu Terengganu, Orang Pekak Kuala Terengganu dan Perkampungan Orang Asli Sungai Berua Hulu Terengganu. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Yang Dipertua MAIDAM, Dato’ Os-man Muda, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Haji Mohd Rozi

Bidin dan Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Ustaz Kamaruzzaman Abdullah. Sementara itu, Haji Mohd Rozi ber-kata, MAIDAM mengadakan majlis ‘wakkalah’ seumpama itu setiap tahun menjelang musim haji, sejak tahun 1997 hingga tahun ini. Menurut beliau, kos pembelian lembu adalah sebanyak RM590 ribu manakala selebihnya ialah kos upah juru sembe-lih sebanyak RM100 seorang. Manakala tukang urus lembu sembelihan dibayar sebanyak RM200 seekor.

“Seramai 10 individu dilantik untuk

menyediakan lembu korban dari lapan daerah seluruh Negeri Terengganu,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis berkenaan selesai. “Tahun lalu peruntukan Baitul Mal dikeluarkan sebanyak RM576 ribu dengan jumlah lembu korban seban-yak 91 ekor dan juru sembelih seramai kira-kira 85 orang. “Kampung yang menerima ‘wakkalah’ itu bertukar setiap tahun, tidak dikhu-suskan hanya untuk kampung tertentu sahaja,” ujarnya.

Sultan Mizan Zainal Abidin (dua dari kanan) dan Sultanah Nur Zahirah (kanan) berbual dengan Dr Zulkifly Muda. Foto - Tengku Syamim Tengku Ismail

Seorang juru sembelih menghadap Sultan Mizan untuk menerima ‘wakkalah’ di Istana Syarqiyyah Kuala Terengganu. Foto - Tengku Syamim

Suhaimi TaibPengarang WDI

Oleh ‘AfiNi YAhAYA

Page 3: Momentum · ia diteruskan dan menjadi pendirian PAS un-tuk meneruskan mana-mana projek yang dapat memberi manfaat kepada rakyat. “Bagaimanapun, kita tetap menghormati dan berharap

MARANG - Kerajaan PAS Terengganu tidak menyokong pembatalan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sebaliknya mencadang-kan Kerajaan Pusat membuka tender baharu kepada syarikat tempatan atau luar negara yang berminat untuk meneruskan projek itu. Dipetik dari Berita Harian Online, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilaporkan berkata amat merugikan andai ECRL dihenti-kan terus lebih-lebih lagi proses awal pelaksa-naan projek itu sudah berjalan. “Proses awal membabitkan pembinaan laluan, stesen, terowong dan jambatan sudah pun dilakukan termasuk mengambil alih tanah. “Malah, ada terowong sudah digali sejauh 50 meter dan pada hemat saya, langkah meng-hentikan pelaksanaan projek ini satu kerugian, sepatutnya boleh buat proses baru membuka tender kepada syarikat tempatan untuk adakan kerjasama dengan luar negara pada kos muna-sabah,” katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas menyertai Korban Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang di Dataran Pemuda di Kampung Rhu Muda, di sini, hari ini. Semalam, kerajaan memutuskan membatal-kan pelaksanaan ECRL dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) buat masa ini. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mo-hamad, yang mengakhiri lawatan ke China berkata, beliau sudah menyampaikan keputu-san itu kepada pemimpin China dan mereka memahami masalah dihadapi Malaysia. Projek ECRL yang dicadangkan pentadbiran Dato’ Seri Najib Razak mencetuskan kontro-

versi berikutan kosnya yang mencecah hingga RM70 bilion. Laluan sepanjang 688 kilometer (km) itu dijangka menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pantai Timur melalui Kuantan, Pahang dan Pengkalan Kubor di Kelantan. Dr Mahathir sebelum ini menolak projek itu sambil menyifatkannya sebagai kontrak ‘pelik’ kerana negara perlu membiayainya dengan pinjaman dari China, selain mengupah kon-traktor dari negara itu. Namun, Dr Ahmad Samsuri berkata, kera-jaan negeri masih menunggu maklumat lanjut daripada kerajaan Pusat mengenai pembatalan projek berkenaan. “Perlu juga ada penjelasan sewajarnya, adakah projek ECRL ini dibatalkan terus tanpa mem-beri peluang kepada pihak lain mengambil alih atau mengambil inisiatif lain untuk menerus-kannya,” katanya. Beliau berkata, kerajaan negeri amat berharap projek yang memberi manfaat kepada rakyat seperti ECRL dapat diteruskan. “Walaupun projek ini terhenti selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, kita berharap ia diteruskan dan menjadi pendirian PAS un-tuk meneruskan mana-mana projek yang dapat memberi manfaat kepada rakyat. “Bagaimanapun, kita tetap menghormati dan berharap dapat menjalin kerjasama yang baik dengan kerajaan Pusat. “Kita juga berharap segala janji yang pernah dimeterai antara kerajaan Pusat dengan negeri dapat diteruskan,” katanya.

MB Cadang Projek ECRL Diteruskan

Dr Ahmad Samsuri (tengah) ditemubual Media di Rhu Muda Marang.

Dr Samsuri hargai Rakan Media

Kerajaan Negeri Terengganu berusaha mengukuh-kan hubungan dua hala di antara pengamal media dengan kepimpinan negeri supaya segala agenda

kerajaan dapat disebarkan seluas-luasnya. Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar melahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan kesungguhan pihak media mengikuti perkembangan pentadbiran negeri serta kepimpinannya. “Saya gembira dan berpuas hati serta tabik dengan tu-an-tuan yang tidak putus-putus membuat liputan tentang kepimpinan kerajaan negeri termasuk saya,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Bersama Media anjuran Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) di Primula Beach Hotel, semalam (9 Ogos). Dr Ahmad Samsuri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancang Kewangan & Pelaburan, Tanah dan Sumber Asli negeri memuji pihak media kerana melaksanakan

tugas dengan menggunakan kepakaran masing-masing sehingga laporan dapat disampaikan kepada masyarakat dengan tepat. “Wartawan kadang-kadang sampai ke malam masih menunggu, pagi esoknya jumpa lagi, petang pun jumpa lagi. “Tugas tuan-tuan tidak mudah, menunjukkan betapa tuan-tuan mengambil berat dengan program kerajaan dan kepimpinan kami, “ ujarnya. Justeru, Dr Ahmad Samsuri memohon maaf bagi pihak pentadbiran kerajaan sekiranya kerjasama yang diberikan tidak memuaskan hati pihak media. Menurutnya, media di Terengganu bersifat profesional apabila didapati tiada satu pun laporan yang disiarkan diputar belit dalam media masing-masing. Ini kerana masing-masing mengambil sikap bertang-gungjawab dan memastikan etika kewartawanan dilak-sanakan dengan sebaik mungkin. “Kamu (media) adalah yang terbaik dalam tugasan kamu kerana membuat liputan yang betul tentang kerajaan negeri. “Kita ambil manfaat ‘win-win situation’ di antara seluruh kepimpinan kerajaan negeri dan rakan media,” jelasnya.Justeru, beliau berjanji bahawa kerajaan negeri akan memperbaiki segala kelemahan yang ada untuk tujuan tersebut.

Kerajaan bersikap terbuka dan sedia mendengar teguran serta pandangan dari mana-mana pihak demi kebaikan kerajaan dan rakyat negeri Terengganu. Katanya, kerajaan menyifatkan semua media Terengganu berada di dalam kelas yang tersendiri dan patut dipuji. Sementara itu, sebanyak 25 agensi media hadir di majlis berkenaan termasuk Bernama, Utusan Malaysia, New Straits Time, Harian Metro, TV3, Astro Awani, TV Al-Hijrah dan lain-lain. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A Rah-man Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Inc, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak dan Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said.

Dr Ahmad Samsuri beramah mesra dengan rakan-rakan media. Foto - Tengku Syamim

MB Cadang Projek ECRL Diteruskan Kunjungan haji Yahaya Eratkan hubungan Dua hala

KOTA BHARU- Yang Diper-tua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Haji Yaha-ya Ali mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob di Pejabat Menteri Besar di Kota Darul Naim di sini 19 Ogos. Haji Yahaya bersama 20 pega-wai dan kakitangan Pejabat

Yang Dipertua DUN Terengga-nu kemudiannya mengadakan lawatan sambil kerja ke Pejabat DUN Kelantan bagi meninjau perjalanan pentadbiran dewan berkenaan pada 20 Ogos. Satu perjumpaan bersama antara kedua-dua institusi itu diatur untuk bertukar-tukar maklumat bagi mengukuhkan kedua-duanya sebagai badan legislatif kerajaan masing-mas-ing. Rombongan Pejabat Yang Dipertua DUN Terengga-nu diketuai oleh Haji Yahaya sendiri bersama isteri Hajjah Zarani Othman disertai Setiau-saha DUN, Encik Zulkifly Isa,

pegawai dan kakitangan yang lain. Manakala Pejabat Speaker DUN Kelantan dipimpin oleh Speakernya, Dato’ Haji Abdul-lah Yaakob disertai oleh Setiau-saha DUN, Encik Nik Khairul Anuar Nik Yusoff dan beberapa orang pegawai serta kakitan-gannya. Dengan kunjungan tersebut

kedua-dua pihak dapat ber-tukar-tukar maklumat bagi melakukan penambahbaikan institusi masing-masing di samping mengeratkan lagi hubungan dua hala yang sudah sedia terjalin . Kedua-dua institusi berkenaan berada dibawah pentadbiran Kerajaan PAS. Kelantan bermula tahun 1990 manakala Terengganu bermula tahun ini. Sebelum itu Terengganu dua kali pernah ditadbir oleh PAS termasuk dalam tahun 1959 hingga 1961 dan tahun 1999 hingga 2004.

Haji Yahaya (duduk) menandatangani buku pelawat DUN Kelantan. -Gambar Saiful Mustafa.

Page 4: Momentum · ia diteruskan dan menjadi pendirian PAS un-tuk meneruskan mana-mana projek yang dapat memberi manfaat kepada rakyat. “Bagaimanapun, kita tetap menghormati dan berharap

Kerajaan Terengganu di bawah Menteri Besarnya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilihat mempunyai pendekatan pentadbiran yang berbeza dengan negeri-negeri lain Pasca Pilihanraya Umum ke 14. Sebagai seorang tokoh teknokrat yang berjiwa Is-lam Dr Ahmad Samsuri yang lebih mesra dikenali sebagai Dr SAM mengorak langkah dengan kepakaran yang dimilikin-

ya bagi memacu negeri berteraskan moto Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera. Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana Dr SAM bergerak ke arah itu, ikuti temubual Pengarang Warta Darul Iman, Suhaimi Taib dan Wartawan Harakah, Khairul Azlam Mohmad dengan beliau di pejabatnya di Wisma Darul Iman baru-baru ini.

TERENGGANU UNTUK SEMUASoalan: Sebelum PRU14 lalu, nama YAB Dr kurang dikenali umum oleh rakyat Terengganu khususnya. Di mana YAB Dr ketika itu? Dr SAM: Saya berada di Kuala Lumpur. Sekian lama sebenarnya (saya) berada di Kuala Lumpur. Daripada zaman kerja, di Universiti, mengajar, kerja dan terlibat dengan politik sepenuh masa. Bermula akhir tahun 2008, sehingga sebelum Pilihan Raya Umum (PRU), menjadi Setiausaha Politik (Setpol) dan pada tahun 2016, menjadi Ketua Pengarah Pilihanraya dalam masa yang sama. Jadi semua tugas-tugas itu, tugas nasional yang memerlukan saya banyak masa berada di Kuala Lumpur. Politik pun se-cara umumnya, kalau nasional politik mesti berada di ibu kota (ibu negara) Kuala Lumpur Balik kampung (Besut) jaranglah, setahun sekali. Saya, emak saya dan adik- bera-dik semua berada di Kuala Lumpur. Ayah saya sudah lama tiada (meninggal) dan ibu saya juga ada di Kuala Lumpur. Soalan: Sebagai Setpol kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul hadi Awang selama beberapa tahun, ada-kah Tuan Guru orang yang bertanggungjawab membawa Dr SAM bertanding di Terengganu? Dr SAM: Ya.

Soalan: Pada ketika Dr SAM diminta bertanding dalam pilihan raya di negeri ini, adakah Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang menjadi pilihan YAB atau bagaimana? DR SAM: Saya daripada awal lagi, jika terlibat sepenuh masa dengan politik bukan menjadi sasaran saya untuk bertanding pilihan raya. Sebab, apabila diminta oleh Pres-iden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi supaya saya bertanding, saya menangis. Bukan menangis gembira tetapi menangis kerana itu perkara baharu dan bukan sasaran saya. Namun, apabi-la diberi tugas dan kita tidak minta tetapi apabila diberi tugas kita buat yang terbaik, Insya’Allah. Tetapi untuk saya meminta, tidak. Soalan: Setelah disahkan bertanding PRU14 bagi menggan-tikan tempat Tuan Guru (Abdul hadi), bagaimana peneri-maan ahli-ahli PAS dan pengundi di situ? Dr SAM: Saya percaya peringkat awal (semua) orang pun terkejut, saya pun terkejut. Kenapa Tuan Guru (Abdul Hadi) meminta saya untuk bertanding di Rhu Rendang, tempat beliau bertanding. Apa hujah dan alasan itu, tanya saya memang susah saya

nak jawab. Ini kerana, yang memulakan idea itu Tuan Guru sendiri. Ada yang pergi bertanyakan Tuan Guru, ada yang Tuan Guru beri penjelasan kepada mereka. Soalan: Mungkin Tuan Guru ada asas dia dan sebelum ini, dia (Tuan Guru) nak pimpinan yang ada latar belakang teknokrat? Dr SAM: Mungkin itu salah satu perkara yang menja-di asaslah. Saya pun apabila Tuan Guru meminta saya bertanding di Rhu Rendang. Saya tak boleh hendak tidur saya beritahu isteri, saya jadi ‘stress’ kerana memikirkan masa depan, apa akan jadi. Macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Soalan: Setelah keputusan pilihan raya, PAS kekal menang di Rhu Rendang dan sekaligus Terengganu dapat diperintah kembali oleh PAS, apakah sudah terbayang Dr SAM akan dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu? Dr SAM: Itu soalan yang susah untuk dijawab. Memang di peringkat awal antara sebab saya diminta bertanding ialah hasrat daripada Tuan Guru untuk memimpin kerajaan. Dibebankan lagi, menyebabkan kita rasa ‘stress’, rasa sedih dan rasa hendak menangis, perkara-perkara itulah. Soalan: Apakah perasaan Dr SAM apabila diumumkan sebagai Menteri Besar Terengganu ke-15 dan dengan siapa Dr SAM berkongsi kegembiraan itu? Dr SAM: Bukan kegembiraan tetapi ‘ketakutan’ (ketawa). Ketakutan mengenangkan di hadapan adalah sebuah struktur kerajaan yang kita tak tahu apa yang ada di dalamnya. Sebelum ini kita tengok daripada luar sahaja. Yang paling senang di atas dunia ini ialah tugas kritik. Kita komen orang, kita kritik orang. Ini samalah dengan kita yang tak tahu main bola pun, kita kritik orang tendang tak betullah dan sebagainya. Jadi maknanya, itu tugas kita yang paling senang (kritik). Maka, apabila kita menjadi kerajaan, kita kena berfikir dengan banyak perkara. Soalan: Sebagai orang nombor satu di Terengganu. YAB Dr pula dikatakan terdiri dari kelompok Profesional dan bukan Ulama’. Apakah corak dan pendekatan pentadbiran YAB Dr hendak bawa di negeri ini? Dr SAM: Saya percaya apabila saya mula-mula dilantik dan memegang jawatan sebagai Menteri Besar. Kita ingin membina Terengganu dengan memanfaatkan kepimpinan yang dipilih sebagai suatu pasukan “team work”, maknan-ya bukan keputusan seorang tetapi keputusan bersama rakan-rakan dalam parti, rakan-rakn Ahli Majlis Mesyu-arat Kerajaan, rakan-rakan ahli dan lain-lain rakyat secara bersama. Ada perkara yang hanya boleh dibincangkan di peringkat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, di atas faktor kerahsiaan tertentu. Ada perkara yang apabila kita ingin mendapatkan pandangan boleh dibincang di peringkat yang lain. Bebanan itu adalah secara bersama di kalangan banyak pihak. Saya rasa dari segi itu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Soalan: Apakah YAB Dr SAM ada merujuk kepada Dato’ Seri Tuan Guru (haji Abdul hadi) untuk mendapat khidmat nasihat atau pandangannya dalam memerintah Terengganu? DR SAM: Ada pandangan-pandangan umum, bagaimana cara pendekatan dan sebagainya. Saya selalu berbincang dengan beliau (Tuan Guru Haji Abdul Hadi) mana-mana perkara yang tidak menjadi kerahsiaan dalam sesebuah kerajaan, pandangan umum, pendekatan yang sepatutnya diambil, kaedah-kaedah dan langkah. Penyelesaian isu-isu yang ada dari masa ke semasa. Kelebi-han yang Allah SWT berikan kepada saya ialah setelah sekian lama saya menjadi Setiausaha Politik beliau selama 10 tahun. Berinteraksi dengan beliau lebih mudah untuk saya

mendapat pandangan dan kata-kata nasihat. Soalan: Selain Tuan Guru haji Abdul hadi, adakah sesiapa lagi yang menjadi tempat rujukan YAB Dr SAM atau ma-na-mana tokoh ekonomi yang boleh membantu memajukan negeri ini? Dr SAM: Kebetulan saya ada rangkaian semasa bertugas di Universiti, rangkaian yang agak luas juga termasuk pemi-mpin politik dan ahli-ahli ekonomi, kenalan atas kenalan dan saya rasa sepanjang tempoh 100 hari ini. Saya telah bertemu dengan mereka untuk mendapatkan pandangan. Pandangan yang beri banyak pihak ini adalah dalam kon-teks kefahaman mereka dalam sesuatu perkara. Kedudukan ekonomi dan mereka tidak mengetahui tentang mas-alah-masalah yang ada (pentadbiran). Kitalah yang bertanggungjawab untuk melihat dan menye-suaikan apa yang ada (dalam negeri). Contohnya, den-gan Tan Sri Khalid (bekas Menteri Besar Selangor), saya mendapat gambaran (idea) beliau. Apa yang perlu dilakukan, apa pandangan beliau. Tan Sri Khalid bercakap dari segi pengalamannya di Selangor dan pandangan beliau di PNB (Perbadanan Nasional Berhad) dan sebagainya. Mungkin sesetengah itu boleh digunakan secara langsung dan tidak langsung untuk negeri Terengganu. Kitalah yang akan menyesuaikan perkara ini dan berdepan dengan pelbagai kaedah dan cara. Begitu juga dengan berjumpa orang lain. Soalan: Pada 18 Ogos lepas, genaplah 100 hari pentadbiran kerajaan PAS Terengganu setelah diberi mandat oleh rakyat pada PRU14 lalu. Apakah kejayaan yang telah diperolehi dalam pentadbiran YAB Dr SAM? Dr SAM: Saya suka melihat sesuatu kejayaan itu dalam bentuk positif yang berlaku. Ada sesetengah orang dia meli-hat kejayaan itu ada sesuatu yang boleh dilihat oleh orang ramai. Saya berbeza, saya melihat kejayaannya yang pent-ing ialah pertukaran kerajaan ini bukan sesuatu yang mu-dah. Bukan sesuatu yang selalu berlaku setiap empat atau lima tahun sekali. Kadang kala sampai 15 tahun (peru-bahan) dan dalam kes di Terengganu ini keadaan berlaku selepas 14 tahun. Maka, saya meneliti dengan keadaan-keadaan sebelum ini, bertukar kerajaan di Terengganu sebelum ini dan perkara paling penting dan berkesan yang ingin saya capai dalam tempoh cabaran 100 hari ini ialah memastikan proses pertukaran kerajaan itu berjalan dalam keadaan lancar dan pentadbiran kerajaan dapat diterus-kan dengan mudah. Semua mendapat kerjasama dengan kefahaman yang baik dari pelbagai pihak dalam negeri. Itu yang saya rasa yang kita capai di Terengganu tanpa meli-batkan huru-hara dan kacau bilau daripada atas sampai kepada rakyat di bawah.

Pengarang WDI, Suhaimi Taib (kiri) dan Wartawan Harakah, Khairul Azlam Mohmad (kanan) bersama Dr Ahmad Samsuri selepas selesai sesi wawancara.

Page 5: Momentum · ia diteruskan dan menjadi pendirian PAS un-tuk meneruskan mana-mana projek yang dapat memberi manfaat kepada rakyat. “Bagaimanapun, kita tetap menghormati dan berharap

Bukan kita hendak banding dengan negeri-negeri lain. Sebab ada negeri pelantikan MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung) pun belum selesai, ada negeri yang baharu buat sidang DUN dan pelantikan Speaker DUN. Dewan Undangan Negeri baru selesai bersidang, ada negeri yang masih tertanya-tanya, bila nak dibuat Sidang DUN. Alhamdulillah, dalam hal itu kita telah bergerak begitu pantas dan itu bagi saya suatu kejayaan.

Soalan: Bagaimana dengan struktur pentadbiran kerajaan negeri, terutama di kalangan pegawai serta kakitangannya? Dr SAM: Dari segi struktur yang ada itu tidak banyak berubah. Cuma ada unit-unit tertentu dimansuhkan dan diganti dengan unit baharu dengan pandangan dan pendekatan yang kita bawa. Itu adalah cara biasa dengan mana-mana kerajaan akan mengambil langkah yang ama. Sebab hendak memastikan kerajaan itu dapat berjalan dengan lancar. Kedua, kerjasama dari pegawai-pegawai dan Alhamdu-lillah, setakat ini saya merasa sangat gembira dan teruja dengan kerjasama pegawai-pegawai. Dalam tempoh 100 hari ini juga berjaya untuk memberi kefahaman kepada mereka dan apakah halatuju kita da-lam ucaptama (Pintas) kepada pegawai-pegawai. Apabila kita bertemu dan berbincang tentang pelaksanaan mereka nampak apa yang kita hendak bawa. Soalan: Adakah berlaku perubahan dan penyusunan semula kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri (GLC) Terengganu? DR SAM: Ada. Anak-anak syarikat kerajaan negeri ini jika kita hendak buat ‘bedah siasat’ GLC itu, kita kena tengok struktur organisasi lembaga pengarah, struktur organisasi syarikat, apakah aktiviti syarikat, kedudukan kewangan syarikat dan apakah operasi syarikat itu sendiri dalam keadaan sihat atau tidak. Ianya merangkumi struktur organisasi sampai kepada operasinya. Apa yang kita buat di peringkat awal sebulan pertama ialah memahami kedudukan ‘kesihatan’ syarikat itu dahulu secara menyeluruh. Untung rugi dan pengurusannya bagaimana. Itu perkara pertama yang saya buat pada peringkat awal ini kepada anak-anak syarikat yang kita ada itu. Sebagai ketua kerajaan, saya mendapat gambaran ten-tang sesebuah syarikat itu. Selepas itu kita tengok kepada keutamaan untuk buat perubahan terlebih dahulu. Dalam tempoh sebulan setengah pertama ini kita buat pe-rubahan terhadap Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) dan itu kita buat secara proses.Selepas ini Pengerusi dan ALP akan melihat pula struktur organisasi pengurusan dan syarikat, termasuklah melihat prestasi kewangan, prestasi pelaburan dan daripada itulah nanti akan dibuat inisiatif baharu. Ada syarikat yang berkait dengan bursa saham dan ada proses-proses lain pula seperti Golden Paros, TDM dan lain-lain lagi. Soalan: Setakat tiga bulan pertama pentadbiran PAS Terengganu, umumnya orang melihat seolah-olah berlaku sedikit keresahan di kalangan ahli-ahli pertengahan PAS. Apakah YAB Dr SAM sedar? Dr SAM: Memang dalam dialog-dialog soalan seumpa-ma itu disuarakan dan saya tidak menyalahkan kepada mereka yang bertanya kerana masing-masing ‘over’ untuk mengetahui bahawa kita perlu buat perubahan. Perubahan itu ialah mereka lihat yang senang dibuat iaitu mengubah Ahli Lembaga Pengarah dan sebagainya. Tetapi semua ini ada kaedah dan prosesnya. Kita mahu mempastikan proses pengambialihan kerajaan ini dan anak-anak syarikat itu tanpa perlu kita bertanggu-ngjawab kepada aliran kewangan pada tahun-tahun yang lalu. Pada tahun semasa kita belum lagi jadi kerajaan tahun 2017. Jadi aliran kewangan 2017 adalah dari pengurusan syarikat sebelum ini. Mereka perlu menyelesaikan dahulu proses audit, proses mengesahkan akaun syarikat. Jika kita buat perubahan (tukar) sekarang pada waktu kita mengambil-alih kerajaan, kita yang akan mengesahkan audit tahun 2017. Kesimpulannya, tidak pasal-pasal kita mengesahkan apa yang kita tidak buat pada tahun 2017. Oleh kerana, anak syarikat ini banyak ada 104 buah anak syarikat semua sekali, dengan bermacam-macam kategori, ada yang hidup dan ada yang mati. Yang hidup pula ada yang untung dan ada yang rugi, ada yang tak bergerak dan macam-macam. Tidak semua anak syarikat ini mempunyai tarikh mesyuarat untuk ALP mesyuarat pengurusan akaun tahun 2017 dalam masa yang sama. Sebab itulah, pertukaran ALP dan Pengerusinya tidak

dibuat sekaligus tetapi dibuat mengikut tahap mana yang dahulu. Soalan: Pendekatan ‘Budaya Politik Matang Sejahtera’ (BPMS) yang sedang diamalkan dalam pentadbiran YAB Dr SAM ini sebenarnya bagaimana? Dr SAM: Kita bawa politik kasih sayang bermula dari peringkat bawah dan antara asas natijah dari BPMS itu, ialah memastikan masalah-masalah itu dapat diselesaikan. Bukan hanya berpolitik dan itulah intipati yang ingin diba-wa oleh (Dato’ Seri )Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Kita berpolitik sekian lama tetapi masalah rakyat tidak cuba hendak selesaikan. Cara baharu yang ingin kita bawa ialah mencari jalan bagaimana hendak selesai masalah rakyat, bukan sekadar menyalahkan orang lain. Itulah sebahagian dari intipati yang kita hendak buat. Soalan: Bagaimana kepercayaan YAB Dr SAM terhadap pegawai dan kakitangan kerajaan negeri sekarang. Umum-nya rakyat mengetahui majoriti mereka adalah ahli dan penyokong tegar UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini? Dr SAM: Kita faham, apabila kita mengambil alih sesebuah kerajaan. Mereka yang berada di dalam pentadbiran kera-jaan, ada yang telah lama menjadi pegawai-pegawai sejak semasa pemerintahan PAS Terengganu (tahun 1999-2004). Ada yang selepas Pasca Kerajaan PAS tahun 2004 dan tentulah mereka yang dilantik selepas tahun 2004 tidak pernah berada di bawah pentadbiran kerajaan PAS. Ada di kalangan mereka ini menjadi UMNO atas pelbagai sebab. Ada kerana sebab politik, ada sebab kerana hendak memberitahu bos (ketua) waktu itu dia juga ahli UMNO, supaya tidak dikenakan tindakan dan sebagainya. Ini kerana, natijah daripada politik tegang tadi. Kita tidak nafikan ada juga di kalangan mereka yang ‘komited’ sebagai ahli parti (UMNO) dan macam-macam kategori lain lagi. Politik pilihan raya ini tidak akan menang dengan ahli kita (PAS) sahaja. Ahli parti PAS, ahli parti UMNO, sekiranya berlaku pertembungan antara kedua-duanya dalam pilihan raya, hanya mewakili 35:35 peratus dan selebihnya 30 peratus adalah orang tidak berparti. Jika PAS hendak menang pilihan raya dan bergantung kepada orang PAS sahaja, memang tak cukup (kuat) dan perlu kepada sokongan dari ahli parti lawan. Raikanlah kepelbagaian yang ada dalam masyarakat. Kita kena pas-tikan mereka menjalankan tugas dengan sebaik mungkin kerana mereka adalah pegawai kerajaan. Buat kerja sebagai pegawai dan kakitangan kerajaan. Ini kerana, tidak boleh dibuang orang kerana ahli parti yang berbeza. Jika kita (PAS) buat begitu (buang orang), ber-makna kita mengulangi cara politik lama yang tidak ada kesudahannya.

Soalan: Jika terdapat bukti-bukti kemungkinan berlaku sabotaj di kalangan pegawai serta kakitangan kerajaan negeri. Apakah YAB Dr SAM sedia mengambil tindakan disiplin? Dr SAM: Sudah tentu segala sabotaj dan apa jua bentuk sabotaj, tak buat kerja, ini boleh diuruskan dengan pentad-biran. Sebab dalam sebuah pentadbiran, ada etika-etika dan disiplin-disiplin tertentu yang perlu dipatuhi. Jadi mana-mana (pegawai dan kakitangan) yang tidak buat kerja, culas buat kerja dan mana-mana yang melaku-kan penyelewengan akan diambil tindakan secara pentad-biran bukan secara politik. Sebenarnya telah ada peraturan itu seperti memberi amaran dengan surat terlebih dahulu, surat tunjuk sebab, siasatan dalaman dan sebagainya. Sekiranya berlaku pecah amanah, rasuah dan lain-lain, ada pihak berkuasa yang akan mengambil tindakan.

Semua sudah ada dan jika berlaku, biarkan mengikut pros-es undang-undang. Bukan kerana mereka anggota parti yang berlainan dengan parti pemerintah maka tindakan itu diambil. Soalan: Bagaimana YAB Dr SAM melihat prestasi saf ke-pimpinan Ahli Exco Kerajaan Negeri yang ada sekarang? Dr SAM: Hasil dari pertemuan, perbincangan dan ber-mesyuarat dengan mereka semua. Saya sangat berpuas hati. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) cepat belajar, saling lengkap-melengkapi di antara satu sama lain. Saya boleh katakan dengan negeri-negeri yang lain, jika tidak lebih pun sama dengan kemahiran dan kepakaran dengan negeri-negeri lain. Saya rasa lebih kita dengan negeri-negeri yang lain dari pe-merintahan PAS ini. Jadi kebolehan, kemahiran Ahli Exco kita itu cepat betullah, boleh buat kerja. Soalan: Berkait dengan janji-janji manifesto PAS Tereng-ganu pada PRU14 lalu. Setakat ini daripada 20 perkara itu, berapakah yang telah dilaksanakan? Dr SAM: Keseluruhannya sedang berjalan beberapa per-kara (manifesto) antaranya tawaran untuk memberikan lot-lot tanah kepada rakyat, pendaftaran sedang berjalan. Ini berjalan berterusan dan tidak timbul dakwaan yang mengatakan kita tidak laksanakan. Begitu juga dengan isu 20 meterpadu air percuma untuk rakyat miskin. Ada orang bertanya pemberian air percuma kenapa berbe-za dengan kerajaan (Barisan Nasional) lalu yang memberi kepada semua segman. Mungkin ada orang perseorang ber-tanya kenapa hanya bagi (percuma) kepada orang tertentu (miskin), tidak bagi semua. Ini yang kita kata, proses ini berjalan berterusan dari tahun pertama ini hingga seterusnya. Kita buat itu supaya kita dapat kenal pasti apakah masalah sebenar yang ada dalam masyarakat. Pelaksanaan air percuma yang kerajaan lalu secara umum-nya dapat dilihat baik, apabila ramai rakyat yang dapat air percuma. Tetapi, kita tidak dapat menjawab satu persoalan yang penting, apakah mereka itu benar-benar layak?Semasa kerajaan BN lalu bercampur-campur ada orang miskin dapat dan orang kaya pun dapat air percuma. Sebab itu, kita buat tapisan yang paling kasar dahulu da-lam senarai orang miskin iaitu dapat pendaftaran e-Kasih dan PPRT (Program Perumahan Rakyat Termiskin). Senarai e-Kasih ini bukan dari PAS dan PAS tidak ada sen-arai itu. Pihak yang ada senarai itu adalah kerajaan negeri. Setelah kita laksanakan, rupa-rupanya ada yang tidak kena dalam senarai itu (senarai yang tidak tepat). Sebab ada lagi segman masyarakat (miskin) yang tidak terima. Orang miskin yang tidak tersenarai dalam pendaft-aran e-Kasih atau PPRT. Mungkin kerana diskriminasi politik sebelum ini, kerana mereka parti politik tertentu tidak boleh masuk senarai e-Kasih dan PPRT. Setelah kita kenal pasti nanti penerima e-Kasih dan PPRT tidak ramai, kita akan pertingkatkan melalui senarai yang lain pula. Kita akan tambahkan pendapatan isi rumah yang kurang dari RM1500. Akan timbul masalah juga orang yang berpendapatan RM1500 ini untuk orang yang ada slip gaji mudah tapi ramai orang miskin tidak ada itu semua. Sebab itu, kita tubuh satu jawatankuasa menangani mas-alah-masalah ini. Mungkin sampai satu masa kita tengok balik. Contohnya, 5,000 orang pertama dari penerima senarai e-Kasih. 2,000 orang kedua ialah mereka yang tak masuk senarai, dan 3,000 berikutnya gaji yang RM1,500 ke bawah.Sehingga bersesuai dengan kedudukan kewangan kerajaan negeri.

Dr Ahmad Samsuri (tengah) ketika ditemubual wartawan di pejabat beliau.

Bersambung di Ms. 6

Page 6: Momentum · ia diteruskan dan menjadi pendirian PAS un-tuk meneruskan mana-mana projek yang dapat memberi manfaat kepada rakyat. “Bagaimanapun, kita tetap menghormati dan berharap

Dari Ms. 5Soalan: Setelah PAS mengambil alih pemerintahan negeri di Terengganu, apakah PAS mampu mentadbir negeri ini tanpa sumber dari pendapatan royalti minyak dan gas? Dr SAM: Jika tanpa royalti kita boleh memerintah negeri Terengganu tetapi dalam keadaan tanpa royaltilah. Penye-suaian bajet kita itu haruslah mengikut ukuran baju yang kita ada ketika itu. Jika kita gaji RM1,000 sebulan kita pergi ke kedai cara (berbelanja) orang RM1,000 sebulanlah. Tak bolehlah hen-dak beli roti yang berharga RM5.00 dan kena cari roti yang harga RM1.20 sahaja. Jika kita bergaji RM10,000 biasanya kita pergi ke kedai beli yang sesuailah. Beli baju yang berjenama dan sebagainya. Kesesuaiannya, jika kita tak ada duit buat cara orang tak ada duitlah. Soalan: Berkenaan dengan royalti minyak dan gas Tereng-ganu. Apakah ada perkembangan baru yang positif daripa-da kerajaan Persekutuan? Dr SAM: Kita diberi komitmen oleh kerajaan pusat ba-hawa royalti akan dibayar terus kepada kerajaan negeri. Kita pegang pada janji akan diberi berdasarkan perjanjian asalnya. Surat menyurat belum ada lagi tetapi telah ada komunika-si. Jadi, oleh kerana tempoh penerimaan wang royalti itu dalam tempoh bulan ini (Ogos) atau bulan depan (Septem-ber), kita tunggu dan lihat. Soalan: Ketika PAS Terengganu merangka 20 perkara janji-janji manifestonya pada PRU14 lalu, adakah manifes-to itu berasaskan sumber royalti atau tidak untuk dilak-sanakan jika PAS menang di Terengganu? Dr SAM: Saya kurang pasti tetapi saya rasa mungkin ada dimasukkan (pendapatan royalti) bahawa kita dalam terimaan royalti. Soalan: Apakah kerajaan negeri yang mengamalkan konsep politik matang dan sejahtera ini sedia menerima teguran rakyat di bawah? Dr SAM: Sudah tentu, itu bagi rakyat jika ada pandangan dan teguran, silakan. Cuma ada satu analogi pada satu cerita. “Si ayah bawa anak dia naik kuda. Anak naik kuda dan si ayah mengheretnya (berjalan). Orang akan kata ke-napalah anak ini membiarkan ayahnya yang tua berjalan kaki. Bila si ayah naik bersama anaknya, orang kata juga kedua-dua beranak ini menzalimi binatang. “Akhirnya, dua-dua turun dan tarik kuda itu pun orang akan kata juga kenapa bodoh sangat kenderaan kuda ada tapi tak naik”. Begitu juga dengan teguran, ada yang ada asas dan ada

yang tidak ada asas. Kita boleh menerima teguran itu dengan hati terbuka tetapi ada yang benar dari teguran itu dan ada yang silap faham dari teguran itu. Tetapi, kita (kerajaan) tidak ambil hatilah kepada setiap teguran itu. Soalan: Jika pilihan raya tahun 1999, PAS hanya mampu kekal bertahan satu penggal (tahun 1999-2004). Bagaimana dengan kemenangan PAS Terengganu kali ini? Dr SAM: Komitmen kita ialah kita ingin menjalankan tugas dengan cara yang terbaik dan memerintah bukan sekadar satu penggal, (mahu) lebih daripada itu. Soalan: Nampaknya kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Rakyat (Ph) semacam mahu melengah-lengahkan bayaran royalti lima peratus. Adakah Terengganu bersetuju jika bayaran royalti itu disalurkan melalui pihak ketiga dan tidak terus kepada negeri? Dr SAM: Sudah tentulah tidak setuju. Soalan: Selain sumber royalti minyak dan gas yang menjadi pendapatan utama negeri hampir 80 peratus. Adakah sum-ber-sumber lain untuk dimanfaat bagi kemajuan negeri? Dr SAM: Sumber lain yang ada adalah sumber biasa yang tidak mendatangkan hasil yang besar, kecuali kita boleh membina kawasan industri untuk mendapatkan syara-ikat-syarikat besar datang. Maka, pembayar cukai itu akan mendatangkan hasil kepa-da kerajaan negeri. Hasil hutan (balak) dan hasil mineral (galian) itu tidak begitu besar sebenarnya.

Soalan: Berapa banyak jangkaan pelaburan yang bakal diperolehi oleh negeri Terengganu sehingga berakhir tahun (2018) ini atau tahun depan? Dr SAM: Saya ‘targetkan’ bahawa sebelum akhir tahun (2018) ini kita boleh membawa sekurang-kurangnya pela-buran sebanyak RM500 juta minima, dan itu masih dalam usaha, Insya’Allah. Ada beberapa pihak yang menunjukkan minat dan saya rasa optimis jika boleh buat begitu, kita jadi negeri perta-ma di Malaysia yang mampu membawa FDI (pelaburan langsung asing) luar negeri Terengganu. Soalan: Pada Persidangan Pertama Penggal Pertama DUN Terengganu ke-14 bulan Julai lalu, bagaimana YAB Dr SAM melihat suasana itu? Dr SAM: Apabila saya lihat gambaran apa yang berlaku pada hari Persidangan DUN itu secara adilnya, kita kena tengok perjalanan keseluruhan sidang DUN itu. Saya mendapat makluman dari pegawai-pegawai melalui persidangan dewan yang berlaku baru-baru ini, bahawa pada mereka, pertama kali dalam sejarah suasana perjala-nan begitu aman dan harmoni, yang begitu mencerminkan ‘check and balance’ di antara kerajaan dan bukan kerajaan.

Sebab itu, istilah yang digunakan dalam sidang dewan baru-baru ini mereka (Umno-BN) membahasakan diri sebagai rakan yang menegur kerajaan. Ini memberi satu gambaran yang sangat positif bahawa kita ingin membina negeri Terengganu bersama dan saya juga tidak gemar untuk menggunakan istilah pembangkang kepada mereka (BN), rakan-rakan di sebelah sana. Jadi, suasana itu sangat berbeza dengan sebelum ini.

Soalan: Apakah kerajaan Terengganu pimpinan PAS turut menyediakan peruntukan yang sama kepada DUN-DUN yang dikuasai oleh pembangkang BN? Dr SAM: Untuk tahun (2018) ini tidak ada peruntukan kepada mereka. Ini kerana, mereka (BN) telah mendapat peruntukan yang banyak sebelum daripada pilihan raya lalu. Kita berlaku adillah, oleh kerana sebelum pilihan (PRU14) lalu, mereka telah mendapat peruntukan yang jauh berbeza yang diterima sekarang ini oleh ADUN dari-pada kita (PAS). Jadi keadilan itu haruskan dilihat dalam tempoh setahun daripada Januari hingga Disember. Mereka (BN) telah menerima banyak peruntukan dari Januari hingga April. ADUn-ADUN PAS tidak terima apa-apa peruntukan. Kita fokus dan bahagi pula kepada kawasan ADUN-ADUN yang belum menerimanya. Adapun tahun hadapan (2019), bergantung kepada kepas-tian kita mengenai royalti ini, sama ada kita terima atau tidak. Saya percaya, jika royalti itu kita dapat sebagaimana yang dijanjikan itu, tahun depan, Insya’Allah, kita akan masuk dalam Bajet 2019 bagi DUN-DUN ini. Cuma cara dan kaedah itu akan diperincikanlah. Soalan: Setakat tiga bulan pertama ini, bagaimana hubun-gan kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh Pakatan harapan (Ph)? DR SAM: Sehingga tarikh ini saya merasa sangat selesa dan tidak ada apa-apa masalah. Mereka juga datang dalam program rasmi di Terengganu, dalam keadaan aman harmoni.

Dr Azman pujuk ikan balik semulaMARANG - Usaha melabuhkan unjam ini ialah usaha segera jangka pendek yang bertujuan untuk memujuk supaya ikan balik semula ke zon tangkapan ne-layan pantai. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berka-ta, kita berusaha, berdoa dan bertawakal dengan keyakinan bahawa rezeki di da-rat, laut dan udara ialah milik Allah. “Alhamdulillah sebanyak 51 unjam daun kelapa berjaya dilabuhkan meng-gunakan 17 buah bot milik ahli Persat-uan Nelayan Kawasan Marang. “Agenda pagi ini kita nak sebuah rumah ikan. “Rumah mahal kita panggil tukun, ru-mah murah kos rendah kita buat unjam,” ujarnya. Tambah beliau, kita mendengar aduan nelayan pantai tentang kurangnya hasil tangkapan ikan yang menjadi sumber rezeki. “Pencerobohan nelayan asing dan pencerobohan bot pukat tunda di zon tangkapan nelayan pantai antara punca yang kita telah kenal pasti.“Bot pukat kokok yang menceroboh ma-suk ke kawasan nelayan pantai bukan setakat dia kokok hasil laut, tapi habis bubu dan unjam dikokok sekali.

“Di tepi Pantai Seberang Takir, seorang nelayan berusia sekitar 60 tahun me-nitiskan air mata mengadu masalah ini kepada saya. “Suara dari bawah ini kita telah angkat ke atas kerana urusan perlesenan dan penguatkuasaan berada dalam bidang kuasa Kerajaan Pusat. “Hal urusan di laut melibatkan beber-apa agensi dan jabatan seperti Jabatan Perikanan, Jabatan Laut dan Maritim Malaysia. “Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Marang juga telah mengajukan permo-honan kepada saya untuk dibina sebuah bilik sejuk beku, tempat baiki bot dan tempat simpanan bot enjin sangkut. “Saya dah minta Pengarah LKIM agar permohonan ini dapat dimasukkan da-lam bajet tahun depan insyaAllah. “Doakan semoga dipermudahkan uru-san pimpinan negeri kita dalam uru-san mengembalikan royalti hak rakyat Terengganu,” katanya. Beliau berkata demikian ketika meras-mikan Majlis Melabuh Unjang Perairan Marang di Jeti Pelancongan Marang, hari ini (26 Ogos). Sementara itu, Dr Azman Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi turut mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Marang dan

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri yang sudi hadir ke majlis tersebut. “Saya berterima kasih kepada Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Haji Yahaya Ali yang dapat meluangkan masa hadir bersama kita pagi ini. “Penghargaan dan terima kasih juga saya ucapkan kepada Pengarah dan seluruh kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, PNK Marang dan seluruh warga nelayan Marang atas ker-jasama yang sangat baik untuk menjaya-kan program ini. “Belum terlambat juga untuk saya rakamkan ucapan syabas dan tahniah atas usaha PNK Marang mengapungkan dan menarik balik ke jeti bot saudara kita yang tenggelam di perairan Pulau Kapas bulan lepas,” jelasnya. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong.

Dr Azman Ibrahim (kiri) bersama Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Haji Yahaya Ali meninjau unjam yang dipamerkan. Foto - Solahuddin Al-Idrus

KUALA TERENGGANU - Konsortium Perumahan Rakyat Terengga-nu Sendirian Berhad (Koperat) mengedarkan 1,500 bendera Malaysia kepada pengguna jalan raya dalam usaha menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Pengurus Besar Koperat, Sayed Abdul Rahman Engku Sulong berkata, usaha kecil ini merupakan sumbangan pihak syarikat dalam menun-jukkan semangat cintakan negara sempena sambutan kemerdekaan ke- 61 yang bakal tiba. “Kami agihkan bendera kerana kita dapati akhir-akhir ini, semangat mengibarkan Jalur Gemilang semakin berkurang. “Jadi kami berharap sumbangan kecil Koperat ini dapat membantu kibaran semangat merdeka dikalangan pengguna jalanraya terutaman-ya,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Program Pengagihan Jalur Gemilang di Pantai Batu Burok, di sini, baru-baru ini. Sayed turut memaklumkan Koperat mengadakan pelbagai program setiap kali menjelang sambutan kemerdekaan negara. “Tahun ini juga, kami akan mengadakan program Futsal Merdeka yang menjadi acara tahunan syarikat. “Kali ini, ia akan berlangsung di Kemaman,” katanya sambil berharap kemerdekaan disambut penuh keharmonian antara pelbagai bangsa Malaysia.

Pengurus Besar dan bahagian pemasaran KOPERAT.

KOPERAT edar 1,500 Jalur Gemilang

Page 7: Momentum · ia diteruskan dan menjadi pendirian PAS un-tuk meneruskan mana-mana projek yang dapat memberi manfaat kepada rakyat. “Bagaimanapun, kita tetap menghormati dan berharap

Tahniah Azizulhasni Awang

Kerajaan Negeri komited membimbing golongan ‘Mak Nyah’

Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) komited membantu memulihkan

golongan ‘mak nyah’ di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan In-san, Dakwah Dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, menerusi program Mukhayyam berbentuk perkhemahan tiga hari dua malam untuk golongan itu yang memasuki edisi kedua dianjurkan JHEAT dilihat menunjukkan suatu perkembangan yang positif. “Pada sesi pertama yang dihadiri 100 orang ‘mak nyah’, ada di kalangan mereka yang tel-ah berubah walaupun tidak sepenuhnya dan kita tetap melakukan pemantauan terhadap mereka yang pernah menyertai program ini,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Penutup Program Sekuntum Impi-an Sejambak Harapan yang dihadir 18 orang

‘mak nyah’ negeri ini di Anggullia Beach House, Kuala Terengganu hari ini. Mohd Nor berkata, program yang diadakan selama tiga hari bermula 28 ogos lalu itu ber-tujuan mendampingi golongan berkenaan dalam usaha membentuk dan memulihkan golongan tersebut ke arah kehidupan mengi-kut hukum hakam Islam yang sebenar.

“Selain menekankan aspek kerohanian dan keagamaan yang memberi kesedaran dan muhasabah diri , turut didedahkan pada program ini agensi-agensi yang boleh mem-bantu mereka dari segi kemahiran, kursus, bantuan perniagaan dan sebagainya. “Antara yang terlibat termasuk Majlis Ag-ama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Yayasan Pembangunan keluarga (YPK) dan Yayasan Pembangunan Usaha-wan (YPU),” ujarnya. Katanya, kerajaan negeri sentiasa bersedia membantu mereka melepaskan diri mereka dari kehidupan mereka sekarang kepada ke-hidupan yang lebih baik. “Kita boleh memberi laluan kepada mere-ka untuk mencari hala tuju yang lebih baik dalam kehidupan kerana tidak semua golon-gan ini mahu kehidupan yang sedemikian,’ ujarnya.

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu mengu-capkan tahniah kepada semua penyumbang pingat dalam Su-kan Asia di Jakarta baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Pemba-ngunan Sukan, Belia dan NGO Negeri Ustaz Wan Sukairi Wan Ab-dullah berkata, sumbangan itu wa-laupun sedikit menaikkan semangat atlet negara untuk terus berjuang bagi mencapai kejayaan yang leb-ih cemerlang dalam pertandingan sukan peringkat antara bangsa. Beliau berkata demikian ketika ditemui Warta Darul Iman (WDI) di Stadium Sultan Ismail Nasaru-din Shah Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke 61 di sini 31 Ogos. Katanya, Kerajaan Negeri mengu-capkan ribuan terima kasih kepada semua atlet Terengganu yang ber-tungkus lumus berusaha mencapai kejayaan dalam sukan berkenaan. “Saya mengharapkan agar at-let-atlet Terengganu lebih beru-saha dalam mencapai kejayaan menjadi juara keseluruhan bagi Sukan Malaysia (SUKMA XIX) di Perak pada 12 hingga 22 September nanti, “ ujarnya. Sementara itu di Jakarta, In-donesia atlet Terengganu telah menyumbang empat pingat un-tuk negara termasuk dua pin-gat emas, masing-masing satu perak dan gangsa dalam Sukan Asia, setakat berita ini ditulis. Atlet Lumba Basikal yang tidak asing

lagi Azizulhasni Awang menyum-bangkan pingat emas yang kelima bagi negara dalam acara berbasikal. Azizulhasni Awang menemui sem-ula sentuhan terbaiknya, menjadi atlet pertama negara, memenangi pingat emas acara pecut lelaki da-lam sukan berbasikal Sukan Asia. Pelumba berusia 30 tahun itu mengetepikan Tomohiro Fu-kaya dari Jepun dalam dua aca-ra untuk meraih pingat emas kelima buat Malaysia pada edi-si ke-18 Asiad di Velodrome An-tarabangsa Jakarta baru-baru ini. Azizul, yang bergelut dengan jan-gkitan virus dan gagal menamatkan podium di Sukan Komanwel Gold Coast pada April lalu, meninggal-kan mereka semua dengan persem-bahan terbaiknya dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Ustaz Wan Sukairi (kanan) sentiasa menyokong kerjaya sukan Azizulhasni.

Terengganu johan Piala Presiden

KUALA TERENGGANU - Terengganu mendapat Piala Pertama dalam Kejohanan Bo-lasepak Piala Presiden selepas PAS mengambil alih teraju pe-merintahan Pasca Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) yang lalu. Serentak itu Kerajaan Neg-eri mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga ker-ja khususnya para pemain pasukan bolasepak Tereng-ganu FC III kerana berjaya menggondol Piala tersebut dalam pentas final di Stadi-um Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Cheras, 29 Ogos lalu. Ucapan itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pem-bangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Ustaz Wan Sukai-ri Wan Abdullah dalam status facebooknya beberapa hari lalu. Katanya, itu adalah pia-la pertama diperolehi dalam aktiviti sukan Pasca Pilihan-raya Umum ke 14 (PRU14) di bawah kerajaan baharu.

Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada Presiden Persat-uan Bolasepak Negeri Tereng-ganu (PBSNT), Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Timbal-annya, Haji Hishamuddin Ab-dul Karim atas kejayaan itu. Haji Hishamuddin, pengu-rus dan ‘team’ jurulatih pa-sukan turut memberi sokon-gan padu kepada pasukan yang digelar ‘Sang Penyu’ itu pada malam perlawanan. Dalam pentas final itu Tereng-ganu FC III mengalahkan Kedah dengan dua gol berbalas satu, untuk mempasti piala kejohanan milik Sang Penyu. Terengganu FC III menyum-bat gol ke gawang Kedah mas-ing-masing melalui Moha-mad Raimi di minit ke 13 dan Mohamad Samsul di minit ke 102 apabila perlawanan ber-lanjutan ke masa tambahan. Manakala Kedah mendapat gol seawal minit ke dua melalui Aminuddin Abu Bakar.

Ustaz Hishamuddin (baju merah) dan pegawai pasukan Terengganu FC III bersama hadiah kemenangan.

Ustaz Mohd Nor (tengah) memberikan nasihat kepada golongan Mak Nyah

Page 8: Momentum · ia diteruskan dan menjadi pendirian PAS un-tuk meneruskan mana-mana projek yang dapat memberi manfaat kepada rakyat. “Bagaimanapun, kita tetap menghormati dan berharap

Terengganu johan Piala Presiden

TAHNIAH!Azizulhasni Awang raih pingat emas negara

“Azizulhasni Awang menjadi atlet pertama negara, memenangi pingat emas kate-gori pecut lelaki dalam sejarah acara berbasikal Sukan Asia di Jakarta, Indonesia.”

“Terengganu FC III menyumbat gol ke gawang Kedah masing-masing melalui Mohamad Raimi di minit ke 13 dan Mohamad Samsul di minit ke 102 apabila perla-wanan berlanjutan ke masa tambahan”.