mohdasribrahimf

Upload: nurloveflower

Post on 03-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    1/71

    1

    BAB 1

    PENGENALAN

    1.1 Pendahuluan

    Perancangan boleh ditakrifkan sebagai satu proses pemikiran untuk

    melaksanakan sesuatu perkara pada masa hadapan. Dalam projek binaan,

    perancangan ialah suatu proses pemikiran tentang pemilihan kaedah binaan yang

    sesuai dan urutan kerja-kerja yang akan diikuti bagi pembinaan dan penyiapan projek

    tersebut. Kesesuaian kaedah dan urutan kerja di pilih bertujuan untuk memastikan

    supaya projek tersebut dapat disiapkan dengan kos yang paling ekonomik dalam

    masa yang ditentukan dan memenuhi kehendak penstrukturan teknikal yang

    dikehendaki. Berbagai kaedah dan alat perancangan digunakan seperti Carta Bar,

    Kaedah Laluan Genting, Kaedah Garisan Imbas,Primavera, Microsoft Projectdansebagainya.

    Ramai beranggapan perancangan projek memerlukan masa yang panjang

    dalam merancang dan menguruskan sesuatu projek, lebih-lebih lagi yang melibatkan

    pasukan perancangan pengurusan projek. Ini adalah kerana perancangan ini

    digambarkan sebagai sesuatu projek itu terlalu besar, rumit dan memerlukan masa

    yang lama. Realitinya, pengurusan projek hanyalah lebih kepada perancangan dan

    pengurusan aktiviti (tasks), sumber(resources) dan kos (cost) yang effisen. Sistem

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    2/71

    2

    perancangan yang baik dan sempurna akan meningkatkan kecekapan komunikasi dan

    kerjasama serta secara langsung mengurangkan jumlah masa yang akan digunakan

    dalam pengurusan projek.

    Perisian perancangan berkomputer telah menjadi alternatif yang terbaik bagi

    mana-mana agensi dalam merangka perancangan mereka. Dalam industri pembinaan

    penggunaan perisian perancangan telah diutamakan dan mendapat sokongan

    daripada pelbagai agensi kerajaan seperti JKR, JPS dan sebagainya. Memandangkan

    teknologi ini masih baru dikalangan kontraktor tempatan, kontraktor terpaksa

    mendapatkan tenaga mahir yang berkaitan untuk merealisasikan perancangan kerja

    mereka. Dengan menggunakan perisian perancangan, pihak pemilik, kontraktor dan

    juga perunding dapat mengawal dan melaksanakan sesuatu projek (binaan) dengan

    lebih efektif dan berkesan.

    Hasil daripada kajian yang dijalankan, diharapkan penggunaan perisian

    perancangan akan lebih giat digunakan oleh kontraktor-kontraktor untuk

    menghasilkan satu konsep perancangan dan pembinaan yang cepat, ekonomi dan

    berkualiti.

    1.2 Kenyataan Masalah

    Kenyataan masalah dalam kajian ini adalah seperti di bawah ;

    Bagaimana untuk meningkatkan penggunaan perisian perancangan projek

    dalam industri pembinaan bangunan konkrit bertetulang.

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    3/71

    3

    1.3 Matlamat Dan Objektif Kajian

    Matlamat utama kajian ini adalah seperti di bawah;

    a) Untuk mengenalpasti jumlah penggunaan perisian perancangan berkomputer

    oleh kontraktor dari pelbagai kelas/gred pembinaan.

    b) Untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan perisian perancangan

    projek tidak digunakan oleh sebahagian kontraktor.

    c) Untuk mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk

    mempertingkatkan penggunaan perisian perancangan projek oleh kontraktor.

    1.4 Skop Kajian

    Skop kajian ini bertumpu kepada keadaan berikut :-

    a) Perisian perancangan projek ialah Microsoft Project

    b) Tumpuan kepada kontraktor di Negeri Pantai Timur

    c) Hanya diberi penekanan kepada perancangan projek dalam industri

    pembinaan bangunan konkrit bertetulang seperti pembinaan sekolah dan

    kuarters.

    1.5 Kepentingan Kajian

    Hasil daripada kajian ini diharap dapat mempertingkatkan penggunaan

    perisian perancangan projek dalam sektor pembinaan bangunan konkrit bertetulang

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    4/71

    4

    di Pantai Timur khasnya dan secara tidak langsung ini dapat menambahkan

    produktiviti, meningkatkan kemahiran perancangan dan perlaksanaan pentadbiran

    ditapak bina serta pengawasan beterusan diperingkat pengarah projek dan Pengawai

    Penguasa (P P).

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    5/71

    5

    BAB II

    KAJIAN LITERATUR

    2.1 Perancangan Pengurusan Projek

    Perancangan memainkan peranan yang penting dalam sektor pembinaan.

    Kesesuaian kaedah dan urutan kerja yang dipilih bertujuan untuk memastikan supaya

    projek tersebut dapat disiapkan dengan kos yang paling ekonomi,tetapi pada masa

    ditetapkan dan memenuhi kehendak-kehendak teknikal. (Abdul Hakim Mohammad,

    1990)

    Bagi melaksanakan sesuatu projek, masa yang diambil di antara keputusan

    untuk membina sehingga siap projek biasanya memakan masa bertahun lamanya.

    Dalam tempoh tersebut, hanya satu pertiga masa yang dihabiskan untuk pembinaan

    fizikal. Selebihnya digunakan untuk merancang dan mendapatkan kelulusan

    pembangunan. Oleh yang demikian, amatlah perlu untuk merancang jumlah tempoh

    masa projek tersebut. (A.D Austern,1994)

    Kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada

    kualiti pengurusan. Kesilapan dalam membuat keputusan mahupun jangkaan

    pastinya akan membawa padah dan kerugian yang bukan sedikit kepada sesebuah

    organisasi. Industri pembinaan kini sedang mengharungi angin perubahan dan

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    6/71

    6

    persaingan yang semakin sengit. Maka adalah penting bagi seseorang pengurus

    projek yang bertanggungjawab penuh di atas kejayaan atau kegagalan sesebuah

    organisasi melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan semasa.

    Industri binaan sudah banyak berubah baik dari segi tekologi binaan dan

    pengurusannya berbanding sepuluh atau dua puluh tahun yang lalu. Pada masa

    dahulu, tempoh persiapan projek agak panjang dan tidak begitu merumitkan. Kini

    dengan kos pembinaan yang semakin tinggi, adalah amat perlu dipercepatkan tarikh

    penyiapan projek bagi mendapat pulangan modal secepat mungkin.

    Pihak pengurusan binaan pada masa-masa yang lalu banyak membuat

    keputusan hanya berdasarkan kepada pengalaman dan anggaran sahaja iaitu Rule Of

    Thumb. Pendekatan secara Trial And Erroruntuk membuat sebarang keputusan

    adalah tidak wajar terutama yang melibatkan projek-projek besar,kompleks dan kos

    pembiayaan yang tinggi.

    Sebarang kesilapan dalam membuat keputusan akan memberikan kesan yang

    amat buruk dan merugikan semua pihak yang terbabit dalam projek tersebut. Atas

    dasar inilah, maka satu kaedah atau teknik perancangan dirasai amat perlu untuk

    mengatasi masalah ini. Sesuatu perancangan itu dimulai daripada cetusan idea atau

    konsep sebelum dibentangkan dalam bentuk pelan atau rajah bagi menjelaskan

    perancangan tersebut dengan lebih teratur.

    Keperincian sesuatu perancangan itu bergantung kepada saiz kompleksiti

    projek dan kecekapan pengurusan itu sendiri. Dari sini jelaslah bahawa adalah amat

    penting bagi seseorang pengurus projek melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan

    yang berkaitan dengan teknik-teknik perancangan projek bagi menyahut cabaran

    masa kini.

    Perancangan pengurusan projek adalah keseimbangan dalam merancang

    bidang kerja, penjadualan kerja dan sumber. Secara umumnya perancangan ini

    bermaksud merancang, menjalankan dan mengawas sesuatu aktiviti dengan

    mengenalpasti serta menjadualkan sumber untuk aktiviti tersebut dengan kaedah

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    7/71

    7

    perancangan perisian yang tertentu. Bidang tugas ini bertujuan mencapai matlamat

    perancangan projek dengan berkesan.

    Perancangan menunjukkan masa dan turutan aktiviti bagi setiap bidang kerja,

    juga tempoh cadangan siap projek. Sumber adalah tenaga kerja dan peralatan yang

    diperlukan bagi sesuatu bidang kerja yang berkenaan. Sumber pada asasnya

    mempunyai kos, gaji, perbelanjaan operasi yang mana perlu ditumpukan. Apabila

    bidang kerja penjadualan dan sumber berada dalam keseimbangan, kita hanya perlu

    mengawal jumlah sumber yang berkaitan dengan aktiviti pada atau sebelum tempoh

    siap sesuatu projek. Apabila seseorang pengurus menguruskan sesuatu projek, apa

    yang ingin dipastikan ialah projek tersebut mencapai matlamat yang efisen sebaik

    mungkin.

    Perancangan pengurusan projek yang bagus membantu kejayaan seseorang

    pengurus projek. Setiap orang didalam pasukan akan dapat meningkatkan mutu

    kerjasama dan perhubungan. Ini boleh menghasilkan satu pasukan yang cekap dan

    mantap, dan memberikan satu perasaan yang terjamin kerana segalanya dibawah

    kawalan dan pengurusan yang sempurna.

    2.2 Definisi Projek

    Pada peringkat ini, pihak atasan akan menentukan bentuk projek yang akan

    dijalankan dan sebagai perancang pengurusan, keputusan yang diambil

    mengambarkan keseluruhan projek dan pada peringkat ini pihak perancang

    pengurusan memerlukan beberapa perkara.

    a) Mendefinisikan bidang/tujuan projek

    - apakah matlamat (goals) yang hendak dicapai, yang mana tugas

    utama dan berapa banyak tugas (task) yang diperlukan untuk mencapai

    matlamatnya.

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    8/71

    8

    b) Menentukan sumber-sumber

    - apakah sumber-sumbernya , perincian , tenaga kerja dan peralatan tidak

    mencukupi untuk menolong mencapai matlamat sesuatu projek tersebut.

    c) Menentukan had penjadualan perancangan (schedule limits)

    - iaitu berapa lama masa diperlukan , apakah projekmiletonesdan

    deadlines?

    Sebaik sahaja matlamat dan rangka kasar projek ditentukan, perancang

    mestilah mengumpas data-data dengan merancang projek tersebut.

    2.3 Perancangan Projek

    Perancangan projek adalah nadi kepada satu sistem pengurusan projek.

    Perancangan ini menggabungkan bidang kerja (skop), sumber-sumber(resources)

    dan penjadualan (schedules) ditempat yang satu. Ini membenarkan kita menyimpan

    semua faktor-faktor tersebut dengan seimbang. Perancangan projek meluahkan

    faktor-faktor dengan tepat seperti berapa banyak dan apa aktiviti yang hendak

    dilakukan, siapa yang akan menjalankan setiap aktiviti, anggaran kos setiap tugas

    dan serta kos keseluruhan projek serta tempoh keseluruhan jangkaan siap projek.

    Pelbagai takrifan mengenai PERANCANGAN telah dikemukakan oleh ahli

    ahli cendekiawan. Antaranya ialah :-

    a) Perancangan adalah memutuskan terlebih dahulu apa yang akan dibuat,

    bagaimana cara untuk membuatnya dan siapa yang membuatnya.

    Perancangan adalah suatu proses penentuan arah dan tindakan-tindakan yang

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    9/71

    9

    akan diambil pada masa hadapan berdasarkan kepada tujuan, fakta dan

    pertimbangan yang wajar. (Richter,Irv & Roy S.Mitchell,1982).

    b) Perancangan adalah suatu aktiviti yang kreatif bagi menentukan apakah yang

    dibuat, bila dan oleh siapa. (Andrew N.Baldwin,1993).

    c) Perancangan adalah satu proses pemikiran untuk melaksanakan sesuatu

    perkara pada masa hadapan. (Abdul Hakim Mohammad,1990).

    d) Perancangan adalah satu proses mengenal pasti masalah-masalah yang

    mungkin berlaku hasil terjadinya sesuatu peristiwa terhadap sesuatu aktiviti

    kerja yang sedang dijalankan, disamping cuba mengawal sifat arah tuju

    perubahan serta menentukan tindakan-tindakan yang difikirkan wajar bagi

    memastikan objektif tercapai. (David Cormican,1985)

    Berdasarkan kepada takrifan-takrifan yang telah dikemukakan itu, bolehlah

    disimpulkan bahawa PERANCANGAN dalam konteks binaan adalah :-

    Perancangan Projek adalah suatu proses pemikiran mengenai pemilihan kaedah

    binaan yang paling sesuai dan urutan kerja-kerja yang akan diikuti bagi pembinaan

    dan penyiapan projek tersebut dengan kos yang paling ekonomik, dalam masa yang

    telah ditentukan serta memenuhi keperluan penentuan teknikal atau spesifikasi

    kerja.

    Untuk mendapat perancangan projek yang efektif, seseorang perancang mestilah

    mempertimbangkan perkara-perkara di bawah ;

    a) Mengenalpasti skop projek dan siapa atau apa yang perlu dilakukan

    b) Mendapatkan anggaran masa dan kerja bagi setiap aktiviti terutama maklumat

    yang diperlukan diperolehi daripada individu yang bertanggungjawab

    terhadap aktiviti tertentu.

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    10/71

    10

    c) Megenalpasti kebebasan aktiviti sebagai contoh aktivitiA tidak boleh

    dimulakan selagi aktiviti B tidak disiapkan atau sebahagian aktiviti perlu

    disiapkan dalam tempoh yang sama dan sebagainya.

    d) Menyenaraikan aktiviti dan permasalahan seperti menentukan sesuatu aktiviti

    bermula pada tarikh yang ditetapkan.

    Lebih tepat maklumat yang ada, lebih tepat perancangan yang dihasilkan.

    Apabila sesuatu projek bermula , perancangan projek menjadi faktor yang sangat

    bernilai dalam membantu sesuatu projek dengan menyenaraikan perincian

    perancangan supaya seseorang pengurus projek dapat memahami perkara-perkara di

    bawah:

    a) Menentukan kemajuan projek, membandingkan data sebenar dengan

    anggaran awalan

    b) emakan kepada sumber, skop dan faktor penjadualan supaya memberi

    keseimbangan kepada kepentingan projek.

    c) Dapat mengenalpasti masalah yang akan mengakibatkan projek tidak

    menepati jadual.

    d) Menganalisa keperluan sumber sepanjang projek dijalankan

    e) Dapat melakukan perubahan semasa pembinaan untuk membantu projek

    dapat disiapkan lebih awal.

    Dengan adanya sistem perancangan projek, seseorang pengurus projek akan

    dapat menganalisa perjalanan sesuatu projek samada ianya menepati penjadualan

    atau tidak semasa projek dijalankan.

    Sebaik sahaja pengurus projek mencapai matlamat projek dan memenuhi

    semua kriteria yang menunjukkan projek tamat, itulah masanya bagi penamatan

    projek.

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    11/71

    11

    Penamatan projek sama pentingnya dengan permulaan projek, pada peringkat

    ini, seseorang pengurus projek akan dapat melakukan perkara-perkara di bawah :

    a) Membuat perbandingan masa sebenar siap dengan tempoh yang

    dirancang

    b) Analisa masalah-masalah dan mengenalpasti perancang untuk

    pembaharuan kepada projek seterusnya.

    c) Penyimpan fail projek.

    2.4 Kepentingan Perancangan

    Disiplin merupakan salah satu aspek perancangan yang sangat penting, tetapi

    pada kebiasaannya sikap disiplin diabaikan oleh pihak-pihak yang terlibat. Tanpa

    disiplin, mana-mana perancangan yang baik sekali pun tidak akan berjaya kerana

    perancangan juga melibatkan hubungan kemanusiaan.

    Oleh yang demikian,bagi memastikan perancangan itu berjaya pasti ianya

    memerlukan komitmen, usaha dan tindakan yang bersungguh-sungguh dari semua

    pihak yang terlibat. Perancangan binaan kini semakin penting. Ini disebabkan oleh

    faktor-faktor seperti yang berikut :-

    )a Saiz projek semakin besar dan kompleks

    Pada kebiasaannya semakin besar dan kompleks sesuatu projek

    binaan, semakin perlulah sesuatu perancangan itu dilakukan

    memandangkan ini melibatkan banyak aktiviti dan pihak-pihak yang

    perlu diselaraskan.

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    12/71

    12

    )b Jangkamasa penyiapan yang terhad

    Majikan atau klien mahu mengurangkan beban pinjaman dan

    seterusnya mahu mendapat pulangan dengan kadar segera.

    )c Peruntukkan kos yang telah ditetapkan

    Sebarang kelewatan atau pembaziran semasa projek sedang dijalankan

    sebolehbolehnya dielakkan supaya kos keseluruhan projek tidak

    melebihi jumlah yang ditetapkan dalam kontrak.

    2.5 Objektif-objektif perancangan projek

    Objektif-objektif perancangan projek adalah seperti :-

    a) Menyatakan dengan jelas bagaimana sesuatu kerja atau aktiviti itu akan

    dijalankan.

    b) Mengenalpasti strategi dan tindakan susulan bagi mengatasi masalah-

    masalah yang mungkin timbul pada atau semasa projek sedang

    dijalankan.

    c) Penjadualan dan penyusunan semula sumber-sumber sedia ada

    (Contohnya bahan-bahan binaan seperti simen, pasir, besi dan buruh)

    Scheduling Of Resources.

    d) Koordinasi dan kawalan dari segi tarikh,tempoh dan penjadualan

    aktiviti kerja termasuk kos.

    e) Pengumpulan data dari segi tempoh pelaksanaan setiap aktiviti kerja,

    bilangan buruh dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk digunakan

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    13/71

    13

    sebagai asas rujukan atau garis panduan untuk projek-projek pada

    masa-masa yang akan datang.

    2.6 Masalah-masalah Perancangan Dan Pengawalan Projek Pembinaan

    Masalah-masalah perancangan dan pengawalan projek pembinaan bukan

    sahaja bermula semasa perlaksanaan projek, tetapi sebelum dari itu lagi. Masalah-

    masalah yang biasanya dihadapi oleh seorang pengurus projek adalah seperti

    berikut :

    a) Merancang, merangka dan menyiapkan projek dalam masa yang ditentukan

    seperti dalam kontrak.

    b) Sentiasa mengawasi tindakan-tindakan yang diambil oleh pegawai teknikal

    setiap kali terlibat dalam projek-projek yang baru.

    c) Memastikan bilangan tenaga buruh, loji dan peralatan sentiasa ada dan

    digunakan semaksimum yang mungkin untuk mengelakkan syarikat atau

    organisasi tersebut mengalami kerugian baik dari segi masa mahupun

    kewangan.

    d) Selain daripada itu, pengurus projek juga sering menghadapi masalah dengan

    perekabentuk dan klien yang sering berubah-ubah pelan dan objek projek

    dari masa ke semasa.

    e) Pengurus projek juga sering menghadapi masalah kesuntukkan masa untuk

    membuat perancangan dengan lebih teliti selepas ditawarkan kontrak.

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    14/71

    14

    2.7 Masalah Semasa Perlaksanaan Projek

    Masalah-masalah lain yang sering dialami oleh pengurus projek semasa

    perlaksanaan projek adalah seperti berikut;

    a. Faktor-faktor Dalaman

    i. Kelewatan penghantaran bahan-bahan binaan seperti simen, pasir,

    besi dan kayu-kayan oleh pembekal-pembekal ke tapak binaan

    pada masa-masa yang telah ditetapkan.

    ii. Bahan-bahan binaan yang dihantar tidak memenuhi syarat-syarat

    kualiti yang sepatutnya.

    iii. Kerosakan pada logi dan peralatan.

    iv. Maklumat-maklumat terperinci yang diperlukan tidak dinyatakan

    dengan jelas.

    v. Kerjasama dari semua pihak yang terlibat dalam projek

    pembinaan.

    b. Faktor-faktor Luaran

    i. Perubahan dan pindaan baik dari segi pelan atau keputusan dari

    masa ke semasa oleh pihak klien dan penguasa.

    ii. Kelewatan perjalanan projek mungkin disebabkan oleh cuaca dan

    sebagainya.

    iii. Kurang kerjasama daripada pihak Penguasa atau Kerajaan

    Tempatan.

    Teknik-teknik perancangan tidak dapat menyelesaikan masalah-masalah ini.

    Apa yang diperlukan adalah untuk menggunakan program atau perancangan tersebut

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    15/71

    15

    sebagai panduan untuk membandingkan kerja yang dirancang dengan kerja yang

    telah dilaksanakan. Dengan ini, tindakan-tindakan semakan boleh dilakukan secepat

    mungkin.

    2.8 Kriteria-kriteria yang perlu difikirkan dalam kajian perancangan

    projek

    Persoalan-persoalan yang perlu difikirkan dalam kajian perancangan projek adalah

    seperti yang berikut :-

    a) Siapakah yang memerlukan perancangan?

    b) Kenapa merancang?

    c) Apakah jenis-jenis perancangan yang diperlukan?

    d) Siapakah yang membuat perancangan?

    e) Apakah yang diperlukan dalam system perancangan?

    f) Bagaimanakah sesuatu kitaran perancangan berfungsi?

    g) Apakah teknik-teknik perancangan yang digunakan?

    h) Apakah factor-faktor yang menentukan kejayaan perancangan?

    Sesiapa pun yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan projek

    sedikit sebanyak memerlukan maklumat-maklumat tentang perancangan organisasi,

    tidak kira pada peringkat mana sekali pun. Tahap keperluan maklumat seseorang

    individu itu bergantung kepada kedudukan atau posisi seseorang itu dalam organisasi

    dan juga peringkat pembinaan projek yang telah dicapai.

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    16/71

    16

    2.9 Siapa yang merancang?

    Persoalan sama ada perlu atau tidak perlunya seorang perancang dalam

    sesebuah organisasi binaan banyak bergantung kepada saiz dan kompleksiti struktur

    organisasi tersebut. Pada kebiasaannya,bagi projek-projek yang besar dan kompleks

    (Projek Mega), seorang pengurus projek akan dilantik untuk menjadi perancang

    utama projek tersebut.

    Begitulah sebaliknya untuk organisasi kecil dan sederhana,pemilik itu sendiri

    serta dibantu oleh ahli-ahli yang lain yang akan mengendalikan projek tersebut. Perlu

    juga ditegaskan di sini bahawa keberkesanan sesuatu perancangan projek binaan

    bukan hanya bergantung kepada seseorang perancang sahaja,tetapi melibatkan usaha

    dan kerjasama setiap pekerja yang terlibat dalam industri ini.

    2.10 Ciri-ciri Perancangan Projek Yang Baik

    Sesuatu perancangan projek dikatakan baik sekiranya ianya merangkumi ciri-

    ciri seperti yang berikut :-

    a) Objektif mudah, jelas dan mudah untuk dilaksanakan.

    b) Anjal pada sebarang perubahan. Ini penting untuk tujuan-tujuan

    mengemaskinikan maklumat.

    c) Kayu pengukur sebagai asas piawaian kawalan projek.

    d) Memaksimakan penggunaan bahan dan buruh sedia ada pada masa dan

    tempat yang ditentukan.

    e) Menunjukkan dengan jelas susunan, masa (phasing) dan interaksi antara

    aktivit-aktiviti kerja yang berkaitan.

    f) Dapat membandingkan kemajuan kerja yang dirancang (Planned) dengan

    kemajuan yang sebenar(Actual progress).

    g) Sebagai Sistem Kawalan Projek.

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    17/71

    17

    2.11 Kebaikan-kebaikan Perancangan

    Perancangan yang berkesan memberikan kelebihan dan kebaikan kepada

    semua pihak yang terlibat dengan industri pembinaan seperti berikut :

    a) Kontraktor

    i. Kontraktor dapat mengetahui dengan lebih jelas mengenai kerja-kerja yang

    akan dijalankan. Ini dapat dilihat dari segi perubahan dan peningkatan hasil

    kerja dengan bantuan system organisasi projek yang berkesan.

    ii. Satu perancangan kerja yang telah disediakan dengan baik disamping

    mengambil kira kawalan kos projek dapat mengurangkan kerugian kewangan

    kepada kontraktor. Berpandukan kepada maklumat-maklumat yang diperolehi

    daripada perancangan kerja tersebut,pihak kontraktor dapat mengetahui secara

    lebih awal bila tambahan kewangan diperlukan.

    iii. Jumlah bilangan tenaga buruh yang diperlukan dari minggu ke minggu bagi

    setiap aktiviti kerja dapat ditentukan dengan lebih jitu sekiranya sesuatu

    program kerja dapat disediakan.

    iv. Pelbagai jenis penjadualan (bahan-bahan binaan,loji dan peralatan serta

    tenaga buruh) dapat dihasilkan daripada program kerja tersebut. Ini adalah

    untuk memudahkan bahan-bahan binaan, peralatan serta buruh dapat dihantar

    ke tapak bina pada masa dan tempat dengan kadar yang telah ditetapkan

    v. Rekod-rekod kemajuan kerja bagi kerja-kerja yang telah dijalankan itu perlu

    dicatatkan. Maklumat-maklumat ini penting untuk mengendalikan projek-

    projek yang akan datang.

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    18/71

    18

    vi. Sesuatu program kerja yang disedikan itu dapat memudahkan koordinasi kerja

    diantara sub-kontraktor. Adalah penting bagi pihak-pihak kontraktor untuk

    mengikutinya.

    vii. Program kerja yang telah disediakan itu akan dapat dijadikan kayu pengukur

    (Yardstick) atau piawaian di mana sebarang aktiviti kerja sebenar(Actual

    Work) yang telah dijalankan itu dapat dibandingkan dengan yang dirancang

    (Planned Work).

    b) Klien

    Klien dapat mengetahui secaralebih tepat tempoh masa pembinaan projek.

    Pada masa yang sama juga, modal kewangan klien tidaklah sebegitu

    produktif selagi terikat dengan kos pembiayaan projek.

    c) Arkitek / Jurutera

    i. Program pada kebiasaannya disediakan oleh pihak kontraktor dengan

    bantuan dan bimbingan arkitek.

    ii. Melalui program kerja ini,arkitek atau jurutera dapat menjangka kadar

    kemajuan kerja binaan dan ini secara tidak langsung memudahkan Bayaran

    Kemajuan (Progress Payment)berdasarkan kepada tahap kemajuan kerja

    yang telah disiapkan.

    d) Pihak-pihak Yang Lain

    Program kerja membantu pihak-pihak yang lain terlibat seperti sub-

    kontraktor, konsultan, pembekal dan pihak berkuasa untuk bertindak

    mengikut tugas-tugas dan tanggungjawab masing-masing.

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    19/71

    19

    2.12 Proses Perancangan Projek

    Proses perancangan projek dapat dilihat sepertimana dalam Rajah 3.1 di

    bawah ini. Daripada Rajah 3.1 adalah jelas bahawa sesuatu perancangan itu harus

    bermula secara Pintasan fikiran atau idea sebelum dipamirkan dalam bentuk pelan,

    laporan dan sebagainya.

    PERINGKAT PERANCANGAN

    PERINGKAT

    PERLAKSANAAN

    PROJEK

    Rajah 3.1 : Proses-Proses Perancangan Projek

    Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada kontrak dokumen dan lawatan

    tapak dapat menentukan kaedah atau teknik perancangan yang sesuai (Carta

    Gantt,Critical Path Method atau Line Of Balance)

    Akhirnya segala hasil atau outputperancangan projek dalam bentuk

    laporan, penjadualan sumber (bahan binaan, loji/peralatan dan tenaga buruh) dan

    lain-lain lagi dihasilkan bagi tujuan perlaksanaan dan kawalan projek.

    2.13 Proses Kitaran Perancangan

    TEK

    NIK-

    TEK

    NIK

    PE

    R

    AN

    C

    A

    NG

    AN

    (Gant

    tCh

    art,

    Ne

    twork

    An

    ala

    lysis,

    Line

    OfBa

    lance)

    TEKNIK-TEKNIK PERANCANGAN

    (Gantt Chart,Network Analysis,Line Of Balance

    DATA DARI

    KONTRAKDOKUMEN

    -Syarat-syarat kontrak

    -Spesifikasi kerja

    -Lukisan

    -Senarai bahan

    PERANCANGAN

    - (Merancang

    melalui pemikiran)

    OUTPUT

    PERANCANGAN-Laporan

    -Program

    -Penjadualan Sumber

    (Bahan binaan,buruh

    dan peralatan)

    -Rajah Aliran

    Kewangan

    -Histogram

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    20/71

    20

    Perlulah diingatkan di sini bahawa sesuatu proses perancangan (Perancangan

    projek binaan,perancangan kewangan dan sebagainya) itu berbentuk kitaran

    (Cyclical) seperti ditunjukkan dalam Rajah 3.2.

    Ini bermaksud sesuatu kitaran perancangan bukanlah sesuatu berbentuk

    Forward Movement(ke hadapan), kadangkala perlu juga reverse movement(ke

    belakang) bergantung kepada keadaan.

    Rajah 3.2 : Proses Kitaran Perancangan

    Walaupun sekali pandang agak mudah untuk mengiktiraf kepetingan

    perancangan, masih terdapat faktor-faktor luaran dan dalaman yang boleh

    mempengaruhi kelicinan proses perancangan ini, antaranya termasuklah:-

    a) Cuaca

    b) Kehendak klien yang sentiasa berubah-ubah idea atau fikiran dari masa ke

    semasa

    c) Ekonomi

    d) Batasan masa (Time constraint)

    e) Faktor-faktor lain yang di luar jangkaan

    1. MENGENALPASTI OBJEKTIF

    2. PENYEDIAAN PROGRAM

    & JADUAL

    5. PEMILIHAN TINDAKAN-

    TINDAKAN YANG SESUAI

    3. PEMANTAUAN KEMAJUAN

    KERJA

    4. SEMAKAN OBJEKTIF-OBJEKTIF

    PERANCANGAN PROJEK

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    21/71

    21

    2.14 Faktor-faktor penentuan kejayaan perancangan

    Berdasarkan kepada pengalaman dan kajian-kajian yang telah dibuat, adalah

    dikenalpasti bahawa faktor-faktor yang menentukan berjaya atau kegagalan

    sesuatu perancangan projek banyak bergantung kepada :-

    a) Perancangan yang dipersetujui secara consensus atau menyeluruhi oleh

    semua pihak-pihak yang terlibat dalam projek tersebut.

    b) Komitmen pengurusan pihak atasan.

    c) Dapat mengenalpasti terlebih dahulu bahagian-bahagian aktiviti kerja

    berisiko tinggi.

    d) Komitmen tinggi semua pihak-pihak yang terlibat.

    e) Kefahaman tentang objektif dan kepentingan secara menyeluruh.

    2.15 Penjadualan

    Dalam projek pembinaan, maksud penjadualan adalah berbeza dengan

    maksud perancangan. Penjadualan di sini merupakan sebahagian daripada proses

    dalam perancangan projek pembinaan. Penjadualan adalah salah satu cara atau teknik

    untuk menentukan jangkamasa terhadap aktiviti-aktiviti perlaksanaan projek

    pembinaan dan mengikut bentuk pergerakan urutan yang munasabah dalam proses

    perancangan. Manakala maksud perancangan adalah seperti yang telah dibincangkan

    sebelumnya iaitu bukan sahaja melibatkan penjadualan, malah juga memerlukan

    pemikiran tentang kaedah pembinaan yang sesuai.

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    22/71

    22

    Sejak akhir-akhir ini, penggunaan perisian computer telah menjadi semakin

    berleluasa dalam teknik penjadualan projek pembinaan.Tetapi,apa yang penting dan

    perlu diketahui ialah kerja-kerja penjadualan yang sebenarnya adalah dilakukan oleh

    tenaga manusia dan bukannya oleh perisian computer.Perisian komputer hanyalah

    digunakan untuk membantu pihak perancang dalam langkah-langkah menyusun

    aktiviti,menyimpan data, melaksanakan pengiraan temp masa, menganalisis

    kemungkinan, menyeragamkan data dan aktiviti. Oleh itu, langkah-langkah untuk

    mewujudkan aktiviti-aktiviti projek pembinaan, jangkamasa yang diperlukan untuk

    menyiapkan sesuatu aktiviti, jenis urutan yang lojik dan tindakan-tindakan yang

    perlu diambil sekiranya berlaku kelewatan terhadap aktiviti-aktiviti tersebut masih

    merupakan bidang tugas yang perlu dlakukan oleh seorang perancang.

    2.16 Proses perancangan dan penjadualan

    Proses perancangan dan penjadualan boleh dibahgikan kepada tujuh (7)

    peringkat iaitu :

    a) Menetapkan objektif : Penjadualan bermula dengan menetapkan objektif

    yang spesifik dan boleh di sukat. Objektif boleh berupa yangkecil seperti

    memasang kunci atau yang lebih besar (memasang kemudahan bangunan).

    b) Mengenal pasti aktiviti projek serta melibatkan pembahagian kerja atau

    aktiviti

    c) Menentukan urutan aktiviti : Aktiviti-aktiviti perlu disusun mengikut urutan

    yang logic. Apakah aktiviti yang mendahului aktiviti A, atau apakah aktiviti

    selepas aktiviti A. Lebih banyak kerja boleh dilakukan serentak, lebih

    banyak masa dapat dikurangkan.

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    23/71

    23

    d) Menentukan tempoh bagi setiap aktiviti, setiap peringkat, tempoh bagi setiap

    aktiviti perlu ditentukan.

    e) Pengiraan aktiviti-aktiviti yang kritikal

    f) Sekiranya terdapat masalah dalam 5, pengubahsuaian perlu dilakukan

    kepada jadual. Sekiranya pemendekan perlu untuk mempercepatkan kerja-

    kerja, ia perlu dibuat untuk mewujudkan penjadualan optima.

    g) Pemantauan dan pengawalan, penjadualan yang optima akan menjadi asas

    atau sasar projek sebaik sahaja ianya dimulakan sekiranya terdapat

    perubahan sepanjang projek dijalankan perubahan perlu dibuat tetapi

    amatlah perlu untuk memastikan sasar projek tidak akan terjejas.

    2.17 Prinsip Penjadualan

    Sesuatu Projek pembinaan adalah merupakan satu himpunan kerja atau

    aktiviti yang perlu dilaksanakan untuk membentuk satu bentuk bangunan atau

    struktur yang telah direka bentuk pada peringkat awal. Aktiviti ini boleh merangkumi

    dari mulanya sesuatu ringkasan projek diterima sehinggalah ke peringkat penutupan

    akaun projek tersebut atau aktiviti yang hanya tertumpu kepada peringkat pembinaan

    sahaja. Walau bagaimanapun, setiap kativiti tersebut akan melibatkan pengawalan

    ketiga-tiga komponen iaitu skop, kos dan masa, serta penggunaan formula 5M dan

    formula 3W iaitu seperti berikut;

    a) Formula 5M : Untuk merancang pelan rancangan

    i. Method -Kaedah ataupun cara binaan

    ii. Manpower -Tenaga manusia

    iii. Machinery -Mesin, jentera dan loji

    iv. Material -Bahan-bahan binaan

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    24/71

    24

    v. Money -Wang ataupun modal

    b) Formula 3M : Untuk menolong dalam proses perancangan

    i. Who -Siapa?

    ii. What -Apa?

    iii. When -Bila?

    Oleh itu,sebarang teknik perancangan atau penjadualan adalah bertujuan untuk

    menyusun semua aktiviti bagi dilaksanakan mengiku urutan samada :-

    a) Sebelum yang lain

    b) Selepas yang lain ; dan

    c) Pada masa yang lain.

    Apa yang penting adalah perlu memastikan bahawa susunan aktiviti tersebut

    mencapai matlamat perancangan iaitu menyiapkan projek pada masa dan kos yang

    telah ditetapkan. Penjadualan yang disediakan adalah perlu tepat, mudah difahami,

    fleksibel, menjadi asas pengawasan dan menyeluruh. Sesuatu teknik penjadualan

    yang baik tidak semestinya akan memberikan hasil yang tepat jikalau aspek-aspek

    tersebut tidak dipatuhi. Oleh itu,aspek-aspek tersebut perlu diberikan perhatian yang

    seimbang.

    2.18 Teknik-teknik penjadualan

    Teknik-teknik perancangan merupakan alat-alat atau kaedah yang digunakan

    untuk melaksanakan perancangan. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan.

    Teknik-teknik penjadualan yang sering digunakan dalam pengurusan projek

    pembinaan adalah seperti yang berikut:-

    a) Teknik Penjadualan Utama

    i. Carta Bar(Bar Chart/Gantt Chart)

    ii. Carta Penanda Batu (milestone)

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    25/71

    25

    b) Teknik Analisa Rangkaian /Penjadualan Rangkaian

    i. Kaedah Laluan Kritis/Genting,KLK(Critical Path Method : CPM)

    ii. Gambarajah Duluan (Precedence Diagramming Method : PDM)

    iii. Teknik Kaji Semula dan Penilaian Program (Program Evaluation &

    Review Technique (PERT).

    iv. Kaedah Garis Imbangan (Line Of Balance)

    2.18.1 Pengenalan Carta Bar

    Carta Bardireka oleh H.L Gantt, seorang warga Amerika.Carta Bar adalah

    teknik yang biasa digunakan sebagai alat komunikasi mengenai program projek pada

    semua peringkat di dalam organisasi. Walaupun dengan kaedah perancangan

    komplek yang terdapat pada masa ini, Carta Bar selalunya digunakan sebagai format

    terakhir kerja yang telah dirancang.

    Carta mengandungi senarai aktiviti dengan permulaan, jangkamasa dan masa

    tamat setiap aktiviti diplotkan pada skala masa.

    Carta bar juga boleh digunakan untuk menunjukkan kuantiti kerja, kos, sub-

    kontraktor yang akan digunakan serta tarikh pesanan akan dibuat. Tidak ada format

    yang tetap untuk Carta Bar. Carta Bar berubah dari firma ke firma dan daripada

    pengurus ke pengurus.

    Carta Bar boleh digunakan untuk memonitorkan kemajuan dengan shading

    bahagian kerja yang talah siap di dalam sesuatu aktiviti. Dengan membandingkan

    jumlah kerja yang sepatutnya telah siap pada sesuatu tarikh, skrin memberi tajuk

    samada kerja tersebut adalah ahead or behind shedule.

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    26/71

    26

    Carta Bar tidak menunjukkan aktiviti-aktiviti yang bergantung di antara satu

    dengan yang lain walaupun ini boleh dicapai (secara had) dengan menggunakan

    linked activitiesmelalui teknikMilestone.

    Carta Bar adalah berguna untuk mengira sumber yang perlu untuk

    menyiapkan sesuatu projek. Sumber boleh diagihkan pada setiap dan dijumlahkan

    untuk menunjukkan keperluan bagi setiap jangka masa. Dengan cara yang sama nilai

    kewangan boleh diagihkan untuk setiap aktiviti dan cost curvesdihasilkan. Dari

    cost curves, cash flow (aliran tunai) keseluruhan untuk projek boleh dihasilkan.

    Keburukan yang sering dikaitkan dengan Carta Bar adalah ia tidak

    menunjukkan aktiviti-aktiviti yang bergantung di antara satu sama lain Tetapi di

    dalam keadaan projek tidak terlalu kompleks, program untuk menghasilkan Carta

    Bar akan disediakan secara sistematik. Site Agentakan terlibat secara serius dalam

    penyediaan program tersebut dan Site agenttersebut mestilah mempunyai

    pengalaman yang luas.

    2.18.2 Apa Yang Perlu Ditunjukkan Di Atas Carta Bar

    Adalah perlu bahawa maklumat terpenting ditunjukkan di atas Carta Bar.

    Walau bagaimana pun, tidak ada format yang standard untuk membuat sesuatu Carta

    Bar. Berikut adalah senarai panduan dalam penyediaan carta bar iaitu :-

    a) Jangka masa kontrak

    b) Tarikh permulaan setiap operasi

    c) Jangka masa setiap operasi

    d) Tujuan operasi

    e) Bilangan pekerja yang diperlukan untuk kerja utama

    f) Loji mekanikal yang diperlukan

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    27/71

    27

    g) Tarikh penghantaran bahan-bahan

    h) Tarikh lukisan dan maklumat diperlukan untuk melaksanakan kerja

    i) Sub-kontraktor yang terlibat

    j) Waktu cuti

    k) Kuantiti Item kerja utama

    l) Kemajuan kerja

    m) Tarikh penting dan kehendak klien

    Aktivti Masa Hari/Minggu/Bulan

    ABC

    D

    Rajah 4.1 : Konvensional Carta Bar

    2.18.3 Kebaikan Carta Bar

    Kebaikan Carta Bar adalah seperti di bawah;

    a) Memberi gambaran yang jelas mengenai projek

    b) Mudah untuk digunakan dan difahami

    c) Boleh digunakan untuk menunjukkan kemajuan.

    d) Boleh digunakan untuk merancang sumber manusia,pesanan dan

    penjadualan.

    e) Merupakan alat komunikasi yang baik

    f) Boleh digunakan untuk menghasilkan belanjawan

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    28/71

    28

    2.18.4 Keburukan Carta Bar

    Keburukan Carta Bar adalah seperti berikut

    a) Tidak boleh menunjukkan jika ada aktiviti-aktiviti yang bergantung di antara

    satu dengan lain.

    b) Ada had fizikal mengenai saiz carta.

    c) Data adalah sukar untuk diolah (manipulasi) dan dikemaskini.

    d) Sukar untuk menunjukkan critical pathsdan floats.

    2.19 PerisianMicrosoft Project

    Penggunaan perisian Microsoft Projectdalam sistem perancangan

    pengurusan projek akan menjadi efektif terutama dari segi kos, sumber dan masa

    yang diperlukan. PerisianMicrosoft Projectmerupakan satu perisian pengurusan

    projek yang popular di pasaran masa kini dan telah digunakan secara meluas dalam

    apa jua bidang pengurusan di seluruh dunia. Pembaharuan demi pembaharuan telah

    dilakukan dari masa ke semasa dalam usaha mempertingkatkan keupayaan fungsi

    dari versi yang terdahulu, dengan ini dapat menyediakan kelebihan kepada mana-

    mana pengurus projek meringankan beban diri dari mempelajari dan menggunakan

    perisian yang lebih rumit.Microsoft Projectmembantu pengurus projek memfokus

    serta merancang perancangan projek mereka dengan cepat dan mudah.

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    29/71

    29

    Microsoft Projectmemberikan kemudahan kepada pihak pengurusan dari

    segi menguruskan penjadualan, sumber-sumber, memantau kemajuan projek dan

    juga laporan maklumat projek.Microsoft Projectdapat membantu pengurusan projek

    untuk memaklumkan samada projek masih lagi mengikut perancangan dan

    peruntukan kewangan.

    Microsoft Projectjuga mesra pengguna samada pada peringkat awal perisian

    ini diperkenalkan atau sehingga yang terkini iaituMicrosoft Project Standard 2002.

    Oleh kerana penggunaan peralatannya yang mudah dan fleksibel,Microsoft Project

    menolong pengurus projek dapat mengawasi projek dengan tenaga dan masa yang

    minima. Pengurus projek yang menggunakanMicrosoft Projectdalam perancangan

    dapat memahaminya dengan mudah dan juga dapat membentangkan atau

    menerangkan kepada pihak pengurusan serta pemilik tentang perancangan, boleh

    dalam bentuk rangkaian rajah (Network Diagrams) yang mudah difahami.

    2.19.1 Paparan SkrinMicrosoft Project 2003

    Berikut menunjukkan beberapa paparan skrin operasi perisianMicrosoft

    Project 2003 yang perlu diketahui.

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    30/71

    30

    Rajah 4.2 : Paparan Carta Bar (Gantt Chart)

    Rajah 4.3 : Paparan Gambarajah Duluan (Network Diagram)

    Rajah 4.4 : PaparanProject Information Dialog Box

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    31/71

    31

    Indicator entry first task default start and

    Bar name duration finish date

    default view;

    Gantt Chart Rajah 4.4 : PaparanEntering Task Name

    2.19.2 KeistimewaanMicrosoft Project

    Microsoft Projectdapat menolong seseorang pengurus projek merancangkan

    pelbagai saiz projek, laluan kemajuan, masalah-masalah yang timbul dan memahami

    maklumat-maklumat yang penting bagi sesuatu projek dengan cepat dan mudah.

    Microsoft Projectjuga bertanggungjawab berkoordinasi dengan pelbagai

    tugas yang spesifik yang mesti disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dan nilai

    projek yang telah ditetapkan.

    Microsoft Projectakan menolong merancang secara bersama, semasa

    kemasukan data, pelan tindakan dan pengurusan segala data-data secara terperincibagi mencapai matlamat perancangan.

    Microsoft Projectmelakukan segalanya dalam pembangunan projek baru dari

    segi pembentangan, memantau kemajuan dan analisa projekdenga berkesan.

    Microsoft Project2003 adalah kejayaan kepadaMicrosoft Project 2000 dan

    Microsoft Project98.Microsoft Project2003 telah membina semula features dari

    versi terdahulu, mempertingkatkan keupayaan untuk lebih senang digunakan dan

    memberikan integrasi dengan aplikasiMicrosoft Project yang terkini.

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    32/71

    32

    Microsoft Project 2003 menyediakan peralatan pengurusan projek yang

    terbaik untuk menolong pengurus projek, ketua sesuatu kumpulan atau mana-mana

    individu yang bertanggungjawab untuk perancangan yang efisien dan menguruskan

    projek dari komputer peribadi mereka. Selain daripada peralatan yang mudah dan

    fleksibel, perisian ini juga dapat dihubungkan dengan perisian atau laman web

    tertentu untuk memberikan kemudahan berkomunikasi.

    Projek juga dapat disimpan di dalam internet korporat dan juga dalam

    kumpulan e-mail untuk tujuan berinteraksi secara terus.

    2.19.3 Faedah-FaedahMicrosoft Project

    Perisian Microsoft Projectdapat memberi faedah kepada pengurus projek

    pada peringkat perancangan, pengawalan dan penyiapan sesuatu projek.

    Diantara kemudahan-kemudahanMicrosoft Projectialah seperti di bawah:

    a) Dapat mengira keseluruhan perincian penjadualan

    b) Mengimbangi factor penjadualan yang kritikal dengan mudah

    c) Mengenalpasti masalah-masalah: Sebelum ianya memberi kesan kepada

    perancangan

    d) Membina perancangan projek

    e) Laluan perancangan projek

    f) Penamatan projek

    2.19.4 Mengira keseluruhan Perincian Penjadualan

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    33/71

    33

    Apabila dibina beberapa maklumat aktiviti,Microsoft Projectakan

    menguruskan langkah yang seterusnya. Sebagai contoh, apabila seseorang pengurus

    projek menentukan tugas dan tempohnya, secara automatikMicrosoft Projectakan

    mengira masa bermula dan siap bagi tugas tersebut. Atau jika dikenalpasti waktu

    kerja sesuatu sumber adalah 8 jam, makaMicrosoft Projectboleh memberi

    cadangan (alert) jika terdapat mana-mana sumber memerrlukan waktu (jam)

    tambahan.begitu juga apabila kita mengubah mana-mana faktor,Microsoft Project

    akan membuat pengiraan semula ke atas jadual tersebut dengan kadar segera.

    Tetapi perlu diingatkan bahawa penjadualanMicrosoft Projectberkesan jika

    maklumat yang diberikan adalah tepat. Oleh itu, pastikan maklumat yang diberikan

    sempurna dan tepat.

    2.19.5 Mengimbangi Faktor Penjadualan Yang Kritikal Dengan Mudah

    Pada peringkat Pengurusan Projek,Microsoft Projectboleh menolong

    membaiki keseimbangan di antara tugas, sumber dan tempoh, seperti lebih banyak

    tugas yang perlu ditambah ke atas sesuatu projek tetapi ketiadaan tambahan masa

    diberikan. Pemerhatian segera dapat dilihat pada perisianMicrosoft Projectapabila

    terdapat sumber-sumber sedia ada mempunyai masa yang cukup to accomplish

    tugas baru tanpa melanjutkan tempoh siap projek.

    Pada setiap tugas,Microsoft Projectdapat mengekalkan keseimbangan di

    antara tempoh yang diperlukan untuk menyiapkan tugas, sumber-sumber yang telah

    dikenalpasti dan tempoh keseluruhan tugas.

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    34/71

    34

    Sebagai contoh, jika sesuatu aktiviti menggunakan seorang pekerja, bekerja

    empat hari untuk menyiapkan kerja dalam dua hari, makaMicrosoft Projectakan

    memudahkannnya dengan melantik seorang lagi pekerja.

    2.19.6 Mengenalpasti Masalah-masalah

    Berkebolehan mengesan terlebih dahulu dan mengelakkan timbulnya masalah

    penjadualan yang akan membawa kepada perbezaan di antara kejayaan atau

    kegagalan sesuatu perancangan.

    PerisianMicrosoft Project akan mengenalpasti dan membaiki masalah-

    masalah seperti lebihan sumber, tugas yang boleh melepasi anggaran kos dan konflik

    penjadualan yang boleh melepasi jangkaan waktu siap projek.

    Dengan lain perkataan,Microsoft Projectmenolong kita mengurus projek

    dalam pelbagai tahap keberkesanannya yang kompleks bagi memastikan kita

    menggunakan masa yang sedikit ke atas perincian pengurusan projek tetapi lebih

    kepada kerja-kerja yang penting.

    Sebaik sahaja kita siap membina perancangan projek,Microsoft Projectakan

    menjadikannya semua dalam satu sebagai pembantu pengurusan projek.

    2.19.7 Membina Perancangan Projek

    Semasa fasa kita memasuki tugas-tugas, anggarkan jumlah hari atau jam yang

    diperlukan untuk menyiapkan setiap tugas, kenalpasti samada satu tugas yang mahu

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    35/71

    35

    bermula ada kaitan dengan tugas sebelum atau selepasnya, dan masukkan segala

    sumber pada tugas tersebut, makaMicrosoft Project akan:

    a) Menjadualkan setiap tugas dan melakukan pengiraan tarikh siap tugas

    projek.

    b) Mengira masa yang diperlukan bagi setiap tugas.

    c) Mengimbangi skop, sumber-sumber dan masa atau menunjukkan kepada

    kita yang mana terkeluar dari pertimbangan.

    2.19.8 Laluan Perancangan Projek

    Apabila mengadakan laluan ke atas setiap tugas yang dirancang, kita akan

    mengawasi kemajuan setiap tugas dan secara langsung akan membuat perbandingan

    dengan apa yang dirancang.

    Dengan cara ini, kita akan tahu samada perlu atau tidak dibuat pelarasan ke

    atas laluan tertentu untuk mempastikan projek yang dirancang kekal dalam tempoh

    yang telah ditentukan.

    Microsoft Project akan:

    a) Mempamerkan semua anggaran asal seperti tempoh tugas dan data

    sebenar.

    b) Mengira dan mempamerkan perbezaan antara anggaran asal dan data

    sebenar

    c) Mengemaskini proses secara ringkas proses perancangan beserta data

    sebenar

    d) Mengira kesan ke atas jadual yang telah dikemaskini

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    36/71

    36

    2.19.9 Penamatan Projek

    Pada peringkat penamatan projek, kita akan menyelesaikan semua isu yang

    tertangguh, mengenalpasti tugas yang sempurna, masalah-masalah, bidang yang

    membawa kemajuan di masa depan dan dokumen-dokumen. WalaupunMicrosoft

    Projecttidak menyediakan bantuan khusus kepada aktiviti ini, tapi ianya boleh :

    a) Menyimpan satu salinan asal untuk membantu kita mengenalpasti bidang

    masalah.

    b) Menyimpan nota-nota berkenaan tugas-tugas dan sumber-sumber sebagai

    rujukan semasa menganalisa peningkatan kemajuan dan masalah-masalahnya.

    c) Menyediakan maklumat projek dan dokumen yang diperlukan.

    2.19.10 Komponen-Komponen Microsoft Proiect

    Tiga Komponen Utama Dalam Perisian PerancanganMicrosoft Project adalah

    seperti berikut;

    a) Tugas ( Tasks )

    b) Sumber( Resources )

    c) Tugasan ( Assignments )

    2.19.11 Tugas ( tasks)

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    37/71

    37

    Kerja sebenar yang diperlukan untuk mencapai matlamat projek dapat

    dipecahkan kepada tugas-tugas terperinci ke dalam ruangan tugas ini.

    2.19.12 Sumber (Resources)

    Sumber-sumber adalah tenaga kerja (pekerja), peralatan, bahan-bahan,

    perkhidmatan dan sebagainya yang diperlukan bagi menyiapkan sesuatu tugas.

    Jumlah sumber yang digunakan akan memberi kesan terhadap skop projek dan masa

    yang dirancang untuk menyiapkan sesuatu projek.

    2.19.13 Tugasan (Assignments)

    Tugasan adalah salah satu sumber yang spesifik yang dikenalpasti bagi tugas

    tertentu.

    Microsoft Projectboleh gunakan pelbagai sumber untuk tugas tertentu iaitu

    satu tugas boleh mempunyai pelbagai tugasan. Tugasan secara langsung berkesan ke

    atas jumlah masa projek. Apabila tarikh siap berubah dan projek perlu disiapkan

    lebih cepat dari yang dirancang, sumber-sumber yang diperlukan boleh ditambah

    untuk menyiapkan tugas tersebut.

    Dengan memendekkan tempoh sesuatu tugas, secara keseluruhannnya kita

    juga mempercepatkan tempoh penyiapan projek tersebut.

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    38/71

    38

    2.19.14 Helaian Rajah Perancangan DalamMicrosoft Project.

    Berikut adalah helaian jadual yang boleh didapati dalamMicrosoft Project;

    a) Gantt Chart

    Helaian yang mempamerkan senarai tugas dan maklumat berkaitan

    serta carta grafik bagi tugas dan tempoh cadangan setiap tugas.

    Helaian ini juga digunakan oleh seseorang pengurus untuk

    memasukkan dan menyenaraikan penjadualan kerja.

    b) Network Diagram

    Ini adalah satu persembahan grafik bagi aliran aktiviti dan

    perhubungannya. Petak aktiviti akan bersambungan bersama dengan

    diwakili oleh petunjuk panah satu hala. Aktiviti pertama diletakkan

    pada sebelah kiri diagram dan aktiviti terakhir apda berada disebelah

    kanan. Petak aktiviti biasanya dipamerkan pada aras atau baris yang

    berbeza (tidak dalam baris yang sama) umtuk menunjukkan semua

    aktiviti yang dirancang berkaitan antara satu sama lain.

    c) Calender

    Kalender bulanan menunjukkan tugas dan tempoh. Guna ruang ini

    untuk mempamerkan tugas yang telah dirancang dalam minggu yang

    tertentu. Kalender projek mempamerkan time intervals samada

    aktiviti atau sumber boleh dijadualkan atau tidak.

    d) Task Usage

    Satu senarai tugas yang menunjukkan sekumpulan sumber yang telah

    dikenalpasti di bawah sesuatu tugas. Paparan ini digunakan untuk

    pindaan jumlah sumber-sumber kerja yang digunakan pada sesuatu

    tugas.

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    39/71

    39

    e) Tracking Gantt

    Satu senarai tugas dan meklumat berkaitan serta carta grafik

    menunjukkan bar setiap kerja yang telah dirancang dan dijadualkan.

    Paparan ini juga dapat mambanding jadual yang dikehendaki dengan

    jadual sebenar.

    f) Task Sheet

    Satu senarai perkaitan antara tugas dan maklumat. Guna paparan ini

    untuk memasukkan dan menjadualkan tugas-tugas dalam helaian

    kerja.

    g) Resource Graph

    Graf yang menunjukkan penempatan sumber, kos atau kerja lebih

    masa. Paparan ini juga mempamerkan tentang satu sumber atau

    sekumpulan sumber lebih masa.

    h) Resource Sheet

    Satu senarai sumber-sumber dan maklumat berkaitan. Paparan ini juga

    digunakan untuk memasukkan dan melakukan pindaan pada

    maklumat.

    i) Resource Usage

    Satu senarai sumber menunjukkan sekumpulan tugas yang telah

    dipilih dari setiap sumber. Guna paparan ini untuk menunjukkan

    kedudukan maklumat kes atau kerja bagi setiap sumber. Paparan ini

    juga digunakan untuk meminda jumlah sumber kerja digunakan pada

    sesuatu tugas.

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    40/71

    40

    BAB III

    METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Pengenalan

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    41/71

    41

    Bab ini akan mengkaji apakah faktor-faktor yang boleh meningkatkan

    penggunaan perisian perancangan projek di kalangan kontraktor khasnya dan

    perunding serta pegawai penguasa amnya. Kajian ini dibuat secara tinjauan dengan

    menggunakan kaedah soal selidik terhadap responden-responden berkaitan di Pantai

    Timur. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jumlah penggunaan perisian

    perancangan projek, faktor-faktor yang menyebabkan perisian perancangan tidak

    digunakan oleh sebahagian kontraktor dan seterusnya untuk mendapat maklum balas

    daripada kontraktor tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk

    mempertingkatkan penggunaan perisian perancangan projek di kalangan kontraktor

    di Pantai Timur. Kajian ini juga akan mengenalpasti peratusan tenaga mahir yang

    mengendalikan perisian perancangan projek. Terdapat beberapa masalah yang timbul

    semasa kajian ini dijalankan. Walaubagaimanapun masalah-masalah tersebut

    terpaksalah dihadapi dan di atasi bagi memenuhi objektif kajian yang telah

    dinyatakan pada awalnya.

    3.2 Ringkasan Skop Kerja

    Skop kerja di dalam kajian ini merangkumi beberapa fasa atau aktiviti :

    i. Mengenalpasti responden

    ii. Menyediakan borang kaji selidik

    iii. Mencari atau meninjau terhadap responden

    iv. Berjumpa atau menemubual responden

    v. Mengumpul data atau menganalisis data

    vi. Mengimpletasikan data ke dalam komputer

    vii. Menganalisis keputusan yang diperolehi

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    42/71

    42

    3.3 Metodologi

    Dalam mencapai matlamat kajian, penyelidikan dan kajian akan dibuat

    berdasarkan langkah yang terperinci terhadap aktiviti-aktiviti berikut :

    a) Mendapatkan maklumat serta bahan-bahan rujukan bagi memudahkan

    penelitian terhadap pencapaianMicrosoft Projectdalam industri pembinaan

    bangunan bertetulang.

    b) Mendapatkan data-data dengan menggunakan borang soal-selidik yang akan

    diajukan kepada pihak kontraktor, perunding dan pemilik (Pegawai

    Penguasa).

    c) Menggunakan khidmat pos untuk tujuan pengedaran borang soal-selidik.

    d) Berjumpa sendiri untuk sessi berdialog serta menemubual pihak pengurusan

    syarikat dan pegawai penguasa.

    e) Menggunakan computer peribadi, perisianMicrosoft ExceldanMicrosoft

    Projectuntuk merekod serta menganalisa data-data yang akan diperolehi.

    f) Kesimpulan akan dibuat hasil daripada perbandingan antara soal-selidik yang

    dibuat terhadap pihak pengurusan kontraktor dan pihak pegawai penguasa.

    3.4 Mengenalpasti Responden

    Responden kajian adalah terdiri daripada kontraktor-kontraktor, Pegawai

    Penguasa, Juru Perunding dan juga pemilik yang berdaftar atau beroperasi di Pantai

    Timur.

    Pencarian atau pemilihan responden adalah tertumpu kepada kontraktor yang

    sedang menjalankan kerja atau yang masih aktif yang diakui samada oleh Pusat

    Khidmat Kontraktor (PKK), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    43/71

    43

    (CIDB), Jabatan Kerja Raya dan sebagainya. Ini adalah supaya data yang diperolehi

    mempunyai fakta yang kukuh dan tepat.

    3.5 Borang Soal Selidik

    Soal selidik dijadikan sebagai alat kajian utama dalam kajian ini. Soalannya

    telah dibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu bahagian kajian am dan

    bahagian kajian terperinci.

    Bahagian kajian am terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian 1 dan 2.

    Bahagian 1 mempersoalkan tentang latar belakang syarikat/responden iaitu yang

    meliputi nama syarikat, jawatan dan peranan responden, pendaftaran dengan Pusat

    Khidmat Kontraktor (PKK) atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan

    Malaysia (CIDB) dan juga bidang pembinaan yang diceburi.

    Manakala Bahagian 2 dalam kajian am pula hanya menekankan tentang

    pengetahuan responden tentang kewujudan PerisianMicrosoft Projectdan

    penglibatan responden menggunakanMicrosoft Projectsemasa merancang,

    menjalankan dan mengawasi sesuatu projek yang dijalankan.

    Bahagian Kajian terperinci juga dibahagikan kepada dua bahagian iaitu

    Bahagian A dan Bahagian B. Persoalan dalam Bahagian A menjurus kepada

    responden yang mengetahui dan menggunakan PerisianMicrosoft Project, iaitu sama

    ada secara serius atau sebaliknya.

    Bahagian A ini juga mendapatkan maklumbalas daripada responden tentang

    faktor-faktor yang menyebabkan sesebuah syarikat menggunakan PerisianMicrosoft

    Project, kelebihan dan kekurangan dalam menggunakan perisian ini serta langkah-

    langkah yang perlu diambil oleh pihak berkuasa untuk meningkatkan penggunaannya

    di masa hadapan.

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    44/71

    44

    Bahagian B pula merupakan bahagian persoalan terhadap responden yang

    tidak menggunakan PerisianMicrosoft Projectatau yang langsung tidak mengetahui

    tentang kewujudan serta keperluan semasa. Faktor-faktor yang menjadi halangan

    kepada responden daripada menggunakan PerisianMicrosoft Projectdan langkah-

    langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan kesedaran penggunaan Perisian

    Microsoft Project.

    Contoh borang soal selidik ada disertakan bersama disertasi di Lampiran A.

    3.6 Berjumpa atau Menemubual Responden

    Kaedah bagi menyoal pihak responden akan terdiri daripada :

    a) Membuat temujanji dengan responden untuk berjumpa dan seterusnya

    menemubual mereka.

    b) Menghantar borang soal selidik melalui mesin fax dan seterusnya

    menemubual mereka melalui telefon

    c) Dengan hanya menghantar borang selidik melalui mesin fax.

    3.7 Menemubual Pihak Klien

    Bagi mengkukuhkan lagi kajian ini, maka temuduga kepada pihak klien telah

    dijalankan. Ini bertujuan untuk memastikan adakah benar setiap projek yang

    dijalankan memerlukan perancangan dan penjadualan projek serta adakah sesuatu

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    45/71

    45

    projek itu boleh berjaya tanpa perancangan yang betul. Pihak klien yang

    dimaksudkan adalah seperti Jabatan Kerja Raya (JKR)

    3.8 Mengumpul Data atau Menganalisa Data

    Pengumpulan data dibuat setelah responden selesai ditemubual atau

    menjawab borang soal selidik. Seterusnya data yang telah dikumpul menerusi soal

    selidik dianalisis dan dihuraikan bagi mencapai objektif di dalam kajian ini.

    3.9 Mengimpletasikan Data Ke Dalam Komputer

    Setelah data dan maklumat dikumpul dan dianalisis maka ianya dimuatkan ke

    dalam komputer supaya dapat dipersembahkan dengan lebih jelas dan dapat

    dihuraikan dengan lebih teliti supaya hasil kajian dapat dicapai. Pengumpulan data

    dan maklumat ke dalam komputer ini di buat dengan menggunakan Perisian

    Microsoft Excel. Kaedah ini digunakan untuk mencari peratusan dan bilangan

    jawapan daripada pihak responden melalui soalan-soalan yang diberikan.

    3.10 Analisa Awal

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    46/71

    46

    Berdasarkan kekurangan masa bagi menganalisis data maka bilangan

    responden yang dipilih hanyalah sebanyak 54 responden bagi keseluruhan

    kontraktor-kontraktor, perunding dan pegawai penguasa yang berdaftar di sekitar

    Pantai Timur. Jawapan daripada responden diharapkan akan dapat mengenalpasti

    kaedah yang sesuai dan sering digunakan oleh responden dalam merancang dan

    menjadual projek mereka. Responden yang dipilih adalah di kalangan kontraktor dan

    syarikat yang berkaitan kerja-kerja pembinaan.

    3.11 Masalah-masalah Yang Dihadapi Sepanjang Kajian

    Kajian ini dibuat dengan kaedah utama iaitu menemubual secara langsung

    dengan pihak responden dengan menebual temujanji dengan pegawai-pegawai

    mereka. Kaedah ini menghadapi sedikit kesulitan kerana kebanyakan pegawai-

    pegawai mereka samada sibuk dengan tugas harian mereka ataupun tiada masa

    dengan tugas harian mereka ataupun tiada masa yang sesuai untuk mereka memenuhi

    temujanji yang diaturkan. Ada juga berlaku apabila temujanji yang dibuat terpaksa

    dibatalkan dengan alasan bahawa mereka terlalu sibuk dengan tugasan mereka.

    Namun kebanyakan mereka dapat ditemubual setelah diulangi beberapa kali

    atau terus ke pejabat-pejabat mereka tanpa dibuat temujanji. Maklumbalas dan

    kerjasama yang diterima amatlah membanggakan dan dapat membantu kajian ini

    dengan jayanya. Ini dapat disimpulkan bahawa temubual secara terus memberi kesan

    yang baik dan terperinci dalam menjayakan kajian ini.

    Kaedah kedua yang dilakukan untuk menjayakan kajian ini ialah dengan

    menghantar borang kaji selidik melalui mesin fax dan khidmat penghantaran cepat.

    Selepas pegawai atau kakitangan syarikat tersebut menerima borang kaji selidik ini

    maka disusuli pula dengan panggilan telefon bagi menerangkan cara-cara untuk

    menjawab soalan-soalan yang diberikan. Terdapat juga sebahagian daripada mereka

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    47/71

    47

    yang tidak mahu ditemu bual melalui telefon tetapi hanya menjawab soalan tersebut

    dan menghantarnya kemudian. Alasan yang diberikan oleh mereka ialah tidak

    mempunyai masa kerana terlalu sibuk atau memerlukan masa bagi menjawab soalan

    kaji selidik tersebut. Secara keseluruhannya maka dapat disimpulkan bahawa kajian

    yang dijalankan mempunyai masalah-masalah berikut :

    a) Masa kajian yang terlalu singkat

    b) Pegawai-pegawai syarikat yang terlalu sibuk dengan kerja harian mereka dan

    ini membuatkan mereka tidak dapat ditemubual

    c) Tiada tindakbalas daripada responden setelah kiriman soal selidik dilakukan.

    d) Jawapan yang diberikan tidak lengkap dan tidak memuaskan

    e) Alasan bahawa mereka tidak menerima borang kaji selidik yang telah dihantar

    f) Temujanji yang dibuat terpaksa dibatalkan

    Namun begitu, kebanyakan daripada mereka telah memberi kerjasama

    terhadap kajian ini setelah penerangan diberikan bahawa pendapat-pendapat yang

    diberikan oleh mereka membolehkan objektif kajian ini dicapai dan seterusnya dapat

    menggambarkan bahawa perancangan dan penjadualan berperisian ini adalah sangat

    penting dalam industri pembinaan serta penggunaan komputer merupakan suatu

    kaedah yang sesuai dalam merancang dan menjadual sesuatu projek.

    3.12 Ulasan Daripada Pihak Klien

    Bagi mengukuhkan lagi kajian ini maka temuduga terhadap klien telah diadakan.

    Pihak klien tersebut adalah wakil daripada Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR).

    Persoalan telah ditimbulkan kepada beliau iaitu adakah perancangan dan penjadualan

    projek itu penting dalam industri pembinaan serta adakah pihak klien iaitu JKR

    sentiasa memerlukan perancangan dan penjadualan bagi setiap projek mereka. Hasil

    daripada temuduga tersebut, maka di dapati bahawa perancangan dan penjadualan

    projek adalah suatu kemestian dalam industri pembinaan kerana perancangan dan

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    48/71

    48

    penjadualan projek adalah suatu batu asas kepada system pengawalan projek bagi

    mengenalpasti kuantiti, kos dan ukuran masa yang diperlukan untuk menjayakan

    sesuatu projek. Beliau juga mengatakan bahawa perancangan dan penjadualan projek

    ini adalah suatu kemestian dan pihak kontraktor perlulah menyediakan dan

    menghantarnya kepada pihak JKR sebelum sesuatu projek itu dijalankan. Dan ini

    adalah sangat penting kerana dengan perancangan dan penjadualan projek yang

    dibuat dengan betul dan efektif maka masalah-masalah yang timbul semasa dan

    selepas pembinaan seharusnya dapat dielakkan. Oleh yang demikian, itu tidak ada

    pengecualian yang diberikan terhadap mana-mana kontraktor sekiranya ingin

    menjalankan sesuatu projek di bawah kendalian JKR.

    3.13 Rumusan

    Daripada 150 responden yang dipilih untuk menjawab persoalan kajian

    ini,didapati terdapat hanya 54 orang responden sahaja yang telah memberi

    tindakbalas dalam menjayakan kajian ini.Ini dapatlah dirumuskan bahawa terdapat

    pelbagai masalah yang dihadapi semasa kajian ini dijalankan iaitu seperti yang telah

    dibincangkan sebelum ini.

    Sungguh pun begitu, analisa awal telah mendapati bahawa kajian ini berjaya

    menghuraikan beberapa soalan yang telah dikemukakan terhadap responden. Dengan

    perancangan kerja yang teratur dalam membuat penyelidikan ini, maka keputusan

    yang diharapkan telah berjaya dikupas dan dihuraikan.

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    49/71

    49

    BAB IV

    ANALISIS DAN KEPUTUSAN KAJIAN

    4.1 Pengenalan

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    50/71

    6%7%

    78%

    9%0%

    Pegawai Penguasa Perunding Kontraktor Pemaju etc.

    50

    Bahagian ini akan mempersembahkan, menjelaskan dan membincangkan huraian

    data-data yang diperolehi dari kajian soal selidik. Analisis data telah menggunakan

    perisian komputer iaitu Microsoft Excel. Kepentingan hasil kajian juga

    dibincangkan. Perbincangan telah dibuat berdasarkan perkara-perkara berikut:-

    a) Analisis tentang penglibatan syarikat atau agensi yang terlibat di dalam

    industri pembinaan tentang penggunaan perancangan projek.

    b) Analisa tentang bidang pembinaan yang diceburi oleh responden

    c) Analisis tentang pengetahuan terhadap perisian perancangan

    d) Analisis tentang responden yang menggunakanMicrosoft Project

    4.1.1 Analisis penglibatan syarikat atau agensi tentang penggunaan Perisian

    Perancangan Pembinaan

    Bahagian ini memberi keputusan analisis terhadap penglibatan syarikat yang

    terdapat dalam industri pembinaan yang memberikan maklumbalas berhubung

    dengan kajian ini. Taburan analisis ini digambarkan dalam di dalam Rajah 4.6 di

    bawah :-

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    51/71

    Infrastruktu

    Banguna

    Jalanray

    Bekalan Ai

    etc.

    0 10 20 30 40 50

    Jumlah

    1

    Bidan

    gPembinaan

    51

    Rajah 4.6 : Peranan Responden

    Rajah di atas menunjukkan 78% syarikat yang memberi maklumbalas adalah

    daripada bilangan kontraktor pembinaan di Pantai Timur, diikuti oleh pemaju

    sebanyak 9%, perunding juga mempengaruhi bilangan respon yang diterima di mana

    sebanyak 7% dan 6 % pula adalah Pegawai Penguasa.

    Secara tidak langsung kajian penggunaan perisianMicrosoft Project

    melibatkan sebahagian besar dari pihak kontraktor di Pantai Timur.

    4.1.2 Bidang Pembinaan Yang Diceburi Oleh Responden

    Rajah 4.7 di bawah menunjukkan maklumat tentang bidang utama yang

    diceburi oleh responden dalam industri pembinaan.

    Rajah 4.7 : Bidang Responden

    Industri pembinaan bangunan merupakan bidang kerja utama responden dan

    diikuti kerja-kerja dalam bidang infrastruktur yang melibatkan jambatan, empangan

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    52/71

    52

    dan sebagainya. Sebahagian responden juga menjalankan kerja-kerja pembinaan

    jalan raya dan bekalan air. Hanya satu responden yang dapat ditemubual dalam

    kajian ini yang hanya menjalankan kerja-kerja pengurusan iaituRedicare Sdn.Bhd.

    Sebagai kesimpulannya, kajian ini telah berjaya mendapatkan majoriti

    maklumbalas daripada kontraktor pembinaan bangunan seperti mana yang

    dikehendaki.

    4.1.3 Tahap Pengetahuan Responden Terhadap PerisianMicrosoft Project

    Hasil daripada kajian yang dijalankan, sepertimana Rajah 4.8 di bawah,

    didapati hampir keseluruhan responden iaitu sebanyak 91% mengetahui tentang

    perisian perancangan di dalam industri pembinaan khasnya dan di dalam pasaran

    amnya.

    Jumlah respoden yang langsung tidak mengetahui tentang kewujudan serta

    kepentingan PerisianMicrosoft Projectadalah amat sedikit iaitu hanya 9% sahaja.

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    53/71

    53

    Rajah 4.8 : Pengetahuan Dan Penggunaan Perisian

    Microsoft Project

    Ini menggambarkan bahawa kesedaran tentangPerisian Microsoft Project

    telah wujud di dalam industri pembinaan di Negeri Pantai Timur. Hanya tahap

    penggunaannya perlulah dipertingkatkan.

    4.1.4 Analisis Terhadap Syarikat/Agensi Yang Menggunakan Perisian

    Microsoft Project.

    Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati sebahagian besar responden

    mengetahui kewujudan PerisianMicrosoft Projectdi pasaran, tetapi hanya

    sebahagian daripada mereka menggunakannya sebagai pembantu dan juga pemandu

    dalam menjalankan sesuatu projek yang mereka jalankan.

    Keputusan yang diperolehi daripada kajian ini, dari Rajah 4.8 di atas didapatihanya 32 responden iaitu sebanyak 59% sahaja yang menggunakan Perisian

    0

    10

    20

    30

    40

    50

    60

    Tidak5 (9%) 22 (41%)

    Ya49 (91%) 32 (59%)

    Mengetahui MP Guna Mp

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    54/71

    54

    Microsoft Project. Manakala 41% lagi hanya mengetahui tetapi tidak berminat untuk

    menggunakan faedah yang terdapat di dalam PerisianMicrosoft Projectdemi

    meningkatkan tahap kecekapan syarikat dalam menguruskan sesuatu projek.

    Pelbagai pihak perlu mencari penyelesaian terhadap kesedaran pihak

    kontraktor khasnya dan pihak yang terllibat dalam industri pembinaan amnya agar

    dapat mempertingkatkan lagi tahap kesedaran tentang kepentingan dan kemudahan

    penggunaan perisian perancanganMicrosoft Projectdalam merancang, mengawasi

    dan menyiapkan sesuatu projek yang dijalankan dengan jayanya.

    4.2 Penggunaan Perisian Perancangan Microsoft Project

    Setelah kajian dijalankan keatas responden-responden seperti mana yang

    telah dinyatakan dalam perbincangan sebelumnya, di dapati sebahagian responden

    mengunakan PerisianMicrosoft Projectdalam merancang dan mengawasi projek

    masing-masing. Beberapa kepentingan kajian dibincangkan dan berdasarkan perkara-

    perkara berikut;

    a) Pelantikan pegawai yang bertanggungjawab terhadap perancangan projek

    pembinaan menggunakanMicrosoft Project.

    b) Faktor-Faktor yang menyebabkan responden menggunakan perisian

    perancanganMicrosoft Project.

    c) Penggunaan perisianMicrosoft Project; dalam perancangan projek.

    d) Faktor-Faktor yang mendorong kepada penggunaan perisianMicrosoft

    Project.

    e) Langkah-Langkah yang patut di ambil untuk meningkatkan penggunaannya.

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    55/71

    55

    4.2.1 Pelantikan Pegawai Yang Bertanggungjawab Terhadap Perancangan

    Projek Pembinaan Menggunakan Microsoft Project.

    Kajian mendapati individu atau pegawai yang mahir dalam menggunakan

    PerisianMicrosoft Projectdi Pantai Timur belum memuaskan seperti yang

    ditunjukkan dalam Rajah 4.9 di bawah;

    Rajah 4.9 : Perlantikan Pegawai Yang Bertanggungjawab

    Merujuk kepada Rajah 4.9 di atas, analisis yang diperolehi hanya 56%

    daripada syarikat yang menggunakan PerisianMicrosoft Projectmempunyai

    pegawai yang diberi tanggungjawab penuh terhadap merancang dan mengawasi

    PerisianMicrosoft Projectsemasa menguruskan sesuatu projek.

    Manakala bagi syarikat yang tidak mempunyai pegawai khusus, mereka telah

    menggunakan khidmat individu bebas dalam merancang perancangan projek mereka

    tetapi tidak dalam menguruskan perlaksanaan projek. Syarikat-syarikat ini

    menggunakan PerisianMicrosoft Projecthanyalah semata-mata memenuhi kehendak

    kontrak.

    Daripada analisis di atas, maka dapat dihuraikan bahawa kebanyakan syarikat

    pembinaan yang disoal selidik tidak mempunyai pegawai khusus yang diberi

    Pe g a w a i Pe r a n c a n g a n M ic r o s o ft

    Tidak

    Melan t i

    Pegawa i

    44%

    A da M e la n

    Pegawa i ,56%

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    56/71

    56

    tanggungjawab merancang dan mengawasi projek melalui PerisianMicrosoft

    Project.

    Sungguhpun tanpa mempunyai pegawai khusus, kontraktor masih lagi

    mampu merancang pembinaan mereka tetapi tidak kepada pengurusan dan

    pengawasan projek yang tepat. Oleh itu, pihak tertentu perlu menyelesaikan masalah

    ini dengan lebih berkesan agar industri pembinaan di Pantai Timur dapat berjalan

    dengan lebih efisien.

    4.2.2 Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Penggunaan Perisian Microsoft

    Project

    Bahagian ini membincang dan menghuraikan tentang faktor-faktor yang

    menyebabkan responden menggunakan PerisianMicrosoft Projectdalam industri

    pembinaan di Pantai Timur.

    Rajah 4.10 : Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi PenggunaanMicrosoft Project

    Lain-lain

    0%

    Menjimatkan

    7%

    Meancarkan

    Projek

    19%

    Faedah

    8%Pengawasan

    23%

    Mempercepat

    kan

    8%

    Arahan

    Pemilik7%

    Arahan P.P

    28%

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    57/71

    57

    Merujuk kepada Rajah 4.10, data-data yang diperolehi telah menunjukkan

    bahawa faktor arahan Pegawai Penguasa telah memainkan peranan utama ke arah

    penggunaan Perisian Perancangan iaitu sebanyak 28% daripada jumlah soal selidik

    yang dijalankan. Ini disebabkan oleh penekanan atau syarat wajib yang dikenakan

    kepada kontraktor sama ada semasa memasuki tender atau ketika menjalankan projek

    yang dianugerahkan. Dengan syarat ini, kontraktor terpaksa mengadakan atau

    mendapatkan peralatan dan tenaga mahir untuk memenuhi kehendak yang telah

    ditetapkan.

    Faktor kedua penting yang menyebabkan kontraktor menggunakan Perisian

    Microsoft Projectadalah faktor pengawasan projek iaitu untuk mengawasi kemajuan

    projek yang sedang dijalankan. Pengawasan yang berterusan ke atas kemajuan

    sesuatu projek melalui Perisian Perancangan akan dapat membantu pihak pengurusan

    sama ada di pejabat atau di tapak bina mengawasi dengan lebih berkesan.

    Kontraktor industri pembinaan juga bersetuju bahawa dengan menggunakan

    PerisianMicrosoft Projectdapat melancarkan kemajuan sesuatu projek yang akan

    dijalankan. Faktor menjimatkan perbelanjaan, faedah dan kepentingan dapat

    mempercepatkan tempoh penyiapan sesuatu projek dan arahan pemilik juga

    memainkan peranan yang penting ke arah kesedaran dan komitmen kontrak

    menggunakan PerisianMicrosoft Projectdi dalam pengurusan projek mereka di

    masa hadapan.

    Daripada kajian yang dijalankan, didapati bahawa peranan Pegawai Penguasa

    amatlah penting untuk menyedarkan kontraktor terhadap kepentingan penggunaan

    PerisianMicrosoft Projectsemasa merancang, mengawasi dan menyiapkan sesuatu

    projek di dalam industri pembinaan di masa kini.

    4.2.3 Penggunaan PerisianMicrosoft Project.

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    58/71

    58

    Bahagian ini membincang serta menghuraikan tentang penggunaan Perisian

    Microsoft Projectdi Pantai Timur.

    Daripada data-data yang diperolehi dan daripada analisis yang telah

    dijalankan, didapati pendapat responden menyatakan PerisianMicrosoft Projecttidak

    begitu mudah digunakan dan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan perisian

    Microsoft Projectyang tulen di pasaran di Pantai Timur.

    44% 38%

    97% 91%

    47%

    97%

    56% 62%53%

    3%9%3%

    0%

    20%

    40%

    60%

    80%

    100%

    120%

    Tidak 56% 62% 3% 9% 53% 3%

    Setuju 44% 38% 97% 91% 47% 97%

    Senang

    DiPerolehiHarga Murah Kursus Khas

    Pegawai

    Mahir

    Khidmat

    Tenaga

    Mahir

    Berfaedah

    Rajah 4.11 : Penggunaan Perisian PerancanganMicrosoft Project

    Merujuk kepada Rajah 4.11, didapati majoriti maklumbalas daripada

    kontraktor iaitu sebanyak 97% menyatakan bahawa pengguna PerisianMicrosoft

    Projectmemerlukan kursus khas dan terperinci bagi menggunakannya dengan

    berkesan dan lancar.

    Mereka juga berpendapat bahawa keperluan tenaga mahir amatlah diperlukan

    untuk membolehkan mereka menggunakannya perisian perancanganMicrosoft

    Projectsecara berkesan. Mereka juga secara keseluruhannya bersetuju bahawa

    PerisianMicrosoft Projectmemberi faedah kepada mereka ketika merancang dan

    mengawasi sesuatu projek.

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    59/71

    59

    Hasil daripada kajian ini juga menyatakan bahawa kesukaran untuk

    mendapatkan tenaga mahir yang berkebolehan untuk mengoperasi PerisianMicrosoft

    Projectdi Pantai Timur turut mempengaruhi kadar penggunaannya.

    4.2.4 Faktor-faktor Yang Mendorong Kepada Penggunaan Perisian Microsoft

    Project.

    MudahDiperolehi

    7% Lain-lain

    0%

    Arahan P.P

    40%

    Kemahiran

    17%

    Kesedaran

    36%

    Rajah 4.12 : Faktor-Faktor Pendorong Kepada Penggunaan

    PerisianMicrosoft Project

    Menurut kajian yang telah dijalankan ke atas responden yang berkenaan terhadap

    faktor-faktor dorongan yang membawa kepada penggunaan PerisianMicrosoft

    Project, adalah seperti berikut:

    a) Arahan Pegawai Penguasa (P.P.)

    Di dapati daripada analisis yang diperolehi daripada kajian yang dijalankan,

    faktor ini menjadi pendorong yang sangat penting untuk merealisasikan

    penggunaan PerisianMicrosoft Projectdi kalangan kontraktor binaan di

    Pantai Timur. Ini disebabkan adalah menjadi satu syarat utama semasa

    memasuki tender, penyediaan jadual perancangan apabila ingin memulakan

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    60/71

    60

    sesuatu projek dan juga merupakan satu alat yang wajib digunakan semasa

    membentangkan kemajuan kerja melalui S-Curve Microsoft Project.

    b) Kesedaran Tentang Faedah Yang Penggunaannya

    Setelah menggunakan PerisianMicrosoft Project, pihak kontraktor mula

    menyedari akan faedah-faedah yang boleh menolong memajukan sistem

    pengawalan dan pengawasan projek yang dapat menjimatkan masa dan kos,

    melancarkan kemajuan projek, ketepatan dalam perancangan dan sebagainya.

    Faktor dorongan ini telah menjadi antara faktor terpenting kepada kontraktor

    yang pernah mengetahui dan menggunakan PerisianMicrosoft Project. Ini

    secara tidak langsung akan memberikan galakan kepada kontraktor-

    kontraktor lain menggunakan PerisianMicrosoft Project.

    c) Mempunyai pengetahuan dan kemahiran tentang PerisianMicrosoft Project.

    Daripada data-data yang diperolehi, faktor berpengetahuan dan berkemahiran

    tentang faedah serta operasi PerisianMicrosoft Projecttelah menjadi faktor

    ketiga terpenting ke arah menggalakkan kontraktor binaan menggunakan

    perisian perancangan ini. Tahap pengetahuan dan kemahiran dalam bidang

    ini masih lagi rendah di Pantai Timur di mana hanya syarikat-syarikat yang

    besar sahaja yang mampu menggaji pegawai yang mahir dalam bidang

    perancangan berperisian ini.

    d) Faktor mudah diperolehi

    PerisianMicrosoft Projecttidaklah begitu senang diperolehi di Pantai Timur

    dan dengan harga yang agak tinggi menjadikannya faktor yang tidak utama

    sebagai penggalak kepada kontraktor untuk menggunakan PerisianMicrosoft

    Projectsemasa menguruskan sesuatu projek pembinaan.

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    61/71

    61

    4.2.5 Langkah-Langkah Peningkatan Penggunaan PerancanganMicrosoft

    ProjectTerhadap Pengguna PerisianMicrosoft Project

    Bahagian ini memberikan keputusan analisis terhadap langkah-langkah yang

    perlu di ambil untuk mempertingkatkan penggunaan PerisianMicrosoft Projectdi

    kalangan kontraktor-kontraktor yang pernah menggunakannya.

    Penguatkuasaan

    40%

    Lain-lain

    0%

    P ublisiti

    10%

    Insentif/Galakan

    17%

    Kursus Kesedaran

    33%

    Rajah 4.13 : Langkah-Langkah Peningkatan Penggunaan

    PerisianMicrosoft Project

    Daripada Rajah 4.13, didapati sebanyak 40% responden menyatakan langkah

    peningkatan penguatkuasaan penggunaannya oleh pihak tertentu seperti Pegawai

    Penguasa, pemilik dan sebagainya telah menjadi langkah terpenting terhadap

    kontraktor agar perisian ini digunakan dalam perancangan projek.

    Sejumlah 33% responden berpendapat bahawa kursus kesedaran dapat

    mempertingkatkan penggunaan perisianMicrosoft Projectdalam industri pembinaan

    di Pantai Timur. Penyediaan insentif atau galakan terhadap mana-mana kontraktor

    yang menggunakan perisian ini juga mendapat persetujuan daripada responden di

    mana sebanyak 17% daripada mereka menyatakan hasrat tersebut. Sebanyak 10%

    daripada mereka memilih hebahan dan publisiti pendorong kearah peningkatan

    penggunaan perisianMicrosoft Project.

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    62/71

    62

    4.3 Halangan Kepada Penggunaan PerisianMicrosoft Project

    Merujuk kepada Rajah 4.8, didapati sebanyak 41% responden yang disoal

    selidik tidak menggunakan PerisianMicrosoft Projectsemasa mengurus, merancang

    dan mengawasi projek masing-masing. Beberapa kepentingan kajian dibincangkan

    untuk mengenal pasti masalah-masalah yang menjadi halangan kepada penggunaan

    PerisianMicrosoft Projectini. Perbincangan tertumpu kepada beberapa perkara

    berikut:

    a) Faktor-faktor yang menjadi halangan kepada kontraktor dalam menggunakan

    PerisianMicrosoft Project

    b) Bantuan khusus, peralatan dan perisian berkaitan

    c) Langkah-langkah yang patut diambil oleh pihak berkuasa untuk

    meningkatkan penggunaan PerisianMicrosoft Project

    4.3.1 Faktor-faktor yang menjadi halangan kepada kontraktor dalam

    menggunakan PerisianMicrosoft Project

    Berdasarkan kepada rajah 4.14 dan analisis yang dapat dihuraikan daripada

    kajian yang dijalankan, didapati faktor tiada arahan atau penekanan yang berterusan

    daripada pihak pengurusan syarikat iaitu sebanyak 33% sebagai faktor utama

    sesebuah syarikat tidak mengamalkan perisianMicrosoft Projectsemasa

    menguruskan sesuatu projek. Ini disebabkan pihak pengurusan tidak begitu

    menekankan penggunaan perisianMicrosoft Projectsebagai alternatif utama sistem

    perancangan projek bagi syarikat mereka.

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    63/71

    63

    Tidak Mahir

    30%

    Tiada Peralatan

    9%

    Susah & Mahal

    11%

    Lain-lain

    2%Perisian Lain

    4%Tiada Faedah

    11%

    Tiada Arahan

    33%

    Rajah 4.14 : Faktor-Faktor Halangan Penggunaan

    PerisianMicrosoft Project

    Ketiadaan pegawai yang mahir dan tahu tentang penggunaan perisian

    Microsoft Project menjadi faktor kedua terhadap sebab-sebab sesebuah syarikat tidak

    menggunakan perisianMicrosoft Projectuntuk kegunaan merancang dan mengawasi

    projek.

    Komitmen untuk mendapatkan perisianMicrosoft Projectdan kepercayaan

    bahawa perisian ini tidak memberikan faedah yang berkesan juga mempengaruhi

    kontraktor di Pantai Timur tidak memilih perisianMicrosoft Projectdalam sistem

    perancangan projek.

    Perkembangan teknologi yang perlahan ke Pantai Timur yang mengakibatkan

    kelengkapan peralatan berteknologi tinggi rumit di dapati di pasaran juga menjadi

    faktor halangan kepada kontraktor dari memilih PerisianMicrosoft Project. Saingan

    daripada perisian lain sepertiPrimavera juga memainkan peranan sebagai alternatif

    kepada kontraktor tidak memilih PerisianMicrosoft Project. Sesetengah pemilik

    sepertiPetronas yang lebih menekankan penggunaan perisianPrimavera ke atas

    mana-mana kontraktor yang mendapat kontrak mereka juga telah mempengaruhi

    kontraktor dari memilih perisianMicrosoft Projectdengan lebih meluas. Secara

    keseluruhannya, pihak pengurusan syarikat dan tenaga mahir boleh mempengaruhi

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    64/71

    64

    mana-mana kontraktor menggunakan PerisianMicrosoft Projectmenjadi keutamaan

    untuk merancang perancangan project.

    4.3.2 Kursus, Peralatan dan Perisian Mempengaruhi Peningkatan

    Penggunaan

    Setuju, 22

    Tidak Setuju, 0

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    Setuju Tidak Setuju

    Rajah 4.15 : Cadangan Bantuan Kursus, Peralatan Dan Perisian

    Majoriti kontraktor bersetuju akan menggunakan PerisianMicrosoft Project

    sekiranya pihak berkenaan seperti Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga

    Pembangunan Industri Binaan Malaysia (CIDB) memberi kursus kemahiran dan

    kesedaran kepada mana-mana kakitangan kontraktor untuk menjadikan lebih ramaipegawai yang tahu menggunakan Perisian PerancanganMicrosoft Project. Bantuan

    peralatan dan perisian juga perlu dikaji oleh pihak kerajaan kerana harga perisian di

    pasaran di Pantai Timur masih lagi di tahap tinggi.

    Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa penglibatan pegawai atau kakitangan

    sesebuah syarikat di dalam mana-mana kursus tentang PerisianMicrosoft Project

    amatlah penting dan perlu di pandang serius demi meningkatkan kualiti bidang

    perancangan dan pengurusan projek di Pantai Timur.

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    65/71

    65

    4.3.3 Langkah-langkah Mempertingkatkan Penggunaan Perisian

    PerancanganMicrosoft ProjectDi Kalangan Responden Yang Masih

    Belum Menggunakannya.

    Daripada data kajian yang dipaparkan di dalam Rajah 4.8, pada perbincangan

    sebelumnya, didapati masih lagi ramai responden iaitu kira-kira 44% tidak

    menggunakan PerisianMicrosoft Projectsebagai alternatif utama kepada sistem

    perancangan projek mereka.

    Dalam rajah 4.16 di atas, analisis data mendapati iaitu sebanyak 42%

    daripada responden yang disoal selidik berpendapat bahawa kursus kesedaran

    amatlah penting dan berkesan untuk mempengaruhi responden menggunakan

    PerisianMicrosoft Project.

    Rajah 4.16 : Langkah-Langkah Mempertingkatkan Penggunaan

    PerisianMicrosoft Project

    Kursus Kesedaran

    42%

    Insentif/Galakan

    20%

    Lain-lain

    0% Penguatkuasaan

    29%

    Publisiti

    9%

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    66/71

    66

    Berdasarkan Rajah 4.16, penekanan dan penguatkuasaan oleh pihak pemilik

    dan Pegawai Penguasa menjadi antara faktor yang terpenting ke arah

    mempertingkatkan penggunaan PerisianMicrosoft Projectdi kalangan kontraktor di

    Pantai Timur. Ini kerana sebanyak 29% kontraktor berpendapat arahan atau

    penguatkuasaan perlu dipertingkatkan.

    Galakan dan intensif daripada pihak kerajaan juga boleh mempengaruhi

    kontraktor untuk memilih dan menggunakan PerisianMicrososft Projectsecara

    berterusan. Di dapati 20% responden bersetuju dengan pendapat ini.

    Kontraktor atau responden berpendapat bahawa publisiti dan hebahan tidak

    begitu mempengaruhi kontraktor dalam proses mempertingkatkan penggunaan

    PerisianMicrosoft Project. Ini kerana daripada pendapat awal dalam Bab 4.1.3,

    sebanyak 96% responden mengetahui tentang kewujudan PerisianMicrosoft Project

    boleh menjadikan sistem perancangan lebih teratur.

    BAB V

    KESIMPULAN DAN CADANGAN

  • 7/29/2019 MOHDASRIBRAHIMF

    67/71

    67

    5.1 Ulasan

    Daripada 150 responden yang dipilih untuk menjawab persoalan kajian ini,

    didapati hanya 54 orang responden sahaja yang telah memberi tindakbalas dalam

    menjayakan kajian ini. Ini dapatlah dirumuskan bahawa terdapat pelbagai masalah

    yang dihadapi semasa kajian ini dijalankan iaitu seperti yang telah dibincangkan

    sebelum ini.

    Sungguh pun begitu, analisa awal telah mendapati bahawa kajian ini berjaya

    menghuraikan beberapa soalan yang telah dikemukakan terhadap responden. Dengan

    perancangan kerja yang teratur dalam membuat penyelidikan ini, maka keputusan

    yang diharapkan telah berjaya dikupas dan dihuraikan.

    Setelah diteliti dari kajian projek yang telah dijalankan maka keputusan yang

    diperolehi adalah seperti berikut :

    a) Kajian soal selidik mendapati bilangan kontraktor yang mengetahui tentang

    Perisian Perancangan berkomputer adalah amat membanggakan. Majoriti

    pendapat menyatakan mereka