mohd shahrizan bin abdullah.tt - fp.utm.my shahrizan bin... · fatimah binti dam anak yang...

48
KEPUASAN KERJA DAN KOMITMEN KERJA DALAM KALANGAN GURU- GURU SUKAN DAN PERMAINAN DAERAH MUAR, JOHOR MOHD SHAHRIZAN BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2013

Upload: tranthien

Post on 05-Apr-2019

251 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KEPUASAN KERJA DAN KOMITMEN KERJA DALAM KALANGAN GURU-

GURU SUKAN DAN PERMAINAN DAERAH MUAR, JOHOR

MOHD SHAHRIZAN BIN ABDULLAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2013

PSZ 19:16 9 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Catatan: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atauTERHAD. ■ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidik atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS▪

JUDUL: KEPUASAN KERJA DAN KOMITMEN KERJA DALAM KALANGAN GURU-GURU SUKAN DAN PERMAINAN DAERAH MUAR, JOHOR

SESI PENGAJIAN : 2010/2012

Saya MOHD SHAHRIZAN BIN ABDULLAH No. Matriks MP 101639 Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di

dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah

ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidik dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

________________________ _______________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: B67 Parit Gantong Jalan Omar, PM DR. YUSOF BIN BOON 84150 Parit Jawa, Muar, Johor Nama Penyelia Tarikh : Tarikh :

/

“Kami akui bahawa kami telah membaca karya ini dan pada pandangan kami karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

Penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan & Pentadbiran)”

Tandatangan : ……………………………………..

Nama Penyelia : PM DR YUSOF BIN BOON

Tarikh : JANUARI 2013

KEPUASAN KERJA DAN KOMITMEN KERJA DALAM KALANGAN GURU-

GURU SUKAN DAN PERMAINAN DAERAH MUAR, JOHOR

MOHD SHAHRIZAN BIN ABDULLAH

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan & Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JANUARI 2013

ii

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : …………………………………………...

Nama Penulis : MOHD SHAHRIZAN BIN ABDULLAH

Tarikh : 25 Januari 2013

iii

DEDIKASI

Untuk isteri tercinta

Suhana Binti Mohd Yusoff

Bonda yang dikasihi,

Fatimah Binti Dam

Anak yang disayangi,

Muhammad Afif’ Sharizan

Dan

Buat ayahanda yang tidak sempat melihat kejayaan ini

Abdullah Bin Kasmiran

Kasih sayang dan ketabahan kalian membantu segala usaha murni ini memberi kepuasan yang tidak terhingga.

Penghargaan kepada para pensyarah yang telah mencurahkan segala ilmu pengetahuan. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa memberi kerjasama

dalam segala situasi sama ada susah dan senang.

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t. diatas kurnia limpahNya kerana

memberi ketabahan dan kesabaran kepada saya untuk menyempurnakan projek ini

dalam tempoh masa perancangan yang ditetapkan. Raya syukur yang tidak terhingga

kepada Allah s.w.t. yang memberikan kesihatan dan kekuatan bagi saya untuk

menempuh segala ujian bagi menyelesaikan projek kajian ini.

Ucapan tidak terhingga juga diberikan kepada penyelia projek, PM Dr. Yusof

Bin Boon yang tidak pernah jemu memberikan idea, penerangan, panduan dan tunjuk

ajar dalam proses menyiapkan projek ini. Segala tunjuk ajar yang diberikan merupakan

satu ilmu yang tidak ternilai harganya dan menjadi sumber inspirasi kepada saya di

masa hadapan. Terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan yang

memberikan idea, nasihat dan kata-kata semangat untuk melaksanakan tugasan ini.

Sekalung ucapan terima kasih kepada Pejabat Pelajaran Daerah Muar, rakan-

rakan dan guru-guru sukan dan permainan daerah Muar yang terlibat secara langsung

dalam penyelidikan ini. Kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama

mengharungi cabaran dan pahit-getir dalam melaksanakan projek ini saya dahului

dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga.

Akhir sekali buat isteri, anak dan keluarga terima kasih di atas dorongan dan

sokongan kalian. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada kalian semua di masa

hadapan. Diharap semoga Allah melimpahi kesejahteraan, kerahmatan dan keberkatan

kepada kita semuanya. Amin.

v

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji tahap kepuasan kerja, tahap

komitmen kerja, perbezaan kepuasan kerja berdasarkan faktor-faktor demografi dan.

perbezaan komitmen kerja berdasarkan faktor-faktor demografi. Kajian ini juga ingin

mengenalpasti tahap perhubungan di antara kepuasan kerja dan komitmen kerja.

Seramai 97 orang guru-guru sukan dan permainan Daerah Muar telah dijadikan

responden kajian. Guru-guru ini telah dibahagikan mengikut zon iaitu zon Bandar, zon

Parit Jawa dan zon Pagoh. Data primer diperolehi dengan menggunakan borang soal

selidik. Pengukuran tahap kepuasan kerja berdasarkan pengubahsuaian dari “Job

Description Index (JDI)”. Manakala komitmen kerja soal selidik berdasarkan

pengubahsuian dari “Organizational Commitment (OCQ)”. Borang soal selidik yang

diedarkan mengandungi tiga bahagian yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat

responden, tahap kepuasan kerja dan komitmen kerja responden. Instrumen kajian telah

diuji untuk menentukan kebolehpercayaan berdasarkan skala Alpha Cronbach dalam

kalangan 20 orang guru di daerah Muar, Johor. Hasil kajian rintis ini menunjukkan

bahawa kebolehpercayaan item yang tinggi iaitu tahap kepuasan kerja (0.860) dan

tahap komitmen kerja (0.854). Data kajian dianalisis menggunakan program Statistical

Package For The School Science (SPSS) bagi mendapatkan min, sisihan piawai,

peratus, ujian -t, ANOVA dan kolerasi Spearman. Dapatan kajian menunjukkan bahawa

tahap kepuasan kerja dan komitmen kerja guru-guru sukan dan permainan berada pada

tahap tinggi. Berdasarkan persoalan kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat

perbezaan yang signifikan tahap kepuasan kerja dan komitmen kerja guru-guru sukan

dan permainan berdasarkan jantina, kaum dan tempoh perkhidmatan. Melalui analisis

hubungan pula didapati bahawa terdapat perhubungan yang sederhana di antara tahap

kepuasan kerja dan komitmen kerja guru-guru sukan dan permainan. Akhir sekali

beberapa cadangan kajian lanjutan telah dikemukakan untuk penyelidikan pada masa

hadapan.

vi

ABSTRACT The purpose of this study is to identify the level of work engagement and job

satisfaction level based on demographic factors (gender, race and service term). A total

of 97 Physical Education teachers from Muar District were chosen to represent the

population and they were distributed according to three zones; the City Zon, Parit

Jawa Zone and Pagoh Zone. The primer data is gathered through a questionnaire

based on and modified from the Job Description Index (JDI) in order to identify the

satisfaction level while Organizational Commitment Questionnaire (OCQ) is used to

identify the work engagement level. The validity and reliability of the instrument is

tested using Alpha Cronbach scale towards 20 teachers in the Muar District. The pilot

study shows a high reliability of 0.860 for job satisfaction and a 0.854 for the work

engagement level. The data is analyzed using Statistical Package for the School Science

(SPSS) version 16 to get the mean, percentage, standard deviation, t-test, ANOVA and

Spearman Correlation. The study showed that the teachers’ job satisfaction and work

engagement is at a high level. The study also shows no significant differences in the

level of job satisfaction and work engagement based on gender, race and year of

service. The correlation analysis showed a medium correlation between job satisfaction

and work engagement of Physical Education teachers in the Muar District. Lastly,

some suggestion for future research are offered.

vii

KANDUNGAN BAB TAJUK MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI SIMBOL xv

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 12

1.5 Persoalan Kajian 13

1.6 Kerangka Teori/Model 13

1.7 Kerangka Kajian 16

viii

1.8 Kepentingan Kajian 17

1.8.1 Kepentingan Kepada Pejabat Pelajaran Daerah 17

1.8.2 Kepentingan kepada pihak sekolah 18

1.8.3 Kepentingan kepada guru sukan dan permainan 19

1.9 Batasan Kajian 20

1.10 Prosedur Kajian 21

1.11 Definisi Istilah/Operasional 21

1.11.1 Kepuasan Kerja 22

1.11.2 Komitmen Terhadap Organisasi 23

1.11.3 Guru Sukan Dan Permainan 23

1.11.4 Jantina 24

1.11.5 Kaum 24

1.12 Kesimpulan 24

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 26

2.2 Teori/Model Kepuasan Kerja 26

2.2.1 Model Kepuasan Kerja 29

2.2.2 Model Komitmen Kerja 30

2.3 Kajian Awal Mengenai Kepuasan Kerja Dan

Komitmen Kerja 32

2.3.1 Kajian Dalam Negara 32

ix

2.3.2 Kajian Luar Negara 34

2.4 Kesimpulan 44

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 45

3.2 Reka Bentuk Kajian 45

3.3 Lokasi Kajian 47

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 47

3.5 Instrumen Kajian 49

3.6 Kesahan dan Kobolehpercayaan Instrumen 50

3.7 Analisis Data 53

3.8 Kajian Rintis 57

3.9 Kesimpulan 59

4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 60

4.2 Demografi 61

4.2.1 Kaum 61

4.2.2 Jantina 62

4.2.3 Umur 63

4.2.4 Taraf Pendidikan 63

4.2.5 Pendapatan 64

4.2.6 Gred Jawatan 65

x

4.2.7 Tempoh Perkhidmatan 66

4.2.8 Zon 67

4.3 Tahap Kepuasan Kerja Guru-Guru Sukan

Dan Permainan 68

4.4 Komitmen Kerja Guru-Guru Sukan Dan Permainan 70

4.5 Perbezaan Kepuasan Kerja Guru Sukan Dan

Permainan Berdasarkan Demografi 72

4.5.1 Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan

Jantina 72

4.5.2 Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan

Kaum 73

4.5.3 Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan

Tempoh Perkhidmatan 74

4.6 Perbezaan Komitmen Kerja Berdasarkan Demografi 74

4.6.1 Perbezaan Komitmen Kerja Berdasarkan

Jantina 75

4.6.2 Perbezaan Komitmen Kerja Berdasarkan Kaum 76

4.6.3 Perbezaan Komitmen Kerja Berdasarkan

Tempoh Perkhidmatan 76

4.7 Hubungan Antara Kepuasan Kerja Dengan Komitmen

Kerja Guru-Guru Sukan Dan Permainan 77

4.8 Penutup 78

xi

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 79

5.2 Rumusan Kajian 79

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 81

5.3.1 Tahap Kepuasan Kerja Guru 81

5.3.2 Tahap Komitmen Kerja Guru 84

5.3.3 Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan Jantina 87

5.3.4 Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan Kaum 88

5.3.5 Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan

Tempoh Perkhidmatan 89

5.3.6 Perbezaan Komitmen Kerja Berdasarkan Jantina 90

5.3.7 Perbezaan Komitmen Kerja Berdasarkan Kaum 91

5.3.8 Perbezaan Komitmen Kerja Berdasarkan

Tempoh Perkhidmatan 92

5.3.9 Perhubungan Antara Kepuasan Kerja Dan

Komitmen Kerja Guru 93

5.4 Cadangan Kajian 95

5.4.1 Cadangan Tindakan 95

5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 96

5.5 Penutup 96 RUJUKAN 98

LAMPIRAN 106

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pecahan Guru-guru Sukan Dan Permainan Mengikut zon 48

3.2 Pecahan Sampel Mengikut zon 48

3.3 Pemarkatan Item Mengikut Skala Likert 52

3.4 Analisis Data 55

3.5 Analisis Julat Skor Min Tahap Kepuasan Kerja 55

3.6 Tahap Interprestasi Skor Min 56

3.7 Interprestasi Pekali Kolerasi 56

3.8 Takwim Penyelidikan 58

4.1 Taburan Responden Berdasarkan Kaum 62

4.2 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 62

4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 63

4.4 Taburan Taraf Pendidikan Responden 64

4.5 Taburan Pendapatan Responden 65

4.6 Taburan Gred Jawatan 66

4.7 Taburan Responden Mengikut Tempoh Perkhidmatan 66

4.8 Taburan Responden Mengikut Zon 67

4.9 Taburan Kepuasan Kerja Berdasarkan Item 69

4.10 Taburan Responden Mengikut Komitmen Kerja Berdasarkan Item 71

xiii

4.11 Perbezaan Kepuasan Kerja Guru Berdasarkan Jantina 73

4.12 Analisa ANOVA Tentang Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan Kaum 73

4.13 Analisa ANOVA Tentang Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan Tempoh Perkhidmatan 74

4.14 Perbezaan Komitmen Kerja Berdasarkan Jantina 75

4.15 Perbezaan Komitmen Kerja Berdasarkan Kaum 76

4.16 Perbezaan Komitmen Kerja Berdasarkan Tempoh Perkhidmatan 76

4.17 Korelasi Antara Kepuasan Kerja Dengan Komitmen Kerja Guru-Guru Sukan Dan Permainan 77

xiv

SENARAI SINGKATAN

Singkatan Keterangan

Bil. Bilangan

IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam

JKPS Jawatankuasa Kabinet Mengenai

Pembangunan Sukan

JPN Jabatan Pelajaran Negeri

Jum. Jumlah

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

MSSD Majlis Sukan Sekolah Daerah

MSSM Majlis Sukan Sekolah Malaysia

MSSN Majlis Sukan Sekolah Negeri

PPD Pejaat Pelajaran Daerah

Sig. Signifikan

SP Sisihan Piawai

SPTS Sukan Prestasi Tinggi Sekolah

xv

SENARAI SIMBOL

Simbol Keterangan

ƒ Frekuensi

% Peratus

α Alpha Cronbach

xvi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Model Kepuasan Kerja 14

1.2 Model Komitmen Kerja 15

1.3 Kerangka Konsepsual Mengenai Demografi Dengan

Kepuasan Kerja Dan Komitmen Kerja Guru-Guru

Sukan Dan Permainan Daerah Muar, Johor 16

2.1 Model Kepuasan Kerja 29

2.2 Model Komitmen Kerja 31

3.1 Proses Reka Bentuk Kajian 46

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Instrumen Soal Selidik 107

B Nilai Alfa Kajian Rintis 112

C Surat Kebenaran 116

D Analisa Data 120

ii

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Guru-guru sukan dan permainan merupakan tonggak utama di dalam

pembangunan sukan negara. Setiap atlet-atlet negara bermula daripada guru-guru sukan

dan permainan yang mencungkil bakat, menggilap dan melahirkan atlet sekolah, daerah

dan negara. Tanpa guru-guru sukan dan permainan sukar bagi kita untuk melahirkan

atlet yang berwibawa.

Laporan Jawatankuasa Kabinet pada 7 November 1979, memperakukan bahawa

semua murid digalakkan secara aktif mengambil bahagian dalam kegiatan

kokurikulum. Sehubungan itu, guru-guru didedahkan kepada pendekatan yang menarik

dalam pengendalian kokurikulum. Guru-guru sukan dan permainan hendaklah

mempunyai keilmuan, kepakaran dan kemahiran di bidang sukan dan permainan.

Dengan adanya guru berkemahiran, maka aktiviti sukan dan permainan dapat

dijalankan dengan sebaik mungkin.

Menurut Kerr (1971), kokurikulum adalah satu aktiviti dan pengalaman

pembelajaran yang dirancang dan dibimbing oleh sesuatu institusi pendidikan untuk

mencapai sesuatu tujuan. Dengan kata lain, aktiviti ini perlu dijalankan secara berkala

atau rutin dan diprogramkan bagi membantu para pelajar dan guru melaksanakannya.

2

Kegiatan ini akan dilaksanakan di luar bilik darjah dan merupakan satu pengajaran

yang berguna dari segi kemahiran, taktikal dan kesihatan.

Oleh sebab itu, setiap murid harus dilibatkan diri di dalam aktiviti sukan dan

permainan. Pihak sekolah harus melaksanakan setiap aktiviti kokurikulum termasuklah

aktiviti sukan dan permainan. Kegagalan pihak sekolah menjalankan kegiatan

kokurikulum menyebabkan pihak sekolah boleh di denda tidak melebihi RM5000 atau

penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali (Akta Pendidikan 1996).

Berdasarkan program Kementerian Pelajaran Malaysia yang berhasrat untuk

menggembalikan kecemerlangan sukan di sekolah akan menjadi tunjang utama kepada

guru-guru sukan dan permainan terutama di Daerah Muar untuk melaksanakannya dan

merealisasikannya. Melalui dasar “1 Murid 1 Sukan” yang dilaksanakan oleh pihak

Kementerian Pelajaran diharap akan dapat membugar kegiatan kokurikulum terutama

aktiviti sukan dan permainan di Daerah Muar.

Aktiviti kokurikulum memainkan peranan penting terutama untuk pelajar-

pelajar yang ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi. Markah aktiviti

kokurikulum sebanyak sepuluh peratus diambil kira ketika memohon menyambung

pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Ini bermakna, peranan guru-

guru sukan dan permainan menjadi lebih penting bagi membantu para pelajar

menceburi diri di dalam bidang sukan dan permainan.

Majlis Sukan Sekolah Daerah Muar telah mengorak langkah awal bagi

melaksanakan dasar “1 Murid 1 Sukan”. Penglibatan warga pendidikan di dalam

aktiviti sukan dan permainan menjadi fokus utama Pejabat Pelajaran Daerah Muar.

Pejabat Pelajaran Daerah Muar menggalakkan warga pendidikan bergiat aktif dalam

sukan sepanjang tahun ke arah warga pendidikan yang lebih cergas dan sihat.

3

Pertandingan sukan dan permainan antara warga pendidikan menjadi fokus

utama Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Muar untuk menjalin hubungan mesra antara

warga pendidik. Ini juga akan dapat membentuk pasukan MSKPP Muar yang lebih

mantap untuk memberi saingan diperingkat negeri. Dengan keterlibatan guru-guru di

Daerah Muar dalam aktiviti sukan dan permainan akan membuka minat para guru-guru

pula untuk melahirkan dan menarik minat murid-murid berkecimpung di dalam aktiviti

sukan dan permainan. Secara tidak langsung, akan membolehkan para guru mencungkil

bakat-bakat baru dalam aktiviti sukan dan permainan.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyenaraikan sejumlah dua

puluh empat jenis permainan yang akan dipertandingkan di peringkat Majlis Sukan

Sekolah Daerah (MSSD), Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) dan Majlis Sukan

Sekolah Malaysia (MSSM). Pertandingan ini akan dijalankan mengikut kalender

takwim yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Pejabat

Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah melalui Unit Sukan. Dengan adanya

takwim akan menyebabkan aktiviti sukan dan permainan yang selama ini wujud hanya

secara bermusim akan berubah wajah di mana akan berlangsung secara berkala.

Dengan kata lain, akan wujudnya fasa-fasa latihan, prapertandingan dan pertandingan

di peringkat MSSD, MSSN dan MSSM.

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sukan (JKPS) telah

mengarahkan Kementerian Pelajaran Malaysia duduk bersama dengan Kementerian

Belia dan Sukan mengkaji program Sukan Teras pada 2007. Pelaksanaan program ini

telah dibentangkan dan diterima oleh JKPS dengan menggunakan jenama Program

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah atau singkatannya SPTS. Program SPTS adalah untuk

mengenalpasti serta melatih atlet muda yang berbakat di sekolah (6-18 tahun) dalam

jumlah yang ramai. Dengan ini, membolehkan pembentukkan atlet atau pasukan remaja

kebangsaan akan lebih mudah dilakukan.

4

Pada 2008, Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan tiga jenis sukan dan

permainan utama melalui SPTS iaitu Sepak Takraw, Bola Sepak dan Memanah. Pada

tahun 2009 pula, sebanyak lima jenis sukan dan permainan telah ditambah melalui

program SPTS iaitu Badminton, Gimnastik Artistik, Gimrama, Hoki (Lelaki dan

Perempuan) dan Olahraga.

Matlamat program SPTS yang dilahirkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

ini bertujuan untuk melahirkan juara dalam sukan remaja untuk permainan tertentu

hingga ke peringkat Olimpik dan Dunia. Langkah kementerian untuk melahirkan atlet

muda yang berkebolehan dan dapat menghasilkan pingat Emas di sukan Olimpik dan

Dunia haruslah direalisasikan oleh setiap peringkat iaitu Jabatan Pelajaran Negeri,

Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah, guru-guru, murid-murid, ibu bapa dan

masyarakat. Dengan bantuan dan komitmen dari peringkat akar umbi sepenuhnya,

membolehkan kita dapat merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran pada amnya dan

hasrat kerajaan pada khususnya.

Sehubungan dengan itu, Pejabat Pelajaran Daerah Muar telah merangka dan

menyusun strategi bagi memastikan setiap sukan dan permainan yang akan disertai

dapat membuahkan hasil kejayaan. Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Muar telah

melantik Pengerusi Teknik Daerah sukan dan permainan. Pengerusi Teknik Daerah

dipertanggungjawabkan untuk merancang, merangka dan melaksana program

pembangunan sukan dan permainan daerah.

Langkah-langkah murni pihak Pejabat Pelajaran Daerah Muar haruslah

dimurnikan lagi oleh pihak pentadbir sekolah bagi memastikan setiap aktiviti sukan

dan permainan dapat dijalankan oleh guru-guru yang terbabit. Sekiranya guru-guru

sukan dan permainan menghadapi masalah untuk melaksanakan tanggungjawab yang

diamanahkan dengan wujudnya kekangan dan batasan dari pelbagai pihak akan

menimbulkan perasaan tidak puas hati sehingga menyebabkan komitmen dan prestasi

kerja terganggu.

5

Kepuasan kerja selalunya dikaitkan dengan pemboleh ubah suasana

persekitaran di tempat kerja seperti hubungan dengan rakan sejawat, hubungan antara

kepimpinan sekolah serta ganjaran yang diperolehi hasil daripada tugas yang

dijalankan (Borg dan Riding, 1991; Kushman, 1992; Lam et al, 1995).

1.2 Latar Belakang Masalah

Di dalam mengejar negara maju dan berprestasi tinggi, soal kesihatan tidak

pernah diabaikan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru-guru sukan dan permainan

memastikan segala aktiviti sukan dan permainan dapat dijalankan di peringkat sekolah.

Namun begitu, kepuasan kakitangan kerajaan terutamanya guru sukan dan permainan

peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia harus diberikan keutamaan bagi

meningkatkan kualiti kerja yang tinggi.

Kepuasan yang ada pada guru sukan dan permainan ini akan membantu di

dalam meningkatkan lagi pandangan masyarakat terhadap imej dan identiti guru dan

sekolah dan kementerian Pelajaran. Proses ini merupakan agenda utama pihak sekolah

dan PPD Muar bagi memastikan guru-guru sukan dan permainan berada di paras

kedudukan yang selesa dan puas. Persoalan ini menjadi persoalan utama di dalam

kepuasan pada diri guru sukan dan permainan.

Latar belakang demografi (jantina, kaum dan tempoh perkhidmatan) guru sukan

dan permainan merupakan faktor utama bagi memahami kedudukan terhadap kepuasan

mereka dan komitmen terhadap kerja yang hendak dilakukan. Kedudukan yang tinggi

dan kebebasan untuk melaksanakan tugasan tanpa sebarang sekatan adalah menjadi

titik tolak bagi menilai tahap kepuasan kerja mereka. Keadaan ini boleh membantu kita

untuk menilai tahap seseorang guru sukan dan permainan di dalam penunaian

6

tanggungjawab yang diamanahkan. Batasan atau halangan manjalankan tugas menjadi

faktor atau indikator di dalam prospek kepuasan kerja guru sukan dan permainan.

Kepuasan seseorang individu adalah tidak sekata antara satu sama yang lain dan

di setiap bahagian terutama antara guru akademik dan guru sukan dan permainan. Hal

ini akan menjadi faktor pendorong kepada sikap dan tingkah laku seseorang terhadap

komitmen untuk bekerja dan akhirnya menentukan tahap kepuasan seseorang individu.

Perbezaan kepuasan kerja seseorang adalah berlainan antara individu. Keadaan

ini mempunyai perkaitan yang signifikan terhadap pengalaman atau tempoh

perkhidmatan dan ciri peribadi seseorang. Pengalaman atau tempoh perkhidmatan

mempunyai perkaitan terhadap penunaian tanggungjawab dan komitmen terhadap

kerja.

Pihak pengurusan sepatutnya dapat merencana program dan pelbagai latihan

yang mampu diterapkan kepada pekerja agar mereka tidak merasa jemu dan malas

untuk bekerja. Dengan adanya pelbagai latihan membolehkan para pekerja mengisi

kekosongan keperluan dan jawatan yang sedia ada. Seseorang pengurus yang tahu akan

tanggungjawabnya adalah lebih baik daripada seseorang yang tahu tentang semua teori

pengurusan tetapi tidak berkesan dalam praktiknya (P. Drucker,1956). Oleh itu

seseorang yang cemerlang akan mengetahui kehendak dan keperluan pekerjanya.

Menurut Drucker, ramalan adalah mustahil. Ini disebabkan terdapat pihak

pentadbir yang akan menjalankan pelbagai aktiviti atau program melalui rancangan

jangka masa panjang tetapi hal ini bukan dapat meramalkan masa depan.

Memandangkan arus cabaran yang ditempuhi oleh guru-guru adalah tinggi

terutama melibatkan ibu bapa, masyarakat dan bebanan tugas yang semakin berat

adalah menjadi penentu terhadap kepuasan kerja. Ciri-ciri peribadi yang rendah atau

7

lemah boleh memainkan peranan penting terhadap kepuasan kerja yang rendah. Hal ini

akan menyebabkan sumbangan dan komitmen terhadap tugas yang diberikan oleh

guru-guru semakin berkurangan dan terhakis. Kesannya pada jangka masa yang

panjang akan merugikan diri sendiri, organisasi dan negara.

Komitmen terhadap organisasi adalah berkaitan kepada penunaian

tanggungjawab, disiplin diri dan perkhidmatan yang jujur. Kelemahan di dalam aspek

ini menjadi ciri utama yang membawa seterusnya kepada permasalahan yang lebih

rumit dan akhirnya akan membabitkan kepada sikap yang membentuk kepuasan kerja.

Ketidaksependapatan dengan pihak pentadbir boleh mewujudkan

ketidakpuashatian terhadap kerja. Wujud rasa tidak puas hati di kalangan guru-guru

sukan dan permainan ke atas pihak pentadbir kerap kali berlaku. Misalnya, kesukaran

untuk mendapatkan peruntukan kewangan, latihan yang mencukupi, urusan prestasi

atau kenaikan pangkat, bebanan kerja yang berlebihan, halangan daripada pihak

pentadbir dan sebagainya. Namun begitu, terdapat juga rasa tidak puas hati pihak

pentadbir terhadap guru-guru. Misalnya, kerap kali tiada di sekolah, pelaksanaan tugas

yang rendah, disiplin, ponteng kerja dan sebagainya.

Permasalahan mengenai persoalan pendapatan, bebanan kerja yang tinggi,

masalah dengan teman sekerja, sikap penyeliaan terhadap guru-guru dan sikap

birokrasi yang diamalkan oleh pentadbiran atau organisasi akan menimbulkan masalah

kepada guru-guru sukan dan permainan. Sekiranya perkara ini berlanjutan, maka akan

mewujudkan perasaan yang tidak puas guru-guru sukan dan permainan terbabit yang

berkaitan dengan persoalan kepuasan kerja.

Menurut Roslina 1996 (dalam Zayadi), terdapat 76.3 peratus guru dikatakan

tidak berpuas hati dengan profesion ini kerana terlalu banyak bebanan kerja yang harus

dipikul. Banyak tugasan luar sekolah dilakukan tanpa bayaran seperti guru yang

terlibat dengan ko-kurikulum, sukan dan kelas tambahan. Walaupun pihak

8

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pelaksana

Menangani Isu Beban Tugas Guru, namun begitu hasil kajian mengenai perkara

tersebut masih belum terjawab. Keadaan ini menyebabkan kegusaran pihak guru-guru

semakin bertambah kerana beban tugas guru semakin hari semakin meningkat.

“Kebajikan guru perlu diberi perhatian dengan sewajarnya”. Kementerian

sedang mengkaji beban kerja guru yang dikatakan berat berikutan terpaksa

melaksanakan kerja pengkeranian untuk memastikan proses pengajaran dan

pembelajaran tidak terganggu (Menteri Pendidikan: Berita Harian 23 Februari 1999

halaman:19). Langkah ini adalah wajar kerana guru-guru terpaksa melaksanakan

pelbagai tugasan yang berat dan mencabar. Akan tetapi, penghargaan dan peruntukkan

yang diterima oleh guru-guru adalah sedikit dan tidak memadai berbanding dengan

usaha-usaha yang mereka lakukan yang terpaksa meninggalkan keluarga demi

memastikan segala kerja-kerja sekolah terlaksana dan mencapai sasaran.

Guru-guru juga tidak mempunyai waktu kerja yang tetap seperti kakitangan

awam yang lain. Walaupun waktu pengajaran dan pembelajaran di tetapkan waktunya,

akan tetapi didapati guru-guru terutamanya guru sukan dan permainan akan mengambil

masa yang panjang di dalam urusan kerja sehingga kadang kala melebihi lapan jam

kerja yang ditetapkan oleh kakitangan awam yang lain.

Tugas sebagai seorang guru didapati bahawa bukan sahaja melibatkan di dalam

kawasan sekolah semata-mata. Ini disebabkan guru-guru dibebani dengan tugasan di

luar bilik darjah iaitu termasuklah kegiatan ko-kurikulum seperti sukan dan permainan,

pasukan pakaian seragam (uniform) dan kegiatan kelab serta persatuan. Malah didapati

bahawa tugasan guru-guru menjadi lebih luas lagi sekiranya guru-guru berkenaan

melibatkan diri pada peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. Segala khidmat

mereka yang terlibat kebanyakkannya tidak mendapat sebarang ganjaran yang setimpal

malah lebih menjurus ke arah kesukarelaan semata-mata berbanding kakitangan yang

lain. (Utusan Malaysia, 25 Julai 1997).

9

Didapati bahawa cabaran-cabaran guru pada hari ini banyak bergantung kepada

dasar-dasar dan objektif pendidikan yang dilaksanakan untuk sesuatu kurikulum.

Kadang kala akan berubah-ubah berdasarkan seseorang pemimpin yang menampuk

Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap kali perubahan berlaku maka setiap kali itu

juga kewibawaan guru tercabar (Abdul Rauf dan Abdullah dalam Othman 1999).

Perubahan-perubahan inilah yang banyak memberikan tekanan dan cabaran

kepada guru-guru dan akhirnya memberikan tekanan yang serius kepada mereka.

Sebagai contohnya, masalah yang dihadapi oleh guru-guru lama yang terpaksa

menggunakan teknologi moden di dalam sesuatu aktiviti di mana ini akan memberikan

tekanan kepada mereka kerana kemahiran teknologi moden ini agak baru pada mereka.

1.3 Pernyataan Masalah

Kepuasan kerja akan terhasil sekiranya seseorang itu dapat menyesuaikan diri,

berasa selesa dan berpuas hati dengan organisasi di mana tempat ia bekerja. Faktor

komitmen terhadap tugas dan organisasi membuktikan bahawa seseorang itu berada

pada tahap kepuasan kerja yang tinggi.

Kerjaya dalam bidang pendidikan terutamanya guru sukan dan permainan

memerlukan minat yang mendalam, fokus kepada kerja dan komitmen yang tinggi

terhadap tugas yang harus dipikul dan diamanahkan. Kemampuan guru-guru sukan dan

permainan melaksanakan tugas dengan cemerlang menjadi impian mereka. Namun

begitu, sejak akhir-akhir ini terdapat rungutan daripada guru-guru sukan dan permainan

yang berkaitan mengenai persoalan kebajikan dan bebanan tugas yang harus dipikul

dan dipertanggungjawabkan. Apakah persoalan ini menjadi indikator utama yang

menunjukkan penurunan kepuasan kerja dan komitmen di kalangan guru-guru sukan

dan permainan berlaku sehingga membabitkan prestasi kerja semakin rendah.

10

Oleh yang demikian, kajian ini ingin mengkaji mengenai kepuasan kerja,

komitmen dan prestasi kerja dalam kalangan guru-guru sukan dan permainan. Kajian

ini adalah untuk mencari jawapan bagi faktor tahap kepuasan kerja, komitmen dan

prestasi kerja, faktor demografi serta hubungan kepuasan kerja dengan komitmen dan

prestasi kerja.

Rasa ketidakpuasan hati guru-guru sukan dan permainan sering dibangkitkan

oleh guru-guru sukan dan permainan di daerah Muar. Didapati terdapat banyak

kekangan yang dihadapi oleh guru-guru sukan dan permainan di Daerah Muar.

Misalnya, guru-guru sukan dan permainan dilarang untuk terlibat secara aktif di bidang

sukan dan permainan. Larangan ini telah dicipta sendiri oleh pengetua- pengetua yang

mengehadkan keterlibatan guru-guru sukan dan permainan. Apabila keadaan ini

timbul, akan menyebabkan guru-guru sukan berasa tertekan dan akhirnya

menyebabkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan guru-guru sukan dan

permainan.

Langkah pengetua Daerah Muar yang lebih mementingkan akademik daripada

aktiviti ko-kurikulum juga menyebabkan wujudnya perasaan tidak puas hati dalam

kalangan guru-guru sukan dan permainan. Keadaan ini menyebabkan komitmen

mereka akan meluntur dan akhirnya prestasi kerja juga akan merundum. Pengetua yang

mementingkan akademik akan menekan dan cuba menghalang guru-guru daripada

terlibat secara aktif di dalam aktiviti sukan dan permainan. Akhirnya akan timbul

perasaan yang negatif di antara guru-guru yang terlibat dengan pihak pentadbiran

disebabkan daripada halangan-halangan yang dibuat oleh pengetua. Ini akan

mewujudkan rasa tidak puas hati dan akhirnya guru-guru berkenaan akan

memberontak.

Pihak pentadbir Daerah Muar sering menggunakan kuasa yang ada oleh mereka

untuk menghalang guru-guru terlibat di dalam aktiviti sukan dan permainan. Mereka

beranggapan bahawa aktiviti ko-kurikulum tidak memberikan sumbangan yang besar

11

terhadap pencapaian sekolah berbanding dengan pencapaian akademik. Pihak pentadbir

sering memberikan perhatian yang lebih terhadap pencapaian akademik daripada

pencapaian ko-kurikulum. Kesannya, aktiviti ko-kurikulum yang hendak dilaksanakan

akan terbatas disebabkan mendapat halangan melalui peruntukkan kewangan, waktu

latihan dan sebagainya.

Pihak pentadbir juga sering mengugut guru-guru sukan dan permainan melalui

markah prestasi guru-guru. Pihak pentadbir akan memberikan markah prestasi yang

rendah kepada guru-guru yang terlibat secara aktif di dalam bidang ko-kurikulum

kerana dikatakan bahawa guru-guru sukan dan permainan sering tidak berada di

sekolah dan meninggalkan pengajaran dan pembelajaran akademik. Dengan ugutan-

ugutan yang keras ini akan menyebabkan guru-guru sukan dan permainan akan kecewa

dan akhirnya mereka akan kurang aktif dan tidak berminat untuk melaksanakan aktiviti

ko-kurikulum tersebut. Langkah pentadbir yang sering mengugut guru-guru melalui

markah prestasi menyebabkan guru-guru muda yang baru dalam perkhidmatan

pendidikan tidak berminat untuk melibatkan diri di dalam bidang ko-kurikulum.

Keadaan ini akan memberikan kesan yang mendalam terhadap pembangunan sukan

dan permainan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan negara.

Tindakan segelintir pentadbir yang memandang negatif terhadap guru-guru

sukan dan permainan secara amnya dan aktiviti ko-kurikulun secara khususnya dapat

digambarkan sebagai membelakangkan usaha-usaha pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia yang cuba memartabatkan dan meningkatkan kecemerlangan para pelajar di

dalam aktiviti ko-kurikulum terutamanya aktiviti sukan dan permainan melalui Dasar 1

Murid 1 Sukan.

12

1.4 Objektif Kajian

Objektif am kajian dilakukan adalah bertujuan untuk mengkaji perkaitan di

antara kepuasan kerja dan komitmen kerja dalam kalangan guru-guru sukan dan

permainan Daerah Muar.

1.4.1 Objektif Khusus Kajian

Pengkhususan kajian dilakukan adalah :

I. Mengenalpasti tahap kepuasan kerja dan komitmen kerja guru-guru Sukan dan

Permainan.

II. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan kepuasan kerja dan komitmen kerja

dalam kalangan guru-guru sukan dan permainan mengikut demografi (jantina,

kaum dan tempoh perkhidmatan)

III. Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan antara kepuasan kerja dengan

komitmen kerja.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan utama dalam kajian ini adalah berkaitan untuk mengenalpasti dan

mencari jawapan kepada apakah faktor-faktor yang memberi kepuasan kerja dan

komitmen kerja guru-guru sukan dan permainan di daerah Muar, Johor. Terdapat

beberapa faktor-faktor yang menjadi persoalan dalam kajian ini, iaitu:

13

i. Apakah tahap kepuasan kerja dan komitmen kerja guru-guru sukan dan

permainan.

ii. Adakah terdapat perbezaan kepuasan kerja dan komitmen kerja guru-guru

sukan dan permainan mengikut demografi (jantina, kaum dan tempoh

perkhidmatan).

iii. Adakah terdapat hubungan di antara kepuasan kerja dengan komitmen

kerja.

1.6 Kerangka Teori/Model

Secara umumnya, kajian mengenai kepuasan kerja telah menggunakan Model

kepuasan kerja oleh Locke,E.A (1976). Pada asasnya, menurut Locke, E.A (1976),

telah menyatakan bahawa terdapat enam faktor utama atau sumber yang berkaitan

dengan kepuasan kerja iaitu pendapatan, kerja itu sendiri, kenaikan pangkat,

penyeliaan, teman sekerja dan keadaan kerja.

Di dalam Rajah 1.1 merupakan faktor-faktor positif atau negatif terhadap kerja.

Dengan ini terdapat enam faktor atau sumber yang berkaitan dengan kepuasan kerja

iaitu pendapatan, kerja itu sendiri, ganjaran, kenaikan pangkat, penyeliaan, teman

sekerja dan keadaan kerja (Locke, E.A).

Berdasarkan Rajah 1.1 iaitu Model Kepuasan Kerja didapati beberapa item

yang telah dikemukakan oleh Lawler (1973) yang dikenalpasti sebagai perkara yang

boleh mendatangkan kepuasan kerja. Teori Kepuasan Kerja di atas menggambarkan

mengenai kepada dua situasi iaitu jangkaan kerja dan keadaan sebenar di tempat kerja.

Apabila jangkaan kerja dan keadaan sebenar di tempat kerja tidak seimbang akan

14

menyebabkan berlakunya dua situasi di tempat kerja iaitu situasi positif atau negatif

dan akhirnya akan mewujudkan kaitan dengan kepuasan kerja. Perbincangan mengenai

Teori Locke, E.A berkaitan kepuasan kerja akan disentuh di dalam Bab 2

Rajah 1.1 Model Kepuasan Kerja

Rajah 1.2 menunjukkan mengenai model komitmen kerja. Model komitmen

kerja merupakan satu proses pertukaran di antara pekerja dan organisasi.Model

komitmen kerja ini akan menentukan tahap komitmen kerja seseorang terhadap

organisasi di tempat kerja. Perbincangan lebih lanjut akan disentuh di dalam Bab 2.

Jangkaan Kerja

Pendapatan

Kerja itu sendiri

Ganjaran

Penyeliaan

Tidak Seimbang

Keadaan Sebenar

Pendapatan

Kerja itu sendiri

Ganjaran

Penyeliaan

Kepuasan Kerja

15

Rajah 1.2 Model Komitmen Kerja

Pekerja

Berkehendakan kerja

yang menarik dan

ganjaran yang adil

Pekerja Melabur

Masa

Tenaga

Pengetahuan

Organisasi

Mahu Menarik dan

Mengekalkan Pekerja

yang produktiviti

Organisasi Melabur

Gaji

Faedah

16

1.7 Kerangka Kajian

Rajah 1.3 Kerangka Konsepsual Mengenai Demografi dengan Kepuasan Kerja Dan Komitmen Kerja Guru-Guru Sukan Dan Permainan Daerah Muar, Johor

Rajah 1.3 menunjukkan mengenai kerangka konsepsual faktor demografi

dengan kepuasan kerja dan komitmen kerja guru-guru sukan dan permainan daerah

Muar, Johor. Dalam kajian yang dilaksanakan, pengkaji menggunakan beberapa faktor

demografi sebagai kajian iaitu faktor jantina, kaum dan tempoh perkhidmatan).

DEMORGRAFI

Jantina

Kaum

Tempoh

Perkhidmatan

KEPUASAN KERJA

Pendapatan

Kerja itu sendiri

Ganjaran

Penyeliaan

KOMITMEN

Terhadap organisasi

Terhadap bidang kerja

17

Dengan ini pengkaji akan dapat melihat sama ada ketiga tiga faktor demografi

tersebut memainkan peranan yang penting di dalam kepuasan kerja, komitmen dan

prestasi kerja individu tersebut di dalam kerjaya mereka. Adakah akan terdapat

perkaitan yang signifikan mengenai faktor demografi terhadap kepuasan kerja dan

komitmen kerja guru-guru sukan dan permainan di dalam daerah Muar.

1.8 Kepentingan Kajian

Aktiviti sukan dan permainan merupakan aktiviti yang penting di sekolah

kerana ia merupakan salah satu daripada cabang aktiviti kokurikulum. Dengan

terlaksananya aktiviti sukan dan permainan di sekolah maka hasrat Kementerian

Pelajaran melalui Dasar 1 Murid 1 Sukan akan tercapai. Dasar ini akan terbentuk

dengan adanya sokongan dan komitmen yang tinggi oleh guru-guru sukan dan

permainan dan didokong oleh pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Langkah Kementerian yang mensyaratkan 10 peratus markah dalam

penglibatan aktiviti kokurikulum sebagai prasyarat kemasukan ke Institusi Pengajian

Tinggi Awam (IPTA) akan menyemarakkan lagi aktiviti sukan dan permainan dalam

kalangan murid-murid dan pelajar. Segala aktiviti sukan dan permainan yang selama

ini agak suram dan sepi dalam kalangan murid-murid akan dibungarkan melalui

bantuan guru-guru sukan dan permainan.

1.8.1 Kepentingan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Muar (PPD Muar)

Hasil kajian diharap dapat memberi faedah kepada pihak Pejabat Pelajaran

Daerah Muar (PPD Muar). Dengan hasil kajian membolehkan pihak pengurusan

18

terutamanya unit sukan Pejabat Pelajaran Daerah Muar (PPD Muar) di bawah selian

Penyelia Kanan Sukan Daerah untuk merencana dan merangka pelbagai program

terutama melibatkan perkhidmatan, kepimpinan dan kemampuan mengurus tadbir agar

guru-guru sukan dan permainan daerah Muar memperolehi kepuasan di dalam

pekerjaan.

1.8.2 Kepentingan kepada pihak sekolah

Dapatan daripada hasil kajian ini akan membolehkan pihak sekolah

terutamanya pihak pengetua dan guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk merangka

strategi bagi meningkatkan lagi kualiti pencapaian sukan dan permainan di sekolah.

Pihak sekolah akan dapat mengenalpasti kelemahan dan potensi yang ada untuk

memperbaiki dan mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan. Dengan adanya hasil

kajian, ini akan memberikan kepuasan dan komitmen yang diharapkan oleh guru sukan

dan permainan untuk melaksanakan tanggungjawab.

Kajian ini, membolehkan pihak pentadbir untuk mengenal pasti terhadap tahap

kepuasan kerja guru-guru sukan dan permainan bagi menyusun atur langkah dan

membuat struktur yang utuh untuk meningkatkan tahap kualiti kerja.

Kajian ini juga membolehkan pihak pentadbir sekolah membuka minat mereka

sama ada guru-guru sukan dan permainan berpuas hati di dalam melakukan penunaian

tanggungjawab. Ini membolehkan pihak pentadbir mencari idea, formula dan alternatif

baru untuk meningkatkan kualiti dan kepuasan kerja dan komitmen kerja guru-guru

sukan dan permainan.

Melalui kajian kepuasan kerja ini, akan dapat untuk menentukan potensi

masalah diagnose di dalam organisasi. Dengan ini, pihak organisasi terutamanya

19

sekolah akan mengetahui punca-punca dan masalah yang kerap kali berlaku. Di dalam

organisasi. Jika bentuk pengurusan menurun dalam organisasi terhadap bentuk

kepuasan mengenai pembayaran atau berkaitan peruntukkan kewangan, ini akan

mengakibatkan berlakunya runggutan terhadap pembayaran peruntukkan kewangan

dan polisi sehingga menyebabkan rasa ketidakpuasan terhadap kerja komitmen dan

kerja.

Hasil kajian membolehkan pihak organisasi atau pentadbir sekolah untuk

mengetahui kesan perubahan sikap guru-guru terutama guru sukan dan permainan.

Perubahan sikap guru-guru akan wujud sekiranya mereka merasakan ketidakpuasan

terhadap perubahan di dalam organisasi yang berkaitan dengan polisi dan program

yang dijalankan. Pihak pengurusan akan mengetahui kesan perubahan terhadap polisi

dan program organisasi ke atas kepuasan guru-guru.

Hasil kajian ini sebenarnya adalah untuk mendorong perhubungan komunikasi

yang lebih baik antara pihak pengurusan dan guru-guru. Maklum balas sidang akan

dapat digunakan kesempatan yang ada untuk pihak pengurusan berbincang mengenai

isu-isu penting dengan guru-guru. Dengan cara ini, ia akan dapat memperbaiki

perhubungan atau komunikasi di antara pihak pengurusan dan pihak guru-guru.

1.8.3 Kepentingan kepada guru sukan dan permainan

Hasil kajian ini diharapkan memberikan impak yang berguna kepada guru

sukan dan permainan untuk menceburi bidang sukan dan permainan. Bidang sukan dan

permainan memerlukan komitmen yang tinggi untuk melaksanakan dan sekiranya

guru-guru kurang komitmen akan menyebabkan kepuasan kerja mula menurun dan

akhirnya memberikan impak yang negatif kepada prestasi kerja. Melalui kajian ini,

20

guru-guru sukan di sekolah akan dapat menilai tahap kepuasan kerja komitmen dan

kerja mereka.

1.9 Batasan Kajian

Kajian ini hanya terhad kepada guru-guru sukan dan permainan di daerah Muar,

Johor. Pejabat Pelajaran Daerah Muar (PPD Muar) telah membahagikan daerah Muar

kepada tiga zon utama iaitu zon bandar, zon Parit Jawa dan zon Pagoh. Oleh yang

demikian, guru-guru sukan dan permainan menjadi responden dan akan mewakili

untuk ketiga-tiga zon berkenaan.

Kajian akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen berbentuk soal

selidik dan data yang diperolehi akan dianalisis secara kuantitatif. Oleh yang demikian,

ketepatan hasil kajian adalah bergantung kepada kejujuran responden di dalam

menjawab borang soal selidik.

Kajian akan menggunakan responden di dalam Daerah Muar sahaja tanpa

melibatkan guru-guru di daerah lain. Oleh sebab itu, kajian ini hanya diguna pakai

untuk guru-guru Daerah Muar sahaja. Kajian juga tidak boleh digunaka pakai untuk

sesebuah sekolah walaupun di dalam Daerah Muar kerana kajian dilakukan secara

menyeluruh dan bukan fokus kepada sesebuah sekolah sahaja. Oleh yang demikian,

setiap guru-guru akan mewakili zon masing-masing.

21

1.10 Prosedur Kajian

Kajian yang hendak dilaksanakan telah mendapat kelulusan daripada pensyarah

penyeliaan. Perbincangan mengenai tajuk kajian telah diadakan bagi memudahkan

pencarian bahan-bahan rujukan. Kajian yang dijalankan hanya untuk guru-guru sukan

dan permainan sahaja yang dijadikan sebagai responden kajian. Kajian hanya

dijalankan di daerah Muar, Johor. Kajian rintis akan dijalankan bagi menguji kesahan

borang soal selidik. Kajian akan berlaku dalam tempoh masa tertentu. Kajian ini hanya

menggunakan soal selidik yang telah sedia dibentuk iaitu Job Descriptive Index (JDI),

dan dengan demikian hasilnya adalah berlandaskan kepada ukuran berkenaan dan tidak

kepada ukuran lain.

Kajian yang dibuat juga telah menggunakan skala Organization Commitment

(OCQ) yang dibentuk oleh Mowday, Porter dan Steers, 1979. Dengan ini, hasil kajian

yang diperolehi adalah berlandaskan kepada pengukuran yang digunakan oleh pengkaji

berdasarkan kepada skala yang digunakan.

1.11 Definisi Istilah / Operasional

Beberapa konsep atau pembolehubah yang digunakan dalam kajian ini pada

asas didefinisikan secara operasional, iaitu bagaimana ia digunakan di dalam kajian

yang dibuat. Oleh itu istilah yang menjadi teras tajuk kajian ini didefinisikan mengikut

skop kajian dan dijelaskan secara terperinci.

22

1.11.1 Kepuasan Kerja

Kepuasan kerja merupakan sikap pekerja terhadap pekerjaan. Dalam kajian ini,

pendekatan yang digunakan untuk mengira sikap pekerja terhadap pekerjaan yang

diukur dengan menggunakan Job Descriptive Index (JDI).

Kepuasan kerja didefinisikan sebagai satu tahap atau situasi seseorang individu

itu merasa gembira atau berpuas hati dengan suasana kerja. Locke (1969), French dan

Saward (1983) melihat kepuasan kerja sebagai satu reaksi emosi yang positif dan

menyenangkan hasil daripada penilaian terhadap sesuatu kerja, misalnya tentang

pencapaian dalam kerja.

Kepuasan kerja akan wujud apabila seseorang dapat memenuhi nilai kerjanya.

Manakala konsep emosi ini ialah perasaan yang wujud dan bukan sikap yang mana

sekiranya pekerja itu mempunyai perasaan yang negatif, maka ini akan menyebabkan

ketidakpuasan dalam kerja. Emosi positif pula akan menghasilkan kepuasan dalam

kerja.

Menurut Wan Radiah (2000), kepuasan kerja dikira sebagai perasaan

keseronokan atau perasaan positif hasil daripada penilaian jawatan yang disandang

dalam suasana persekitaran pekerjaan. Ini bermaksud bahawa wujud rasa gembira

dengan kerjayanya sekarang.

Dalam kajian ini, kepuasan kerja guru akan dinilai bagi menentukan sama ada

guru-guru sukan dan permainan berasa puas dalam melaksanakan tanggungjawab yang

diamanahkan. Dengan adanya kajian ini, akan dapat menentukan tahap kepuasan kerja

guru-guru sukan dan permainan.

23

1.11.2 Komitmen Terhadap Organisasi

Komitmen terhadap organisasi merupakan sikap (pendirian, perbuatan atau

tingkahlaku) dengan memberikan sepenuh tenaga dan perhatian sepenuhnya terhadap

sesuatu organisasi. Dalam kajian ini, komitmen melibatkan seseorang individu yang

sanggup bertugas sebagai guru sukan dan permainan. Seseorang guru sukan dan

permainan yang sanggup untuk memikul dan melaksanakan tanggungjawab yang

diamanahkan bagi menaikkan nama sekolah dalam bidang sukan dan permainan.

Mowday, et al. (1982), telah menegaskan bahawa komitmen kerja guru

merupakan satu kesetiaan penerimaan terhadap matlamat dan nilai sesebuah sekolah.

Oleh yang demikian, setiap guru perlu mempunyai kesediaan untuk menyumbangkan

tenaga bagi pihak sekolah dan penerimaannya untuk kekal sebagai ahli atau pekerja

dalam sekolah yang diwakilinya.

1.11.3 Guru Sukan Dan Permainan

Guru sukan dan permainan merupakan guru yang melaksanakan kegiatan

kokurikulum bagi memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan

sebaik mungkin. Dalam kajian ini, guru sukan dan permainan merupakan guru yang

akan dinilai berdasarkan kepuasan dan komitmen mereka dalam melaksanakan tugasan

yang telah diamanahkan.

24

1.11.4 Jantina

Berkaitan sama ada guru sukan dan permainan yang terlibat adalah lelaki atau

perempuan. Dengan ini, kita dapat lihat unjuran sama ada dua kelompok jantina ini

terlibat sepenuhnya di dalam aktiviti sukan dan permainan.

Dalam kajian ini, ingin melihat sama ada terdapat perbezaan tahap kepuasan

kerja di antara jantina guru-guru bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai guru sukan

dan permainan.

1.11.5 Kaum

Berkaitan mengenai kaum atau bangsa yang banyak terlibat di dalam aktiviti

sukan dan permainan. Kajian ini akan menunjukkan sama ada hanya terdapatnya

tumpuan pada sesetengah kaum saja yang terlibat di dalam sebarang aktiviti sukan dan

permainan yang dilaksanakan.

Dalam kajian ini, kaum yang terdapat di dalam negara ini pada umumnya

terbahagi kepada empat suku kaum yang besar iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.

1.12 Kesimpulan

Setiap organisasi yang ingin berjaya maju dan berdaya saing seperti sekolah, ini

merupakan satu cabaran yang besar dan harus ditempuhi oleh pihak pentadbir dan

guru-guru. Keadaan ini tidak terkecuali juga ada kaitan dengan guru-guru sukan dan

25

permainan di mana sukan telah menjadi teras utama di dalam sistem pendidikan

Malaysia hari ini dengan terlancarnya Dasar 1Murid 1Sukan.

Dahulunya sukan dan permainan berada dalam keadaan sepi dan kehadirannya

tidak secara menyeluruh kerana terdapat segelintir pentadbir berasakan aktviti sukan

dan permainan tidak penting kerana faktor akademik menjadi teras agenda yang utama

di setiap sekolah. Akan tetapi langkah tranformasi yang dilakukan oleh pihak

Kementerian Pelajaran telah menyebabkan aktiviti sukan di sekolah kembali ceria dan

gemilang.

Oleh yang demikian, menjadi kewajaran bagi pengkaji untuk membuat kajian mengenai kepuasan kerja, komitmen dan prestasi kerja dalam kalangan guru-guru sukan dan permainan di Daerah Muar. Dengan ini, barulah kita dapat mengetahui mengenai tahap kepuasan dan komitmen kerja guru-guru sukan dan permainan terutamanya dengan adanya tranformasi sukan yang dilakukan oleh pihak kementerian.