mohamed hamdan abdullah et al. / tawis (2017)€¦ · 28 saya melaksanakan solat jamak dan qasar...

14
Mohamed Hamdan Abdullah et al. / TAWIS (2017) 179 menyamai kajian oleh Asmahan (2009) yang dilakukan di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang mendapati majoriti responden kajiannya iaitu 58.4% berada pada tahap pengamalan ibadah yang tinggi. Kesimpulannya menunjukkan bahawa remaja Islam ini sering melaksanakan pengamalan ibadah Islam khususnya dalam menunaikan amalan ibadah wajib di dalam kehidupan seharian mereka. Mereka faham dan tahu tentang dosa dan pahala, apabila ditinggalkan kewajipan dan amanah tersebut boleh menyebabkan mereka tersungkur ke dalam neraka Allah SWT. Mereka sedar hanya dengan menunaikan amalan-amalan yang telah ditetapkan oleh syariat akan membawa mereka menuju syurga Allah dan kekal selamanya di sana. Namun demikian, remaja ini agak kurang melakukan ibadah-badah sunat. Pengamalan ibadah sunat mereka seperti berpuasa sunat dan solat tahajjud adalah di tahap sederhana sahaja. Mereka tidak selalu melaksanakan ibadah sunat ini seperti mana mereka lakukan terhadap ibadah wajib. Ini mungkin kerana mereka berpandangan bahawa ibadah sunat ini hanyalah pelengkap kepada yang wajib sahaja dan sekiranya tidak melaksanakannya tidak mendapat dosa. Jadual 2: Tahap pengamalan Ibadah Islam No Pernyataan Tahap Persetujuan Min Tahap 1 2 3 4 5 1 Saya mengucap dua kalimah syahadah dalam kehidupan harian saya 3 0.8% 7 1.8% 33 8.3% 101 25.3% 256 64.0% 4.50 Tinggi 2 Saya belajar ilmu agama untuk diamalkan 3 0.8% 4 1.0% 16 4.0% 149 37.3% 228 57.0% 4.49 Tinggi 3 Saya melakukan zikir untuk cari ketenangan jiwa 2 0.5% 7 1.8% 35 8.8% 144 36.0% 212 53.0% 4.40 Tinggi 4 Saya menunaikan solat lima waktu di mana sahaja saya berada 5 1.3% 15 3.8% 71 17.8% 127 31.8% 182 45.5% 4.17 Tinggi 5 Setiap hari saya menunaikan Solat Subuh 6 1.5% 33 8.3% 96 24.0% 99 24.8% 166 41.5% 3.97 Tinggi 6 Setiap hari saya menunaikan Solat Zuhur 4 1.0% 20 5.0% 70 17.5% 111 27.8% 195 48.8% 4.18 Tinggi 7 Setiap hari saya menunaikan Solat Asar 5 1.3% 19 4.8% 72 18.0% 105 26.3% 199 49.8% 4.19 Tinggi 8 Setiap hari saya menunaikan Solat Maghrib 4 1.0% 17 4.3% 58 14.5% 114 28.5% 207 51.7% 4.26 Tinggi 9 Setiap hari saya menunaikan Solat Isyak 4 1.0% 20 5.0% 74 18.5% 107 26.8% 195 48.8% 4.17 Tinggi 10 Saya sering menunaikan solat berjemaah di masjid 18 4.5% 77 19.3% 144 36.0% 107 26.8% 54 13.5% 3.26 Sederhana 11 Saya sering menunaikan solat sunat tahajjud 36 9.0% 99 24.8% 151 37.8% 68 17.0% 46 11.5% 2.97 Sederhana 12 Saya melakukan sujud sahwi pada rakaat yang tertinggal dalam sembahyang 20 5.0% 43 10.8% 96 24.0% 122 30.5% 119 29.8% 3.69 Tinggi 13 Saya membaca al-Quran setiap hari 17 4.3% 66 16.5% 138 34.5% 103 25.8% 76 19.0% 3.39 Sederhana 14 Saya melakukan puasa di bulan Ramadhan 3 0.8% 8 2.0% 16 4.0% 79 19.8% 294 73.5% 4.63 Tinggi 15 Saya sering melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis 26 6.5% 74 18.5% 149 37.3% 86 21.5% 65 16.3% 3.23 Sederhana 16 Saya memberi zakat kepada yang memerlukan 13 3.3% 39 9.8% 130 32.5% 117 29.3% 101 25.3% 3.64 Sederhana

Upload: others

Post on 11-Jun-2020

31 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mohamed Hamdan Abdullah et al. / TAWIS (2017)€¦ · 28 Saya melaksanakan solat Jamak dan Qasar apabila bermusafir 13 3.3% 16 4.0% 68 17.0% 106 26.5% 197 49.3% 4.15 Tinggi 29 Saya

Mohamed Hamdan Abdullah et al. / TAWIS (2017)

179

menyamai kajian oleh Asmahan (2009) yang dilakukan di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang mendapati

majoriti responden kajiannya iaitu 58.4% berada pada tahap pengamalan ibadah yang tinggi.

Kesimpulannya menunjukkan bahawa remaja Islam ini sering melaksanakan pengamalan ibadah Islam

khususnya dalam menunaikan amalan ibadah wajib di dalam kehidupan seharian mereka. Mereka faham dan tahu

tentang dosa dan pahala, apabila ditinggalkan kewajipan dan amanah tersebut boleh menyebabkan mereka

tersungkur ke dalam neraka Allah SWT. Mereka sedar hanya dengan menunaikan amalan-amalan yang telah

ditetapkan oleh syariat akan membawa mereka menuju syurga Allah dan kekal selamanya di sana. Namun

demikian, remaja ini agak kurang melakukan ibadah-badah sunat. Pengamalan ibadah sunat mereka seperti

berpuasa sunat dan solat tahajjud adalah di tahap sederhana sahaja. Mereka tidak selalu melaksanakan ibadah

sunat ini seperti mana mereka lakukan terhadap ibadah wajib. Ini mungkin kerana mereka berpandangan bahawa

ibadah sunat ini hanyalah pelengkap kepada yang wajib sahaja dan sekiranya tidak melaksanakannya tidak

mendapat dosa.

Jadual 2: Tahap pengamalan Ibadah Islam

No Pernyataan Tahap Persetujuan

Min Tahap 1 2 3 4 5

1 Saya mengucap dua kalimah

syahadah dalam kehidupan harian

saya

3

0.8%

7

1.8%

33

8.3%

101

25.3%

256

64.0% 4.50 Tinggi

2 Saya belajar ilmu agama untuk

diamalkan 3

0.8%

4

1.0%

16

4.0%

149

37.3%

228

57.0% 4.49 Tinggi

3 Saya melakukan zikir untuk cari

ketenangan jiwa 2

0.5%

7

1.8%

35

8.8%

144

36.0%

212

53.0% 4.40 Tinggi

4 Saya menunaikan solat lima waktu

di mana sahaja saya berada

5

1.3%

15

3.8%

71

17.8%

127

31.8%

182

45.5% 4.17 Tinggi

5 Setiap hari saya menunaikan Solat

Subuh

6

1.5%

33

8.3%

96

24.0%

99

24.8%

166

41.5% 3.97 Tinggi

6 Setiap hari saya menunaikan Solat

Zuhur

4

1.0%

20

5.0%

70

17.5%

111

27.8%

195

48.8% 4.18 Tinggi

7 Setiap hari saya menunaikan Solat

Asar

5

1.3%

19

4.8%

72

18.0%

105

26.3%

199

49.8% 4.19 Tinggi

8 Setiap hari saya menunaikan Solat

Maghrib

4

1.0%

17

4.3%

58

14.5%

114

28.5%

207

51.7% 4.26 Tinggi

9 Setiap hari saya menunaikan Solat

Isyak

4

1.0%

20

5.0%

74

18.5%

107

26.8%

195

48.8% 4.17 Tinggi

10 Saya sering menunaikan solat

berjemaah di masjid

18

4.5%

77

19.3%

144

36.0%

107

26.8%

54

13.5% 3.26 Sederhana

11 Saya sering menunaikan solat

sunat tahajjud

36

9.0%

99

24.8%

151

37.8%

68

17.0%

46

11.5% 2.97 Sederhana

12 Saya melakukan sujud sahwi pada

rakaat yang tertinggal dalam

sembahyang

20

5.0%

43

10.8%

96

24.0%

122

30.5%

119

29.8% 3.69 Tinggi

13 Saya membaca al-Quran setiap

hari

17

4.3%

66

16.5%

138

34.5%

103

25.8%

76

19.0% 3.39 Sederhana

14 Saya melakukan puasa di bulan

Ramadhan

3

0.8%

8

2.0%

16

4.0%

79

19.8%

294

73.5% 4.63 Tinggi

15 Saya sering melakukan puasa sunat

Isnin dan Khamis

26

6.5%

74

18.5%

149

37.3%

86

21.5%

65

16.3% 3.23 Sederhana

16 Saya memberi zakat kepada yang

memerlukan

13

3.3%

39

9.8%

130

32.5%

117

29.3%

101

25.3% 3.64 Sederhana

Page 2: Mohamed Hamdan Abdullah et al. / TAWIS (2017)€¦ · 28 Saya melaksanakan solat Jamak dan Qasar apabila bermusafir 13 3.3% 16 4.0% 68 17.0% 106 26.5% 197 49.3% 4.15 Tinggi 29 Saya

Mohamed Hamdan Abdullah et al. / TAWIS (2017)

180

17 Saya berdoa supaya saya dapat

menunaikan haji di Mekah

6

1.5%

9

2.3%

48

12.0%

93

23.3%

244

61.0% 4.40 Tinggi

18 Saya taat perintah Allah dalam

sebarang situasi

2

0.5%

15

3.8%

80

20.0%

131

32.8%

172

43.0% 4.14 Tinggi

19 Saya membaca doa sebelum

makan

1

0.3% 0

17

4.3%

92

23.0%

290

72.5% 4.68 Tinggi

20 Saya takut melakukan perkara

yang dilarang agama 0

4

1.0%

43

10.8%

140

35.0%

213

53.3% 4.41 Tinggi

21 Saya mengamalkan ajaran agama

untuk mengelakkan daripada

terlibat dengan gejala sosial

1

0.3%

6

1.5%

34

8.5%

138

34.5%

221

55.3% 4.43 Tinggi

22 Saya mandi junub bila keluar

tanda-tanda hadas besar/haid 1

0.3%

4

1.0%

26

6.5%

87

21.8%

282

70.9% 4.61 Tinggi

23 Saya mengamalkan kebiasaan

wuduk dalam rutin harian saya

4

1.0%

19

4.8%

68

17.0%

137

34.3%

172

43.0% 4.13 Tinggi

24 Saya menjawab azan ketika ianya

sedang berkumandang

3

0.8%

15

3.8%

81

20.3%

148

37.0%

153

38.3% 4.08 Tinggi

25 Saya menunaikan solat hari raya

pada setiap tahun

8

2.0%

28

7.0%

87

21.8%

122

30.5%

155

38.8% 3.97 Tinggi

26 Saya membaca doa setiap kali

sebelum belajar

5

1.3%

23

5.8%

110

27.5%

131

32.8%

131

32.8% 3.90 Tinggi

27 Saya mengamalkan bacaan Surah

Yasin dalam kehidupan

5

1.3%

17

4.3%

86

21.5%

166

41.5%

126

31.5% 3.98 Tinggi

28 Saya melaksanakan solat Jamak

dan Qasar apabila bermusafir

13

3.3%

16

4.0%

68

17.0%

106

26.5%

197

49.3% 4.15 Tinggi

29 Saya melibatkan diri dalam aktiviti

sembelihan dan korban

21

5.3%

54

13.5%

113

28.2%

101

25.3%

111

27.8% 3.57 Sederhana

30 Saya membantu menguruskan

jenazah sewaktu berlaku kematian

29

7.2%

67

16.8%

144

36.0%

84

21.0%

76

19.0% 3.28 Sederhana

Skala Likert:

1- Sangat Tidak Setuju 2 - Tidak Setuju 3 - Tidak Pasti

4 - Setuju 5 - Sangat Setuju

Sumber: Borang soal selidik 2016

4. Kesimpulan

Ibadah merupakan satu bentuk pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah SWT kerana segala urusan dunia dan

akhirat adalah bersumberkan petunjuk dan ajaran-Nya semata-mata. Ibadah juga berfungsi menjalinkan

hubungan berterusan antara manusia dengan Allah dalam segala perkara. Maka dengan itu pengamalan ibadah

melalui kajian ini telah menunjukkan tahap pengamalan ibadah Islam pelajar politeknik Zon Tengah secara

keseluruhannya adalah tinggi. Proses pembelajaran agama pelajar yang rata-ratanya bermula sejak di sekolah

rendah dan menengah lagi dengan pembelajaran Pendidikan Islam secara formal telah memberi kekuatan kepada

amalan ibadah mereka. Penerusan pembelajaran Pendidikan Islam di politeknik telah menambah kuatkan lagi

tahap pengamalan ibadah Islam mereka di samping program dan aktiviti berbentuk dakwah yang telah dijalankan

di politeknik yang telah menunjukkan keberhasilannya. Hasil dapatan kajian menunjukkan para remaja Islam di

politeknik ini selalu menunaikan tanggungjawab ibadah yang berkaitan ibadah khusus iaitu ibadah wajib seperti

solat dan puasa, namun agak kurang yang melaksanakan ibadah umum dan sunat seperti solat tahajjud dan puasa

sunat. Menurut Mohd Aderi (2008), kewajipan beribadah meliputi ibadah umum dan khusus, di mana semua

ibadah tersebut akan diberikan ganjaran pahala. Ini bermakna setiap yang dilakukan sama ada ibadah wajib atau

sunat pasti akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. Bagi remaja Islam ini mereka lebih

menumpukan kepada ibadah yang wajib sahaja memandangkan ibadah wajib ini jika tidak dilaksanakan boleh

mendatangkan dosa berbanding ibadah sunat yang tidak melibatkan dosa sekiranya ditinggalkan. Walau

Page 3: Mohamed Hamdan Abdullah et al. / TAWIS (2017)€¦ · 28 Saya melaksanakan solat Jamak dan Qasar apabila bermusafir 13 3.3% 16 4.0% 68 17.0% 106 26.5% 197 49.3% 4.15 Tinggi 29 Saya

Mohamed Hamdan Abdullah et al. / TAWIS (2017)

181

bagaimanapun amalan ibadah ini perlu diberi penekanan lagi kepada remaja Islam ini memandangkan amalan

ibadah sunat juga memainkan peranan yang penting dalam proses pemantapan akhlak dan sahsiah yang lebih jitu

dan berkualiti. Untuk itu usaha-usaha ke arah memakmurkan amalan ibadah sunat ini perlu digalakkan lagi

melalui proses pendidikan, pengajaran, program dakwah dan sebagainya demi meningkatkan lagi kualiti ibadah

dalam meninggikan syiar Islam di politeknik tercinta. Rujukan

Ab. Halim & Nik Mohd Rahimi. 2010. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Bangi:

Penerbit UKM.

Abdullah Nasih Ulwan. 1996. Tarbiyah al-awlad fi al-Islam. Juz. 1 & 2. Kaherah: Dar al-Salam.

Alias Mat Saad. 2010. Penilaian perlaksanaan kurikulum pendidikan Islam politeknik kementerian pengajian

tinggi Malaysia. Tesis Dr. Fal, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

al-Raghib al-Asfahani. 1961. al-Mufradat. Jil. 1 & 2. Mesir: Maktabah Mustafa al- Bab al-×alabi wa Awladuhu.

Asmahan Mokhtar. 2009. Pengamalan ajaran Islam di kalangan remaja Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang,

Perak. Disertasi Sarjana, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azhar Ahmad & Ab. Halim Tamuri. 2006. Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah.

http://jurnalakademik.blogspot.my/2006/08/penghayatan-akhlak-pelajar-sekolah.html. [3 Ogos 2016]

Chua, Y.P. 2011. Kaedah Penyelidikan Buku 1 (Edisi Kedua). Malaysia: McGrawHill

Ensiklopedia Hukum Islam (t.th). Jil. 2. Jakarta: PT Ichtiar Baru Van Hoeve.

Fariza Md. Sham, Siti Rugayah Tibek, Khairul Anwar Mastor, Zainab Ismail, Ahmad Redzuwan Mohd. Yunus &

Salasiah Hanin Hamjah. 2015. IPIFariza.net.

Hamka. 1990. Tafsir al-Azhar. Jil.9. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.

Ibn Manzur. 1994. Lisan ‘Arab. Jil. 3. Cet. 3. Beirut: Dar al-Qadir.

Ismail Ibrahim. 1996. Ibadat Dan Kekuatan Rohani. Dlm. Siti Fatimah Abdul Rahman (pnyt.). Membangun

Fitrah Kehidupan. Kuala Lumpur: IKIM.

Jasmi, A. 2011. Penggunaan surau dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam di sekolah menengah

kebangsaan di negeri Melaka. Tesis Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Jawatankuasa Istilah Fiqh. 1995. Glosari Fiqh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kamal & H. Zahiah. 2011. Strategi Pelaksanaan Pengajaran Tamadun Islam Di Institut Pendidikan Guru

Malaysia. International Conference on Humanities Heritage, Knowledge & People.

Kamus Idris al-Marbawi. 1990. Cet. 1. Kuala Lumpur: Dar al- Fikr.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. 1970. Determining sample size for research activities. Educational and

Psychological Measurement, 30, 607-610.

Mohd Aderi Che Noh. 2008. Hubungan antara amalan pengajaran guru dan pencapaian tilawah al-quran pelajar

tingkatan dua di Malaysia. Tesis Dr. Fal, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 4: Mohamed Hamdan Abdullah et al. / TAWIS (2017)€¦ · 28 Saya melaksanakan solat Jamak dan Qasar apabila bermusafir 13 3.3% 16 4.0% 68 17.0% 106 26.5% 197 49.3% 4.15 Tinggi 29 Saya

182

Page 5: Mohamed Hamdan Abdullah et al. / TAWIS (2017)€¦ · 28 Saya melaksanakan solat Jamak dan Qasar apabila bermusafir 13 3.3% 16 4.0% 68 17.0% 106 26.5% 197 49.3% 4.15 Tinggi 29 Saya

♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

183

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi

Tahap Keprihatinan Guru Menerapkan Unsur Teknologi Maklumat dan Komunikasi

(TMK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Arab Berdasarkan Model

CBAM (Concerns-Based Adoption Model)

Faizatul Nadia Mohd Tahira, Harun Baharudina

a Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA

Abstrak

Proses pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 menuntut para pendidik untuk menggunakan teknologi

maklumat dan komunikasi (TMK). Penggunaan teknologi dan maklumat atau TMK bertujuan untuk meningkatkan

keberkesanan dan kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Oleh kerana itu, guru seharusnya mampu

untuk menggunakannya secara berfikrah, terancang dan penggunaan TMK secara tidak langsung akan membantu dan

mendorong kita untuk melakukan anjakan paradigma dalam proses PdP bahasa Arab. Sehubungan dengan itu,

kesediaan dan keprihatinan guru amat penting bagi mencapai matlamat dalam pendidikan bahasa Arab. Kertas konsep

ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap keprihatinan guru bahasa Arab dalam menerapkan unsur TMK dalam PdP.

Justeru, Model Penerimaan Berasaskan Keprihatinan atau Concerns-Based Adoption Model (CBAM) digunakan untuk

mengenal pasti peringkat keprihatinan guru. Manakala objektif kajian ini adalah untuk mengetahui tahap keprihatinan

guru-guru bahasa Arab menerapkan unsur TMK dalam PdP bahasa Arab di sekolah kebangsaan. Kajian ini

menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif reka bentuk tinjauan. Responden seramai 50 orang guru bahasa Arab di

sekolah kebangsaan sekitar zon selatan. Teknik pensampelan adalah secara rawak mudah. Pemilihan sampel ini

berasaskan mereka yang telah diberikan kursus penerapan TMK dalam PdP bahasa Arab. Pengkaji menggunakan

instrumen soal selidik yang diadaptasi daripada instrumen sebenar CBAM. Data peringkat keprihatinan dianalisis dan

dibentangkan menggunakan kaedah analisis diskriptif mudah iaitu skor peratus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa

guru-guru bahasa Arab sangat prihatin terhadap tugas mereka. Namun, terdapat segelintir guru kurang bekerjasama

dengan guru lain bagi meningkatkan kecekapan pelaksanaan perubahan.

Kata Kunci: Tahap keprihatinan guru; TMK; PdP Bahasa Arab.

© 2017 Diterbitkan oleh HADHARI-UKM.

Pengarang Utama. Alamat e-mel: [email protected]

Page 6: Mohamed Hamdan Abdullah et al. / TAWIS (2017)€¦ · 28 Saya melaksanakan solat Jamak dan Qasar apabila bermusafir 13 3.3% 16 4.0% 68 17.0% 106 26.5% 197 49.3% 4.15 Tinggi 29 Saya

Faizatul Nadia Mohd Tahir & Harun Baharuddin / TAWIS (2017)

184

1. Pengenalan

Bagi menyediakan murid dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK),

kurikulum yang digubal adalah selaras dengan apa yang telah dilaksana dan dijadikan penanda aras di luar

negara. Maka, kurikulum TMK peringkat sekolah rendah dilaksanakan secara merentas kurikulum melalui

kaedah pengintegrasian dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) (Kementerian Pelajaran Malaysia 2011).

Justeru, ekoran daripada perubahan demi perubahan dalam kurikulum bahasa Arab sistem pendidikan di

Malaysia, Model Penerimaan Berasaskan Keprihatinan atau Concerns-Based Adoption Model (CBAM)

digunakan untuk menilai tahap keprihatinan guru-guru bahasa Arab menerapkan unsur TMK dalam PdP bahasa

Arab di sekolah kebangsaan.

Model Penerimaan Berasaskan Keprihatinan atau Concerns-Based Adoption Model (CBAM) merupakan

panduan kajian kepada guru untuk mengenal pasti tahap keprihatinan guru dalam menerapkan unsur TMK dalam

pengajaran dan pembelajaran. Menurut (Hall & Hord 2011), keprihatinan boleh dikategorikan kepada tujuh tahap

iaitu Tahap 0 (Kesedaran), Tahap 1 (Maklumat), Tahap 2 (Peribadi), Tahap 3 (Pengurusan), Tahap 4 (Kesan),

Tahap 5 (Kerjasama) dan Tahap 6 (Fokus Semula). Sehubungan dengan itu, tujuh tahap keprihatinan

dikategorikan kepada empat peringkat keprihatinan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 (diadaptasi daripada

Hall dan Hord 2011). Jadual 1: Tahap keprihatinan berkaitan TMK: Definisi mengikut tahap

2. Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap keprihatinan guru-guru bahasa Arab menerapkan unsur TMK

dalam PdP bahasa Arab. 3. Metodologi Kajian Tujuan utama kajian ini adalah untuk menilai tahap keprihatinan guru-guru bahasa Arab menerapkan unsur TMK dalam PdP bahasa Arab. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif reka bentuk keratan rentas. Kajian ini

Peringkat

Keprihatinan

Tahap Peringkat Keprihatinan

Tiada Berkaitan Diri

0- Kesedaran

1- Maklumat

2- Peribadi

Guru kurang prihatin atau kurang terlibat terhadap TMK yang diperkenalkan.

Guru mempunyai kesedaran umum terhadap TMK yang berlaku dan berminat

untuk mempelajari/mengetahui dengan lebih lanjut tentang ciri, kesan dan

keperluannya.

Perasaan kebimbangan guru mengenai peranan dan kemampuan diri untuk

melaksanakan TMK termasuk keprihatinan mengenai jenis kesan TMK tersebut

terhadap diri dan aktiviti rutin mereka.

Tugas

3- Pengurusan Guru fokus kepada proses dan tugas dalam melaksanakan TMK. Mereka cuba

menggunakan maklumat dan sumber yang ada secara optimum. Isu kecekapan,

penyusunan, pengurusan, penjadualan dan tempoh masa yang diperlukan adalah

diutamakan.

Impak

4- Kesan

5- Kerjasama

6- Fokus semula

Tumpuan guru berfokus kepada kesan perubahan ke atas murid terutamanya

penilaian pencapaian dan kompetensi murid.

Guru bekerjasama dengan guru lain bagi meningkatkan kecekapan pelaksanaan

perubahan.

Guru memikirkan dan memfokuskan semula tumpuan mereka untuk meneroka

faedah perubahan yang dilaksanakan. Mereka mencari kemungkinan atau

alternatif lain demi menambah baik TMK yang sedang berlaku.

Page 7: Mohamed Hamdan Abdullah et al. / TAWIS (2017)€¦ · 28 Saya melaksanakan solat Jamak dan Qasar apabila bermusafir 13 3.3% 16 4.0% 68 17.0% 106 26.5% 197 49.3% 4.15 Tinggi 29 Saya

Faizatul Nadia Mohd Tahir & Harun Baharuddin / TAWIS (2017)

185

melibatkan 50 orang responden sebagai sampel kajian. Pemilihan sampel dibuat secara rawak mudah terdiri daripada guru-guru bahasa Arab di sekolah kebangsaan zon selatan. Jadual 2 merupakan analisa pemerihalan responden yang dibahagikan kepada jantina, umur, opsyen, pengalaman mengajar dan lokasi sekolah.

Jadual 2: Analisa pemerihalan responden

Pemboleh

ubah

Demografi Bilangan (50

orang)

Peratusan (%)

Jantina Lelaki

Perempuan

15

35

30

70

Umur 20-30

31-40

41-50

51 dan ke atas

15

30

5

0

30

60

10

0

Opsyen Bahasa Arab

Pendidikan Islam

30

20

60

40

Pengalaman

mengajar

(Tahun)

1-5

6-10

11-15

16 tahun dan ke

atas

15

20

15

0

30

40

30

0

Lokasi

Sekolah

Bandar

Luar Bandar

30

20

60

40

Pengkaji menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasi daripada instrumen sebenar CBAM oleh

Hall dan Hord (2011). Data peringkat keprihatinan dianalisis dan dibentangkan menggunakan kaedah analisis

diskriptif mudah iaitu skor peratus. Skor peratus adalah seperti dalam Jadual 3.

Jadual 3: Interpretasi skor peratus

Julat (%) Tahap skor peratus

1 – 20

21 – 40

41 – 60

61 – 80

81 – 100

Sangat rendah

Rendah

Sederhana

Tinggi

Sangat tinggi

Penganalisisan data deskriptif dijalankan berdasarkan panduan SoCQ Quick Scoring Device (George et al. 2006). Untuk menjana profil tahap keprihatinan guru, pemarkahan dikira dengan menjumlahkan markah pada kelima-lima item dalam setiap tahap. Jumlah bagi setiap peringkat merupakan ‘skor peringkat mentah’ (Raw Stage Score). Kemudiannya, skor peringkat mentah ditukarkan kepada ‘skor peratusan’ (Percentile Score) dengan merujuk kepada Carta Penukaran Peratusan Tahap Keprihatinan (George et al. 2006). Skor peratusan diplotkan dan disambung untuk mendapat suatu profil umum tahap keprihatinan responden dalam menerapkan unsur TMK dalam PdP bahasa Arab. 4. Hasil Kajian

Analisis berkaitan dengan skor peratus bagi tahap keprihatinan guru-guru bahasa Arab menerapkan unsur TMK

dalam PdP bahasa Arab ditunjukkan dalam Jadual 4.

Page 8: Mohamed Hamdan Abdullah et al. / TAWIS (2017)€¦ · 28 Saya melaksanakan solat Jamak dan Qasar apabila bermusafir 13 3.3% 16 4.0% 68 17.0% 106 26.5% 197 49.3% 4.15 Tinggi 29 Saya

Faizatul Nadia Mohd Tahir & Harun Baharuddin / TAWIS (2017)

186

Jadual 4: Analisis skor peratus tahap keprihatinan guru-guru bahasa Arab

Tahap Keprihatinan

0 1 2 3 4 5

Skor

Peratusan

(%)

89% 91% 87% 92% 66% 59%

Interpretasi

Sangat

Tinggi

Sangat

Tinggi

Sangat

Tinggi

Sangat

Tinggi

Tinggi Sederhana

Dapatan kajian menunjukkan tahap interpretasi peringkat keprihatinan ‘Tiada Berkaitan’ (Tahap 0),

peringkat keprihatinan ‘Diri’ (Tahap 1 dan 2), peringkat keprihatinan ‘Tugas’ (Tahap 3) dan peringkat

keprihatinan ‘Impak’ (Tahap 6) adalah sangat tinggi. Peringkat keprihatinan ‘Impak’ (Tahap 4) berada di tahap

interpretasi tinggi dan peringkat keprihatinan ‘Impak’ (Tahap 5) pula berada di tahap interpretasi sederhana.

Tahap ‘3’ mencatat nilai skor paling tinggi iaitu 92% diikuti tahap ‘1’ dengan nilai skor 91%. Tahap ‘0’ dengan

nilai skor 89% berada di tangga ketiga. Seterusnya tahap ‘2’ dan tahap ‘6’ berada di kedudukan sama iaitu yang

keempat dengan nilai skor 87%. Tahap ‘4’ di tangga kelima dengan nilai skor 66% dan kedudukan paling bawah

ialah tahap ‘5’ dengan nilai skor 59%. Dapatan daripada soal selidik tahap keprihatinan guru menerapkan unsur

TMK dalam PdP bahasa Arab berdasarkan model CBAM menunjukkan bahawa guru-guru bahasa Arab ini sangat

prihatin terhadap tugas mereka. Namun, guru-guru ini kurang bekerjasama dengan guru lain. 5. Perbincangan dan Cadangan

Berdasarkan dapatan di atas, guru-guru mempunyai tahap keprihatinan yang tinggi mengenai TMK cuma mereka

dalam aspek kerjasama masih di peringkat yang sederhana. Hal ini kerana guru-guru mempunyai latar belakang

kemahiran, pengetahuan, pengalaman silam dan psikologi yang berbeza-beza. Perbezaan antara seseorang guru

dengan guru yang lain akan menjadi faktor penghalang atau pendorong dalam pelaksanaan perubahan pendidikan

(Fullan 1993). Begitu juga melalui penelitian dari hasil-hasil kajian yang pernah dilakukan oleh para penyelidik

memaparkan beberapa faktor yang didapati signifikan dalam mempengaruhi kesediaan dan komitmen guru.

Antara lain adalah: faktor pengalaman dan kemahiran guru (Guskey 1988), sikap guru (Ghaith & Yaghi 1997),

faktor minat dan keserasian guru terhadap perubahan itu sendiri (Mohlman, Coladarci & Gage 1982), faktor

darjah kesukaran untuk melaksanakan perubahan (Ghaith & Yaghi 1997) dan faktor kekitaan dan semangat

kepunyaan (Kennedy 1988). Hal ini turut disokong oleh Napsiah Mahfuz (1983) mendapati terdapat pertalian

antara faktor dorongan-dorongan psikologi dengan tahap kesediaan guru seperti aspek motivasi dan tahap

kepuasan kerja. Hal Ini menunjukkan situasi yang wujud sebelum terlaksananya sesuatu perubahan (seperti sikap

guru terhadap tugas) akan memberi impak dalam mempengaruhi komitmen guru untuk melaksanakan TMK

dalam pembelajaran bahasa Arab.

Justeru, dalam menangani arus ledakan teknologi ini guru harus mempertingkatkan kecekapan dalam

pengurusan pendidikan, meluaskan peranan guru dalam membantu dan membimbing para pelajar serta

membantu guru meningkatkan usaha bagi meningkatkan kualiti pendidikan yang diberi kepada pelajar dan

seterusnya berjaya membangunkan modal insan cemerlang, gemilang dan terbilang. Konsep pembelajaran

sepanjang hayat menjadikan TMK sebagai medium paling berkesan ke arah merealisasikan impian tersebut apa

lagi dalam usaha kerajaan untuk memperkasakan pendidikan di Malaysia dalam usaha melahirkan bangsa global

Malaysia minda kelas pertama bagi cabaran wawasan 2020.

Seterusnya, dari aspek perkembangan kurikulum, ianya melibatkan banyak keperluan membuat keputusan bagi mencapai matlamat pendidikan, seperti mata pelajaran, pemilihan isi kandungan pelajaran, pemilihan pengalaman pembelajaran, objektif pengajaran, bentuk penilaian dan keseluruhan kurikulum yang

Page 9: Mohamed Hamdan Abdullah et al. / TAWIS (2017)€¦ · 28 Saya melaksanakan solat Jamak dan Qasar apabila bermusafir 13 3.3% 16 4.0% 68 17.0% 106 26.5% 197 49.3% 4.15 Tinggi 29 Saya

Faizatul Nadia Mohd Tahir & Harun Baharuddin / TAWIS (2017)

187

diguna pakai. Isi kandungan dan pengalaman belajar perlu disusun supaya dapat mencapai objektif pendidikan. Menurut Noor Aini Ahmad (2014), tambahan pula bukan semua individu belajar secara efektif menggunakan kaedah yang sama, jenis aktiviti dan media yang serupa. Sehubungan dengan itu, guru perlu bekerjasama dalam meningkatkan gaya pengajaran dan perbincangan awal untuk merancang cara pelaksanaan TMK dalam pengajaran. Hal yang perlu ditekankan adalah bagaimana untuk menyusun aktiviti mengikut tahap perkembangan sendiri. Oleh itu, pemilihan aktiviti pengajaran perlu mengikut keperluan, kefahaman dan kebolehan kanak-kanak

6. Kesimpulan

Secara kesimpulannya, TMK seharusnya menjadi sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru perlu membudayakan penggunaan TMK di dalam bilik darjah dan diperhebatkan lagi menerusi kursus,

menyediakan kemudahan komputer dan mengintegrasikan TMK dalam kurikulum yang diguna pakai.

Oleh itu, guru-guru bahasa Arab juga perlu meningkatkan kemahiran dan saling bekerjasama dalam

pengajaran agar dapat mencapai objektif pembelajaran. Kajian ini mendapati tahap keprihatinan guru terhadap

penggunaan TMK adalah tinggi. Cuma terdapat beberapa halangan dan masalah teknikal dalam meningkatkan

kemahiran penggunaan TMK juga kerjasama antara guru harus dipertingkatkan dalam usaha melahirkan pelajar

yang berketerampilan.

Rujukan

Fullan, M. 1993. Change Forces: Probing the Depths of Educational Reform. London: Falmer Press.

George, A. A., Hall, G. E. & Stiegelbauer, S. M. 2006. Measuring Implementation in Schools: The Stages of

Concern Questionnaire. Austin: Southwest Educational Development Laboratory.

Guskey, T. R. 1988. Teacher efficacy, self-concept, and attitude towards the implementation of instructional.

American Educational Journal Research 4(1): 63-69.

Ghaith, G. & Yaghi, H. 1997. Relationships among experience, teacher efficacy, and attitudes toward the

implementation of instructional innovation. Teaching and Teacher Education 13(4): 451-458.

Hall, G. E. & Hord, S. M. 2011. Implementation: learning builds the bridge between research and practice.

Journal of Staff Development 32(4): 52-57.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2011. Buku Panduan Teknologi Maklumat Komunikasi Merentas Kurikulum.

Kennedy, P. 1988. The Rise and Fall of the Great Powers: Economic Change and Military Conflict. United States

of America: Random House.

Mohlman, G.G, Coladarci, T. & Gage, N. L. 1982. Comprehension and attitude as predictors of implementation

of teaching training. Journal of Teacher Education 33(1): 31-36.

Napsiah Mahfuz. 1985. The key teacher strategy of implementing a curriculum in Malaysian school. Jurnal

Pendidikan 8: 3-15.

Noor Aini Ahmad. 2014. Mengintegrasi teknologi komunikasi dan maklumat sebagai media pengajaran bahasa

dalam kalangan kanak-kanak awal umur. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu- JPBM 4(2): 36-43.

Page 10: Mohamed Hamdan Abdullah et al. / TAWIS (2017)€¦ · 28 Saya melaksanakan solat Jamak dan Qasar apabila bermusafir 13 3.3% 16 4.0% 68 17.0% 106 26.5% 197 49.3% 4.15 Tinggi 29 Saya

188

Page 11: Mohamed Hamdan Abdullah et al. / TAWIS (2017)€¦ · 28 Saya melaksanakan solat Jamak dan Qasar apabila bermusafir 13 3.3% 16 4.0% 68 17.0% 106 26.5% 197 49.3% 4.15 Tinggi 29 Saya

♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

189

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi

Komunikasi Semut: Antara Wahyu dan Sains Kejuruteraan

Fazida Hanim Hashima, Wan Nasyrudin Wan Abdullahb,c

a Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi,

Selangor, MALAYSIA b Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor,

MALAYSIA

c Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA

Abstrak

Ilmu pengetahuan secara amnya sentiasa mengalami proses penemuan dan perkembangan terkini sepanjang zaman. Kitab al-Quran yang

maha suci merupakan wahyu yang diturunkan Allah SWT kepada manusia sekalian alam yang sentiasa kekal releven sehingga ke hari

kiamat. Seorang mukmim yang mempunyai asas pegangan tauhid yang kukuh akan sentiasa mencapai kepastian bahawa setiap ilmu

adalah berpunca daripada Maha Pencipta, Allah SWT. Kertas kerja ini membincangkan satu contoh titik pertemuan yang menarik, di mana

masalah kejuruteraan dan sains komputer diselesaikan menggunakan algoritma yang diinspirasikan daripada komunikasi koloni semut. Al-

Quran al-Karim mengandungi ayat-ayat suci yang mengundang manusia untuk melihat kepada alam, termasuk haiwan-haiwan secara

berkumpulan seperti semut, burung dan lebah. Burung seperti semut, merupakan haiwan yang sentiasa dikaji para saintis akan struktur

organisasi kehidupan mereka yang kompleks secara berkumpulan. Semut di dalam al-Quran, mempunyai dialog atau percakapan sebagai

asas komunikasi sesama mereka. Jelas bahawa terdapat satu sistem yang unik dan berkesan yang digunakan oleh koloni semut untuk

mencapai kesepakatan. Algoritma optimasi koloni semut (ACO) telah pertama kali ditemui oleh seorang pakar komputer sains pada tahun

1992. Sebelum penemuan ini, para saintis telah mengkaji bagaimana semut berkomunikasi untuk mencari laluan terdekat daripada sumber

makanan baru kepada sarang. Daripada kajian ini, didapati semut merembeskan suatu hormon bernama pheromone yang meninggalkan

kepekatan yang berbeza untuk laluan dengan jarak yang berbeza. Daripada penemuan ini, ahli komputer sains tersebut merekacipta suatu

algoritma yang menyerupai perilaku semut, untuk menyelesaikan masalah-masalah optimasi di dalam sains komputer mahupun

kejuruteraan. Sebagai contoh, masalah kesesakan trafik merupakan masalah yang sukar untuk diselesaikan disebabkan oleh terlalu banyak

pembolehubah yang sentiasa berubah, bertambah, atau berkurangan, yang masing-masing menyumbang kepada prestasi sistem secara

dinamik. Para penyelidik menggunakan algoritma seperti algoritma semut (ACO) ini untuk menyelesaikan masalah trafik tersebut. Adalah

bukan suatu kebetulan bahawa ayat mengenai semut di dalam al-Quran menggambarkan komunikasi di antara mereka. Wahyu dan sains

tidak dapat dipisahkan, kerana setiap satu ilmu pengetahuan yang berkembang adalah berpunca daripada Allah SWT.

Kata Kunci: Komunikasi semut; algoritma semut; wahyu; sains kejuruteraan.

© 2017 Diterbitkan oleh HADHARI-UKM.

Pengarang Utama. Alamat e-mel: [email protected]

Page 12: Mohamed Hamdan Abdullah et al. / TAWIS (2017)€¦ · 28 Saya melaksanakan solat Jamak dan Qasar apabila bermusafir 13 3.3% 16 4.0% 68 17.0% 106 26.5% 197 49.3% 4.15 Tinggi 29 Saya

Fazida Hanim Hashim & Wan Nasyrudin Wan Abdullah / TAWIS (2017)

190

1. Pengenalan

Setiap satu makhluk dan ciptaan di muka bumi ini tidak dijadikan secara sia-sia oleh Penciptanya. Maha Suci

Allah, telah menciptakan segala yang berada di langit dan di bumi, seperti yang dinyatakan di dalam surah al-

Nahl (16: 49-50):

موت دجسي ما ف ولل رض وما ف ٱلس ئكة من دابة و ٱلأ أمل ون وهمأ ل يسأ ٱل ب ٤٩تكأ

مرون۩ يافون علون ما يؤأ ن فوأقهمأ ويفأ ٥٠ربهم مل

49. Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dari

makhluk-makhluk yang bergerak serta malaikat; sedang mereka (malaikat-malaikat itu)

tidak berlaku sombong takbur (daripada beribadat dan sujud kepadaNya).

50. Mereka takut kepada Tuhan mereka yang mengatasi mereka (dengan kekuasaanNya),

serta mereka mengerjakan apa yang diperintahkan.

Menurut Profesor Dr. Haji Abdul Malik bin Dr. Syekh Haji Abdul Karim Amrullah (HAMKA), di dalam

kitab tafsirnya, Tafsir al-Azhar, memetik Imam az-Zajjaj, perkataan sujud di dalam ayat 49 surah al-Nahl ini

memberi maksud tubuh yang menurut, dan tidak dapat berbuat selain daripada apa yang telah ditentukan oleh

Allah SWT. Profesor HAMKA memberi contoh kitaran hidupan seorang manusia di muka bumi daripada

kandungan ibu sampai lahir, kemudian menjadi dewasa dan menua (HAMKA 1983). Manusia itu sendiri tidak

dapat menidakkan proses penuaan yang terjadi pada dirinya.

Bukan sahaja ketika detik pencipataan, malah setiap detik dan waktu kehidupan, sama ada di dunia

mahupun di akhirat. Setiap makhluk adalah bergantung sepenuhnya kepada Maha Pencipta, Allah SWT. Malah

bukan sahaja manusia, setiap makhluk di langit mahupun di bumi, tunduk kepada Allah SWT. Di dalam surah

yang sama, ayat 79, Allah berfirman:

لمأ إل أ ا يروأ يأ ٱلط رت ف جول ماء مسخ سكهن إل ٱلس ما يمأ لك أليت ٱلل إن ف ذ

منون م يؤأ ٧٩للقوأ

Tidakkah mereka lihat kepada burung-burung yang dimudahkan di angkasa langit.

Tidak ada yang menahan mereka, kecuali Allah. Sesungguhnya pada yang demikian

menjadi tanda-tanda bagi kaum yang beriman.

(al-Nahl 16:79)

Ayat ini menunjukkan betapa pentingnya bagi manusia untuk meningkatkan keimanan dengan melihat

kepada kejadian-kejadian ajaib di sekeliling mereka. Burung-burung yang terbang di udara adalah suatu

keajaiban. Sesungguhnya Allah SWT yang memudahkan urusan burung-burung tersebut sehingga mampu

berterbangan di udara. 2. Wahyu dan Sains Kejuruteraan

Mempelajari sains berasaskan wahyu bukanlah suatu yang baru dicipta di zaman moden ini. Sarjana-sarjana

Islam terdahulu telahpun menyedari hakikat bahawa ilmu pengetahuan duniawi dan ilmu wahyu tidak dapat

dipisahkan. Mereka benar-benar menghayati wahyu Allah SWT dan menjadikannya asas kepada kajian cabang

ilmu pengetahuan mereka (Soh 1991). Al-Khawarizmi, Ibn al-Haytham, Ibn Sina, Ibn Farabi, al-Biruni, adalah

antara tokoh-tokoh yang telah banyak memberi sumbangan kepada asas ilmu pengetahuan. Maka tidak hairanlah

Page 13: Mohamed Hamdan Abdullah et al. / TAWIS (2017)€¦ · 28 Saya melaksanakan solat Jamak dan Qasar apabila bermusafir 13 3.3% 16 4.0% 68 17.0% 106 26.5% 197 49.3% 4.15 Tinggi 29 Saya

Fazida Hanim Hashim & Wan Nasyrudin Wan Abdullah / TAWIS (2017)

191

jika kajian-kajian sains terkini banyak menunjukkan kebesaran al-Quran al-Karim yang diturunkan sebagai

petunjuk kepada manusia lebih 1,400 tahun dahulu.

3. Komunikasi Semut

Semut merupakan serangga yang bersifat sosial, di mana mereka hidup secara berkumpulan dan berinteraksi di

antara satu sama lain untuk kepentingan bersama. Para saintis di dalam bidang zoologi telah mengkaji perilaku

semut dan mendapati semut merembeskan cecair kimia yang dinamakan feromon, yang menjadi medium semut

berkomunikasi di antara satu sama lain (Bonabeau et al. 1999; Yang 2010; Mohamed Salleh 1992; Nahar &

Hashim 2011). Antara fungsi feromon ialah untuk menentukan laluan terdekat daripada sarang kepada sumber

makanan yang baru. Salah satu eksperimen terkenal yang telah dilakukan oleh penyelidik-penyelidik di Santa Fe,

New Mexico, adalah menyediakan dua laluan yang berbeza jarak di antara sumber makanan dan sarang semut

bagi melihat laluan pilihan koloni semut tersebut. Pada mulanya, semut-semut berkenaan memilih secara rawak

di antara kedua-dua laluan tersebut. Selepas satu tempoh masa tertentu, didapati semut-semut berkenaan memilih

laluan yang terdekat. Ini kerana kepekatan feromon di laluan terdekat itu melebihi kepekatan feromon di laluan

yang jauh. Ini menunjukkan terdapat perkadaran terus di antara kepekatan feromon dan pemilihan laluan terdekat

bagi koloni semut tersebut, dan seterusnya membuktikan semut mempunyai medium komunikasi di antara

mereka.

Al-Quran al-Karim 1,400 tahun yang lalu telahpun menyatakan komunikasi di antara semut. Surah al-

Naml, merakamkan ‘perbualan’ di antara semut:

واد حت لع ا توأ أ ل إذا ها ٱنلمأ ي

أ لة ي ل قالتأ نمأ ٱنلمأ مسكنكمأ ل ٱدأخلوا

عرون ۥليأمن وجنوده يأطمنكمأ س ١٨وهمأ ل يشأ(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Wadi an-Naml", berkatalah

seekor semut: Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan

Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak

menyedari.

(al-Naml 27:18)

Menariknya ayat ini bukan sahaja membuktikan komunikasi antara semut itu wujud, bahkan penggunaan

kata nama semut betina menunjukkan semut betina adalah antara semut yang aktif di sesebuah koloni semut. Ini

sejajar dengan penemuan sains bahawa semua semut pekerja, semut tentera, dan ketua semut adalah dalam

kalangan semut betina (Mohamed Salleh 1992).

Pada tahun 1992, Marco Dorigo telah mencipta algoritma koloni semut (ACO) bagi menyelesaikan

masalah pengoptimuman, seperti pengoptimuman jarak terdekat. Algoritma ini diinspirasikan daripada

komunikasi di antara semut di dalam satu koloni. Semut, yang koloninya mampu mencecah sehingga 2 ke 25 juta

ekor semut, merupakan satu kelompok organisma yang kompleks, tetapi setiap individu atau setiap ekor semut

hanya hidup berasaskan peraturan-peraturan yang mudah. Sebagai contoh, para saintis telah mendapati bahawa

semut yang ditugaskan untuk mencari makanan, akan memastikan hala tuju barunya adalah sentiasa 123 darjah

daripada hala tuju yang lama (Yang 2010). Ajaibnya, jika semut berkenaan memilih untuk bergerak sebanyak 120

darjah, maka pada pusingan keempat, semut berkenaan akan kembali kepada arah yang telah dilaluinya sebelum

ini. Tetapi, jika semut berkenaan mengekalkan sudut 123 darjah, semut berkenaan akan berjaya meliputi seluruh

kawasan sebanyak 360 darjah dalam masa 2 minggu (Yang 2010).

Para jurutera dan ahli komputer sains seringkali menggunakan algoritma-algoritma bagi tujuan

pengoptimasian sistem seperti sistem trafik, sistem carian jarak terdekat, sistem kontroler PID, dan apa sahaja

sistem yang memerlukan sistem tersebut secara tersendiri mencari penyelesaian optimum. Sistem trafik sebagai

contoh, telah berjaya diselesaikan dengan menggunakan algoritma semut (Nahar & Hashim 2011; Ant ARK). Di

Page 14: Mohamed Hamdan Abdullah et al. / TAWIS (2017)€¦ · 28 Saya melaksanakan solat Jamak dan Qasar apabila bermusafir 13 3.3% 16 4.0% 68 17.0% 106 26.5% 197 49.3% 4.15 Tinggi 29 Saya

Fazida Hanim Hashim & Wan Nasyrudin Wan Abdullah / TAWIS (2017)

192

dalam sistem trafik ini, setiap kereta adalah seperti ‘semut-semut’ yang bergerak sambil berkongsi maklumat diri,

trafik, dan maklumat jalan raya untuk mengurangkan kekesasakan lalulintas secara menyeluruh. 4. Kesimpulan

Kertas kerja ini secara ringkasnya telah menghuraikan komunikasi semut yang telah didatangkan secara wahyu di

dalam al-Quran, dan yang dipelajari oleh manusia hasil daripada kajian-kajian para saintis. Dapat disimpulkan

bahawa setiap cabang ilmu pengetahuan adalah berpunca daripada Allah SWT dan setiap satunya mendatangkan

banyak manfaat bagi manusia yang berfikir.

Rujukan

Amrullah, A.M.S.A.K. Tafsir al-Azhar. Pustaka Panjimas, Jakarta, 1983.

Ant ARK. 2017. An introduction to Myrmecology the study of ants. Didapati di http://www.antark.net.

Bonabeau, E., Dorigo, M., Theraulaz, G. 1999. Swarm Intelligence: From Natural to Artifical Systems. Oxford

University Press.

Nahar, S.A.A. and Hashim, F.H. 2011. Modelling and Analysis of an Efficient Traffic Network Using Ant Colony

Optimization Algorithm, Third International Conference on Computational Intelligence, Communication

Systems and Networks, Bali, 2011, pp. 32-36.

Salleh, M. 1992. Rahsia Pengungkapan Serangga dalam al-Quran. Bahagian Hal Ehwal Islam: Jabatan Perdana

Menteri.

Soh, Z.A. 1991. Kecanggihan Alam Semester Antara Wahyu dengan Pengetahuan Sains. Syarahan Perdana,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Yang, X.S. 2010. Engineering Optimization: An Introduction with Metaheuristics Applications. United States:

John Wiley & Sons, Inc.