hanif md lateh @ junid et al. / tawis (2017) · tatabahasa untuk bahasa melayu yang berdasarkan...

38
Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) 115 pada penggunaan teori yang sama adalah kerana Kerajaan Johor berlatarkan Melayu yang didasari agama Islam. Islam telah menjadi latar kukuh bagi kerajaan Melayu bermula kedatangannya sekitar abad ke 15M 27 . Walaupun Johor mendepani cabaran pemodenan, pembaratan dan penjajahan dari kuasa luar, tetapi Islam yang mendasari kerajaan Melayu semenjak kesultanan Melaka terus menjadi pemangkin utama terhadap penggubalan UTKJ. Selain dari faktor tersebut, kedudukan Johor sebagai pewaris kepada Kerajaan Johor-Riau Lingga turut memberi kesan. Kesan ini berlanjutan daripada kedudukan Riau sebagai sumber pada persuratan pada abad ke 19M yang merangkumi pelbagai bidang terutamanya yang berkaitan dengan agama Islam. Faktor-faktor lain yang turut menyumbang adalah penjajahan, hubungan diplomatik, peranan pentadbir Kerajaan Johor termasuk golongan ulama dan sebagainya. Rujukan al-Qur’an al-Karim. Abu Hassan Sham. 1980. Undang-undang Lima Fasal dari Riau, Malaysia Dari Segi Sejarah 10: 63-92. Abu Hassan Sham. 1995. Hukum Kanun Melaka. Melaka: Perbadanan Muzium Melaka. Ahmad Fawzi Mohd Basri. 1997. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895): Kepentingan dari segi persuratan dan sejarah. Dlm. Zainal Abidin Borhan, Othman Puteh, Hamzah Hamdani & Saleh Daud. (Ed.). Warisan Persuratan Johor, hlm. 169-180. Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor. Ahmad Fawzi Mohd Basri. 1999. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor Tahun 1895: Suatu pemerhatian terhadap aspek ketatanegaraan dan persuratan. Dlm. Zainal Abidin Borhan, Othman Puteh, Hamzah Hamdani & Saleh Daud. (Ed.). Warisan Persuratan Johor II, hlm. 383-410. Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor. al-Mawardi, Abu al-Hasan ‘Ali. 1989. al-Ahkam al-Sultaniyyah. Ahmad Mubarak (pngr.). Kuwayt: Maktabah dar Ibn Qutaybah. al-Mawardi, Abu Hasan ‘Ali. 1993. al-Ahkam al-Sultaniyyah wa wilayah al-Diniyyah. Terj. Uthman Khalid. Kuala Lumpur: Institut Pengajian Tradisional Islam (IPTI). Aruna Gopinath. 1993. Sejarah Politik Pahang 1880-1935. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Buyong Adil. 1980. Sejarah Johor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hanif Md Lateh @ Junid & Izziah Suryani Arshad @ Mat Resad. 2015. Sumber adunan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895). Prosiding persidangan Tamadun Melayu Johor, hlm. 135-152. Ibn Kathir, Abu Fida’ Isma‘il. 1998. al-Bidayah wa al-Nihayah. Jil. 9. T.tp: Dar Hijr. Ismail Bakar. 2011. Sejarah Kenegaraan Islam. Bangi: Fakulti Pengajian Islam, UKM. J/MB 2, No 364, Salinan Surat Dato’ Menteri 1886-1891. Jaafar Mohamad kepada D.F.I Harvey Residen Councilor Melaka, 18 November 1889, ANJ. J/Raja 12, Memorandum regarding the Maharajah of Johore: His Title and Position, ANJ. M.A Fawzi Basri & Hasrom Haron. 1978. Sejarah Johor Moden 1855-1940. Kuala Lumpur: Muzium Negara. Maitland, F.W. 1908. The Constitutional History of England. Cambridge: Cambridge University Press. Mardiana Nordin. 2008. Politik Kerajaan Johor 1718-1862. Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor. Matlob & Zam Ismail. 2002. Imbasan Peristiwa Bersejarah Johor. Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor. Raja Ali Haji. 1999. al-Thamrah al-Muhimmah Diyafah li al-Umara’ wa al-Kubara’ li ahl al-Mahkamah. Cetakan. ke-2. t.tp.: Khazanah Fathaniyyah. The Constitution of The State of Johore with Supplements, MR342.5952 JOH, National Library Singapore. The Law of The Constitution of 1895 incorporating all amendments up to 1 January 2008, Perpustakaan Pejabat Peguam Negara. 27 Zainal Kling menyatakan: Demikianlah asas pembinaan sistem sosiopolitik Melayu yang bukan sahaja merupakan penerapan unsur ketuhanan Allah bagi bangsa Melayu bahkan suatu penyesuaian tertinggi unsur Islam dalam ekologi Alam Melayu. Sistem itu adalah lebih suci daripada yang pernah diterapkan daripada agama Hindu. Zainal Kling, 1999, Asas ketuhanan dalam pemikiran sosiopolitik Melayu, dlm Zainal Abidin Borhan et al., Warisan Persuratan Johor II, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru, hlm. 12.

Upload: others

Post on 26-Dec-2019

44 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017)

115

pada penggunaan teori yang sama adalah kerana Kerajaan Johor berlatarkan Melayu yang didasari agama Islam.

Islam telah menjadi latar kukuh bagi kerajaan Melayu bermula kedatangannya sekitar abad ke 15M27. Walaupun

Johor mendepani cabaran pemodenan, pembaratan dan penjajahan dari kuasa luar, tetapi Islam yang mendasari

kerajaan Melayu semenjak kesultanan Melaka terus menjadi pemangkin utama terhadap penggubalan UTKJ.

Selain dari faktor tersebut, kedudukan Johor sebagai pewaris kepada Kerajaan Johor-Riau Lingga turut memberi

kesan. Kesan ini berlanjutan daripada kedudukan Riau sebagai sumber pada persuratan pada abad ke 19M yang

merangkumi pelbagai bidang terutamanya yang berkaitan dengan agama Islam. Faktor-faktor lain yang turut

menyumbang adalah penjajahan, hubungan diplomatik, peranan pentadbir Kerajaan Johor termasuk golongan

ulama dan sebagainya.

Rujukan

al-Qur’an al-Karim.

Abu Hassan Sham. 1980. Undang-undang Lima Fasal dari Riau, Malaysia Dari Segi Sejarah 10: 63-92.

Abu Hassan Sham. 1995. Hukum Kanun Melaka. Melaka: Perbadanan Muzium Melaka.

Ahmad Fawzi Mohd Basri. 1997. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895): Kepentingan dari segi

persuratan dan sejarah. Dlm. Zainal Abidin Borhan, Othman Puteh, Hamzah Hamdani & Saleh Daud.

(Ed.). Warisan Persuratan Johor, hlm. 169-180. Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor.

Ahmad Fawzi Mohd Basri. 1999. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor Tahun 1895: Suatu pemerhatian

terhadap aspek ketatanegaraan dan persuratan. Dlm. Zainal Abidin Borhan, Othman Puteh, Hamzah

Hamdani & Saleh Daud. (Ed.). Warisan Persuratan Johor II, hlm. 383-410. Johor Bahru: Yayasan

Warisan Johor.

al-Mawardi, Abu al-Hasan ‘Ali. 1989. al-Ahkam al-Sultaniyyah. Ahmad Mubarak (pngr.). Kuwayt: Maktabah dar

Ibn Qutaybah.

al-Mawardi, Abu Hasan ‘Ali. 1993. al-Ahkam al-Sultaniyyah wa wilayah al-Diniyyah. Terj. Uthman Khalid.

Kuala Lumpur: Institut Pengajian Tradisional Islam (IPTI).

Aruna Gopinath. 1993. Sejarah Politik Pahang 1880-1935. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Buyong Adil. 1980. Sejarah Johor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hanif Md Lateh @ Junid & Izziah Suryani Arshad @ Mat Resad. 2015. Sumber adunan Undang-undang Tubuh

Kerajaan Johor 1312 (1895). Prosiding persidangan Tamadun Melayu Johor, hlm. 135-152.

Ibn Kathir, Abu Fida’ Isma‘il. 1998. al-Bidayah wa al-Nihayah. Jil. 9. T.tp: Dar Hijr.

Ismail Bakar. 2011. Sejarah Kenegaraan Islam. Bangi: Fakulti Pengajian Islam, UKM.

J/MB 2, No 364, Salinan Surat Dato’ Menteri 1886-1891. Jaafar Mohamad kepada D.F.I Harvey Residen

Councilor Melaka, 18 November 1889, ANJ.

J/Raja 12, Memorandum regarding the Maharajah of Johore: His Title and Position, ANJ.

M.A Fawzi Basri & Hasrom Haron. 1978. Sejarah Johor Moden 1855-1940. Kuala Lumpur: Muzium Negara.

Maitland, F.W. 1908. The Constitutional History of England. Cambridge: Cambridge University Press.

Mardiana Nordin. 2008. Politik Kerajaan Johor 1718-1862. Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor.

Matlob & Zam Ismail. 2002. Imbasan Peristiwa Bersejarah Johor. Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor.

Raja Ali Haji. 1999. al-Thamrah al-Muhimmah Diyafah li al-Umara’ wa al-Kubara’ li ahl al-Mahkamah.

Cetakan. ke-2. t.tp.: Khazanah Fathaniyyah.

The Constitution of The State of Johore with Supplements, MR342.5952 JOH, National Library Singapore.

The Law of The Constitution of 1895 incorporating all amendments up to 1 January 2008, Perpustakaan Pejabat

Peguam Negara.

27Zainal Kling menyatakan: Demikianlah asas pembinaan sistem sosiopolitik Melayu yang bukan sahaja merupakan

penerapan unsur ketuhanan Allah bagi bangsa Melayu bahkan suatu penyesuaian tertinggi unsur Islam dalam ekologi Alam

Melayu. Sistem itu adalah lebih suci daripada yang pernah diterapkan daripada agama Hindu. Zainal Kling, 1999, Asas

ketuhanan dalam pemikiran sosiopolitik Melayu, dlm Zainal Abidin Borhan et al., Warisan Persuratan Johor II, Yayasan

Warisan Johor, Johor Bahru, hlm. 12.

Page 2: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017)

116

Undang-undang Negeri Johor, Undang-undang Tubuh Kerajaan 1895 mengandungi segala pindaan hingga 1

Januari 2008, Perpustakaan Pejabat Peguam Negara.

Zainal Kling. 1999. Asas ketuhanan dalam pemikiran sosiopolitik Melayu. Dlm. Zainal Abidin Borhan, Othman

Puteh, Hamzah Hamdani & Saleh Daud (Ed.). Warisan Persuratan Johor II. Johor Bahru: Yayasan

Warisan Johor.

Page 3: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

117

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi

Cabaran Membina Kemajuan Bangsa dalam Karya Abdullah Abdul Rahman: Matahari

Memancar Tarikh Kerajaan Jepun

Ermy Azziaty Rozali a,b

a Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA. b Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor,

MALAYSIA.

Abstrak

Abdullah Abdul Rahman merupakan seorang tokoh agama dari Muar, Johor dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua

Jabatan Agama Islam Johor. Beliau juga aktif dalam bidang penulisan dan menghasilkan buku, antaranya Pertutoran

Melayu, iaitu buku tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab, karya terjemahan Matahari Memancar

Tarikh Kerajaan Jepun serta Islam dan Tamadun. Kertas kerja ini akan membincangkan buku Matahari Memancar Tarikh

Kerajaan Jepun terjemahan Abdullah Abdul Rahman yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat Melayu

sehingga Perang Dunia Kedua. Matahari Memancar membentangkan bahawa orang Jepun merupakan bangsa yang

bersungguh-sungguh dalam membina negaranya. Manakala masyarakat Melayu Islam di sebelah Timur, masih lagi

bergantung kepada Kuasa Eropah dari segi pentadbiran negara dan juga aspek pertahanan. Oleh itu, bangsa di sebelah Timur

dinasihatkan berdikari dan berusaha keras untuk memajukan negara masing-masing. Kejayaan Jepun dalam bersaing dengan

Barat juga menjadi contoh kepada bangsa Timur, terutamanya masyarakat Islam. Dalam Matahari Memancar juga

disarankan agar masyarakat Melayu mengambil pengajaran daripada sejarah dan tidak menjadi bangsa yang leka. Di

samping itu, turut dinyatakan dua sifat penting untuk menjana pembangunan dan kemajuan, iaitu bijaksana dan yakin

dengan diri sendiri. Kejayaan bangsa Jepun adalah kerana mereka memiliki dua sifat tersebut dan bekerja bersungguh-

sungguh yang seharusnya menjadi teladan kepada masyarakat Islam.

Kata Kunci: Karya Abdullah Abdul Rahman; kemajuan bangsa; bangsa Jepun; masyarakat Melayu

© 2017 Diterbitkan oleh HADHARI-UKM.

1. Pengenalan

Pembinaan bangsa merupakan salah satu aspek penting untuk memajukan sesebuah negara. Proses pembinaan

bangsa pada era prakemerdekaan adalah untuk menggalakkan usaha mengejar pembangunan dan kemajuan serta

Pengarang Utama. Alamat e-mel: [email protected]

Page 4: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

Ermy Azziaty Rozali / TAWIS (2017)

118

berusaha melepaskan diri daripada penjajahan Barat. Sesuatu yang menarik dalam perkembangan politik dan

sosiobudaya masyarakat Melayu pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 ialah penerimaan pengaruh dari

Timur Tengah (Mohammad Redzuan Othman 1994, 2005). Antara aspek yang boleh dilihat ialah perkembangan

dalam bidang keilmuan. Penerjemahan buku-buku berbahasa Arab ke dalam bahasa Melayu dilakukan untuk

memperbanyakkan bahan bacaan bagi masyarakat Melayu. Dalam membina peradaban bangsa bahan bacaan

atau kepustakaan adalah asasnya. Ahli-ahli sejarah Barat menyatakan bahawa zaman kegemilangan masyarakat

Islam tidak akan muncul semula kerana kepustakaan mereka telahpun musnah dan mereka tidak membina

semula asas tersebut. Tanpa kewujudan korpus keilmuan tersebut maka sukarlah untuk membina peradaban

bangsa (Abdullah Hassan 2008).

Artikel ini yang cuba membentangkan sebuah karya terjemahan melihat pentingnya usaha penerjemahan

dilakukan. Kenapakah perlunya proses penerjemahan ini? Adalah penting untuk kita memahami proses

penyerapan ilmu dan pengetahuan. Ilmu dan pengetahuan amat mudah diserap apabila ilmu tersebut disampaikan

dalam bahasa ibunda. Ini merupakan suatu fakta dan kenyataan yang telah terbukti. Manusia akan lebih

memahami ilmu pengetahuan jika disampaikan dengan bahasa ibundanya. Di sinilah pentingnya proses

penerjemahan, iaitu untuk memastikan ilmu dapat disampaikan dengan bahasa ibunda dan seterusnya diserap dan

memberikan kefahaman yang lebih mendalam lagi.

Untuk itu, amatlah penting setiap ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang disampaikan dalam bahasa

ibunda masing-masing. Jadi di sini, kita perlu memahami bahawa dalam proses pembinaan semula tamadun

Melayu di negara ini, kita perlu memastikan bahawa generasi pewaris diberikan suntikan ilmu pengetahuan.

Langkah yang amat penting ialah memastikan mereka dapat memahami dan menghayati ilmu pengetahuan itu

sendiri. Untuk itu, amat penting kita memahami ilmu pengetahuan mesti disampaikan dalam bahasa yang dapat

mereka fahami. Melalui usaha penerjemahan, berlaku pengimportan ilmu, budaya dan peradaban daripada

bangsa yang menghasilkan sesuatu karya tersebut.

Menjelang awal abad ke-20, maktab perguruan di Singapura, Melaka dan Perak telah berjaya

menghasilkan beberapa kumpulan graduan yang antaranya memperlihatkan kebolehan sebagai penulis.

Kumpulan ini terdiri daripada nama-nama seperti Sulaiman bin Muhammad Nur, Haji Muhammad Said bin

Sulaiman, Raja Haji Yahya Raja Muhammad Ali, Abdullah bin Abdul Rahman dan lain-lain. Sebagai pendidik

mereka merasa sedih dengan kekurangan bahan pengajaran di sekolah. Beberapa judul buku yang ditulis oleh

penulis muda Melayu ini menjadi popular dalam kalangan pelajar sekolah dan pembaca umum. Antara contoh

ialah Matahari Memancar oleh Abdullah Abdul Rahman, Hikayat Johor dan Hikayat Queen Victoria oleh Haji

Muhammad Said dan Anak Kunci Pengetahuan oleh Abdul Majid Zainuddin. Kebanyakan penulis-guru ini

mahir dalam sekurang-kurangnya satu bahasa lain, khususnya Arab atau Inggeris yang membolehkan mereka

membuat terjemahan (Md. Sidin Ahmad Ishak 1998).

Abdullah bin Abdul Rahman merupakan seorang tokoh agama yang berasal dari Muar, Johor. Beliau

pernah menjawat jawatan Ketua Jabatan Agama Islam Johor dan dianugerahkan gelaran ‘Dato’. Abdullah juga

bergiat aktif dalam bidang penulisan (Zainal Abidin 1940). Jabatan Agama Islam Johor dilihat proaktif dalam

usaha penerjemahan untuk kepentingan masyarakat. Antaranya ialah penerjemahan Majalah Ahkam Johor pada

tahun 1913 yang melibatkan undang-undang sivil (Abdul Jalil Borham 1997). Usaha terjemahan dilakukan

terhadap Majallah al-Ahkam al-‘Adliyyah Turki Uthmaniyah ke dalam bahasa Melayu. Jabatan Agama Johor

merupakan nadi utama dalam proses penterjemahan dan perlaksanaan Majalah Ahkam Johor (Abdul Jalil

Borham 2002).

Pada tahun 1913, Abdullah Abdul Rahman menghasilkan buku Pertutoran Melayu, iaitu buku

tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau

menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah karya Muhammad Farid Wajdi, seorang sarjana dan ahli pemikir

Mesir yang terkenal. Buku terjemahan tersebut berjudul Islam dan Tamadun (Zainal Abidin 1939). Hubungan

Page 5: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

Ermy Azziaty Rozali / TAWIS (2017)

119

rapat Abdullah dengan pendukung al-Imam meletakkan beliau sebagai reformis dalam kalangan ‘Kaum Muda’.

Beliau yang mendapat pendidikan di Kaherah dan mengimport buku-buku teks untuk sekolah agama dari sana,

menjadikan beliau seangkatan dengan Syeikh Tahir Jalaluddin dan Sayid Sheikh al-Hadi, mendapat pendedahan

dengan suasana intelektual di Mesir (Laffan 1996; Onn Jaafar 1935).

Abdullah Abdul Rahman seorang yang berpandangan jauh dalam aspek pembangunan dan juga

menitikberatkan bidang pendidikan. Selaku Ketua Jabatan Agama Johor beliau pernah mencadangkan agar

disatukan pelajaran bahasa Melayu dan agama. Cadangan tersebut bertujuan untuk menjimatkan masa anak-anak

Melayu. Kitab-kitab agama dicadangkan agar digunakan sekaligus untuk pelajaran agama dan bahasa Melayu.

Dalam mesyuarat kerajaan pada bulan Oktober 1933, beliau mengemukakan lima tujuan cadangan penyatuan

tersebut:

i. Supaya sekolah Melayu itu ada di dalamnya pelajaran agama atas kadar fardu ain yang wajib ke atas

anak-anak orang Melayu itu tiap-tiap seorang dapat pelajaran agama.

ii. Juga melepaskan daripada tuntutan-tuntutan bagi pihak daerah-daerah atau kampung-kampung yang

mengatakan ada tempat dapat sekolah agama, ada yang tidak dapat pada hal semua rakyat Johor dan

sama beragama Islam.

iii. Tidak berkehendakkan tambahan guru-guru lagi bagi mengadakan sekolah baru barangkali boleh juga

dikurangkan.

iv. Ada juga masa bagi kanak-kanak di dalam kampung boleh dapat peluang kerja sendiri di dalam

kampung-kampungnya di sebelah petang dan dapat pada waktu bagi anak-anak Melayu di dalam

bandar yang ada sekolah Inggeris boleh masuk sekolah Inggeris di sebelah pagi dan mengambil

pelajaran bahasa Melayu dan agama di sebelah petang.

v. Kalau begitu tidaklah dikehendakkan anak-anak Melayu yang diam di dalam bandar-bandar yang ada

sekolah Inggeris itu masuk dalam sekolah Inggeris, kemudian dia telah lulus dalam standard empat

sekolah Melayu dan kemudian daripada telah menggunakan umurnya empat atau lima di dalam

sekolah Melayu (ertinya telah berumur dua belas atau tiga belas tahun baharu boleh masuk sekolah

Inggeris) dan apabila tidak cukup kelulusannya dihentikan sebab terlebih umur. Tapi atas perubahan itu

bolehlah dimasukkan anak-anak Melayu dibandar itu berumur tujuh tahun belajar dalam bahasa

Inggeris permulaan sebab disebelah petangnya dia akan belajar bahasa Melayu dan agama. Inilah yang

dikatakan tujuan untuk menyelamatkan masa anak-anak Melayu.

Cadangan Abdullah Abdul Rahman ini dipersetujui oleh Ahli-ahli Majlis Agama dan dianggap satu

peluang kepada anak-anak Melayu untuk mempelajari bahasa Inggeris di sebelah pagi dan belajar bahasa Melayu

dan agama di sebelah petang. Dalam memorandum 1935, penyatuan itu dilaksanakan (Rahimah Abd Aziz 2000).

Oleh itu, dapat dilihat peranan Abdullah Abdul Rahamn dalam usaha meningkatkan pendidikan masyarakat

Melayu. 2. Matahari Memancar Tarikh Kerajaan Jepun

Pada tahun 1906, Abdullah bin Abdul Rahman telah menulis sebuah buku terjemahan. Buku tersebut bertajuk

Matahari Memancar: Tarikh Kerajaan Jepun yang memberikan pengiktirafan kepada kerajaan Jepun. Buku ini

merupakan terjemahan buku berbahasa Arab yang bertajuk al-Shams al-Mushriqah, tulisan Mustafa Kamil Pasha

(1874-1908), seorang pemimpin nasionalis Mesir yang terkemuka. Al-Shams al-Mushriqah ditulis oleh Mustafa

Kamil berikutan kekagumannya terhadap kejayaan Jepun dalam peperangan dengan Rusia (Nadia Fahmi 1976;

Walker 1980, 1994).

Page 6: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

Ermy Azziaty Rozali / TAWIS (2017)

120

Mustafa Kamil Pasha (1874-1908), merupakan salah seorang tokoh yang terkenal di Mesir, dilahirkan di

Kaherah pada 14 Ogos 1874 dan bapanya bertugas sebagai jurutera askar. Mustafa Kamil pernah menuntut di

Universiti Taolouse, Perancis. Semasa dalam pengajian, beliau melibatkan diri dalam aktiviti politik.

Sekembalinya dari Perancis, Mustafa Kamil menubuhkan Parti ‘al-Watan’ pada 1894, yang bermatlamat untuk

mengusir pihak British dari Mesir. Mustafa Kamil pernah melawat Berlin, London, Vienna, Budapest dan

Geneva (Meyerhof 1983; Nadia Fahmi 1976).

Mustafa Kamil juga kerap mengeluarkan artikel yang bersifat anti-British dalam akhbar al-Ahram dan

al-Muayyad sejak tahun 1894 dan menjadi terkenal. Beliau kemudiannya menerbitkan akhbar al-Liwa’ pada

tahun 1900 yang turut mendapat sokongan Khedif Abbas Hilmi. Kekerapan Mustafa Kamil mengunjungi

Istanbul menemui Sultan Abdul Hamid II (1876-1909), melayakkan beliau mendapat gelaran ‘Mutamayyiz’ pada

tahun 1899 dan ‘Pasha’ pada tahun 1904. Sebagai pendukung kepada gagasan Pan-Islamisme, Mustafa Kamil

menerusi akhbar al-Liwa’ menyatakan sokongan terhadap gagasan Pan-Islamisme dan dawlah Turki

Uthmaniyah, terutamanya dalam konflik dengan Eropah. Pada 1907, beliau mengasaskan parti politik al-Hizb

al-Watani. Walau bagaimanapun, kematian Mustafa Kamil pada 1909, dalam usia yang agak muda, iaitu 34

tahun menimbulkan kesangsian dan spekulasi. Khedif Abbas Hilmi mengambil pendekatan berhati-hati dan

tidak mengaitkan beliau dengan kematian Mustafa Kamil. Majlis pengkebumian Mustafa Kamil dihadiri oleh

60,000 orang rakyat Mesir yang merasa sedih dengan kehilangan seorang pemimpin yang memperjuangkan

semangat kebangsaan Mesir (Walker 1980).

Pada tahun 1907, penerbitan buku Matahari Memancar oleh Abdullah Abdul Rahman mendapat

pembiayaan daripada penerbit al-Imam dan diterbitkan oleh Matbaah al-Imam di Singapura (Laffan 1996).

Matbaah al-Imam atau al-Imam Printing Company diasaskan pada tahun 1906 dan beberapa orang penulis dan

penyunting majalah al-Imam turut menulis buku-buku keagamaan yang juga dicetak oleh syarikat ini (Md. Sidin

1998). Promosi Matahari Memancar dilakukan dengan penyiaran iklan dalam majalah al-Imam. Al-Imam

menganggap penerjemahan ini sebagai usaha untuk memperkayakan tulisan yang boleh memberikan manfaat dan

menambahkan keilmuan kepada masyarakat Melayu. Pujian juga diberikan kepada Abdullah Abdul Rahman

dalam menghasilkan Matahari Memancar yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat Melayu dan

memberikan kesedaran kepada mereka. Usaha seperti ini amat digalakkan. Matahari memancar dijual dengan

harga promosi $3.50 yang bermula dari 14 Mei 1907 hingga 1 Julai 1907. Manakala selepas daripada tempoh

tersebut dijual dengan harga $5.00 senaskhah. Di samping itu, isi kandungan buku tersebut turut dimuatkan

dalam al-Imam sebagai tujuan promosi (al-Imam 1907).

Matahari Memancar mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat Melayu sehingga

Perang Dunia Kedua (Laffan 1996). Dalam Matahari Memancar, pengarangnya memuji orang Jepun yang

bersungguh-sungguh membina negaranya. Mustafa Kamil Pasha yang juga merupakan pemimpin parti al-Hizb

al-Watani, Mesir. Pada tahun 1890-an, beliau mempromosikan konsep ‘wataniyyah’ (fahaman kebangsaan) dan

menyeru agar Mesir mengekalkan hubungan dengan pentadbiran khilafah di Istanbul. Apabila Jepun berjaya

dalam peperangan dengan Rusia pada tahun 1904, mendorong penulisan buku ini sebagai sokongan beliau

terhadap masyarakat Jepun yang dianggap mempunyai semangat kebangsaan yang kuat (Laffan t.th.). Manakala

masyarakat Melayu di sebelah Timur, masih lagi bergantung dengan kuasa Eropah dari segi pentadbiran negeri

dan juga aspek pertahanan. Oleh itu, orang Jepun menasihatkan agar bangsa di sebelah Timur berdikari dan

berusaha keras untuk memajukan negara masing-masing. Kejayaan Jepun dalam bersaing dengan Barat juga

menjadi contoh kepada bangsa sebelah Timur (Abdullah Abdul Rahman 1906).

Bangsa yang percaya pada diri sendiri mampu untuk melepaskan diri daripada diperhambakan oleh

orang lain dan berusaha untuk bebas dan merdeka. Mereka juga berusaha untuk menghasilkan barangan yang

tidak ada pada mereka dan juga membuat barangan sebagaimana yang dihasilkan oleh negara Barat. Contoh yang

diberikan ialah bagaimana peladang-peladang di Jepun berusaha bersungguh-sungguh mengerjakan sawah

Page 7: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

Ermy Azziaty Rozali / TAWIS (2017)

121

mereka untuk membayar cukai kepada kerajaan di samping itulah mata pencarian utama mereka. Dijelaskan juga

kesungguhan askar-askar Jepun yang kemudiannya berjaya mengalahkan Rusia dalam peperangan (Abdullah

Abdul Rahman 1906).

Orang Barat dilihat cuba untuk melihat orang lain berada di bawah kekuasaannya dan tidak suka dengan

kemaraan orang Barat. Orang Timur pula tidak suka untuk terus kekal di bawah pemerintahan Barat. Orang yang

mempunyai kekuatan boleh menghukum dan bermegah dengan kekuatan mereka. Manakala orang yang dihukum

itu adalah golongan yang lemah. Bermula dengan kemenangan Jepun ke atas itu merupakan kemenangan yang

adil kerana kemaraan anak negerinya. Semangat yang tinggi dalam mendapatkan ilmu pengetahuan kerana

mereka cinta dan kasihkan negara. Sebagai iktibar perkara yang paling penting bagi anak bangsa ialah

pendidikan, bekerja bersungguh-sungguh dan bersatu (Abdullah Abdul Rahman 1906).

Salah satu aspek yang dilihat menjadi kejayaan bagi kerajaan Jepun ialah menjadikan negara mereka

setanding dengan Barat. Anak-anak muda dihantar belajar ke Eropah dan Amerika untuk mempelajari teknologi

dari sana, terutamanya yang melibatkan aspek ketenteraan. Sebagai contoh pembuatan kapal perang yang besar

seperti di Barat. Walau bagaimanapun, bukan semua perkara yang menerima perubahan di Jepun, masih ada lagi

yang terikat dengan tradisi lama, golongan wanita berkahwin dengan rakyat tempatan. Bagi golongan yang tidak

terlibat dalam sektor kerajaan digalakkan terus menggunakan pakaian tradisi untuk mengekalkan adat dan

budaya. Orang Jepun juga dikenal pasti sebagai bangsa yang bersungguh-sungguh melakukan perkerjaan dan

membuat kebajikan (Abdullah Abdul Rahman 1906).

Jika dianalisis, amat sukar ditemui satu bangsa yang mudah mengubah peraturan bangsanya sebagaimana

orang Jepun. Kali pertama mereka mengubah peraturan mengikut orang China. Kemudiannya melihat dan

mencontohi dan memindahkan segala kemajuan Barat ke dalam negerinya. Tabiat dan perilaku orang Jepun ini

adalah sukakan sesuatu yang baru dan gemar untuk mengetahui tiap-tiap perkerjaan yang tidak dimiliki

kemahirannya. Walau bagaimanapun, kehendak dan cita-cita utama bangsa Jepun ialah menjadikan negara

mereka sebagai sebuah negara yang kuat berbanding orang lain (Abdullah Abdul Rahman 1906).

Arus perubahan yang berlaku dalam negeri Jepun bermula apabila rakyatnya tidak dapat menerima

kedatangan orang asing yang datang ke negaranya. Walau bagaimanapun, menyedari kepentingan untuk bersaing

dengan kemajuan Barat, bangsa Jepun berusaha mendapatkan ilmu pengetahuan dan teknologi yang berada di

Barat dengan tujuan untuk memajukan negaranya. Begitu juga dengan kesetiaan rakyat Jepun kepada

maharajanya, iaitu Maharaja Mikado yang menjadi lambang kekuatan dan keutuhan negara (Abdullah Abdul

Rahman 1906).

Mengukuhkan lagi tulisan dalam Matahari Memancar, perbincangan mengenai pembangunan dan

kemajuan yang dicapai oleh Turki Uthmaniyah turut dibandingkan dengan analisa dan juga kritikan terhadap

budaya dan masyarakat Melayu. Masyarakat di sebelah Timur diseru supaya lagi tidak ghairah dengan

kecenderungan mempelajari ilmu sihir dan azimat. Mereka seharusnya sedar dan menggerakkan usaha untuk

mengejar ilmu pengetahuan dan juga kemajuan untuk negara (Abdullah Abdul Rahman 1906). Tahyul dan misteri

masih lagi mendominasi budaya dan minda masyarakat Melayu. Hal ini menghalang pemodenan minda

masyarakat Melayu. Pemodenan minda masih lagi bergelut dengan tahyul dan misteri yang mendasari imej dan

budaya bangsa Melayu. Bangsa yang terpengaruh dengan tahyul dan misteri yang membelenggu minda

menjadikan sesuatu bangsa itu jumud, tidak berfikiran terbuka, tidak bebas berfikir secara rasional, logik dan

objektif untuk mencapai perubahan dan kemajuan (Abd. Rahim 2004).

Matahari Memancar menyeru masyarakat Melayu agar mengambil pengajaran daripada sejarah dan

tidak menjadi bangsa yang leka. Di samping itu, turut dinyatakan dua sifat penting untuk menjana pembangunan

dan kemajuan, iaitu bijaksana dan percaya dengan diri sendiri. Kejayaan bangsa Jepun adalah kerana mereka

memiliki dua sifat tersebut dan bekerja bersungguh-sungguh. Selain Jepun, bangsa Turki Uthmaniyah juga

Page 8: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

Ermy Azziaty Rozali / TAWIS (2017)

122

memiliki sifat bijaksana dan keyakinan diri yang tinggi. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan kesusahan,

mereka tetap berjaya menghadapinya. Perbandingan juga dibuat sekiranya situasi yang dialami oleh bangsa Turki

dialami oleh bangsa lain, sudah pasti tidak dapat mengatasi cabaran-cabaran tersebut (Abd. Rahim 2004).

Sanjungan juga diberikan terhadap keazaman dawlah Turki Uthmaniyah yang berhadapan peperangan fi

sabilillah dengan kerajaan Rusia. Oleh itu, umat Islam diseru supaya bersatu-padu dan menyokong dawlah Turki

Uthmaniyah (Abd. Rahim 2004). Matahari Memancar juga menyeru kepada masyarakat Melayu, agar merasa

bangga menjadi bangsa Timur (Zainal Abidin 1939; Gordon 1999). Jelasnya di sini, buku ini tidak hanya

memaparkan aspek sejarah, bahkan menjadi inspirasi dan perangsang kepada masyarakat Melayu supaya

mencapai pembangunan tamadun, menerusi penciptaan teknologi dan juga usaha keras daripada masyarakatnya

(al-Imam 1907; Andaya 1977). Persepsi yang positif diberikan kepada Turki Uthmaniyah apabila dawlah tersebut

diumpamakan sebagai setaraf dengan Jepun di Timur Tengah. Ini diakui sendiri oleh Ahmed Riza dan Nazim

Bey, ahli Comittee of Union and Progress (C.U.P), dalam usaha mereka untuk menjalinkan hubungan dengan

British (Feroz Ahmad 1966).

Sesuai dengan fokus Matahari Memancar terhadap Jepun, sejarah dan latar belakang kerajaan tersebut

turut dijelaskan (Abdullah Abdul Rahman 1906). Berikutan peperangan antara Jepun dan China juga dilihat

memberi kekuatan kepada Jepun. Pada tahun 1900, Jepun mengadakan pakatan dengan Eropah untuk membantu

kerajaan-kerajaan kecil di Eropah serta mengukuhkan kedudukan Jepun di mata Barat (Abdullah Abdul Rahman

1906). Dalam Matahari Memancar ini juga jelas memuji kewibawaan maharaja Mikado yang disifatkan sebagai

seorang pemimpin yang hebat, bijaksana dalam mentadbir dan prihatin kepada kepentingan rakyatnya (Abdullah

Abdul Rahman 1906).

Jika dinilai buku Matahari Memancar ini membentangkan kepentingan membina bangsa. Orang Jepun

dilihat mampu menjadi saingan kepada Kuasa Barat kerana kesungguhan mereka mendapatkan ilmu pengetahuan

dan juga cita-cita yang tinggi untuk memajukan bangsa dan negara. Sebagai output untuk bacaan masyarakat

Melayu, buku ini menawarkan persepsi yang baru kepada bangsa di Timur untuk berada sama tinggi dengan

kuasa Barat. Untuk mengukuhkan kewibawaan dan kekuatan bangsa Melayu tidak boleh dipandang ringan

kerana persaingn yang dihadapi oleh bangsa Melayu selepas merdeka semakin sengit dan mencabar. Sebahagian

besar bangsa Melayu belum lagi mempunyai semangat dan jiwa yang merdeka. Pemikiran dan tanggungjawab

untuk membina kedudukan bangsa Melayu dalam segala hal seringkali tidak kesampaian. Dengan pengaruh

kebendaan dan kesenangan yang dikecapi, Melayu sering hilang panduan dan pedoman. Penyatuan Melayu

masih belum wujud bagi membina kekuatan dan pembangunan orang Melayu sama ada dalam aspek ekonomi,

politik dan sosial. Bangsa Melayu cepat mengalah dalam perjuangan penting dalam mencorakkan pembangunan

dan kekuatan bangsa mereka (Abd. Rahim 2004). 3. Kesimpulan

Matahari Memancar Tarikh Kerajaan Jepun buku terjemahan oleh Abdullah Abdul Rahman yang diterbitkan

pada awal kurun ke-20, menarik minat khalayak pembaca dari kalangan masyarakat Melayu. Walaupun,

sebahagian besar kandungannya membahaskan mengenai kerajaan Jepun yang berjaya dalam peperangannya

dengan Rusia dan juga semangat dan kesungguhan bangsa Jepun memajukan negaranya. Apa yang menarik

dengan terhasilnya buku ini, memberikan persepsi yang baru kepada masyarakat Melayu mengenai kekuatan

bangsa di sebelah Timur dalam persaingannya dengan Kuasa Barat. Meletakkan Jepun sebagai contoh dan ikutan

dilihat suatu dasar pandang ke Timur yang dicetuskan sejak awal lagi. Rujukan

Abd Rahim Abd Rashid. 2004. Patriotisme: Agenda Pembinaan Bangsa. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Abdul Jalil Borham. 1997. Majalah ahkam Johor ditinjau dari aspek latar belakang dan pengaruhnya terhadap

pentadbiran sistem muamalat Islam dari Negeri Johor. Tesis Dr. Fal, Akademi Islam, Universiti Malaya.

Page 9: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

Ermy Azziaty Rozali / TAWIS (2017)

123

Abdullah Abdul Rahman. 1906. Matahari Memancar: Tarikh Kerajaan Jepun. Singapura: Matba‘ah al-Imam.

Abdullah Hassan. 2008. Membina kepustakaan melayu melalui terjemahan. Dlm. Abdullah Hassan et.al.

Membina Kepustakaan Dalam Bahasa Melayu. Batu Caves: Utusan Publication.

Al-Imam. Jil. 1. Bil, 11. 14 Mei 1907.

Al-Imam. Jil.1. Bil. 12. 12 Jun 1907.

Andaya. B.Y. 1977. From Rum to Tokyo: The search for anticolonial allies by the rules of Riau 1889-1914.

Indonesia 24: 123-156.

Feroz Ahmad. 1966. Great Britain’s relation with the young Turks 1908-1914. Middle Eastern Studies 2(4): 302-

329.

Gordon, A. 1999. Riau: The Millieu, of Syed Syeikh’s Formative Years and the Aspiration of the Subjugated

Umma. Dlm. Alijah Gordon (pnyt.) The Real Cry of Syed Sheikh al-Hady. Kuala Lumpur: Malaysia

Sociological Research Institute.

Laffan, M.F. [t.th]. Dispersing God’s Shadows Reflections on the Translation of Arabic Political Concepts into

Malay and Indonesian. Available at: www.anu.edu.au/asianstudies/ proudfoot/mmp/laffan_apc.html.

Laffan, M.F. 1996. Watan and negeri: Mustafa Kamil’s rising sun in the Malay World. Indonesia Circle 24 (69):

156-175

Md. Sidin Ahmad Ishak. 1998. Penerbitan dan Percetakan Buku Melayu 1807-1960, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Meyerhof, M. 1983. Mustafa Kamil. Dlm. The Encyclopaedia of Islam. Leiden: E.J Brill. Jil. 7.

Mohammad Redzuan Othman. 1994. The Middle Eastern influence on the development of religious and political

thought in Malay society 1880-1940. Tesis Dr. Fal, University of Edinburgh.

Mohammad Redzuan Othman. 2005. Islam dan Masyarakat Melayu Peranan dan Pengaruh Timur Tengah,

Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Nadia Fahmi. 1976. Mustafa Kamil: Nationalism and Pan-Islamism. Master Thesis, McGill University.

Onn Jaafar. 1935. Selamat Johor Tanda Kenangan Pengingat Kesyukuran Ulangtahun Keempat Puluh bagi Duli

Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Bersemayam di Singgahsana Tahkta Kerajaan Johor. Johor: Yayasan

Warisan Johor.

Rahimah Abdul Aziz. 2000. Pembaratan Pemerintahan Johor (1800-1945) Satu Analisis Sosiologi Sejarah.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Walker, D. 1980. Mustafa Kamil’s Party “Mustafa Kamil’s Party, Islam, Pan-Islamism and Nationalism. Islam

the Modern Age 11(33): 230-293.

Walker, D. 1994. Pan-Islamism as a modern ideology in the Egyptian independence movement of Mustafa

Kamil. Hamdard Islamicus 17(1): 57-104.

Zainal Abidin bin Ahmad. 1939. Modern Development in Malay Literature. Dlm. Richard O. Winstedt. A History

of Malay Literature. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. 27 (3): 1-241.

Page 10: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

124

Page 11: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

125

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi

Pola Penulisan Hadis Arbacīn sebelum al-Imām al-Nawawī

Muhammad Hasan Said Iderusa, Latifah Abdul Majida, Ahamad Asmadi Sakata, Siti Zahidah Kosrana

aJabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor,

MALAYSIA

Abstrak

Pola atau corak penulisan hadis telah melalui satu perkembangan yang panjang dan tersendiri. Salah satunya adalah bentuk

penulisan Arbacīn oleh al-Imām al-Nawawī (631-676H/1233-1277). Bentuk penulisan beliau ini telah banyak memberikan

impak positif kepada zaman selepasnya. Namun, timbul persoalan sama ada wujud atau tidak bentuk penulisan Arbacīn

sebelum zaman al-Imām al-Nawawī. Berpandukan metode analisis kandungan dan persejarahan, artikel ini menjelaskan

bahawa di awal Islam terdapat dua bentuk iaitu tiada penulisan rasmi dan kemunculan berpola mawḍūcī.

Kata Kunci: Hadis; metode Arbacīn; al-Imām al-Nawawī; pola penulisan

© 2017 Diterbitkan oleh HADHARI-UKM.

1. Pengenalan Semenjak adanya usaha tadwīn hadis oleh Khalifah cUmar bin cAbd al-cAzīz (63-101H/682-720) para ulama

berusaha mengumpulkan dan menghimpun ribuan hadis dari hafalan mereka lengkap dengan sanad dan perawi.

Pelbagai pola telah dapat dilihat dengan penghasilan kitab hadis. Ia telah disusun dengan berbagai kaedah dan

teknik bersesuaian dengan keintelektualan masing-masing. Ada yang menggunakan metode musnad berdasarkan

urutan perawi, ada yang menghimpun hadis dengan kaedah sunan sesuai topik-topik tertentu dan ada pula yang

menghimpun dalam bentuk Arbacīn. Justeru hadis menjadi senang diterima, difahami dan diamalkan oleh umat di

zamannya dan sesudahnya.

Usaha ini diikuti oleh ulama generasi berikutnya. Selain melakukan penghimpunan hadis juga memilih

hadis-hadis pilihan dari pelbagai kitab yang sudah ada, melakukan ringkasan, atau penjelasan daripada berbagai

kitab hadis. Salah satu kitab yang merupakan ringkasan mencakup pelbagai permasalahan agama Islam adalah

bentuk Arbacīn iaitu karya al-Imām al-Nawawī (631-676H/1233-1277). Kitab ini berisi hadis-hadis dari pelbagai

Pengarang Utama. Alamat e-mel: [email protected]

Page 12: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

Muhammad Hasan Said Iderus et al. / TAWIS (2017)

126

kitab dan merupakan salah satu yang terbaik. Kitab ini disusun secara ringkas dan padat, penuh makna, dan

menjadi sari pati ajaran Islam. Bahkan kitab ini menjadi pedoman para ulama dalam menghasilkan karya

Arbacīn.

Maka wajar dikatakan metode penulisan hadis Arbacīn pada zaman al-Imām al-Nawawī (631-

676H/1233-1277) telah banyak memberikan kesan kepada zaman selepasnya. Sebagaimana telah maklum

bahawa Arbacīn secara bahasa adalah empat puluh dan yang mengandungi empat puluh hadis-hadis pilihan.

Namun hadis Arbacīn yang dituliskan oleh al-Imām al-Nawawī tidak memuat 40 hadis tetapi beliau memasukan

42 hadis. Kebanyakan para ulama yang mengumpulkan hadis Arbacīn mengikut pilihan dan cita rasa mereka.

Sehingga tidak menutup kemungkinan ada yang menuliskan dan mengumpulkan hadis Arbacīn namun di

dalamnya berisi lebih daripada 40 hadis.

Menurut Khalid Alavi (1985) hadis Arbacīn yang ditulis oleh al-Imām al-Nawawī telah mencapai

populariti yang hebat di dalam lingkungan kesarjanaan dan umat Islam umumnya. Menurut beliau juga, hadis

Arbacīn karya al-Imām al-Nawawī tiada bandingan dalam sejarah penulisan hadis Arbacīn dan telah dijadikan

pedoman di dalam pembelajaran Islam di Timur Tengah seperti di Arab Saudi, Mesir, Pakistan dan beberapa

negara umat Islam yang lain. Bahkan telah di terjemahkan ke dalam pelbagai bahasa di dunia.

Dalam perbahasan berkaitan sejarah perkembangan penulisan hadis Arbacīn, artikel ini memfokuskan

kepada pola yang telah terbentuk dari penulisan Arbacīn sebelum zaman al-Imām al-Nawawī (631-676H/1233-

1277). Pola penulisan hadis Arbacīn perlu dibentangkan di sini untuk melihat pengaruh hadis yang diguna pakai

ulama dalam mendasari penulisan hadis Arbacīn serta mengetahui adakah sudah bermula penulisan secara

Arbacīn sebelum zaman al-Imām al-Nawawī (631-676H/1233-1277). Untuk memudahkan dalam menelusuri

perkembangan metode penulisan hadis Arbacīn dapat dilihat rajah 1 berikut:

Rajah 1: Perkembangan pola penulisan hadis Arbacīn al-Imām al-Nawawī

2. Metode Penyelidikan

Metodologi yang efektif dan tepat perlu diaplikasikan dalam sesebuah kajian supaya hasil yang diperoleh dapat

menyelesaikan isu atau permasalahan yang timbul. Metodologi kajian melibatkan aspek reka bentuk kajian,

kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisisan data. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif,

dengan kaedah pengumpulan data menggunakan analisis kandungan dan kaedah penganalisisan data

menggunakan kaedah persejarahan.

Metode pengumpulan data melibatkan kaedah analisis kandungan digunakan untuk mengumpulkan data

yang lengkap. Perlu mengenal pasti sumber yang mengandungi data kajian daripada beberapa dokumen seperti

buku, ensiklopedia, artikel dan jurnal. Segala dokumen ini merangkumi perbahasan berkaitan sejarah

perkembangan metode penulisan hadis Arbacīn yang memfokuskan kepada metode para ulama sebelum zaman

al-Imām al-Nawawī (631-676H/1233-1277). Rujukan tersebut seperti Muṣṭafā al-Siba’ī (1985) di dalam bukunya

Al-Sirah Al-Nabawiyyah dan Muḥammad ᶜAjjāj al-Khatīb (1989) di dalam Uṣul Al-Ḥadīth ᶜUlūmuh Wa

Muṭataḥuh yang menceritakan tentang bentuk penulisan hadis di awal Islam. Antara rujukan lain yang

Page 13: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

Muhammad Hasan Said Iderus et al. / TAWIS (2017)

127

diketengahkan adalah tiga tulisan Khalid Alavi berkaitan Arbacīn. Tulisan beliau adalah The Concept of Arbaᶜin

And It’s Basis In The Islamic Traditional, A Brief Survey of Arbaᶜin Literature (Upto The Time of al-Nawawi)

dan Arbaᶜin al-Nawawi And Commentaries: An Overview. Ketiga-tiga penulisan dibentangkan di sini untuk

melihat pengaruh hadis yang diguna pakai ulama dalam mendasari penulisan hadis Arbacīn serta mengetahui

adakah sudah bermula penulisan secara Arbacīn sebelum zaman al-Imām al-Nawawī (631-676H/1233-1277).

Manakala, metode penganalisisan data pula dilakukan selepas mengumpulkan segala data yang

mempunyai kaitan dengan topik kajian, data-data tersebut telah melalui proses penelitian, saringan dan tapisan

dengan metode penganalisisan data iaitu kaedah persejarahan. Bertujuan untuk menapis serta mengasingkan

data-data mengikut keutamaannya. Melalui kaedah persejarahan, kajian ini akan menelusuri sejarah

perkembangan penulisan hadis di awal Islam yang tidak mempunyai metode penulisan rasmi dan khusus,

kemudian melihat kepada penulisan hadis menggunakan metode mawḍūcī. Akhirnya membawa kepada

kemunculan metode Arbacīn yang menghimpunkan hadith mengikut tema tertentu. Metode ini digunakan oleh cAbd Allāh Ibn al-Mubārak al-Marwazī (118-181H/736-797) dalam karyanya bertajuk Kitāb al-Jihād. Metode

seperti ini terus berkembang sehingga masa al-Imām al-Nawawī (631-676H/1233-1277) yang mampu memberi

pengaruh besar kepada ulama selepasnya.

2.1 Tiada Penulisan Rasmi

Keberadaan hadis di zaman Rasulullah SAW terbentuk dari perkataan, perbuatan dan takrir (perakuan kebenaran

secara lisan) beliau yang dipelihara melalui hafalan ataupun ditulis kemudian disimpan oleh para sahabat dalam

tulisan. Muhammad Hasbi Ash-Shidieqy (2006) menyebut period ini sebagai permulaan cAṣru al-Waḥyi Wa al-

Tadwīn pembentukan peradaban Islam, dimulai dengan kehadiran Nabi SAW sebagai sumber utama hadis.

Baginda dikenal fasih berbicara dan isi perbicaraannya memiliki penuh makna sehingga baginda

menggunakan perkataan yang senang difahami sesuai tingkat kemampuan lawan bicara. Justeru, perkataan

baginda memiliki muatan faṣāḥah dan balāghah jika dilihat dari susunan matannya serta memuatkan jāmic al-

kalim (ungkapan singkat, namun padat makna), tamthīl (perumpamaan), bahasa simbolik, bahasa percakapan dan

qiyās (ungkapan analogi) (Ali 2001).

Hadis di awal Islam yang diterima oleh para sahabat diamalkan dan dilaksanakan secara bersama. Isi

hadis yang disampaikan oleh baginda mencakupi persoalan akidah, ibadah, moral, muamalah, aktiviti-aktiviti

individual dan jual beli. Kesemua ini meliputi aspek kehidupan sehari-hari, sama ada saat perang, saat damai,

keadaaan lapang ataupun keadaan darurat. Walau bagaimanapun Rasulullah SAW melarang adanya penulisan

hadis pada zaman baginda. Hal ini menyebabkan perjalanan hadis sampai kepada kita sekarang ini tidak sama

dengan perjalanan al-Quran (Saifuddin 2011).

Al-Quran sejak awalnya sudah ditulis secara rasmi oleh para pencatat wahyu atas perintah Rasulullah

SAW. Lain halnya dengan hadis, hal ini dapat dilihat dari proses panjangnya perjalanan hadis. Contohnya suatu

berita tentang perbuatan serta tingkah-laku Rasulullah SAW didapati dari seorang sahabat atau lebih yang

kebetulan hadir atau menyaksikan saat itu, maka berita itu kemudian disampaikan kepada sahabat yang lain yang

kebetulan tidak hadir atau tidak menyaksikan. Kemudian berita itu disampaikan kepada murid-muridnya yang

disebut Tābicīn. Berita itu kemudian disampaikan lagi kepada murid-murid dari generasi selanjutnya lagi iaitu

para Tābic al-Tābicīn dan seterusnya hingga sampai kepada pembukuan hadis (al-Qaṭṭān 1992).

Ketika zaman Rasulullah SAW masih hidup, hadis belum ditulis secara rasmi tetapi ia sudah ada. Hadis

pada zaman Rasulullah SAW berada dalam benak atau hafalan para Sahabat. Para Sahabat saat itu belum berasa

adanya kepentingan melakukan penulisan hadis. Hal ini disebabkan Rasulullah SAW masih ada dan dapat

dirujuk sekiranya ditemui perkara-perkara yang memerlukan keterangan-keterangan tentang segala sesuatu.

Apabila diperhatikan sejarah awal Islam, didapati bahawa tidak semua sahabat Rasulullah SAW selalu bersama

Page 14: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

Muhammad Hasan Said Iderus et al. / TAWIS (2017)

128

dengan Rasulullah SAW kerana kesibukan masing-masing. Terdapat sebahagian yang sentiasa mengikuti

Rasulullah SAW dan ada juga yang hanya beberapa kali saja bertemu Rasulullah SAW. Justeru, hadis yang

dimiliki oleh setiap sahabat berbeza bilangan dan bentuknya (Darwish 1998).

Para ulama memberi pelbagai alasan kenapa hadis tidak ditulis secara rasmi pada zaman Rasulullah

SAW. Menurut al-Khatīb (1989), ketiadaan penulisan hadis secara rasmi pada masa Rasulullah SAW bukanlah

disebabkan tiada penulis, kekurangan alat-alat tulis dan tidak baik tulisan mereka. Hal ini kerana terbukti dengan

ramainya jumlah penulis wahyu pada masa tersebut yang melebihi tiga puluh orang dan terdapat dalam kalangan

mereka yang baik tulisannya seperti Zaid bin Thabit dan cAbd Allāh bin cAmr al-cAṣ.

Seandainya diterima pendapat mengatakan kekurangan alat-alat tulis merupakan sebab hadis tidak ditulis

secara rasmi maka akan dapat di bantah kerana sahabat menulis al-Quran tanpa adanya kesukaran. Jikalau para

sahabat ingin menulis hadis pasti tidak berlaku kesukaran kerana ada kemudahan-kemudahan untuk menulis.

Justeru ada sebab-sebab lain yang menghalang penulisan hadis pada zaman Rasulullah SAW secara rasmi iaitu

adanya perintah Rasulullah SAW menegah menulis hadis (al-Khatīb 1989).

Selain itu, terdapat pendapat lain yang diutarakan oleh Muṣṭafā al-Siba’ī (1985) yang menjelaskan punca

tidak ditulisnya hadis secara rasmi: Pertama, Rasulullah SAW masih hidup bersama para sahabat selama dua

puluh tiga tahun. Kedua orang-orang Arab yang buta huruf itu lebih suka mengingatkan sesuatu dengan kekuatan

ingatannya. Ketiga, dengan membukukan hadis juga ditakuti iltibas (pencampuran) hadis dengan al-Quran.

Kebolehan menulis di kalangan bangsa Arab adalah berperingkat dan tidak seimbang. Sebahagian dari

kalangan Arab bergantung sepenuhnya kepada hafalan dan didapati bilangan individu yang pandai menulis di

kalangan mereka adalah terlalu sedikit. Rasulullah SAW di awal Islam telah menggalakkan supaya mempelajari

kaedah penulisan dan membaca. Beliau menegah para sahabat untuk menuliskan hadis kerana dikhuatirkan

berlaku iltibas (pencampuran) antara al-Quran dan hadis. Hal ini kerana terdapat sebahagian sahabat Rasulullah

SAW yang pandai menulis telah menuliskan hadis di pinggir muṣḥaf al-Quran. Hal ini kerana hadis adalah tafsir

dari Rasulullah SAW (Asmadi Sakat & Wan Nasyrudin 2009). Justeru, Rasulullah SAW melarang para sahabat

menuliskan hadis. Hal ini terakam dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Sacīd al-Khudri r.a:

ثوا عنل ول ل تكتبوا حر عنل ومن كتب عنل غي القرآن فليمحه وحدل(Muslim, Saḥīḥ Muslim, Tahqīq Muḥammad Fuad ᶜAbd al-Bāqī Kitāb Zuhd Wa al-Raqā’iq,

Bāb al-Tathbīt Fī al-Ḥadīth Wa Ḥukm Kitābat)

Maksudnya: Janganlah kamu tulis (hadis) dariku. Sesiapa yang menulis dari ku selain al-

Quran hendaklah dia memadamnya. Sampaikan hadis dari ku, tiada halangan.

Walau bagaimanapun Rasulullah SAW mengizinkan beberapa orang sahabat untuk menuliskan hadis di

antaranya ialah seperti cAbd Allāh Bin ᶜAmr Bin al-cĀṣ. Hal ini dapat diperhatikan pada hadis yang diriwayatkan

oleh cAbd cAllāh Bin cAmr Bin al-cĀṣ, Rasulullah SAW bersabda:

ريد سمعه من رسول الل صل الل عليه وسلم ، أ

ء أ كتب ك ش

كنت أء تسمعه ورسول الل صل :فنهتن قريش ، وقالوا حفظه، تكتب ك ش

أ

مسكت عن الكتاب ، الل علي ه وسلم بش يتكم ف الغضب والرضا ، فأ

Page 15: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

Muhammad Hasan Said Iderus et al. / TAWIS (2017)

129

صبعه إل فيه ، فقال بأومأفذكرت ذلك لرسول الل صل الل عليه وسلم ، فأ

ي نفس بيده ، ما ير : حق منه إل اكتب فوال

(Abī Dāwud, Sunan Abī Dāwūd, Taḥqīq Shuᶜaib al-Arnaūṭ, Kitab cIlm, Bab Kitābat

al-cIlm)

Maksudnya: Dahulu aku menulis semua yang aku dengar dari Rasulullah SAW karena

aku ingin menghafalnya. Kemudian orang-orang Quraisy menegah aku, mereka berkata,

Engkau menulis semua yang kau dengar dari Rasulullah? Dan Rasulullah SAW adalah

seorang manusia, kadang berbicara karena marah, kadang berbicara dalam keadaan

lapang. Sejak itu aku pun tidak menulis lagi, sampai aku bertemu dengan Rasulullah

SAW dan menceritakan masalah ini, kemudian Baginda bersabda sambil menunjukkan

jarinya ke mulutnya, ‘Tulislah! Demi yang jiwa ku ada di tangan-Nya, tidaklah keluar

dari mulut ku ini kecuali kebenaran’.

Dengan adanya izin penulisan hadis ini, maka Sahabat yang pandai menulis telah menuliskan hadis.

Penulisan hadis berbentuk Arbacīn pada zaman Rasulullah SAW belum dijumpai, justeru keizinan ini

memberikan impak terhadap zaman setelah Rasulullah SAW iaitu dengan penulisan yang dilakukan oleh para

ulama.

Pada zaman Rasulullah SAW, penulisan hadis hanya dilakukan oleh beberapa orang Sahabat sahaja dan

masa ini juga merupakan masa awal penulisan al-Quran. Baginda memerintahkan para sahabat yang pandai

menulis supaya menulis ayat-ayat al-Quran. Semua bentuk penulisan pada zaman ini dilakukan di atas pelbagai

objek sama ada pada tulang, batu, pelepah tamar dan lain-lainnya. Justeru, penulisan hadis sama seperti penulisan

al-Quran iaitu di pelbagai objek (Ahamad Asmadi Sakat & Wan Nasyrudin 2009).

Dengan demikian, keberadaan hadis telah ada, namun bentuk penulisan hadis pada zaman Rasulullah

SAW belum ada. Punca semua ini disebabkan adanya penulisan al-Quran dan adanya perintah baginda untuk

fokus menulis al-Quran. Justeru tiada pola rasmi dalam penulisan hadis di awal Islam.

2.2 Berpola Mawḍūcī

Kata mawḍūcī berasal dari bahasa Arab yang bermakna tajuk. Sedangkan makna dari mawḍūcī adalah cara

menghimpun hadis-hadis Nabi SAW sesuai dengan tema atau judul yang telah ditetapkan dan dikumpulkan

dalam satu kitab. Sesuai namanya mawḍūcī maka yang menjadi ciri khas dari pola ini iaitu mengemukakan tajuk

atau tema tertentu pada tajuk mahupun bahasannya.

Sarjana Muslim telah cuba membahagikan bentuk-bentuk penulisan hadis. Antara bahasan mereka telah

menyebutkan bahawa hadis Arbacīn merupakan sebahagian daripada bentuk penulisan kitab hadis. Jamila

Ṣhaukat (1985) menjelaskan dalam kajiannya Classification of Hadith Literature bahawa metode pengumpulan

hadis dalam sub tema tertentu yang berjumlah 40 maka disebut dengan Arbacīn. Arbacīn merupakan salah satu

dari 11 cara yang ulama gunakan ketika menulis hadis.

Saifuddin (2011) pula telah menyebut di dalam kajiannya, ulama telah menggunakan pelbagai cara

ketika menuliskan hadis. Cara tersebut terus berkembang dari semasa ke semasa. Pembahagian tersebut ialah

Ṣaḥifah, Kitāb atau Risālah, Juz, Aṭrāf, Muṣanaf, Muwaṭṭa’, Musnad, Sunan, Jami’, Mustakhraj, Mustadrak,

Mu’jam, Majma’, dan Arbacīn.

Page 16: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

Muhammad Hasan Said Iderus et al. / TAWIS (2017)

130

Lain halnya dengan Ahmad Lutfi Fathullah (2013) telah membahagikan bentuk awal penulisan hadis

sebagai berikut:

Rajah 2: Bentuk Awal Penulisan Hadis

Sumber: Saifuddin (2011) dan Ahmad Lutfi Fathullah (2013)

Lutfi Fathullah (2013) telah membahagikan bentuk awal kitab hadis. Pertama bentuk awal karya asli

berbentuk Sahifah, al-Juz, al-Musnad, al-Muwaṭṭa’, al-Jamiᶜ dan al-Sunan, dan al-Muᶜjam. Semua bentuk ini

dianggap beliau sebagai karya asli. Bentuk kedua iaitu kumpulan, maksudnya kumpulan hadis yang dinaqal dari

kitab rujukan asli, contoh dalam kitab Riyaḍ al-Ṣalihin karya al-Imām al-Nawawī (631-676H/1233-1277). Kitab

ini merupakan kitab yang dinaqal dari karya asli kemudian dikumpulkan dalam satu kitab. Selanjutnya yang

ketiga, kitab hadis kumpulan, maksudnya kajian ulama yang tentang kitab hadis, sama ada cara menyemak ulang

keaslian hadis ulama-ulama yang menyusun hadis; Kemudian bentuk sharḥ, sama ada membahas Sharḥ hadis,

Sharḥ cUlum al-Ḥadīth mahupun Sharḥ Rijal al-Ḥadīth.

Metode mawḍūcī biasanya berusaha mengumpulkan beberapa hadis yang dipandang terkait dengan suatu

tema kajian yang dipilih. Salah satu kelebihan metode penulisan hadis mawḍūcī adalah membentuk arah kajian

menjadi fokus. Menurut Ahmad Lutfi Fathullah (2013) metode mawḍūcī menjadi salah satu pilihan ulama ketika

menulis hadis di awal Islam.

Page 17: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

Muhammad Hasan Said Iderus et al. / TAWIS (2017)

131

Al-Imām al-Nawawī (631-676H/1233-1277) dalam mukadimah hadis Arbacīn al-Nawawīyyah

mengatakan bahawa tercatat dalam sejarah, ulama yang pertama kali menulis Arbacīn adalah cAbd Allāh Ibn al-

Mubārak al-Marwazī (118-181H/736-797). cAbd Allāh Ibn al-Mubārak al-Marwazī merupakan tokoh gerakan

penulisan dari kalangan Tābicīn dan Tābic al-Tābicīn di Khurasan iaitu setelah Ibn Ṣihāb al-Zuhrī (51-124H/671-

741) (Khalid Alavi 1983).

Khalid Alavi (1983) dan Jamila Shaukat (1985) sependapat bahawa peringkat awal tadwīn (penulisan

hadis) hanya mengumpulkan dan belum ada syarat yang ditetapkan dalam menyusun kitab hadis. Hadis Arbacīn

karya cAbd Allāh Ibn al-Mubārak al-Marwazī bertajuk Kitāb al-Jihād. Kandungan hadis di dalamnya

kemungkinan bercampur antara ṣaḥīh, ḥasan, mahupun ḍacīf. Hal ini disebabkan kitab ini ditulis pada masa

kodifikasi dan masa sebelum penyaringan. Para ulama pada masa tersebut masih belum berhasil memisahkan

antara hadis ḍacīf dan mawḍū dari yang ṣaḥīh atau hadis mawqūf dan maqṭūc dari hadis yang marfūc.

Dengan demikian, metode penulisan hadis Arbacīn pada peringkat awal merupakan metode mawḍūcī atau

mengikut gaya tematik, iaitu hadis-hadis di dalamnya tertumpu pada tajuk yang disusun oleh penyusun hadis.

Hal ini dapat dilihat sepertimana di dalam karya hadis Arbacīn cAbd Allāh Ibn al-Mubārak al-Marwazī (118-

181H/736-797) yang bertajuk Kitāb al-Jihād. Beliau merupakan salah seorang ulama pengumpul Arbacīn pada

peringkat awal. Namun, malangnya tidak dapat dijumpai kitab karya beliau tersebut. Para ulama setelah beliau

telah menyambung usaha di dalam menyusun hadis berbentuk Arbacīn.

Setelah masa tadwīn maka bermula masa penyaringan hadis ulama berusaha menuliskan hadis Arbacīn

dengan menggunakan kaedah mawḍūcī dengan memuatkan masalah feqah. Ahmad Ibn Ḥarb al-Naysābūrī (w.

234H/849), Muḥammad Ibn Aslam al-Ṭūsī (w. 242H/856) dengan tajuk al-Arbacīn. Bentuk tajuk penulisan hadis

Arbacīn mereka tidak dapat diketahui dengan jelas. Namun, jika melihat zaman ini penulisan hadis Arbacīn telah

dipengaruhi ulama-ulama sezaman yang mengisi hadis-hadis feqah. Hal ini dikesan kerana melihat al-Tirmidhī

(209-279H/824-892), Sunan Abu Dāwud (202-275H/817-888), Sunan Ibn Mājah (207-275H/823-888), Sunan al-

Nasacī (215-303H/830-916), yang kesemua ini menuliskan hukum feqah. Salah satu contoh penulisan hadis

Arbacīn yang memuatkan masalah fiqah adalah karya Ḥasan Ibn Ṣufyān al-Nasawī (w. 303H/916). Hadis Arbacīn

beliau berisi tentang solat, zakat, haji, pentingnya niat dalam tindakan dan keimanan (Khalid Alavi 1983; al-

Nawawī t.th.).

Setelah munculnya kitab-kitab hadis seperti kitab Ṣaḥīḥ al-Bukhari dan Ṣaḥīḥ Muslim, ulama sesudah

zaman mereka berusaha mengikut syarat yang ditetapkan oleh al-Imām al-Bukhari dan Muslim. Khalid Alavi

mengatakan al-Dār al-Quṭnī (306-385H/918-995) menuliskan hadis Arbacīn mengikut cara dan berdasarkan

syarat al-Imām Bukhari dan Muslim dalam menyusun kitab hadis. Namun, kitab ini merupakan kitab dinukilkan

dari Musnad al-Burayd. Musnad ini merupakan karya datuk beliau yang bernama Burayd ibn cAbd Allah Ibn Abi

Burda Selain itu kitab ini tidak diketahui jelas isinya (Khalid Alavi 1983; al-Nawawī t.th.).

Selain itu penulisan hadis Arbacīn terus berkembang. Penulisan tajuk hadis Arbacīn ada yang

dinisbahkan kepada penulisnya seperti karya Abū Bakr Muḥammad Ibn Ḥusain al-Ājuri (w. 306H/918) bertajuk

al-Arbacūn Ḥadīthan li al-Ājuri. Kitab ini berisikan hadis-hadis ilmu dan keutamaannya, dan kitab ini telah

diguna pakai di sekolah tradisional dan pelajar hadis. Menurut Khalid Alavi (1984) bahawa kitab Arbacīn yang

ditulis Abū Bakr Muḥammad Ibn Ḥusain al-Ājuri terdapat dalam berbagai-bagai macam salinan di dunia. Namun

kitab ini sekarang sudah tidak ditemui.

Khalid Alavi (1984) juga menyebutkan bahawa Aḥmad Ibn cAbd Allāh Ibn Aḥmad al-Aṣbahānī (w.

430H/1038) telah menuliskan hadis Arbacīn bertajuk Arbacīn cala al-Madhab al-Muḥaqqiqīn Min al-Ṣūfiyyah.

Kitab ini walaupun bertajuk hadis Arbacīn tetapi tidak memuat 40 hadis seperti ulama lainnya, melainkan

memuat 60 hadis (Ahmad Lutfi Fathullah 2014). Telah dikesan sebelum zaman al-Imām al-Nawawī penulisan

hadis Arbacīn dengan tajuk dalam pelbagai bentuk. Ulama selalu memberikan perkembangan dalam penulisan

Page 18: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

Muhammad Hasan Said Iderus et al. / TAWIS (2017)

132

hadis berbentuk tematik atau mawḍūcī. Sejak abad ke-5H/11M, ulama mulai menuliskan dengan gaya

berdasarkan pelbagai bab, sheikh, dan negeri tertentu. Kesemua ini dilakukan untuk memberikan variasi dan

bentuk.

Perlu dinyatakan di sini bahawa penulisan hadis Arbacīn di zaman al-Imām al-Nawawī (631-676H/1233-

1277) memberikan nuansa baru terhadap perkembangan metode penulisan hadis Arbacīn. Al-Imām al-Nawawī

sendiri menggunakan metode mawḍūcī dalam menuliskan hadis Arbacīnnya. Kitab hadis Arbacīn beliau

sebenarnya bertajuk al-Arbacūn fī Mabānī al-Islām wa Qawācid al-Aḥkām. Namun, kitab ini lebih dikenali

dengan nama hadis Arbacīn al-Nawawī. Sebab ketokohan dari al-Imām al-Nawawī (631-676H/1233-1277) maka

kitab ini lebih terkenal disandarkan kepada pengarang kitab.

Secara zahir, kitab ini sangat kecil dan tipis, dan hanya memuat 40 halaman tetapi, sangat padat makna.

Hal ini menjadi punca jika kitab ini terus dikaji oleh umat Islam, utamanya para pelajar Muslim. Dapat dikatakan

bahawa seperti inilah contoh karya tulis yang barakah sebab al-Imām al-Nawawī sendiri dalam mukadimahnya

mengatakan penulisan kitab ini berlandaskan hati yang suci dan niat yang ikhlas semata-mata karena Allah SWT.

Dalam mukadimah tersebut beliau berkata:

تعال ف جع اربعني حديثا و قد استخرت الللSungguh aku beristikharah (meminta petunjuk kebaikan) kepada Allah SWT dalam

mengumpulkan empat puluh hadis ini.

(Al-Imām Al-Nawawī, Arbacīn al-Nawawī)

Al-Imām al-Nawawī ketika hendak menuliskan hadis Arbacīn melakukan istikharah iaitu meminta

petunjuk kepada Allah SWT agar segala yang ditulisnya merupakan ilmu yang bermanfaat untuk kebaikan umat.

Kitab Arbacīn yang ditulis beliau dapat digolongkan menggunakan mawḍūcī sebab dilihat dari tajuk yang dibina

sesuai dengan kandungan yang beliau tulis. 3. Kesimpulan

Setelah melihat kepada perkembangan metode penulisan hadis sebelum al-Imām al-Nawawī (631-676H/1233-

1277), penulisan hadis dimulakan dengan tiada bentuk metode penulisan secara rasmi dan khusus kerana masa

awal Islam tidak menuntut kepada penulisan hadis yang serius. Setelah itu, baru disusuli dengan metode

mawḍūcī. Metode mawḍūcī yang mengemukakan tajuk atau tema tertentu dalam sesuatu perbahasan. Metode ini

digunakan oleh cAbd Allāh Ibn al-Mubārak al-Marwazī (118-181H/736-797) ketika menuliskan hadis Arbacīn

yang bertajuk Kitāb al-Jihād. Metode seperti ini terus berkembang sehingga masa al-Imām al-Nawawī. Beliau

turut menggunakan metode ini ketika menuliskan hadis Arbacīnnya. Ulama menaruh perhatian lebih kepada

hadis Arbacīn yang ditulis al-Imām al-Nawawī sehingga banyak dijumpai sharḥ dan terjemah dari hadis Arbacīn

al-Nawawīyyah. Selain itu juga bahkan penulisan hadis Arbacīn ketika sampai ke Nusantara, dijumpainya

terjemah dari Sharḥ Arbacīn al-Nawawīyyah.

Rujukan

Abī Dāwud Sulaimān Bin al-Ashcath al-Sijistānī. 2009. Sunan Abī Dāwud. Shuᶜaib Al-Arnaūṭ (pnyt.). Damsiq:

Dār al-Risālat al-ᶜIlmiyyah.

Ahamad Asmadi Sakat & Wan Nasyrudin Wan Abdullah. 2009. Tinjauan Sejarah Pembukuan Kitab-Kitab

Hadis dan Rijal. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmad Lutfi Fathullah. 2013. Metode Belajar Interaktif Hadis dan Ilmu Hadis. Jakarta: al-Mughni Press.

Ali, Nizar. 2001. Memahami Hadis Nabi (Metode dan Pendekatan). Yogyakarta: YPI Al-Rahmah.

Al-Nawawī Yaḥyā Ibn Sharaf Maḥy al-Dīn Abū Zakarīyā. t.th. Al-Arbaᶜīn Al-Nawawī.

Page 19: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

Muhammad Hasan Said Iderus et al. / TAWIS (2017)

133

Al-Qaṭṭān, Mannāᶜ. 1992. Mabāḥith Fī ᶜUlum Al-Ḥadīth. Kairo: Maktabah Wahbah.

Zulkifliee Yazid & Zuharuddin Yaziz (pnyt.). 2006. Sejarah Hadis. Kuala Lumpur: Pustaka al-Ashafa.

Darwish, ᶜĀdil Muḥammad Muḥammad. 1998. Naẓrāt Fī Al-Sunnah Wa ᶜUlūm Al-Ḥadīth.

Jamila Shaukat. 1985. Classification of Hadith Litterature. Islamic Studies 24(3):357–75.

Khalid Alavi. 1983. The Concept of Arbaᶜin And It’s Basis In The Islamic Tradisional. Islamic Studies 22: 71–

93.

Khalid Alavi. 1984. A Brief Survey of Arbaᶜin Literature (Upto The Time of al-Nawawi). Islamic Studies 23:

67–82.

Khalid Alavi. 1985. Arbaᶜin al-Nawawi And Commentaries: An Overview. Islamic Studies 24: 349–56.

Muḥammad ᶜAjjāj al-Khatīb. 1989. Uṣul Al-Ḥadīth ᶜUlūmuh Wa Muṭataḥuh. Bayrūt: Dār al-Fikr.

Muslim, Al-Imām al-Ḥusain Bin al-Ḥajjāj Bin Muslim al-Qushayrī al-Naysābūrī. 2000. Ṣaḥīḥ Muslim. Taḥqīq

Muḥammad Fuad ᶜAbd Al-Bāqī. Riyāḍ: Dār al-Salām Lilnashr Wa al-Tawzīᶜ.

Muṣṭafā al-Siba’ī. 1985. Al-Sirah Al-Nabawiyyah. Beirut: al-Maktabah al-Islāmī.

Saifuddin. 2011. Arus Tradisi Tadwin Hadis Dan Historio Grafi Islam. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

Page 20: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

134

Page 21: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

135

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi

Tinjauan Awal Etnik Rohingya di Malaysia

Mohd Irfan Mohd Terina, Muhammad Hilmi Jalila

a Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA.

Abstrak

Etnik Rohingya merupakan sebuah etnik minoriti berasal dari Myanmar yang hidup dalam penindasan dan pelarian.

Penulisan mengenai tinjauan etnik ini masih terhad. Makalah ini berkisar tentang tinjauan awal Etnik Rohingya dalam

meneruskan kehidupan di Malaysia. Etnik Rohingya telah dianggap sebagai etnik tanpa negara, dipercayai berhadapan

pelbagai penindasan, pembunuhan dan penghapusan etnik. Objektif kajian ini ialah untuk melakukan tinjauan awal

mengenai jumlah dan pola kemasukan pelarian Rohingya di Malaysia di samping menghuraikan cabaran dalam meneruskan

kehidupan yang dilakukan oleh golongan tersebut. Seterusnya makalah ini akan menilai peningkatan dalam usaha

kelangsungan hidup kumpulan pelarian tersebut. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif berteraskan kajian sejarah

dan kajian analisis kandungan. Data bagi kajian ini dikumpulkan menerusi kaedah tekstual. Kaedah ini dipilih untuk

membolehkan penulis menerangkan dan membuat interpretasi awal terhadap sesuatu maklumat daripada sumber yang

dirujuk. Analisis data pula dilakukan dengan menggunakan pendekatan deskriptif. Hasil kajian daripada tinjauan literatur

mendapati kajian terhadap jumlah pelarian dan cabaran hidup etnik Rohingya di Malaysia masih kurang diketengahkan oleh

pengkaji termasuk sarjana luar. Walaupun ada kajian yang menyentuh berkenaan dengan etnik Rohingya dalam meneruskan

kehidupan, namun ia hanyalah dikhususkan kepada tempat-tempat tertentu dan tidak menyeluruh

Kata Kunci: Jumlah pelarian; cabaran hidup; etnik Rohingya; Malaysia

© 2017 Diterbitkan oleh HADHARI-UKM.

1. Pengenalan

Kewujudan pelarian telah berlaku begitu lama dalam sejarah dunia, menurut Micheal Mann (2005) kewujudan

pelarian adalah disebabkan golongan majoriti melakukan kekejaman terhadap golongan minoriti yang membawa

lebih banyak kesan buruk. Pelarian bermaksud seorang individu yang terlibat dalam tindakan politik, perkauman,

atau pandangan, atau sebagai keputusan bagi krisis seperti kelaparan atau bencana, dengan terdapatnya paksaan

Pengarang Utama. Alamat e-mel: [email protected]

Page 22: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

Mohd Irfan Mohd Terin & Muhammad Hilmi Jalil / TAWIS (2017)

136

supaya individu terlibat melarikan diri dari rumah negara yang didudukinya. Pada 1990 terdapat 15 Juta pelarian

di seluruh dunia melibatkan 21 buah negara (Richard Hoggart 1992). Menurut Louise W. Holborn (1956)

pelarian adalah individu yang secara sukarela meninggalkan rumah atau masyarakat mereka secara paksa oleh

kuasa-kuasa yang mana mereka tidak mempunyai kawalan untuk menghentikannya samada dalam peperangan,

serangan, penganiayaan, atau bencana alam yang memaksa mereka menukar tempat tinggal ke negara-negara

lain. Pada tahun 2015 United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) telah merekodkan seramai

65.3 Juta jumlah pelarian di serata dunia yang memerlukan bantuan perlindungan yang mana 53% daripadanya

merupakan pelarian dari negara Somalia, Afghanistan dan Syria (www.unhcr.org). Menurut Hamidi Adam &

Ravichandran Moorthy (2015) pelarian membawa banyak masalah kepada negara yang baru mereka pindah

tanpa kebenaran di antaranya krisis kebanjiran pelarian, ekonomi, undian, pendidikan, kesihatan dan sosio-

politik. Permasalahan yang dihadapi oleh kerajaan Malaysia, menurut Intan Suria Hamzah, Sity Daud, Nor

Azizan Idris (2016) kemasukan beramai-ramai pelarian Rohingya ke Malaysia akan menggugat ekonomi

Malaysia apabila kerajaan Malaysia harus mengeluarkan perbelanjaan jutaan ringgit untuk membiayai kos

makanan, pakaian serta penyediaan tempat. Dari aspek kesihatan, penyakit bawaan yang akan menyebabkan

jangkitan berisiko membawa kematian kepada rakyat Malaysia. Contohnya penyakit Tuberkulosis (TB) dan

Hepatitis (Mohamad Naufal 2015). 2. Objektif Kajian

i. Mengenal pasti jumlah pelarian Rohingya dan pembahagian berdasarkan usia dan jantina di Malaysia.

ii. Mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh Etnik Rohingya sebagai pelarian di Malaysia. 3. Metodologi Kajian

Penyelidikan ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif yang melibatkan penggunaan fakta, maklumat,

pernyataan, ulasan, tanggapan, maksud, konsep, ciri-ciri, simbol, persepsi, metafora, perasaan dan seumpamanya.

Melalui kaedah kualitatif ini, penyelidik dapat mengkaji secara mendalam fenomena yang berlaku dalam

pengkajian tersebut secara realitinya. Sumber data yang diperolehi dalam penyelidikan kualitatif ini adalah dalam

bentuk buku, majalah, disertasi, jurnal, kertas kerja, buku, seminar, buku harian rasmi, pamplet, wawancara dan

observasi. Sementara itu, penyelidikan dokumentasi merupakan satu teknik yang digunakan oleh penyelidik bagi

mendapatkan data dan bukti melalui kajian sejarah Etnik Rohingya ke atas dokumen dan rekod. Ia merujuk

kepada proses pengumpulan data dengan melakukan kajian dan pembacaan terhadap dokumen-dokumen yang

ada hubungannya dengan masalah-masalah yang diteliti (Charles Issawi 1982). Dengan ini metod dokumentasi

ialah cara pengumpulan data dengan melakukan penyelidikan terhadap dokumen-dokumen yang ada hubungan

dengan masalah yang di teliti. Di samping itu, sejarah ertinya jumlah kajian, perubahan, peristiwa, masa lampau

(Abdul Halim Haji Mat Diah 1987). Sejarah juga merupakan gambaran masa lalu tentang manusia dan sekitarnya

sebagai makhluk sosial yang disusun secara ilmiah dan lengkap meliputi urutan fakta masa tersebut dengan

tafsiran dan penjelasan, yang memberi pengertian dan kefahaman tentang apa yang berlaku (Sidi Gazalba 1976). 4. Kewujudan Rohingya sebagai Pelarian

Etnik Rohingya merupakan sebuah etnik minoriti yang berasal dari Wilayah Arakan Burma. Kewujudan mereka

di Myanmar tidak diterima disebabkan diskriminasi dan penindasan oleh kerajaan Myanmar yang menafikan

etnik Rohingya termasuk dalam kumpulan etnik yang diiktiraf kerajaan Myanmar. Pendapat Hariati & Rohaida

(2012) terdiri dari beberapa fasa, fasa pertama: pemetraian Akta Kerakyatan 1982, etnik Rohingya tidak

termasuk dalam 135 etnik negara Myanmar. Fasa kedua: penafian untuk mendapat pendidikan dan kemudahan

kesihatan. Fasa ketiga: sekatan yang berterusan dari aspek ekonomi menyebabkan kelaparan dan wabak penyakit.

Fasa keempat: serangan dan pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya oleh Buddha Arakan untuk menghalau

dan merampas tanah mereka di Arakan memaksa etnik Rohingya melarikan diri dan menjadi pelarian di negara

jiran (Hariati & Rohaida 2012). Kewujudan bangsa Rohingya di wilayah Rakhine bermula dengan kewujudan

sejarah peradaban Islam di Wilayah Rakhine yang dinafikan oleh kerajaan Myanmar dan telah didakwa sebagai

Page 23: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

Mohd Irfan Mohd Terin & Muhammad Hilmi Jalil / TAWIS (2017)

137

kaum pendatang di Wilayah Rakhine. Menerusi penulisan tersebut, kewajaran etnik Muslim Rohingya ini dapat

dibantu dari segi undang-undang kewarganegaraan dan pembelaan kemanusiaan kerana sejarah membuktikan

kegemilangan Islam di Wilayah Rakhine pernah berlaku semasa pimpinan Dinasti Mrauk-U antara tahun 1430

sehingga 1638 (Mohammed Yunus 1994). Antara harapan beliau, masyarakat dunia harus memahami sejarah

Muslim Rohingya yang tinggal di Wilayah Rakhine yang telah bermula sejak ribuan tahun yang lepas. Sejarah

peradaban ini, merupakan maklumat penting dalam mengenalpasti asal usul ketamadunan bangsa Rohingya yang

lebih khusus perbincangan, sebelum akhirnya ketamadunan ini musnah di tangan penjajah Brittish India. Antara

lain, kajian oleh Engy Abdelkader (2013) berkaitan undang-undang kewarganegaraan yang menyatakan slogan

anti-Rohingya yang dilakukan selepas dinafikan kewarganegaraan pada tahun 1948 oleh tentera Myanmar

dengan alasan etnik ini merupakan kaum pendatang di Wilayah Rakhine merupakan suatu alasan bagi agenda

yang tersembunyi kerana wujudnya alasan tersebut mendatangkan penafian hak kemanusiaan seperti keperluan

tempat tinggal, tanah perkampungan yang mereka diami, hak mengundi, pendaftaran perkahwinan dan akses

kesihatan. Kedua-dua kajian ini telah menjelaskan etnik Rohingya merupakan sebuah bangsa yang pernah

mempunyai nilai peradaban suatu ketika dahulu, mereka bukanlah kaum pendatang di Myanmar yang layak

dinafikan hak kemanusiaan yang wajar bagi seorang manusia.

5. Layanan Masyarakat Luar Terhadap Etnik Rohingya

Apabila pelarian dari Myanmar tiba di San Diego perkara utama dilakukan adalah memulihkan mereka dari

trauma peperangan, memberi keperluan asas, memeriksa tahap kesihatan dan memulihkan keadaan pelarian yang

dalam keadaan ketakutan. Kajian yang telah dijalankan oleh Trudi Lee Andre (2014) menyatakan pendekatan

pemulihan pelarian di San Diego meliputi aspek pemikiran, nilai moral, budaya, ekonomi, politik kerana

kehidupan Etnik Rohingya di Myanmar adalah berbeza berbanding penduduk di San Diego. Kehadiran mereka di

San Diego memerlukan peluang pekerjaan, perlindungan politik, ilmu berkaitan ekonomi, akses kesihatan,

kesejahteraan persekitaran, perbezaan bahasa dan kesejahteraan agama. Tindakan sukarelawan di San Diego

yang telah memberi bantuan pelbagai aspek terutama dalam aspek motivasi membina keyakinan diri dalam

proses pemulihan mental dengan pendekatan psikologi kepada pelarian Rohingya yang mempunyai latar

perbezaan kehidupan dan sosio-budaya yang berbeza berbanding penduduk San Diego telah berjaya menjadikan

pelarian Rohingya ini membina kehidupan yang baru di daerah San Diego (Trudi Lee Andres 2014). Kajian ini

tidak menyentuh segi-segi lain yang lebih sosiologikal sifatnya seperti budaya, agama, status dan gaya hidup

serta analisis kelas dan etnik secara lebih luas.

Pertubuhan antarabangsa seperti pertubuhan negara-negara ASEAN, kesatuan Eropah, Kesatuan

Kebangsaan, dan Amerika Syarikat tidak berjaya memainkan peranan melindungi etnik Rohingya daripada

jenayah pembunuhan beramai-ramai. Usaha penyiasatan punca sebenar pembunuhan beramai-ramai etnik tidak

dilaksanakan dengan adil dan berdiskriminasi. Maka, kaedah penindasan selama berdekad oleh komuniti Buddha

Myanmar mengakibatkan keadaan generasi etnik Rohingya pada hari ini hidup dalam keadaan serba kekurangan

dan diancam krisis peperangan (Linda Crossman 2014). Menurut pendapat ini, keadaan yang dirancang itu

bukannya keganasan atau peperangan, tetapi merupakan pewujudan baru di bawah nama ‘penghapusan etnik’

menurut definisi manusia kini demi memenuhi tujuan tertentu misalnya, untuk memberi keabsahan politik bagi

pihak yang memerintah.

Kerajaan Myanmar mengambil ringan terhadap peranan ketenteraan terhadap jenayah oleh etnik Arakan

terhadap etnik Rohingya di Wilayah Arakan, di samping mempunyai kepentingan terhadap ekonomi global.

Usaha kerajaan Myanmar juga dilihat bertujuan mengaburi pandangan para pelabur luar supaya melihat isu

Rohingya adalah isu pendatang asing dan bukannya isu negara kerana Etnik Rohingya tidak pernah diiktiraf

sebagai warganegara Myanmar. Maka, keadaan ini menjadikan etnik Rohingya yang ditindas oleh etnik Arakan

di Wilayah Rakhine yang sedikitpun tidak menjejaskan pelaburan negara luar di Myanmar malahan

mendatangkan masalah berganda kepada etnik Rohingya kerana kerajaan Myanmar mendapat sokongan para

pelabur untuk membendung keganasan etnik Rohingya di Wilayah Rakhine yang digelar sebagai pengganas

Page 24: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

Mohd Irfan Mohd Terin & Muhammad Hilmi Jalil / TAWIS (2017)

138

Islam demi menjaga pelaburan mereka di Myanmar (Imtiaz Ahmed 2009). Teori ini menjelaskan mengapa tiada

sekatan ekonomi antarabangsa yang dilakukan terhadap Myanmar setelah berdekad lamanya negara ini

melakukan penindasan terhadap etnik Rohingya. Namun, ini tidak menafikan kegunaannya khususnya dari sudut

pembahasan idea yang menggariskan bagaimana kita harus menganalisis secara ilmiah masalah penindasan

terhadap pelarian Rohingya.

6. Malaysia dan Isu Rohingya

Penafian hak yang mengakibatkan penyeksaan pelarian Rohingya di Malaysia adalah disebabkan faktor-faktor

kegagalan Malaysia secara konsisten untuk mengesahkan piawaian antarabangsa yang melindungi dan

menggalakkan hak asasi pelarian dan pencari suaka, antara piawaian tersebut ialah Kovenan Antarabangsa

mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR), Konvensyen Terhadap Penderaan atau Layanan atau Hukuman Lain

yang Kejam, Tidak Berperikemanusiaan atau Menghinakan (CAT), Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu

terhadap penghapusan segala bentuk diskriminasi perkauman, Kovenan Antarabangsa Mengenai Hak Ekonomi,

Sosial dan Kebudayaan (ICESCR), Konvensyen Antarabangsa 1990 mengenai Perlindungan Hak Asasi Semua

Pekerja Asing dan Ahli Keluarga Mereka. Walau bagaimanapun, menurut kajian ini Malaysia masih perlu

menghormati prinsip non-refoulemen yang merupakan undang-undang adat antarabangsa di mana bermaksud

seseorang itu tidak boleh dikembalikan ke negara di mana mereka berdepan dengan penindasan atau pelanggaran

hak asasi manusia yang lain, tidak boleh ditolak permohonan masuk ketika berada di sempadan sesebuah negara,

kes penghantaran pulang secara paksa (di mana seseorang itu dihantar pulang ke negara asal tanpa persetujuan

mereka), dihantar ke negara lain yang tidak memberi jaminan perlindungan untuk orang pelarian, larangan ke

atas penyeksaan diiktiraf dengan meluas sebagai satu peraturan undang-undang adat antarabangsa. Menurut

kajian ini, Malaysia juga mempunyai kewajipan di bawah perjanjian yang ia telah meratifikasikan yang berkaitan

seperti Konvensyen mengenai Hak Asasi Kanak-kanak (CRC), yang secara formalnya mempunyai obligasi

menjaga kanak-kanak pelarian. Sejak krisis pelarian Vietnam dalam tahun 1975, Malaysia telah bekerjasama

dengan UNHCR di atas dasar kemanusiaan, dan membenarkannya untuk menjadi agensi utama yang

bertanggungjawab untuk pelarian dan pencari suaka. Dalam kapasitinya yang terhad, UNHCR menyediakan

semua aktiviti yang berkaitan dengan mendaftar, mendokumentasikan dan memastikan status pencari suaka dan

pelarian (Amnesty International 2010). Kebertanggungjawaban Malaysia untuk menilai aktiviti ekonomi pelarian

dan survival pelarian Rohingya ini merupakan aspek penting untuk dikaji dalam memastikan negara ini mampu

mengorak langkah menuju status sebuah negara maju. Dari segi sejarah, mereka adalah satu kelas ‘penduduk

sementara’ yang diwujudkan oleh jentera negara menurut logika kesamaan keadilan undang-undang

antarabangsa dalam sistem pentadbiran negara ini.

Perhatian menunjukkan kerjasama Malaysia dan Thailand begitu penting kepada bantuan dan pembelaan

kepada etnik tersebut akan tetapi hasil kajian menunjukkan keperluan tempat tinggal dan pendidikan tidak begitu

dititkberatkan oleh Malaysia, kajian ini mencadangkan Malaysia melakukan kerjasama dengan NGO dan

UNHCR untuk menyelamatkan etnik Rohingya dari krisis politik Myanmar dan jenayah pemerdagangan manusia

serta terlibat dalam kerjasama program pendidikan dan penempatan yang dirancang oleh UNHCR (Daniel

Sullivan 2016). Dari segi perlindungan antarabangsa yang dikemukakan oleh Alex J. Bellamy (2010)

kebertanggungjawaban melindungi pelarian yang tertindas dengan menetapkan 3 teras utama perlindungan

kepada etnik ini perhatian kepada masalah melibatkan pembunuhan beramai-ramai, pembersihan etnik, jenayah

peperangan dan jenayah kemanusiaan.

6.1 Jumlah Pelarian Rohingya di Malaysia

Tempoh kebelakangan ini, United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) di Malaysia melaporkan

pada tahun 2015 terdapat peningkatan kadar pendatang daripada Myanmar yang berdaftar adalah seramai

108,760 orang berbanding pada tahun 2013 adalah seramai 95,380 orang seperti Rajah 1. Antaranya, masalah

peluang pendidikan, kesukaran mendapatkan pekerjaan yang berdaftar, ditangkap pihak berkuasa tempatan tanpa

Page 25: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

Mohd Irfan Mohd Terin & Muhammad Hilmi Jalil / TAWIS (2017)

139

budi bicara ketika menjalankan aktiviti ekonomi, pekerja tidak berdaftar dan kadar upah yang sangat kecil

(Berita Harian, 8 Disember 2016). Oleh itu kajian dilakukan dalam mengenal pasti pendekatan etnik Rohingya

untuk kelangsungan hidup di Malaysia. Pada Mei 2016, statistik terbaru menunjukkan seramai 52,960 pelarian

Rohingya tinggal di Malaysia dan bekerja di negara ini (Anon. Borneo 2016). Kebanyakan mereka bekerja

sebagai buruh, peniaga, petani, usahawan dan pembantu di pasaraya. Melihat kehidupan yang sukar dan masa

hadapan yang kabur telah dihadapi oleh anak-anak mereka, terdapat sebilangan mereka yang menyerahkan anak-

anak mereka kepada warga Malaysia dengan menukar status kewarganegaraan untuk dijadikan anak angkat oleh

rakyat Malaysia (Azizah Kassim 2012). Manakala, sebilangan yang lain berusaha membesarkan anak-anak

mereka sekalipun berhadapan dengan pelbagai kesukaran sehingga ada yang mengutip barang-barang terpakai

untuk dikitar semula dan menjadi pengemis.

Rajah 1: Jumlah pelarian Rohingya

Sumber: UNHCR 2013

Faktor kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan dan pendidikan oleh generasi Rohingya menyebabkan

berlakunya perkahwinan campur dengan penduduk tempatan (Azizah Kassim 2012) dan penyerahan anak-anak

pelarian Rohingya kepada warga tempatan untuk dijadikan anak angkat (Azizah Kassim 2012) telah mengubah

identiti budaya kumpulan pelarian ini kepada corak budaya tempatan. Pengkaji melihat faktor ekonomi dan

kesukaran hidup adalah punca perkahwinan campur dan penyerahan anak angkat dengan warga tempatan demi

kelangsungan kehidupan generasi mereka yang seterusnya. Ini kerana dengan menggunakan dokumen anak

angkat oleh warga tempatan, anak-anak Rohingya mudah untuk mendapatkan kemudahan pendidikan dan

pekerjaan. Sementara, perkahwinan dengan warga tempatan akan membolehkan anak-anak mereka mendapat

kerakyatan Malaysia.

0

10,000

20,000

30,000

40,000

50,000

60,000

Sep-09 Dis-10 Dis-11 Sep-12 Mei-16

Graf Peningkatan Jumlah Pelarian Rohingya di Malaysia

Rohingya

41.60%

58.40%

Peratusan Kanak-Kanak Mendapat Pendidikan

Mendapat Pendidikan

Tidak Mendapat Pendidikan

Page 26: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

Mohd Irfan Mohd Terin & Muhammad Hilmi Jalil / TAWIS (2017)

140

Rajah 2: Demografi pelarian Rohingya

(Sumber: Azizah Kassim 2012; UNCHR)

Berdasarkan kedua-dua carta dalam Rajah 2, secara umumnya taburan komuniti berdasarkan usia dan

jantina pelarian Rohingya didapati bersedia dari aspek sumbangan tenaga kerja, baik dari segi usia dan jantina

kerana usia 18-59 tahun adalah usia yang produktif bagi seorang manusia untuk menjana kegiatan ekonomi

sementara faktor jantina seorang lelaki boleh melakukan pelbagai kegiatan ekonomi berdasarkan kekuatan

fizikalnya berbanding seorang wanita. Statistik ini menggambarkan majoriti pelarian Rohingya di negara ini

mempunyai fizikal yang produktif dalam menjalankan kegiatan ekonomi. Maka, jangkaan awal melihat krisis

ketidakmampuan bekerja, masalah kewangan, golongan wanita, kanak-kanak dan warga emas adalah rendah

dalam kalangan pelarian Rohingya di Malaysia. Justeru itu, sejauh manakah kegiatan ekonomi yang dijalankan

oleh majoriti pelarian Rohingya di Malaysia mampu menyara kehidupan mereka. Pembentukan komuniti

masyarakat terjadi setelah ramai pelarian Rohingya melihat peluang dan masa depan yang cerah di negara ini.

Statistik juga mencatatkan peningkatan beberapa kali ganda dalam tempoh 10 tahun. Walau bagaimanapun,

disebabkan persekitaran tempat kerja yang mempunyai percampuran pelbagai agama dan bangsa seperti warga

73.6

26.4

Jumlah Pelarian Rohingya Berdasarkan Jantina

Lelaki

Page 27: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

Mohd Irfan Mohd Terin & Muhammad Hilmi Jalil / TAWIS (2017)

141

Thailand yang beragama Buddha, warga Filipina yang beragama Kristian mahupun majikan berbangsa Cina

menimbulkan persoalan terhadap kelangsungan pengamalan syariat Islam seperti solat, zakat dan puasa.

7. Cabaran Pelarian Rohingya di Malaysia

Kajian tentang kehidupan pelarian Rohingya tanpa status juga telah dikaji oleh Tan Pok Suan (2006) berdasarkan

temu bual yang dijalankan oleh pengkaji kepada 10 keluarga di Kuala Lumpur, pelarian Rohingya telah mula

bertapak pada awal 1980-an. Kewujudan mereka tanpa dokumen pengenalan diri dan pengiktirafan kerajaan

Myanmar menyebabkan mereka sukar memperolehi pekerjaan untuk menampung perbelanjaan hidup, krisis

kemiskinan dan pengangguran, perbelanjaan kos rawatan perubatan yang tidak mencukupi, isu pendidikan

generasi muda pelarian Rohingya apabila mereka tidak dibenarkan bersekolah di sekolah kerajaan sementara

sekolah swasta mengenakan caj yang tinggi di luar kemampuan. Pengkaji juga melihat anak-anak pelarian

Rohingya yang lahir di Malaysia begitu sukar untuk memiliki sijil kelahiran tanpa bantuan warga tempatan,

kesan tidak memiliki sijil kelahiran ini adalah kesukaran mendapatkan permit pekerjaan, dokumen perjalanan,

pendaftaran ke pendidikan formal, kad pengenalan dan sebagainya. Selain itu, menurut pengkaji risiko

keselamatan dan penahanan serta dihantar ke sempadan turut menjadi masalah buat mereka kerana mereka hanya

memiliki kad pengenalan UNHCR yang tidak menyatakan mereka adalah pelarian. Walau bagaimanapun,

jaringan sosial dikalangan pelarian Rohingya menyebabkan bantu-membantu dalam meneruskan kehidupan di

Malaysia. Pengertian pelarian harus diutarakan dengan lebih kritis, lebih cermat dengan bukti empiri supaya

kajian dapat dibuktikan dengan lebih baik. Tan Pok Suan (2006) menyatakan pelarian Rohingya berada dalam

ketidakpastian dalam meneruskan kelangsungan identiti etnik. Tan telah membahagikan beberapa perkara yang

menjadi kesukaran kepada Etnik Rohingya untuk meneruskan kehidupan mereka di Malaysia:

7.1 Kemiskinan, Pengangguran dan Tiada Jaminan Pekerjaan

Kedatangan pelarian Rohingya tanpa dikawal akan menggugat ekonomi Malaysia. Sebagai sebuah negara kecil,

perbelanjaan untuk mengurus Pelarian Rohingya akan melibatkan kos perbelanjaan jutaan ringgit. Justeru itu,

Malaysia menghadkan kemasukan pelarian Rohingya dan menggesa negara-negara yang berkapasiti besar seperti

negara-negara timur tengah wajar mengambil peranan membela lebih ramai pelarian Rohingya ke negara mereka.

Oleh sebab pertambahan jumlah pelarian tersebut, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Projek Printis

Kebenaran Bekerja untuk Pemegang Kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian

(UNHCR). Secara prinsipnya mengikut projek ini 300 pemegang kad UNHCR daripada etnik Rohingya yang

melepasi saringan keselamatan dan kesihatan akan diberi kebenaran bekerja di negara ini secara berperingkat.

Kumpulan ini akan ditempatkan di beberapa syarikat terpilih dalam sektor perladangan dan perkilangan untuk

memberi mereka kemahiran dan sumber kewangan bagi membina kehidupan sebelum ditempatkan semula ke

negara ketiga. Ini inisiatif pihak kerajaan atas dasar sifat perikemanusiaan untuk membantu menguruskan

pemegang kad UNHCR di negara ini walaupun negara ini tidak menjadi ahli kepada Konvensyen PBB Mengenai

Pelarian 1951 dan Protokol 1967. Untuk rekod, setakat 31 Disember lalu, bilangan mereka di Malaysia yang

memegang kad UNHCR sah seramai 194,474 orang dari 62 negara dan daripada jumlah itu 133,517 orang atau

89 peratus dari Myanmar iaitu 55,565 etnik Rohingya (Anon. 2016).

7.2 Masa Depan Pendidikan Etnik Pelarian Rohingya di Malaysia

Pada tahun 2012, seramai 10,378 kanak-kanak pelarian Rohingya dengan pecahan usia 0-17 tahun berjumlah

6,535 orang sementara kanak-kanak berusia 5-17 tahun berjumlah 3,843 orang. Pendidikan menjadi suatu

masalah buat pelarian Rohingya kerana kesukaran untuk meningkatkan taraf hidup dari aspek pekerjaan kerana

tidak pandai membaca, mengira dan menulis. Pemasalahan ini bermula apabila kerajaan menghentikan

kemudahan persekolahan kepada pelarian pada tahun 2002 di mana pelarian hanya perlu membayar sebanyak

RM120 untuk sekolah rendah dan RM240 untuk sekolah menengah sahaja (Azizah Kassim 2012).

Pemberhentian kemudahan pendidikan ini menyebabkan ribuan kanak-kanak pelarian tidak bersekolah kerana

Page 28: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

Mohd Irfan Mohd Terin & Muhammad Hilmi Jalil / TAWIS (2017)

142

bayaran yuran di sekolah swasta terlalu mahal sedangkan pendapatan yang diperolehi ketua keluarga adalah

sekitar RM30-RM40 sehari (Daniel Sullivan 2016). Kebanyakan kanak-kanak Rohingya yang tidak bersekolah

membantu menambah pendapatan dengan cara mengutip botol, tin, kotak dan surat khabar untuk dijual

sementara yang lainnya menjadi peminta sedekah di masjid-masjid dan tempat awam yang menjadi tumpuan

masyarakat.

7.3 Rawatan Perubatan yang Tidak Mencukupi.

Kebimbangan terhadap penularan wabak Tuberculosis (TBC atau TB) yang merupakan penyakit berjangkit yang

turut dihidapi oleh pelarian Rohingya merupakan penyakit saluran pernafasan yang disebabkan oleh bakteria.

Bakteria ini merupakan bakteria yang sangat kuat sehingga memerlukan tempoh masa lama untuk merawatnya.

Bakteria ini lebih sering menjangkiti organ paru-paru (90%) jika dibandingkan dengan bahagian lain tubuh

manusia. Tuberculosis (TBC) merupakan penyakit menular yang masih menjadi perhatian dunia. Sehingga waktu

ini, belum ada negara yang bebas TBC. Angka kematian dan kesakitan akibat kuman mycobacterium

tuberculosis ini juga tinggi. Selain itu, terdapat pelarian Rohingya yang menghidap virus Hepatitis B yang

mudah berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar. Ia adalah 100 kali lebih

mudah dijangkiti daripada HIV. Penyakit boleh dikesan melalui ujian fungsi hati. Dalam kes-kes yang teruk,

pesakit berhadapan dengan maut akibat kerosakan hati di mana sebahagian atau keseluruhan hati musnah.

Penyakit hati yang kronik boleh membawa kepada cirrhosis dan barah hati, salah satu jenis barah yang paling

kerap dihidapi di dunia. Sementara itu, menurut Khatijah H A Abdullah dan Suzaily Wahab (2012) sindrom Koro

(Koro-Like) yang bermaksud penderita menganggap alat kelamin mereka akan menyusut dan menghilang dari

tubuh badan, dalam keadaan yang pekerja penderita merasakan simptom alat kelamin menyusut tersebut akan

membunuh diri mereka, gejala ini disebabkan konflik psikoseksual dan tekanan aras tinggi yang melanda

pelarian Rohingya. Disamping itu, penyakit mati pucuk (Associated Erectile Dysfunction) merupakan penyakit

kesan jangka masa panjang yang diakibatkan oleh trauma peperangan, keadaan sosio-ekonomi, penderaan

semasa kanak-kanak mengakibatkan penyakit tersebut. Menurut pengkaji, tekanan dan ancaman dalam jangka

masa panjang telah mengakibatkan trauma mengundang sindrom psikoseksual yang akan mengakibatkan pekerja

meneruskan survival kehidupan kumpulan pelarian Rohingya ini untuk perkembangan generasi seterusnya.

Kesan kewujudan pelbagai penyakit menimbulkan kegusaran terhadap rakyat Malaysia terhadap jangkitan virus-

virus tersebut di samping kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk merawat dan

membendung penularan penyakit.

7.4 Isu Sijil Kelahiran

Tambahan pula, status ekonomi pelarian disebutkan oleh Azizah Kassim (2012) menyatakan ketiadaan dokumen

menyebabkan pelarian ini tidak mempunyai pekerjaan yang formal yang melindungi mereka dari sebarang risiko

dan kemudahan-kemudahan pekerja sebagaimana yang dinikmati pekerja asing yang berdaftar. Menurut Azizah

Kassim (2012) lagi, terdapat pelarian Rohingya di pantai timur melibatkan diri dalam sektor agrikultur dan

menjual hasil tanaman mereka yang terdiri dari buah-buahan dan sayur-sayuran kepada peraih. Hakikatnya,

pelarian ini majoritinya hidup di bawah paras kemiskinan di mana pendapatan harian golongan pelarian hanyalah

berjumlah RM30-RM40. Walau bagaimanapun, menurut (Azizah Kassim 2012) terdapat sebilangan kecil yang

berjaya dalam perniagaan di mana mereka telah tinggal di negara ini selama tiga dekad, kejayaan yang dikecapi

adalah dalam sektor pembinaan, sub-kontraktor dan perdagangan. Keadaan kemiskinan golongan pelarian ini

membawa implikasi buruk kepada keperluan pendidikan, keselesaan tempat tinggal, kesihatan, makanan dan

sumber asasi lain. Selain mengekalkan psikologi dan hubungan ketidakbergantungan kepada kerajaan,

perlindungan yang diberikan oleh Malaysia tidak percuma di mana anjuran perubahan kepada struktural dan

sistem nilai dalam masyarakat pelarian Rohingya. Selain itu, menurut Linde Lamboo (2017) antara daya tarikan

pelarian Rohingya meninggalkan Acheh adalah disebabkan faktor keluarga yang boleh dijumpai di Malaysia,

peluang pekerjaan yang baik, tekanan kerajaan Indonesia, cerita kejayaan Rohingya di Malaysia. Faktor-faktor

penolak dan penarik menjadikan Malaysia sebagai sebuah destinasi menarik menyebabkan pelarian Rohingya

Page 29: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

Mohd Irfan Mohd Terin & Muhammad Hilmi Jalil / TAWIS (2017)

143

semakin meningkat saban tahun dan ini mendatangkan kegusaran kepada rakyat Malaysia. Menurutnya lagi, idea

tentang ‘daya penarik’ hanyalah satu lagi cara bagaimana memilih untuk mengkonstruksi perbezaan di antara

manusia yang dibezakan melalui objektif dalam kalangan mereka. Semua ini hanya satu konstruksi dalam

wacana etnik.

7.5 Isu Keselamatan, Ditahan dan Dipenjara

Etnik Rohingya berhadapan dengan penganiayaan dirampas barang-barang peribadi oleh sesetengah penguat

kuasa tempatan kerana mendakwa kad UNHCR tidak sah digunakan di negara ini (Azlinariah Abdullah 2012).

Mereka telah ditangkap dan ditahan Selain itu, pihak PDRM telah berjaya membongkar satu sindiket penjualan

kanak-kanak etnik Rohingya dengan harga RM1,200 hingga RM1,500 untuk tujuan mengemis selepas

menyelamatkan sembilan kanak-kanak dan dua remaja yang dkurung di sebuah premis di Jalan Hang Kasturi di

Kuala Lumpur (Malaysiakini 2017). Penemuan 139 kubur bersama 29 kem yang dijangka melibatkan mangsa

Rohingya dari Myanmar di hutan Perlis baru-baru ini secara jelas menandakan bahawa kegiatan sindiket

Pemerdagangan manusia antara sempadan Malaysia dan Thailand bergiat secara terancang dan terlindung

(Malaysiakini 2015). Menurut Intan Suria Hamzah et al. (2016b), jenayah pemerdagangan manusia melibatkan

etnik Rohingya semakin bertambah mutakhir ini menyebabkan PDRM dan angkatan tentera Malaysia

mempergiat operasi membanteras sindiket pemerdagangan manusia. Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang pesat

telah membawa bersama-samanya masalah pekerja asing, pekerja tanpa izin, penyeludupan migran dan

pemerdagangan orang. Mengikut statistik daripada agensi penguat kuasa Malaysia, keseluruhan kes

pemerdagangan orang dari 28 Februari 2008 sehingga 31 Mei 2016 adalah sebanyak 1,151 kes dengan 1,656

jumlah tangkapan, manakala orang yang disyaki diperdagangkan pula sebanyak 7,863 orang dan jumlah mangsa

direkodkan pula seramai 2,492 orang (Utusan Melayu 2016).

Menurut Azizah Kassim (2012) etnik Rohingya menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi secara bersama

sehingga mewujudkan suatu komuniti masyarakat etnik pelarian Rohingya di pelbagai tempat seperti di Kuala

Lumpur, Pulau Pinang, Kedah dan beberapa tempat lain di Malaysia. Komuniti ini meneruskan kelangsungan

bahasa dan budaya dengan mempraktikkan penggunaan bahasa mereka dalam kehidupan seharian serta

menjalankan pelbagai aktiviti kebudayaan secara bersama seperti sambutan perayaan, majlis berbuka puasa dan

sebagainya. Pendidikan yang mempengaruhi survival bahasa dan budaya telah dijalankan oleh Majlis Ulama’

Rohingya (2013). Mereka telah mencadangkan kelas-kelas fardhu ain dan latihan membaca, mengira, menulis

telah dijalankan di surau-surau komuniti Rohingya dengan kerjasama beberapa badan-badan kebajikan tempatan

dan antarabangsa. Kelas-kelas fardhu ain dan kelas membaca, mengira dan menulis ini menggalakkan hubungan

sosio-budaya dalam kelangsungan bahasa dan pengamalan budaya di samping membuka peluang pekerjaan

kepada etnik pelarian Rohingya. Pendidikan yang diperolehi menentukan kegiatan ekonomi yang dijalankan

(Azizah Kassim 2012).

Di samping itu, menurut Intan Suria Hamzah et al. (2016b) pelarian Rohingya berhadapan dengan tiada

dokumen status kewarganegaraan, kestabilan ekonomi, politik, kehidupan sosial, dan populasi Muslim yang

besar telah hidup di Malaysia mengakibatkan masalah baru kepada kerajaan Malaysian untuk mengendali

kehidupan para pelarian. Sementara sebuah lagi kajian yang dijalankan oleh Intan Suria Hamzah et al. (2016a)

menceritakan kesukaran pelarian Rohingya datang ke Malaysia dengan mempertaruhkan nyawa kepada sindiket

pemerdagangan sementara terdapat juga rakan-rakan pelarian yang meninggal dunia semasa dalam perjalanan.

Dari aspek pendapatan pula mereka melakukan pelbagai aktiviti ekonomi yang berpendapatan kecil dengan

bekerja sebagai pengutip sampah, kedai makan dan buruh. Pelarian Rohingya juga hidup bersesak di dalam

sebuah rumah kecil dan menjalani kehidupan yang sukar. Walau bagaimanapun menurut pengkaji mereka tetap

bersyukur kerana masih terdapat peluang pekerjaan di Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang aman dan

berharap generasi anak-anak mereka mendapat pendidikan yang secukupnya untuk membangun bersama

masyarakat Malaysia. Sungguhpun, kedua-dua kajian ini penting dari segi ia mengetengahkan satu pendekatan

yang berlainan iaitu pendekatan sosiologi ilmu pengetahuan berbanding dengan kajian-kajian lain, ia akan lebih

Page 30: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

Mohd Irfan Mohd Terin & Muhammad Hilmi Jalil / TAWIS (2017)

144

bermakna sekiranya pengarang lebih teliti dan seimbang dari segi persembahannya, lebih cermat dengan bukti-

bukti empirik, dan tidak membuat penyeluruhan secara umum tanpa didukung oleh bukti-bukti yang kukuh.

8. Kesimpulan

Walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah yang membelenggu kehidupan mereka sebagai pelarian, mereka tetap berjuang menjalani hidup yang penuh kesukaran itu. Sebagai warga Rohingya yang semakin bertambah jumlahnya di Malaysia, sudah pasti memberi tekanan dalam pelbagai aspek kepada negara ini untuk memberikan penyelesaian terhadap krisis tersebut sedangkan mereka juga mahukan sebuah kehidupan yang baik di negara ini dan pengiktirafan warganegara di negara sendiri pada satu hari nanti. Selain itu, perjuangan mereka dalam memastikan kelangsungan identiti dipelihara. Ini jelas sekali dalam perbincangan di atas bahawa mereka menjaga agama, budaya, kehidupan bermasyarakat dan bahasa untuk tujuan komunikasi. Jaringan komuniti sesama mereka juga dipastikan membantu kebajikan Rohingya di negara ini. Beberapa pertubuhan yang dibangunkan atas kesedaran melindungi pelarian Rohingya dari pelbagai aspek termasuk pengamalan agama, bahasa dalam berinteraksi, kehidupan sosial dan kumpulan masyarakat contohnya seperti Majlis Ulama’ Rohingya (MUR) dan Rohingya Society of Malaysia (RSM). Pelarian Rohingya di negara ini tidak sepatutnya disisihkan sebaliknya perlu dibela supaya mempunyai masa depan yang baik bukan sahaja terhadap kehidupan masa kini tetapi untuk generasi Rohingya yang seterusnya sehingga mereka boleh kembali semula ke tanah air dengan status diiktiraf sebagai warganegara.

Penghargaan

Penulis ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Universiti Kebangsaan Malaysia kerana

telah memberi peluang kepada saya untuk menjalankan penyelidikan, dalam masa yang sama membiayai kos

pembentangan dan penerbitan makalah ini dalam Seminar Serantau Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017

melalui dana yang diberikan kepada projek penyelidikan GUP-2016-026.

Rujukan

Abdul Halim Mat Diah. 1987. Pemikiran Islam: Peranan Pusat Pengajian Tinggi di Malaysia. Kuala Lumpur:

Angkatan Belia Islam Malaysia.

Alex J. Bellamy. 2010. The Responsibility to Protect-Five Years On, Ethics & International Affairs. Carnegie

Council for Ethics in International Affairs.

Amnesty International. 2010. Diseksa dan Ditinggalkan Pelarian Dinafikan Hak di Malaysia. Amnesty

International, International Secretariat Peter Benenson House, United Kingdom.

Anon. 2016. Pelarian Rohingya kekal ‘stateless’ di bumi Malaysia. Utusan Borneo, 31 Disember.

Azizah Kassim. 2012. Dialog dan Meja Bulat Hala Tuju Pendidikan Alternatif di Malaysia. Universiti

Kebangsaan Malaysia Institut: Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS).

Azizah Kassim. 2012. Transnational Marriages Among The Refugees and Their Implications on Their Status

and Identity: The Case of The Rohingyas in Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia: Institut Kajian

Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS).

Azlinariah Abdullah. 2012. Air Mata Kesengsaraan Rohingya. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Charles Issawi. 1982. An economic History of The Middle East and North Africa. New York: Columbia

University Press.

Daniel Sullivan. 2016. Still Adrift: Failure to Protect Rohingya in Malaysia and Thailand. Washington:

Refugees International.

Engy Abdelkader. 2013. The Rohingya Muslims in Myanmar: Past,Present, and Future. United States:

University of Pennsylvania Law School.

Hamidi Adam & Ravichandran Moorthy. 2015. Krisis kebanjiran pelarian Syria dan impaknya terhadap

keselamatan negara Turki. Journal of Social Sciences and Humanites 10(2): 185-202.

Page 31: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

Mohd Irfan Mohd Terin & Muhammad Hilmi Jalil / TAWIS (2017)

145

Hariati Ibrahim & Rohaida Nordin. 2015. The principle of responsibility to protect: The case of Rohingya in

Myanmar. Petika Journal of Social Sciences and Humanities 23(August): 1-18.

Imtiaz Ahmed. 2009. The Rohingyas: From Stateless to Refugee. University of Dhaka: International Relations

Intan Suria Hamzah, Siti Daud, Nor Azizan Idris & Muhammad Shamshinor Abdul Azzis. 2016a. Migrasi

rentas sempadan etnik rohingya dan implikasi terhadap Malaysia. Jurnal Sains Insani 1(1):36- 43.

Intan Suria Hamzah, Siti Daud & Nor Azizan Idris. 2016b. Rohingya’s discrimination and immigration to

Malaysia. International Research in Social Sciences 6(5): 271-288.

Khatijah H A Abdullah & Suzaily Wahab. 2012. Koro-like symptoms with associated erectile dysfunction in a

Rohingya refugee. Asean Journal of Psychiatry 13 (2).

Linda Crossman. 2014. Myanmar’s Rohingya refugees the search for human security. Thesis Master of Arts in

Liberal Studies, Georgetown University Washington D.C.

Linde Lamboo. 2017. Seeking solutions: stateless Rohingya and strategies at the interface of planned

interventions, A case study of Rohingya refugees in Aceh and Kuala Lumpur. Thesis Master,

Wageningen Research University.

Louise W. Holborn. 1956. The International Refugee Organization, a Specialized Agency of the United

Nations. New York: Oxford University Press.

Matthew Smith. 2013. All You Can Do Is Pray Crimes- Against Humanity and Ethnic Cleansing of Rohingya

Muslims in Burma’s Arakan State. United States Of America: Human Rights Watch.

Michael Mann. 2005. The Dark Side of Democracy: Explaining Ethnic Cleansing. United Kingdom: Cambridge

University Press.

Mohammed Yunus. 1994. A History of Arakan (Past & Present). Bangladesh: Chittagong University.

Mr. Rahmat Abdul Karim,17h October, 2016, http://www.rsm-my.org/news/rohingya-society-in- malaysia-rsm-

office-received-45-rohingya-refugees-released-by-unhc/,

Mr. Rahmat Abdul Karim,18th October, 2016, http://www.rsm-my.org/news/rohingya-society-in- malaysia-rsm-

joined-signing-a-memorandum-to-his-excellency-mr-zaw-myint-ambassador- embassy-of-the-

republic-of-the-union-of-myanmar-kuala-lumpur-in-malaysia/

Mohamad Naufal Mohamad Idris. 2015. Rohingya: boleh bantu tapi ada risiko pada negara. Sinar Harian, 18

Mei.

Richard Hoggart. 1992. Oxford Illustrated Encyclopedia of People and Cultures. United Kingdom: Oxford

University Press.

Sidi Gazalba. 1976. Masyarakat Islam: Pengantar Sosiologi dan Sosiografi. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Tan Pok Suan. 2006. Kehidupan Rohingya di Malaysia: perjuangan dalam ketidakpastian hidup. Journal of

Southeast Asia Social Sciences and Humanities 68(1): 111-126.

Trudi Lee Andres. 2014. Resettlement experience of refugees from Burma/Myanmar to San Diego. Thesis

Master of Arts in Anthropology, San Diego State University.

United Nation For High Commissioner for Refugees (UNHCR). 2013. Available at:

http://www.unhcr.org/malaysia.html .

Page 32: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

146

Page 33: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

147

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi

Inovasi dan Keceriaan di Surau-Surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Terpilih

di Malaysia

Abdul Munir bin Ismaila

a Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA

Abstrak

Tulisan ini bertujuan untuk mengetahui inovasi dan keceriaan yang dihasilkan oleh guru dan pelajar di surau-surau sekolah

menengah kebangsaan terpilih di Malaysia. Keadaan persekitaran surau yang menarik, adalah merupakan faktor mendorong

pelajar serta guru melaksana ibadah dan menghayati ajaran Islam dengan lebih sempurna. Objektif kajian adalah untuk

mendedahkan inovasi yang dihasilkan di surau sekolah menengah kebangsaan terpilih. Kajian ini bentuk kajian lapangan,

menggunakan kaedah temubual dan pemerhatian. Kajian melibatkan lapan buah sekolah harian dan asrama terpilih dan

sepuluh orang responden. Kajian mendapati terdapat pelbagai inovasi yang dihasilkan oleh pihak sekolah. Inovasi keceriaan

surau didapati mendatangkan kebaikan kepada pelajar serta alam sekitar. Melalui inovasi yang dihasilkan di surau sekolah

telah memberi kesedaran positif terhadap perkembangan minda pelajar. Selain itu, implikasi inovasi surau dapat

meningkatkan minat para jemaah untuk mengimarahkan surau yang terdapat di sekolah-sekolah menengah di Malaysia.

Kata Kunci: Surau SMK; inovasi; keceriaan; menarik minat

© 2017 Diterbitkan oleh HADHARI-UKM.

1. Pengenalan Fungsi utama surau sekolah menengah di Malaysia adalah sebagai tempat warga sekolah melaksanakan ibadat

solat, menjalankan kegiatan amali pendidikan Islam, menanamkan semangat mencintai agama, menghayati

ajaran Islam dan membina roh persaudaraan Islam dalam kalangan guru-guru dan murid-murid Islam (BPI 1989).

Jika dirujuk kepada satu Pekeliling/Surat Rasmi daripada Bahagian Pendidikan Islam, KP.5206 /12/5/ (17),

bertarikh 2 Mac 1989 menyatakan bahawa pengetua sekolah selaku pentadbir digalakan membangunkan surau

sebagai memenuhi kegiatan spiritual keagamaan pelajar Islam. Dengan itu, surau sekolah berfungsi sebagai

‘makmal pendidikan rohani’ dalam pendidikan Islam sama ada aktiviti kurikulum atau kokurikulum (Ab. Halim

Pengarang Utama. Alamat e-mel: [email protected]

Page 34: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

148

et al. 2003). Semua aktiviti yang berbentuk kurikulum dan ko-kurikulum dapat dilaksanakan di dalam surau

sekolah. Aspek ketenangan dan keselesaan perlu diberi perhatian oleh pihak pentadbir sekolah supaya para

pelajar mendapat kekusyukan ketika melakukan aktiviti peribadatan dan keseronokan menuntut ilmu

pengetahuan.

Menurut Bani Hidayat (2010), dalam pembinaan sesebuah sekolah, perancangan reka bentuk perlu

mengambil kira aspek ergonomik agar persekitaran yang baik bagi memenuhi keperluan semasa para pelajar

dapat diwujudkan. Ini termasuk ciri-ciri seperti lokasi kedudukan tanah, keadaan atau jenis tanah, reka bentuk

bangunan, saiz ruang bilik darjah, makmal, pusat sumber, bilik komputer, surau sekolah, kantin, tandas dan

sebagainya yang akan memberi keselesaan kepada pelajar. Sistem pengudaraan, pencahayaan, bunyi, reka bentuk

perabot, sistem pendawaian elektrik dan warna dinding bangunan turut menyumbang terhadap keselesaan

persekitaran. Jika dilihat dari sudut pendidikan, setiap bilik darjah, makmal, bengkel, dewan, pusat sumber, bilik

komputer dan surau direkabentuk bersesuaian dengan keperluan dan fungsinya mungkin tidak sama antara satu

sama lain.

Menurut Sufean Hussin (2001), inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea,

benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi

cita rasa. Zaltman et al. (1973) menyatakan inovasi ialah idea, latihan atau bahan artifak yang kelihatan baru pada

unit yang menggunakannya. Inovasi dibuat oleh individu kreatif dengan cara menimba ilmu, meneliti

persekitaran dan seterusnya membina idea baru untuk menghasilkan sesuatu teknologi baru atau membaiki

kualiti sesuatu benda atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sekolah yang ceria, kreatif dan inovatif boleh

mengurangkan pelbagai gejala sosial dan moral yang tidak diingini. Suasana dalam surau atau di luar surau yang

ceria dan kondusif dapat menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Suasana surau sekolah

mungkin menjadi ‘kawan’ atau ‘lawan’ dalam proses pembelajaran semasa di sekolah. Oleh itu, menjadi suatu

tanggungjawab kepada pihak pengurusan surau sekolah menyediakan kelengkapan yang baik dan susun atur

yang sempurna bagi keselesaan pelajar.

2. Masalah Kajian

Menurut Bani Hidayat (2014), fungsi surau sekolah yang terdapat di sekolah menengah kebangsaan dilihat masih

berada pada tahap minima dan tidak menepati hasrat matlamat penubuhan surau sekolah menengah untuk

mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah di Malaysia. Kewujudan surau-

surau di sekolah hanya berfungsi sebagai aktiviti solat zohor dan solat asar sahaja. Aktiviti surau amat terbatas

kerana kekurangan peralatan, pengurusan yang tidak cekap dan sebagainya. Realiti yang berlaku di sekolah

menengah sebagaimana yang ditunjukkan oleh pelbagai kajian berterusan sejak tahun 1994 sehingga 2010

daripada pelbagai institusi dan penyelidik menunjukkan bahawa tahap fungsi dan keberkesanan surau sekolah

menengah dalam kalangan guru Pendidikan Islam dan murid masih boleh dipersoalkan terutamanya daripada

aspek kemudahan fizikal, keceriaan surau dan aktiviti ko-kurikulum yang menepati Pendidikan Islam. Adakah

pihak sekolah mengetahui secara jelas tentang fungsi surau sekolah meliputi aspek pelaksanaan keceriaan surau

di sekolah secara efektif. Objektif kajian ini ialah untuk mendedahkan inovasi yang dihasilkan oleh surau sekolah

di SMK terpilih.

3. Metodologi Kajian

Kajian ini berbentuk kajian lapangan, iaitu menggunakan kaedah temubual berstruktur dan pemerhatian.

Pemerhatian dilakukan di surau sekolah yang terbabit dengan memfokuskan kepada item yang disenaraikan.

Temubual dilakukan bagi mendapatkan maklumat dan gambaran sebenar tentang keceriaan surau sekolah. Lokasi

kajian bertempat di a) surau SMK Dato’ Haron, Tanjong Karang, b) surau SMK Alam Megah 2, Shah Alam, c)

surau SMK Sri Kurau, Bagan Serai, d) surau SMK Sultan Yusof, Batu Gajah Perak, e) surau SMK Sultan Omar,

Page 35: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

149

Dungun, f) surau SMA Mahmudiah, Kuala Berang, Terengganu, g) surau SMK Sri Kukup, Pontian, Johor dan h)

surau SMK Alor Janggus, Kedah.

4. Dapatan Kajian dan Perbincangan

Surau sekolah merupakan salah satu tempat yang terdapat dalam kawasan sekolah di mana pelajar menghabiskan

sebahagian daripada masa persekolahannya sebagai tempat melakukan ibadat, mengulangkaji pelajaran atau

berehat. Surau sekolah yang serba lengkap dengan peralatan keperluan asas seperti hawa dingin, kipas angin,

lampu yang terang dilihat sebagai daya penarik kepada pelajar untuk melakukan aktiviti ibadah, aktiviti

pembelajaran, tempat berehat dan sebagainya. Antara kelengkapan surau yang perlu disediakan ialah papan tanda

nama surau, tanda arah kiblat, garisan saf/sejadah, takwim/jadual waktu solat, jam dinding, papan kenyataan

luar/dalam, white board/papan hitam, tirai/papan pemisah, langsir tingkap, rostrum/meja kuliah mimbar untuk

berkhutbah, rehal untuk letak al-Qur’an, tabung derma surau, almari untuk sejadah/rak al-Qur’an/kitab/telekung,

sudut bacaan/mini perpustakaan, rak kasut dan cermin muka untuk lelaki dan wanita.

Jadual 1: Analisis pengurusan kelengkapan surau sekolah menengah kebangsaan

BIL

PENGURUSAN

KELENGKAPAN

NAMA SEKOLAH – SEKOLAH MENENGAH TERPILIH

SMK

1

SMK

2

SMK

3

SMK

4

SMK

5

SMK

6

SMK

7

SMK

8

1. Papan Tunjuk Arah ke Surau

2. Papan Tanda Nama Surau

3. Tanda Arah Kiblat

4. Garisan Saf / Sejadah

5. Takwim / Jadual Waktu Solat

6. Jam Dinding

7. Papan Kenyataan Luar / Dalam

8. White Board / Papan Hitam

9. Tirai / Papan Pemisah

10 Langsir Tingkap

11. Rostrum / Meja Kuliah / Mimbar

12. Rehal

13. Tabung Derma Surau

14. Almari / Rak Al-Quran / Kitab /

Telekung

15. Sudut Bacaan/ Mini Perpustakaan

16. Rak Kasut

17. Cermin Muka

Berdasarkan pemerhatian pengkaji, semua surau yang dilawati menyediakan peralatan kelengkapan

surau yang memuaskan. Guru yang dilantik sebagai urusetia sangat berperanan sebagai pengurus surau. Tugas

guru atau ajk surau sekolah ialah mengurus secara rutin surau sekolah, di mana diaturkan jadual kepada pelajar

menjalankan tugas mengikut jadual bertugas. Mengurus surau supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti

pembelajaran dan pengajaran. Semua kelengkapan surau diletakkan pada tempat yang sesuai dan digunapakai

oleh para pelajar. Guru yang ditugaskan secara mingguan bertanggungjawab menyelia peralatan dan kelengkapan

surau dari semasa ke semasa bagi memastikan peralatan surau berada dalam keadaan sempurna. Berdasarkan

temubual bersama Responden 3, beliau menjelaskan kami mempunyai senarai peralatan surau yang lengkap

(inventori). Setiap bulan kami akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tentang keperluan peralatan

surau yang perlu dibaiki atau diganti baru. Sekiranya peralatan tersebut mudah rosak akibat sering digunakan

oleh pelajar, kami menyediakan yang baharu. Sebagai contoh bateri jam dinding perlu ditukar setiap dua bulan

Page 36: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

150

sekali. Jika bateri tidak diganti, jam tidak berfungsi dan ianya menjadi masalah kepada pengguna surau bagi

mengetahui masuk waktu solat dan sebagainya. Demikian juga peralatan yang mudah kotor, kami mencucinya

dengan mengupah orang atau mencuci sendiri pada waktu lapang. Contohnya sejadah, langsir dan sebagainya

perlu dibersihkan pada waktu tertentu. Hal ini menjadikan peralatan surau kami sentiasa bersih dan ceria. Jadual

1 menunjukkan 17 item yang dinilai dalam penilai KPM.

Menurut Responden 2, pihak sekolah sentiasa memberi kefahaman dan kesedaran kepada para pelajar

tentang saling menjaga peralatan surau sekolah dengan baik dan menjauhkan sifat merosakkan harta benda surau.

Pelajar senior hendaklah memberi tunjuk ajar kepada pelajar junior tentang kepentingan menjaga harta benda

surau daripada dirosakkan atau dikhianati oleh pelajar lain. Kami sebagai guru tidak mungkin dapat mengawal

semua peralatan surau tanpa dibantu oleh pelajar senior. Usaha guru memberi kesedaran kepada para pelajar

tentang pentingnya menjaga peralatan surau sekolah, didapati bahawa semua pelajar memberi kerjasama menjaga

peralatan surau sekolah dengan baik.

4.1 Inovasi Pengurusan Fizikal Surau Sekolah

Pengurusan fizikal surau sekolah yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah merujuk kepada proses perancangan

membangun dan mengindahkankan bangunan surau, pengorganisasian oleh sekumpulan guru yang dilantik oleh

pengetua serta penggunaan surau dengan baik bagi memastikan tempat ibadat berfungsi dengan suasana yang

kondusif. Pengurusan surau sekolah dilihat sentiasa mematuhi garis Panduan Pengurusan Surau 2014 yang

diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Garis panduan tersebut menyatakan surau hendaklah diurus

tadbir dengan baik melengkapi aspek:

i. Memastikan surau menarik, selamat dan selesa.

ii. Memastikan tempat mengambil wuduk berdekatan, mencukupi, bersesuaian dan berasingan di antara

lelaki dan perempuan.

ii. Menamakan Surau. Contoh ‘Surau An-Nur’.

iii. Memastikan keceriaan luaran surau yang memperlihatkan identitinya.

iv. Memastikan keceriaan dalaman menarik, bersih, kemas dan teratur.

v. Menyediakan rak tempat kasut.

vi. Menyediakan rak al-Qur’an dan bahan-bahan bacaan.

vii. Menyediakan almari telekung, kain sarung dan sejadah.

viii. Memastikan surau dalam keadaan berkunci apabila tidak digunakan.

ix. Melabelkan tunjuk arah surau dan tempat wuduk.

x. Adakan pemisah antara lelaki dan perempuan (Pemisah tidak kekal).

Secara umumnya, dapatan kajian (Rujuk Jadual 2) menunjukkan semua surau yang dikunjungi

mempunyai kemudahan fizikal asas seperti tempat wudu’ lelaki dan perempuan, lampu, tandas dan kipas. Walau

bagaimanapun, Surau al-Falah SMK Sri Kukup, Johor tidak mempunyai tandas disebabkan tidak mempunyai

ruang yang sesuai. Terdapat 5 buah surau sekolah dilihat mempunyai kipas dan penyaman udara di ruang solat

seperti a) surau al-Kauthar SMK Alam Megah 2, Selangor, b) surau An-Nur SMK Sultan Yusuff, Perak, c) surau

Hasanah SMK Sri Kurau, Perak, d) surau Insaniah, SMK Dato’ Harun, Selangor, e) surau al-Falah, SMK Sri

Kukup, Johor. Kebanyakan surau ini mendapat peruntukan kewangan, bahan binaan dan upah tenaga kerja

daripada pihak luar. Tempat wudu’ dilihat ada yang menggunakan kolah dan paip biasa. Setiap surau mempunyai

2 buah tempat wudu’ untuk lelaki dan perempuan. Inovasi berkaitan tempat air wudu’ dilihat menjadi satu contoh

pelaksanaan inovasi di beberapa surau sekolah. Terdapat dua buah surau yang melaksanakan inovasi takungan air

hujan sebagai suatu langkah penjimatan penggunaan paip air. Surau al-Hasanah, SMK Sri Kurau, Perak

merupakan pencetus idea dalam melaksanakan takungan air hujan. Ia diikuti oleh Surau Insaniah, SMA

Mahmudiah, Terengganu. Manakala 2 buah surau sekolah turut melaksanakan inovasi yang berkaitan dengan

kitaran semula lebihan air wudu’ seperti surau An-Nur, SMK Sultan Yusuff, Perak dan surau al-Ikhlas, SMK

Page 37: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

151

Sultan Omar, Terengganu. Inovasi yang hasilkan dapat memanfaatkan seluruh warga sekolah dan menjadikan

surau berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang kreatif dan berbakat dalam mencetuskan idea. Keseluruhan surau

sekolah yang dilawati dilihat sangat menekankan perhiasan pada sudut pameran dan landskap. Ini dapat dilihat

berdasarkan wujudnya inovasi fizikal yang dicipta oleh surau-surau.

Jadual 2: Analisis inovasi pengurusan fizikal surau Sekolah Menengah Kebangsaan

BIL

Pengurusan

Fizikal

Senarai Sekolah-Sekolah Menengah Terpilih

*SMK

1

SMK

2

SMK

3

SMK

4

SMK

5

SMK

6

SMK

7

SMK

8

1. Bangunan / Cat

2. Tulisan Khat & Zukhruf

3. Hiasan Dinding / Mural /

Banting

4. Tempat Wudu’

5. Tandas X

6. Lampu

7. Kipas / Pendingin Hawa

8. Landskap

9. Keselamatan

10 Sudut Pameran

Merujuk kepada Jadual 2, surau SMK terpilih ini berjaya memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh KPM.

Sebuah surau sekolah itu mempunyai sebuah bangunan berasingan dan dapat memuatkan 300 hingga 800 orang

dalam satu waktu. Bangunan surau dicat bahagian luar dan dalam dengan cat yang menarik. Menurut Responden

5, beliau mengatakan kecemerlangan sesebuah surau tidak boleh diukur berdasarkan kecantikan pada fizikalnya

sahaja namun dilihat juga dari aspek keaktifan pihak pengurusan melaksanakan program dakwah di surau

sekolah bertujuan untuk manfaat kepada para pelajar.

Pengurusan inovasi fizikal pada bahagian hiasan adalah merujuk kepada perhiasan yang terdapat pada

surau sama ada di kawasan ruang atau sudut surau, dinding-dinding atau kawasan-kawasan luar. Secara

umumnya, hiasan ini diwujudkan adalah untuk memberi manfaat kepada warga sekolah dan ia juga menjadi satu

daya tarikan kepada pelajar agar menjadikan surau sebagai tempat yang sering dikunjungi. Hiasan yang terdapat

pada surau juga dapat menonjolkan dan menyerlahkan bakat-bakat pelajar dalam berkongsi idea-idea yang

kreatif untuk dipaparkan kepada umum. Jadual 3 menunjukkan surau-surau sekolah yang dilawati telah

melaksanakan pengurusan fizikal yang berbentuk hiasan. Hiasan yang melibatkan kawasan luar surau adalah

disebut landskap manakala hiasan yang melibatkan penggunaan ruang atau sudut dalam surau disebut sebagai

pameran.

4.1.1 Landskap

Landskap ialah istilah daripada bahasa Belanda bermaksud pemandangan desa. Merujuk kepada Kamus Dewan

(2005), landskap membawa maksud lukisan atau seni taman yang memaparkan ciri- ciri pemandangan alam.

Merujuk Redzauddin (2008) landskap secara keseluruhan dapatan menunjukkan bahawa persekitaran

pembelajaran khususnya landskap kawasan sekolah yang mempunyai persekitaran yang selesa dan menarik

memberi kesan positif terhadap pencapaian prestasi akademik pelajar. Pandangan ini disokong kajian Bani

Hidayat et al. (2010), landskap yang baik bukan hanya menyumbang kepada oksigen, menapis bunyi kenderaan

dan habuk kotoran sahaja namun ia sebenarnya memberikan persekitaran yang nyaman untuk suasana

Page 38: Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) · tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

152

pembelajaran. Oleh yang demikian, landskap diwujudkan di kawasan-kawasan surau sekolah dapat menyediakan

persekitaran harmoni. Suasana surau yang mencerminkan keindahan menjadi daya tarikan kepada warga sekolah

khususnya para pelajar.

Jadual 3: Pembahagian landskap surau SMK

Landskap

Projek Inovasi Pembinaan landskap taman Penghasilan Replika

Projek Ternakan Ikan Keli Taman Daurah Hadis Replika Kaabah

Projek Peliharaan Arnab Taman Sahara Replika Kubur Insaniah

Projek Tanaman Sayur Taman Herba Ma’un Salsabil Replika Gua Hira`

Tempat Takungan air Wudu’ Taman Herba dan Sayuran

Firdausi

Replika dapur dan telaga

Rasulullah

Inovasi takungan hijau Taman al-Zahra’ Replika bahan Antidadah

Projek Inovasi Wudu’ Care Tanaman pokok teratai dan

peliharaan ikan puyu

Replika Rehal

Projek Inovasi Zikir dan

Refleksologi

Taman Pusat Islam Jamratul Aula

Inovasi Jam matahari dan paksi

bayangan waktu solat

Raudhah al-Firdausi Jamratul Wustha

Projek Inovasi Kitar semula Air Taman-taman al-Muttaqin Jamratul Aqabah

Projek Cerapan tongkat Istiwa’ Laman pohon al-Falah Makam Nabi Ibrahim

Kebanyakan surau-surau sekolah telah menghasilkan beberapa projek inovasi yang berbentuk fizikal di

kawasan luar sekolah. Ada yang menonjolkan gaya landskap melalui projek penghasilan inovasi, penghasilan

replika-replika dan pembinaan taman-taman (Rujuk Jadual 3). Berdasarkan dapatan, kawasan surau yang luas

mampu melaksanakan pelbagai jenis inovasi fizikal. Ini merujuk kepada kawasan surau al-Kauthar, SMK Alam

Megah 2, Selangor, antara surau yang mempunyai pelbagai inovasi fizikal yang dapat dilaksanakan di luar

kawasan sekolah. Manakala kawasan surau yang sempit perlu menghadkan pembinaan landskap mengikut

kesesuaian tahap keluasan surau. Ini merujuk kepada kawasan surau al-Falah, SMK Sri Kukup, Johor yang

mempunyai kawasan yang sempit dan terhad. Oleh itu, wujudnya perbezaan antara surau-surau sekolah daripada

segi kuantiti dan kualiti dalam melaksanakan landskap di kawasan surau. Hasil dapatan juga menunjukkan

keseluruhan sekolah menyediakan landskap dengan gaya dan kreativiti tersendiri.

Pelaksanaan projek yang melibatkan kawasan sekolah amat memerlukan kestabilan dalam kewangan.

Namun demikian, perlu dibahagikan kepada pengurusan yang lebih penting sebagai contoh pengurusan aktiviti

pengimarahan surau. Oleh itu, dalam menentukan sesebuah projek yang hendak dilaksanakan perlu dilihat secara

terperinci sama ada bajet peruntukan mencukupi atau tidak. Ia bukan dilihat hanya pada permulaan pembinaan

sahaja namun perlu dititikberatkan kos bagi menjaga dan memelihara landskap tersebut supaya dapat terus

dipelihara dari semasa ke semasa. Hal ini merupakan sesuatu yang amat penting dan perlu dipandang berat.

Sekiranya bajet tidak mencukupi sepanjang proses penjagaan, ia akan menyebabkan landskap tersebut tidak

dapat dikekalkan dan seterusnya mendatangkan kerugian.