modul k3 spm 2016 t5b9 group sej123

51
1 Group 123SejSPM NOTA SEJARAH T5 Bab 9 9 DASAR LUAR MALAYSIA

Upload: isharsmiaa

Post on 16-Apr-2017

2.603 views

Category:

Education


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

1Group 123SejSPM

NOTA SEJARAH

T5 Bab 9 9 DASAR

LUARMALAYSIA

Page 2: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

2

Senarai kandunganBil kandungan M/surat

1 Maksud / definisi Dasar Luar Negara ? 7

2Tujuan / Matlamat dasar luar Malaysia 8-9

Latar Belakang Dasar Luar Malaysia 9

Jelaskan bentuk dasar Luar Malaysia 9-10

3 Terangkan faktor / sebab penggubalan dasar luar Malaysia 10 – 12

4 Terangkan perkembangan dasar luar Malaysia dengan mengambil kira perubahan kepimpinan negara.

AtauTerangkan perkembangan dasar luar Malaysia dengan mengambil kira perubahan kepimpinan negara.

i. Dasar Luar Tahap Pertama (1957-1970)ii. Dasar Luar Tahap Kedua (1972-1981)

iii. Tahap Ketiga (1981-2003)Atau

Jelaskan perkembangan dasar luar negara kita dari tahun 1957 hingga tahun 2003

i. Dasar Pro-Baratii. Dasar Berkecualiiii. Dasar kepentingan Ekonomi

Atau

Jelaskan perkembangan dasar luar Malaysia era kepimpinani. Tunku Abdul Rahman (1957-1970)ii. Tun Abdul Razak (1972-1976) dan Tun Hussein Onn (1976-1981)iii. Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003)

12-15

Manfaat / Faedah / Kepentingan yang diperoleh oleh Malaysia daripada dasar luar yang berbaik-baik dengan negara luar.

A tau Faedah / Kebaikan / Manfaat / Sumbangan Dasar Luar Malaysia.

AtauManfaat daripada dasar luar negara kita bagi meningkatkan kecemerlangan Negara

AtauBagaimanakah dasar luar Malaysia menyumbang kepada kemajuan ekonomi Malaysia

16-18

Group 123SejSPM

Page 3: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

3

4.Peranan Malaysia dalam pertubuhan peringkat antarabangsa 18-20

5 Sejauh manakah dasar luar yang telah diamalkan oleh pemimpin-pemimpin negara mencapai matlamat yang diharapkan?

20-21

Dasar Luar Malaysia Sentiasa Berubah Dan Tidak Statik

a) Mengapa dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa ?

Ataub) Perubahan pucuk pimpinan negara membawa kepada perubahan dasar

luar.Jelaskan. Atauc) Sebab dasar luar perlu berubah dari semasa ke semasa.

Ataud) Dasar luar Malaysia sentiasa berubah bergantung kepadakepimpinan

negara.Atau

e) Mengapa dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut perubahan politik dan ekonomi global ?

Atauf) Apakah rasionalnya Malaysia mengamalkan dasar luar yang sentiasa

berubah mengikut perubahan kepimpinan serta perubahan politik dan ekonomi global ?

21-22

Kepentingan dasar luar Malaysia

a) Jelaskan kepentingan dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia demi menjamin kestabilan dan kemakmuran negara.

Ataub) Jelaskan kepentingan dasar luar Malaysia dalam meningkatkan

ketamadunan bangsa dan negara.Atau

c) Kepentingan menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain

23-24

Mengapakah Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik / dasar berkecualidengan semua negara?

24-25

Kesan sekiranya dasar luar negara tidak mantap ? 25

Cara dasar luar Negara dapat memantapkan perpaduan masyarakat antarabangsa

26

Group 123SejSPM

Page 4: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

4

Kewajaran jalinan hubungan baik dengan negara luar 27

Selepas merdeka, dasar luar Malaysia berjaya menaikkan nama negara dipersada dunia.Bincangkan

AtauDasar luar negara berjaya mengetengahkan isu-isu antarabangsa. Jelaskan

28-29

6Jelaskan cabaran dan langkah Malaysia dalam meningkatkan keberkesanan hubungan dengan negara luar pada era globalisasi hari ini AtauApakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam hubungan serantau dan antarahangsa serta langkah mengatasinya. AtauSebagai sebuah negara membangun, Malaysia sering menghadapi pelbagai tekanan daripada masyarakat antarabangsa. Bagaimanakah Malaysia menangani tekanan tersebut?

30-32

Sebab dasar luar Malaysia berubah dari masa ke semasa32-33

7 Apakah usaha untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar 33-34

Nilai Kejayaan / Kejayaan / Keberkesanan dasar luar Malaysia 34-35

Cadangkan hala tuju dasar luar Malaysia pada masa depanAtau

Cara untuk memantapkan dasar luar negara pada masa hadapan

35-36

Ramalkan dasar luar negara pada masa hadapan 36-37

Dasar luar Negara yang diamalkan sejak tahun 1957 hingga kini berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah Negara dihormati.

AtauDasar luar yang diamalkan sejak dulu hingga kini berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati di negara luar

37

Bukti hubungan baik Malaysia dengan negara-negara serantau 38

Group 123SejSPM

Page 5: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

5

Dasar luar Malaysia menyumbang kepada keamanan dunia.Dasar luar Malaysia menyumbang kepada keamanan dunia. Buktikan.

AtauPeranan / sumbangan Malaysia dalam menjaga keamanan dunia melalui dasar luarnya

38-40

Sejauhmanakah dasar luar Malaysia mampu mengekalkan kedaulatan negara ?

40-41

Mengapakah dasar luar yang mementingkan kemajuan ekonomi lebih penting pada hari ini

41-42

8 CATATAN : PILIH SALAH SATU

CONTOH IKTIBAR 1

42

CONTOH IKTIBAR 2 42-43

CONTOH IKTIBAR 3 43

CONTOH IKTIBAR 4 44

9Buat kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan dari sudut berikut :

a) Pengetahuan yang diperoleh daripada tugasan yang dilaksanakanb) Nilai murnic) unsur patriotisme yang dapat dihayatid) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang

dan gemilang

45-47

Group 123SejSPM

Page 6: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

6

SPM SEJARAH KERTAS 3 1249/3 (2016)TEMA UMUM : MALAYSIA DAN KERJASAMA MASYARAKAT ANTARABANGSA

PANDUAN PERUNTUKAN MASA MENGIKUT ASPEK / KONSTRUK

Format Aspek/Konstruk Markah Masa

1. Pengenalan 1. Memahami 5 Markah 10 minit

2. ISI dan

HURAIAN

2. Memahami 15 Markah 20 minit

3. Menganalisis 20 Markah 35 minit

4. Mengaplikasi 20 Markah 35 minit

5. Menilai 10 Markah 15 minit

6. Mencipta 10 Markah 15 minit

7. Menjana Idea 10 Markah 15 minit

8. Nilai / Iktibar / Patriotisme 5 Markah 10 minit

3. Kesimpulan 9. Merumus 5 Markah 10 minit

Jumlah Keseluruhan 100 Markah 2 jam 45 minit

PANDUAN MENJAWAB SOALAN KERTAS 3

1. Pastikan anda membawa buku teks dan bahan ilmiah yang berkaitan dengan tajuk.2. Pastikan anda menulis nombor soalan.3. Isi jawapan calon mestilah bersesuaian dengan peruntukan markah. 4. Jawapan perlu ditulis dalam bentuk esei / karangan dengan ayat yang lengkap.5. Jawapan dalam bentuk poin dilarang sama sekali.6. Anda tidak digalakkan membatalkan jawapan yang telah ditulis.

CATATAN :

1. Soalan 1 hingga 3 atau nombor 4 adalah merujuk kepada buku teks sebagai sumber jawapan yang utama

2. Modul ini sebagai bahan rujukan utama selain buku teks3. Pastikan ANDA DISIPLIN DENGAN MASA

Group 123SejSPM

Page 7: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

7

4. Pelajar disarankan untuk mematuhi panduan ini supaya pelajar dapat menjawab kesemua soalan. Gunakan 15 minit lagi untuk menyemak jawapan anda

SOALAN 1

Apakah Maksud / Definisi Dasar Luar Negara ? (Sumber : Buku teks ms 236-237 & Sumber lain)

Catatan : Isi bergantung pada markah

Dasar luar negara merujuk kepada dasar kerajaan terhadap negara lain. Dasar luar

dapat didefinisikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dijalankan oleh sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah negara yang lain dalam pengertian yang terhad, dasar luar negara hanya mementingkan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah negara bagi mempengaruhi keadaan-keadaan yang berada di luar bidang kuasanya.

Kepentingan dasar luar Malaysia merujuk kepada matlamat yang ingin dicapai oleh

Malaysia antaranya menjamin keselamatan rakyat dan negara, memelihara kepentingan

nasional dan mengekalkan kedaulatan negara , menggalakkan pembangunan dan kemajuan

ekonomi serta mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa. Selain

menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk

kesejahteraan dunia

Dalam erti kata yang lain dasar luar bermaksud interaksi sesebuah negara dengan negara yang lain. Penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti

faktor sejarah, ekonomi , politik, geografi dan demografi

Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai hubungan antarabangsa dan

hubungan serantau. Dalam menjalinkan hubungan luar, Malaysia berdepan dengan pelbagai

cabaran termasuk globalisasi, kemunculan revolusi teknologi maklumat yang membawa

perubahan yang besar dalam hubungan luar. Bagi mengatasi cabaran tersebut, Malaysia

membuat perancangan awal agar dapat bersama-sama bersaing dengan negara-negara di

dunia.

Group 123SejSPM

Page 8: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

8

SOALAN 2

Tujuan / Matlamat dasar luar Malaysia. ( Sumber :Buku teks m/s 236 & 237 & sumber lain )

Catatan : Isi bergantung pada markah

Dasar luar Malaysia mempunyai matlamat tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua

negara Matlamat dasar luar yang ingin dicapai oleh Malaysia ialah untuk menjamin keselamatan rakyat dan negara dan mengekalkan kedaulatan negara

Dasar luar Malaysia juga bertujuan untuk memelihara kepentingan nasional dengan menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi

Di samping itu juga, dasar ini dapat mengekalkan keamanan sejagat dalam usaha untuk

mengekalkan kerjasama di peringkat antarabangsa.

Secara langsung dapat menjadikan negara kita sebagai warga global yang

bertanggungjawab dan peka terhadap terhadap usaha untuk memupuk kesejahteraan dunia.

Selain itu, matlamat dasar luar negara ialah menjaga kedaulatan negara.. Bersama-

sama negara ASEAN, Malaysia mengisytiharkan rantau Asia Tenggara sebagai Zon Aman,

Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) bagi menghalang penglibatan kuasa luar yang boleh

menjejaskan kedaulatan negara.

Malaysia menjalinkan hubungan luar kerana hendak menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi negara. Malaysia juga menjalankan Dasar Pandang ke Timur yang

menjadikan Jepun dan Korea sebagai model pembangunan ekonomi Negara.

Selain itu, matlamat dasar luar Malaysia adalah untuk memupuk kesejahteraan dunia.. Malaysia juga menghormati prinsip hak asasi manusia. Malaysia memutuskan

hubungan dengan negara Afrika Selatan selagi negara tersebut terus mengamalkan dasar

apartheid.

Malaysia mempunyai dasar luarnya yang tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua negara. Kepentingan dasar luar Malaysia merujuk pada matlamat yang ingin dicapai

Group 123SejSPM

Page 9: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

9

oleh Malaysia. Antaranya untuk menjamin keselamatan rakyat dan negara.Selain itu,Untuk

memelihara kepentingan nasional dan menggekalkan kedaulatan negara.Dasar luar juga

penting untuk menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi.Selain itu, dapat

mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa dan menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia

Latar Belakang Dasar Luar Malaysia (Sumber : Buku teks ms 236-237 & Sumber lain)

Catatan : Isi bergantung pada markah

Dasar luar Malaysia mempunyai matlamat tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua negara

Dalam erti kata yang lain dasar luar bermaksud interaksi sesebuah negara dengan negara yang lain .

Penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor sejarah, ekonomi ,

politik, geografi dan demografi

Perkembangan dasar luar Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Tahap

pertama dibawah Tunku Abdul Rahman ( 1957- 1970), Tahap Kedua dibawah Tun Abdul Razak dan Tun

Hussein Onn ( 1972-1981) dan Tahap ketiga di bawah Tun Dr. Mahathir ( 1981-2003).

. Matlamat dasar luar Malaysia ialah menjamin keselamatan rakyat dan negara dan mengekalkan

kedaulatan negara. Selain itu, dapat memelihara kepentingan nasional dengan menggalakkan

pembangunan dan kemajuan ekonomi. Di samping itu juga dapat mengekalkan keamanan sejagat dalam

usaha untuk mengekalkan kerjasama di peringkat antarabangsa. Secara langsung dapat menjadikan

negara kita sebagai warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap terhadap usaha untuk

memupuk kesejahteraan dunia.

Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain iaitu hubungan

bilateral dan multilateral. Hubungan bilateral merujuk pada hubungan secara terus dengan negara-negara

tertentu, Contohnya hubungan Malaysia dengan Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Selain itu,

hubungan luar juga diadakan dengan negara Asia yang lain, Amerika Latin, Afrika, Asia Barat serta

negara maju seperti Britian dan Amerika Syarikat. Hubungan multilateral pula merujuk pada hubungan

dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN),

Komanwel, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).

Jelaskan bentuk dasar Luar Malaysia ( Buku teks m/s 237 )

Catatan : Isi bergantung pada markah

Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain, iaituhubungan

bilateral dan hubungan multilateral. Hubungan bilateral merujuk kepada hubungan secara terus dengan

negara-negara tertentu. Contohnya, Malaysia mengutamakan hubungan dengan negara-negara jiran

Group 123SejSPM

Page 10: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

10

seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Selain itu, hubungan luar juga dijalinkan dengan

negara Asia yang lain iaitu Amerika Latin, Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britain dan

Amerika Syarikat.

Hubungan multi lateral pula merujuk pada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan

seperti Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), Komanwel, Pertubuhan Persidangan Islam

(OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan sebagainya.

SOALAN 3

Terangkan faktor / sebab penggubalan dasar luar Malaysia. ( Buku teks m/s 237-239 )

Catatan : Isi bergantung pada markah

Penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor yang menentukan corak dan arah

dasar luar negara Faktor – faktor itu ialah sejarah, ekonomi, politik, geografi dan demografi. Antara

faktornya ialah

FAKTOR SEJARAHSejak zaman Kesultanan Melayu Melaka telah menjalinkan hubungan dengan negara luar

seperti China, Arab, Siam dan negeri-negeri di Kepulauan Melayu. Hubungan ini berbentuk hubungan perdagangan.

Pada masa ini telah terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu seperti

hubungan antara Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia

menyertai Pertubuhan Komanwel.

Malaysia juga meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain dan negara Komanwel yang

lain seperti Australia dan New Zealand.

Pada masa itu, Malaysia diancam oleh fahaman komunis yang disebarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang menggugat keselamatan Malaysia. Ancaman komunis ini menggugat

keselamatan negata Malysia dan dengan ini mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-

Barat dan antikomunis. Pada masa yang sama, Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat kerana

Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan.

FAKTOR EKONOMIMalaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas dan dengan ini menjalin

hubngan baik dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan ekonominya.

Sejak zaman penjajahan British lagi, Malaysia merupakan antara negara pengeluar utama bijih timah dan getah. Pada masa ini telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan

Group 123SejSPM

Page 11: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

11

negara-negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal dari

negara-negara tersebut. Beberapa langkah telah diambil bagi menggalakkan pelaburan asing. Langkah

ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara di samping menyediakan peluang pekerjaan.

Menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing juga digalakkan dari

negara-negara di Timur terutamanya Jepun dan Korea.

Pada masa yang sama, Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negara sedang membangun dan juga negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di

samping mengadakan pelaburan di negara berkenaan.

FAKTOR POLITIKSebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, Malaysia

berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Hal ini jelas terpapar dalam dasar luar Malaysia yang menekankan pemeliharaan kedaulatan

negara-negara lain. Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di

rantau Asia Barat.

Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia. Oleh itu, Malaysia tegas dengan pendiriannya

menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan

dunia.

FAKTOR GEOGRAFIMalaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan

dengan hampir kebanyakan negara di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei.

Perairannya menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia. Dengan itu,

keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap

keselamatan Malaysia.

FAKTOR DEMOGRAFIMalaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam

sejajar dengan penduduknya yang majoriti beragama Islam. Malaysia tidak mengadakan hubungan

diplomatik dengan negara Israel disebabkan dasar negara berkenaan yang menceroboh dan menindas

peribumi Palestin.

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama juga diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing. Amalan konsep

Group 123SejSPM

Page 12: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

12

perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia menyebabkan Malaysia menentang keras

dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan.

Malaysia juga tidak menjalinkan sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan sehinggalah undang-undang dasar Aparteid itu dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan. Oleh itu,

faktor kepelbagaian kaum di negara ini amat mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia.

SOALAN 4

Terangkan perkembangan dasar luar Malaysia dengan mengambil kira perubahan kepimpinan negara. . ( Buku teks m/s 239-242 )

Atau

Terangkan perkembangan dasar luar Malaysia dengan mengambil kira perubahan kepimpinan negara.

i. Dasar Luar Tahap Pertama (1957-1970)ii. Dasar Luar Tahap Kedua (1972-1981)iii. Tahap Ketiga (1981-2003) ( Buku teks m/s 239-242 )

Atau

Jelaskan perkembangan dasar luar negara kita dari tahun 1957 hingga tahun 2003iv. Dasar Pro-Baratv. Dasar Berkecualivi. Dasar kepentingan Ekonomi ( Buku teks m/s 239-242 )

Atau

Jelaskan perkembangan dasar luar Malaysia era kepimpinaniv. Tunku Abdul Rahman (1957-1970)v. Tun Abdul Razak (1972-1976) dan Tun Hussein Onn (1976-1981)vi. Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003) ( Buku teks m/s 239-242 )

Catatan : Isi bergantung pada markah

i. Dasar Luar Tahap Pertama (1957 – 1970) - ( Dasar pro Barat)

Dasar laur Malaysia pada Tahap Pertama memperlihatkan Dasar Pro-Barat yang Anti-Komunis serta dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel. Dasar luar berkenaan dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman disebabkan faktor politik, ekonomi dan sosial.

Group 123SejSPM

Page 13: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

13

Faktor politik merujuk kepada ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga di dalam negara melalui Parti Komunis Malaya. Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan pertahanan

daripada negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand.

Bagi menyekat perkembangan pengaruh komunis, Malaysia telah menandatangani Perjanjian

Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA) pada tahun 1956. Mengikut perjanjian ini, pihak British akan

memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara.

Di samping itu, dasar luar Malaysia juga adalah berbaik dengan negara jiran. Hal ini disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran terutama selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti

konfrontasi dengan Indonesia (1963 – 1965), terputusnya hubungan dengan Filipina (1963 – 1965) dan

keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965). Usaha-usaha untuk memelihara hubungan dengan

negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian.

Malaysia telah menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina. Menubuhkan MAPHILINDO

pada tahun 1962 bersama Filipina dan Indonesia serta menubuhkan ASEAN pada tahun 1967 bersama

Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.

Faktor ekonomi pula memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain dalam menjaga kepentingan ekonomi negara ini. Pertama, hal ini adalah disebabkan Malaysia merupakan anggota

blok sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang pound sterling. Kedua,

Malaysia juga masih memberikan tumpuan kepada dua hasil utamanya iaitu bijih timah dan getah dengan

mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara Barat termasuk Britain. Ketiga pelabur Britain

masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan

perindustrian .

Bagi mengurangkan kebergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas mula membina

rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Jepun, Amerika Syarikat, Singapura dan

Jerman Barat bagi megurangkan pergantungan kepada Britain dan bagi mencari pasaran baru

ii. Dasar Luar Tahap Kedua (1972 – 1981) - ( Dasar Berkecuali)

Menjelang tahun 1970-an semasa Tunku Abdul Razak (1972-1976) dan Tun Hussein Onn (1976 – 1981) dasar luar Malaysia berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Perubahan dasar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan

kurangnya pengaruh Britain di Timur.

Perubahan dasar ini juga disebabkan pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan China.

Group 123SejSPM

Page 14: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

14

Dalam mencapai matlamat dasar luar Malaysiat, beberapa usaha telah dilakukan seperti

mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) bersama-sama dengan anggota

negara ASEAN.

Malaysia juga telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis

seperti China, Jerman Timur , Korea Utara, Vietnam Utara, Mongolia.

Keinginan Malaysia menjalin persahabatan dengan semua negara khususnya dengan negara

jiran jelas dapat dilihat apabila Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam pada tahun

1976. Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran.

iii. Tahap Ketiga (1981 – 2003) - ( Dasar Kepentingan ekonomi)

Dasar luar Malaysia pada tahap ketiga telah mengekalkan dasar tahap kedua tetapi memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi. Dasar luar tersebut dilaksanakan oleh Dato’

Seri Dr. Mahathir Mohamad (1981 – 2003). Kepentingan ini adalah berkaitan dengan isu-isu

perdagangan, pelaburan dan pembangunan dalam kalangan negara membangun.

Dalam usaha mencapai matlamat dasar tersebut, Malaysia telah mengadakan hubungan lebih erat dengan negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea ( Kemboja).

Disamping itu, Kerajaan Malaysia memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur 1982 dengan menjadikan Korea Selatan dan Jepun sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia.

Melalui dasar itu, kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai yang

baik seperti mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik

Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain

menerusi lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir ke negara Afrika, Amerika

Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan.

Dalam setiap siri lawatannya misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan Malaysia menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua belah pihak.

Kerajaan Malaysia menjalin hubungan perdagangan dengan semua negara maju dan Dunia Ketiga.

Kerajaan memperluaskan kerjasama ekonomi melalui EAEC dan ASEAN+3. Beliau percaya Malaysia

bukan sahaja harus menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan negara maju malah dengan

negara Dunia Ketiga juga.

Berdasarkan tiga tahap berkenaan didapati dasar luar Malaysia berubah daripada dasar pro

Barat kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara serta memberikan penekanan

kepada hubungan dua hala yang dapat memantapkan ekonomi negara

Group 123SejSPM

Page 15: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

15

CATATAN : SEKIRANYA PERLU BOLEH MASUKKAN TAHAP SETERUSNYA

IV. Dasar Luar Malaysia semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009)

Beliau meneruskan kesinambungan dasar luar Malaysia era Perdana Menteri sebelumnya .Malaysia

menjadi Pengerusi Pergerakan Negara-negara Berkecuali(NAM) . Beliau juga menjadikan Malaysia

sebagai negara Islam contoh yang bertoleransi dan progresif melalui konsep Islam Hadhari .

Penghantaran pelajar Malaysia ke Jepun untuk mengikuti pembelajaran pelbagai bidang . Kerjasama

dengan Jepun dalam bidang teknikal. Beliau membentuk “task force” dalam membantu usaha

mewujudkan keamanan di Selatan Thailand

Dasar Luar Malaysia semasa pemerintahan Dato’Seri Najib Abdul Razak (2009- kini)

Beliau meneruskan dasar luar yang kukuh yang membantu mewujudkan ekonomi yang mantap dan

dinamik. Penekanan diberikan dalam kerjasama serantau dan antarabangsa terutamanya dengan

ASEAN, OIC, NAM.

Di samping itu, beliau juga menekankan kepentingan hubungan dua hala dengan negara- negara

yang berdagang dengan Malaysia (trading partner).Contohnya seperti negara China, Jepun, Singapura,

Amerika Syarikat. Dato’ Seri Najib meneruskan hubungan dua hala yang mesra dengan negara jiran.

Pendekatan yang membina diambil untuk menyelesaikan masalah tuntutan bertindih, penetapan

sempadan tanah dan maritim. Setiap usaha diplomatik dilaksanakan untuk memastikan hubungan dua

hala dengan negara jiran tidak terjejas.

Masalah berkaitan tuntutan wilayah bertindih dirujuk kepada Mahkamah Keadilan

Antarabangsa (ICJ). Perwakilan Diplomatik Malaysia di luar negara telah meningkat kepada 105 buah

negara hari ini berbanding 21 buah pada tahun 1966.

Hubungan dua hala Malaysia-China semakin kukuh sejak 42 tahun yang lalu Dato’ Seri Najib

telah meneruskan kesinambungan usaha Tun Abdul Razak ke peringkat yang lebih tinggi daripada

sebelumnya terutamanya dalam aspek perdagangan China merupakan ‘trading partner’ yang penting

dalam pembangunan ekonomi negara Malaysia. Hubungan dengan Singapura juga dipertingkatkan

yang merupakan pelabur utama di Iskandar Malaysia Malaysia juga meneruskan hubungan yang kukuh

dengan negara Jepun.

Kesannya hubungan perdagangan Malaysia Jepun terus meningkat dan berjaya menambah

pendapatan negara Di samping itu, hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat terus diperkukuhkan.

Kedua-dua buah negara telah bersepakat untuk saling bekerjasama dalam bidang-bidang yang memberi

manfaat dan kepentingan bersama. Amerika Syarikat merupakan rakan dagangan Malaysia

Group 123SejSPM

Page 16: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

16

terbesar.Malaysia pula merupakan rakan perdagangan ke-10 terbesar Amerika Syarikat.

Manfaat / Faedah / Kepentingan yang diperoleh oleh Malaysia daripada dasar luar yang berbaik-baik dengan negara luar.

A tau Faedah / Kebaikan / Manfaat / Sumbangan Dasar Luar Malaysia.

A tau Manfaat daripada dasar luar negara kita bagi meningkatkan kecemerlangan Negara A tau Bagaimanakah dasar luar Malaysia menyumbang kepada kemajuan ekonomi Malaysia(CATATAN : PILIH ASPEK EKONOMI SAHAJA)

Catatan : Isi bergantung pada markah

CATATAN : Faedah / Kebaikan / Manfaat / Sumbang ( Sila tukar ikut kesesuaian soalan )

(a) Faedah Politik(i) Komanwel

Ketika Malaysia menghadapi ancaman Parti Komunis Malaya, pertubuhan ini memberi bantuan

ketenteraan kepada negara kita.Hal ini kerana Malaysiamempunyai perjanjian pertahanan dengan Britian.

Seterusnya Komanwel turutmembantu menghadapi konfrantasi Indonesia. Dengan ini dasar berbaik-

baikdengan Komanwel dapat mengekalkan kedaulatan negara.Seterusnya keanggotaan Malaysia dalam

Komanwel memberi peluang kepada negara kita menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan

Komanwel (CHOGM) di Kuala Lumpur 1989. Hal ini meningkatkan imej Malaysia di persada dunia.

(ii) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)Perwakilan Malaysia ke PBB semasa pembentukan Malaysia berjaya menyelesaikan isu

pertikaian pembentukan Malaysia. Seterusnya di PBB Malaysia berjaya menjadi anggota Majlis Keselamatan sebanyak 3 kali. Wakil Malaysia ke PBB Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB serta wakil khas PBB untuk menyelesaikan konflik politik Myanmar.

(iii) Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)Tunku Abdul Rahman diberikan penghormatan untuk menjadi Setiausaha Agung OIC yang

pertama. Selain itu Malaysia juga telah dipilih untuk menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun

1974 dan 2003.

Group 123SejSPM

Page 17: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

17

(iv) Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)Malaysia menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak NAM yang ke-13 pada tahun 2003.

Sidang kemuncak ini mencatatkan penyertaan tertinggi dengan kehadiran 63 buah negara ahli, iaitu 31

Ketua Negara dan 32 Ketua Kerajaan. Selain sidang kemuncak ini telah berjaya mendaftarkan dua negara anggota baru iaitu Timur Leste dan Pulau Catalina. Ini telah mengharumkan lagi nama negara

kita.

(iv) ASEANMelalui pengiystiharaan ‘ZOPFAN’ dalam Deklarasi Kuala Lumpur 1971 keamanan dan

kestabilan politik negara kita terjamin. Malaysia juga telah menjadi Tuan Rumah Sidang Kemuncak

ASEAN 2015.

(a) Faedah Ekonomi(i) Komanwel

Negara-negara Komanwel seperti Britain, Singapura, India merupakan pasaran utama barangan

dari Malaysia serta dapat peluang pelaburan daripada negara tersebut. Syarikat-syarikat tempatan juga

mendapat peluang untuk melabur di negara-negara tersebut. Contohnya projek lebuhraya di India telah

ditawarkan kepada syarikat Malaysia Hal ini dapat membantu majukan ekonomi negara.Khasnya

meningkatkan sumber pendapatan negara serta memberi peluang pekerjaan.

(ii) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)Bank Dunia telah memberikan bantuan bagi menjayakan rancangan FELDA dan membangunkan

prasarana pendidikan dan penyelidikan.Hal ini telah membantu kemasukan pelabur-pelabur asing dan

ini dapat membasmi kemiskinan di luar Bandar dan menyediakan peluang pekerjaan.

(iii) Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)Bank Pembangunan Islam telah memberi pinjaman bagi melaksanakan projek-projek

pembangunan untuk kepentingan rakyat. Negara-negara Islam telah menjadi kawasan pasaran baru untuk negara kita. Selain itu mereka juga telah melabur di negara kita seperti membuka cawangan bank

seperti Bank Kuawait.Negara kita juga telah menjadi pilihan utama kepada pelancong-pelancong dari

negara-negara Islam.

(iii) ASEANASEAN telah menjadi rakan perdagangan utama dalam import dan eksport barangan Malaysia

seperti Singapura dan Thailand. Rakyat Malaysia juga mendapat peluang pekerjaan di negara-negara

Group 123SejSPM

Page 18: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

18

ASEAN seperti Singapura. Ini dapat meningkatkan pendapatan individu , negara dan kemasukan wang asing. Negara kita juga telah menjadi tumpuan utama tenaga buruh dari negara-negara jiran seperti dari

Indonesia dalam sektor pembinaan. Hal ini dapat membantu meningkatkan pembangunan negara.

Kerjasama dengan negara jiran turut dapat memajukan sektor perindustrian negara. Contohnya projek

Baja Urea di Bintulu Sarawak. Ini dapat membangunkan kawasan persekitaran Bintulu yang Berjaya

meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan.

(iv) Dasar Pandang TimurHubungan baik antara Malaysia dengan Jepun dan Korea Selatan membawa kepada

perkongsian kepakaran dan pemindahan teknologi yang menguntungkan negara kita. Contohnya dalam

bidang automobil kereta nasional negara kita menggunakan enjin Mitsubishi Jepun. Selain itu pekerja

tempatan berpeluang mengikuti latihan kemahiran dan teknikal di Jepun dan Korea Selatan.

(a) Faedah SosialHubungan baik Malaysia dengan negara-negara luar telah memberi sumbangan kepada bidang

pendidikan. Pelajar-pelajar dari Malaysia diberi peluang untuk belajar di negara-negara seperti Jepun,

Britain, Australia.Hal ini dapat melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing peringkat antarabangsa.

Selain itu pelajar-pelajar luar negara seperti Nigeria dan Arab melanjutkan pelajaran di negara kita. Ini

turut meningkatkan ekonomi negara kita. Universiti terkenal di dunia seperti Monash, Nottingham telah

membuka cawangan di negara kita. Ini telah memberikan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk

tempatan. Kini Malaysia telah menjadi hab pendidikan yang terkenal di dunia.Seterusnya keadaan ini

mengurangkan pelajar kita melanjutkan pelajaran ke luar negara dan menjimatkan pengaliran keluar

wang negara serta mengurangkan beban kewangan keluarga mereka.

Seterusnya Malaysia juga berpeluang menganjurkan sukan pada peringkat antarabangsa.

Contohnya pada tahun 1998 Malaysia telah menganjurkan Sukan Komanwel. Malaysia telah menjadi tuan

rumah untuk Hoki Piala Dunia. Malaysia juga menjadi tuan rumah Piala Thomas dan Piala Uber bagi

permainan badminton. Selain itu juga menjadi tuan rumah Sukan Sea beberapa kali. Semua ini telah

mengharumkan nama negara peringkat antarabangsa.

Peranan Malaysia dalam pertubuhan peringkat antarabangsaCatatan : Isi bergantung pada markah

(a) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB)Melalui PBB Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa. Contohnya sejak tahun 1960,

Malaysia telah dipilihmenyertai pasukan pengaman di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan

perang saudara di Congo dan pada tahun 1990 an, Malaysia juga telah menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menghantar pengaman ke Bosnia. Selain itu,

Group 123SejSPM

Page 19: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

19

Malaysia juga lantang bersuara di PBB dalam menentang dasar apartheid di Afrika Selatan dan

menyarankan Benua Antartika menjadi warisan dunia yang diletakkan di bawah hak milik bersama.

Seterusnya, melalui PBB Malaysia telah mengadakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di

bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu atau UNESCO. Di samping

itu,Malaysia juga telah berkerjasama dan menyertai beberapa agensi di bawahPBB.Contohnya

kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan di bawah agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian

(FAO).

(b) Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC)Seterusnya, Malaysia juga memainkan peranan penting dalam memelihara keamanan dan

kedaulatan duniamelalui penganjuran persidangan menentang pengganas dalam kalangan negara

Islam melalui OIC pada tahun 2002. Malaysia juga berpendirian tegas dalam mendesak PBB

menjalankan usaha menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa

tentang Palestin di Kuala Lumpur. Tawaran biasiswa juga diberikan kepada para pelajar dari negara OIC

untuk belajar di Universiti Islam Antrabangsa Malaysia (UIAM). Seterusnya peranan Malaysia membantu negara-negara lain misalnya, memberikan bantuan kepada negara-negara Islam yang menghadapi

masalah seperti menghantar pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan. kewangan juga

diberikan kepada negara-negara Islam yang kurang maju seperti Sudan, Nigeria dan Chad. Sementara

itu, peranan Malaysia dalam OIC ialah Malaysia mengesyorkan penggunaan dinaremas di kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain.

(c) KomanwelDalam bidang pendidikan. Malaysia telah bekerjasama dengan negara-negara Komanwel

dengan menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan melalui Rancangan Colombo. Kerjasama dalam bidang sukan telah dicapai melalui penganjuran sukan Komanwel yang

bertujuan mengeratkan hubungan di kalangan negara anggota misalnya Malaysia telah menjadi tuan rumah untuk sukan pada tahun 1998.

Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) telah diadakan di KL pada 1989. Melalui

mesyuarat ini Deklarasi Langkawi telah diisytiharkan dalam mengawal masalah pencemaran. Selain itu

eksport Malaysia ke Britain dikenakan cukai yang rendah.

(d) Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)Malaysia juga telah mengadakan kerjasama ekonomi dengan negara anggota Pergerakan

Negara-Negara Berkecuali (NAM).Malah, Malaysia telah membuat beberapa usul bagi membela

kepentingan negara-negara sedang membangun. Malaysia juga telah menjadi tuan rumah yang ke-13

pada tahun 2013. Dalam siding kemuncak NAM ini Berjaya mencatatkan penyertaab tertinggi iaitu 63

buah negara. Selain itu Berjaya mendaftarakan du negara anggota baru iaitu Timur Leste dan Pulau

Catalina.

Group 123SejSPM

Page 20: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

20

(e) Negara-Negara SelatanMelalui kerjasama Malaysia dengan Negara-Negara Selatan,dapatmengatasi masalah harga

ekspot bahan –bahan mentah serta meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal di kalangan

negara anggota tanpa bergantung kepada negara-negara maju.Contohnya penubuhan Pusat Pertukaran

Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC) di Kuala Lumpur dan penubuhan Sistem

Keistimewaan Perdagangan Global (GSTP) serta penubuhan kemudahan kredit dan mekanisme

kewangan pembiayaan perdagangan.

SOALAN 5

Sejauh manakah dasar luar yang telah diamalkan oleh pemimpin-pemimpin negara mencapai matlamat yang diharapkan?

Catatan : Isi bergantung pada markah

(a) Menjamin keselamatan dan kedaulatan negaraMelalui dasar berkecuali, Malaysia berbaik-baik dengan semua negara samaada negara-negara

kapitalis atau negara-negara komunis.Hal ini membuktikan Malaysia tiada permusuhan dengan mana-

mana negara. Segala masalah dapat diselesaikan melalui rundingan dan diplomasi.

Berbaik-baik dengan negara Komanwel seperti Britain, Australia, Kanada dapat bantuan menghadapi

ancaman Komunis khasnya dari Parti Komunis Malaya. Selain itu berjaya mengatasi Konfrantasi

Indonesia dan bantu menyelesaikan isu pembentukan Malaysia.

Melalui pertubuhan ASEAN, konsep ZOPFAN berjaya mewujudkan kestabilan dan keamanan di

rantau ini termasuk di negara kita. Hal ini kerana negara-negara ASEAN berikrar tidak bersekongkol

mana-mana blok dunia atau kuasa besar.ASEAN juga telah mengisytiharkan kawasan Asia Tenggara

bebas senjata nuclear.

Kerjasama dengan negara-negara serantau seperti dengan Indonesia dan Filipina dapat

membanteras ancaman keganasan merentasi sempadan seperti ancaman Daeish di Asia Tenggara.

Selain itu Ancaman kumpulan militan Abu Sayaff dari Selatan Filipina juga dapat dibendung di perariran

Sabah. Hal ini kerana adanya kerjasama dengan Filipina. Seterusnya Filipina telah membantu Malaysia

dalam menghadapi pencerobohan Sulu di Lahad Datu Sabah.

(b) Kemajuan ekonomiHubungan baik-baik dengan negara luar berjaya menarik pelaburan asing. Contohnya ramai

pelabur dari China dan Singapura melabur dalam Projek Iskandar di Johor. Banyak syarikat-syarikat dari

Amerika Syarikat dan Jepun telah menanam modal yang besar di negara kita. Contohnya Syarikat Intel

dan Western Digital dari Amerika Syarikat. Hal ini dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan serta

Group 123SejSPM

Page 21: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

21

menambahkan pendapatan negara.Selain itu dapat membangunkan kemudahan infrastruktur seperti jalan

raya, elektrik dan ais. Contohnya di kawasan Bayan Lepas di Pulau Pinang.

Melalui dasar negara yang liberal, kita dapat membawa masuk tenaga kerja separa mahir dan

tidak mahir dari luar. Ini dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja di negara kita hari

ini.Contohnya tenaga kerja dari Indonesia memberi sumbangan membangunkan sektor pembinaan dan

perladangan.

Selain itu kemasukan tenaga kerja mahir dan professional dari negara luar dapat membantu

kemajuan sektor perkhidmatan. Contohnya pakar-pakar IT dari India dan jurutera dari Jepun dan Korea

Selatan.Seterusnya tenaga kerja mahir seperti jururawat dari negara kita mendapat peluang pekerjaan di

Timur Tengah dengan gaji yang lumayan. Selain itu banyak pekerja kita bekerja di Singapura. Hal ini

dapat membawa kepada pengaliran masuk wang asing ke negara kita.

(c) Warga global yang bertanggungjawab(i) Bantuan Kemanusiaan

Malaysia menghantar bantuan makanan, pakaian, ubat-ubatan kepada negara yang menghadapi

ancaman peperangan dan bencana alam. Contohnya gempa bumi di Iran serta bencana tsunami di

Acheh Indonesia. Seterusnya melalui Pasukan MERCY Malaysia menghantar bantuan kepada rakyat

Palestin.

(ii) Misi KeamananSelain itu Malaysia berperanan menjaga keamanan dunia dengan melibatkan diri dalam misi-

misi keamanan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Contohnya Malaysia telah menghantar

tentera pengaman, pendamai ke Congo, Bosnia, Somalia, Sierra Leone, Namibia dan Kampuchea. Ini

membuktikan Malaysia memainkan peranan penting dalam menyelesaikan konflik antarabangsa.

Seterusnya Malaysia amat peka dengan isu keamanan di Asia Barat. Hal ini kerana Israel menceroh

tanah air Palestin yang menyebabkan pengorbanan nyawa dan harta benda di negara tersebut. Denga ini

Malaysia mendesak PBB menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan Persidangan

Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur

a. Mengapa dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa ?Atau

b. Perubahan pucuk pimpinan negara membawa kepada perubahan dasar luar. Jelaskan.Atau

c. Sebab dasar luar perlu berubahdari semasa ke semasa.Atau

d. Dasar luar Malaysia sentiasa berubah bergantung kepadakepimpinan negara.Atau

e. Mengapa dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut perubahan politik dan ekonomi global ?

Atau

Group 123SejSPM

DASAR LUAR MALAYSIA SENTIASA BERUBAH DAN TIDAK STATIK

Page 22: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

22

f. Apakah rasionalnya Malaysia mengamalkan dasar luar yang sentiasa berubah mengikut perubahan kepimpinan serta perubahan politik dan ekonomi global ?

Catatan : Isi bergantung pada markah

Pada masa pentadbiran Tunku Abdul Rahman, dasar luar adalah pro Barat, tetapi kemudiannya telah berubah semasa pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn. Hal ini kerana , Tunku Abdul Rahman berkiblatkan pemikiran Barat dan banyak menghabiskan masa belajar di Britain.Pendirian Tunku kepada Barat dapa dilihat berlakunya konfrontasi Malaysia-Indonesia, Barat banyak memberikan bantuan kepada Tanah Melayu dalam menjamin keselamatan di rantau ini.

Dasar luar Malaysia berubah kerana keselamatan negara tergugat. Terdapat ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga dalam negara melalui Parti Komunis Malaya. Oleh itu, Malaysia melaksanakan dasar pro Barat bagi mendapatkan bantuanpertahanan daripada Negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand.

Dasar luar Malaysia berubah kepada dasar berkecuali iaitu dasar berbaik-baik dengan semua negara disebabkan kurangnya peranan AMDA dan pergolakan di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan China. Malaysia bergantung kepada British bagi mendapatkan bantuan pertahanan sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana negara

Dasar luar Malaysia berubah untuk memelihara hubungan dengan negara jiran.Sehubungan itu beberapa perjanjian ditandatangani untuk menangani krisis dengan negarajiran. Contohnya konfrontasi dengan Indonesia, terputus hubungan dengan Filipina dan keluarnya Singapura dari Malaysia. Kesannya ASA, MAPHILINDO dan ASEAN ditubuhkan.

Dasar luar Malaysia berubah kepada dasar berkecuali bertujuan untuk mewujudkan hubungan baik dengan semua negara. Konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)telah diisytiharkan bersama-sama ASEAN untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara, tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat atau blok Timur.

Selain itu, dasar luar sentiasa berubah kerana kepentingan ekonomi negara seperti perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama dalam kalangan negara membangun. Malaysia telah mengadakan hubungan ekonomi dengan negara-negara ASEAN seperti Singapura dan Thailand. Keadaan ini telah meningkatkan nilai dagangan negara kita. Hal ini kerana,Malaysia mengamalkan pasaran bebas dengan membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amarika Syarikat,Jepun dan Singapura bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain dan mencari pasaran baru.

Semasa kepimpinan Dato’ Seri Dr Mahathir Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan Malaysia. Perubahan ini menarik para pelabur dari negara berkenaan yang membawa kepada perkembangan ekonomi Malaysia. Kesannya telah membawa kepada budaya kerja yang beretika dan efisien

Perubahan dasar luar Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara lain seperti dengan Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Melalui misi perdagangan ini, Malaysia telah menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak dan dapat menjalinkan perdagangan dengan negara maju serta negara dunia

Group 123SejSPM

Page 23: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

23

ketiga.Kesimpulannya Perubahan ini dapat memantapkan ekonomi negara Malaysia.

Kepentingan dasar luar Malaysia

a) Jelaskan kepentingan dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia demi menjamin kestabilan dan kemakmuran negara.

Ataub) Jelaskan kepentingan dasar luar Malaysia dalam meningkatkan ketamadunan bangsa

dan negara.Atau

c) Kepentingan menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain

Catatan : Isi bergantung pada markah

Kepentingan dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia ialah kestabilan politik negara dapat dikekalkan dimana hubungan diplomatik dengan negara luar dapat diperkukuhkan . Secara tidak langsung persefahaman dapat dipupuk.Contohnya hubungan diplomatik yang terjalin antara Malaysia dengan kerajaan China sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga kini telah mengukuhkan hubungan baik antara kedua-dua buah negara tersebut. Tegasnya, dasar luar negara mampu memantapkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara lain.

Keadaan yang aman juga akan menarik pelabur-pelabur asing datang ke negara kita dan dapat menjamin keselamatan perairan negara. Keadaan aman dalam negara akan menjamin keselamatan rakyat dan negara. Selain itu, dengan pertambahan kemasukan pelabur asing, ekonomi negara akan berkembang pesat dan seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Keadaan ini juga turut merangsang kemasukan tenaga kerja dari luar yang diperlukan untuk mempercepatkan pembinaan projek-projek mega seperti pembinaan Menara Berkembar Petronas. Selain itu, syarikat-syarikat tempatan juga dapat membuat pelaburan di negara-negara Dunia Ketiga, seperti yang dilakukan Petronas di Vietnam.

Dasar luar negara juga penting untuk kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Hubungan

yang erat dengan negara-negara maju memudahkan pemindahan teknologi moden ke dalam negara.

Kemajuan dalam bidang teknologi diperlukan dalam pembinaan LRT/MRT, empangan hidro elektrik dan

sebagainya. Kemajuan teknologi yang dimiliki oleh Kereta api Tanah Melayu mendapat kepercayaan

Arab Saudi sehingga diberi peluang untuk mengendalikan sebahagian perkhidmatan kereta api di sana.

Dasar luar negara juga penting untuk mengekalkan kedaulatan negara dengan cara berbaik-

baik dengan semua negara . Hal ini dapat mengelakkan pertelingkahan yang berlaku dengan negara-

negara jiran. Segala konflik dengan negara jiran dapat diselesaikan melalui rundingan atau melalui

Mahkamah Antarabangsa contoh isu Pulau Batu Putih (konflik antara Malaysia dan Singapura)

Malaysia telah mendapat banyak faedah atau manfaat daripada dasar luarnya. Antaranya ialah

Malaysia dapat mengekalkan perpaduan kaum sama ada di peringkat serantau mahupun dunia.

Keadaan aman dalam negara akan menjamin keselamatan rakyat dan negara. Contohnya, rakyat

Group 123SejSPM

Page 24: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

24

berbilang kaum dapat menyambut sesuatu perayaan seperti Tahun Bharu Cina, Hari Natal dan Hari

Raya Aidil Fitri dalam suasana yang harmoni. Oleh itu, perpaduan kaum dapat menjamin kehidupan

yang sejahtera.

Selain itu, peluang pekerjaan dapat diwujudkan untuk penduduk tempatan. Contohnya

melalui projek Taman Perindustrian Kuantan dengan Taman Perindustrian Qinzhou China. Malah

syarikat-syarikat tempatan juga membuat pelaburan di negara China dan negara-negara dunia ketiga,

seperti pelaburan syarikat Petronas Malaysia di Vietnam.

Manfaat dalam bidang pendidikan pula, negara kita dapat menjalinkan kerjasama dalam bidang

pendidikan seperti pertukaran pelajar melalui Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN

(SEAMEO). Malaysia juga mendapat faedah menerusi hubungan Malaysia - China melalui penubuhan

cawangan Universiti Xiamen di Selangor. Malah negara kita juga berpeluang menjalin kerjasama dalam

bidang kebudayaan dan keseniaan.

Melalui dasar luar negara juga, negara kita dapat menerima kerjasama dalam bentuk latihan dan penyelidikan

Dasar berbaik-baik / Dasar berkecuali yang diamalkan oleh Malaysia

Mengapakah Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik / dasar berkecuali dengan semua negara?

Catatan : Isi bergantung pada markah

Antara sebab Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara adalah untuk mengekalkan kestabilan politik negara. Keadaan aman dalam negara akan menjamin keselamatan rakyat dan negara. Contohnya, Malaysia berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi. Oleh itu, dasar berbaik-baik dengan semua negara akan dapat memperkukuh hubungan diplomatik dan persefahaman dengan negara luar.

Malaysia juga berbaik-baik dengan negara serantau untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara serantau. Dengan menjadi negara anggota ASEAN. Malaysia dapat mengekalkan kestabilan politiknya. Contohnya melalui konsep zon aman, bebas dan berkecuali (ZOFPAN). Aktiviti perdagangan dua hala juga dapat dijalankan dengan negara anggota ASEAN. Oleh itu, dasar berbaik-baik dengan negara lain mampu memelihara hubungan baik antara Malaysia dengan negara anggota ASEAN.

Keadaan yang aman juga dapat menarik pelabur-pelabur asing datang ke negara kita. Dengan pertambahan kemasukan pelabur asing, ekonomi negara akan berkembang pesat dan seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Keadaan ini turut merangsang kemasukan tenaga kerja dari luar yang diperlukan untuk mempercepat pembinaan projek-projek mega

Group 123SejSPM

Page 25: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

25

seperti pembinaan Monorel dan Jambatan kedua Pulau Pinang. Pendek kata, dasar berbaik-baik dengan negara lain akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelabur asing.

Dalam bidang sosial pula, dasar berbaik-baik dengan semua negara ini dapat membantu mengekalkan keamanan dunia. Melalui penglibatan dalam pertubuhan antarabangsa, Malaysia telah bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kuContohnya dengan menyertai pertubuhan dunia seperti PBB,Komanwel, NAM dan OIC. Oleh itu, Malaysia mampu memberikan sumbangan ke arah mengekalkan keamanan sejagat.

Dasar berbaik-baik dengan semua negara juga penting untuk kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Hubungan erat dengan negara-negara maju memudahkan pemindahan teknologi moden ke dalam negara. Kemajuan dalam bidang teknologi diperlukan contohnya dalam pembinaan empangan hidro elektrik di Bakun. Oleh itu, perkongsian ilmu dan kepakaran dalam bidang sains dan teknologi dengan negara lain telah membantu memajukan negara Malaysia.

Selain itu juga, dasar berbaik-baik dengan negara lain telah berjaya mengukuhkan perpaduan masyarakat antarabangsa dengan mewujudkan masyarakat yang saling menyayangi, menghargai antara satu sama lain dan seterusnya menolak prasangka buruk dalam kalangan semua negara. Contohnya, masyararakat antarabangsa bersatu padu dalam menjayakan sukan bertaraf antarabangsa seperti Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Oleh itu, dasar berbaik-baik dengan negara lain ternyata mampu menyatupadukan masyarakat seantero dunia melalui pelbagai aktiviti sukan.

Kesan sekiranya dasar luar negara tidak mantap ?

Catatan : Isi bergantung pada markah

Jika dasar luar negara tidak mantap ia akan mempengaruhi ekonomi negara kita. Misalnya,

eksport negara akan berkurangan. Ini adalah kerana secara hubungan dengan negara lain akan

terbatas atau terhad. Ekonomi negara juga merosot dan ini menyebabkan pendapatan negara merosot.

Kita juga akan menghadapi masalah kemasukan pelabur asing ke negara kita. Kemasukan

pelabur luar yang terhad akan menyebabkan peluang pekerjaan semakin berkurangan dan taraf hidup

rakyat merosot. Secara tidak langsung, ekonomi negara akan terjejas dan mempengaruhi pembangunan

negara Malaysia. Imej negara juga akan terjejas di mata dunia..

Politik negara menjadi tidak stabil dan kedaulatan negara akan terancam. Dasar luar yang tidak

mantap akan mendedahkan negara kita kepada serangan dan konflik dari negara lain. Imej negara juga

akan tergugat kerana kegiatan jenayah merentas sempadan akan meningkat tanpa dapat dikawal seperti

yang kita amalkan sekarang.

Dasar luar yang tidak mantap juga akan membataskan kerjasama antara negara dalam semua

aspek terutamanya keselamatan. Usaha menangani keganasan global seperti ancaman Daesh dan IS

akan menjadi sukar kerana kurangnya kerjasama antara negara.

Group 123SejSPM

Page 26: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

26

Cara dasar luar Negara dapat memantapkan perpaduan masyarakat antarabangsa

Catatan : Isi bergantung pada markah

Dasar-dasar luar Malaysia telah dapat mengukuhkan perpaduan masyarakat antarabangsa.

Perkara ini berlaku kerana masyarakat Negara kita amat kukuh mengamalkan semangat tolong

menolong dengan negara luar tanpa mengira sempadan kaum,agama,ideologi dan juga sempadan

politik.

Perpaduan ini jelas terbukti ketika bencana alam yang berlaku seperti Tsunami di Acheh dan

gempa bumi di Jepun. Negara kita telah menghantar bantuan perubatan, bantuan kewangan, bantuan

menyelamat serta bantuan barangan makanan dan minuman kepada semua mangsa.

Dasar luar Malaysia juga mengutamakan perpaduan, Ini dibuktikan Malaysia pernah menjadi

perantaraan menyelesaikan krisis perang Iran-Iraq,krisis selatan Filipina dan sebagainya.

Disamping itu juga bagi mewujudkan perpaduan dan keamanan dunia,Malaysia memainkan

peranan yang penting dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin mendapatkan semula tanah air

mereka daripada Israel mengikut lunas- lunas yang terkandung dalam piagam Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu(PBB) sehingga hari ini.

Dasar luar Malaysia yang mengutamakan perpaduan masyarakat antarabangsa dapat dibuktikan

dengan dasar luar kita yang mengutamakan keamanan dunia melalui keanggotaan Malaysia dalam

Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM) yang menekankan prinsip zon aman,bebas dan

berkecuali,malah mengutamakan perundingan dan perbincangan secara aman.

Keberkesanan dasar luar kita yang mantap dapat dibuktikan dengan penyertaan tentera kita

dibawah panji-panji PBB dengan menghantar tentera pengaman di Bosnia dan juga Lubnan.Penyertaan

tentera kita diperingkat antarabangsa ini mendapat penghormatan dari negara-negara lain.

Selain itu juga dengan adanya dasar luar Malaysia ia berjaya mengukuhkan perpaduan

masyarakat antarabangsa dengan mewujudkan masyarakat yang saling menyayangi,menghargai antara

satu sama dan seterusnya menolak prasangka buruk dikalangan semua negara.

Group 123SejSPM

Page 27: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

27

Kewajaran jalinan hubungan baik dengan negara luar

Catatan : Isi bergantung pada markah

Malaysia wajar menjalin hubungan baik dengan negara luar untuk mengekalkan kestabilan politik negara. Keadaan aman dalam negara akan menjamin keselamatan rakyat dan negara. Contohnya,

Malaysia berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi. Oleh itu, dasar berbaik-baik

dengan semua negara akan dapat memperkukuh hubungan diplomatik dan persefahaman dengan

negara luar.

Malaysia juga perlu mengadakan hubungan baik dengan negara luar untuk mengekalkan hubungan baik dengan semua negara. Contohnya, dengan menjadi negara anggota ASEAN. Malaysia

dapat mengekalkan kestabilan politiknya melalui konsep zon aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN)

yang diperkenalkan. Aktiviti perdagangan dua hala juga dapat dijalankan dengan negara anggota

ASEAN. Oleh itu, dasar berbaik-baik dengan negara lain mampu memelihara hubungan baik antara

Malaysia dengan negara anggota ASEAN.

Dengan menjalinkan hubungan baik dengan negara luar Malaysia dapat membangunkan ekonominya dengan sempurna. Barangan komuniti dapat dipasarkan ke Negara barat dan ke Negara

Asia dengan mudah dan selamat. Misalnya, Kereta Proton Saga keluaran Malaysia dapat dipasarkan ke

negara Republik China. Dengan ini, pendapatan Negara akan meningkat.

Hubungan yang baik dengan Negara luar juga menjadikan Malaysia mudah dikunjungi ramai pelancong. Hal ini mendorong pertukaran mata wang asing semakin meningkat, Seterusnya dapat

menjana ekonomi Negara. Misalnya melalui keanggotaan Malaysia dalam ASEAN, Malaysia telah

memperkenalkan tahun melawat Malaysia kepada seluruh negara di Asia Tenggara. Peluang pekerjaan

dalam industri pelancongan juga turut meningkat dan membantu meningkatkan taraf hidup rakyat.

Melalui hubungan yang baik dengan Negara luar juga dapat menarik pelabur-pelabur asing datang ke negara kita. Dengan pertambahan kemasukan pelabur asing, ekonomi negara akan

berkembang pesat. Keadaan ini turut merangsang kemasukan tenaga kerja dari luar yang diperlukan

untuk mempercepat pembinaan projek-projek mega seperti pembinaan Monorel dan Jambatan kedua

Pulau Pinang. Pendek kata, dasar berbaik-baik dengan negara lain akan menjadikan Malaysia sebagai

destinasi utama pelabur asing.

Selain itu, hubungan yang baik dengan Negara luar turut membantu perkembangan dalam

bidang sosial negara seperti pendidikan. Misalnya melalui hubungan Malaysia dalam Pertubuhan

Negara Islam (OIC), Malaysia telah dapat membina Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk

memberi peluang kepada semua pelajar Islam di dunia supaya dapat menyambungkan pengajian ke

peringkat yang lebih tinggi. Dengan itu, pelajar di negara Islam yang miskin seperti sudan dan Nigeria

dapat meneruskan pengajian mereka untuk menuntut imu.

Group 123SejSPM

Page 28: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

28

Menjalinkan hubungan yang baik dengan Negara luar juga penting untuk kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Hubungan erat dengan negara-negara maju memudahkan pemindahan

teknologi moden ke dalam negara. Kemajuan dalam bidang teknologi diperlukan contohnya dalam

pembinaan empangan hidro elektrik di Bakun. Oleh itu, perkongsian ilmu dan kepakaran dalam bidang

sains dan teknologi dengan negara lain telah membantu memajukan negara Malaysia.

Hubungan yang baik dengan Negara luar juga dapat membantu mengekalkan keamanan dunia.

Melalui penglibatan dalam pertubuhan antarabangsa, Malaysia telah bekerjasama dalam menyelesaikan

masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.

Contohnya dengan menyertai pertubuhan dunia seperti PBB,Komanwel, NAM dan OIC. Oleh itu,

Malaysia mampu memberikan sumbangan ke arah mengekalkan keamanan sejagat.

Disamping itu juga, hubungan yang baik dengan Negara luar telah berjaya mengukuhkan perpaduan masyarakat antarabangsa dengan mewujudkan masyarakat yang saling menyayangi,

menghargai antara satu sama lain dan seterusnya menolak prasangka buruk dalam kalangan semua

negara. Contohnya, masyararakat antarabangsa bersatu padu dalam menjayakan sukan bertaraf

antarabangsa seperti Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Oleh itu, dasar berbaik-baik dengan negara

lain ternyata mampu menyatupadukan masyarakat seantero dunia melalui pelbagai aktiviti sukan.

Selepas merdeka, dasar luar Malaysia berjaya menaikkan nama negara dipersada dunia.Bincangkan Atau

Dasar luar negara berjaya mengetengahkan isu-isu antarabangsa. Jelaskan

Catatan : Isi bergantung pada markah

(a).Memperjuangkan Isu PalestinMenyokong Palestin untuk mendapatkan semula tanah air. Hal ini kerana Israel menceroboh dan

menduduki tanah milik rakyat Palestin.Ini telah menggugat kedaulatan Palestin. Pendirian Malaysia

adalah menyokong pemeliharaan kedaulatan sesebuah negara. Dengan ini Malaysia menegaskan isu ini

dalam PBB dan OIC. Serta telah mengadakan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala

Lumpur.

(b).Membela hak asasi manusiMenentang dasar Aparteid di Afrika Selatan kerana Malaysia mempunyai pelbagai kaum,

maka Malaysia bersuara lantang di PBB dan NAM untuk menentang dasar ini. Hal ini kerana Afrika

Selatan tidak menghormati hak asasi manusia dengan membezakan taraf hidup manusia berdasarkan

warna kulit.Ini membuktikan Malaysia komited dalam menjaga hak asasi manusia.

Mengutuk penindasan kaum Serb terhadap rakyat Bosnia.Malaysia mengutuk penindasan

kaum Serb yang ingin membuat penghapusan etnik terhadap rakyat Bosnia di PBB

Group 123SejSPM

Page 29: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

29

Isu Rohinya di Myanmar .Malaysia mengutuk penindasan kerajaan Myanmar ke atas rakyat

Rohinya yang menafikan hak mereka sebagai rakyat Myanmar dan menjadikan mereka sebagai pelarian.

Malaysia memberi perlindungan politik kepada mereka

Malaysia bersama-sama Ireland telah mengutuk China Komunis kerana mencabuli hak asasi

penduduk Tibet.

Malaysia turut menyelesaikan masalah pelarian Vietnam dengan memberikan perlindungan

politik di negara kita.

Gejala Penyalahgunaan Dadah. Malaysia berpendirian teguh terhadap usaha-usaha memerangi

gejala penyalahgunaan dadah. Hasil daripada usaha ini, satu persidangan antarabangsa di adakan di

Vienna Austria pada 1987. Ekoran ini Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Dr.Mahathir Mohammad

dilantik sebagai Yang DiPertua persidangan tersebut.

Memperjuangkan isu Benua Antartika.Malaysia menyarankan agar benua Antartika menjadi

warisan dunia yang diletakkan di bawah hak milik semua negara.Ini membuktikan Malaysia membela

nasib semua negara.

Isu Alam Sekitar.Melalui Deklarasi Langkawi dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel

di Kula Lumpur, Malaysia telah mengetengahkan isu alam sekitar iaitu perlu mengawal pencemaran. Ini

membuktikan Malaysia peka kepada kesejahteraan dan keselesaan kehidupan sejagat.

Penyertaan Malaysia Dalam Pasukan Pengaman PBB.Sejak tahun 1960 Malaysia dipilih untuk

menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan perang saudara di Congo.

Seterusnya pada tahun 1989 Malaysia mewakili pasukan pendamai PBB ke Namibia untuk membantu

negara itu mencapai kemerdekaan. Selain itu pada tahun 1990-an, Malaysia menghantar pemerhati ke

sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.

Peranan sebagai orang tengah menyelesaikan konflik antarabangsa Konflik Pulau Minadanao, Selatan Filipina.Misi diplomasi Malaysia di Pulau Mindanao berakhir

dengan termeterainya proses damai antara bangsa moro dengan kerajaan Filipina pada 27 Mac 2014.

Bantuan Kemanusiaan.Malaysia menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan, pakaian,

ubat-ubatan di bawah MERCY Malaysia ke Palestin, Acheh, Iran, Pakistan dan sebagainya.

Group 123SejSPM

Page 30: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

30

SOALAN 6

Jelaskan cabaran dan langkah Malaysia dalam meningkatkan keberkesanan hubungan dengan negara luar pada era globalisasi hari ini AtauApakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam hubungan serantau dan antarahangsa serta langkah mengatasinya. AtauSebagai sebuah negara membangun, Malaysia sering menghadapi pelbagai tekanan daripada masyarakat antarabangsa. Bagaimanakah Malaysia menangani tekanan tersebut?

Catatan : Isi bergantung pada markah

CABARAN DAN LANGKAH 1

Cabaran pertama adalah dalam bidang penguatkuasaan misalnya nelayan Thailand sering menceroboh kawasan perairan Malaysia.Tindakan Imigresen terhadap mereka yang

ditangkap dan pelupusan kapal secara “bakar” sering menimbulkan kemelut antara kedua-dua negara.

Masalah tindakan undang-undang terhadap pendatang haram dari Indonesia dan kes penganiayaan pembantu rumah warga Indonesia oleh majikan Malaysia hampir-hampir

memusnahkan hubungan baik yang telah lama terjalin .Cabaran menangani masalan kebergantungan

kepada pekerja asing.Keadaan ini menyebabkan kebanjiran tenaga kerja asing dari Indonesia dan

Bangladesh.Kesannya peluang untuk rakyat tempatan terhad.

Langkah pertama ialah dengan kerjasama pasukan keselamatan contohnya rondaan

bersama antara pasukan maritim Malaysia dengan Indonesia telah banyak mengurangkan kebanjiran

pendatang tanpa izin ke negara ini.Begitu juga bantuan ketenteraan Filipina dalam peristiwa pengganas

Sulu di Lahad Datu beberapa tahun yang lalu turut mengeratkan lagi hubungan kedua-dua

negara.Jelaslah, kerjasama dan penyelesaian krisis antara negara melalui rundingan telah dapat

mengekalkan keamanan global tanpa perselisihan faham semua negara

CABARAN DAN LANGKAH 2

Cabaran kedua ialah jenayah merentasi sempadan.Contohnya penyalahgunaan

dadah.Pengedar dadah menjadikan Malaysia sebagai negara transit dan ada dalam kalangan rakyat

Malaysia yang menjadi keldai dadah.

Langkah kedua ialah kerajaan perlu mengadakan kawalan ketat di pintu-pintu masuk negara serta mengenakan hukuman yang ketat kepada pesalah.Selain itu Malaysia juga mengukuhkan

kerjasama dengan pihak berkuasa negara-negara lain agar masalah ini dapat di atasi tanpa menjejaskan

hubungan dua hala tersebut.

Group 123SejSPM

Page 31: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

31

CABARAN DAN LANGKAH 3

Cabaran ketiga , Isu perebutan wilayah yang masih belum selesai misalnya Pulau Terumbu Peninjau dan Pulau Terumbu Siput dengan Filipina turut menjadi faktor pengancam kepada hubungan baik antara kedua-dua negara. cabaran untuk mengekalkan hak negara. Isu persempadanan yang menjadi rebutan antara negara menyebabkan hubungan menjadi renggang.Contohnya isu Pulau Spratly.

Langkah ketiga ialah negara-negara yang terlibat hendaklah mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) .Ini menyebabkan keamanan berjaya diwujudkan

CABARAN DAN LANGKAH 4

Cabaran keempat Malaysia juga menghadapi cabaran untuk mengekalkan kemajuan ekonomi kerana berlaku kejatuhan nilai mata wang Malaysia.Ini menyebabkan Malaysia tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa.

Langkah keempat adalah Malaysia menambah baik kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial dan politik antara negara.Kerjasama perdagangan Malaysia dengan China yang tidak terhenti telah mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negara disebalik beberapa krisis yang agak besar.Dari sudut sejarah,keberanian Tun Abdul Razak menjalin hubungan diplomatik ketika negara itu dipinggirkan dunia kerana ideologi komunisnya. Tindakan Tun Abdul Razak ternyata membuka lembaran baru dalam hubungan diplomatik China dengan negara-negara di rantau Asia Tenggara.

Selepas Malaysia, anggota lain Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) turut mengambil langkah serupa.Ini membuktukan dasar keterbukaan Malaysia dengan semua negara.

CABARAN DAN LANGKAH 5

Cabaran kelima Malaysia menghadapi cabaran dalam menangani masalan kebergantungan kepada pekerja asing.Keadaan ini menyebabkan kebanjiran tenaga kerja asing dan peluang untuk rakyat tempat terhad.

Langkah kelima ialah Penguatkuasaan undang-undang yang ketat oleh pihak berkuasa supaya kedatangan dan kebergantungan kepada pekerja asing dapat di kawal.Pihak kerajaan dan majikan perlu mengutamakan rakyat Malaysia untuk memenuhi sektor pekerjaan.

CABARAN DAN LANGKAH 6

Cabaran keenam untuk mengekalkan hubungan dengan serantau seperti Indonesia, Filipina, Thailand seperti isu pemerdagangan manusia, pencerobohan di Lahad Datu dan pelarian Rohingya

Langkah keenam ialah Malaysia perlu sentiasa mengekalkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara luar dengan mengamalkan prinsip rundingan, keterbukaan dan kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.Prinsip rundingan dan dasar keterbukaan yang diamalkan bermula pada masa Pakatan Murni sehingga kini telah telah banyak mewujudkan keamanan serta kesejahteraan negara kita.Rundingan positif misalnya isu perebutan wilayah sehingga ke mahkamah antarabangsa telah mengekalkan hubungan baik antara negara tanpa melibatkan krisis persenjataan. Malaysia tetap mengutamakan semangat setiakawan dalam sebarang tragedi yang menimpa negara sahabat misalnya menyumbang bantuan kemanusiaan dalam peristiwa Tsunami di Acheh.

Group 123SejSPM

Page 32: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

32

Kesimpulannya, setiap cabaran dapat diatasi sekiranya semua pihak memainkan peranan semaksimum mungkin dan menyuarakan pelbagai cadangan-cadangan yang membina sehingga mampu melahirkan sebuah Negara Malaysia yang disegani diperingkat global

Sebab dasar luar Malaysia berubah dari masa ke semasa

Catatan : Isi bergantung pada markah

(i) Perubahan kepimpinanPerubahan ini kerana mengikut dasar seseorang pemimpin ketika itu. Contohnya Tunku Abdul

Rahman pro Barat dan anti Komunis. Hal ini kerana Malaysia menghadapi ancaman Parti Komunis

Malaya yang memerlukan bantuan negara Komanwel seperti Britain dan Australia.

Ketika Tun Abdul Razak pula mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.

Malaysia mula mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis seperti Vietnam dan

China.

Ketika Dr.Mahathir Mohammad pula penekanan kepada kepentingan ekonomi dalam bentuk

dua hala. Beliau memberi penekanan kepada Dasar Pandang Timur iaitu Jepun dan Korea Selatan

memainkan peranan dalam kemajuan ekonomi negara dengan kemasukan modal dan kepakaran

teknologi.

Perdana Menteri Dato seri Najib Tun Razak meneruskan dasar-dasar pemimpin terdahulu

seperti mementingkan kerjasama ekonomi antara negara-negara ASEAN dengan mengadakan

Persidangan Ketua-Ketua Negara ASEAN (ASEAN SUMMIT). Beliau menjalinkan hubungan duahala

dengan rakan-rakan dagangan seperti China, Jepun dan Singapura.

(ii) Kepentingan EkonomiTunku Abdul Rahman telah mengadakan hubungan erat dengan Britain dan Amerika Syarikat

untuk pemasaran getah dan bijih timah yang menjadi hasil utama negara ketika itu. Selain itu kemasukan

pelaburan dari Britain dan Amerika Syarikat yang menguasai sektor perladangan di negara kita.

Tun Abdul RazakMenjalinkan hubungan ekonomi dengan semua negara samaada komunis atau kapitalis. Mula

menjalinkan hubungan ekonomi dengan China.

Dato Seri Dr.Mahathir bin MohammadMenjalinkan hubungan perdagangan dengan Asia Timur dan Negar-Negara dunia ke-3 seperti

Amerika Selatan dan Afrika. Negara-negaar ini mula menjadi pasaran baru kepada negara kita. Selain itu

kemasukan modal khasnya dari Jepun dan Korea Selatan ke negaar kita.

Group 123SejSPM

Page 33: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

33

Perdana Menteri Dato seri Najib Tun RazakMengutamakan hubungan dua hala dengan negara-negara ASEAN. ASEAN dijadikan pasaran utama

negara kita.Beliau juga meneruskan hubungan perdagangan dua hala dengan negara-negara Asia Timur

iaitu Jepun, Korea Selatan dan China.

SOALAN 7

Apakah usaha untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar?

Catatan : Isi bergantung pada markah

Antara usaha –usaha yang perlu dilakukan untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar ialah mengadakan kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan dengan semua negara.Malaysia juga boleh mengadakan pertukaran teknologi dan kepakaran.Contoh dalam pembinaan LRT / MRT, empangan hidro elektrik dan sebagainya.

Negara kita melakukan kerjasama ekonomi dalam bentuk usaha sama antara syarikat multinasional asing dengan syarikat tempatan.Contonya, projek usaha sama industri automobile antara Mitsubishi Corporation dari Jepun dengan Proton dan Kia Motors dari Korea Selatan dengan NAZA Motors Malaysia

Malaysia juga turut memelihara hubungan politik dan meningkatkan lagi hubungan diplomatik. Malaysia merupakan Negara yang seringkali mengadakan lawatan rasmi ke Negara lain.Contohnya pada tahun 2005 Yang di-Pertuan Agong (Raja) Sirajuddin Perlis Malaysia dan Raja Permaisuri Agong (Permaisuri) Tengku Fauziah Perlis melawat Sweden.

Mengadakan mesyuarat / perbincangan sekiranya ada krisis. Saling mengekalkan persefahaman antara Negara. Mengadakan kerjasama pertahanan contohnya penguatkuasaan Maritim Negara telah berganding bahu dengan Filipina untuk menjayakan Operasi Phillipine-Malaysia (PHIMAL) yang bermatlamat untuk mencegah aktiviti-aktiviti pelanggaran undang-undang maritim di persempadanan perairan Malaysia-Filipina di Laut Sulu. .

Bertukar-tukar pendapat dan pandangan dalam semua isu dan bertindak dengan sebulat suara.Selain itu kita juga turut mengeratkan hubungan serantau dengan ASEAN serta hubungan degan pertubuhan dunia seperti PBB, OIC, Komanwel. Usaha lain dalam mengekalkan hubungan baik ialah menghormati kedaulatan negara lain dengan tidak mencampuri hal ehwal negara tersebut. Contoh di negara yang dilanda peperangan seperti Syria.

Selain itu Malaysia telah memberi bantuan kepada negara yang ditimpa bencana dam mengalami kesusahan. Sebagai contohnya Malaysia telah menyalurkan bantuan kemanusiaan ke bumi Gaza / Palestin.Pemimpin negara telah mengadakan lawatan rasmi ke luar negara bagi membincangkan permasalahan politik atau hubungan perdagangan dua hala

Malaysia juga turut mengadakan rancangan pertukaran televisyen, pertukaran pelajar .Contoh drama Korea, rancangan dari Hollywood, Bollywood dan lain-lain.Usaha lain dalam

Group 123SejSPM

Page 34: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

34

mengekalkan hubungan baik dengan negara luar ialah dengan menganjurkan persidangan / sukan bertaraf antarabangsa. Contoh Sukan Komanwel,

Malaysia juga menganjurkan persidangan menentang pengganas dan mengelakkan persaingan senjata.Negara kita juga tidak mengeluarkan senjata nuklear.Selain itu kita manyanjungi dan menghayati kedaulatan negara lain. Contohnya kita tidak melanggar dan mencerobohi sempadan negara lain. Malahan Malaysia amat mementingkan hak asasi manusia.

Malaysia juga turut bekerjasama dalam perkongsian budaya antara negara.contohnya Malaysia telah menganjurkan Festival Makanan, Kraf Tangan dan Budaya Indonesia buat julung kalinya diadakan di Pulau Pinang dengan matlamat untuk mendedahkah budaya tradisin negara jiran tersebut di Malaysia.

NILAI KEJAYAAN / KEJAYAAN / KEBERKESANAN DASAR LUAR MALAYSIA

Catatan : Isi bergantung pada markah

Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen

yang berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri. Sistem ini mementingkan hubungan baik

antara negara-negara luar di mana ini membawa kepada penggubalan dasar luar daripada sebuah

negara yang anti-komunis kepada negara berkecuali. Situasi ini membolehkan Malaysia menjadi

sebuah negara yang membangun dari sudut ekonomi dan dapat menjadi sebuah negara yang mampu

bersaing dengan negara-negara yang sudah membangun. Pembentukan dasar luar negara

secaradinamis telah memastikan negara terus berjaya dalam pelbagai bidang seperti ekonomi,politik dan

sosial.

Melalui dasar berbaik-baik dengan negara jiran dapat menangani krisis dengannegara –

negara jiran seperti konfrontasi Malaysia dengan Indonesia daripada tahun 1963 –1965 selepas

pembentukkan Malaysia. Negara berjaya menangani krisis tersebut melaluiperjanjian menubuhkan

pertubuhan seperti MAHPHILINDO pada tahun 1962 yangmelibatkan Malaysia, Philipina dan Indonesia.

Seterusnya, melalui sikap dasar berkecuali Malaysia berjaya menyertai pasukanpendamai di

bawah panji-panji PBB untuk menamatkan Perang Saudara di Congo. Hal inimembuktikan kejayaan

negara dalam menyelesaikan konflik antarabangsa. Dengan ini dapat mengharumkan nama baik

mengeratkan hubungan dengan negara – negara lain seperti hubungan diplomatik dengan Vietnam pada

tahun 1976. Pada tahun 1989, Malaysia terpilih sekali lagi mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia

bagi membantu Namibia mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1990-an, Malaysia telah menghantar

pasukan pemerhati bagi meleraikan pergolakan-pergolakan di luar negara seperti Krisis Sempadan Iran-

Iraq dan Kampuchea serta menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.

Selain itu, melalui dasar berbaik-baik dengan semua, Malaysia dapat membangunkan

ekonomi negara. Negara berjaya menarik ramai pelabur asing denganmenjadi ahli Bank Dunia iaitu

Group 123SejSPM

Page 35: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

35

bank antarabangsa yang ditubuhkan oleh PBB pada tahun1945. Malaysia telah menggunakan bantuan

daripada Bank Dunia untuk menjayakan FELDA dan membangunkan prasarana pendidikan dan

penyelidikan. Kerjasama dalam bidang pendidikan dapat dilihat melalui pembinaan RECSAM iaitu Pusat

Serantau Sains dan Matematik.

Cadangkan hala tuju dasar luar Malaysia pada masa depanAtau

Cara untuk memantapkan dasar luar negara pada masa hadapanCatatan : Isi bergantung pada markah

(a) Politik

Memperkukuh hubungan diplomatik

Malaysia perlu mengadakan hubungan yang lebih erat dengan semua negara tanpa mengira ideologi.Selain itu, Malaysia juga tidak boleh selektif dalam mengadakan hubungan bilateral dan multilateral.Ini akan membantu meningkatkan imej negara di persada dunia.Negara kita perlu membuka kedutaan di semua negara tanpa mengira ideologi.

Mengelakkan konflik antarabangsa

Malaysia perlu mengekalkan dasar tidak campur tangan dalam politik negara lain.Contohnya Malaysia tidak memberi sebarang bantuan kepada militan Islam di bahagian selatan Thailand.Malaysia menggunakan pendekatan rundingan dan kerjasama.Selain itu, perlu merujuk PBB dalam mengatasi pertikaian yang melibatkan Malaysia dengan negara luar..Seterusnya, Malaysia juga menghormati keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam isu pertindihan hak ke atas Pulau Batu Putih dengan Singapura. Malaysia juga mengambil sikap tunggu dan lihat keputusan PBB dalam isu tututan hak ke atas Kepulauan Spartly oleh beberapa Asia Tenggara dan China.

Dasar Berkecuali

Dasar berkecuali yang diamalkan oleh Malaysia selama ini juga merupakan satu pendekatan dasar luar yang baik kerana mengadakan hubungan diplomatik dengan semua negara tanpa mengira ideologi.

Ini meningkatkan lagi persefahaman Malaysia dengan negara luar. Pendekatan ini juga membantu negara kita menerima banyak bantuan ekonomi dan kepakaran dari negara lain. Contohnya negara China telah banyak membantu dalam bidang kemasukan pemodalan.

(b)Ekonomi

Perjanjian Memorandum Persefahaman(MOU)

Dalam perhubungan ekonomi pula, Malaysia selalu mengamalkan dasar MOU untuk menarik pelaburan luar negara. Setiap kali apabila pemimipin negara kita membuat lawatan kerja ke negara luar MOU menjadi satu agenda utama untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negara kita. MOU juga membuka peluang kepada pelabur Malaysia untuk mendapatkan peluang pelaburan di negara luar. Melalui cara ini pendapatan negara kita dapat ditingkatkan. Seterusnya peluang pekerjaan kepada penduduk negara kita juga diluaskan.

Group 123SejSPM

Page 36: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

36

Kerjasama perdagangan antarabangsa

Malaysia juga perlu meningkatkan kerjasama perdagangan antarabangsa.Melalui kerjasama ini Malaysia perlu mengamalkan sikap bersaing di peringkat global dengan memperkenalkan syarat-syarat perdagangan yang berpatutan.Kesannya urusan import dan eksport dapat dipermudahkan lagi dan ini akan meningkatkan lagi perdagangan antarabangsa dan pendapatan negara kita.

Dasar Ekonomi Bebas

Malaysia perlu meneruskan dasar ekonomi bebas dengan memberi taraf perintis kepada negara-negara baru yang melabur dalam pelbagai bidang di negara kita. Disamping itu, negara kita perlu mengamalkan pasaran bebas dengan mengurangkan cukai ke atas barang import dan eksport dari negara luar.Kerajaan juga perlu mengurangkan cukai perkhidmatan dan barangan dari negara lain.Seterusnya Malaysia perlu membantu melaksanakan akta AFTA untuk meningkatkan lagi pasaran ekonomi bebas di rantau ini.

(c)Sosial

Mengadakan lawatan

Pemimpin negara kita perlu kerap mengadakan lawatan ke negara lain untuk memantapakan lagi perhubungan dua hala.Pemimpin negara juga boleh menghadiri acara atau sambutan rasmi negara berkenaan. Contohnya sambutan hari kemerdekaan negara lain

Menghantar bantuan kemanusiaan

Bantuan misi kemanusiaan kepada negara yang menghadapi bencana alam atau perang akan mendekatkan lagi perhubungan antara Malaysia dengan negara penerima. Ini akan meletakkan Malaysia di kedudukan yang tinggi di mata dunia.

Ramalkan halatuju dasar luar negara pada masa hadapan

Catatan : Isi bergantung pada markah

Mengutamakan diplomasi dalam mengatasi konflik antarabangsa.Malaysia perlu menjalinkan hubungan diplomatik yang lebih erat dengan semua negara.Selain itu, perlu mengelakkan perlumbaan yang boleh mencetuskan peperangan. Contohnya, Malaysia perlu memperkasakan konsep wasatiyah dan kesederhanaan global.

Bersahabat dengan semua negara tanpa mengira blok .Malaysia perlu berpegang teguh kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.Seterusnya, menghormati kedaulatan negara lain dan menyokong usaha keamanan supaya kesejahteraan dunia berkekalan.Malaysia juga perlu berperanan dalam menghapuskan sistem blok dalam ekonomi seperti Kesatuan Eropah (EU).

Menghulurkan bantuan kepada negara yang memerlukan .Malaysia terus membantu negara-negara miskin seperti Sudan, Somalia.Boleh mendesak negara kaya (G7) supaya membantu membangunkan semula negara miskin. Contohnya, Malaysia boleh mencadangkan dana yang perlu dikeluarkan oleh negara G7 kepada negara miskin melalui PBB.

Menghormati kebebasan beragama. Kebebasan beragama merupakan amalan negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum.Maka Malaysia perlu lantang bersuara terhadap dasar penghapusan etnik dan agama seperti yang berlaku kepada masyarakat Rohingya di Myanmar.Malaysia perlu terus

Group 123SejSPM

Page 37: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

37

menjadi ahli tetap dalam Majlis Keselamatan PBB dan berpendirian tegas dalam melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.

Mengeratkan hubungan dengan negara Islam.Bagi bertujuan mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam.Malaysia perlu meberi bantuan kepada negara Islam yang menghadapi masalah seperti Bosnia dan Afghanistan. Oleh itu, Malaysia akan mendapat penghormatan daripada negara Islam yang lain kerana memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam.

Dasar luar Negara yang diamalkan sejak tahun 1957 hingga kini berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah Negara dihormati.

AtauDasar luar yang diamalkan sejak dulu hingga kini berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati di negara luar

Catatan : Isi bergantung pada markah

Dasar Luar Negara telah berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah Negara yang dihormati

apabila kerajaan menghantar bantuan kemanusiaan kenegara miskin/bencana seperti Semangat

kesukarelawan yang tinggi.

Selain itu tindakan kerajaan Malaysia menghantaran pasukan pendamai ke negara yang

berperang di bawah panji-panji PBB ke Namibia telah menyebabkan Negara Malaysia dipandang tinggi

oleh negara-negara luar yang lain.

Tindakan kerajaan Malaysia menentang Dasar Aparteid yang mengamalkan diskriminasi kaum di Afrika Selatan secara tidak langsung telah membuka mata Negara besar yang lain akan

kemampuan Malaysia dalam mencegah keganasan sesama Negara.

Malaysia juga dihormati kerana menentang keganasan Israel di Palestin melalui pertubuhan OIC dan PBBdisamping Menjadi orang tengah dalam menyelesaikan perjuangan bangsa Moro untuk mendapat kuasa autonomi

Memperjuangkan keamanan sejagat dengan menentang peperanganNegara Islam yang sederhana serta menjadi contoh dalam hab halalMempunyai 116 pejabat kedutaan di luar negara yang

membuktikan Malaysia disenangi semua Negara Diiktiraf dan dilantik sebagai pengerusi pertubuhan

antarabangsa seperti NAM.

Group 123SejSPM

Page 38: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

38

Bukti hubungan baik Malaysia dengan negara-negara serantau

Catatan : Isi bergantung pada markah

Hubungan erat dengan banyak negara menjadikan Malaysia dikunjungi oleh ramai pelancong,

Apabila hubungan baik sentiasa terjalin antara negara ini secara tidak langsungmenjadikan pertukaran

wang asing semakin meningkat, dengan ini ekonomi negara sentiasa berkembang subur. Peluang

pekerjaan dalam industri pelancongan semakin meningkat. Malaysia juga berbaik-baik dengan negara

serantau, denganmenubuhkan ASEAN, dengan adanya pertubuhan ini telah mengekalkan kestabilan

politik Malaysia. Aktiviti perdagangan dua hala juga dapat dijalankan contohnya antara negara-negara

anggota ASEAN

Hubungan baik menjadikan Malaysia dapat bertukar teknologi dengan membawa pelabur asing

masuk ke Malaysia . Perkembangan ini membantu mengstabilkan ekomomi negara. Dengan cara ini juga

Malaysia dapat membawa masuk modal asing untuk di gunakan dalam negara. Kemasukan pelabur asing

akan meningkatkan ekonomi negara juga rakan serantau.Contohnya ekonomi Malaysia dan Thailand

subur berkembang.

Dalam bidang sosial pula Malaysia dapat bertukar-tukar maklumat melalui pertukaran siaran

televisyen dengan negara ASEAN.Hubungan baik ini menjadikan pertukaran budaya berlaku dengan

baik. Pertukaran budaya ini juga akan memperkayakan lagi kesenian dan megeratkan lagi hubungan

baik antara semua. ASEAN semakin berkembang dari segi kebudayaan dan berlaku pertukaran yang

melibat seni. Anugerah dan festival sentiasa dianjurkan antara negara anggota.

Dasar luar Malaysia menyumbang kepada keamanan dunia.Dasar luar Malaysia menyumbang kepada keamanan dunia. Buktikan.

AtauPeranan / sumbangan Malaysia dalam menjaga keamanan dunia melalui dasar luarnyaCatatan : Isi bergantung pada markah

Menjamin kedaulatan negara. Malaysia telah mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua

negara. Hal ini menyebabkan tiada permusuhan dengan mana-mana negara di dunia. Melalui dasar berkecuali Malaysia tidak berpihak mana-mana kuasa besar dunia seperti samaada Amerika Syarikat

ataupun China dan Rusia yang boleh mencetuskan konflik antarabangsa.

Selain itu melalui konsep ZOPFAN dapat mengekalkan keamanan serantau.Hal ini kerana

sebarang konflik antara negara-negara anggota dapat diselesaikan melalui semangat ASEAN. Contohnya

Group 123SejSPM

Page 39: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

39

isu hak ke atas Pulau Batu Putih dengan Singapura dapat diselesaikan melalui Mahkamah Keadilan

Antarabangsa.Ini membuktikan Malaysia mementingkan pendekatan rundingan.

Selain itu Malaysia berperanan menjaga keamanan dunia dengan melibatkan diri dalam misi-misi keamanan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Contohnya Malaysia telah menghantar

tentera pengaman, pendamai ke Congo, Bosnia, Somalia, Sierra Leone, Namibia dan Kampuchea. Ini

membuktikan Malaysia memainkan peranan penting dalam menyelesaikan konflik antarabangsa.

Seterusnya Malaysia amat peka dengan isu keamanan di Asia Barat. Hal ini kerana Israel menceroh

tanah air Palestin yang menyebabkan pengorbanan nyawa dan harta benda di negara tersebut. Denga ini

Malaysia mendesak PBB menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan Persidangan

Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur.

Selain itu Malaysia juga bersuara lantang menentang keganasan dalam kalangan negara-negara Islam. Contohnya setelah serangan al-Qaeda ke atas ‘World Trade Centre’ di New York Amerika

Syarikat, Malaysia telah mengadakan Persidangan menentang pengganas dalam kalangan negara-

negara Islam pada tahun 2002. Malaysia juga berpendirian teguh menentang keganasan yang dilakukan

oleh ‘IS’ di kebanyakan negara dunia hari ini. Hal ini kerana keganasan mereka ini boleh mengancam

keamanan dunia.

Dasar luar Malaysia meyumbang kepada Keselamatan dan keamanan dunia dimana

Pengisytiharan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) agar dapat

mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.. Melalui pengisytiharan ini

Malaysia tidak akan bersekongkol dengan mana-mana blok Barat. Usaha ini bertujuan mengelakkan

campur tangan kuasa-kuasa besar dan larangan kuasa besar mengangkut bahan atau senjata nuklear

melalui konsep SEANWFZ.

Malaysia menjadi perantara pihak bertelagah melalui penghantaran pasukan pemerhati ke

sempadan Iran –Iraq.. Malaysia juga pernah menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea dan pasukan

pengaman ke Bosnia.. Malaysia juga cuba mengatasi masalah pencerobohan Vietnam ke atas

Kampuchea dan Malaysia turut serta dalam mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran

Kampuchea.

Penubuhan ESSCOM atau Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah juga membuktikan

kesungguhan Malaysia untuk menguatkan kawalan keselamatan mritim di bahagian Timur Sabah susulan

krisis pencerobohan Lahad Datu.

Selain itu, Malaysia membela dan menyokong hak asasi manusia. Malaysia lantang bersuara

di PBB menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan.. Malaysia juga menyarankan agar Benua Antartika

Group 123SejSPM

Page 40: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

40

menjadi warisan dunia yang menjadi hak milik atau kuasa semua negara.. Malaysia mewujudkan

cawangan Al-Quds Foundation Malaysia iaitu sebuah yayasan kebajikan untuk rakyat Palestin. UNICEF

berkerjasama dengan SUHAKAM dalam program keganasan dan penyeludupan serta pendidikan

mengenai konvensyen kanak-kanak. NGO Malaysia terlibat menyokong usaha dengan menubuhkan

Pusat Jana Jaya (IMPOWER ) dan mendapat sokongan UNICEF bagi mengukuhkan sokongan

psikososial yang berasaskan komuniti kepada kanak-kanak dan keluarga. UNICEF bekerjasama dengan

Pertubuhan kanak-kanak Malaysia (MAPC) bagi mengukuhkan persekitaran yang terjamin

keselamtannya. Kolej Universiti HELP yang ditubuhkan di Malaysia telah bekerjasama dengan UNICEF

untuk membanteras gejala buli di sekolah.

Malaysia bersama-sama membenteras jenayah antarabangsa . Malaysia lantang

memerangi gejala penyalahgunaan dadah dalam satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna

(Austria) Jun 1987. Perdana Menteri Malaysia pernah menjadi Yang Dipertua persidangan tersebut.

Malaysia turut prihatin dengan isu pemerdaganganmanusia . Hal ini dapat dibuktikan apabila negara

kita telah mewujudkan Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (MAPO) bagi

memastikan hak asasi mangsa pemerdagangan dijamin dan melalui proses pemulihan sehingga

mereka diintergrasikan semula ke dalam masyarakat. Bagi menyokong usaha memerangi keganasan,

Malaysia juga telah mewujudkan Akta Pencegahan Keganasan (SOSMA) dan Rang Undang-undang

Majlis Keselamatan Negara. Hal iini, membolehkan kerajaan dapat mengawal dan mengurus ancaman

serta bertindak awal mengenai perkara yang berkaitan dengan keselamatan negara. Sebagai contoh isu

ISIS dan keganasan Daesh.

Sejauhmanakah dasar luar Malaysia mampu mengekalkan kedaulatan negara ?

Catatan : Isi bergantung pada markah

Malaysia memelihara hubungan diplomatik dengan negara-negara dunia.Malaysia sering

mengadakan lawatan rasmi ke negara lain. Contohnya lawatan kerja Perdana Menteri Dato’Seri Najib

Tun Razak ke Turki, Arab Saudi ,Jepun,Singapura bagi mengeratkan hubungan antara dua negara.

Malaysia mengekalkan hubungan baik dalam bidang ekonomi dan perdagangan dengan semua

negara. Contohnya, projek usaha sama industri automobil antara Mitsubishi Corporation dari Jepun

dengan Proton dan Kia Motors dari Korea Selatan dengan NAZA Motor Malaysia.

Mengadakan mesyuarat / perbincangan dalam mengadapi konflik.Bertukar-tukar pendapat dan

pandangan dalam semua isu dan bertindak dengan sebulat suara.Contohnya Mesyuarat Khas Menteri-

Menteri ASEAN mengenai isu keganasan serantau seperti menangani masalah militan DAESH/ISIS

Mengadakan kerjasama pertahanan dengan negara serantau,Contohnya Penguatkuasaan

Maritim Negara telah berganding bahu dengan Filipina untuk menjayakan Operasi Phillipine-Malaysia

Group 123SejSPM

Page 41: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

41

(PHIMAL) yang bermatlamat untuk mencegah aktiviti pelanggaran undang-undang maritim di

persempadanan perairan Malaysia-Filipina di Laut Sulu.

Menghormati kedaulatan negara lain dan hak asasi manusia, Malaysia tidak mencampuri

hal ehwal dalaman negara lain.Contoh tidak mencampuri isu perbalahan mazhabdi Syria dan

pembersihan etnik Rohingya diMyanmar.

Kedaulatan negara diperkukuhkan melalui pertukaran program media massa, pendidikan

dan sains dan teknologi.Contoh rancangan televisyen Radio Televisyen Malaysia(RTM), Rancangan

Televisyen Brunei(RTB), Rancangan Televisyen Indonesia(RTI) dan Media Corp Singapura. Pusat

Penyelidikan Sains dan Matematik Asia Tenggara (RECSAM) di Pulau Pinang.

Mengapakah dasar luar yang mementingkan kemajuan ekonomi lebih penting pada hari ini

Catatan : Isi bergantung pada markah

(i) Pelaburan asingMelalui hubungan baik dengan negara luar pelabur-pelabur asing berminat untuk melabur di

negara kita. Contohnya dari negara Jepun, Korea Selatan dan negara-negara Timur Tengah. Ini

membantu dalam pertumbuhan ekonomi negara. Ini membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat

tempatan. Contohnya Kilang Western Digital dari Amerika Syarikat. Ini meningkatkan pendapatn rakyat

tempatan dan seterusnya meningkatan taraf hidup rakyat. Keadaan ini turut mengurangkan kadar

kemiskinan dan kadar pengangguran di negara kita. Seterusnya pelaburan asing ini membantu

meningkatkan sumber pendapatan negara kita. Hal ini berlaku melalui pembayaran cukai dan levi.

Melalui pembukaan kilang-kilang ini dapat menghasilkan barang-barang pengguna yang lebih murah, ini

dapat mengurangkan pergantungan barang import dari luar negara. Ini seterusnya menyebabkan kos

barang menjadi lebih murah dan rakyat mampu membeli barang-barang tersebut. Contohnya industri

automobil.

(ii) Tenaga buruhMelalui dasar negara yang liberal, kita dapat membawa masuk tenaga kerja separa mahir dan

tidak mahir dari luar. Ini dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja di negara kita hari

ini.Contohnya tenaga kerja dari Indonesia memberi sumbangan membangunkan sektor pembinaan dan

perladangan.

Selain itu kemasukan tenaga kerja mahir dan professional dari negara luar dapat membantu kemajuan

sektor perkhidmatan. Contohnya pakar-pakar IT dari India dan jurutera dari Jepun dan Korea Selatan.

Group 123SejSPM

Page 42: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

42

Seterusnya tenaga kerja mahir seperti jururawat dari negara kita mendapat peluang pekerjaan di Timur

Tengah dengan gaji yang lumayan. Selain itu banyak pekerja kita bekerja di Singapura. Hal ini dapat

membawa kepada pengaliran masuk wang asing ke negara kita.

SOALAN 8

CATATAN : Pilih salah satu SAHAJA daripada EMPAT CONTOH IKTIBAR yang diberi

CONTOH IKTIBAR 1 (PILIH SALAH SATU )

Iktibar yang diperolehi berdasarkan tajuk yang dikaji.

Iktibar yang boleh diambil daripada dasar luar Malaysia ialah pemimpin perlu bijak merancang strategi dalam hubungan luar negara dengan menjalinkan hubungan baik dengan negara luar. Hal ini dapat mengekalkan kestabilan politik negara, mengekalkan persefahaman dalam hubungan diplomatik dan dapat mengelakkan krisis antara negara. Contohnya dalam menangani isu pendatang tanpa Izin (PATI) yang memasuki sempadan negara dibincnagkan secara rundingan dengan negara terbabit.

Iktibar kepada diri pula, kita harus mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu. Hal ini dapat melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif untuk bersaing di peringkat antarabangsa .Kita hari ini telah mampu mengeluarkan kereta nasional seperti kereta Proton.Oleh itu dasar luar berbaik dengan semua negara dapat mengukuhkan ekonomi negara melalui pengeksportan barangan siap kita ke negara lain.

Iktibar kepada bangsa ialah kita perlu mengamalkan sikap toleransi kaum supaya negara berada dalam keadaan aman.Kekacauan di negara lain perlu dijadikan iktibar dengan mengukuhkan perpaduan kaum kerana ianya dapat menjamin kemakmuran negara dan mempunyai politik yang stabil.Hal ini dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan membina negara yang maju.

CONTOH IKTIBAR 2 (PILIH SALAH SATU )

Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji

Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji ialah penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti sejarah, ekonomi, politik, geografi dan demografi.

Selepas mencapai kemerdekaan, negara kita telah menyertai beberapa pertubuhan antarabangsa dan memainkan peranan secara aktif seperti dalam pertubuhan PBB, Komanwel dan OIC.

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat antarabangsa.Kita harus mencontohi ketokohan para pemimpin negara yang memberi sumbangan besar dan mewakili negara dalam pertubuhan antarabangsa.

Group 123SejSPM

Page 43: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

43

Dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia akan merealisasikan hasrat negara menjadi sebuah negara maju yang aman dan makmur.

Rakyat Malaysia harus mengambil iktibar daripada kekacauan dan ketidakharmonian di negara lain yang bergolak dengan mengukuhkan perpaduan demi menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara.

CONTOH IKTIBAR 3 (PILIH SALAH SATU )

Nyatakan iktibar yang diperoleh daripada tugasan yang anda lakukan.

Daripada tugasan yang dilaksanakan, kita boleh mengambil iktibar bahawa penggubalan dasar luar negara perlu mengambil kira kepentingan politik, ekonomi dan sosial. Sebagai

contohnya, kita telah menyertai pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB),

Komanwel, Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) agar

mengekalkan kedaulatan dan meningkatkan kemajuan ekonomi negara.

Kita harus menjalin hubungan baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi. Sebagai

contohnya, kita menjalin hubungan dengan negara blok kapitalis dan komunis. Hal ini bertujuan untuk

mewujudkan perpaduan masyarakat antarabangsa. Dengan itu, masyarakat dunia dapat hidup dengan

sejahtera.

Kita hendaklah menghormati kedaulatan negara lain. Sebagai contohnya, kita tidak boleh

menceroboh dan mencampuri urusan politik negara lain. Tindakan Israel menceroboh negara Palestin

adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab. Tindakan tersebut perlu diselesaikan agar kestabilan

politik dunia terpelihara.

Kita perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Kita harus mencontohi ketokohan para pemimpin negara yang memberi sumbangan

besar dan mewakili negara dalam pertubuhan antarabangsa. Dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia

akan merealisasikan hasrat negara menjadi sebuah negara maju yang aman dan makmur.

Rakyat Malaysia harus mengambil iktibar daripada kekacauan dan ketidakharmonian di negara lain yang bergolak dengan mengukuhkan perpaduan demi menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara

Group 123SejSPM

Page 44: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

44

CONTOH IKTIBAR 4 (PILIH SALAH SATU )

Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji

Iktibar/pengajaran yang diperoleh dari tajuk yang dikaji ialah perpaduan dalam kalangan negara anggota wajar diamalkan. Malaysia perlu menghormati kedaulatan negara lain serta mengekalkan kerjasama antara negara dalam pelbagai bidang. Pemimpin pula perlu mengamalkan pemikiran terbuka dalam menyelesaikan masalah .

Kita juga wajar mengekalkan keamanan dan menjalankan pentadbiran sistematik .Malaysia juga perlu mengelakkan peperangan dengan menjaga hubungan yang baik dengan semua negara.

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Kita harus mencontohi ketokohan para pemimpin negara yang memberi sumbangan besar dan mewakili negara dalam pertubuhan antarabangsa.

Dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia perlu diteruskan oleh kerajaan bagi merealisasikan hasrat negara menjadi sebuah negara maju yang aman dan makmur.

Rakyat Malaysia harus mengambil iktibar daripada kekacauan dan ketidakharmonian di negara lain yang bergolak dengan mengukuhkan perpaduan demi menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara.

Semua pihak harus bertanggungjawab menjalankan tugas demi kemakmuran negara. Hal ini kerana melalui dasar luar, negara kita dapat menjalinkan hubungan serantau dengan baik.

Setiap negara hendaklah menggelakkan daripada mencampuri urusan dalaman negara lain agar dasar-dasar yang digubal dapat dilaksanakan tanpa halangan.

Kita perlulah berfikiran terbuka dan sedia menerima perubahan yang membawa kepada kebaikan kepada negara agar dapat mengambil manfaat daripada hubungan diplomatik antara negara.

Semua negara di dunia hendaklah menyokong usaha untuk memelihara keamanan sejagat dan menentang keganasan global.

Selain itu, semua negara hendaklah menyelesaikan pertikaian secara diplomasi, menggunakan sikap tolenrasi dan meningkatkan kemajuan negara

Group 123SejSPM

Page 45: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

45

SOALAN 9

Buat kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan dari sudut berikut :a) Pengetahuan yang diperoleh daripada tugasan yang dilaksanakanb) Nilai murni dan unsur patriotisme yang dapat dihayatic) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dan gemilang

CATATAN : PILIH MANA-MANA SATU JARI CONTOH JAWAPAN

Jawapan 1

Daripada tugasan yang dilaksanakan, kita dapat mengetahui tentang peranan Malaysia dalam mewujudkan keamanan sejagat. Usaha yang dilakukan oleh negara kita menyebabkan negara

kita dihormati dan dipandang tinggi di mata dunia. Selain itu, kita juga dapat mengetahui sebab yang

mendorong Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara. Hal ini adalah bertujuan

untuk meningkatkan kemajuan ekonomi negara.

Kita hendaklah sentiasa menjalinkan kerjasama agar dapat mewujudkan kesejahteraan dunia. Kesejahteraan dunia dapat menjamin kedaulatan negara kita. Seterusnya, kita perlu memupuk

perpaduan masyarakat dunia tanpa mengira bangsa dan agama. Hal ini menyebabkan masyarakat dunia

dapat hidup dengan sejahtera.

Kita berharap melalui sumbangan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa, bangsa Malaysia dapat menunjukkan kepimpinan yang berwibawa. Hal ini akan menjadikan negara kita

dihormati di mata dunia. Selain itu, melalui hubungan luar yang berasaskan kepentingan ekonomi kita

berharap bangsa Malaysia akan menjadi bangsa yang berjaya dalam bidang ekonomi. Hal ini

menyebabkan negara kita akan mencapai status negara maju berpendapatan tinggi.

Jawapan 2

a) Pengetahuan yang diperolehi

Pengetahuan yang diperoleh ialah penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti sejarah, ekonomi, politik, geografi dan demografi.

Pengetahuan yang diperoleh ialah selepas mencapai kemerdekaan, negara kita telahmenyertai beberapa pertubuhan serantau dan antarabangsa serta memainkan peranan secara aktif dalam pertubuhan PBB, Komanwel dan OIC.

Pengetahuan yang diperoleh ialah Malaysia memainkan peranan yang penting dalam

Group 123SejSPM

Page 46: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

46

menyokong perjuangan rakyat Palestin mendapatkan semula tanah air mereka daripada Israel mengikut prinsip yang terkandung dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pengetahuan yang diperoleh ialah penyertaan tentera Malaysia dibawah panji-panji PBBdengan menghantar tentera pengaman ke Bosnia dan juga Lubnan.

Pengetahuan yang diperoleh ialah Malaysia pernah menjadi perantara menyelesaikaKrisis perang Iran-Iraq dan krisis di selatan Filipina

b) Jelaskan nilai-nilai murni yang bolehditeladani daripada kepimpinan negara dalammenghadapi cabaran dunia

Nilai murni yang boleh diteladani ialah kerjasama dalam menghadapi jenayah antarabangsa seperti menangani isu pengganas ISIS / DAESH

Nilai bertoleransi dalam menghadapi sebarang masalah.Contohnya isu tuntutan bertindih terhadap PulauBatu Putih dengan membawanya ke peringkat ICJ.

Nilai murni yang seterusnya ialah bijak menangani masalah.Contohnya menjadi orang tengah dalam menyelesaikan isu di Selatan Filipina

Semangat setia kawan juga merupakan nilai murni yang boleh diteladani.Contohnya menghormati pengisytiharan ZOPFAN oleh anggota ASEAN.

Nilai seterusnya ialah sanggup berkongsi ilmu / teknologi / kepakaran. Contohnya menghantar pekerja/pelajar Malaysia ke Jepun, Korea, China.

Nilai berwawasan seperti kerjasama dalam bidang aero angkasa dengan negara Rusia dan Amerika Syarikat.Bukti penglibatan ialah pemilihan Dr. Sheikh Muzaffar Shukor dan Mejar Dr.Faiz Khalid dalam program tersebut.

Nilai berilmu pengetahuan Seperti tindakan bijak Tunku Abdul Rahman dalam menangani masalah komunis dengan menubuhkan ASA

Nilai bermoral / beretika seperti menyokong usaha-usaha menentang kezalimanContohnya Isu Palestin

Nilai bertanggungjawab Seperti bersama-sama dengan negara lain menangani kehilangan pesawat MH370/MH17

Nilai wasatiyah iaitu penyelesaian masalah secara diplomasi dan perbincanganseperti isu Jerebu / alam sekitar

c) Jelaskan nilai patriotisme yang boleh diamalkan oleh generasi muda dalam menghadapi cabaran dunia hari ini

Nilai patriotik yang boleh diamalkan ialah semangat cinta kepada negara.Seperti Sheikh Muzaffar diiktiraf sebagai angkasawan pertama negara.

Group 123SejSPM

Page 47: Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123

47

Semangat juang untuk menaikkan nama negara di mata dunia.Seperti kemenangan atlet paralimpik di Sukan Paralimpik di Rio de Jenerio, Brazil 2016.

Semangat jati diri. Seperti Jimmy Choo pereka kasut antarabangsa bangga menjadi rakyat Malaysia.

Mengekalkan nilai tradisi walaupun menerima pelbagai kemasukan budaya asing.Seperti Shila Amzah yang popular di China/ Yuna yang berada di Amerika.

Sanggup berkorban untuk negara Seperti Dr.Fauziah Zaytouna Olivia yang di tawantentera Israel ketika membawa misi keamanan ke Gaza (Women Boat To Gaza)

d) Harapan menjadikan negara dan bangsa Malaysia lebih maju.

Saya berharap agar rakyat Malaysia mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat antarabangsa dalam bidang sains dan teknologi.Contohnya Mohamad Nasarudin Mohd Yusof memenangi hadiah Nobel Kemananan daripada Pertubuhan Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) yang terletak di Hague, Belanda dalam kemajuan budaya dan saintifik

Saya berharap generasi muda dapat mencontohi ketokohan para pemimpin negara yang memberi sumbangan besar dan mewakili negara dalam pertubuhan antarabangsa. Contohnya Tun Dr. Mahathir bin Mohammad.

Saya berharap masyarakat mengambil iktibar daripada kekacauan dan etidakharmonian di negara lain yang bergolak dengan mengukuhkan perpaduan demi menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara. Contohnya mengambil iktibar daripada peristiwacubaan rampasan kuasa tentera di Turki gagal kerana rakyat bersatu hati menyokongkepimpinan Perdana Menteri Erdogan.

Saya berharap rakyat Malaysia menjadi warga global yang bertanggungjawab terutama dalam menghulurkan bantuan misi kemanusiaan.Contohnya bantuan makanan dan perubatan ke Filipina dan Acheh.

Group 123SejSPM