sejarah k3 spm 2016 jpn perak

73
1 NOTA BAB 9 MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA TAJUK 1 DEFINISI / TAKRIF / MAKSUD / MAKNA LATAR BELAKANG / MATLAMAT / KEPENTINGAN DASAR LUAR MALAYSIA BENTUK-BENTUK HUBUNGAN LUAR

Upload: isharsmiaa

Post on 16-Apr-2017

1.733 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

1

NOTA BAB 9

MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

TAJUK 1

DEFINISI / TAKRIF / MAKSUD / MAKNA

LATAR BELAKANG / MATLAMAT / KEPENTINGAN DASAR LUAR MALAYSIA

BENTUK-BENTUK HUBUNGAN LUAR

Page 2: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

2

DEFINISI / TAKRIF / MAKSUD / MAKNA

Dasar luar negara bermaksud dasar kerajaan terhadap negara-negara lain. Dasar luar

dapat didefinisikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dijalankan oleh sesebuah

negara dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah negara yang lain.

LATAR BELAKANG / MATLAMAT / KEPENTINGAN DASAR LUAR MALAYSIA

Malaysia mempunyai dasar luarnya yang tersendiri, iaitu berbaik-baik dengan semua

negara. Kepentingan dasar luar Malaysia merujuk pada matlamat yang ingin dicapai oleh

Malaysia. Antara matlamat dan kepentingannya ialah menjamin keselamatan rakyat dan

negara, memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara, menggalakkan

pembangunan dan kemajuan ekonomi serta mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama

antarabangsa. Selain itu, matlamat dasar luar Malaysia adalah untuk menjadi warga global

yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.

BENTUK-BENTUK HUBUNGAN LUAR

Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain, iaitu

hubungan bilateral dan hubungan multilateral.

Hubungan bilateral merujuk pada hubungan secara terus dengan negara-negara

tertentu. Contohnya, Malaysia mengutamakan hubungan dengan negara-negara jiran

antaranya termasuklah Singapura , Indonesia, Thailand dan Vietnam. Selain itu, hubungan luar

juga diadakan dengan negara Asia yang lain, Amerika Latin, Afrika, Asia Barat serta negara maju

seperti Britain dan Amerika Syarikat.

Hubungan multilateral pula merujuk pada hubungan dalam bentuk kumpulan dan

pertubuhan seperti ASEAN, Komanwel, OIC, NAM dan sebagainya.

Page 3: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

3

NOTA BAB 9

MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

TAJUK 2

ASAS-ASAS/ FAKTOR-FAKTOR /

PUNCA-PUNCA PENGGUBALAN DASAR

LUAR MALAYSIA.

Page 4: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

4

ASAS-ASAS / FAKTOR-FAKTOR / PUNCA-PUNCA PENGGUBALAN DASAR LUAR MALAYSIA

Penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor yang menentukan

corak dan arah dasar luar negara. Faktor-faktor berkenaan ialah sejarah, ekonomi, politik,

geografi dan demografi.

Faktor sejarah menentukan dasar luar Malaysia. Sejak zaman Kesultanan Melayu

Melaka telah terjalin hubungan dengan negara luar seperti China, Arab, Siam dan juga negeri-

negeri di Kepulauan Melayu. Hubungan luar ini lebih berbentuk hubungan perdagangan. Pada

masa ini telah terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu termasuklah negara-

negara yang pada hari ini dikenali sebagai Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia.

Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel dan

meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain dan negara Komanwel lain seperti Australia

dan New Zealand. Pada masa itu, Malaysia sedang diancam oleh fahaman Komunis yang

disebarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Ancaman komunis ini menggugat keselamatan

negara Malaysia dan dengan ini mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat

dan antikomunis.

Pada masa yang sama, Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat kerana Malaysia

belum mempunyai keupayaan pertahanan.

Selain itu. dasar luar Malaysia ditentukan oleh faktor ekonomi. Malaysia merupakan

negara yang mengamalkan pasaran bebas. Oleh itu, Malaysia menjalin hubungan baik dengan

negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan ekonominya. Sejak zaman penjajahan

British lagi, Malaysia merupakan antara negara pengeluar utama bijih timah dan getah. Pada

masa ini telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara maju seperti

Britain dan Amerika Syarikat.

Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal

dari negara-negara tersebut. Beberapa langkah telah diambil bagi menggalakkan pelaburan

asing. Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara di samping menyediakan

peluang pekerjaan.

Page 5: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

5

Menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing juga

digalakkan dari negara-negara di Timur terutama Jepun dan Korea. Pada masa yang sama,

Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negara sedang membangun dan juga negara-

negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di samping mengadakan

pelaburan di negara berkenaan.

Di samping itu, dasar luar Malaysia juga turut ditentukan oleh faktor geografi. Malaysia

mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan hampir

kebanyakan negara di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei.

Perairanya juga menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia. Dengan itu,

keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap

keselamatan Malaysia.

Dalam pada itu, faktor demografi menentukan dasar luar Malaysia. Nagara kita telah

menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam sejajar dengan

penduduknya yang majoriti beragama Islam. Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik

dengan negara Israel disebabkan dasar negara berkenaan yang menceroboh dan menindas

peribumi Palestin.

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama juga diberikan

kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing. Amalan

konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia menyebabkan Malaysia

menentang keras Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan. Malaysia juga tidak

mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan sehinggalah undang-

ungang dasar aparteid itu dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan.

Oleh itu, faktor kepelbagaian kaum di negara ini amat mempengaruhi penggubalan

dasar luar Malaysia.

Page 6: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

6

Dasar luar Malaysia juga dipengaruhi oleh faktor politik. Sebagai sebuah negara yang

mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, Malaysia berhak menentukan hala

tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Ini jelas terpapar

dalam dasar luar Malaysia yang menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain.

Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau

Asia Barat.

Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-

bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia. Oleh itu, Malaysia tegas dengan

pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan

mengekalkan keamanan dunia.

Page 7: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

7

NOTA BAB 9

MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

TAJUK 3

PERKEMBANGAN DASAR LUAR MALAYSIA MENGIKUT TAHAP/

TOKOH/ DASAR

I. Tahap Pertama/ Tunku Abdul Rahman (1957-1970) /

Dasar Pro-Barat yang Anti-Komunis.

II. Tahap Kedua/ Tun Abdul Razak (1972-1976) dan Tun Hussein

Onn ( 1976-1981) / Dasar Berkecuali dan berbaik-berbaik

dengan semua negara.

III. Tahap Ketiga/ Tun Dr. Mahathir Mohamad (1981-2003)/

Dasar Berkecuali dan berbaik-berbaik dengan semua negara

tetapi memberi penekanan kepada kepentingan ekonomi.

SEBAB / FAKTOR MALAYSIA MENGAMALKAN DASAR-DASAR

BERIKUT

I. Dasar Pro-Barat yang Anti-Komunis serta berbaik-baik dengan

negara jiran dan Komanwel.

II. Dasar Berkecuali dan berbaik-berbaik dengan semua negara.

III. Dasar Berkecuali dan berbaik-berbaik dengan semua negara

tetapi memberi penekanan kepada kepentingan ekonomi.

Page 8: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

8

3 (a) Perkembangan Dasar Luar Malaysia Mengikut Tahap / Tokoh / Dasar.

(i) Tahap Pertama / Tunku Abdul Rahman (1957-1970)/ Dasar Pro-Barat dan Anti-Komunis

Perkembangan dasar luar Malaysia Tahap Pertama semasa Tunku Abdul Rahman pada tahun

1957 sehingga 1970 memperlihatkan dasar pro-Barat dan antikomunis serta dasar berbaik-baik

dengan negara jiran dan Komanwel. Ia dilaksanakan atas faktor politik, ekonomi dan sosial.

Faktor politik merujuk kepada ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga

melalui Parti Komunis Malaya. Oleh itu, Malaysia mendapatkan bantuan ketenteraan dan

pertahanan daripada negara-negara Komanwel seperti Britain, New Zealand dan Australia. Bagi

menyekat perkembangan pengaruh komunis, Malaysia telah menandatangani Perjanjian

Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA) pada tahun 1956. Menurut perjanjian ini, Britain

akan membantu Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara.

Di samping itu, dasar luar Malaysia juga adalah berbaik dengan negara jiran. Hal ini

disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran terutamanya selepas Malaysia mencapai

kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965), terputusnya hubungan

dengan Filipina (1953-1965) dan keluarnya Singapura dari Malaysia (1965). Usaha-usaha untuk

memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian. Antaranya,

Malaysia telah menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia

Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina, penubuhan MAPHILINDO

pada tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan Filipina, serta penubuhan ASEAN pada tahun

1967 bersama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.

Faktor ekonomi pula memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain dalam

menjaga kepentingan ekonomi negara ini. Pertama, hal ini disebabkan Malaysia anggota Blok

Sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang paun sterling. Kedua,

Malaysia masih memberikan tumpuan kepada dua hasil utamanya iaitu bijih timah dan getah

dengan mengharapkan permintaan daripada negara Barat termasuk Britain. Ketiga ,pelabur

Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutamanya dalam

bidang perladangan dan perindustrian. Bagi mengurangkan kebergantungan ini, Malaysia yang

mengamalkan pasaran bebas mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara

lain seperti Jepun, Amerika Syarikat, Singapura dan Jerman Barat untuk mencari pasaran baru.

Page 9: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

9

(ii) Tahap Kedua / Tun Abdul Razak (1972-1976) dan Tun Hussein Onn ( 1976-1981) /

Dasar Berkecuali dan berbaik-berbaik dengan semua negara.

Pada Tahap Kedua semasa Tunku Abdul Razak (1972-1976) dan Tun Hussein (1976-1981),

dasar luar Malaysia berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.

Perubahan ini disebabkan kurangnya peranan AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di timur.

Perubahan dasar ini juga disebabkan oleh pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan

Amerika Syarikat dan China.

Dalam mencapai matlamat dasar luar Malaysia, beberapa usaha telah dilakukan seperti

mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) bersama-sama anggota

ASEAN. Malaysia juga telah menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis

seperti China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara, Mongolia. Keinginan Malaysia

menjalin persahabatan dengan semua negara khususnya dengan negara jiran jelas dapat dilihat

apabila Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan Vietnam pada tahun 1976. Masalah

pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran.

(iii) Tahap Ketiga/ Tun Dr. Mahathir Mohamad (1981-2003)/ Dasar Berkecuali dan berbaik-

berbaik dengan semua negara tetapi memberi penekanan kepada kepentingan

ekonomi.

Dasar luar Malaysia pada Tahap Ketiga semasa Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad (1981-2003)

telah mengekalkan dasar-dasar tahap kedua tetapi memberi penekanan kepada kepentingan

ekonomi. Kepentingan ini adalah berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan

pembangunan terutama di kalangan negara membangun.

Dalam usaha mencapai matlamat dasar tersebut, Malaysia telah menjalin hubungan

yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan

Kampuchea. Di samping itu, memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur pada 1982 dengan

menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model pembangunan bagi membangunkan

negara Malaysia. Dasar ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima

Page 10: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

10

pakai nilai-nilai yang baik seperti mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan etika

pengurusan kerja yang baik.

Malaysia mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara lain menerusi lawatan

Tun Dr Mahathir ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Dalam setiap

siri lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan menandatangani perjanjian

perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. Beliau percaya Malaysia

bukan sahaja harus menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan negara maju malah

dengan negara Dunia Ketiga juga.

3 (b) Sebab / faktor Malaysia Mengamalkan dasar-dasar berikut :

(i) Dasar Pro-Barat yang Anti-Komunis serta berbaik-baik dengan negara jiran dan

Komanwel.

Dasar ini dilaksanakan disebabkan faktor politik, ekonomi dan sosial. Faktor politik merujuk

kepada ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga melalui Parti Komunis

Malaya. Oleh itu, Malaysia mendapatkan bantuan ketenteraan dan pertahanan daripada

negara-negara Komanwel seperti Britain, New Zealand dan Australia. Bagi menyekat

perkembangan pengaruh Komunis, Malaysia telah menandatangani Perjanjian Pertahanan

Inggeris-Tanah Melayu (AMDA) pada tahun 1956. Menurut perjanjian ini, Britain akan

membantu Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara.

Selain itu, dasar berbaik-baik dengan negara jiran dipraktikkan kerana timbulnya krisis

antara Malaysia dengan negara jiran. Contohnya konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965),

terputusnya hubungan dengan Filipina (1953-1965) dan keluarnya Singapura dari Malaysia

(1965). Usaha-usaha untuk memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui

beberapa perjanjian. Malaysia telah menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan

Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina.

Kemudian MAPHILINDO ditubuhkan pada tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan Filipina.

Seterusnya diikuti dengan penubuhan ASEAN pada tahun 1967 bersama Thailand, Indonesia,

Filipina dan Singapura.

Page 11: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

11

Dari segi ekonomi pula, Malaysia masih bergantung kepada Britain dalam menjaga

kepentingan ekonomi negara. Hal ini disebabkan Malaysia ialah anggota Blok Sterling yang

menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang paun sterling. Malaysia juga masih

memberikan tumpuan kepada dua hasil utamanya iaitu bijih timah dan getah dengan

mengharapkan permintaan daripada negara Barat termasuk Britain.Selain itu, para pelabur

Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutamanya dalam

bidang perladangan dan perindustrian.

(ii) Dasar Berkecuali dan berbaik-berbaik dengan semua negara.

Dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara ini dilaksanakan kerana kurangnya

peranan AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di timur. Perubahan dasar ini juga disebabkan

oleh pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan Amerika Syarikat dan China. Dalam

mencapai matlamat tersebut, beberapa usaha telah dilakukan seperti mengisytiharkan konsep

Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) bersama-sama anggota ASEAN.

Malaysia juga telah menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis

seperti China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara, Mongolia. Selain itu, bagi

mengurangkan kebergantungan ekonomi terhadap negara Barat, Malaysia yang mengamalkan

pasaran bebas mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Jepun,

Amerika Syarikat, Singapura dan Jerman Barat untuk mencari pasaran baru. Keinginan Malaysia

menjalin persahabatan dengan semua negara khususnya dengan negara jiran jelas dapat dilihat

apabila Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan Vietnam pada tahun 1976. Masalah

pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran.

Page 12: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

12

(iii) Dasar Berkecuali dan berbaik-berbaik dengan semua negara tetapi memberi

penekanan kepada kepentingan ekonomi.

Dasar ini dilaksanakan kerana mengambil kira isu-isu perdagangan, pelaburan dan

pembangunan terutama dalam kalangan negara membangun. Contohnya, Malaysia telah

menjalin hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis

Vietnam dan Kampuchea.

Malaysia di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir telah memperkenalkan Dasar Pandang ke

Timur pada tahun 1982 dengan menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model

pembangunan bagi membangunkan negara Malaysia. Dasar ini bertujuan menggalakkan rakyat

Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai yang baik seperti mencintai negara,

kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik.

Malaysia turut mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara lain menerusi

lawatan Tun Dr Mahathir ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan.

Dalam setiap siri lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan menandatangani

perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. Beliau percaya

Malaysia bukan sahaja harus menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan negara maju

malah dengan negara Dunia Ketiga juga.

Page 13: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

13

NOTA BAB 9

MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

TAJUK 4

TUJUAN / MATLAMAT DASAR LUAR MALAYSIA

PERKEMBANGAN DASAR LUAR MALAYSIA

PERKEMBANGAN HUBUNGAN SERANTAU MALAYSIA UNTUK

MENJAMIN KESTABILAN POLITIK NEGARA/KEDAULATAN NEGARA

MELALUI ASA, MAPHILINDO, ASEAN

PERUBAHAN DASAR LUAR MALAYSIA DARIPADA PRO-BARAT KEPADA

DASAR BERKECUALI ADALAH WAJAR.

FAEDAH / KEPENTINGAN / MANFAAT / SUMBANGAN / KEBAIKAN

DASAR LUAR

PERANAN DAN SUMBANGAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN

ANTARABANGSA

PERUBAHAN DASAR LUAR MALAYSIA MENGIKUT PERUBAHAN

KEPIMPINAN SERTA PERUBAHAN POLITIK DAN EKONOMI GLOBAL.

Page 14: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

14

SOALAN 4A

Tujuan / matlamat dasar luar Malaysia

Matlamat dasar luar ialah dapat menjamin kepentingan negara dan menghalang ancaman pihak

luar dari mengancam keselamatan negara. Selain itu, ia juga dapat mencerminkan sikap atau

pendirian sesebuah negara itu dalam hubungannya dengan negara yang lain dalam memelihara

dan mempertahankan kepentingan politik, keselamatan dan ekonomi serta kepentingan utama

yang lain.

Dasar ini didorong ke arah kewujudan bersama secara harmoni bagi menggalakkan

persekitaran serantau dan antarabangsa yang harmoni serta memberikan ruang kepada

Malaysia untuk mencapai matlamat negara tanpa gangguan daripada ancaman luar. Ia juga

menggalakkan toleransi dan kerjasama dengan semua negara yang membentuk struktur dalam

komuniti antarabangsa.

Malaysia masih meneruskan dasar luar negara yang bebas, berprinsip dan pragmatik yang

berlandaskan nilai keamanan, kemanusiaan, keadilan dan kesamaan. Ia juga dibina atas rasa

hormat terhadap kebebasan, kedaulatan, keutuhan wilayah dan sikap tidak mencampuri urusan

negara lain. Malaysia juga mementingkan penyelesaian masalah secara aman, dan hubungan

yang saling memanfaatkan.

Page 15: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

15

SOALAN 4B

Perkembangan Dasar Luar Malaysia

Gaya dan pendekatan dalam mengumumkan dasar luar negara Malaysia mungkin berbeza

mengikut personaliti setiap Perdana Menteri Malaysia. Dasar luar negara Malaysia sejak 1957

memperlihatkan perkembangan yang stabil dan mempunyai ciri perubahan ketara mengikut

perubahan dalam pengawasan politik Malaysia.

Dalam zaman Tunku Abdul Rahman dari 1957–1969, dasar luar Malaysia berada pada

tahap pengasasan dan pengembangan, didorong ke arah kelangsungan hidup negara yang baru

merdeka.

Dasar luar negara kita pada waktu itu ternyata bersifat antikomunis dan pro-Barat dengan

hubungan yang rapat dengan negara-negara Komanwel. Pendekatan ini juga bersumberkan

pengaruh keperibadian Tunku yang begitu pro-Barat dan antikomunis, selain situasi dan kondisi

politik domestik yang kurang stabil ketika itu.

Tunku Abdul Rahman mengamalkan dasar pro-barat kerana Malaysia masih lagi bergantung

kepada Britain dalam usaha untuk memajukan ekonomi negara. Hal ini kerana Malaysia adalah

anggota Blok Sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang tersebut.

Ekonomi negara pula tertumpu kepada hasil bijih timah dan getah yang bergantung

sepenuhnya kepada permintaan daripada negara barat termasuk Britain. Malahan, pelabur

Britain menguasai peratusan yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam perladangan

dan perindustrian.

Era pemerintahan Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak dari 1970–1976,

memperlihatkan keupayaan mendalam beliau mengendalikan hubungan luar Malaysia

mengikut arus perubahan. Malaysia telah menganggotai Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

dan mula mengenalkan dirinya sebagai sebuah “Negara Islam”.

Page 16: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

16

Beliau telah merintis usaha ke arah peneutralan dasar luar Malaysia dengan menjalinkan

hubungan diplomatik dengan hampir semua negara tanpa mengira ideologi. Pencarian negara

rakan baru secara besar-besaran meningkatkan kepentingan Negara-negara Berkecuali (Non-

Alignment Movement) kepada Malaysia.

Kita juga mula menjauhkan diri daripada kuasa utama dunia, menekankan semangat

serantau dan membina hubungan dan hubungan diplomatik dengan negara komunis. Pelaburan

daripada negara selain British juga mula dialu-alukan. Beliau juga telah mengadakan

penyelarasan dalam aspek politik, ekonomi, dan dasar pertahanan bagi memenuhi tuntutan

strategik negara.

Dasar Luar di bawah pemerintahan Tun Hussein Onn (1976–1981) mengadakan

hubungan kukuh dengan ASEAN menjadi asas dalam dasar luar negara Malaysia ekoran

daripada kejatuhan Saigon (kini Bandar Ho Chi Minh) pada tahun 1975, pengunduran Tentera

AS dari Asia Tenggara dan pencerobohan Kampuchea (kini Kemboja) oleh Vietnam.

Sidang Kemuncak ASEAN yang pertama diadakan dan Malaysia menandatangani

Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Bali pada tahun 1976. Penekanan yang lebih tegas

turut dibuat ke atas kebebasan, kekecualian dan kedudukan yang sama dengan kuasa utama

dunia.

Beliau lebih banyak mengekalkan dan meneruskan dasar yang telah diasaskan oleh

pemimpin sebelumnya. Dasar luar Malaysia dalam tempoh ini menunjukkan era pengukuhan, di

mana kita tidak memihak kepada mana-mana negara. Hal ini bertepatan dengan lingkungan

global ketika itu yang sedang bergerak ke arah pengenduran hubungan tegang di antara negara-

negara yang sedang berkonflik

Perubahan semasa Tun Dr. Mahathir Mohammad mengambil alih jawatan sebagai

Perdana Menteri yang keempat pada tahun 1981 (1981-2003). Pendirian dasar luar negara

Malaysia lebih banyak berorientasikan ekonomi daripada sebelum ini, ditambah dengan

pembelaan yang kuat dan bersemangat kebangsaan untuk hak, kepentingan dan aspirasi

negara membangun serta sokongan daripada Kerjasama Selatan-selatan.

Page 17: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

17

Dalam era Tun Dr. Mahathir, beliau membuat perubahan yang drastik dengan

menjadikan negaraTimur sebagai role-model. Ini merupakan satu pembaharuan yang sangat

nyata dalam pemerintahan Malaysia dan menarik perhatian dunia khususnya, Barat.

Kepimpinan Tun Dr. Mahathir menunjukkan pelbagai inisiatif baru diusahakan,

contohnya mewartakan Antartika sebagai warisan bersama dunia., Dasar Pandang ke Timur

(LEP) serta berjuang untuk negara membangun dalam isu utama seperti alam sekitar, hak asasi

manusia dan demokrasi.

Dengan kemunculan globalisasi, Tun Dr. Mahathir mengenal pasti kesan baik dan buruk

globalisasi terhadap negara membangun contohnya pendekatan yang proaktif dan bersungguh-

sungguh Malaysia dalam isu Aparteid dan Palestin. Malaysia, telah mempengerusikan dan

menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak OIC ke-10, tuan rumah Ekspo OIC Pertama, membentuk

D-8 bagi menjamin keamanan dan keselamatan antarabangsa dengan Malaysia menganggotai

UNSC. Malaysia juga berperanan sebagai pengaman di beberapa buah negara seperti Kemboja,

Somalia, Bosnia, Kosovo, Namibia dan Timur Leste.

Malaysia turut giat menentang sikap pilih kasih dan tindakan pintas di luar lingkungan

PBB. nasan – Malaysia menerapkan kerjasama antarabangsa serantau yang kukuh untuk

membanteras keganasan, menentang kuat menyalahkan agama atau kaum, menyarankan

pelbagai aspek pendekatan dalam membanteras keganasan termasuk mengenal pasti dan

menghapuskan penyebabnya, menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-menteri Luar OIC

berkenaan Keganasan pada tahun 2002, menubuhkan SEARCCT yang memberikan tumpuan

utama kepada latihan dan pembinaan keupayaan.

Membuka Sempadan Baru: dengan mengadakan hubungan dua hala secara aktif dengan

negara Afrika, Amerika Latin dan Eropah Timur, terutamanya dalam perdagangan, pelaburan

dan pemindahan teknologi dengan semangat Kerjasama Selatan-Selatan. Termasuk juga

membuka Perwakilan Diplomatik dan lanjutan kepada Program Kerjasama Teknikal Malaysia

(MTCP) di negara ini.Dalam bidang Ekonomi antara usaha yang dilakukan ialah mewujudkan

Kerjasama Ekonomi Asia Timur (daripada EAEG kepada EAEC kepada ASEAN +3), Kerjasama

Pembangunan Serantau – Konsep Segi Tiga Pertumbuhan, seperti, IMTGT, IMSGT, BIMP-EAGA.

Page 18: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

18

Membentuk Kumpulan G-15 (G15) yang mana pelaksanaannya dimulakan oleh Malaysia.

Diplomasi Ekonomi – pelaburan ke luar negara dengan prinsip ‘makmurkan jiran anda’,

Kerjasama Selatan-Selatan, MIGHT, Dialog Antarabangsa Langkawi (LID), Dialog Antarabangsa

Afrika Selatan (SAID).

Dasar luar Malaysia di bawah kepimpinan YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 2003-

2009,disifatkan telah melalui proses evolusi yang dinamik. Beliau meneruskan kesinambungan

dasar luar Malaysia era Perdana Menteri sebelumnya di samping memperhalus dasar luar sedia

ada.

Di bawah kepimpinan beliau, inisiatif dasar luar negara terus diperhalus untuk

memperlihatkan: Respons pragmatik dalam menyahut cabaran geopolitik dan ekonomi semasa

pandangan Malaysia disampaikan dengan lebih jelas. Keteguhan sebagai lanjutan dinamik

kepada dasar sedia ada. Dengan memainkankan peranan kepimpinan yang berpengaruh

sebagai Pengerusi Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan

Islam (OIC) dan ASEAN. Malaysia telah menjadi contoh terkemuka sebuah negara Islam yang

bertoleransi dan progresif melalui konsep Islam Hadhari

Dasar Luar Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak telah menjadi Perdana Menteri Malaysia

Ke-6 pada 3 April 2009. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengorak langkah ke hadapan

dengan menekankan kepada dasar luar yang lebih proaktif dan dinamik berbanding era Tun

Abdullah.

Beliau meneruskan dasar luar yang kukuh yang membantu mewujudkan ekonomi yang

mantap, dinamik dan mudah pulih. Penekanan diberikan dalam kerjasama serantau, terutama

dengan ASEAN, OIC, NAM dan sebagainya.

Di samping itu, beliau juga menekankan peri penting dalam menjalinkan hubungan dua

hala (diplomasi dua hala) dengan negara-negara yang merupakan negara ‘trading partner’

dengan Malaysia, terutamanya dalam bidang ekonomi, seperti China, Jepun, Singapura,

Amerika Syarikat dan sebagainya.

Page 19: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

19

Kesimpulan

Oleh itu, perkembangan dasar luar negara di bawah kepimpinan perdana menteri yang silih

berganti ini menunjukkan tindak balas pragmatik terhadap perubahan geopolitik dan ekonomi

pada tempoh tersebut. Untuk terus relevan dengan keperluan negara, dasar luar negara tidak

boleh statik. Walaupun perubahan dalam keutamaan menjadi ciri asas bagi dasar luar negara

Malaysia, namun kesinambungan juga jelas kelihatan. Perubahan dan kesinambungan ini

memperlihatkan tahap keyakinan dan kematangan negara yang lebih tinggi dalam

mengendalikan hubungan antarabangsanya. Malah, kepimpinan Malaysia turut diiktiraf dalam

pelbagai isu yang menarik minat negara membangun.

4C Perkembangan hubungan Serantau Malaysia untuk menjamin kestabilan politik

negara / kedaulatan negara melalui ASA, MAPHILINDO, ASEAN

Setelah mencapai kemerdekaan, negara kita dan juga negara-negara jiran serantau iaitu

Thailand dan Filipina diancam hebat oleh pengaruh Komunis. Di Malaysia, Parti Komunis Malaya

(PKM) menyebarkan pengaruh fahaman komunis dalam kalangan rakyat dan menggunakan

sempadan Malaysia-Thailand sebagai pengkalan gerakan gerila mereka.

Malaysia ingin mengadakan kerjasama dengan negara jiran agar dapat membendung

pengaruh dan gerakan PKM. Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan penubuhan ASA untuk

melindungi negara-negara anggota daripada ancaman tersebut dan menjalin kerjasama dalam

bidang ekonomi dan sosial. Walaubagaimanapun, matlamat tersebut tidak banyak dicapai

kerana ketiadaan kerjasama yang erat dan telah membawa kepada pembubaran ASA pada

tahun 1963.

Seterusnya, pertelingkahan antara Malaysia dengan Filipina dan Indonesia timbul

disebabkan oleh cadangan pembentukan Malaysia. Presiden Soekarno menganggap

pembentukan Malaysia sebagai satu neokolonialisme atau penjajahan bentuk baru dan Filipina

pula menuntut Sabah yang didakwanya masih menjadi hak milik negara mereka.

Page 20: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

20

Bagi menyelesaikan pertelingkahan ini, Malaysia telah mengambil langkah mengadakan

rundingan dengan Filipina dan Indonesia dan akhirnya membawa kepada penubuhan

MAPHILINDO. Melalui MAPHILINDO, bantuan PBB dipohon bagi mendapatkan pandangan

rakyat Sarawak dan Sabah tentang cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia. Walaupun

hasil tinjauan mendapati majoriti rakyat kedua-dua negeri berkenaan bersetuju dan

menyokong pembentukan Malaysia, namun Indonesia dan Filipina kurang berpuas hati dan

persengketaan berterusan yang menyebabkan MAPHILINDO telah tidak berperanan lagi.

Melalui Deklarasi Bangkok yang telah di meterai pada 8 Ogos 1967 telah membawa

kepada penubuhan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai ASEAN

yang bermatlamat untuk mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dan

membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan serta

meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan

dan perindustrian.

Selain itu, negara-negara anggota ASEAN juga saling berkerjasama dalam bentuk latihan

dan penyelidikan serta mengadakan hubungan yang erat dengan pertubuhan serantau dan

antarabangsa.

Antara kerjasama yang terjalin termasuklah mengistiharkan ASEAN sebagai zon aman,

bebas dan berkecuali pada tahun 1971, pengistiharan Zon Bebas Senjata Nuklear pada tahun

1984 dan Zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN pada tahun 1992.

Page 21: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

21

4D. Perubahan dasar luar Malaysia daripada Pro-Barat kepada Dasar Berkecuali adalah

wajar. Bincangkan.

Perubahan yang dilakukan adalah wajar untuk mengekalkan keamanan dunia tanpa

menyokong Blok Barat ataupun Blok Komunis. Hal ini adalah selaras dengan matlamat dan

dasar NAM untuk berbaik-baik dengan semua Negara kerana prinsip perjuangan NAM adalah

mengelakkan campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara, menghormati

kedaulatan sesebuah negara, menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui

perundingan dan persefahaman serta menghormati hak asasi manusia.

Selain itu, perubahan dasar luar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan

oleh AMDA dan kurangnya pengaruh Britian di Timur. Perubahan ini juga disebabkan oleh

pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat

dna China.

Malaysia ingin menjalin hubungan persahabatan dengan semua negara khususnya

negara jiran seperti mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam. Masalah pelarian

Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran. Malaysia tidak lagi

bergantung kepada Britian dalam perdagangan bijih timah dan getah kerana telah mempunyai

rakan dagangan dengan negara lain.

Perubahan ini juga wajar dilakukan kerana ekonomi Malaysia juga tidak lagi bergantung

kepada pelabur Britian kerana pengurusan ekonomi dan pelaburan dikendalikan oleh

kepakaran penduduk tempatan dan mengamalkan pasaran bebas serta membina rantaian

perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, dan Jerman.

Page 22: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

22

SOALAN 4 E

Faedah / kepentingan / manfaat / sumbangan / kebaikan dasar luar

Faedah yang diperoleh Malaysia dalam hubungan dasar luar ialah dapat menerapkan nilai-nilai

baik dalam diri rakyat contohnya melalui Dasar Pandang ke Timur rakyat akan mencontohi

budaya bekerja masyarakat negara Jepun dan Korea Selatan yang mempunyai kesungguhan

dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik. Hal ini dapat meningkatkan prestasi

kerja.

Seterusnya, penyertaan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa –Bangsa Bersatu (PBB)

dapat membasmi kemiskinan di luar bandar dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat

contohnya, bantuan Bank Dunia untuk menjayakan rancangan Lembaga Kemajuan Tanah

Persekutuan (FELDA). Hal ini dapat meningkatkan pendapatan dan jurang antara pendudukan

bandar dan luar Bandar.

Dasar luar ini juga dapat meningkatkan pelaburan dan perdagangan rakyat melalui

Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) yang menggalakkan kerjasama ekonomi dan

mewujudkan jumlah pasaran yang luas dalam kalangan negara anggota. Hal ini dapat

meningkatkan ekonomi negara.

Seterusnya hubungan dasar luar dapat meningkatkan hubungan persahabatan dan

persaudaraan dengan rakyat negara luar menerusi bidang kebudayaan dan sosial seperti

penyertaan dalam festival kebudayaan dan kesenian serta sukan SEA. Hal ini dapat

meningkatkan kerjasama serantau melalui dasar berbaik-baik dengan rakyat negara lain.

Selain itu hubungan luar dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran

rakyat dalam pelbagai bidang seperti sains, matematik dan ICT contohnya pembinaan Pusat

Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang dapat meningkatkan kemajuan

teknologi dan inovasi yang dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan bidang sains dan

matematik di negara ini.

Page 23: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

23

Selain itu, dasar luar Malaysia dapat mengukuhkan kestabilan politik negara. Kesannya

keadaan aman dalam negara akan menjamin keselamatan rakyat dan negara. Hal ini akan

menarik pelabur-pelabur asing datang ke negara kita. Pertambahan kemasukan pelabur asing

menyebabkan ekonomi negara akan berkembang pesat dan membuka peluang pekerjaan

kepada penduduk tempatan serta merangsang kemasukan tenaga kerja dari luar.

Hubungan baik dengan negara luar turut meluaskan pasaran untuk barangan keluaran

negara sama ada barangan pertanian atau perindustrian. Eksport negara akan bertambah dan

aliran mata wang asing ke negara kita akan meningkat. Keadaan ini turut menyumbang kepada

kemajuan ekonomi negara.

Dasar luar negara juga penting untuk mengekalkan kedaulatan negara. Dasar berbaik-

baik dengan semua negara dapat mengelak pertelingkahan berlaku dengan negara jiran. Segala

konflik dengan negara jiran diselesaikan melalui rundingan atau melalui mahkamah

antarabangsa, contohnya isu Pulau Batu Putih.

Selain itu, negara kita juga dapat berkongsi kepakaran dengan negara lain terutamanya

negara-negara maju seperti Jepun contohnya dalam bidang pembuatan kereta nasional Proton

dan pembinaan infrastuktur negara terutamanya dalam bidang pembinaan LRT / MRT,

jambatan, keretapi laju dan sebagainya.

Page 24: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

24

SOALAN 4 F . Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa

Peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa ialah melalui Komanwel

negara kita telah lantang bersuara menentang Dasar Aparteid di Afrika Selatan yang

menyalahgunakan hak asasi manusia. Begitu juga dalam bidang perdagangan, eksport

Malaysia ke Negara-negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang rendah.

Namun, keistimewaan ini telah terhakis selepas Britain menjadi anggota pertubuhan

Kesatuan eropah (EU). Rancangan Colombo pula menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa

dalam bidang pendidikan. Dalam bidang sukan, Malaysia telah berjaya menganjurkan Sukan

Komanwel pada tahun 1998.

Selain itu, dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Malaysia telah memainkan

peranan penting dalam membantu menyelesaikan konflik antarabangsa. Sejak tahun 1960,

Malaysia telah dipilih menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB untuk

menamatkan perang saudara di Congo.

Pada 1989, Malaysia dipilih untuk mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi

membantu Negara tersebut mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1990-an Malaysia telah

menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menghantar

pasukan pengaman ke Bosnia.

Malaysia juga lantang bersuara di PBB menentang dasar apartheid di Afrika Selatan.

Negara kita juga menyarankan agar benua Afrika menjadi warisan dunia yang diletakkan di

bawah hak milik atau kuasa semua Negara.

Dari segi ekonomi, Malaysia juga menjadi ahli Bank Dunia,, iaitu bank antarabangsa

yang ditubuhkan oleh PBB pada Disember 1945. Malaysia sebagai ahli memperoleh faedah dari

segi kemasukan pelabur-pelabur asing dan ini diharapkan dapat membasmi kemiskinan di luar

Bandar selain menyediakan peluang pekerjaan. Malaysia telah menggunakan bantuan daripada

bank dunia untuk menjayakan rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan

membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan.

Page 25: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

25

Malaysia juga mengambil pendirian teguh terhadap usaha-usaha memerangi gejala

penyalahgunaan dadah. Hasil daripada usul Malaysia, satu persidangan antarabangsa diadakan

di Vienna (Austria) pada 1987 dan Perdana Menteri Malaysia menjadi Yang Dipertua

persidangan tersebut. Di samping itu, Malaysia juga telah bekerjasama dan menyertai

beberapa agensi di bawah PBB. Contohnya, kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan di

bawah agensi Pertubuhan Makanan dan pertanian, kerjasama dalam bidang kesihatan dan

perubatan Kesihatan Dunia dan juga kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di bawah

Pertubuhan Pendidikan, saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu.

Malaysia juga pernah dipilih menjadi ahli majlis Keselamatan PBB pada tahun 1965,

1989, 1999 dan 2015. Wakil Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi

Perhimpunan Agung PBB (UNGA) dan beliau dilantik sebagai wakil khas PBB untuk

menyelasaikan konflik politik Negara Myanmar. Malaysia juga berpendirian tegas mendesak

PBB menjalankan usaha menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan Persidangan

Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur.

Di samping itu, Malaysia juga turut menyertai Pergerakan Negara-Negara Berkecuali

(NAM). Melalui pergerakan ini Malaysia telah membuat beberapa usul bagi membela

kepentingan negera-negara sedang membangun. Antaranya termasuklah isu Palestin,

kerjasama ekonomi dan isu Benua Antartika. Dalam Kemuncak Kelapan di Harare (Zimbabwe),

Malaysia telah mengemukakan cadangan bagi menghapuskan Dasar Aparteid di Afrika Selatan.

Malaysia telah diberi penghormatan apabila dipilih sebagai Naib Presiden dalam Sidang

Kemuncak NAM di Belgrade, Yugoslavia.

Seterusnya, melaui pertubuhan Negara-Negara Selatan, Malaysia memainkan peranan

penting menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan kerana idea penubuhannya datang

daripada Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad semasa Sidang Kemuncak NAM di Zimbabwe.

Strateginya adalah menubuhkan Kumpulan 15. Sidang Kemuncak G15 yang pertama telah

diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1990.

Page 26: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

26

Antara projek yang dirancang termasuklah kerjasama dalam bidang sains dan teknologi

serta penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan

(SITTDEC) di Kuala Lumpur, penubuhan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global (GSTP) dan

juga penubuhan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan.

Dalam pada itu, Malaysia memainkan peranan penting dalam Pertubuhan Persidangan

Negara Islam (OIC) apabila Tunku Abdul Rahman diberikan penghormatan untuk menjadi

Setiausaha Agung OIC yang pertama. Malaysia telah menjadi perantara dalam menyelesaikan

peperanga Iran-Iraq. Di samping itu, Malaysia juga memberikan sokongan kepada rakyat

Palestin dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan semula tanah air mereka daripada

Israel.

Malaysia pernah menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003, di

samping menganjurkan persidangan menentang pengganas dalam kalangan Negara Islam pada

tahun 2002. Tawaran biasiswa turut diberikan kepada para pelajar dari Negara OIC untuk

belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Malaysia juga mengesyorkan

penggunaan dinar emas dalam kalangan negara Islam dalam urusan perdagangan dan kegiatan

ekonomi yang lain.

Page 27: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

27

4 G. Perubahan dasar luar Malaysia mengikut perubahan kepimpinan serta perubahan

politik dan ekonomi global.

Dasar luar Malaysia sentiasa berubah dengan mengambil kira perubahan keadaan politik

semasa. Selepas negara kita mencapai kemerdekaan, Malaysia menghadapi ancaman komunis.

Oleh itu, Malaysia di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman mengamalkan dasar pro-Barat yang

antikomunis. Hal ini adalah kerana Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-

negara Komanwel seperti Britain, Australia dan New Zealand.

Menjelang tahun 1970-an, dasar luar Malaysia berubah kepada dasar berkecuali dan

berbaik-baik dengan semua negara. Perubahan dasar luar yang dilaksanakan oleh Tun Abdul

Razak ini adalah disebabkan kurangnya peranan AMDA dan pergolakan di Vietnam yang

melibatkan Amerika Syarikat dan China.

Malaysia juga telah mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali bersama-

sama ASEAN dengan menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis

seperti China, Jerman Timur.

Selain itu, dasar luar sentiasa berubah kerana kepentingan ekonomi. Oleh itu, Dasar luar

Malaysia pada tahap pertama lebih bersifat pro-Barat kerana Malaysia merupakan pengeluar

utama bijih timah dan getah. Malaysia menjalin hubungan baik dengan Britain kerana

mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara tersebut. Tambahan pula, pelabur

Britain merupakan pelabur utama dalam sektor perladangan dan perindustrian di Malaysia.

Dasar luar Malaysia pada tahap ketiga semasa pimpinan Dato’ Seri Dr. Mahathir lebih

memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi. Penekanan tersebut berkaitan dengan

isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan dalam kalangan negara membangun. Oleh itu,

Malaysia mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN untuk

meningkatkan nilai perdagangan negara kita.

Page 28: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

28

Beliau juga memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur dengan menjadikan Jepun dan

Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan Malaysia. Dasar ini juga bertujuan

menggalakkan pelaburan dari negara berkenaan ke Malaysia. Perubahan dasar luar Malaysia

yang menekankan kepentingan ekonomi juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala

dengan negara membangun dan negara Islam. Hal ini bertujuan meningkatkan pasaran

barangan Malaysia serta mengadakan pelaburan di negara berkenaan. Selaras dengan

perubahan tersebut, Malaysia mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara Afrika,

Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan.

Melalui misi perdagangan, Malaysia telah menandatangani perjanjian perdagangan dua

hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. Bagi meningkatkan kemajuan negara,

Malaysia telah menjalankan dasar luar yang sentiasa berubah mengikut keadaan politik dan

ekonomi global.

Malaysia adalah pengeluar utama bijih timah dan getah dunia. Bagi menjamin hasil

pengeluaran tersebut mendapat pasaran yang baik, Malaysia mengamalkan dasar luar bersifat

pro-Barat yang menyokong British kerana negara tersebut merupakan pembeli utama bahan

mentah Malaysia.

Sebagai negara yang baru merdeka, Malaysia memerlukan pelaburan modal untuk

meningkatkan perusahaan perladangan dan perindustrian. Bagi mencapai matlamat tersebut,

Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik Britain dan Amerika. Hal ini demikian kerana negara

tersebut merupakan pelabur utama dalam perusahaan perladangan dan perindustrian di

negara kita.

Menjelang tahun 1970-an, Malaysia mengubah dasar luar yang bersifat pro-Barat

kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Hal ini adalah kerana Malaysia

tidak boleh sentiasa bergantung kepada Britain dan Amerika untuk memajukan ekonomi

negara. Malaysia perlu meluaskan lagi pasaran hasil negara selaras dengan prinsip

mengamalkan pasaran bebas.

Page 29: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

29

Dasar luar yang berasaskan prinsip pasaran bebas ini telah meningkatkan lagi kemajuan

ekonomi negara. Pada tahun 1980-an, semasa kepimpinan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad,

Malaysia mengamalkan Dasar Pandang ke Timur. Dasar ini menggunakan Jepun dan Korea

Selatan sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia. Dasar ini bertujuan

menggalakkan rakyat mengambil nilai-nilai yang baik seperti semangat mencintai negara,

kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik.

Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan Negara Membangun

dan Negara Islam. Menerusi lawatan Perdana Menteri ke negara Afrika, Amerika Selatan,

Caribbean dan Pasifik Selatan, Malaysia menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang

menguntungkan kedua-dua belah pihak. Perjanjian tersebut meningkatkan lagi kemajuann

negara melalui pelaburan luar negara.

Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara ASEAN bagi meningkatkan kemajuan

negara. Malaysia menjalinkan kerjasama ekonomi melalui ASEAN dengan melancarkan projek

baja UREA. Projek tersebut mampu menjana ekonomi pertanian dengan lebih baik. Malaysia

juga berusaha mewujudkan kerjasama ekonomi antara ASEAN dengan negara Timur iaitu China,

Jepun dan Korea Selatan melalui EAEC dan ASEAN +3.

Menjelang kemerdekaan, Malaysia dan rantau Asia Tenggara diancam oleh ideologi

komunis. Ancaman ini boleh menggugat keamanan dan kestabilan politik di rantau ini. Untuk

membendung ancaman tersebut, Malaysia mengamalkan dasar luar yang bersifat anti-komunis.

Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara Komanwel untuk mendapatkan

bantuan ketenteraan daripada Britain, Australia dan New Zealand.

Dasar ini menyebabkan Malaysia dihormati oleh dunia kerana berperanan membendung

ancaman komunis di rantau Asia Tenggara. Negara-negara Asia Tenggara amat berterima kasih

kepada Malaysia atas usaha tersebut.

Page 30: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

30

Dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut keadaan ekonomi global. Pada awal

kemerdekaan, Malaysia mengamalkan dasar pro-Barat yang menyokong Britain dan Amerika.

Dasar luar ini telah membawa kemajuan kepada ekonomi Malaysia. Pelaburan dana syarikat

dari Britain dan Amerika telah menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama bijih timah dan

getah dunia. Malaysia mendapat penghormatan negara lain kerana berjaya membangun

dengan cepat walaupun baru mencapai kemerdekaan.

Malaysia mengubah dasar luar daripada pro-Barat kepada dasar berkecuali dan berbaik-

baik dengan semua negara. Melalui dasar ini, Malaysia mula menjalinkan hubungan baik

dengan negara komunis seperti China, Korea Utara, Soviet Union serta Vietnam.

Hubungan baik Malaysia dengan negara blok komunis ini berjaya menangani isu pelarian

Vietnam.

Kesediaan Malaysia membenarkan Pulau Bidong, di Terengganu sebagai kem

petempatan pelarian Vietnam telah menghindarkan campurtangan kuasa besar dalam politik di

Asia Tenggara. Usaha Malaysia ini sangat dihormati dunia kerana bukan sahaja berjaya

mengekalkan keamanan di rantau Asia Tenggara sebagai rantau berkecuali malah mampu

menyelesaikan isu kemanusiaan sejagat.

Penghormatan dunia terhadap sikap berkecuali Malaysia menyebabkan negara

kita dipanggil menyertai pasukan pendamai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk

menamatkan Perang Saudara di Congo dan mewakili pasukan pengaman PBB bagi membantu

Namibia mencapai kemerdekaan. Malaysia juga dipilih menyertai pasukan pemerhati bagi

meleraikan pergolakan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menjadi pasukan pengaman ke Bosnia.

Malaysia menjunjung amalan yang toleran dalam hubungan kaum. Malaysia

memutuskan hubungan dengan Afrika Selatan kerana mengamalkan dasar apartheid. Malaysia

tidak menjalinkan hubungan dengan Israel kerana menceroboh Palestin dan memberikan

layanan buruk terhadap orang Islam. Tindakan Malaysia telah membuka mata dunia terhadap

hak asasi manusia. Atas usaha itu, dasar apartheid dihapuskan dan kebajikan rakyat Palestin

mendapat perhatian dunia.

Page 31: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

31

Hubungan luar bersifat multilateral dapat dilihat melalui penglibatan Malaysia dalam

pertubuhan antarabangsa. Hubungan Malaysia dengan negara Komanwel menyebabkan

Malaysia dipilih menjadi tuan rumah bagi persidangan Commonwealth Head of Governments

Meeting (CHOGM). Dalam persidangan tersebut, anggota Komanwel telah mengisytiharkan

Deklarasi Langkawi 1989 yang berkaitan dengan tanggungjawab negara-negara anggota dalam

mengawal dan mengatasi masalah pencemaran.

Page 32: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

32

NOTA BAB 9

MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

TAJUK 5

CIRI-CIRI KEPIMPINAN TOKOH-TOKOH MALAYSIA YANG

BOLEH DICONTOHI OLEH GENERASI MUDA UNTUK

MENCAPAI KECEMERLANGAN SEBAB MALAYSIA MENGAMALKAN DASAR BERBAIK-BAIK

DENGAN SEMUA NEGARA/ DASAR BERKECUALI DASAR LUAR MALAYSIA DITENTUKAN OLEH PERUBAHAN

PUCUK PIMPINAN NEGARA KEMAJUAN EKONOMI NEGARA KITA DITENTUKAN OLEH

DASAR LUAR MALAYSIA MANFAAT / FAEDAH / KEBAIKAN / KESAN / KEPENTINGAN /

KEBERKESANAN/ IMPLIKASI HUBUNGAN BAIK MALAYSIA

DENGAN NEGARA LUAR.

Page 33: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

33

Kepimpinan negara telah berjaya membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang

cemerlang. Buktikan

ATAU

Ciri-ciri kepimpinan tokoh-tokoh Malaysia yang boleh dicontohi oleh generasi muda untuk

mencapai kecemerlangan.

Kecemerlangan negara berkait rapat dengan pemimpinnya yang berpendirian tegas. Buktinya

Tun Dr. Mahathir telah mengemukakan usul memerangi penyalahgunaan dadah di persidangan

Antarabangsa di Vienna (Austria) pada Jun 1987. Tindakan ini telah berjaya menaikkan imej

Malaysia di mata dunia.

Selain itu, pemimpin berani menyuarakan pendapat bagi membela kepentingan negara-

negara yang sedang membangun juga penting. Contohnya dalam sidang kemuncak kelapan di

Harare (Zimbabwe) Tun Dr. Mahathir telah membantu menghapuskan Dasar Aparteid di Afrika

Selatan.

Di samping itu, pemimpin berjiwa rakyat seperti Tun Abdul Razak telah

memperkenalkan Rancangan Pembangunan Lima Tahun di bawah DEB. Hasilnya peluang

pekerjaan bertambah dan meningkatkan pendapatan rakyat.

Sifat kepimpinan terpuji misalnya Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menjadi orang

tengah dalam penyelesaian isu Bangsa Moro di Selatan Filipina. Hasilnya dapat menjamin

keamanan di rantau ASEAN.

Page 34: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

34

Pengamalan dasar berbaik-baik dengan semua negara merupakan tindakan wajar. Jelaskan.

ATAU

Sebab Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara/ dasar berkecuali /

Mengapakah Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara /dasar

berkecuali?

Antara sebab Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara dalam aspek

politik ialah mengekalkan kestabilan politik negara dan serantau. Melalui konsep ZOFPAN

keamanan dan keselamatan negara dan serantau terpelihara. Manakala melalui perisytiharaan

Zon Bebas Senjata Nuklear, rantau ini tidak akan membenarkan mana-mana kapal mengunakan

perairan dan kemudahan pelabuhan untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear.

Dari segi aspek ekonomi keadaan yang aman juga dapat menarik pelabur-pelabur asing

datang ke negara kita. Dengan pertambahan kemasukan pelabur asing, ekonomi negara akan

berkembang pesat dan seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Keadaan ini turut merangsang kemasukan tenaga kerja dari luar yang diperlukan untuk

mempercepat pembinaan projek-projek mega seperti pembinaan Monorel dan Jambatan kedua

Pulau Pinang. Pendek kata, dasar berbaik-baik dengan negara lain akan menjadikan Malaysia

sebagai destinasi utama pelabur asing.

Dari aspek sosial, dasar berbaik-baik dengan negara lain telah berjaya mengukuhkan

perpaduan masyarakat antarabangsa dengan mewujudkan masyarakat yang saling menyayangi,

menghargai antara satu sama lain dan seterusnya menolak prasangka buruk dalam kalangan

semua negara. Contohnya, masyarakat antarabangsa bersatu padu dalam menjayakan sukan

bertaraf antarabangsa seperti Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Oleh itu, dasar berbaik-baik

dengan negara lain ternyata mampu menyatupadukan masyarakat seantero dunia melalui

pelbagai aktiviti sukan.

Page 35: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

35

Dasar Luar Malaysia ditentukan oleh perubahan pucuk pimpinan negara. Terangkan.

Sejak mencapai kemerdekaan, dasar luar Malaysia sering berubah mengikut perubahan

politik dunia. Jelaskan.

Sejauh manakah perubahan pucuk pimpinan negara mempengaruhi dasar luar Malaysia.

Dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut pucuk pimpinan dan perkembangan dunia. Hal

ini bergantung kepada kepimpinan negara yang mengutamakan kepentingan negara,

keselamatan dan kemakmuran penduduk Malaysia.

Pada masa pentadbiran Tunku Abdul Rahman, dasar luar adalah pro-Barat, yang

antikomunis serta dasar berbaik-baik dengan jiran dan Komanwel tetapi kemudiannya telah

berubah semasa pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn.

Dasar luar Malaysia berubah kepada dasar berkecuali iaitu dasar berbaik-baik dengan

semua negara disebabkan kurangnya peranan AMDA (Perjanjian Pertahanan Tanah Melayu-

British) dan pergolakan di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan

China. Keadaan ini bertujuan mewujudkan suasana politik yang lebih stabil.

Dasar luar ketika era Tun Dr. Mahathir lebih memberi penekanan untuk bersahabat baik

dengan semua negara tanpa mengira kerajaan asalkan negara tersebut tidak mencampuri

urusan dalaman Malaysia. Tun Dr. Mahathir merupakan seorang pemimpin yang

menggunakan kaedah pendekatan dan perbincangan terbuka dalam menyelesaikan masalah.

Semasa era pemerintahan Tun Dr. Mahathir, kerjasama secara rasmi memberi keutamaan

kepada negara-negara Asean, diikuti dengan Negara-negara Islam (OIC), seterusnya negara-

negara berkecuali dan akhirnya negara-negara Komanwel.

Perkembangan dasar luar era Tun Dr. Mahathir menunjukkan perbezaan ketara dengan

dasar luar sebelum pemerintahan beliau. Malaysia juga telah mengisytiharkan konsep Zon

Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) bersama-sama ASEAN dengan menjalinkan hubungan

diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur. Keadaan ini

bertujuan mewujudkan hubungan berbaik-baik dengan semua negara.

Page 36: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

36

Kemajuan ekonomi negara kita ditentukan oleh dasar luar Malaysia.

Hubungkait kemajuan ekonomi negara dengan dasar luar Malaysia.

Sejauh manakah dasar luar Malaysia mampu mempengaruhi kemajuan ekonomi negara kita.

Melalui dasar pro-Barat semasa zaman Tunku Abdul Rahman, ekonomi Malaysia menjadi

mantap kerana menerima bantuan dari pihak barat seperti bantuan modal dari negara

Komanwel yang maju.

Bantuan teknikal diperoleh melalui Rancangan Colombo dan keuntungan secara tidak

langsung melalui keanggotaan di dalam kawasan sterling.

Taraf hidup penduduk Malaysia ditingkatkan melalui projek pembangunan seperti

pembinaan Masjid Negara, Stadium Negara, Bangunan Parlimen, Muzium Negara dan Tugu

Kebangsaan.

Semasa zaman Tun Dr. Mahathir Mohammad, Dasar Pandang ke Timur telah

diperkenalkan. Pekerja Malaysia digalakkan mencontohi nilai etika kerja dari negara Jepun dan

Korea Selatan seperti menepati masa, kesungguhan dalam pekerjaan dan mencintai negara.

Melalui dasar ini juga, berlaku peningkatan pelaburan dari negara Jepun dan Korea

Selatan. Secara tidak langsung peluang pekerjaan bertambah dan pengangguran dapat

dikurangkan.

Selain itu, jurang kemiskinan antara bandar dan luar Bandar dapat dirapatkan.

Kakitangan awam dihantar ke Jepun dan Korea Selatan untuk menjalani latihan pengurusan

sektor awam dan swasta bagi meningkatkan kecekapan pekerja dan produktiviti.

Seterusnya, Malaysia berjaya mengeluarkan kereta nasional sendiri iaitu Proton Saga

.Kejayaan ini merupakan satu langkah ke arah mengeluarkan jentera bergerak menggunakan

hasil keluaran tempatan dengan sepenuhnya pada masa akan datang

Page 37: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

37

Pembinaan kemudahan asas telah mendapat bantuan kepakaran dari Jepun dan Korea

Selatan seperti pembinaan Jambatan Pulau Pinang, Lebuh raya Utara Selatan dan bangunan

Daya Bumi.

Di samping itu, kerjasama Malaysia dengan Negara-Negara Selatan digiatkan agar dapat

mengatasi harga eksport bahan-bahan mentah dan meningkatkan kerjasama ekonomi serta

teknikal di kalangan negara anggota tanpa bergantung kepada negara maju.

Selanjutnya, Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara

lain seperti Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Beberapa misi perdagangan

dilaksanakan dan perjanjian perdagangan ditandatangani menguntungkan kedua-dua belah

pihak.

Semasa pemerintahan Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak, beliau mempergiatkan hubungan

perdagangan dua hala Malaysia-China untuk mengatasi krisis kewangan sejak tahun 1997.

Kesannya perdagangan dua hala Malaysia-China telah mencecah 36.06 billion dollar pada 2008

meningkat 10.3 peratus berbanding tahun 2007.

Dalam sektor pelancongan Malaysia menjadi destinasi utama pelancong China. Pada

tahun 2009 lebih 949 800 pelancong China melawat Malaysia yang merupakan angka terbesar

dari luar negara rantau ASEAN.

Page 38: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

38

Manfaat / faedah / kebaikan / kesan / kepentingan /keberkesanan/ implikasi hubungan baik

Malaysia dengan negara luar.

Manfaat politik yang diperoleh Malaysia melalui hubungan baik dengan negara luar ialah dapat

membantu mengekalkan keamanan serantau dan membina semangat setia kawan antara

negara anggota serta mengekalkan kestabilan politik negara serantau. Sebagai contoh Malaysia

membantu PBB dengan menyertai tentera pengaman seperti di Bosnia, serta menentang isu

Aparteid di Afrika Selatan serta memperjuangkan hak milik rakyat Palestin.

Selain itu Malaysia juga dapat mengekalkan persefahaman dengan negara lain dan

dapat mengelakkan krisis antara negara. Sebagai contohnya penyelesaian isu jerebu akibat

pembakaran hutan di Kalimantan Indonesia.

Seterusnya Malaysia dapat meneruskan hubungan diplomatik yang baik dengan negara

serantau bagi kepentingan politik Malaysia dan serantau menjadi aman dan makmur. Sebagai

contoh terdapat banyak pejabat kedutaan luar negara di sekitar Kuala Lumpur seperti Kedutaan

Indonesia, India, Amerika Syarikat. Tindakan ini memudahkan segala urusan rakyat dalam

negara dan luar negara seperti urusan visa dan permit kerja, pendidikan, serta masalah yang

tidak dijangka seperti kematian, bencana alam dan perang.

Di samping itu, Malaysia dapat mengukuhkan pertahanan negara dengan adanya

kerjasama dan bantuan tentera dari negara lain. Sebagai contoh tragedi Highland Tower juga

mendapat bantuan penyelamat daripada negara Perancis.

Manfaat politik yang selanjutnya ialah bersahabat dengan semua negara. Contohnya

Malaysia mendapat bantuan kepakaran dan logistik untuk mencari kehilangan pesawat MH370

dari negara Australia dan China.

Manfaat ekonomi Malaysia melalui hubungan baik dengan negara luar ialah dapat

mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja dan menarik pelaburan asing ke negara kita.

Pelaburan asing ini dapat dilihat dalam aspek industri berat, permotoran, elektronik dan

sebagainya. Hal ini membawa kepada wujudnya Zon Bebas Cukai Bayan Lepas Pulau Pinang

Tasek dan Klebang di Ipoh dan Sungai Way di Kuala Lumpur.

Page 39: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

39

Manfaat ekonomi yang seterusnya ialah dapat meningkatkan ekonomi setempat dengan

mempromosi negara sebagai destinasi pelancongan yang dapat meningkatkan pendapatan

penduduk luar bandar seperti penyertaan dalam “Program Inap Desa”.

Manfaat seterusnya ialah berlaku pertukaran teknologi dan kepakaran dengan negara

lain. Sebagai contoh mengadakan pertukaran teknologi industri automotif sejak tahun 1982

dengan negara Jepun . Hasilnya, negara kita dapat mengeluarkan kereta nasional sehingga hari

ini. Selain itu, pembinaan terowong SMART yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa

Bersatu serta wujudnya koridor raya multimedia yang melibatkan dari luar negara seperti

Amerika Syarikat, Jepun dan United Kingdom.

Di samping itu, Malaysia berjaya mengekalkan kemerdekaan negara kerana berbaik-baik

dengan semua negara seperti negara Asia, Eropah atau Amerika. Tindakan ini menyebabkan

negara luar tidak mempunyai alasan untuk menyerang atau mengancam kedaulatan negara.

Manfaat yang diperoleh Malaysia dalam bidang sosial ialah dapat meningkatkan kualiti

pendidikan dengan menggalakkan kemasukan pelajar luar negara dan menjadikan Malaysia

sebagai pusat pendidikan antarabangsa seperti UIAM menjadi pilihan pelajar antarabangsa

seperti Afrika, Afghanistan, Somalia dan Thailand. Di samping berlaku pertukaran pelajar

antarabangsa, pembinaan sekolah antarabangsa seperti Sekolah antarabangsa British,

kehadiran guru Bahasa Inggeris luar negara terutama dari Britain. Malaysia juga membawa

masuk pelajar Islam dari Selatan Thailand untuk belajar di sekolah agama di sekolah terpilih

seperti SMK Agama Kuala Lumpur, KISAS dan sebagainya.

Page 40: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

40

NOTA BAB 9

MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

TAJUK 6

Bukti negara Malaysia bergiat aktif dalam pertubuhan antarabangsa.

Peranan generasi muda untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.

Bukti kerjasama yang terjalin antara Malaysia dan negara-negara lain telah banyak memberi kesan positif / memberi manfaat/ memberi kesejahteraan hidup kepada rakyat Malaysia.

Kejayaan dalam bidang politik Kejayaan bidang ekonomi Kejayaan bidang sosial Dasar luar negara yang diamalkan sejak merdeka hingga kini

berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati.

Bukti kejayaan asean dalam mengekalkan keamanan serantau.

Peranan / tanggungjawab warga global / generasi muda menyumbang kepada kesejahteraan serantau.

Bukti dasar luar Malaysia telah membantu mengelakkan berlakunya konflik yang boleh menggugat keamanan sejagat sama ada di peringkat serantau dan antarabangsa.

Peranan rakyat mewujudkan keamanan dan kesejahteraan di peringkat antarabangsa

Page 41: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

41

Negara Malaysia bergiat aktif dalam pertubuhan antarabangsa. Buktikan pernyataan tersebut

Negara Malaysia terus bergiat aktif dalam pertubuhan antarabangsa ialah dengan melahirkan

pemimpin bersuara lantang di peringkat antarabangsa seperti di peringkat Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu (PBB) agar isu-isu yang melibatkan masalah negara –negara dunia dapat diatasi

dengan jayanya. Selain itu, kita juga boleh menghantar bantuan kemanusiaan ke negara-negara

yang memerlukan seperti Aman Palestine dan MyCare agar hubungan antara negara-negara

tersebut dapat diperkukuhkan. Penglibatan Malaysia ini telah membuka mata dunia tentang

permasalahan isu Palestine.

Di samping itu, penganjuran sukan antarabangsa juga dapat memastikan penyertaan aktif

negara dalam pertubuhan antarabangsa misalnya Malaysia pernah menjadi tuan rumah bagi

meganjurkan sukan Sea yang dapat mengeratkan hubungan antara negara melalui semangat

kesukanan. Seterusnya, penganjuran pameran antarabangsa juga merupakan langkah efektif

yang akan menggalakkan kerjasama politik, ekonomi dan sosial negara-negara dunia. Misalnya

pameran LIMA yang diadakan di Langkawi.Hal ini dapat meningkatkan persefahaman dan

persahabatan dalam negara yang terlibat.

Selain itu juga, Malaysia juga boleh menjadi tuan rumah persidangan yang dapat

mengukuhkan kerjasama politik antara negara anggota contohnya Malaysia telah menjadi tuan

rumah Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003. Seterusnya, Malaysia perlu meluaskan

kerjasama dalam penyelidikan antarabangsa agar kemajuan ekonomi negara dapat

ditingkatkan. Contohnya, Malaysia pernah menyertai agensi Pertubuhan Makanan dan

Pertanian (FAO) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Penyertaan negara kita dapat

mempertingkatka teknologi pertanian negara kita.

Di samping itu, Malaysia juga lantang bersuara dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

menentang dasar Aparteid di Afrika Selatan yang membezakan taraf penduduk Afrika Selatan

mengikut warna kulit. Dengan ini, Malaysia tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik

dengan negara berkenaan sehinggalah undang-undang dasar Aparteid itu dihapuskan oleh

kerajaan Afrika Selatan.

Page 42: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

42

Selain itu juga, Malaysia telah memainkan peranan penting dalam PBB semasa membantu

menyelesaikan konflik antarabangsa. Misalnya, Malaysia telah dipilih untuk menyertai pasukan

pendamai di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan perang saudara di Congo. Pada tahun

1989, Malaysia sekali lagi dipilih untuk mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi

membantu Negara itu mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1990-an, Malaysia telah

menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iraq-Iran dan Kampuchea serta menghantar

pasukan pengaman ke Bosnia.

b. Peranan generasi muda untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.

Remaja di negara kita perlu membuat anjakan paradigma selaras dengan arus matlamat untuk

menjadikan Malaysia negara maju. Oleh itu, setiap remaja perlu memainkan peranan mereka

dengan penuh tanggungjawab untuk merencanakan pembangunan negara.

Peranan remaja kini ialah mereka perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai

kecemerlangan dari aspek akademik. Kecemerlangan akademik merupakan salah satu elemen

penting untuk melahirkan remaja yang berkualiti demi kepentingan negara.Intelek merupakan

faktor utama untuk menjana kecemerlangan tamadun bangsa. Sehubungan dengan itu, remaja

kita perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga menuntut segala

pengetahuan, terutamanya ilmu Sains dan Matematik melalui pelbagai sumber seperti

membaca buku, melayari internet dan sebagainya.

Remaja juga perlu kreatif dan inovatif untuk merealisasikan Malaysia ke arah negara maju..

Hal ini kerana mereka yang sentiasa berani mempelopori bidang yang baharu dapat memajukan

negara. Dalam zaman sains dan teknologi (ICT),mereka yang gigih dan berani mencuba sesuatu

yang baharu akan menikmati kejayaan. Pendek kata, pembangunan negara akan tercapai jika

negara kita mempunyai barisan pelapis negara yang kreatif dan inovatif.

Page 43: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

43

Remaja juga perlu memiliki sikap keterbukaan, menerima teguran dan pandangan orang

lain untuk memajukan negara. Mereka perlu mengamalkan sikap toleransi dan bertolak ansur

untuk mencapai misi dan visi negara selaras dengan matlamat Wawasan 2020. Maka, sifat

keterbukaan remaja sudah pasti dapat memudahkan mereka menjadi pemimpin yang mampu

membangunkan negaranya dengan penuh komited.

Kesimpulannya, generasi muda pada hari ini hendaklah memainkan peranan masing-

masing untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

c. Kerjasama yang terjalin antara Malaysia dan negara-negara lain telah banyak

memberi kesan positif / memberi manfaat / memberi kesejahteraan hidup kepada rakyat

Malaysia. Buktikan kebenaran pernyataan tersebut.

Antara kesan positif / manfaat hasil daripada kerjasama yang terjalin antara Malaysia

dengan negara lain adalah dapat menarik pelaburan asing ke negara kita. Misalnya dalam

bidang automotif. Kemasukan pelaburan asing ke negara kita akan membuka peluang

pekerjaan kepada rakyat seterusnya membantu mengurangkan masalah pengangguran

Kesan positif / manfaat yang seterusnya adalah dapat memperkukuhkan kerjasama

dalam pelbagai bidang. Contoh kerjasama dalam bidang sains dan teknologi. Kerjasama ini,

Malaysia dapat bertukar-tukar teknologi dalam pelbagai bidang dengan negara lain yang lebih

maju. Contohya, teknologi dalam bidang pertanian di negara Thailand.

Selain itu kita juga akan dapat meningkatkan keselamatan dan kestabilan politik melalui

kerjasama yang terjalin.Hal ini kerana, kita boleh bersama-sama menjaga kawasan perairan

dengan negara-negara jiran demi memastikan keselamatan bersama. Kesannya ia akan

membantu mewujudkan kestabilan politik di negara kita dan seterusnya negara jiran seperti

Singapura dan Indonesia.

Page 44: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

44

Seterusnya kerjasama yang terjalin juga akan dapat menggalakkan kedatangan

pelancong asing ke negara kita. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu merancakkan

ekonomi negara dalam dan bidang perhotelan serta industri kecil dan sederhana. Situasi ini

akan dapat dapat membantu meningkatkan pendapat negara seterusnya meningkatkan taraf

hidup rakyat

d. i. Terangkan Kejayaan / Manfaat / Kelebihan / Keistimewaan / yang dicapai

Malaysia hasil hubungan dengan negara luar.

ATAU

ii. Dasar luar negara yang diamalkan sejak merdeka hingga kini telah berjaya

meletakkan malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati.Buktikan.

ATAU

iii. Penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau telah membawa banyak

kejayaan kepada negara kita. Buktikan.

KEJAYAAN DALAM BIDANG POLITIK

Penyertaan dalam bidang politik ialah penyertaan dalam Komanwel. Negara kita dapat

bantuan ketenteraan daripada negara Komanwel.Contohnya mengatasi halangan Parti

Komunis Malaya (PKM). Kita juga mendapat bantuan negara Komanwel menghadapi

Konfrantasi dengan Indonesia.

Selain itu,dengan menyertai PBB, Malaysia telah berjaya memainkan peranan dalam

usaha mengamankan dunia dengan menyertai pasukan pengaman PBB. Contohnya sebagai

Pasukan Pengaman di Congo dan di Namibia di Afrika. Selain itu, Malaysia turut menjadi

Pasukan Pemerhati dalam Perang Iran-Iraq.

Penyertaan dalam OIC , Malaysia telah dapat membantu negara-negara Islam yang

bermasalah seperti Lubnan, Iran-Iraq dan Bosnia. Ini menjadikan Malaysia sebuah negara Islam

terkenal seterusnya menjadi negara contoh.

Page 45: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

45

Penyertaan dalam NAM pula, negara kita dapat mengekalkan keamanan dan kestabilan

politik tanpa menyokong mana-mana blok dunia atas dasar tersebut. Contohnya Malaysia tidak

campurtangan dalam isu yang berlaku di selatan Thailand.

Di samping itu, penyertaan dalam ASEAN, dengan pengenalan Zon Bebas Senjata

Nuklear negara kita bebas daripada disinggahi oleh kapal-kapal senjata nuklear. Manakala

pengenalan ZOFPAN, Malaysia telah dapat mengekalkan keamanan dan kestabilan politik tanpa

bersengkokol dengan dengan kuasa dunia.

Dalam aspek politik juga , Malaysia telah menghormati negara-negara jiran demi

kepentingan bersama-sama. Malaysia juga menawarkan diri menjadi orang tengah dalam

menyelesaikan masalah yang rumit seperti bersedia menjadi orang tengah dalam menangani

masalah pelarian etnik Rohingya.

Impikasinya kesejahteraan dan kestabilan politik dapat dikekalkan di Malaysia

seterusnya menjulang nama Malaysia di persada dunia.

KEJAYAAN BIDANG EKONOMI

Kejayaan dalam bidang ekonomi menjadikan Malaysia menjadi model transformasi

ekonomi sehingga menjadi contoh kepada negara luar. Melalui pinjaman dengan Bank Dunia,

FELDA Berjaya diwujudkan dan diiktiraf Organisasi Tanah paling berjaya di dunia.Contohnya, ia

Berjaya memasarkan produk berasaskan kelapa sawit ke seluruh dunia.

Seterusnya, Malaysia diiktiraf pelopor negara Hub Halal Dunia.Impikasinya ia dapat

mengurangkan krisis makanan halal dunia dan menjadi pembekal kepada negara bukan islam

seperti Jepun, China, Korea, Filipina dan lain-lain.

Perkembangan sector automotif semakin pesat di Malaysia. Malaysia antaranya

Malaysia telah menjayakan ASEAN + 3 dengan mewujudkan kerjasama ASEAN dengan negara

Jepun, China dan Korea Selatan. Malaysia juga merupakan sebuah negara pengeluar minyak. Di

samping itu menjadi negara pengedar kepada kereta keluaran negara-negara Asia seperti

kereta berjenama KIA dan Cherry. Langkah ini membantu merancakkan lagi perkembangan

ekonomi serantau dan dunia. Oleh itu, Malaysia telah menyediakan kemudahan untuk

Page 46: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

46

kelancaran eksport dan import seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia

(MATRADE) juga menyediakan kemudahan untuk pengimport dari luar negara.

Usaha seterusnya memperkenalkan Sistem Penerbangan Tambang Murah di dunia

dilaksanakan. Contohnya, penubuhan Syarikat Penerbangan Air Asia telah berjaya menarik

pelancong asing ke Malaysia. Kejayaan Malaysia dalam bidang perkapalan kian menyerlah.

Contohnya, muncul MISC Berhad sebagai pemilik dan pengoperasi kapal-kapal tangki yang

kedua terbesar di dunia bagi menyediakan perkhidmatan di peringkat antarabangsa.

Pelaksanaan dasar pandang keTimur membolehkan kerjasama erat antara negara Korea untuk

meningkatkan industri perkapalan.

Implikasinya, kejayaan dalam bidang ekonomi ini memberi impak positif kepada negara.

Seterusnya memacu dan mengorak kesinambungan ekonomi ke arah yang lebih baik.

KEJAYAAN BIDANG SOSIAL

Kejayaan dalam bidang sosial ialahMalaysia pernah menjadi tuan rumah bagi persidangan-

persidangan yang membuahkan hasil keputusan berkaitan kepentingan negara-negara anggota

seperti Mesyuarat Commonwealth Head of Governments Meeting (CHOGM). Mesyuarat ini

telah membuahkan keptusan melalui Deklarasi Langkawi 1989. Deklarasi ini juga berhubungkait

dengan soal tanggungjawab negara-negara Komanwel dalam mengawal dan mengatasi masalah

pencemaran.

Penglibatan dalam Sidang Kemuncak Persidangan telah menghapuskan Dasar Apartied di

Afrika Selatan. Malaysia juga mengutuk penindasan yang dilakukan kaum Serb terhadap rakyat

Bosnia.

Kerjasama dalam pendidikan dengan tertubuhnya Persatuan Menteri-Menteri Pelajaran

ASEAN (SEAMEO) yang membincangkan bidang yang berkaitan. Contohnya tertubuhnya Pusat

Serantau Untuk Sains dan Matematik (RECSAM).Penubuhan Tabung Kebudayaan ASEAN untuk

mengadakan Festival Kebudayaan dan Kesenian di kalangan negara-negara anggota.Rancangan

Colombo menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan bagi negara-

negara anggota Komanwel.

Page 47: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

47

Tun Dr Mahathir Mohamed telah dilantik sebagai Yang Dipertua Persidangan

Memerangi Gejala Dadah di Vienna, Austria. Ini menjadikan Malaysia menjadi pelopor dalam

menangani masalah dadah.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan

demokrasi berparlimen yang mementingkan hubungan baik antara negara-negara luar. Situasi

ini membawa kepada penggubalan dasar luar daripada sebuah negara yang anti-komunis

kepada negara berkecuali.

Situasi ini membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara yang membangun dari sudut

ekonomi dan dapat menjadi sebuah negara yang mampu bersaing dengan negara-negara yang

sudah membangun.

Kejayaan lain Malaysia ialah di bidang sukan, Malaysia terpilih menjadi Tuan Rumah

Penganjuran Sukan Komanwel pada tahun 1998. Ini menjadikan Malaysia merupakan satu-

satunya negara Asia Tenggara yang pernah diberi penghormatan dalam menganjurkan temasya

ini.

Implikasinya, kejayaan dalam bidang sosial ini dapat mengeratkan lagi hubungan dengan

negara luar. Oleh itu, nama Malaysia menjadi salah satu negara amat prihatin terhadap isu

global ini.

Page 48: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

48

e. Dasar luar negara yang diamalkan sejak merdeka hingga kini berjaya meletakkan

Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati. Buktikan

Dasar luar negara yang diamalkan sejak tahun 1957 hingga kini Berjaya meletakkan Malaysia

sebagai sebuah negara yang dihormati melalui pengikhtirafan dunia. Ia melelakkan Malaysia

sebagai negara yang aman keran wujud perpaduan kaum walaupun terdiri daripada masyarakat

majmuk. Perpaduan yang kukuh terhasil daripada sikap tolerani dan kerjasama erat melaui

usaha kerajaan seperti memperkenalkan konsep 1Malaysia.

Disamping itu Malaysia juga telah dipilih menyertai pasukan pendamai ke negara-negara

bergolak seperti Congo dan Bosnia dibawah panji panji PBB. Hal ini menunjukkan Malaysia telah

diberi kepercayaan untuk menyertai misi yang penting demi keamanan dunia.

Penghormatan keatas Malaysia juga dapat dilihat melalui kepercayaan yang diberi

kepada pemimpin pempimpin Malaysia. Contohnya perlantikan wakil Malaysia ke PBB iaitu Tan

Sri Razali Ismail sebagai Pengerusi Perhimpunan Agong PBB. Beliau turut dilantik sebagai wakil

khas PBB untuk menyelesaikan konflik politik negara Myanmar. Tuntasnya, dunia mengiktiraf

pemimpin Malaysia diperingkat antarabangsa.

Seterusnya penghormatan ke atas Malaysia dapat dibuktikan dengan pemilihan Malysia

sebagai tuan rumah dalam acara –acara diperinkat global. Contonya Malaysia dilantik sebagai

tuan rumah Sidang Kemuncak NAM yang ke 13 pada tahun 2003 dan tuan rumah sukan

Komanwel pada tahun 1998. Kejayaan mengadakan acara peringkat antarabangsa ini telah

menambahkan kepercayaan negara luar terhadap Malaysia.

Page 49: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

49

f. Buktikan kejayaan ASEAN dalam mengekalkan keamanan serantau.

Antara kejayaan ASEAN dalam mengekalkan keamanan serantau ialah bersepakat

mengisytiharkan negara-negara Asia Tenggara sebagai zon aman, bebas dan berkecuali

(ZOPFAN).

ZOPFAN telah berjaya mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia

Tenggara.

Pendirian ASEAN tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat atau blok Timur dapat

mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar.

Keamanan rantau Asia Tenggara teruji dengan pencerobohan Vietnam ke atas

Kampuchea pada tahun 1978. Tetapi ASEAN berjaya mengatasi masalah tersebut untuk

membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea dengan mengadakan rundingan di

Kuala Lumpur pada 1982.

ASEAN telah memutuskan bahawa rantau Asia Tenggara ialah Zon Bebas Senjata

Nuklear. Untuk itu, ASEAN tidak membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan dan

kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan senjata nuklear bagi menjamin

keselamatan dan keamanan di rantau Asia Tenggara.

Di samping itu keamanan di rantau ini membolehkan para pelabur asing berminat untuk

menanam modal di negara-negara Asia Tenggara.

Seterusnya, keamanan di rantau ini juga menggamit para pelancong asing untuk datang

melancong di rantau ini. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan negara

anggota.

Akhir sekali, kerjasama ASEAN juga dapat menjamin keamanan serantau misalnya

melalui perkongsian pakar dalam aspek ketenteraan dan kerjasama dalam membanteras kes-

kes jenayah.

Konklusinya, kerjasama yang terjalin itu dapat meningkatkan ekonomi negara

seterusnya taraf hidup rakyat terbela.

Page 50: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

50

g. Sebagai warga global / generasi muda yang bertanggungjawab, bagaimanakah negara

Malaysia boleh menyumbang kepada kesejahteraan serantau?

Sebagai warga global rakyat Malaysia perlu mengamalkan kehidupan bersatu padu dan

mencintai keamanan. Oleh itu setiap kaum mesti saling memahami dan bertolak ansur dalam

menyelesaikan masalah.

Generasi muda Malaysia harus menghindari penyalahgunaan dadah dan menghormati hak

asasi manusia. Sebagai warga negara Malaysia yang hebat mesti mematuhi undang-undang

negara serta menolak gejala negatif. Dengan itu negara akan kekal aman.

Selain itu warganegara Malaysia juga mesti secara suka rela melibatkan diri dalam misi

kemanusiaan dan menghormati hak asasi manusia global. Nilai-nilai kasih sayang mesti dipupuk

oleh pemimpin bagi melahirkan generasi muda yang cintakan keamanan. Kesimpulannya

penduduk dunia akan hidup aman damai

Malaysia juga berusaha untuk menghindari pencerobohan kedaulatan negara-negara lain.

Setiap wargenegara juga berpegang kepada prinsip keadilan, sentiasa rasional dan menentang

kezaliman. Kita juga perlu menghormati kedaulatan negara-negara lain serta mengutamakan

rundingan jika menghadapi sebarang pemasalahan atau konflik dua negara. Seboleh-bolehnya

negara Malaysia perlu mengelakkan peperangan dan sentiasa mengamalkan semangat

setiakawan bersifat sejagat.Maka keterbukaan ini akan membawa kepada kesejahteraan.

Kesimpulannya,Malaysia mampu menyumbang kepada kesejahteraan serantau dengan

menjadi warga global yang bertanggungjawab.

Page 51: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

51

h. Dasar luar Malaysia telah membantu mengelakkan berlakunya konflik yang boleh

menggugat keamanan sejagat sama ada di peringkat serantau dan antarabangsa.

Buktikan.

Dasar luar negara yang tidak statik adalah relevan dengan keperluan dan kemajuan

negara. Hal ini kerana melalui dasar berbaik-baik dengan semua negara dapat menjamin

keselamatan. Seterusnya ia dapat mengekalkan keamanan dan kestaabilan politik. Hubungan

baik yang berterusan memberi kelebihan kepada negara kita terutama ketika negara

menghadapi kesusahan atau bencana alam.

Selain itu, kita juga mengekalkan dasar berkecuali dalam hubungan luar supaya negara

kita mempunyai hubungan yang baik dengan semua negara di dunia. Contohnya seperti

hubungan dengan China dan Britain. Hasilnya kedaulatan negara kita tidak akan digugat dan

kita bebas menentukan hala tuju negara mengikut acua sendiri.

Di samping itu, Malaysia juga menjalankan dasar luar yang mengambil kira kepentingan

ekonomi. Hal ini dibuktikan dengan wujudnya hubungan perdagangan dengan negara China

sejak pemerintahan Tun Abdul Razak bin Hussein. Melalui hubungan ini Malaysia banyak

mendapat manfaat dari segi ekonomi terutamanya melalui pertukaran kepakaran dan

perluasan pasaran.

Kita juga mengadakan hubungan multilateral demi mengekalkan keamanan sejagat.

Misalnya kita menjadi anggota pertubuhan di peringkat serantau dan antarabangsa seperti

ASEAN dan PBB.Di samping itu, lawatan rasmi pemimpin negara kita turut membuat misi

perdagangan dengan menghantar delegasi untuk mencari peluang-peluang perniagaan dengan

negara yang terlibat. Hal ini dapat meningkatkan ekonomi negara.

Page 52: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

52

i. Dasar luar negara telah meningkatkan kestabilan politik dan ekonomi Negara.

Bincangkan.

Dasar Luar Negara yang telah diamalkan oleh Malaysia telah berjaya mengekalkan

keamanan dan mempertahankan negara daripada ancaman pengganas. Contohnya, Malaysia

berjaya menyekat pencerohohan Pengganas Sulu ke Lahad Datu. Malaysia juga telah

bekerjasama dengan pertubuhan dunia dan serantau bagi menyekat pengaruh ISIS atau Daesh.

Perkara ini menjamin keselamatan penduduk dan meningkatkan kestabilan politik dan

ekonomi.

Langkah yang dilakukan adalah perkongsian maklumat pertahanan dan keselamatan

diperingkat global. Dasar Luar negara yang mengamalkan sikap tidak campur tangan dalam isu

politik negara lain telah menjamin kedaulatan negara. Dasar berkecuali dalam isu politik negara

lain telah menjamin kedaulatan negara. Hal ini dapat mengekalkan kesefahaman dan membina

semangat setiakawan

Dasar Luar negara juga mampu meningkatkan pasaran negara ke peringkat global.

Kerjasama teknologi pembuatan kereta telah mendorong kejayaan Malaysia menghasilkan

kereta tempatan. Contohnya kereta Proton Saga merupakan kereta tempatan pertama. Hasil

daripada penubuhan Perbadaan Industri Berat Malaysia (HICOM). Malaysia turut berjaya

membina MSC dengan kerjasama dan kepakaran antarabangsa dan mempu membawa

Malaysia kepada negara berteknologi tinggi.

Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia telah menjadi negara Hub Halal dunia. Negara

kita menjadi pelopor hub makanan dunia. Usaha ini telah meningkatkan ekomoni negara

Page 53: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

53

j. Peranan rakyat mewujudkan keamanan dan kesejahteraan di peringkat antarabangsa

Peranan rakyat dalam mewujudkan keamanan dan kesejahteraan di peringkat

antarabangsa adalah dengan menyokong dasar-dasar luar negara yang ditentukan oleh

kerajaan. Hal ini kerana dasar-dasar tersebut untuk kepentingan bersama-sama.

Selain itu, kita hendaklah berusaha berlatih dengan bersungguh-sungguh dalam bidang

sukan agar dapat menyertai sukan Olimpik, Komanwel, SEA. Contohnya menjadikan Pandalela

Renong dan Datuk Lee Chong Wei sebagai idola.

Seterusnya kita haruslah belajar bersungguh-sungguh agar dapat menyambung

pelajaran di Universiti antarabangsa seperti di Universiti Havard. Malah terdapat pelbagai

program pertukaran pelajar dan biasiswa ditawarkan kepada para pelajar untuk menyambung

pelajaran ke luar negara. Contohnya biasiswa Colombo, biasiswa kerajaan Jepun

Monbukagakusho.

Selain itu, rakyat boleh menyertai misi pengaman atau pemerhati tentera ke Lubnan

dan Bosnia. Rakyat juga boleh menyertai misi bantuan kemanusiaan dan menyumbang derma

sama ada dalam bentuk wang, makanan atau pakaian ke Palestin.

Selain itu, terdapat pelbagai badan-badan kerajaan dan NGO yang memerlukan

sukarelawan untuk ke Negara-negara yang mengalami masalah Mynmar, Filipina apabila

berlaku bencana alam.

Oleh itu, kita perlulah menyokong dasar luar negara Malaysia supaya dapat

mengekalkan keamanan dan meningkatkan ekonomi negara.

Page 54: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

54

NOTA BAB 9

MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

TAJUK 7

CABARAN / HALANGAN / KEKANGAN/ MASALAH DALAM

MENINGKATKAN KEBERKESANAN HUBUNGAN MALAYSIA DENGAN

NEGARA LUAR DAN LANGKAH MENGATASINYA .

ISU YANG DIHADAPI MALAYSIA DALAM MENJALINKAN HUBUNGAN

DASAR LUAR DI PERINGKAT SERANTAU/ NEGARA JIRAN /ASEAN.

USAHA / TINDAKAN /LANGKAH/ CARA PEMIMPIN NEGARA KITA

UNTUK MENGUKUHKAN DASAR LUAR MALAYSIA DALAM POLITIK

DAN EKONOMI PERINGKAT ANTARABANGSA

PEREBUTAN PULAU BATU PUTIH

CADANGAN ANDA UNTUK MENGELAKKAN BERLAKUNYA KRISIS

KEGANASAN DI NEGARA KITA.

USAHA / LANGKAH / CADANGAN / SYOR / CARA UNTUK

MENGEKALKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN NEGARA LUAR /

MEMASTIKAN MALAYSIA TERUS AKTIF DALAM PERTUBUHAN

ANTARABANGSA.

Page 55: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

55

SOALAN 7 A

Cabaran / halangan / kekangan / masalah dalam meningkatkan keberkesanan hubungan

Malaysia dengan negara luar dan langkah mengatasinya .

Cabaran pertama yang dihadapi oleh negara kita ialah perbezaan ideologi yang

mewujudkan jurang persefahaman yang luas antara negara. Contohnya Malaysia dengan

negara-negara Islam yang mengamalkan mazhab yang berbeza. Antara langkah yang boleh

dilaksanakan oleh Malaysia untuk mengatasi cabaran tersebut ialah saling menghormati

ideologi serta meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang supaya hubungan dua hala dan

ideologi yang berbeza tidak menjadi penghalang.

Cabaran yang kedua adalah untuk mengekalkan hak negara. Isu persempadanan yang

menjadi rebutan antara negara menyebabkan hubungan menjadi renggang. Contohnya isu

Pulau Spratly. Langkah untuk mengatasi cabaran ini ialah negara-negara yang terlibat

hendaklah mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa

(ICJ). Hal ini menyebabkan keamanan berjaya diwujudkan.

Selain itu, Malaysia juga menghadapi cabaran untuk mengekalkan kemajuan ekonomi

kerana berlaku kejatuhan nilai mata wang Malaysia. Hal ini menyebabkan Malaysia tidak dapat

bersaing di pasaran antarabangsa. Seterusnya bagi menghadapi cabaran yang ketiga pula

Malaysia perlu mencari medium perantara lain sebagai alat pertukaran untuk berurusan.

Contohnya dinar emas.

Seterusnya Malaysia menghadapi cabaran dalam menangani masalah kebergantungan

kepada pekerja asing. Keadaan ini menyebabkan kebanjiran tenaga kerja asing dan peluang

untuk rakyat tempatan terhad. Bagi menghadapi cabaran keempat, penguatkuasaan undang-

undang yang ketat oleh pihak berkuasa supaya kedatangan dan kebergantungan kepada

pekerja asing dapat dikawal. Pihak kerajaan dan majikan perlu mengutamakan rakyat Malaysia

untuk memenuhi sektor pekerjaan.

Cabaran yang seterusnya ialah jenayah merentasi sempadan. Contohnya

penyalahgunaan dadah. Pengedar dadah menjadikan Malaysia sebagai negara transit dan ada

dalam kalangan rakyat Malaysia yang menjadi keldai dadah. Untuk mengatasi cabaran ini,

Page 56: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

56

kerajaan perlu mengadakan kawalan ketat di pintu-pintu masuk negara serta mengenakan

hukuman yang ketat kepada pesalah. Selain itu, Malaysia juga perlu mengukuhkan kerjasama

dengan pihak berkuasa negara-negara lain agar masalah ini dapat diatasi tanpa menjejaskan

hubungan dua hala tersebut.

Cabaran untuk mengekalkan keselamatan negara. Rakyat negara kita sering menjadi

mangsa penculikan oleh lanun di perairan Sulu di selatan Filipina. Mereka sering meminta

pampasan melibatkan jutaan ringgit. Langkah mengatasi pencerobohan sempadan negara

dengan penubuhan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) iaitu pemantauan keselamatan

merangkumi 1,400 km pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau.

Kesimpulannya, setiap cabaran yang dihadapi haruslah ditangani secara bijak dan

mengambil kira kepentingan bersama bagi meningkatkan keberkesanan hubungan Malaysia

dengan negara luar.

7B

a) Isu yang dihadapi Malaysia dalam menjalinkan hubungan luar di peringkat antarabangsa

b) Cara Malaysia menangani isu diperingkat antarabangsa

Isu yang dihadapi oleh Malaysia dalam membentuk hubungan baik di peringkat

antarabangsa adalah pandangan negatif oleh negara luar ke atas Negara islam seperti Malaysia.

Contohnya, mereka bertanggapan bahawa Negara Islam adalah penaja bagi sebarang aktiviti

keganasan di peringkat antarabangsa contohnya isu IS.

Seterusnya kegiatan jenayah seperti permerdagangan manusia dan dadah semakain

berleluasa contohnya Malaysia menjadi transit kepada kegiatan tersebut.

Kemudiannya, kebangkitan kuasa besar dunia sperti China boleh menggugat hubungan

antarabangsa seperti tuntutan mereka terhadap pulau-pulau di kawasan Laut China Selatan

yang bertindih dengan persempadanan antarabangsa.

Page 57: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

57

b) Cara Malaysia menangani isu diperingkat antarabangsa

Bagi mengatasi isu peringkat antarabangsa negara-negara Barat sepatutnya mengamalkan sikap

toleransi dan persefahaman antara satu sama yang lain.

Hal ini dapat dilihat apabila negara Malaysia menjalinkan kerjasaman dengan pelbagai

agensi keselamatan Negara luar contohnya melalui penglibatan Malayasia dalam negara

Komanwel.

Selain itu, Malaysia menyertai pemimpin dunia pada Sidang Kemuncak Perubahan Iklim

Copenhagen berikrar bahawa Malaysia akan mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 40

peratus tertakluk kepada penerimaan pemindahan teknologi dan pembiayaan yang mencukupi

daripada negara maju dan ekonomi perindustrian.

Seterusnya, negara-negara kuasa besar perlu menghormati kedaulatan negara lain

untuk menyelesaikan sebarang isu persempadanan melalui deklarasi.

Seterusnya semua Negara anggota harus bekerjasama dalam menyelesaikan masalah

keganasan di peringkat antarabangsa. seperti bekerjasama dalam bidang pertahanan Negara

anggota.

Akhir sekali PBB harus memainkan peranan dalam menyelesaikan sesuatu masalah

antarabangsa dengan lebih adil.

Page 58: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

58

Isu yang dihadapi Malaysia dalam menjalinkan hubungan dasar luar di peringkat serantau /

negara jiran /ASEAN.

ISU 1: PENCEROBOHAN PENGGANAS SULU DI LAHAD DATU

Isu yang dihadapi oleh Malaysia dalam membentuk hubungan baik dengan negara jiran adalah

berkaitan pencerobohan oleh pihak asing di sempadan negara Malaysia. Hal ini telah

menjejaskan keamanan dan keselamatan rakyat serta mencabar kedaulatan negara.

Contohnya, pencerobohan yang dilakukan oleh pengganas Sulu pada tahun 2013 di Lahad Datu.

Ia menyebabkan kawasan Lahad Datu diisytiharkan dalam zon merah & pergerakan rakyat

terbatas kerana mengancam keselamatan nyawa.

Langkah untuk mengatasinya ialah polis Malaysia telah menangkap 104 warga Filipina

yang disyaki ada kaitan dengan Jamalul Kiram III di bawah Akta Kesalahan Keselamatan

(Langkah-langkah Khas) 2012. Selain itu, kerajaan mewujudkan Kawasan Keselamatan Khas

Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi memperkuatkan lagi keselamatan maritim di bahagian timur

Sabah serta melancarkan sebuah Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE).

ISU 2 : PENCEROBOHAN PERAIRAN NEGARA MALAYSIA DAN NEGARA JIRAN

Malaysia juga menghadapi masalah berkaitan pencerobohan bot nelayan asing yang

menangkap ikan di luar zon yang dibenarkan. Hal ini kerana pemilik bot nelayan tidak

mengenalpasti had-had kawasan penangkapan ikan mereka sehingga memasuki perairan

negara jiran. Isu pencerobohan nelayan Vietnam ke perairan negara menyebabkan Malaysia

mengalami kerugian hampir AS$400,000 setiap tahun kerana hasil perikanan negara

dicerobohi.

Malaysia telah mencadangkan Vietnam supaya membekalkan nelayan dengan sistem

GPS dan walkie-talkie untuk memudahkan komunikasi berlaku agar nelayan tidak memasuki

sempadan mana-mana negara serta dapat dipantau oleh pihak berkuasa tempatan. Selain itu,

Malaysia juga menjelaskan kepada Vietnam, sekiranya nelayan didapati mencerobohi perairan

Malaysia maka mereka dikenakan denda sehingga RM1 juta bagi nakhoda atau pemilik

vesel/bot dan RM100,000 bagi kru vesel/bot, atau dipenjara sehingga 6 bulan.

Page 59: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

59

ISU 3 : TUNTUTAN ANTARA MALAYSIA DENGAN SINGAPURA TERHADAP PULAU BATU PUTIH

Pertikaian mengenai status kedaulatan Pulau Batu Puteh tercetus ketika Malaysia

menerbitkan peta rasmi yang baru dengan memasukkan Pulau Batu Puteh di dalam perairan

wilayahnya. Malaysia mendakwa Pulau Batu Puteh adalah hak milik negara berdasarkan

Perjanjian Inggeris-Belanda 17 Mac. Perjanjian tersebut hanya memberi kebenaran secara

bertulis kepada pihak British untuk membina rumah api manakala Singapura hanya diberikan

kebenaran mengurus rumah api tersebut bagi kepentingan industri perkapalan. Hal ini

menyebabkan Singapura mendakwa mereka telah menguasai pulau tersebut tanpa sebarang

tentangan dan halangan oleh pihak Malaysia.

Langkah penyelesaian yang telah diambil ialah Malaysia dengan Singapura telah

membawa kes perebutan Pulau Batu Puteh ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa(ICJ). ICJ

memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh milik Singapura sementara Batuan Tengah

milik Malaysia. Kedua-dua negara menerima keputusan oleh ICJ dengan terbuka & penyelesaian

tersebut menjamin hubungan baik antara Malaysia dengan Singapura.

ISU 4 : ANCAMAN PENGGANAS SERANTAU

Asia Tenggara menerima ancaman pengganas yang telah mengancam keselamatan serta

keamanan negara-negara serantau. Contohnya, ancaman Jemaah Islamiyah (JI) dipercayai

rangkaian pertubuhan al-Qaeda. Kawasan selatan Filipina dianggap berpotensi besar menjadi

sarang pengganas disebabkan ketidakstabilan politik. Selain itu, kumpulan Abu Sayyaf di selatan

Filipina mendapat sokongan JI. Negara serantau turut terdedah kepada ancaman kumpulan

Negara Islam (IS) yang mana perjuangannya tidak berlandas kepada ajaran Islam sebenar.

Langkah yang diambil ialah mewujudkan Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah

Keganasan (SEARCCT) dengan menyediakan pusat latihan dan penyelidikan dalam bidang

keganasan dan pencegahannya di Asia Tenggara. SEARCTT akan melatih dan mempertingkatkan

kapasiti penguatkuasaan dalam kalangan pegawai penguat kuasa keselamatan dan penggubal

dasar. Di samping itu, SEARCTT juga mempertingkatkan kerjasama dengan institusi 'think-tank'

dan organisasi antarabangsa. SEARCCT juga berperanan membentuk perspektif Malaysia dalam

menangani isu keganasan dan mencegah keganasan melalui pendekatan yang komprehensif.

Page 60: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

60

ISU 5 : REBUTAN KEPULAUAN LIGITAN-SIPADAN ANTARA MALAYSIA DENGAN INDONESIA

Persengketaan Indonesia dan Malaysia terhadap Kepulauan Ligitan-Sipadan apabila

masing-masing memasukkan pulau Sipadan dan pulau Ligitan ke dalam wilayah mereka.

Malaysia telah membangunkan resort di Sipadan dan Ligitan sehingga menimbulkan kemarahan

Indonesia menyebabkan mereka meminta pembangunan tersebut dihentikan sementara

waktu. Persengketaan berterusan apabila Malaysia meminta pihak Indonesia untuk menarik

tuntutan terhadap kepulauan tersebut, namun Indonesia menolak permintaan itu.

Penyelesaian dapat diatasi apabila Soeharto bersetuju dengan Tun Dr. Mahathir untuk

membawa kes ini ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa(ICJ). ICJ memutuskan bahawa

kepulauan Ligitan-Sipadan menjadi hak milik Malaysia berdasarkan kepada kedudukan

kepulauan tersebut yang berada dalam wilayah Malaysia. Keputusan oleh ICJ dihormati oleh

kedua-dua negara dan ketegangan antara Malaysia-Indonesia dapat diatasi dengan baik.

Penyelesaian ini membolehkan Malaysia meningkatkan ekonomi dalam sektor pelancongan

melalui pembangunan Kepulauan Ligitan-Sipadan sebagai kawasan pelancongan.

Page 61: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

61

7C. Usaha / tindakan / langkah / cara pemimpin negara kita untuk mengukuhkan dasar

luar Malaysia dalam politik dan ekonomi peringkat antarabangsa

Malaysia mengamalkan Dasar Berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana

kuasa dalam menjalinkan hubungan dengan negara luar. Contohnya Malaysia tidak campur

tangan dalam isu yang berlaku di selatan Thailand selaras dengan dasar berkecuali yang

diamalkan oleh negara. Malaysia juga turut membantu membangunkan negara Iraq yang

musnah akibat peperangan. Melalui dasar ini membantu mengekalkan keamanan dunia dan

keselamatan negara

Dalam aspek politik, dalam menjalinkan hubungan luar, Malaysia telah menghormati

negara-negara jiran. Malaysia sentiasa memberi maklum balas terhadap keputusan yang

diputuskan oleh negara-negara luar demi kepentingan bersama-sama. Malaysia juga

menawarkan diri menjadi orang tengah dalam menyelesaikan masalah yang rumit seperti

bersedia menjadi orang tengah dalam menangani masalah pelarian etnik Rohingya. Malaysia

juga menganjurkan perundingan antarabangsa seperti persidangan menentang pengganas

dalam kalangan negara Islam pada tahun 2002. Kesannya pandangan dan pendapat

pemimpin kita diterima oleh pemimpin negara lain .

Sepanjang menjadi sebuah negara berdaulat, Malaysia telah mengamalkan prinsip

keamanan sejagat dalam usaha untuk mengukuhkan politik antarabangsa. Malaysia terlibat

secara aktif dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam usaha menamatkan

ketidakadilan dan kezaliman serta mendaulatkan undang-undang antarabangsa. Contohnya

Malaysia berkhidmat sebagai anggota Lembaga Gabenor Agensi Tenaga Atom Antarabangsa

(IAEA), Vienna. Penyertaan Malaysia dalam perbahasan terbuka mengenai Situasi di Timur

Tengah yang dianjurkan oleh Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada 19 April 2004. Kesannya,

Malaysia telah berjaya menggunakan platform forum-forum antarabangsa menyuarakan

pandangannya tentang isu-isu global seperti keamanan, kedaulatan, kemerdekaan,

ketidakadilan, kezaliman, dan hak asasi manusia.

Dalam aspek ekonomi pula, Malaysia terus melaksanakan dasar menjalin hubungan

kerjasama ekonomi yang erat dengan semua negara, terutamanya rakan-rakan ASEAN dan

serantau, untuk memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi. Di peringkat serantau,

Page 62: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

62

Malaysia telah memainkan peranan yang aktif dalam mempromosikan ASEAN terutama semasa

Malaysia menjadi Pengerusi Tetap ASEAN ke-39 pada 2005-2006. Malaysia berjaya

menganjurkan Sidang Kemuncak Pertama Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand

(IMT-GT) pada 11 Disember 2005 dan Sidang Kemuncak Pertama Kawasan Pertumbuhan Asia

Timur-Brunei Darussalam-lndonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) pada 11 Disember 2005 di

Kuala Lumpur. Hal ini menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.

Di Samping itu juga, Malaysia juga mengamalkan dasar perdagangan bebas. Malaysia

merupakan negara perdagangan terbesar di dunia dan merupakan salah sebuah pembekal

terbesar dunia bagi barang-barang seperti produk berasaskan getah, produk berasaskan kelapa

sawit, produk berasaskan kayu, produk elektronik dan ICT, produk automotif, tekstil, buah-

buahan dan makanan, dan produk-produk petrokimia. Oleh itu, Malaysia telah menyediakan

kemudahan untuk kelancaran eksport dan import seperti Perbadanan Pembangunan

Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) juga menyediakan kemudahan untuk pengimport dari

luar negara.

Kesannya , Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia pemimpin kita telah meningkatkan

imej Islam. Malaysia, berusaha mengamalkan sistem kewangan Islam dan menjadikan Malaysia

sebagai Pusat Ekonomi Islam Dunia. Malaysia mengambil langkah untuk memajukan sistem

kewangan Islam ini. Contohnya penggubalan akta Bank Islam pada 1983, Bank Islam Malaysia

Berhad telah ditubuhkan. Pada tahun 2012, Negara Sudan meminta pertolongan Malaysia,

untuk menubuhkan bank kewangan Islam di negara tersebut. Kesannya , negara kita menjadi

rujukan negara lain untuk membangunkan ekonomi mereka terutamanya negara-negara islam.

Pemimpin Malaysia juga menjadikan negara kita diiktiraf sebagai Hub Halal Dunia. Hal

ini membolehkan pemindahan teknologi dibawa masuk daripada negara luar dan dapat

memberikan nafas baharu kepada industri halal global. Contohnya melalui Pameran Halal

Antarabangsa Malaysia (MIHAS) pebagai produk halal dipamerkan ke negara-negara seperti

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) malah negara-negara ASEAN. Malah produk ini juga

mendapat banyak permintaan sama ada dari negara Islam mahupun bukan negara Islam

seperti Amerika Syarikat, New Zealand, dan Kesatuan Eropah yang lain. Kesannya permintaan

produk-produk halal tempatan dapat diperluaskan ke seluruh dunia .

Page 63: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

63

7.D i) Hala tuju yang sesuai bagi dasar luar negara pada masa hadapan.

ATAU

ii) Ramalan dasar luar negara pada masa hadapan

ATAU

iii) Dasar luar negara berubah-ubah agar relevan dengan keperluan semasa.

ATAU

iv) Hala tuju yang sesuai bagi dasar luar negara untuk memastikan hubungan

luar Malaysia terus relevan dengan keperluan semasa supaya dasar luar

Malaysia tidak bersifat statik.

Malaysia dijangka mengekalkan prinsip berbaik-baik dengan semua negara dan prinsip

berkecualinya sesuai dengan konsep ZOPFAN yang dipersetujui dalam ASEAN supaya dunia

aman tanpa persaingan pengaruh yang membawa kepada peperangan.

Dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan dunia kekal aman dan harmoni,

Malaysia dijangka akan terus komited menyokong segala dasar dan piagam PBB bagi

menyelesaikan pertikaian secara rundingan dan diplomasi. Contohnya Malaysia akan terus

memperjuang nasib rakyat Palestein yang diceroboh oleh Israel dan menghantar tentera

pengaman sekiranya diperlukan.

Malaysia juga akan meningkat hubungan bilateral dengan negera-negara jiran seperti

Indonesia, Singapura, Thailand bagi menjaga kepentingan sosial,ekonomi dan politik serantau.

Begitu juga Malaysia akan terus mengekalkan hubungan dua hala dengan negara Amerika

Latin, Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.

Malaysia juga dijangka akan meneruskan hubungan multilateral dengan pertubuhan

antarabangsa seperti Komanwel, OIC, PBB dan NAM demi mengekalkan keamanan dan

kesejahteraan sejagat. Semua ini dilakukan melalui misi lawatan pemimpin negara ke negara –

negara tersebut secara rasmi dan berterusan .Malaysia menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB

dan berpendirian tegas dalam melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan

warna kulit.

Page 64: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

64

Malaysia akan terus berperanan untuk mengeratkan hubungan sesama negara Islam

bagi mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam. Malaysia

memberikan bantuan kepada negara Islam yang menghadapi masalah seperti Bosnia dan

Afghanistan. Oleh itu, Malaysia akan mendapat penghormatan daripada negara Islam yang lain

kerana memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam.

Malaysia akan terus meningkatkan sektor pertahanan demi menjaga kedaulatannya.

Oleh itu Malaysia akan menjalinkan hubungan dengan negara yang berteknologi tinggi seperti

Perancis dan Rusia dalam memajukan teknologi pertahanan di negara kita tanpa mengira

ideologi negara kuasa besar berkenaan.

Di samping itu Malaysia dijangka akan meneruskan dasar luarnya dengan mengambil

kira kepentingan ekonomi khususnya berkaitan dengan isu-isu perdagangan dan pelaburan

antarabangsa demi pembangunan ekonomi negara kita. Hal ini bertujuan untuk menggalakkan

kemasukan modal dan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat di negara kita. Oleh

itu, kemasukan pelabur asing ke Malaysia akan membantu meningkatkan ekonomi negara agar

mampu bersaing dengan negara lain.

Kerajaan Malaysia juga mengadakan misi perdagangan dengan menghantar delegasi

perdagangan. Sehubungan dengan itu, Malaysia menandatangani Perjanjian TPPA yang

mengambil kira kepentingan ekonomi jangka panjang bagi mencapai misi negara maju

menjelang tahun 2020.

Dasar luar juga akan semakin kukuh apabila Malaysia meningkatkan kerjasama melalui

pertukaran maklumat risikan merentasi sempadan. Contohnya dalam usaha menangani

masalah pemerdagangan manusia dan penyeludupan yang boleh mengugat kesejasteraan

rakyat kita.

Malaysia akan diteruskan bagi mewujudkan hubungan baik dengan negara lain. Hal ini

berlaku kerana adanya semangat tolong menolong yang amat kukuh dalam kalangan rakyat

Malaysia dengan negara luar tanpa mengira kaum, agama, ideologi dan juga sempadan politik.

Contohnya, keprihatinan rakyat Malaysia jelas terbukti ketika malapetaka yang berlaku seperti

Tsunami di Acheh dan gempa bumi di Jepun. Negara kita telah menghantar bantuan perubatan,

Page 65: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

65

bantuan kewangan, bantuan menyelamat serta bantuan barangan makanan dan minuman

kepada semua mangsa.

Negara kita juga dijangka akan meneruskan Dasar Pandang Ke Timur dengan

menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model untuk membangunkan negara. Hal ini

demikian kerana kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara tersebut ternyata

memanfaatkan ekonomi Malaysia dari segi pemindahan teknologi. Contohnya, pelajar-pelajar

Malaysia akan dihantar ke dua buah negara tersebut untuk mempelajari kemahiran teknikal

dan kejuruteraan agar kita mempunyai tenaga pakar untuk membangunkan negara. Pendek

kata, penerusan Dasar Pandang ke Timur telah memanfaatkan negara kita dari segi penyediaan

tenaga pakar untuk membangunkan negara.

Kesimpulannya, adalah diharapkan Malaysia akan terus memainkan peranannya dalam

hala tuju dasar luar Malaysia pada masa hadapan mengambil kira pelbagai aspek agar kemananan

sejagat dapat dinikmati oleh masyarakat seantero dunia.

Page 66: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

66

7 E. Perebutan Pulau Batu Putih hampir menggugat hubungan baik antara Malaysia

dengan Singapura.

Cadangkan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pemimpin negara mengelakkan

situasi di atas berulang .

Usaha untuk mengelakkan situasi tersebut daripada berulang ialah dengan

menyelesaikan sebarang pertikaian melalui meja rundingan. Dengan cara ini negara yang

terlibat berpeluang menyuarakan sebarang kemusykilan / permasalahan secara terbuka.

Contohnya menggunakan Mahkamah Pengadilan Antarabangsa (ICJ) sebagai medium untuk

menyelesaikan pertikaian. Konklusinya, setiap keputusan yang diselesaikan melalui meja

rundingan akan diterima dengan hati terbuka semua Negara yang terlibat.

Usaha yang perlu dilakukan oleh pemimpin negara ialah mewujudkan pentadbiran yang

berkesan dalam dalam negara masing-masing. Oleh itu, akan wujud kestabilan politik dalam

negara. Contohnya negara kita mempunyai pendirian tegas dalam mengamalkan konsep

ZOPFAN / dasar berkecuali. Jelaslah bahawa pentadbiran berkesan memainkan peranan yang

sangat penting dalam mengeratkan hubungan antara negara sama ada di peringkat serantau

dan antarabangsa.

Usaha seterusnya adalah mewujudkan kerjasama dalam bidang ekonomi melalui konsep

ASEAN +3 . Ia bukan sahaja mewujudkan hubungan baik antara Negara ASEAN malah dengan

negara maju di Timur iaitu China , Jepun dan Korea Selatan. Kesimpulannya kerjasama dalam

bidang ekonomi ini telah merangsang kemajuan ekonomi dalam kalangan negara-negara yang

terlibat.

Seterusnya, pemimpin negara perlu memainkan peranan penting di arena antarabangsa

seperti Malaysia memberi bantuan kemanusiaan kepada negara yang ditimpa bencana.

Misalnya menghantar bantuan perubatan melalui pasukan MERCY Malaysia ke Acheh selepas

berlakunya tsunami pada tahun 2004. Jelaslah di sini bahawa usaha dan penglibatan pemimpin

di arena antarabangsa mampu merapatkan hubungan antara dua buah negara.

Page 67: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

67

7F. Ketika ini banyak negara di dunia seperti Libya, Mesir dan Syria menghadapi

krisis dalam negara yang mencetuskan keganasan sehingga menggugat hubungan

antarabangsa.

Apakah cadangan anda untuk mengelakkan berlakunya krisis keganasan di negara

kita.

Antara usaha yang boleh dilakukan untuk mengelak krisis keganasan di negara kita ialah

dengan menguatkuasakan undang-undang yang tegas bagi melahirkan masyarakat yang

berdisiplin dan seterusnya dapat mewujudkan negara yang aman. Tindakan undang-undang

dikenakan terhadap rakyat yang membantu pihak luar seperti insiden pencerobohan di Lahad

Datu, Sabah. Jelaslah bahawa undang-undang memainkan peranan penting mengekang

berlakunya krisis keganasan di negara kita.

Seterusnya pemimpin perlu mewujudkan pentadbiran yang cekap dan berkesan.

Dengan itu akan wujud kestabilan politik sekaligus dapat mengelakkan berlakunya huru hara.

Contohnya melalui pengenalan slogan kepimpinan melalui teladan. Kesimpulannya pemimpin

yang hebat akan berjaya membawa negaranya ke arah keamanan dan kesejahteraan.

Cadangan seterusnya adalah masyarakat pelbagai kaum di negara kita perlu

mengamalkan cara hidup bersatu padu. Perpaduan akan melahirkan masyakat yang harmoni

dan saling hormat menghormati sekaligus dapat mengelakkan krisis keganasan. Contohnya

pengenalan konsep 1Malaysia. Tuntasnya perpaduan ini sangat penting bagi sebuah Negara

kaum seperti Malaysia.

Page 68: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

68

7G. Usaha / langkah / cadangan / syor / cara untuk mengekalkan hubungan baik

dengan negara luar / memastikan Malaysia terus aktif dalam pertubuhan

antarabangsa.

Malaysia turut prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh masyarakat dunia

khususnya mangsa bencana alam seperti taufan, gempa bumi, banjir. Ini terbukti melalui

penghantaran bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada mangsa Taufan Haiyan di Filipina.

Keadaan ini menunjukkan Malaysia mengambil berat akan masalah negara-negara luar

seterusnya dapat meneruskan hubungan baik dengan negara luar.

Usaha untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar juga dibuat melalui

penglibatan Malaysia dalam penganjuran sukan sama ada di peringkat serantau mahupun

antarabangsa. Malaysia mengambil tanggungjawab menjadi tuan rumah Sukan Sea pada tahun

2001 dan Sukan Komanwel pada tahun 1998 di Kuala Lumpur. Keadaan ini membuktikan

Malaysia sentiasa mengeratkan hubungan baik dengan semua negara luar sekaligus menjadikan

Malaysia kekal aktif dalam meningkatkan hubungan luar.

Tindakan Malaysia menjadi orang tengah kepada negara-negara yang sedang bergolak

melalui penglibatan Malaysia dalam PBB . Contohnya Malaysia dilantik sebagai wakil khas PBB

untuk menyelesaikan konflik politik negara Myanmar. Kesimpulannya, Malaysia sentiasa

mengambil langkah proaktif dengan sentiasa melibatkan diri dalam pertubuhan antarabangsa

bagi menggalakkan keamanan dunia untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar.

Usaha untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar melalui dasar luar

Malaysia ialah melalui pengekalan hubungan diplomatik. Malaysia telah melantik duta dan

pesuruhjaya melalui Kementerian Luar ke negara-negara yang mengadakah hubungan dengan

Malaysia.

Selain itu berlaku keganasan antarabangsa yang melibatkan Negara kita seperti

keganasan rejim Israil dan isu penembakan kapal terbang Malaysia (MAS) oleh tentera Rusia.

Akhirnya sikap tidak adil oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang sentiasa

memihak kepada Negara-Negara Barat juga boleh menimbulkan maslah hubungan

antarabangsa Malaysia.

Page 69: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

69

NOTA BAB 9

MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

TAJUK 8

IKTIBAR

Page 70: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

70

IKTIBAR YANG DIPEROLEH BERDASARKAN TAJUK YANG DIKAJI

Iktibar yang diperoleh daripada dasar luar Malaysia ialah pemimpin negara perlulah

bijak dan berwibawa dalam mencorakkan kemajuan negara agar negara tersebut dihormati dan

dikagumi oleh negara lain. Pemimpin sebegini mampu melahirkan semangat kerjasama dan

musyawarah dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul. Seterusnya dapat mengelakkan

berlaku salah faham .Kesannya keamanan dan kesejahteraan negara terjamin

Kita hendaklah bertolak ansur dalam membuat sebarang keputusan yang melibatkan

hubungan dengan negara luar untuk mengelakkan berlakunya sebarang konflik. Hal ini dapat

memelihara hubungan diplomatik dan seterusnya dapat menjamin kedaulatan negara.

Contohnya dalam menangani masalah pendatang tanpa izin dari Indonesia. Kerajaan Malaysia

sentiasa berunding dengan kerajaan Indonesia dalam mencari penyelesaian terbaik.

Selain itu, kita hendaklah mempunyai semangat setiakawan yang kukuh agar dapat

saling membantu dan mengelakkan perasaan saling mencurigai. Dasar berbaik-baik dengan

semua negara perlu dikukuhkan kerana sesebuah negara itu tidak boleh berdiri dengan

sendirinya jika sentiasa bermusuh dengan negara lain. Hubungan luar yang stabil boleh

membawa kepada keadaan politik negara yang aman dan dipandang tinggi oleh masyarakat

dunia.

Semangat patriotisme yang tinggi amat diperlukan bagi menjamin kedaulatan sesebuah

negara. Melalui semangat jati diri yang kukuh, sesebuah negara itu tidak sewenang-wenangnya

dapat diganggu gugat oleh kuasa asing yang sentiasa mencari peluang atas kelemahan negara

tersebut . Pemimpin dan rakyat perlu berganding bahu dalam memastikan keamanan dan

kesejahteraan sesebuah negara terpelihara.

Kita hendaklah sentiasa bersikap terbuka dan berpandangan jauh dalam menjalin

hubungan dengan negara luar. Hal ini boleh dilakukan dengan mempersiapkan diri dengan

pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk bersaing di peringkat global. Kita juga perlu

bersedia menerima perubahan khususnya dalam bidang sains dan teknologi maklumat bagi

memastikan negara tidak ketinggalan dalam arus globalisasi.

Page 71: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

71

NOTA BAB 9

MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

TAJUK 9

PENGETAHUAN

NILAI / UNSUR PATRIOTISME

HARAPAN

Page 72: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

72

PILIHAN 1

9a) Pengetahuan yang diperolehi daripada tajuk yang dikaji ialah Malaysia mengambil

langkah yang dinamis dalam strategi dasar luarnya bagi memastikan negara dapat terus

bersaing dengan negara lain. Selain itu, Malaysia juga mengamalkan dasar berbaik-baik dengan

semua negara demi kepentingan bersama. Malaysia juga menjalinkan hubungan diplomatik

demi menjamin keharmonian sejagat dan meningkatkan ekonomi negara.

9b) Nilai-nilai murni yang diperoleh ialah memupuk semangat kerjasama dengan negara

luar demi kemajuan ekonomi negara. Unsur patriotisme ialah sebagai rakyat Malaysia, kita

berbangga dengan kegigihan pemimpin negara yang lantang bersuara sehingga usaha mereka

diiktiraf dan dihargai oleh pemimpin dunia.

9c) Saya berharap Malaysia terus aktif dalam menjamin keamanan dan kesejahteraan dunia

melalui pertubuhan serantau dan antarabangsa seperti PBB, NAM dan OIC agar disegani di

peringkat antarabangsa. Harapan saya juga agar pemimpin bijak menjalinkan hubungan dengan

negara luar untuk memastikan kestabilan politik Malaysia terjamin.

PILIHAN 2

9a) Pengetahuan yang diperolehi berdasarkan tajuk yang dibincangkan ialah saya

memahami asas penggubalan serta perkembangan dasar luar Malaysia yang telah dilaksanakan

oleh pemimpin-pemimpin negara kita sejak merdeka sehingga kini.

9b) Nilai-nilai murni dan patriotisme yang diperoleh ke arah kemajuan bangsa dan negara

ialah sentiasa bertoleransi dengan semua negara untuk mewujudkan kesejahteraan dunia.

Unsur patriotisme ialah sebagai rakyat Malaysia, saya menghormati semua dasar luar yang

digubal oleh pemimpin negara kita agar kedaulatan negara dapat dipertahankan.

9c) Harapan saya ialah agar rakyat Malaysia terus menjadi warga global yang

bertanggungjawab terutamanya dalam menghulurkan bantuan misi kemanusiaan kepada

negara yang ditimpa bencana. Saya juga berharap agar dasar-dasar luar Malaysia mampu

mengukuhkan hubungan diplomatik dengan negara-negara lain melalui amalan semangat setia

kawan .

Page 73: Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak

73

PILIHAN 3

9a) Pengetahuan yang telah diperolehi ialah pemimpin Malaysia telah memainkan peranan

yang aktif dalam menangani isu politik, ekonomi dan sosial di dunia. Selain itu, saya mngetahui

Malaysia telah menyertai Perjanjian Bebas Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara untuk

mewujudkan negara yang aman dan harmoni.

9b) Nilai-nilai murni yang diperolehi ialah menghormati kedaulatan negara lain dengan

tidak mencerobohi wilayah mereka dengan sewenang-wenangnya. Selain itu, rakyat taat setia

kepada negara dengan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan agar bersedia dengan

sebarang perubahan dasar luar negara. Unsur patriotisme ialah kita menghargai jasa-jasa

pemimpin dan tokoh-tokoh negara yang telah memperkukuhkan hubungan dengan negara-

negara luar.

9c) Saya berharap agar pemimpin dapat mengekalkan keharmonian dan keamanan negara

serta dapat mengelakkan daripada campur tangan luar yang boleh mengancam kedaulatan

negara. Harapan saya juga agar dasar-dasar luar yang dirancang oleh kerajaan dapat

memberikan manfaat kepada rakyat dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.