modul 5.3 topik 3

2
Modul 5.3 / Topik 3 Jurnal : Permuafakatan Sekolah – Komuniti Strategi Menjalin Hubungan Permuafakatan Dengan Pihak Luar Antara strategi untuk menjalin hubungan permuafakatan dengan pihak luar adalah dengan mengadakan Program Penglibatan Ibu Bapa, Perkongsian Keluarga - Sekolah dan Kerjasama Ibu Bapa-Guru. Ibu bapa hendaklah menyediakan persekitaran pembelajaran yang selesa, kemudahan alatan dan bahan pembelajaran, memantau anak-anak belajar di rumah, menjaga kesihatan anak-anak dan membantu anak-anak menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru-guru. Hubungan kerjasama yang erat antara keluarga dan pihak sekolah dapat meningkatkan prestasi pendidikan murid-murid. Ciri-ciri perkongsian keluarga dan sekolah adalah ibu bapa memantau pembelajaran anak-anak di rumah, ibu bapa dan sekolah berinteraksi dan bekerjasama untuk meningkatkan prestasi murid-murid, hubungan kerjasama berterusan dan diberikan perhatian utama, perkhidmatan sedia ada tanpa halangan waktu, mudah berurusan dan proaktif. Sekiranya perkara-perkara di atas dapat dilaksanakan dengan baik maka prestasi murid-murid di sekolah tersebut akan meningkat kerana mendapat sokongan daripada semua pihak. Peranan Sekolah Dalam Institusi Masyarakat Sekolah memainkan peranan yang amat penting dalam kalangan masyarakat. Antara peranan sekolah adalah sekolah menjadi agen yang memodenkan dan memajukan masyarakat dalam semua bidang. Sekolah juga melahirkan pelajar mengikut hasrat Falsafah Pendidikan Negara.Sekolah juga berperanan memenuhi keperluan masyarakat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk memajukan diri, masyarakat dan negara. Sekolah bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan dan membawa perubahan terhadap pelajar. Sekolah merupakan agen memodenisasikan masyarakat dalam semua bidang selari dengan keperluan-keperluan yang dinyatakan dalam matlamat pendidikan

Upload: amir-redkapet

Post on 09-Dec-2015

261 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul 5.3 Topik 3

Modul 5.3 / Topik 3

Jurnal : Permuafakatan Sekolah – Komuniti

Strategi Menjalin Hubungan Permuafakatan Dengan Pihak Luar

Antara strategi untuk menjalin hubungan permuafakatan dengan pihak luar adalah dengan mengadakan Program Penglibatan Ibu Bapa, Perkongsian Keluarga - Sekolah dan Kerjasama Ibu Bapa-Guru. Ibu bapa hendaklah menyediakan persekitaran pembelajaran yang selesa, kemudahan alatan dan bahan pembelajaran, memantau anak-anak belajar di rumah, menjaga kesihatan anak-anak dan membantu anak-anak menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru-guru.

Hubungan kerjasama yang erat antara keluarga dan pihak sekolah dapat meningkatkan prestasi pendidikan murid-murid. Ciri-ciri perkongsian keluarga dan sekolah adalah ibu bapa memantau pembelajaran anak-anak di rumah, ibu bapa dan sekolah berinteraksi dan bekerjasama untuk meningkatkan prestasi murid-murid, hubungan kerjasama berterusan dan diberikan perhatian utama, perkhidmatan sedia ada tanpa halangan waktu, mudah berurusan dan proaktif. Sekiranya perkara-perkara di atas dapat dilaksanakan dengan baik maka prestasi murid-murid di sekolah tersebut akan meningkat kerana mendapat sokongan daripada semua pihak.

Peranan Sekolah Dalam Institusi Masyarakat

Sekolah memainkan peranan yang amat penting dalam kalangan masyarakat. Antara peranan sekolah adalah sekolah menjadi agen yang memodenkan dan memajukan masyarakat dalam semua bidang. Sekolah juga melahirkan pelajar mengikut hasrat Falsafah Pendidikan Negara.Sekolah juga berperanan memenuhi keperluan masyarakat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk memajukan diri, masyarakat dan negara. Sekolah bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan dan membawa perubahan terhadap pelajar. Sekolah merupakan agen memodenisasikan masyarakat dalam semua bidang selari dengan keperluan-keperluan yang dinyatakan dalam matlamat pendidikan negara. Selain itu, sekolah turut menjadi agen perpaduan kerana murid-murid pelbagai kaum belajar dan berinteraksi bersama-sama dalam sesuatu kawasan.