modul 3 sistem geomorfologi

7
Modul Ulangkaji 3 Geografi Alam sekitar Fizikal Tingkatan Enam Isi Kandungan BAB 2: SISTEM GEOMORFOLOGI 1 a) Terangkan konsep sistem Geomorfologi [6 markah] b) Huraikan taburan daratan dan taburan lautan di peringkat global [10 markah] c) Huraikan kepelbagaian jenis pulau yang membentuk sebahagian komponen geomorfologi lautan [9 markah] 2 a) Nyatakan tiga jenis lapisan bumi [3 markah] b) Bagi setiap jenis lapisan yang anda nyatakan di (a) di atas, huraikan sifat-sifat fizikal dan kimianya [10 markah] c) Terangkan ciri-ciri utama lapisan mantel dan jelaskan peranan lapisan mantel kepada kerak bumi [12 markah] 3 a) Nyatakan lima jenis batuan igneus [5 markah] b) Huraikan ciri-ciri utama batuan igneus [10 markah] c) Bagaimanakah batuan igneus mempengaruhi pembentukan pelbagai rupa bumi fizikal di sesebuah kawasan? [10 markah] 4 a) Nyatakan jenis-jenis batuan enapan [5 markah] b) Jelaskan sifat-sifat fizikal dan kimia batuan enapan [10 markah] c) Bincangkan bagaimana batuan enapan mempengaruhi pembentukan pelbagai rupa bumi fizikal di sesebuah kawasan [10 markah] 5 a) Terangkan perbezaan proses pembentukan batuan enapan dengan batuan metamorfosis [10 markah] b) Huraikan pengaruh pelbagai jenis batuan terhadap kegiatan manusia [15 markah] 6 a) Huraikan secara ringkas konsep tenaga endogenik [5 markah] b) Bagaimanakah tenaga endogenik mempengaruhi aktiviti-aktiviti tektonik di lapisan kerak bumi? [10 markah] c) Huraikan bukti-bukti yang menunjukkan kejadian hanyuran benua pada zaman lampau. [10 markah] 7 a) Nyatakan lima plat tektonik yang utama pada masa kini [5 markah] b) Apakah yang anda faham tentang Tektonik plat? [5 markah] c) Bincangkan kesan-kesan hanyutan benua terhadap pembentukan muka bumi [8 markah] 8 a) Jelaskan konsep hanyutan benua [5 markah] b) Huraikan mengapa berlakunya hanyutan benua [10 markah] c) Jelaskan lima kesan hanyutan benua terhadap konfigurasi muka bumi [10 markah] 14

Upload: rosnani-binti-khalid

Post on 13-Jun-2015

3.067 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul 3 sistem Geomorfologi

Modul Ulangkaji 3 Geografi Alam sekitar FizikalTingkatan Enam

Isi Kandungan

BAB 2: SISTEM GEOMORFOLOGI1 a) Terangkan konsep sistem Geomorfologi [6 markah]

b) Huraikan taburan daratan dan taburan lautan di peringkat global

[10 markah]

c) Huraikan kepelbagaian jenis pulau yang membentuk sebahagian komponen geomorfologi lautan

[9 markah]

2 a) Nyatakan tiga jenis lapisan bumi [3 markah]b) Bagi setiap jenis lapisan yang anda nyatakan di (a) di atas,

huraikan sifat-sifat fizikal dan kimianya[10 markah]

c) Terangkan ciri-ciri utama lapisan mantel dan jelaskan peranan lapisan mantel kepada kerak bumi

[12 markah]

3 a) Nyatakan lima jenis batuan igneus [5 markah]b) Huraikan ciri-ciri utama batuan igneus [10 markah]c) Bagaimanakah batuan igneus mempengaruhi pembentukan

pelbagai rupa bumi fizikal di sesebuah kawasan?[10 markah]

4 a) Nyatakan jenis-jenis batuan enapan [5 markah]b) Jelaskan sifat-sifat fizikal dan kimia batuan enapan [10 markah]c) Bincangkan bagaimana batuan enapan mempengaruhi

pembentukan pelbagai rupa bumi fizikal di sesebuah kawasan

[10 markah]

5 a) Terangkan perbezaan proses pembentukan batuan enapan dengan batuan metamorfosis

[10 markah]

b) Huraikan pengaruh pelbagai jenis batuan terhadap kegiatan manusia

[15 markah]

6 a) Huraikan secara ringkas konsep tenaga endogenik [5 markah]b) Bagaimanakah tenaga endogenik mempengaruhi aktiviti-

aktiviti tektonik di lapisan kerak bumi?[10 markah]

c) Huraikan bukti-bukti yang menunjukkan kejadian hanyuran benua pada zaman lampau.

[10 markah]

7 a) Nyatakan lima plat tektonik yang utama pada masa kini [5 markah]b) Apakah yang anda faham tentang Tektonik plat? [5 markah]c) Bincangkan kesan-kesan hanyutan benua terhadap

pembentukan muka bumi[8 markah]

8 a) Jelaskan konsep hanyutan benua [5 markah]b) Huraikan mengapa berlakunya hanyutan benua [10 markah]c) Jelaskan lima kesan hanyutan benua terhadap konfigurasi [10 markah]

14

Page 2: Modul 3 sistem Geomorfologi

muka bumi

SKEMA JAWAPAN: MODUL 3 SISTEM GEOMORFOLOGI1 a) Sistem Geomorfologi ialah satu kajian sains bumi yang mengkaji interaksi

antara proses, faktor dan bentuk di permukaan bumi secara saintifik. Bidang kajian ini berkait rapat dengan bidang sains yang lain seperti meteorologi, fizik, kimia, biologi, geologi dan pedagogi sebagai pengetahuan asasnya manakala bidang kartografi dan matematik sebagai kaedahnya.

b) Taburan daratan dan lautan pada peringkat global keseluruhannya ialah:i. Keseluruhan benua/daratan ialah kira-kira 29% keluasan

keseluruhan muka bumi sementara 71% selebihnya ialah lautanii. Daripada keseluruhan daratan yang ada, 39.4% terletak di

Hemisfera utara sementara selebihnya 18.6% terletak di Hemisfera selatan.

iii. Daratan utama terdiri daripada beberapa benua utama iaitu Benua Asia, Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika, Antartika dan Australia

iv. Lautan utama juga terdiri daripada beberapa lautan utama spt Lautan Pasifik, Lautan Atlantik, Lautan Hindi dan Lautan Artik.

v. Namun begitu masih terdapat banyak lagi lautan-lautan yang lebih kecil dan kepulauan-kepulauan kecil yang bertaburan di permukaan bumi

vi. Saiz daratan dan lautan adalah berbeza-beza antara satu sama lain.

c) Kepelbagaian jenis kepulauan yang membentuk sebahagian drp komponen geomorfologi lautan ialah:

a. kepulauan bersaiz besar dan terletak hampir dengan benua dan mempunyai struktur geologi yang sama dengan jisim benua tersebut ialah Kepulauan British yang terletak hampir dengan Benua Eropah

b. Gugusan pulau yang pelbagai saiz dan berbeza geologi spt Kepulauan Jepun yang terletak dalam gugusan yang sama dengan kepulauan Taiwan dan Hong Kong tetapi geologi berbeza

c. Pulau-pulau terpencil di tengah lautan san jauh dari daratan biasanya dibentuk oleh aktiviti gunung berapi dan ada yang amat aktif spt Kepulauan Hawaii, Mauritius, Galapagos, Fiji, Tonga dll

2 a) Tiga Jenis lapisan bumi a. Kerak bumib. Mantelc. Teras bumi

b) Sifat fizikal dan kimia setiap jenis lapisana. Kerak bumi

Lapisan paling luar bumi Terdiri daripada kerak benua (Sial) dan kerak lautan (Sima) Batuannya terdiri drp jenis granit dan basalt Ketumpatan batuannya 2.3-3.0g/cm padu

b. Mantel

15

Page 3: Modul 3 sistem Geomorfologi

Lapisan pertengahan dan merupakan lapisan tidak stabil Lapisan atasnya berada dalam bentuk batuan separa cair

dan sentiasa berolak Banyak batuan granit dan mineral olivin Ketumpatannya 5.5g/cm padu

c. teras bumi Lapisan paling dalam dan dipisahkan drp mantel oleh

ketakselanjaran gutenberg Terletak antara 2900-5150km dari permukaan Banyak kandungan besi dan nikel Ketumpatannya 10-13g/cm padu

c) ciri-ciri utama lapisan mantel dan peranan lapisan mantel kepada kerak bumiCiri-ciri utama lapisan mantel

Isipadu mantel meliputi 68% daripada bumi dengan ketebalan kira-kira 2830km

Bahagian atas mantel ialah lapisan astenosfera yang berbentuk separa cair dengan suhu 1400 C menyebabkan kerak bumi terapung di atas lautan magma yang panas

Peranan lapisan mantel kepada kerak bumi ialah: Di lapisan mantel ini suhunya yang panas antara 800-1600 C

mempunyai banyak tenaga haba yang mampu mencairkan batuan dan punca pelbagai proses di kerak bumi seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, gerakan tektonik, hanyutan benua, perebakan dasar laut, lipatan kerak bumi dan gelinciran

Batuan yang terdapat membeku didalam kerak bumi yang menjadi sumber mineral utama manusia berpunca daripada lapisan mantel

Proses pembentukan gunung berapi di permukaan bumi kesan daripada timbunan magma dan lava yang membeku di permukaan bumi

Kesan perolakan magma di lapisan mantel telah menwujudkan daya tegangan sehingga berlaku proses gelinciran kerak bumi

Kesan perolakan magma di lapisan mantel juga mewujudkan daya mampatan sehingga berlaku proses lipatan yang membentuk pelbagai jenis gunung lipat di dunia

Peranan lapisan mantel juga telah menyebabkan pergerakan berlaku pada kerak bumi sehingga berlaku hanyutan benua

3 a) Lima jenis batuan Igneusi. Granitii. Gabroiii. Basaltiv. Obsidianv. Pumis

b) Ciri-ciri utama batuan igneus1. Terbentuk drp penyejukan dan pembekuan magma dari dalam kerak

bumi2. Batuan Igenus terdiri daripada Batuan igneus rejahan dan batuan

igneus terobosan.3. Batuan Igneus rejahan ialah batuan igneus yang terbentuk daripada

penyejukan dan pembekuan magma di dalam kerak bumi. Ia tidak

16

Page 4: Modul 3 sistem Geomorfologi

terdapat di pemukaan bumi.4. Batuan Igneus rejahan terdiri daripada batuan plutonik dan batuan

hipabisal. 5. Batuan igneus terobosan terbentuk daripada penyejukan dan

pembekuan magma yang keluar di permukaan bumi6. Batuan yang keluar dari aliran lava yang keluar tanpa letusan gunung

berapi secara senyap menghasilkan batuan berbijian halus dan tekstur berkaca seperti basalt, riolit , tuff, pumis dan obsidian

7. Batuan piroklastik – batuan hasil pengumpulan bahan letupan gunung berapi dan membeku sebelum mendarat seperti lava, debu, abu, lapili, skoria dan pumis.

c) Batuan Igneus akan mempengaruhi pembentukan muka bumi sesebuah kawasan kerana:

1. Batuan Igneus terobosan terbentuk daripada pembekuan lava yang keluar ke permukaan bumi. Maka ia akan menjadi asas pembentukan Penara basalt seperti Dataran Tinggi Deccan di India, dan Dataran Tinggi Columbia. Selain itu sekiranya lava itu keluar di dasar lautan akan membentuk pulau-pulau gunung berapi di lautan seperti di Kepulauan Hawaii, Kepulauan Kuril dan Kepulauan Ryukyu

2. Batuan igneus rejahan terbentuk apabila magma akan membeku di dalam kerak bumi dalam pelbagai bentuk bumi jalar dalam seperti daik, sil, lopolit dan pakolit yang menjadi asas kepada kawasan-kawasan pergunungan dunia

4 a) Jenis-jenis batuan enapani. Batuan enapan jenis klastik spt batu pasir, konglomerat dan syalii. Batuan enapan kimia spt garam batuan dan gipsum batuaniii. Batuan enapan organik seperti batu kapur dan batu arang

b) Jelaskan sifat-sifat fizikal dan kimia batuan enapanSifat-sifat fizikal batuan enapan

i. bersifat lembutii. Struktur batuan berlapis-lapis dan mengandungi fosiliii. Mempunyai banyak rekahan dan ira spt batu kapuriv. Batuannya poros

Sifat-sifat kimia batuan enapani. Batuan enapan klastik : terdiri drp bahan-bahan pasir, kelikir, batu

tongkol, kelodak dan lempung. Terbentuk daripada proses pemadatan dan penyimenan bahan enapan.

ii. Batuan enapan kimia: terdiri daripada penguraian dan pemecahan bahan mineral yang dilarutkan oleh air. Contoh garam batuan terbentuk apabila air yang mengandungi garam(natrium klorida) tersejat

iii. Batuan enapan organik: Terbentuk daripada lapisan bahan organik berjuta tahun dahulu melalui proses pemadatan dan penyimenan. Contoh batu kapur terdiri drp sisa cengkerang haiwan dan terumbu karang

c) Batuan enapan mempengaruhi pembentukan pelbagai rupa bumi fizikal di sesebuah kawasan

1. batuan enapan klastik seperti konglomerat biasanya akan membentuk

17

Page 5: Modul 3 sistem Geomorfologi

permatang dan gunung seperti di Pulau Redang. Sementara jenis batu pasir akan membentuk tebing tinggi dan dataran tinggi seperti di Pulau Langkawi. Syal akan membentuk kebanyakan tanah lembah dan tanah pamah di sesuatu kawasan

2. Batuan enapan jenis kimia seperti batu garam dan batu gipsum akan membentuk tasik-tasik cetek contohnya Laut Mati

3. Batuan enapan jenis organik seperti batu kapur akan membentuk landskap karst yang banyak terdapat di Ipoh Perak sementara Batu arang akan membentuk kawasan tanah pamah dan pinggir laut seperti di Batu Arang, selangor dan Pahang

5 a) Perbezaan proses pembentukan batuan enapan dengan batuan metamorfosis1. Cara pembentukan : Batuan enapan terbentuk dengan cara

pemendapan sementara batuan metamorfosis terbentuk melalui peleburan dan penghabluran semula

2. bahan: Bahan-bahan yang membentuk batuan enapan kebanyakannya bahan mendakan. Sementara batuan metamorfosis terdiri daripada batuan igneus atau enapan

3. Agen: Agen yang mempengaruhi pembentukan batuan enapan ialah air, angin dan glasier sementara agen yang membentuk batuan metamorfosis ialah suhu dan tekanan yang tinggi

b) Huraikan pengaruh pelbagai jenis batuan terhadap kegiatan manusia1. Perlombongan: Kebanyakan batuan seperti bijih besi, petroleum,

arang batu, mika merupakan jenis mineral berharga yang akan menggalakkan kegiatan perlombongan

2. Pembinaan: Batuan seperti granit, batu pasir dan kelikir digunakan dalam industri pembinaan struktur tembok bangunan dan benteng sungai serta pembinaan jalan raya.Batuan marmar biasanya berguna untuk sektor pembinaan bangunan sebagai lantai dan perhiasan dinding. Batu permata juga digunakan sebagai mata penggerudi pada alat pemotong

3. Industri: Lempung dan kaolin digunakan dalam industri pembuatan tembikar, Batu zamrud dan delima digunakan dalam industri barang perhiasan wanita, Petroleum dan gas asli menjadi sumber tenaga utama dalam pelbagai industri pembuatan dan pengangkutan. Batu kapur pula penting dalam industri simen.

4. Pelancongan/rekreasi: Pandang darat karst seperti gua, stalagmit dan stalagtit di gua batu kapur menjadi tarikan pelancong

5. Keagamaan/budaya:Kawasan gua batu kapur menjadi tempat ibadat kepada kaum hindu contohnya Batu caves di Kuala Lumpur

6 a) konsep tenaga endogenikTenaga Endogenik ialah tenaga dalaman yang berpunca daripada dalam bumi misalnya tenaga graviti bumi, tenaga radiogenik dan juga tenaga haba yang amat penting untuk proses-proses tektonik pada kerak bumi seperti lipatan, gelinciran, gempa bumi dan gunung berapi

b) Tenaga endogenik mempengaruhi aktiviti-aktiviti tektonik di lapisan kerak bumiPunca utama yang paling penting mempengaruhi aktiviti tektonik ialah tenaga haba yang wujud di dalam lapisan mantel atas bumi iaitu di astenosfera. Lapisan ini berkeadaan separa cair dan sentiasa berolak mewujudkan arus-arus perolakan yang boleh menggerakkan lapisan kerak bumi. Kesannya akan menghasilkan lipatan dan gelinciran, gempa bumi dan letusan gunung berapi.

i. Lipatan kerak bumi: daya mampatan yang wujud akibat arus

18

Page 6: Modul 3 sistem Geomorfologi

perolakan drp tenaga endogenik ini akan menghimpit kerak bumi sehingga menyebabkan kerak bumi melengkung ke atas membentuk antiklin atau gunung ganang.

ii. Gelinciran/sesar: Tenaga endogenik dari dalam kerak bumi akibat tegangan akan bertindak terhadap lapisan batuan menyebabkan batuan di lapisan kerak bumi merekah/retak . Sempadan yang retak/merekah akan menyebabkan sebahagian blok lapisan kerak bumi akan tergelincir/anjakan sama ada ke atas atau ke bawah, kekiri atau ke kanan atau secara mendatar membentuk horst dan graben.

iii. Hanyutan benua: kuasa endogenik dalam lapisan astenosfera berupaya menggerakkan lapisan kerak bumi daripada kedudukan asalnya sehingga membentuk taburan benua hari ini dan pergerakan itu terus berlaku sehingga kini.

c) Bukti-bukti yang menunjukkan kejadian hanyutan benua pada zaman lampau.1. Bukti keselanjaran benua ; Garis-garis pantai benua memberikan

gambaran bahawa benua adalah jisim daratan yang wujud dari satu blok yang serupa yang digelar pangea

2. Bukti geologi : melalui teknik radiometrik di dapati bahawa jaluran orogenik di benua-benua di pinggir lautan Atlantik adalah sejajar. Ini membuktikan bahawa benua-benua Amerika Selatan dan Afrika telah berpecah dari satu blok. Bahan mendak lautan yang paling awal di kedua-dua benua ini mempunyai usia yang sama

3. Bukti iklim paleo : taburan zon-zon iklim paleo memperlihatkan dari ciri-ciri pengglasieran yg serupa di benua-benua selatan dalam zaman permo-karboniferus terutama di benua India

4. Bukti fosil- Fosil Reptilia Triasik pernah hidup di kedua-dua benua Afrika an Amerika Selatan iaitu jenis Mesosaurus telah dijumpai.

7 a) Lima plat tektonik yang utama pada masa kinii. Plat Pasifikii. Plat Eurasiaiii. Plat Indo-Australiaiv. Plat Afrikav. Plat Amerika Utara

b) Plat tektonik ialah pembahagian kerak bumi kepada kepingan-kepingan atau plat. Plat ini sentiasa bergerak untuk mencapai ke seimbangan. Terdapat plat benua dan juga plat lautan.

c) Kesan hanyutan benua terhadap pembentukan muka bumii. Proses lipatan : akan menghasilkan banjaran gunung dan juga

lembanganii. Proses gelinciran : akan menghasilkan lurah gelinciran dan juga

gunung bongkahiii. Proses letusan gunung berapi : akan menghasilkan pulau-pulau,

arka pulau gunung berapi di tengah lautan

19

Page 7: Modul 3 sistem Geomorfologi

8 a) Konsep hanyutan benuaSatu benua tunggal(pangea) yang telah berpecah (laurasia dan Gondwana) dan kemudian hanyut lalu membentuk benua-benua yang ada sekarang yang berlaku berjuta-juta tahun dahulu.

b) Ketumpatan lapisan bumi yang berbeza: benua-benua kerak bumi yang mempunyai ketumpatan rendah terapung-apung di atas mantel yang berketumpatan lebih tinggi

Pergerakan arus perolakan: Pergerakan arus-arus perolakan dari teras bumi ke kerak bumi akan memisahkan benua-benua atau mencantumkannya

Proses pergerakan plat:: berlaku dengan cara pertembungan, pencapahan dan perselisihan

c) Pemisahan benua-benua utama dalam konfigurasi yang selanjar/pembentukan benua-benua

Pembentukan jurang-jurang lautan berhampiran benua utama yang hampir selari dengan daratan/benua

Pembentukan garis pantai yang lebih panjang Pembentukan pulau-pulau Ciri-ciri khusus seperti fiord, tebing tinggi, banjaran gunung lipat dll Pembentukan laut dan selat

20