modul 1 pengenalan kepada rangkaian.docx

20
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tajuk SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET Topik 1.0 PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta dapat: 1. Menerangkan konsep rangkaian. 2. Menerangkan medium rangkaian : wayar dan tanpa wayar. 3. Menyatakan kegunaan rangkaian. 4. Membuat ilustrasi model rangkaian. B. Kandungan Pengajaran 1.1 Perkembangan Rangkaian 1.2 Maksud Rangkaian 1.3 Kegunaan Rangkaian 1.4 Jenis Rangkaian 1.5 Jenis Senibina Rangkaian 1.6 Jenis Topologi 1.7 Jenis Teknologi Komunikasi 1 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Upload: manafmuhammad

Post on 16-Dec-2015

239 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

KURSUS TMK TAHUN 52014

PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TajukSISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Topik1.0 PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN

A. ObjektifPada akhir sesi ini, peserta dapat:1. Menerangkan konsep rangkaian.2. Menerangkan medium rangkaian : wayar dan tanpa wayar.3. Menyatakan kegunaan rangkaian.4. Membuat ilustrasi model rangkaian.

B. Kandungan Pengajaran1.1 Perkembangan Rangkaian1.2 Maksud Rangkaian1.3 Kegunaan Rangkaian1.4 Jenis Rangkaian1.5 Jenis Senibina Rangkaian1.6 Jenis Topologi1.7 Jenis Teknologi Komunikasi

PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN1.1 Perkembangan RangkaianRangkaian yang pertama ialah pada sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an, iaitu ARPANET yang dibina oleh ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Perkembangan rangkaian komputer bermula pada tahun 1969 ketika jabatan Pertahanan Amerika membentuk Defense Advance Research Projects Agency (DARPA) yang bertujuan mengadakan penyelidikan mengenai cara menghubungkan sejumlah komputer sehingga membentuk rangkaian.Program penyelidikan ini dikenali dengan nama ARPANET ( Advance Research Projects Agency Network ). Pada tahun 1970 lebih dari 10 komputer telah berhasil dihubungkan, saling berkomunikasi dan membentuk sebuah rangkaian.

Pada tahun 1972, Roy Tomlinson berhasil menyempurnakan program emel yang ia ciptakan setahun yang lalu untuk penyelidikan ARPANET. Program emel dengan begitu mudahnya popular pada saat itu dan pada waktu yang bersamaan diperkenalkan [@] "at" atau "pada" sebagai ikon dari emel tersebut.Pada tahun 1973, jaringan komputer yang diberi nama ARPANET mulai dikembangkan meluas keluar dari Amerika Syarikat. University College di London merupakan komputer anggota rangkaianARPANET pertama di luar Amerika Syarikat. Pada tahun yang sama dua orang ahli komputer Vinton Cerf dan Bob Khan membentangkan sebuah gagasan yang lebih besar yang menjadi pengasas pemikiran rangkaian antarabangsa (International Network) iaitu Internet. Idea ini dipersembahkan untuk pertama kalinya di Sussex University.

Hari bersejarah berikutnya terjadi pada tanggal 26 Mac 1976 ketika itu ratu Inggeris berhasil mengirimkan sebuah emel dari Royal Signals and Radar Establishment di Malvern. Setahun kemudian, lebih dari 100 komputer telah bergabung dalam sistem ARPANET dan membentuk sebuah rangkaian atau Network.

Tom Truscott, Jim Ellis, dan Steve Bellovinpada tahun 1979menciptakan Newsgroups pertama yang diberi nama USENET (User Network). Pada tahun 1981 France Telecom mencipta dan melancarkan telefon televisyen pertama dunia (pengguna dapat saling menelepon sambil berinteraksi dengan video link ).

Seiring dengan bertambahnya komputer yang membentuk rangkaian, diperlukan sebuah protokol rasmi yang dapat diakui dan diterima oleh semua rangkaian. Sehingga pada tahun 1982 terbentuk sebuah jawatankuasa Transmission ControlProtocol(TCP) atau lebih dikenal dengan sebutan Internet Protocol (IP) yang dikenali sehingga saat ini. Sementara itu di Eropah muncul sebuah rangkaian saingan yang dikenali dengan Europe Network (EUNET) yang meliputi wilayah Belanda, Inggeris, Denmark, dan Sweden. Jaringan EUNET ini mennggunakan emel dan newsgroup USENET.

Pada tahun 1984 diperkenalkan sistem dengan nama DOMAIN yang lebih dikenali dengan Domain Name System ( DNS ). Tujuannya untukmenyeragamkan alamat rangkaian komputer yang sudah adadengan sistem DNS komputer yang tersambung dengan jaringan melebihi 1000 komputer. Pada tahun 1987 bilangan komputer yang bersambung ke rangkaian melonjak 10 kali ganda menjadi 10000 lebih komputer.

Pada tahun 1988 Jarkko Oikarinen seorang berbangsa Finland mencipta dan memperkenalkan Internet Relay Chat (IRC) yang membolehkan dua orang atau lebih pengguna komputer berinteraksi secara langsung dengan penghantar mesej (chatting). Setahun kemudian jumlah komputer yang saling berhubungan melonjak ke 100000 komputer. Pertengahan tahun 1990 merupakan tahun yang paling bersejarah ketika Tim Berners Lee merancang sebuah program editor dan pelayar (browser) yang dapat melayari komputer dalam rangkaian. Program ini dikenali sebagaiWWW atau World WideWeb.

Pada tahun 1992 komputer yang membentuk rangkaian sudah melebihi 1000000 komputer.Pada tahun yang sama muncul satu istilah iaitu Surfing (menjelajah). Pada tahun 1994 laman sesawang dunia mulai tumbuh dengan subur (terdapat 3000 alamat halaman) dan pertama kalinya Virtual Shopping atau e-retail muncul dalam pelbagai situasi. Dunia langsung berubah dengan adanya Search Engine Pertama, iaitu Yahoo yang dibangunkan oleh David Filo dan Jerry pada bulan April 1994. Netscape Navigator 1.0 dilancarkan penghujung tahun 1994.

1.2 Maksud RangkaianRangkaian terdiri daripada dua atau lebih komputer yang dihubungkan untuk berkongsi sumber (seperti pencetak dan pemacu CD), pertukaran fail, dan membenarkan komunikasi secara elektronik. Komputer dalam rangkaian boleh dihubungkan melalui kabel, talian telefon, gelombang radio, satelit, bluetooth dan cahaya inframerah.

Rajah 1.11.3 Kegunaan Rangkaian1. Berkongsi fail - rangkaian membolehkan pengguna berkongsi data dan menyimpan salinan data (backup) kepada komputer yang berbeza, contoh berkongsi gambar, fail muzik dan dokumen.

2. Berkongsi peranti - perkongisan peranti adalah seperti pencetak mesin faks, modem, pengimbas dan pemacu CD-ROM oleh ramai pengguna.

3. Berkongsi akses internet- rangkaian komputer membenarkan pengguna mengakses internet secara serentak tanpa perlu membayar ISP untuk beberapa akaun.

4. Pengurusan perisian berpusat - Salah satu manfaat yang besar bagi memasang rangkaian adalah semua perisian boleh dimuatkan di dalam komputer (server). Komputer pelanggan dapat berkongsi perisian dengan pelayan. Ini menjimatkan masa pemasangan perisian.

5. Mel Elektronik (E-Mel) - Di syarikat yang besar, emel atau alat mesej segera (instant messaging tools) digunakan untuk berkomunikasi dengan cepat dan untuk menyimpan mesej untuk rujukan masa depan. Contoh, mel elektronik di rangkaian kawasan setempat membolehkan murid berkomunikasi dengan guru dan rakan sebaya di dalam rangkaian sekolah mereka sendiri (intranet seperti VLE FROG).

1.4 Jenis RangkaianRangkaian Kawasan Setempat (local area network - LAN)Rangkaian kawasan setempat adalah sekumpulan komputer dan peranti yang disambung bersama-sama biasanya di bangunan yang sama seperti di kawasan fizikal yang kecil, seperti rumah, pejabat, atau sekumpulan kecil bangunan seperti sekolah atau lapangan terbang. Bentuk LAN yang paling mudah adalah dua buah komputer berhubung menerusi wayar atau tanpa wayar.

Rangkaian Kawasan Setempat

Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network MAN)MAN lazimnya meliputi suatu kawasan georgafi yang agak luas berbanding dengan rangkaian yang diliputi oleh LAN. Ia beroperasi di bandarbandar, gabungan beberapa buah sekolah ataupun di sesebuah daerah. MAN menyediakan perkhidmatan yang lebih dari LAN termasuk gabungan suara, data, imej dan video.

Antara ciriciri MAN ialah sambungan rangkaian melebihi 100 buah komputer. MAN menggunakan media penghantaran berprestasi tinggi (gentian optik) dan menjangkau seluruh bandar. MAN juga dikaitkan dengan Bandar bestari yang menyediakan rangkaian khas untuk sesuatu bandar misalnya Putrajaya dan Cyberjaya.

Rangkaian Kawasan Metropolitan

Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network - WAN)WAN merupakan rangkaian komputer jarak jauh dan biasanya digunakan untuk menyambungkan komputer yang berada pada lokasi yang berbeza seperti negeri, negara dan benua. WAN disambungkan melalui sistem telefon atau satelit. WAN yang paling besar dan terkenal ialah Internet.

Rangkaian Kawasan Luas

Rangkaian Kawasan Peribadi (Personal Area Network PAN)PAN merupakan rangkaian komputer yang digunakan oleh orang perseorangan untuk komunikasi antara peranti komputer. Ia juga rangkaian yang meliputi kawasan beberapa meter yang terdiri daripada peranti wireless seperti komputer peribadi, komputer riba, pencetak PDA, telefon selular, dan lain-lain. PAN boleh dibuat melalui port USB, Port FireWire, infrared dan bluetooth

PAN Rangkaian Kawasan Peribadi

Rangkaian Network Maya / Virtual Private Network (VPN)VPN ialah rangkaian yang menggunakan infrastruktur awam dan internet untuk capaian dan akses yang lebih selamat antara ibu pejabat dan cawangan-cawangannya yang lain. Rangkaian ini menggunakan terowong untuk mengekalkan data terjamin.Ia selalu digunakan oleh bank dan syarikat berskala besar.

Rangkaian Network Maya / Virtual Private Network (VPN)

Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar / Wireless LAN (WLAN)WLAN adalah jenis LAN yang menggunakan gelombang radio yang tinggi untuk berkomunikasi di antara nod. Liputan bagi WLAN hanya 100 meter tanpa halangan dan ia menggunakan piawaian 802.11 yang dibina oleh Institute of Electrical and Electronics Engineers, IEEE

Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar / Wireless LAN (WLAN)

WORLDWIDEINTEROPERABILITY FORMICROWAVEACCESS (WIMAX)WiMAX adalah merupakan satu teknologi baru yang menyerupai WiFi. Rangkaian ini dikenali dengan wireless MAN (Metropolitan Area Network). Jarak WiMAX ialah 50 kilometer.

WiMAX mempunyai 2 Bahagian iaitu;1. Sistem pangkalan WiMAX yang berasaskan konsep manara telefon bimbit2. Penerima WiMAX yang dipasang dirumah.

Rangkaian WiMax

1.5 Jenis Senibina RangkaianSenibina rangkaian adalah ciri ciri reka bentuk rangkaian komputer dan sistem komunikasi yang merangkumi konfigurasi dan strategi yang digunakan. Ia termasuklah penggunaan transmisi, perisian dan protokol protokol komunikasi dan infrastruktur penghantaran data berwayar atau tanpa wayar. Terdapat dua jenis senibina rangkaian iaitu:

Pengguna pelayan ( Client server)

Client ServerSenibina rangkaian ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan berpusat (centralized) untuk melayan pengguna pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dan lain lain.Pelayan biasanya mempunyai spesifikasi berkuasa tinggi manakala komputer pengguna adalah komputer yang meminta sebarang perkhidmatan atau fail daripada komputer pelayan. Pada masa sama, komputer pengguna dalam rangkaian masih boleh membuat kerja kerja individu dan menyimpan fail kepunyaan individu di dalam komputernya. Komputer pelayan pula tidak memproses atau mengubah data yang dikirim dan tidak perlu tahu jenis fail sebaliknya ia sibuk menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpannya.

Antara ciriciri senibina rangkaian pengguna pelayan (Client server) adalah seperti berikut:I. Keselematan sumber dan data dikawal oleh pelayanII. Perkongsian data dan perisian aplikasi boleh di lakukan.III. Perbelanjaan yang lebih mahal diperlukan untuk sebuah komputer pelayan.IV. Perlu melakukan penyelenggaran (maintenance) untuk menjamin keberkesanan sistemV. Rangkaian tidak berfungsi jika berlaku kerosakan pada pelayan.

Rakan ke rakan (Peer to peer)

Rakan - ke - rakan

Rangkaian ini juga dikenali dengan P2P di mana semua komputer di dalam rangkaian bertindak sebagai rangkaian bertindak sebagai komputer pelayan dan juga pengguna. Semua komputer berupaya mencapai fail yang terdapat di dalam komputer lain dan juga menyediakan fail untuk komputer lain pada satu-satu masa. Rangkaian komputer ini tidak mempunyai komputer pelayan dan pengguna hanya perlu berkongsi fail dan ruangan simpanan serta sumber-sumber lain dari setiap komputer dalam rangkaian. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. P2P hanya disyorkan untuk rangkaian yang tidak lebih 5 komputer dan tidak menggunakan fail-fail atau aplikasi yang besar. Namun pada hari ini, P2P boleh berkongsi data dan maklumat merentasi sempadan dan jarak menerusi talian internet.

Antara ciri-ciri senibina rangkaian P2P adalah seperti berikut:I. Tidak terdapat komputer pusat yang mengawal rangkaian dan sumber.II. Perkongsian pada perkakasan dan fail boleh dibuatIII. P2P tidak dapat menjamin keselamatan data di dalam sesebuah komputerIV. Semua komputer di dalam rangkaian mempunyai keupayaan yang sama di dalam mengirim, menerima dan memproses fail.

1.6 Jenis TopologiTopologi ialah susunan geometrik perkakasan (nod) yang nampak secara fizikal pada rangkaian setempat (LAN).

Rajah 1.6 Jenis Topologi

Topologi utama ialah: Topologi Bintang (Star Topology) Topologi Cecincin (Ring Topology) Topologi Bas (Bus Topology) Topologi Hybrid (Hybrid Topology)

TOPOLOGI BINTANG Topologi bintangialah topologi di mana semua kabel penyambung dari nod akan masuk ke satu lokasi pusat, di mana semua akan disambungkan ke peranti yang dikenali sebagaihab.

Rajah 1.7 Topologi Bintang

Nod-nod dalam LAN berkomunikasi menerusi hab. Sebagai contoh, komputer B dapat berkomunikasi secara terus dengan perkakasan lain dalam rangkaian seperti pelayan, pencetak dan komputer A,C dan D.

TOPOLOGI CINCIN Topologi cincinadalah satu topologidi mana setiap nod disambungkan dengan dua nod yang lain, membentuk satu laluan sejajar tunggal untuk penghantaran isyarat terus ke setiap nod. Data akan melalui dari setiap nod ke setiap nod seterusnya, setiap laluan nod yang dilalui akan menerima setiap paket data.

Rajah 1.8 Topologi Cincin

Penghantaran dan maklumat dilakukan satu arah sahaja (arah jam / lawan arah jam) Jika sambungan di antara komputer A dan computer B rosak, komputer B, C, D dan lain-lain nod tidak akan dapat menerima sebarang maklumat yang dihantar.

TOPOLOGI BASTopologi bas, juga dikenali sebagaibas linear, ialah topologiyang paling mudah. Ia terdiri dari satu kabel yang dikenali sebagaisegmenatau tulang belakang (backbone), yang menyambungkan semua nod dalam rangkaian ke dalam satu barisan.

Rajah 1.9 Topologi Bas Kelebihan apabila talian komputer A rosak, hanya komputer A terjejas. Kekurangan apabila tulang belakang rosak, seluruh rangkaian terjejas.

TOPOLOGI HYBRID

Rajah 1.10 Topologi Hybrid Merupakan gabungan ketiga-tiga jenis topologi utama LAN. Pengguna mempunyai akses pada sebarang sumber / data yang dikongsi oleh pengguna di dalam rangkaian. Kebanyakan sumber di tempatkan di server.

1.7 Jenis Teknologi Komunikasi

INTRANETIntranet adalah rangkaian komputer yang khusus untuk kegunaan pada persekitaran dalaman suatu organisasi. Intranet menggunakan teknologi rangkaian sebagai alat untuk memudahkan komunikasi antara orang atau kumpulan kerja untuk meningkatkan keupayaan perkongsian data seluruh kakitangan organisasi.

Perkakasan rangkaian standard dan teknologi perisian yang digunakan seperti Ethernet, WiFi, TCP / IP, pelayar web dan pelayan web. Intranet sesebuah organisasi biasanya termasuk akses internet tetapi perlu melalui tembok api (firewall) yang tidak boleh dicapai terus dari luar dan dalam.

Rajah 1.11 Contoh intranet dalam organisasi

EKSTRANETAdalah rangkaian persendirian yang menggunakan teknologi Internet dan sistem telekomunikasi awam untuk berkongsi sebahagian daripada maklumat atau operasi perniagaan dengan pembekal, vendor, rakan kongsi, pelanggan, atau perniagaan lain. Ekstranet itu boleh dilihat sebagai sebahagian daripada intranet syarikat yang diberikan kepada pengguna di luar syarikat.

Rajah 1.12 Contoh ekstranet dalam organisasi

INTERNET Rangkaian global komputer yang saling berkait di seluruh dunia, yang boleh diakses oleh orang awam. Adalah rangkaian komputer yang berlainan yang disambungkan melalui rantaian menggunakan wayar tembaga, gentian optik dan sambungan tanpa wayar terkini. Bekerja berdasarkan penghantaran data melalui satu jenis pensuisan paket yang dikenali sebagai IP atau protokol internet.

Rajah 1.13 Contoh rangkaian Internet

1MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET