model terapi realiti william glasser

5

Click here to load reader

Upload: cikgu-iqa

Post on 26-Jul-2015

404 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Model Terapi Realiti William Glasser

Model Terapi Realiti William Glasser.

Model Terapi Realiti ini diasaskan oleh William Glasser. William Glasser

merupakan seorang psikiatari dan konsultan pendidikan. Beliau juga telah banyak

menulis serta mengemukakan pendapat mengenai isu-isu pendidikan dan disiplin. Buku

pertama beliau bertajuk “Reality Theraphy: A New Approach to Psychiatry. Pada tahun

1984 pula, beliau telah mengasaskan teori kawalan. Teori kawalan ini membincangkan

proses tingkah laku dalaman secara psikologi dan fisiologi yang berkaitan dengan

keperluan manusia. Namun begitu, beliau menukarkan teori kawalan kepada teori

pilihan kerana merasakan teori itu meragukan dan sukar diterima oleh orang ramai.

Menurut Glasser, masalah tingkah laku yang berlaku di dalam bilik darjah

berlaku akibat dari rasa bosan atau tidak puas hati dengan jangkaan guru di dalam bilik

darjah, persekitaran yang menyebabkan murid gagal memenuhi keperluan asas mereka

di sekolah. Antara keperluan asas murid ialah :

Kasih Sayang

merupakan keperluan asas individu.guru perlu memberi perhatian dan mengambil berat akan pelajar.pandangan murid diambil kira dalam pembentukan bilik darjah.peneguhan diberikan kepada murid yang layak.

Mempunyai kuasa dan kawalan

rasa dipunyai berkait rapat dengan kuasa dan kawalan.murid diberi pilihan untuk memilih aktiviti bilik darjah yang bersesuaian dengan minat mereka.murid mempunyai peluang untuk membuat pilihan dan perlu dibimbing untuk membuat pilihan.

Kebebasan

hal ini berkait rapat dengan kebebasan untuk menentukan matlamat hidup.guru harus membimbing dan beri kebebasan kepada pelajar untuk membuat tugasan.

Keseronokan

murid akan lebih fokus apabila mereka berasa seronok.guru perlu memikirkan aktiviti yang akan beri keseronokan kepada pelajar.elakkan aktiviti yang sama dan berulang.guru perlu pelbagaikan kaedah dan strategi p&p.

Page 2: Model Terapi Realiti William Glasser

Berdasarkan konsep terapi pilihan, Glasser mengemukakan Model Terapi Realiti

yang merupakan satu teknik kaunseling untuk membantu individu meneroka kemahuan

diri, membuat refleksi tentang apa yang sedang dilakukan dan membuat perancangan

tentang kehendak sebenar mereka pada masa akan datang. Terapi Realiti merupakan

suatu kaedah untuk membantu individu merangka kehidupan sendiri, membuat pilihan

yang tepat dan sesuai serta membina kekuatan diri untuk menghadapi masalah dalam

kehidupan seharian. Fokus utama model ini ialah individu bertanggungjawab terhadap

tingkah laku sendiri.

Idea utama dalam Model Terapi ini ialah tidak kira apa yang berlaku pada masa

lalu atau sekarang, individu berhak memilih tingkah laku yang boleh memenuhi empat

keperluan asas tadi. Pendekatan ini telah dibuktikan berkesan apabila kauseling

diberikan kepada individu yang mempunyai masalah tingkah laku dan juga sesuai

diaplikasikan di dalam konteks bilik darjah.

Melalui terapi realiti, guru dapat membantu murid mengenal pasti akibat yang

akan berlaku daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Akibat haruslah realistik dan

dipilih oleh murid itu sendiri dan bukannya guru. Murid kemudian mengemukakan pelan

rancangan untuk membantu murid menguruskan tingkah laku yang dilakukannya. Guru

perlulah bertindak sebagai pembimbing untuk membantu murid melakukan pilihan

tersebut dan melaksanakannya.

Bagi mewujudkan kurikulum yang berkualiti, Glasser menekankan bahawa

kurikulum haruslah bermula dengan perancangan, permulaan pengajaran yang

memotivasikan, perbincangan yang berpusatkan murid dan guru seharusnya memberi

peluang kepada murid. Glasser juga meyatakan bahawa kurikulum yang

menyeronokkan ialah apabila murid dapat belajar sesuatu yang menyeronokkan dan

berguna untuk mereka dalam kehidupan. Guru yang membimbing murid akan faham

keadaan murid tersebut, menyediakan aktiviti p&p yang menyeronokkan dan sentiasa

mengadakan kolaborasi dengan murid. Tambahan lagi, guru akan menggalakkan murid

meneroka p&p yang diajarkan kepada mereka serta menyediakan bahan bantu

mengajar yang berkesan Akhir sekali, untuk mewujudkan kurikulum yang baik, guru

Page 3: Model Terapi Realiti William Glasser

sepatutnya menunjukkan kaedah yang terbaik untuk mendapatkan hasil pembelajaran

yang baik.

Menurut Glasser (1993), untuk meningkatkan kualiti pengajaran, persekitaran

bilik darjah seharusnya berada dalam keadaan yang kondusif dan tenang. Ini boleh

dilakukan dengan cara luangkan masa bersama murid untuk menggalakkan proses

komunikasi yang baik antara guru dan murid. Di samping itu, guru perlu mempunyai

sifat sebagai pembimbing bukan pengarah. Guru seharusnya tidak memaksa dan

hanya memberikan arahan kepada murid. Selain itu, tugasan p&p perlulah yang

berkaitan dengan kehidupan seharian murid. Ini akan memudahkan lagi penerimaan

murid terhadap sesuatu tugasan itu. Akhir sekali, bagi meningkatkan kualiti pengajaran,

guru perlu member peluang dan galakan kepada murid untuk memberikan hasil yang

terbaik serta menilai kerja masing-masing dan memperbaikinya.

Glasser turut menekankan tentang bagaimana untuk membina bilik darjah yang

berkualiti. Antaranya ialah dengan mengelakkan amalan tabiat buruk dan diganti

dengan tabiat yang boleh mengekalkan hubungan baik antara guru dengan pelajar.

Seterusnya, guru digalakkan untuk menyampaikan mesej kepada murid tentang hasrat

dan pendirian guru itu sendiri. Ini akan membantu untuk mewujudkan suasana bilik

darjah yang baik. Selain itu, aspek yang paling penting untuk mewujudkan bilik darjah

yang berkualiti ialah dengan cara membina hubungan baik antara guru dan murid. Guru

juga perlu menetapkan peraturan bilik darjah setelah membuat perbincangan dengan

ahli di dalam bilik darjah. Tambahan lagi, guru perlu mengelakkan daripada

menggunakan kawalan seperti dendaan, mengarah atau mengancam murid apabila

sesuatu masalah timbul di dalam bilik darjah. Sebaliknya, guru harus memasukkan

unsur humor/kecindan bagi mengelakkan masalah tingkah laku berlaku di dalam kelas.

Guru juga perlu memberitahu murid tentang kegunaan ilmu pengetahuan yang

dipelajari supaya murid tahu betapa pentingnya ilmu itu kepada mereka. Guru perlu

memberitahu bahawa keutamaan yang diperlukan dalam bilik darjah ialah untuk

memberikan yang terbaik untuk mendapatkan hasil yang baik. Tambahan lagi, guru

perlu sentiasa memberi galakan kepada murid untuk meningkatkan kualiti kerja mereka

dan guru perlu menguji murid secara berterusan untuk memastikan segala pengajaran

Page 4: Model Terapi Realiti William Glasser

yang diajarkan di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan oleh murid. Akhir sekali, bagi

mewujudkan bilik darjah yang berkualiti, guru perlu memberi peluang kepada murid bagi

menunjukkan kefahaman mereka tentang topic yang diajarkan oleh guru masing-

masing. Beri mereka peluang untuk berkongsi pendapat dan idea. Sekiranya ini dapat

dijalankan, bilik darjah yang berkualiti akan dapat diwujudkan.

Kesimpulannya, bagi mewujudkan suasana bilik darjah yang berkualiti serta

untuk mengelak masalah disiplin dalam kalangan murid berlaku dalam bilik darjah, guru

perlu sentiasa berkolaborasi dengan murid. Ini kerana, dengan cara pelajar akan dapat

menerima guru dengan baik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan

dengan baik.