model perkembangan dan reka bentuk kurikulum

Upload: fadhlah-senifoto

Post on 05-Apr-2018

1.151 views

Category:

Documents


37 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Model perkembangan dan reka bentuk Kurikulum

    1/16

    BAB 2

    UNIT 1 Perancangan Kurikulum Dalam Pendidikan Sains

    Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum

    BAB 2 Model-Model Perkembangan & RekaBentuk Kurikulum

    Pengenalan

    Pendidikan yang berkesan dan berjaya diperoleh melalui perancangan yang rapi.Ramai pendidik yang berpengalaman menyedari bahawa tanpa

    perancangan, kecelaruan, pertindihan dan pergeseran akan berlaku ketikamelaksanakan aktiviti-aktiviti kurikulum. Oleh yang demikian, sesetengah

    pendidik membentuk strategi-strategi perkembangan kurikulum. Biasanya, para pendidik di sekolah akan mengembangkan satu rancangan induk (master plan) sebelum melaksanakan program-program yang akandilaksanakan dalam sesebuah sekolah itu. Pastinya, sedikit sahaja daripadakita yang dapat mengembangkan sesuatu kutikulum tanpa memikirkantujuan, isi kandungan, pengalaman pembelajaran, kaedah, bahan-bahan

    pengajaran dan kaedah penilaian. Kebanyakkan daripada kita akanmemikirkan perkara-perkara tersebut apabila ingin mengembangkansesebuah kurikulum.

    Keperluan untuk merancangkan satu kurikulum yang berkesan sangatlah jelas,namun anda harus menyedari bahawa terdapat beberapa definisi berhubungistilah perkembangan kurikulum. Juga terdapat beberapa pandangan berhubungreka bentuk kurikulum. Oleh yang demikian, jika anda ingin merancangkan satukurikulum yang berkesan, anda terlebih dahulu perlu didedahkan kepadakepelbagaian definisi dan model perkembangan kurikulum dan model reka

    bentuk kurikulum. Mengetahui kepelbagaian model-model ini akan memberikananda satu garis panduan dalam memilih model-model yang sesuai denganmatlamat dan nilai yang dianjurkan oleh falsafah sekolah dan FalsafahPendidikan Negara.

    Bab ini akan mendedahkan anda kepada 2 jenis model perkembangan kurikulumyang utama iaitu model perkembangan kurikulum mengikut pendekatanteknikal-saintifik dan kedua model perkembangan kurikulum menurut

    pendekatan bukan teknikal-bukan saintifik. Di bawah kedua-dua jenis pendekatan ini akan diterangkan contoh-contoh yang lebih spesifik.

    1

  • 7/31/2019 Model perkembangan dan reka bentuk Kurikulum

    2/16

  • 7/31/2019 Model perkembangan dan reka bentuk Kurikulum

    3/16

    BAB 2

    UNIT 1 Perancangan Kurikulum Dalam Pendidikan Sains

    Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum

    bidang-bidang utama pengalaman manusia dewasa dan akhirnyamembahagikannya kepada unit-unit kecil sehingga akhirnya unit-unit itumenjadi aktiviti kurikulum yang khusus. Jika diambil pandangan ini untuk mengembangkan kurikulum di sekolah, anda perlu mendefinisikan bidang-

    bidang utama pengalaman pelajar di sekolah dan membahagikannya kepadaunit-unit kecil sehingga akhirnya unit-unit itu menjadi aktiviti kurikulum yangkhusus.

    Perincian berhubung pendekatan ini dapat dilakukan dengan mengusulkancontoh-contoh model yang dikelompokkan dalam pendekatan ini. Oleh itu

    berikut akan diterangkan Model Tyler, Model Saylor dan Alaxander, Model

    Perkembangan Hunkins dan Model Miller dan Seller.

    Model Tyler: Empat Prinsip Asas

    Model Tyler merupakan satu model dalam pendekatan teknikal-saintifik yangterbaik. Tyler pada tahun 1949 telah menerbitkan Basic Principles Of Curriculum and Instruction yang di dalamnya telah beliau gariskan rasional bagimenyelidiki masalah-masalah dalam kurikulum dan pengajaran. Beliaumengatakan mereka yang terlibat dalam kurikulum inkuiri seharusnya berusahamendefinisikan; (1) tujuan sekolah; (2) pengalaman pendidikan yang berkaitdengan tujuan sekolah; (3) organisasi pengalaman tersebut; (4) penilaian ke atas

    tujuan sekolah.Yang dimaksudkan dengan tujuan tadi ialah objektif-objektif. Menurut Tyler,

    perancang kurikulum seharusnya mengenal pasti objektif-objektif umum inidengan mengumpulkan data daripada tiga sumber iaitu mata pelajaran, pelajar dan masyarakat. Setelah dapat mengenal pasti pelbagai objektif umum ini,

    perancang kurikulum itu seharusnya memperincikannya dengan menyaringnyamelalui dua tapisan iaitu falsafah sekolah berkenaan dan psikologi

    pembelajaran. Apa yang terhasil daripada saringan atau tapisan itu adalahobjektif pengajaran yang khusus. Perlu anda sedari di sini walaupun Tyler mengatakan objektif pengajaran, namun beliau tidak menganjurkan ataumempertahankan objektif tingkah laku yang sempit seperti yang dianjurkan

    pada masa kini.

    Dalam bukunya itu Tyler seterusnya membincangkan bagaimana untuk memilih pengalaman pembelajaran yang memungkinkan objektif pembelajaran taditercapai. Pengalaman pembelajaran perlu mengambil kira pengalaman lampaudan pandangan pelajar berhubung perkara yang dipelajari atau situasi yangdialami. Selain itu, pengalaman pembelajaran perlu dipilih berdasarkan

    pandangan berhubung proses pembelajaran dan perkembangan atau pembangunan insan.

    3

  • 7/31/2019 Model perkembangan dan reka bentuk Kurikulum

    4/16

    BAB 2

    UNIT 1 Perancangan Kurikulum Dalam Pendidikan Sains

    Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum

    Tyler seterusnya membincangkan tentang organisasi dan urutan pengalaman- pengalaman pengajaran dan pembelajaran. Beliau mendakwa bahawa tertib atauaturan pengalaman itu seharusnya sistematik agar dapat menghasilkan kesanterkumpul yang maksimum. Beliau memikirkan bahawa elemen-elemen

    penyusunan seperti ide-ide, konsep, nilai dan kemahiran seharusnya disulamsebagai benang di dalam struktur kurikulum. Elemen-elemen utama iniseharusnya bertindak sebagai pengurus, jalan dan kaedah pengajaran danelemen-elemen tadi seharusnya dapat mengaitkan pengalaman pembelajaranyang berlainan dalam subjek yang berlainan. Ide-ide, konsep, nilai dankemahiran juga boleh mengaitkan isi kandungan di dalam sesuatu kursus yang

    khusus contohnya English dan Matematik.

    Prinsip Tyler yang terakhir mengambil kira proses menilai keberkesanan proses perancangan dan pelaksanaan kurikulum. Tyler berpendapat bahawa penilaianadalah penting untuk perkembangan kurikulum. Beliau menyedari bahawa

    pendidik seharusnya memeriksa sama ada pengalaman pembelajaran yangdipilih menghasilkan objektif yang diharapkan. Di samping itu adalah perludiketahui sama ada program yang dirancangkan itu berkesan atau sebaliknya.Penilaian menjadi panduan sama ada program itu harus dikekalkan ataudiperbaiki. Penilaian haruslah dikaitkan dengan objektif sesuatu program ataukurikulum itu.

    Model Saylor dan Alexander: Proses Perancangan

    Saylor dan Alexander telah mengusulkan pendekatan yang sistematik untuk perkembangan kurikulum.

    1. Tujuan, Objektif dan Bidang.

    Saylor dan Alexander berpandangan perkembangan kurikulum bermuladengan menentukan tujuan utama dan objektif yang ingin dicapai. Setiaptujuan utama kurikulum menggambarkan satu bidang dalam sesebuahkurikulum. Saylor berpendapat terdapat empat bidang utama yangseharusnya mendapat perhatian iaitu pembangunan insan, perhubungansesama insan, kemahiran belajar dan pengkhususan. Tujuan, objektif dan

    bidang yang dipilih berkembang secara beransur-ansur selepas pertimbangan yang teliti dilakukan ke atas pemboleh ubah-pemboleh ubahluar, yang antaranya adalah pandangan dan tuntutan masyarakat, undang-undang, hasil kajian dan pandangan falsafah penggubal kurikulum.

    2. Reka Bentuk Kurikulum

    4

  • 7/31/2019 Model perkembangan dan reka bentuk Kurikulum

    5/16

    BAB 2

    UNIT 1 Perancangan Kurikulum Dalam Pendidikan Sains

    Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum

    Selepas langkah utama di atas selesai, penggubal kurikulum sudah sediauntuk melaksanakan reka bentuk kurikulum. Di sini penggubal kurikulumharus menentukan isi kandungan, organisasi isi kandungan dan aktiviti

    pembelajaran yang sesuai dengan isi kandungan yang telah dipilih tadi. Cara bagaimana menyampaikan aktiviti pembelajaran ini dan mengaitkannyakepada sesuatu bidang dalam sesuatu kurikulum itu juga diambil kira pada

    peringkat ini. Pandangan filosofi diambil kira pada tahap ini. Adakahkurikulum ini direka bentuk dengan memberi penekanan terhadap disiplinakademik, pelajar atau keperluan dan pola masyarakat?.

    3. Pelaksanaan kurikulum

    Apabila reka bentuk atau reka bentuk-reka bentuk kurikulum telah dikenal pasti, rancangan pengajaran boleh disediakan. Kaedah dan bahan yanghendak digunakan ketika pengajaran boleh dipilih dan disediakan bagimembantu pelajar mempelajari isi kandungan. Dengan kata lain, kurikulumitu dilaksanakan.

    4. Penilaian kurikulum

    Peringkat ini merupakan peringkat yang terakhir dalam model ini. Pada peringkat ini, teknik-teknik penilaian perlu dipilih daripada pelbagai jenis

    teknik-teknik penilaian sedia ada agar dapat dinilai dengan sebenar- benarnya nilai dan keberkesanan kurikulum dan penyampaiannya. Saylor dan Alexander menggesa agar penilaian dilaksanakan secara komprehensif.Penilaian mestilah ditumpukan kepada perancangan kurikulum, kualiti

    pengajaran dan tingkah laku pembelajaran pelajar. Daripada penilaiankurikulum yang komprehensif ini barulah dapat ditentukan sama ada untuk mengekalkan, mengemas kini atau membuangkannya sahaja.

    2.1.2 Pendekatan bukan teknikal-bukan saintifik

    5

  • 7/31/2019 Model perkembangan dan reka bentuk Kurikulum

    6/16

    BAB 2

    UNIT 1 Perancangan Kurikulum Dalam Pendidikan Sains

    Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum

    Istilah bukan teknikal-bukan saintifik mungkin memberi pandangan bahawa pendekatan ini sebagai satu yang tidak sistematik atau tidak rasional. Jika pendekatan teknikal-saintifik mengusulkan agar proses perkembangankurikulum seharusnya mempunyai tahap objektiviti, keuniversalan dan logik yang tinggi, pendekatan bukan teknikal-bukan saintifik pula menekankansubjektiviti, personal, aesthetik, heuristik dan pengurusan atau pelaksanaan.Pendekatan ini tidak menekankan hasil proses tetapi sebaliknya kepada pelajar,terutama melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikanaktiviti. Mereka yang menyukai pendekatan ini mencatat bahawa tidak semuahasil pendidikan dapat diketahui dan sememangnya tidak semua hasil

    pendidikan itu perlu diketahui dalam kesemua kes. Pendekatan inimenganggapkan kurikulum berkembang secara beransur-ansur dan bukannyadirancangkan secara tepat.

    2.2 Model-Model Reka Bentuk Kurikulum

    2.2.1 Konsep Reka Bentuk Kurikulum

    Konsep reka bentuk kurikulum menumpukan kepada usaha dengan manasesuatu kurikulum itu dibina atau direka cipta, terutama dalam menyusun atur

    bahagian-bahagian yang terdapat dalam perancangan kurikulum. Dalam bab iniistilah reka bentuk kurikulum yang kadang kala dipanggil juga sebagaiorganisasi kurikulum merujuk kepada penyusunan komponen-komponendalam sesebuah kurikulum agar menjadi satu entiti yang tersendiri dalam

    menyelesaikan satu perkara atau isu yang penting. Jenis reka bentuk yangdipilih oleh seseorang guru bergantung kepada pendekatan kurikulum dan

    pegangan falsafahnya.

    Komponen-komponen yang akan disusun aturkan ketika reka bentuk kurikulumini ialah; (1) matlamat, tujuan dan objektif; (2) isi kandungan; (3) pengalaman

    pembelajaran; (4) pendekatan penilaian. Tabii setiap komponen ini dan bagaimana setiap komponen itu disusunkan atau diorganisasikan dalam perancangan kurikulum merupakan perkara yang dimaksudkan dengan istilah

    6

    Idea Anda: Berdasarkan pendedahan berhubung model-model perkembangankurikulum di atas, model yang manakah sesuai untuk anda gunakan ketikamerancang kurikulum pendidikan bagi menyelesaikan isu atau masalah yanganda pilih.

  • 7/31/2019 Model perkembangan dan reka bentuk Kurikulum

    7/16

    BAB 2

    UNIT 1 Perancangan Kurikulum Dalam Pendidikan Sains

    Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum

    reka bentuk kurikulum. Dengan kata lain reka bentuk kurikulum menekankantentang tabii dan penyusunan keempat-empat komponen kurikulum tadi.Kebanyakkan perancangan kurikulum mempunyai kesemua empat komponenini dalam reka bentuk mereka, namun penekanannya adalah tidak sama.Biasanya, isi kandungan mendapat penekanan yang utama. Walau

    bagaimanapun sekolah ada kalanya mereka bentuk kurikulum yangmenekankan pendekatan objektif dan penilaian. Sesetengah reka bentuk menekankan pula pengalaman pembelajaran atau aktiviti pelajar.

    2.2.2 Komponen-komponen Kurikulum

    Ketika seseorang pendidik berusaha mereka bentuk kurikulum atau programyang dihajatkannya, beliau perlu bertanyakan akan persoalan-persoalan berikut;

    1. Apakah matlamat, tujuan dan objektif yang ingin dicapai dalamkurikulum atau program ini

    2. Apakah isi kandungan yang seharusnya disampaikan kepada pelajar 3. Apakah pengalaman pembelajaran yang sesuai digunakan atau aktiviti

    pelajar yang harus dilaksanakan4. Apakah kaedah penilaian yang sesuai digunakan.

    Ini bermakna pendidik perlu memperincikan setiap komponen tadi. Keputusan

    yang dilakukan dalam satu komponen biasanya akan mempengaruhi keputusanuntuk komponen yang lain. Lazimnya ketika melakukan proses perincian ini,seseorang pendidik itu akan dipengaruhi oleh falsafah dan pendekatankurikulum yang diyakininya.

    2.2.3 Sumber-Sumber Reka Bentuk Kurikulum

    Setelah diperolehi perincian bagi setiap komponen kurikulum di atas, pendidik seharusnya menyusunkan kesemuanya agar menjadi satu entiti yangmenyelesaikan isu yang ingin diselesaikan. Ketika memilih reka bentuk sesebuah kurikulum itu seseorang perancang kurikulum itu akan dipengaruhioleh pegangan falsafahnya juga. Oleh itu, anda sebagai seorang penggubalkurikulum atau program di sekolah harus menjelaskan kepada diri anda sendiriapa sebenarnya pegangan falsafah dan pandangan anda berhubung masyarakatdan diri individu pelajar atau apa yang dipanggil sebagai sumber-sumber bagisesebuah kurikulum.

    Sains sebagai sumber reka bentuk kurikulum

    7

  • 7/31/2019 Model perkembangan dan reka bentuk Kurikulum

    8/16

    BAB 2

    UNIT 1 Perancangan Kurikulum Dalam Pendidikan Sains

    Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum

    Seseorang individu yang melihat sains sebagai sumber reka bentuk kurikulumakan akan bergantung sepenuhnya kepada kaedah sains sebagai jalan mencarikebenaran. Mereka memilih dan menyusun di dalam kurikulum itu realiti ataukebenaran yang boleh dilihat dan dikuantitikan. Reka bentuk berdasarkan mata

    pelajaran yang akan dibincangkan nanti merupakan satu contoh reka bentuk kurikulum yang mengambil sains sebagai sumbernya.

    Masyarakat sebagai sumber reka bentuk kurikulum

    Pereka bentuk kurikulum yang menyukai masyarakat sebagai sumber reka bentuk kurikulumnya berpandangan sekolah sebagai satu agen masyarakat. Oleh

    yang demikian, sekolah harus mengambil pemikiran berhubung kurikulumdaripada analisis yang dilakukan ke atas situasi sosial. Ini bermaksud reka bentuk kurikulum yang dijalankan di sekolah haruslah dapat memperbaikimasyarakat.

    Tuhan dan agama sebagai sumber reka bentuk kurikulum

    Pereka bentuk kurikulum yang menyakini Tuhan dan agama sebagai sumber reka bentuk kurikulum berpandangan Tuhan dan agama sebagai satu sumber yang memberikan cara terbaik untuk membangunkan dan mengembangkanmanusia. Reka bentuk kurikulum dengan yang demikian seharusnya didasarkan

    kepada kitab-kitab agama seperti al-Quran, Injil dan sebagainya.Ilmu sebagai sumber reka bentuk kurikulum

    Seorang pereka bentuk kurikulum yang menyakini ilmu sebagai sumber reka bentuk kurikulum berpandangan bahawa jika ilmu diambil sebagai sumber reka bentuk kurikulum maka tidak akan ada isi kandungan yang tertinggal daripadaapa yang seharusnya di pelajari oleh pelajar. Pereka bentuk ini biasanyamenyedari bahawa ilmu sebenarnya tersusun dalam bentuk-bentuk yang khusus.Untuk ilmu yang berdisiplin seperti contohnya Fizik, ia mempunyai struktur konsepsual dan proses yang unik. Sesetengah ilmu yang tidak berdisiplin sepertiekonomi rumahtangga, ia tidak mempunyai struktur konsepsual dan proses yangunik, sebaliknya isi kandungannya diambil daripada pelbagai disiplin lain dandiubahsuai untuk tujuan kursus itu. Berdasarkan fahaman ini pereka bentuk kurikulum yang menjadikan ilmu sebagai sumber reka bentuk kurikulum akanmenjadikan struktur disiplin yang merangkumi struktur konsepsual dan prosesyang unik bagi setiap disiplin itu sebagai isi kandungan yang seharusnyadipelajari oleh pelajar.

    Pelajar sebagai sumber reka bentuk kurikulum

    8

  • 7/31/2019 Model perkembangan dan reka bentuk Kurikulum

    9/16

    BAB 2

    UNIT 1 Perancangan Kurikulum Dalam Pendidikan Sains

    Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum

    Sesetengah pereka bentuk kurikulum menyakini bahawa tabii pelajar seharusnya menjadi sumber reka bentuk kurikulum.Bagaimana pelajar belajar dan membentuk sikap, mengembangkan minat dan nilai merupakan sebahagiandaripada tabii pelajar. Pendidik dan pereka bentuk kurikulum yang menyakinifalsafah progresivism berminat untuk mereka bentuk kurikulum berpusatkan

    pelajar. Ini kerana mereka beranggapan pelajar sebagai sumber reka bentuk kurikulum.

    2.2.4 Dimensi kurikulum

    Sebagai yang telah diketahui sebelum ini, reka bentuk kurikulum merupakansatu penyataan yang menunjukkan perkaitan antara komponen-komponensesebuah kurikulum. Ketika usaha mendapatkan penyataan itu pereka bentuk kurikulum haruslah mereka bentuk kurikulum dengan mengambil kira beberapadimensi kurikulum; (1) skop; (2) penyepaduan; (3) urutan dan (4)kesinambungan dan (5) keseimbangan

    Skop

    Ketika mereka bentuk kurikulum seseorang itu harus mengambil kira tentangkeluasan dan kedalaman isi kandungan yang ingin disampaikan. Inilah yang

    dimaksudkan dengan skop. J. Galen Saylor mendefinisikan skop sebagaikeluasan, kepelbagaian dan jenis-jenis pengalaman pembelajaran yangdisediakan untuk pelajar alami ketika mereka menjalani program pendidikan disekolah. Apakah isi kandungan yang seharusnya disampaikan melalui programini?. Apakah aktiviti-aktiviti pembelajaran yang seharusnya disediakan?.Sejauhmana komponen-komponen (isi kandungan dan aktiviti) ini harusdirancangkan?.

    Penyepaduan

    Penyepaduan yang ideal menekankan perkaitan yang bermakna di antara isikandungan daripada satu subjek atau bidang dengan subjek atau bidang yanglain. Dengan kata lain, penyepaduan menekankan perkaitan horizontal di antara

    pelbagai topik dan tema. Jika idea dan konsep digunakan sebagai benang asasyang menunjukkan perkaitan-perkaitan, penyepaduan dapat dicapai denganmenunjukkan bagaimana isi kandungan dapat diajarkan merentas subjek ataukurikulum sekolah secara keseluruhannya. Penyepaduan juga merujuk kepadamengaitkan isi kandungan dengan pengalaman dan aktiviti pembelajaran pelajar agar keperluan pelajar dapat dipenuhi.

    9

  • 7/31/2019 Model perkembangan dan reka bentuk Kurikulum

    10/16

    BAB 2

    UNIT 1 Perancangan Kurikulum Dalam Pendidikan Sains

    Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum

    Urutan

    Apabila mengambil kira urutan sesebuah kurikulum, pereka bentuk kurikulumdicabar untuk mengorganisasikan komponen-komponen kurikulum secara

    berkesan agar dapat mewujudkan pembelajaran yang terkumpul dan berterusandi kalangan pelajar atau apa yang dikenali sebagai perkaitan vertical di antara

    bidang-bidang dalam sesebuah kurikulum. Bidang-bidang yang dimaksudkan disini merangkumi isi kandungan dan kemahiran-kemahiran juga proses yangdiperlukan bagi memperoleh isi kandungan tersebut. Ini bermakna isikandungan, kemahiran dan proses perlu diorganisasikan secara berkesan agar organisasi itu dapat mengwujudkan pembelajaran yang terkumpul dan

    berterusan di kalangan pelajar. Lazimnya ketika mengorganisasikan isikandungan, proses dan kemahiran dalam sesebuah kurikulum, seseorang pereka bentuk itu akan mengorganisasikannya berdasarkan prinsip-prinsip psikologiyang diambil daripada kefahaman tentang bagaimana manusia berkembang dan

    belajar. Contohnya penyelidikan yang dijalankan oleh Piaget dapat memberigaris panduan tentang bagaimana seharusnya disusunkan isi kandungan danaktiviti pembelajaran agar kanak-kanak dapat mencapai perkembangan kognitif menurut tahap-tahap perkembangan mereka.

    Kesinambungan

    Kesinambungan mengambil kira tentang manipulasi dan pengulangankomponen-komponen kurikulum secara vertical. Ini bermaksud kesinambungankurikulum menerangkan tentang pengulangan ide dan kemahiran-kemahiranutama yang dirasakan oleh pereka bentuk kurikulum sebagai yang diseharusnyadifahami oleh pelajar secara meluas dan mendalam dalam masa yangditentukan. Kesinambungan sangat jelas ditunjukkan dalam kurikulum spiralyang dianjurkan oleh Bruner. Konsep kurikulum spiral ini bukan sahajamenekankan perkaitan secara vertical malah perkaitan secara horizontal juga iaitu yang menambahkan keluasan sesebuah kurikulum. Jika seseorang pendidik itu ingin memperbaiki perkaitan antara topik dalam sesuatu mata pelajaran atausesuatu bidang ilmu itu, ia dikatakan sebagai perkaitan vertical. Jika pendidik itu ingin memperbaiki perkaitan antara mata pelajaran atau pengalaman, itudikatakan sebagai perkaitan secara horizontal.

    Keseimbangan

    Kurikulum yang seimbang ialah kurikulum yang menyediakan pelajar peluanguntuk menguasai ilmu dan mencernakan juga menggunakannya secara sesuaiuntuk perkembangan diri, sosial dan intelektualnya. Oleh kerana kurikulum

    boleh dilihat daripada bingkai rujukan yang berbeza iaitu sama ada daripada bingkai rujukan mata pelajaran, minat pelajar, pengalaman pelajar atau nilai,

    10

  • 7/31/2019 Model perkembangan dan reka bentuk Kurikulum

    11/16

    BAB 2

    UNIT 1 Perancangan Kurikulum Dalam Pendidikan Sains

    Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum

    komponen-komponen kurikulum yang perlu diseimbangkan wujud dalam pelbagai bentuk dan dimensi. Namun, tanpa mengira apa jenis reka bentuk itu,kesemua komponen kurikulumnya mestilah seimbang.

    2.3 Model-Model Reka Bentuk Kurikulum

    Agar anda dapat mereka bentuk kurikulum yang sesuai dengan masalah yangingin anda selesaikan, anda perlu kepada ilmu tentang model-model reka bentuk yang biasanya digunakan dalam dunia pendidikan. Menurut Ornstein &Hunkins (1988: 171) terdapat banyak reka bentuk kurikulum yang didasarkan

    kepada tiga bentuk yang asas. Tiga bentuk tersebut adalah; (1) reka bentuk berpusatkan subjek; (2) reka bentuk berpusatkan pelajar dan (3) reka bentuk berpusatkan masalah.

    2.3.1 Reka bentuk berpusatkan subjek

    Reka bentuk berpusatkan subjek merupakan reka bentuk yang terkenal dandigunakan secara meluas. Ini kerana ilmu dan isi kandungan diterima dengan

    baik sebagai bahagian yang penting dalam sesebuah kurikulum. Reka bentuk berpusatkan subjek merangkumi reka bentuk mata pelajaran, reka bentuk disiplin, reka bentuk broad field dan reka bentuk korelasi.

    Reka bentuk mata pelajaran

    Reka bentuk mata pelajaran merupakan reka bentuk yang tertua di sekolah danyang paling diketahui oleh para guru dan kebanyakan orang. Ia diketahui umumkerana para guru dan kebanyakan orang lazimnya mendapat pendidikan denganmengalami reka bentuk ini. Ia juga popular kerana selari dengan penulisan dan

    penulisan buku teks di samping selari dengan latihan guru sebagai pakar mata pelajaran. Reka bentuk ini didasarkan kepada andaian bahawa insan itu unik danistimewa kerana intelektualnya. Manusia berupaya mencari dan memperolehilmu. Dalam reka bentuk ini, kurikulum direka bentuk menurut bagaimana ilmu

    pengetahuan telah dikembangkan menurut sesuatu subjek. Dengan letusanmaklumat yang mengakibatkan pengkhususan dalam bidang-bidang ilmu,

    pembahagian mata pelajaran bukan sahaja menjadi banyak malahan menjaditerlalu kompleks.

    Reka Bentuk Disiplin

    11

  • 7/31/2019 Model perkembangan dan reka bentuk Kurikulum

    12/16

    BAB 2

    UNIT 1 Perancangan Kurikulum Dalam Pendidikan Sains

    Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum

    Reka bentuk disiplin bukan sahaja menekankan tentang isi kandungan malahcara atau proses sesuatu disiplin itu dikembangkan. Contohnya dalam sains,struktur ilmu dalam bidang tersebut dan kaedah proses sains yang menjadikaedah perkembangan ilmu itu juga penting dalam mereka bentuk kurikulum

    jenis ini. Ini bermaksud pelajar bukan sahaja ditekankan agar memperoleh ilmudalam bidang sains malah memperoleh cara bagaimana ahli sains memperolehilmu.

    Reka bentuk ini dibina dengan pertamanya mengenal pasti struktur ilmu untuk sesuatu subjek yang berdisiplin dan keduanya mengenal pasti kaedah atau

    proses yang terlibat dalam mengembangkan ilmu dalam bidang itu. Berdasarkan

    struktur sesuatu disiplin itu, isi kandungan dalam sesebuah kurikulum bolehdipilih di samping cara mengorganisasikan isi kandungan itu untuk proses pembelajaran.

    Reka bentuk broad field

    Reka bentuk ini cuba menyatukan dua atau tiga subjek yang berkaitan menjadisatu bidang kajian yang bersepadu. Reka bentuk ini terhasil daripada tuntutanmasyarakat yang meminta sekolah mengajarkan pelajar ilmu yang bersepadudan tidak terasing-asing seperti yang terdapat dalam reka bentuk mata pelajarandan reka bentuk disiplin. Reka bentuk ini melenyapkan sempadan mata

    pelajaran dan disiplin dan dengan yang demikian akan menjadikan maklumat itumenjadi lebih bermakna bagi diri pelajar. Selain itu reka bentuk ini jugamembolehkan pelajar melihat perkaitan antara pelbagai subjek yang terdapatdalam kurikulum. Ilmu dengan demikian dilihat oleh pelajar sebagai satu yang

    bersepadu. Contohnya di menengah rendah, Biologi, Kimia dan Fizik disepadukan membentuk Sains Paduan. Di menengah atas, Biologi, Kimia danFizik disepadukan menjadi Sains Teras.

    Reka bentuk korelasi

    Reka bentuk ini merupakan reka bentuk yang boleh digunakan sekiranyaseseorang tidak mahu pergi jauh sehingga membentuk reka bentuk broadfield. Dalam reka bentuk ini seseorang itu boleh mengaitkan secara kadangkala maklumat daripada subjek yang berlainan dengan tujuan mengurangkan

    pemecahan antara subjek. Sebagai contoh seorang pendidik sains perlu bekerjasama dengan guru sejarah bagi menghasilkan tugasan yang menuntut pelajar mengaitkan maklumat sains dengan sejarah. Dengan yang demikian beliau boleh meminta pelajarnya melaksanakan tugasan berhubung Sejarahsatu teori sains. Biasanya apabila kursus-kursus diolah dengan menggunakan

    pendekatan penyelesaian masalah, perkaitan antara subjek akan berlaku tetapisempadan antara subjek masih dikekalkan. Dalam reka bentuk ini pendidik

    12

  • 7/31/2019 Model perkembangan dan reka bentuk Kurikulum

    13/16

    BAB 2

    UNIT 1 Perancangan Kurikulum Dalam Pendidikan Sains

    Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum

    daripada pelbagai subjek yang ingin mengaitkan maklumat mereka antara satusama lain harus bekerjasama memikirkan dan merancangkan kursus atautugasan yang memerlukan pelajar mengaitkan maklumat daripada subjek-subjek itu.

    2.3.2 Reka bentuk berpusatkan pelajar

    Reka bentuk berpusatkan pelajar didasarkan kepada andaian bahawa pelajar merupakan fokus atau pusat kepada sesuatu program pendidikan. Pandangan initelah didasarkan kepada mazhab falsafah pendidikan progressivisme. Reka

    bentuk jenis ini terdiri daripada reka bentuk berpusatkan kanak-kanak, reka

    bentuk berpusatkan pengalaman dan reka bentuk humanistik.

    Reka bentuk berpusatkan kanak-kanak

    Reka bentuk ini menekankan agar kurikulum direka bentuk menurut pendekatansemula jadi kanak-kanak ketika belajar. Reka bentuk ini didasarkan kepadaandaian bahawa kanak-kanak akan berkembang jika mereka diberi peluanguntuk berinteraksi dengan alam. Sebagai contoh dalam pengajaran geografi para

    pelajar seharusnya dibawa ke kajian lapangan dan meminta mereka melukislanskap dan peta yang mudah. Ini dikatakan sebagai lebih produktif berbandingdengan hanya membaca buku.

    Reka bentuk berpusatkan pengalaman

    Reka bentuk ini sangat mirip dengan reka bentuk berpusatkan kanak-kanak kerana menekankan kanak-kanak sebagai asas untuk mengorganisasikan duniasekolah mereka. Namun, ia berbeza daripada reka bentuk berpusatkan kanak-kanak kerana dalam pandangan mereka yang menyakini reka bentuk ini, minatdan keperluan kanak-kanak tidak boleh dijangka dan dengan yang demikiankurikulum tidak dapat dirancang lebih awal. Hanya apabila kanak-kanak itusampai ke sekolah, aktiviti yang sesuai dirancangan secara spontan untuk hariitu. Reka bentuk jenis ini dan reka bentuk berpusatkan kanak-kanak sangat

    menekankan minat kanak-kanak.

    Reka bentuk berpusatkan humanistik

    Reka bentuk ini memfokuskan kepada pelajar terutamanya kepada konsepkendirinya (self-concept). Konsep self-actualization yang diusulkan olehAbraham Maslow menjadi rangka teoretikal reka bentuk kurikulum jenis ini.Pandangan Carl Rogers juga banyak memberi pengaruh kepada reka bentuk ini.

    13

  • 7/31/2019 Model perkembangan dan reka bentuk Kurikulum

    14/16

    BAB 2

    UNIT 1 Perancangan Kurikulum Dalam Pendidikan Sains

    Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum

    Pendidikan yang didasarkan kepada reka bentuk ini akan menambahkankomponen afektif kepada kurikulum sedia ada yang biasanya menekankanaspek kognitif sahaja. Mereka yang menyakini reka bentuk ini tidak hanyamenekankan isi kandungan atau kognitif atau pengalaman atau perasaan sahaja,malah menekankan penyepaduan antara kesemuanya itu. Mereka menekankanagar kurikulum direka bentuk dengan mengadunkan kesemua aktiviti yangmenyebabkan pelajar dapat merasai kesemua aspek pendidikan sama ada yangmenyampaikan isi kandungan, yang membangunkan kognitif, yang memberi

    pengalaman atau yang menyentuh perasaan. Reka bentuk ini dengan kata lainmenekankan pendidikan insan secara keseluruhannya dari aspek pemikiran,

    perasaan dan amalan mereka.

    2.3.3 Reka bentuk berpusatkan masalah

    Reka bentuk kurikulum berpusatkan masalah memfokuskan kepada masalahdalam kehidupan sama ada pada tahap individu atau masyarakat amnya. Reka

    bentuk berpusatkan masalah diorganisasikan untuk memperkukuhkan warisan budaya dan juga mengambil kira keperluan masyarakat dan komuniti yang tidak dapat dipenuhi.

    Walaupun reka bentuk ini meletakkan individu dalam konteks masyarakat,

    namun ia berbeza daripada reka bentuk berpusatkan individu dalam satu perkarautama. Reka bentuk berpusatkan masalah dirancangkan sebelum kehadiran

    pelajar. Walau bagaimanapun, perancang reka bentuk berpusatkan masalahsedar keperluan menyesuaikan reka bentuk ini agar mengambil kira keperluandan situasi pelajar.

    Bagaimana reka bentuk ini diorganisasikan bergantung sebahagian besarnyakepada sifat tabii masalah yang ingin dikaji atau diselesaikan. Oleh kerana itu,isi kandungannya selalu merentas sempadan banyak mata pelajaran. Reka

    bentuk ini juga perlu didasarkan kepada keperluan, urusan dan keupayaan pelajar. Penekanan duaan kepada isi kandungan dan perkembangan diri pelajar

    ini membezakan reka bentuk berpusatkan masalah ini daripada reka bentuk yanglain.

    Oleh kerana reka bentuk berpusatkan masalah ini mengambil penekanannyadaripada masalah masyarakat, keperluan, minat dan keupayaan pelajar, terdapatkepelbagaian dalam reka bentuk ini. Sesetengahnya memfokuskan kepadasituasi kehidupan yang berterusan, yang lain menumpukan kepada masalahsosial yang semasa, sesetengahnya pula mengambil kira tentang bidang-bidangkehidupan dan ada pula berurusan dengan pembangunan semula masyarakat.

    14

  • 7/31/2019 Model perkembangan dan reka bentuk Kurikulum

    15/16

    BAB 2

    UNIT 1 Perancangan Kurikulum Dalam Pendidikan Sains

    Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum

    Reka bentuk situasi-kehidupan

    Reka bentuk ini mengandaikan bahawa pembelajaran di sekolah akan menjadilebih bermakna jika pembelajaran itu dapat digunakan secara terus dalamkehidupan sebenar pelajar. Sekolah dengan yang demikian seharusnyamengajarkan masalah-masalah seperti masalah dalam kehidupan sebenar.Pendidik yang menggunakan reka bentuk ini akan membantu pelajar meluaskan

    pandangan dan mendalamkan generalisasinya tentang masalah-masalah berkaitdengan kehidupan di dunia yang sebenar iaitu dunia di luar daripada duniasekolah. Sebagai contoh situasi kehidupan yang sentiasa perlu diberikan

    perhatian ialah; situasi yang menuntut perkembangan potensi individu dari segikesihatan, intelektual, tanggungjawab dan penzahiran dirinya; situasi yangmenuntut perkembangan kerjasama masyarakat dalam aspek hubungan sesamainsan, hubungan dalam kumpulan dan hubungan antara kumpulan; dan akhirnyasituasi yang menuntut kepada keupayaan mengambil kira faktor-faktor dankuasa alam semula jadi. Di samping situasi-situasi kehidupan ini, keupayaaandan keperluan pelajar harus juga menjadi dasar kepada reka bentuk ini.

    Reka Bentuk Pembangunan Semula Masyarakat

    Reka bentuk ini menekankan pembangunan semula masyarakat. Pereka bentuk

    kurikulum ini berminat mencari perkaitan antara kurikulum dengan perkembangan masyarakat dari aspek sosial, politik dan ekonomi. Merekamenyakini bahawa melalui kurikulum dapat dilakukan perubahan dalammasyarakat yang akhirnya akan melahirkan masyarakat yang adil.

    Latihan: Projek

    Objektif: Memperoleh kemahiran mereka bentuk kurikulum/program sains disekolah.

    1. Pelajar dikehendaki mengenal pasti pendekatan kurikulum dan falsafahyang mereka yakini.

    2. Pelajar perlu memilih jenis-jenis reka bentuk yang sesuai denganfalsafah dan pendekatan yang mereka yakini.

    3. Memperincikan setiap unsur kurikulum iaitu; (1) matlamat, tujuan,objektif; (2) isi kandungan; (3) pengalaman pembelajaran; (4)

    pendekatan penilaian.4. Menyusunkan unsur-unsur kurikulum tadi agar menjadi satu entiti yang

    dijangkakan dapat menyelesaikan masalah yang ingin diselesaikan.

    15

  • 7/31/2019 Model perkembangan dan reka bentuk Kurikulum

    16/16

    BAB 2

    UNIT 1 Perancangan Kurikulum Dalam Pendidikan Sains

    Model Perkembangan & Reka Bentuk Kurikulum

    16