model pembelajaran tawaf

6
Tentukan Matlamat Kenalpasti Objektif Rancang Aktiviti Pengajaran Pilih Media Pengajaran Bina Alat Pengukuran Laksana Pengajaran Kaji Semula Instruksi ] TUGASAN 2 – Pengajaran Berbantu Bahan Berasaskan Elektronik & Web SEYPUL ASMAL BIN SABOKKI [M20091000234] SarjanaPengurusan Pendidikan Fakluti Perniagaan da nEkonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, Malaysia. Model Reiser & Dick (1996) Sumber : Ubahsuai dari Robert A. Reiser and Walter Dick, Instructional Palnning (2nd. ed.), Allyn & Bacon, Massachusetts, 1996. Perancangan pengajaran : Menggunakan Model Pendekatan Sistematik (Reiser dan Dick, 1996) 1. Mengenalpasti matlamat pengajaran Matlamat pengajaran boleh didapati daripada huraian sukatan pelajaran, taksiran keperluan yang berkaitan dengan sesuatu kurikulum, masalah pengajaran dalam bilik darjah atau sesuatu topik baru dalam sukatan pelajaran. Matlamat adalah paling penting di dalam merancang pengajaran. Matlamat yang penting ialah dari segi hasilan pembelajaran sebenar pelajar iaitu matlamat dari perubahan tingkahlaku dan sikap pelajar dalam pembelajaran.

Upload: sabs121

Post on 24-May-2015

1.714 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Model pembelajaran tawaf

Tentukan MatlamatKenalpasti ObjektifRancang Aktiviti PengajaranPilih Media PengajaranBina Alat Pengukuran

Laksana PengajaranKaji Semula Instruksi

]

TUGASAN 2 –

Pengajaran Berbantu Bahan Berasaskan Elektronik & WebSEYPUL ASMAL BIN SABOKKI [M20091000234]

SarjanaPengurusan Pendidikan Fakluti Perniagaan da nEkonomi,

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, Malaysia.

Model Reiser & Dick (1996)

Sumber : Ubahsuai dari Robert A. Reiser and Walter Dick, Instructional Palnning (2nd. ed.), Allyn & Bacon, Massachusetts, 1996.

Perancangan pengajaran :

Menggunakan Model Pendekatan Sistematik (Reiser dan Dick, 1996)

1. Mengenalpasti matlamat pengajaran

Matlamat pengajaran boleh didapati daripada huraian sukatan pelajaran,

taksiran keperluan yang berkaitan dengan sesuatu kurikulum, masalah

pengajaran dalam bilik darjah atau sesuatu topik baru dalam sukatan

pelajaran.

Matlamat adalah paling penting di dalam merancang pengajaran. Matlamat

yang penting ialah dari segi hasilan pembelajaran sebenar pelajar iaitu

matlamat dari perubahan tingkahlaku dan sikap pelajar dalam pembelajaran.

Untuk mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 4, tajuk yang dipilih ialah

Tawaf, dalam bab ibadah haji, matlamat pengajaran ialah pelajar seharusnya

dapat memahami konsep dan cara melaksanakan ibadah Tawaf.

2. Menganalisa pelajar

Pengetahuan/kemahiran sedia ada yang berkaitan akan membantu pelajar

menguasai pelajaran baru yang akan dipelajari. Ciri-ciri umum pelajar seperti

umur, jantina, bakat, sikap, gaya pembelajaran perlu diketahui untuk

merancang reka bentuk pengajaran.

Page 2: Model pembelajaran tawaf

]

Pelajar hendaklah dianalisa sebelum pengajaran guru bermula. Analisis

pelajar juga boleh dibuat melalui ujian pencapaian supaya dapat

membezakan kebolehan pelajar yang mempunyai pencapaian pembelajaran

yang berbeza.

Bagi proses pembelajaran yang di rancang ini, pelajar telah dikenalpasti. Di

mana pencapaian pelajar didapati mempunyai tahap dan gaya pembelajaran

yang hampir sama. Pelajar telah mempunyai asas pengetahuan tawaf melalui

pembelajaran lalu. Pelajar juga mempunya tahap literasi penggunaan

komputer dan rangkaian internet yang baik

3. Mengenalpasti objektif

Objektif adalah merupakan pernyataan yang terperinci bagi matlamat

pendidikan/hasil pembelajaran. Tiga komponen utama bagi mana-mana

objektif ialah perilaku pelajar yang diharapkan, keadaan semasa perilaku ini

dilaksanakan dan piawaian atau kriteria yang mesti dicapai oleh pelajar.

Hasil pembelajaran yang diharapkan untuk tajuk Tawaf ialah

:1ارس . طواففغرتين مثاتاكن .1مثاتاكن روكون طواف ..2مثاتاكن فركارا سنة طواف.3

:2ارس ممهمي كسالهن يغ سريغ دالكوكن سماس.1

منونايكن عبادة طواف حاج دان عمرة. :3ارس

منرغكن ادب سوفن سماس مغرجاكن عبادة.1طواف حاج دان عمرة.

4. Merancang aktiviti pengajaran

Langkah berikut ialah mengenal pasti strategi yang akan digunakan

dalam pengajaran serta memilih media yang sesuai digunakan untuk

mencapai hasil pembelajaran.

Strategi pengajaran mencakupi aktiviti sebelum pengajaran,

persembahan maklumat, latihan dan tindak balas dan ujian dan aktiviti

susulan.

Suatu rancangan pengajaran akan diperluaskan atau diringkaskan

berdasarkan sama ada pengajaran itu disediakan untuk pelajar yang

kurang pandai, berkebolehan sederhana atau pandai. Ianya adalah

Page 3: Model pembelajaran tawaf

]

penting bahawa keseluruhan rancangan pengajaran disediakan bagi

membolehkan pelajar dapat mencapai sesuatu objektif pembelajaran

yang telah ditentukan.

Bagi tajuk yang telah dipilih, perancangan aktiviti adalah seperti berikut :

i. Pelajar dibenarkan bersoal-jawab dengan guru tentang tawaf

ii. Pelajar menjawab soalan secara interaktif dalam MS Powerpoint dan

lembaran kerja dari guru.

5. Memilih media pengajaran (PENGGUNAAN TEKNOLOGI)

Bahan-bahan seperti panduan belajar, bahan media, panduan guru dan

panduan ujian boleh dibina dan disediakan. Keputusan untuk membina bahan

baru bergantung kepada objektif atau hasilan pembelajaran, bahan yang

sedia ada dan kemampuan organisasi dari segi kepakaran dan kewangan.

Media pengajaran adalah sebahagian daripada pelan pengajaran. Ianya

adalah sebagai alat (selain guru, buku teks, dan bahan bercetak tambahan)

yang menyampaikan pengajaran kepada pelajar. Ianya bertujuan untuk

menghasilkan proses pengajaran & pembelajaran yang menarik dan

bermakna sekaligus membantu pencapaian matlamat pembelajaran.

Sebagaimana perancangan dan ciri-ciri yang dinyatakan, proses pengajaran

bagi Tawaf, media yang digunakan guru merupakan bahan BBM yang diolah

dan dimanipulasi dari laman-laman web yang berkaitan di samping bahan/

slide persembahan yang dibina oleh guru sendiri. Berikut merupakan senarai

bahan/media yang digunakan:

i. Klip video Tawaf. Sumber dari

ii. Animasi pergerakan tawaf-. sumber dari

iii. Slaid MS Powerpoint sebagai BBM yang menerangkan cara membuat

pusingan tawaf. ( Dibina oleh guru )

i. Sebagai set induksi, guru menayangkan ‘klip

video animasi’ berkaitan ibadah tawaf.

ii. Guru membuat penerangan sambil menayangkan

slaid dan animasi tawaf.

iii. Perbincangan kumpulan dan secara kolaboratif.

iv. Pelajar secara berkumpulan mengakses

maklumat berkaitan topik dari internet sebagai

aktiviti pengukuhan.

Page 4: Model pembelajaran tawaf

]

iv. Perisian MS Power point untuk digunakan oleh pelajar menjawab

soalan interaktif. ( Dibina oleh guru )

v. Aktiviti pengukuhan oleh pelajar - secara berpasangan melayari

internet merujuk sumber lain yang berkaitan tajuk. ( Alamat laman

web disediakan oleh guru )

6. Membina alat penilaian

Kepentingan ujian dalam mereka bentuk pengajaran ialah ujian yang

menekankan fakta yang menunjukkan butiran yang penting untuk

membekalkan pelajar suatu penilaian tentang kemajuan dalam menguasai

objektif pembelajaran.

Keputusan ujian akan memberikan maklumat kepada guru berhubung

dengan kualiti pengajaran yang telah disampaikan dan tahap pencapaian

pelajar. Hasil ujian juga mampu menjadi rujukan kepada guru untuk menilai

proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan.

Ujian/penilaian yang dijalankan untuk tajuk pembelajaran ini ialah :

i. Soalan interaktif MS Powerpoint - dijawab secara berpasangan.

ii. Lembaran kerja (soalan dibina oleh guru berpandukan isi pelajaran

yang diajar) - dijawab secara individu.

7. Melaksanakan pengajaran

Sebagaimana yang telah dibincangkan, dalam melaksanakan pengajaran

yang berjaya, ianya hendaklah dimulakan dengan perancangan yang teliti di

mana pengenalpastian matlamat pembelajaran yang khusus mengikut

sukatan pelajaran, perancangan aktiviti, pemilihan media yang tepat &

berkesan, satu set alat pengukuran bagi mengukur pencapaian pelajar dan

kawalan/bimbingan guru yang baik.

Untuk proses pengajaran dan pembelajaran tajuk Tawaf ini, satu set Skema

Kerja dan Rancangan Pengajaran telah dibina sebagai panduan bagi

membantu guru menjayakannya.

8. Menyemak semula pengajaran

a. Penyemakan objektif/matlamat hendaklah dilakukan melalui pemerhatian

/penilaian guru yang dikumpulkan sebelum, semasa dan selepas

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil dari

pemerhatian/penilaian tersebut lakukan langkah-langkah seterusnya iaitu

untuk melaksanakan pemulihan atau pengayaan dalam pembelajaran murid.