model kajian tindakan

Upload: steven-tian

Post on 10-Mar-2016

265 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

model

TRANSCRIPT

Model John Elliot

Model Stephen KemmisProses kajian tindakan Kemmis bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu.

Keseluruhan pelaksanaan ini disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan.

Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau.

Lingkaran pertama (cycle 1)

Merancang contoh : Pelajar menganggap bahawa sains adalah proses mengingat fakta berbanding perasaan ingin tahu. Bagaimana guru dapat merangsang perasaan ingin tahu dalam diri pelajar?

Bertindak Memberikan soalan yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.

Memerhati Rekod soalan dan jawapan untuk pemerhatian yang lebih terperinci. Catat jangkaan.

Merefleksi

Lingkaran kedua (cycle 2)

Mengubah rancangan Mengubah strategi menyoal untuk menggalakkan pelajar untuk mencari jawapan sendiri.

Bertindak Mengurangkan penyataan kawalan dalam pelajaran. Pelbagaikan lagi teknik.

Memerhati Rekod soalan dan jawapan. Catat kesan-kesan yang diperhatikan daripada tingkahlaku pelajar.

Merefleksi

Model John ElliotJohn Elliott (1991) memberi definisi kajian tindakan sebagai satu kajian sosial untuk meningkatkan kualiti dan mutu tindakan yang akan diambil terhadap sesutu keadaan.

Kesahan sesuatu teori atau hipotesis yang dibuat tidak bergantung kepada kajian secara saintifik, tetapi ianya lebih bergantung kepada keberkesanan kajian tersebut dalam membantu manusia untuk mempunyai pelbagai kemahiran dan dapat bertindak secara bijak.

Ciri-ciriIdea utama Elliott ialah penyelidik membangunkan pemahaman peribadi ke atas sesuatu masalah dan pengertian abstrak itu adalah penting dalam melaksanakan tindakan.

Bagi John Elliott, kajian dalam pendidikan adalah satu usaha susila yang mencari dan memahami nilai-nilai dalam pendidikan.

Elliott juga berpendapat bahawa kajian dalam pendidikan sepatutnya menjadi bentuk kajian tindakan yang baru di mana para guru akan menjadi penyumbang utama.John Elliott setuju dengan konsep lingkaran refleksi tindakan Kemmis tetapi John Elliot menyatakan terdapat lebih banyak aliran tindakan dalam peringkat pelaksanaan untuk mendapat lebih banyak sokongan dan maklumat sebelum berpindah kepada lingkaran kedua.

Oleh itu, Elliot telah memperkembangkan model Kemmis bagi membolehkan aliran yang lebih lancar berlaku antara tahap-tahap yang terdapat dalam proses kajian tindakan.

Ia bertujuan untuk menghasilkan model yang lebih lengkap.

Format penulisan kajian tindakan John ElliottTujuan : untuk membuktikan sesuatu teori/ Model. Biasa digunakan oleh doktor perubatan.

Tajuk kajianLatar belakang kajianKenalpasti idea/ Fokus/ Masalah kajian/ TeoriTinjauan : Cari fakta dan analisis kenyataanPerancangan Tindakan Tindakan 1Tindakan 2Tindakan 3Tindakan 46. Refleksi : Huraian kejayaanModel Dave Ebbutt

Pengkaji mempunyai dua pilihan iaitu gelung A dan Gelung B. Gelung A merancang semula tindakan Gelung B balik kepada fokus atau idea umumGelung A

Hasil pemerhatian dan tindakan akan menghasilkan refleksi.Pengkaji membuat semua perancangan dan prosedur kajian termasuk langkah-langkah dan metodologi kajian.Setelah membuat pembetulan yang ada, tindakan kedua dijalankan .Proses kajian akan diulang , hasil pemerhatian dan refleksi menentukan proses ulangan kajian tindakan seterusnya.Proses bersifat mikroSesuai untuk kajian penggunaan teknik pengajaran, kemahiran dan lain-lain.

Gelung B

Bersifat makro Hasil dapatan pemerhatian dan refleksi tindakan pertama membawa kepada kajian semula seluruh idea umum.Pengkaji membuat tinjauan terhadap idea baru dan membuat rancangan tindakan baru.Proses makro ini membawa kepada dapatan maklumat dan kajian tindakan yang berbeza dengan idea rancangan awal.