modal

24
12 July 2013 STPM : Kepentingan Modal Insan dan Langkah-Langkah untuk Melahirkannya Marcapada ini ,masyarakat pembangun modal insan berazam dan berusaha untuk melahirkan lebih ramai modal insan kelas pertama yang akan menjanjikan sebuah tamadun yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.‘Minda Kelas Pertama’ merupakan modal insan yang mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia yang merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik.‘Minda Kelas Pertama’ memerlukan segenap usaha serta komitmen daripada setiap peringkat masyarakat untuk melahirkan modal insan. Setiap etnik, kelas sosial, komuniti dan institusi perlu mengambil bahagian dalam merealisasikan misi ini.Terdapat beberapa kepentingan

Upload: lydia-jia

Post on 14-Nov-2015

38 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

:)

TRANSCRIPT

12 July 2013STPM : Kepentingan Modal Insan dan Langkah-Langkah untuk Melahirkannya

Marcapada ini ,masyarakat pembangun modal insan berazam dan berusaha untuk melahirkan lebih ramai modal insan kelas pertama yang akan menjanjikan sebuah tamadun yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.Minda Kelas Pertama merupakan modal insan yang mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia yang merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik.Minda Kelas Pertama memerlukan segenap usaha serta komitmen daripada setiap peringkat masyarakat untuk melahirkan modal insan. Setiap etnik, kelas sosial, komuniti dan institusi perlu mengambil bahagian dalam merealisasikan misi ini.Terdapat beberapa kepentingan modal insan dan langkah-langkah untuk melahirkannya.

Kepentingan yang pertama adalah untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang mampu berdaya saing dan berdaya maju dengan negara-negara membangun yang lain agar mampu dijadikan contoh oleh negara-negara di rantau Asia.Hal ini kerana modal insan kelas pertama adalah merupakan golongan tenaga muda yang mempunyai potensi yang amat bernilai untuk dibangunkan bagi memajukan lagi segala sektor-sektor yang penting di Malaysia .Golongan ini menjadi tulang belakang bagi memastikan negara Malaysia akan sentiasa membangun seiring dengan negara-negara maju yang lain.Golongan ini juga dianggap sebagai benteng harapan untuk maju ke hadapan dan sebagai sumber penting bagi membentuk kemajuan negara.

Kedua, modal insan kelas pertama amat penting untuk menjana kemajuan negara Malaysia dalam semua bidang agar mampu menempa kemajuan serta perubahan keatas negara Malaysia dari pelbagai aspek penting.Hal ini terbukti apabila golongan minda kelas pertama ini telah mencuba untuk melakukan tranformasi secara total atau perubahan drastik yang menyeluruh terhadap cara dan gaya hidup,adat resam, budaya,dominasi ekonomi dan kewangan,perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan,teknologi maklumat,media cetak dan eletronik terhadap masyarakat dalam kalangan rakyat Malaysia.Tindakan golongan ini melakukan tranformasi adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia agar selaras dengan taraf hidup masyarakat di negara-negara membangun yang lain.

Strategi untuk melahirkan modal insan kelas pertama adalah melalui pendedahan meluas terhadap penguasaan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang oleh golongan modal insan.Hal ini menunjukkan bahawa golongan ini perlu menyediakan diri dengan memiliki kemantapan informasi serta kemahiran dalam pelbagai bidang untuk melahirkan golongan modan insan kelas pertama.Melalui penguasaan ilmu pengetahuan ini,kita dapat mendedahkan bidang sains dan teknologi kepada seantero masyarakat Malaysia.Tindakan ini merupakan cara bagi melahirkan modal insan kelas pertama.Perkembangan era globalisasi adalah merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi oleh modal insan agar mampu menghasilkan modal insan kelas pertama yang berpengetahuan,berinovasi serta berkualiti tinggi.

Seterusnya,melalui pengenalan Dasar 1 Murid 1 Sukan juga dapat melahirkan modal insan kelas pertama yang memiliki keseimbangan antara keperluan akademik dan keperluan fizikal.Hala tuju dasar pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan berminda kelas pertama bukan sahaja melalui pencapaian akademik malah melalui pencapaian dalam bidang sukan. Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak langsung dapat melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek. Melalui dasar ini juga kerajaan mahu membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara melalui bidang sukan.

Selain itu,Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga dapat menghasilkan modal insan yang menjadi tunggak utama kepada pembangunan negara pada masa akan datang.Melalui program ini,modal insan dapat dibentuk menjadi insan yang bertanggungjawab serta mampu melakukan sesuatu perkara dengan usaha yang bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan.Golongan yang menyertai PLKN ini adalah golongan sasaran utama bagi melahirkan modal insan disebabkan oleh daya pemikiran yang dinamik,progresif dan eksklusif yang ada pada mereka. Dengan itu,mereka telah diletakkan sebagai generasi pelapis yang mampu mewarisi tampuk pemerintahan negara suatu hari nanti berdasarkan corak dan acuan modul kerajaan.

Kesimpulannya,dapatlah dirumuskan bahawa pembangunan modal insan bermindakan kelas pertama amat penting bagi menjadikan Malaysia bukan sahaja negara maju yang beridentitikan diri sendiri,malah akan menjadi contoh bagi negara-negara di seluruh pelosok dunia . Dalam konteks dunia global hari ini, modal insan yang benar-benar berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan dan kemegahan. Oleh itu,bersama-samalah kita melangkah maju ke hadapan berpaksikan pengetahuan serta bukan sahaja sekadar semata-mata ingin menjadi negara maju tetapi negara maju yang mempunyai identitinya sendiri serta mampu melahirkan lebih ramai lagi modal insan kelas pertama. Written by J

http://dubb95.blogspot.com/2013/07/kepentingan-modal-insan-dan-langkah.html

Thursday, October 14, 2010Karangan SPM 2010: Kriteria Modal Insan Berkualiti?Kerajaan berharap agar generasi muda mempu menjadi modal insan yang berkualitiHuraikan kriteria-kriteria yang ingin anda capai untuk menjadi modal insan yang berkualiti.

Kebelakangan ini, kebanyakan generasi muda terjebak dalam kegiatan gejala sosial. Contahnya, merokok,melepakdan juga merempit. Hal ini menyebabkan masyarakat tempatan takut anak-anak remaja mereka akan terjebak dalam gejala sosial ini.Pihak Kerajaan berusaha untuk melahirkan modal insan yang berkaliber agar negara kita Malaysia dipimpin oleh pemimpin yang lebih baik pada masa akan datang,dan melonjakkan nama Malaysia di persada dunia,bak kata pepatah Bagamana acuannya,begitulah kuihnya. Kita haruslah mencapai beberapa criteria untuk menjadi modal insan yang berkualiti.

Kriteria yang harus ada pada generasi muda untuk menjadi modal insan yang berkualiti ialah, berpelajaran tinggi dan berfikiran terbuka. Hal ini dapat, menyelesaikan banyak kemelut di dalam negara kita. Antara masalah-masalah yang dapat diselesaikan ialah,kemelut rasuah, pencemaran alam,dan juga gejala sosial. Hal ini sekaligus dapat meningkatkan nama negara kita. Jadi,kita sebagai generasi muda masa kini haruslah,berusaha untuk menuntut ilmu agar kita berfikir dengan lebih kritis dan menjadi modal insan yang lebih berkualiti.

Selain itu, kita juga harus mempunyai didikan agama sempurna dan betul. Hal ini kerana,didikan agama amat penting agar seseorang itu lebih tenang dan tidak terburu-buru mengambil sesuatu keputusan. di samping itu, mereka juga akan lebih berdisiplin. Contohnya, mereka akan menjalankan tanggungjawab mereka dengan jujur dan ikhlas tanpa sebarang paksaan. Negara kita juga akan aman dan damai tanpa tipu daya,bak kata mutiara Agama tiang Negara. Oleh itu, kita haruslah mengukuhkan keimanan kita untuk mencapai modal insan yang berkualiti.

Di samping itu, kita juga haruslah bersikap bertanggungjawab,agar kita tidak bersikap sepertimelepaskan batuk di tangga.Kita Haruslah memupuk sikap bertanggungjawab mulai sekarang. Contohnya, kita haruslah menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang anak dan juga sebagai seorang pelajar sekolah. Sikap bertanggungjawab ini juga dapat melancarkan pentadbiran negara,jika setiap individu bersikap bertanggungjawab. Oleh itu, kita haruslah menanam sikap bertanggungjawab di dalam diri kita, agar generasi muda masa kini dapat menjadi modal insan yang berkualiti.

Tambahan pula, kita haruslah teliti dengan keadaan sekeliling kita. Hal ini agar, kita tidak menjadi seperti katak didalam tempurung. Kita haruslah peka dengan keadaan sekeliling. Sesuatu kerja yang dilakukan dengan teliti, kesilapannya juga akan kurang. Negara kita juga dapat ditadbir dengan baik jika generasi muda masa kini teliti dan bertindak secara rasional dengan keadaan sekeliling mereka. Jadi, kita haruslah peka dengan keadaan semasa.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah saling berganding bahu untuk melahirkan generasi muda sebagai modal insan yang berkualiti. Selain itu, kita sendiri haruslah berusaha untuk mencapai kriteria-kriteria untuk menjadi modal insan yang berkualiti. Jadi, harapan kerajaan untuk menjadi generasi muda sebagai modal insan yang berkualiti akan dapat dicapai.

Karya pelajar saya: Razea Maznah (teruskan minat menulis seperti ini)Posted byNoor Azman Mahatat6:55 PM

http://noorazmanmahat.blogspot.com/2010/10/karangan-spm-2010-kriteria-modal-insan.html

SUNDAY, MAY 4, 2014KARANGAN 10 : PERANAN REMAJA SEBAGAI MODAL INSAN NEGARA(I)Memang tidak dapat dinafikan bahawa golonganremaja seperti saya merupakan modal insan ataupun aset berharga kepada nusa dan bangsa. Demi pembangunan negara, negara berhasrat untuk melahirkan modal insan yang berkualiti, yakni berpendidikan, berwawasan, berdedikasi, berkaliber dan berdisiplin. Oleh hal yang demikian, dalam RMK-9, sebanyak 20.6 peratus diperuntukkan untuk meningkatkan kualiti modal insan dengan meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu. (T) Dalam konteks ini, sasaran modal insan ialah remaja atau tenaga muda keranapemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Golongan mudalah yang dapat menyumbangkan idea dan tenaga demi pembangunan negara dalam segala bidang, khususnya dari aspek iktisad. (A) Jadi, apakah peranan remaja dalam usaha untuk merealisasikan visi kudsi kerajaan, yakni melahirkan modal insan yang berkualiti?http://anelyza.blogspot.com/2014/05/karangan-10-peranan-remaja-sebagai.html

Saturday, December 8, 2012PEMBENTUKAN MODAL INSAN YANG BERKUALITI

Modal insan yang juga dikenali sebagai pembangunan sumber manusia merupakan antara agenda utama dalam perealisasian Rancangan Malaysia kesembilan (RMK-9) . RMK-9 yang dilancarkan oleh Perdana Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi fokus kepada unsur ini memandangkan manusia itu sendiri akan berperanan dengan begitu ketara pembangunan justeru mampu membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju. Konsep pembangunan modal insan ini adalah proses untuk membentuk insan yang baik, kamil dan berguna, bukan sahaja kepada diri sendiri, malah kepada masyarakat, agama dan negara.

Modal insan ini berperanan dalam menentukan prestasi sesebuah organisasi atau unit. Modal insan ini juga membantu mencorakkan hala tuju negara ke arah Wawasan 2020 yang disasarkan bermula dari era mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed. Modal insan ini disifatkan seperti tiang utama yang menguatkan dan membentuk sesebuah bangunan. Jika bahan yang digunakan untuk membuat tiang itu tidak berkualiti, pasti bangunan tersebut juga akan mudah rosak atau roboh. Begitu juga bagi sesebuah organisasi dan negara. Tanpa sumber manusia atau modal insan yang berkualiti, sesebuah negara akan menjadi lemah kerana ketiadaan faktor manusia yang menjadi pencetus kepada inisiatif baru dalam sosioekonominya.

Pembentukan modal insan masa ini jelascubadijelmakan melalui konsep Islam Hadhari yang dibawa oleh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Menerusi gagasan Islam Hadhari, sumber manusia ini akan melalui satu pakej pendidikan yang menyeluruh, yang turut merangkumi aspek kerohanian agar insan yang bakal dihasilkan adalah insan yang berkualiti dan dinamik. Di sinilah letaknya peranan penting institusi pendidikan terutama yang melibatkan generasi muda seperti MRSM. Modul tertentu perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah agar para pelajar menghayati konsep hadharah dalam Islam ini. Hal ini demikian kerana daya usaha pembangunan sumber manusia adalah selaras dengan ajaran Islam. Kemakmuran dan kesejahteraan negara banyak bergantung kepada kemampuan, kemandirian dan jati diri rakyatnya. Oleh itu, jika setiap rakyat di negara ini mempunyai kualiti manusia unggul seperti beriman, bertakwa dan berakhlak mulia. pasti akan mudah dan lancarlah proses untuk mencapai kejayaan dan segala bidang kehidupan.

Penghasilan modal insan yang dinamik dan progresif memerlukan proses pengisian minda dengan ilmu pengetahuan. Modal insan yang berilmu akan menjadi rebutan organisasi atau pihak-pihak tertentu kerana merupakan aset berharga. Golongan yang berilmu bijak untuk mengurus sumber atau aset organisasi dalam bentuk yang terkawal. Jka mereka menggunakan bahan daripada sumber alam, merekatidakakan melakukan kerosakan yang boleh memberi kesan kepada alam sekitar dan sebagainya. Jika sumber manusia berilmu itu melakukan sesuatu tugasan, maka mereka akan melakukan dengna rasa penuh tanggungjawab, amanah dan berdedikasi.Saya berharap agar rakan-rakan seperjuangan saya dan adik-adik saya yang berada di maktab ini akan memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan oleh MARA demi kegemilangan bersama justeru membekalkan modal insan yang boleh dibanggakan. Selain itu, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh yang baik atau menjadi suri teladan untuk mencetuskan sikap dan diri yang mempunyai ciri keperibadian yang mulia.

Saya merumuskan bahawa agenda pembangunan modal insan ini perlu diutamakan dalam proses pembangunan negara kita kerana menjadi pemangkin yang bakal mencorakkan tahap ketamadunan bangsa kita. Kita perlu berfikir dan bertindak secara produktif . Pendidikan merupakan faktor penting terhadap usaha ini.Dicatat olehCikgu Hasanahdi4:39 AM

http://cikgu-hasanah.blogspot.com/2012/12/pembentukan-modal-insan-yang-berkualiti.html

Belakangan ini, soal pembinaan modal insan adalah antara perkara yang menjadi agenda utama pembangunan negara. Selaras dengan usaha kerajaan untuk memastikan Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020, pembangunan modal insan menerusi bidang pendidikan telah diberi penekanan. Hal ini cukup penting kerana kita memerlukan sejumlah besar golongan cerdik pandai bagi membolehkan negara bersaing di peringkat global. Sehubungan dengan itu, kejayaan murid-murid dalam pelajaran menjadi agenda perdana setiap sekolah kerana mereka merupakan modal insan yang bakal memacu negara agar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Pada pendapat saya, pelbagai faktor yang dapat dikenal pasti mampu mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran.

Kesimpulannya, aset yang paling berharga bagi sesebuah negara adalah warganya. Modal insan inilah yang menjadi aset yang boleh disuntik nilai tambahnya untuk menjana pembangunan negara. Kejayaan murid-murid dalam pelajaran menjadi keutamaan dalam membina modal insan yang berwawasan. Anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran dapat menjana idea untuk memacu negara ke arah menjayakan Wawasan 2020. Jadi, ibu bapa memainkan tanggungjawab yang besar bagi memastikan anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran kerana di bahu anak-anak inilah terletak harapan untuk menggantikan barisan kepimpinan negara yang ada sekarang selaras dengan cogan kata pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara.

http://blogcikguazaman.blogspot.com/2012/09/contoh-karangan-target-spm-2012.html

Rakyat merupakan aset berharga kepada negara. Negara berhasrat melahirkan modal insan sebagai indikator demi pembangunan negara. Rancangan RMK.9 memperuntukkan 20.6 peratus untuk meningkatkan kualiti modal insan. Matlamatnya adalah untuk melahirkan modal insan berkualiti dengan minda kelas pertama.

FRIDAY, JUNE 18, 2010KEPENTINGAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBANGUNKAN MODAL INSANPembangunan modal insan telah dicetuskan oleh Y.A.B Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) merupakan intipati penting dalam pembangunan negara. Oleh itu, penambahbaikan sistem pendidikan merupakan salah satu langkah yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk merealisasikan matlamat tersebut. Bincangkan.Pendahuluan :Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilaimurni, inovatif, berdisiplin, bersemangat patriotik, cekal dan berdaya saing.Isi :A)Kepentingan Pembangunan Modal Insan1. Menyediakan sumber tenaga yang berkualiti.Lebih 90,000 pelajar ditaja oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan MajlisAmanah Rakyat (MARA) untuk menghasilkan sumber tenaga berkualiti.Sebagai contoh, pemberian biasiswa oleh JPA dan MARA.

Kemudahan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan dari peringkat rendah hingga ke peringkat tinggi sudah pasti akan menghasilkan sumber tenaga yang berkualiti.

Sebagai contoh, kemudahan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) merangkumi semua sekolah, pembinaan makmal komputer dan penjanaan solar di sekolah pedalaman.2. Menyediakan masyarakat yang berdaya saing dalam ekonomi.Mewujudkan koridor pembangunan ekonomi.

Sebagai contoh, pelancaran Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Ekonomi Koridor Timur, Wilayah Koridor Pembangunan Ekonomi Sabah (SDC) dan Wilayah Koridor Pembangunan Ekonomi Sarawak (SCORE) akan menwujudkan rakyat Malaysia yang berdaya saing dalam ekonomi.Kewujudan koridor pembangunan ekonomi akan membuka peluang pekerjaankepada rakyat.Para pelabur akan membuka kilang-kilang di Malaysia dan ini akan meningkatkanbudaya kerja yang tinggi.

Penekanan kerajaan di dalam sains, teknologi dan penguasaan bahasa asing boleh menghasilkan masyarakat yang berdaya saing. Hal ini akan meningkatkan produktiviti negara.Sebagai contoh, penguasaan bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil3. Melahirkan barisan pemimpin yang berkaliber dan berketrampilan.Melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara akan menghasilkan pelajarberkualiti yang akan menjadi bakal pemimpin pada masa hadapan.Penubuhan Institut Integriti Nasional (PIN) juga boleh menghasilkan pemimpinyang telus.4. Melahirkan masyarakat yang tinggi nilai rohaninya.Dasar pendidikan yang menekankan insan seimbang akan melahirkan masyarakatyang tinggi nilai rohaninya.

Penekanan kepada mata pelajaran seperti Pendidikan Islam, Pengetahuan Moral serta Sivik dan Kewarganegaraan akan melahirkan warganegara yang mempunyai jati diri yang tinggi.Program Islam Hadhari juga boleh melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia.5. Melahirkan masyarakat yang berdisiplin.Pelaksanaan PLKN akan melahirkan belia yang berdisiplin.Penekanan kegiatan Kokurikulum dalam pendidikan juga akan menghasilkanpelajar yang patuh kepada peraturan dan menghormati norma-norma masyarakat.B)Langkah Untuk Membangunkan Modal Insan :6. Penambahbaikan terhadap sistem pendidikan.Memperkasakan sekolah rendah dan menengah melalui Pelan IndukPembangunan Pendidikan (PIPP).

Memberi peluang pendidikan percuma untuk semua melalui pemansuhan yuran peperiksaan, memperluaskan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan pemberian sepasang pakaian seragam kepada pelajar yang miskin.60 buah Sekolah Kluster telah diwujudkan tahun 2008 untuk melonjakkankecemerlangan pendidikan negara.7. Membangunkan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bertaraf antarabangsa.Pada 27 Ogos 2007 Pelan Strategik Pengajian Tinggi telah dilancarkan.Kerajaan telah memperuntukkan RM12 billion untuk melaksanakan pelbagaiprojek untuk membangunkan universiti bertaraf antarabangsa.Sebagai contoh, kewujudan Universiti Malaysia Kelantan, Universiti PertahananNasional Malaysia dan Universiti Darul Iman Malaysia.8. Mempertingkatkan program latihan dan kemahiran.Mewujudkan sumber tenaga kerja dan berdaya saing.Sebanyak RM 2 billion diperuntukkan kepada pelbagai agensi latihan kerajaanRM 480 juta pula telah diperuntukkan untuk Pusat Giat MARA, ILP dan IKBN.9. Mempergiatkan aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan pengkormesilan.Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM 230 juta kepada Dana Sains, RM 300juta Dana Tekno dan RM 546 juta bagi program R&D institusi penyelidikan.Program Aeroangkasa telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untukmengkormesilkan penyelidikan bertaraf dunia.10. Melaksanakan program sosial.PLKN dan program Rakan Muda diwujudkan untuk membangunkan warga mudake arah berdisiplin, berdaya tahan dan berdaya kepimpinan.Melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat.Sebagai contoh, pihak PETRONAS telah melaksanakan tanggungjawab sosialnyadengan membina sebuah hospital yang dinamakan Hospital PETRONAS.11. Mempertingkatkan program kerohanian.Program Islam Hadhari diperkenalkan bertujuan mengutamakan aspekketamadunan umat seimbang.

Sebagai contoh, menaikkan elaun AJK masjid, menaiktarafkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) melalui pengambilalihan oleh pentadbiran Kerajaan Persekutuan serta mempertingkatkan program Rakan Masjid.12. Mewujudkan program ekonomi.

Melancarkan wilayah pembangunan ekonomi seperti Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Ekonomi Koridor Timur, Koridor Pembangunan Ekonomi Sabah dan Koridor Pembangunan Ekonomi Sarawak.Kewujudan koridor pembangunan ekonomi akan melahirkan peluang pekerjaandan pada masa yang sama mengurangkan masalah pengangguran dan jenayah.Penutup :Modal insan kelas pertama penting bagi menjayakan Wawasan 2020.POSTED BYGEGE PLACEAT1:16 PM

Pembangunan modal insan telah dicetuskan oleh Y.A.B Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) merupakan intipati penting dalam pembangunan negara. Oleh itu, penambahbaikan sistem pendidikan merupakan salah satu langkah yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk merealisasikan matlamat tersebut. Bincangkan.Pendahuluan :Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilaimurni, inovatif, berdisiplin, bersemangat patriotik, cekal dan berdaya saing.Isi :A)Kepentingan Pembangunan Modal Insan1. Menyediakan sumber tenaga yang berkualiti.Lebih 90,000 pelajar ditaja oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan MajlisAmanah Rakyat (MARA) untuk menghasilkan sumber tenaga berkualiti.Sebagai contoh, pemberian biasiswa oleh JPA dan MARA.

Kemudahan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan dari peringkat rendah hingga ke peringkat tinggi sudah pasti akan menghasilkan sumber tenaga yang berkualiti.

Sebagai contoh, kemudahan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) merangkumi semua sekolah, pembinaan makmal komputer dan penjanaan solar di sekolah pedalaman.2. Menyediakan masyarakat yang berdaya saing dalam ekonomi.Mewujudkan koridor pembangunan ekonomi.

Sebagai contoh, pelancaran Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Ekonomi Koridor Timur, Wilayah Koridor Pembangunan Ekonomi Sabah (SDC) dan Wilayah Koridor Pembangunan Ekonomi Sarawak (SCORE) akan menwujudkan rakyat Malaysia yang berdaya saing dalam ekonomi.Kewujudan koridor pembangunan ekonomi akan membuka peluang pekerjaankepada rakyat.Para pelabur akan membuka kilang-kilang di Malaysia dan ini akan meningkatkanbudaya kerja yang tinggi.

Penekanan kerajaan di dalam sains, teknologi dan penguasaan bahasa asing boleh menghasilkan masyarakat yang berdaya saing. Hal ini akan meningkatkan produktiviti negara.Sebagai contoh, penguasaan bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil3. Melahirkan barisan pemimpin yang berkaliber dan berketrampilan.Melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara akan menghasilkan pelajarberkualiti yang akan menjadi bakal pemimpin pada masa hadapan.Penubuhan Institut Integriti Nasional (PIN) juga boleh menghasilkan pemimpinyang telus.4. Melahirkan masyarakat yang tinggi nilai rohaninya.Dasar pendidikan yang menekankan insan seimbang akan melahirkan masyarakatyang tinggi nilai rohaninya.

Penekanan kepada mata pelajaran seperti Pendidikan Islam, Pengetahuan Moral serta Sivik dan Kewarganegaraan akan melahirkan warganegara yang mempunyai jati diri yang tinggi.Program Islam Hadhari juga boleh melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia.5. Melahirkan masyarakat yang berdisiplin.Pelaksanaan PLKN akan melahirkan belia yang berdisiplin.Penekanan kegiatan Kokurikulum dalam pendidikan juga akan menghasilkanpelajar yang patuh kepada peraturan dan menghormati norma-norma masyarakat.B)Langkah Untuk Membangunkan Modal Insan :6. Penambahbaikan terhadap sistem pendidikan.Memperkasakan sekolah rendah dan menengah melalui Pelan IndukPembangunan Pendidikan (PIPP).

Memberi peluang pendidikan percuma untuk semua melalui pemansuhan yuran peperiksaan, memperluaskan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan pemberian sepasang pakaian seragam kepada pelajar yang miskin.60 buah Sekolah Kluster telah diwujudkan tahun 2008 untuk melonjakkankecemerlangan pendidikan negara.7. Membangunkan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bertaraf antarabangsa.Pada 27 Ogos 2007 Pelan Strategik Pengajian Tinggi telah dilancarkan.Kerajaan telah memperuntukkan RM12 billion untuk melaksanakan pelbagaiprojek untuk membangunkan universiti bertaraf antarabangsa.Sebagai contoh, kewujudan Universiti Malaysia Kelantan, Universiti PertahananNasional Malaysia dan Universiti Darul Iman Malaysia.8. Mempertingkatkan program latihan dan kemahiran.Mewujudkan sumber tenaga kerja dan berdaya saing.Sebanyak RM 2 billion diperuntukkan kepada pelbagai agensi latihan kerajaanRM 480 juta pula telah diperuntukkan untuk Pusat Giat MARA, ILP dan IKBN.9. Mempergiatkan aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan pengkormesilan.Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM 230 juta kepada Dana Sains, RM 300juta Dana Tekno dan RM 546 juta bagi program R&D institusi penyelidikan.Program Aeroangkasa telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untukmengkormesilkan penyelidikan bertaraf dunia.10. Melaksanakan program sosial.PLKN dan program Rakan Muda diwujudkan untuk membangunkan warga mudake arah berdisiplin, berdaya tahan dan berdaya kepimpinan.Melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat.Sebagai contoh, pihak PETRONAS telah melaksanakan tanggungjawab sosialnyadengan membina sebuah hospital yang dinamakan Hospital PETRONAS.11. Mempertingkatkan program kerohanian.Program Islam Hadhari diperkenalkan bertujuan mengutamakan aspekketamadunan umat seimbang.

Sebagai contoh, menaikkan elaun AJK masjid, menaiktarafkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) melalui pengambilalihan oleh pentadbiran Kerajaan Persekutuan serta mempertingkatkan program Rakan Masjid.12. Mewujudkan program ekonomi.

Melancarkan wilayah pembangunan ekonomi seperti Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Ekonomi Koridor Timur, Koridor Pembangunan Ekonomi Sabah dan Koridor Pembangunan Ekonomi Sarawak.Kewujudan koridor pembangunan ekonomi akan melahirkan peluang pekerjaandan pada masa yang sama mengurangkan masalah pengangguran dan jenayah.Penutup :Modal insan kelas pertama penting bagi menjayakan Wawasan 2020.POSTED BYGEGE PLACEAT1:16 PMhttp://gegeplace.blogspot.com/2010/06/kepentingan-pembangunan-modal-insan-dan.html

Saturday, July 16, 2011Modal insan berkualiti penting untuk bangunkan MalaysiaMALEQUE SELAMATON9:49 PMCYBERJAYA 16 Julai - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi percaya pembangunan modal insan berkualiti adalah penyelesaian terbaik untuk membangunkan Malaysia."Tidak berkemahiran dan berpendidikan bermakna satu kerugian besar, terlepas peluang untuk bersaing dan mencapai kejayaan," katanya.Prinsip itu katanya terpakai bukan saja untuk Malaysia, tetapi juga untuk negara lain.Abdullah berkata, kira-kira separuh daripada populasi dunia sekarang berusia di bawah 25 tahun, justeru pembangunan modal insan wajar dijadikan tumpuan utama.Beliau berkata demikian ketika berucap selepas menerima Ijazah Doktor Kehormat Pembangunan Modal Insan daripada Universiti Teknologi KreatifLimkokwing, yang disampaikan pengasas dan Presiden universiti Tan Sri Lim Kok Wing, di sini hari ini. - Bernama0 comments:

Sepuluh idea utama telah dirangka dalam Strategi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), untuk memacu pembangunan negara mencapai Wawasan 2020. Salah satu daripada idea tersebut yang diberi tumpuan ialah memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan cemerlang. Modal insan cemerlang dalam konteks pengurusan organisasi Islam merujuk kepada pembangunan diri pekerja dalam menyemai nilai dan ciri-ciri yang baik dari segi akhlak, etika, perwatakan, pengetahuan dan berkemahiran tinggi. Ia penting sebagai tenaga penggerak organisasi ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi.

Posted onJanuari 31, 2010by albayuniPENGENALANY.A.B. Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah mencetuskan revolusi idea dalam memberi penekanan terhadap usaha membangunkan Modal Insan sebagai satu landasan kecemerlangan generasi hadapan. Generasi hadapan merupakan aset insani Malaysia yang paling penting dalam usaha Kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah Negara Bangsa yang Maju, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang menjelang WAWASAN 2020.TERAS DASAR PMI* Melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan supaya ianya berkualiti dan releven dengan keperluan semasa;* Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan negara* Melaksana langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dan bandar, termasuk mempertingkatkan kualiti pengajaran, prasarana dan kemudahan serta menempatkan guru berpengalaman di sekolah luar bandar;* Membangunkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertiari memenuhi keperluan pasaran;* Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat;* Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan;* Memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif, budaya prestasi tinggi, sistem nilai-nilai murni serta menghargai tradisi dan warisan; dan* Memperluaskan dan memperkemaskan forum perbincangan dan perundingan antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi. Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul. Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan

http://albayuni.wordpress.com/2010/01/31/modal-insan/

Pembangunan modal insan bermaksud penumpuan kepada pembangunan sumber manusia yang berkemampuan untuk memberikan pulangan economi. Kita semua sedia maklum bahawa kejayaan sesebuah negara banyak ditentukan oleh kemampuan sumber manusianya. Lihat sahaja Singapura atau Amerika Syarikat serta Jepun yang maju kerana rakyatnya begitu mahir dalam pelbagai bidang. Kewujudan modal insan yang berkualiti boleh membantu negara kita menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda negara ini baik daripada sudut ekonomi, politik dan sosial.