moa mardi

Upload: ummu-balqis

Post on 07-Apr-2018

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 moa mardi

    1/12

    UTUSAN MALAYSIA

    13 FEBRUARI 2007

    SELASA

  • 8/4/2019 moa mardi

    2/12

    UTUSAN MALAYSIA 13 FEBRUARI 2007MUKA 2

    Oleh: KHAIRUNNISA SULAIMAN

    ME

    NJEL

    ANG 2010 negaradijangka dapat mengeluarkan hasilperikanan negara bernilai RM6.3 bilion.

    Semua ini hasil Projek Berimpak Tinggi(HIP) Zon Industri Akuakultur (ZIA) yangsedang dilaksanakan di seluruh negara.

    Projek yang melibatkan 700 pesertadaripada golongan nelayan dan siswazahdi 39 projek yang telah dikenal pasti itudijangka memberikan pendapatan seku-rang-kurangnya RM3,000 sebulan kepadapeserta terlibat.

    Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, projek yangdibangunkan kerajaan menerusiKementerian Pertanian dan Industri AsasTani itu bukan sahaja dapat mewujudkanpeluang pekerjaan tetapi juga dijadikan

    sebagai sumber kekayaan baru kepadanegara khususnya para peserta terlibat.Katanya, projek ZIA merupakan kaedah

    baru yang dilaksanakan kerajaan bagi

    membantu nelayan dan pengusaha yang berpendapatan tidak menentu supaya

    memperoleh sumber pendapatan sampi-ngan berterusan.Industri akuakultur akan dijadikan

    tonggak utama sektor perikanan dalamRancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) memandangkan sektor berkenaanmenyumbang kepada pembangunanekonomi komprehensif yang memberipeluang kepada semua pihak.

    Misalnya projek ZIA Sungai Como diTasik Kenyir melibatkan kawasan kira-kira3,000 hektar termasuk 2,800 hektarkawasan perairan yang akan dibina de-ngan 6,000 unit sangkar bernilai RM50

    juta melibatkan 240 peserta sepanjangpembangunannya sehingga 2010.

    Menurut Perdana Menteri, dengantumpuan besar yang diberikan terhadapprojek berkenaan, industri pertanian ber-

    asaskan akuakultur mampu menarikminat golongan siswazah untuk menyer-tainya.

    Merupakan satu projek tambah nilai,

    Jana hasil perikananLatihan akuakultur siswazah dan penternak

    ABDULLAH Ahmad Badawi (dua dari kiri) mendengar penerangan Muhyiddin Yassin, turut kelihatan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh dan Ketua SetiausahaKementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Zulkifli Idris.

  • 8/4/2019 moa mardi

    3/12

    MUKA 3UTUSAN MALAYSIA 13 FEBRUARI 2007

    berskala komersial ZIA dijangka bolehmenghasilkan pendapatan baru kepadasiswazah, nelayan dan kumpulan ProgramPerumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

    Kementerian Pertanian dan Industri AsasTani menyasarkan jumlah pengeluaran

    perikanan 662,000 tan metrik menjelang2010 iaitu peningkatan 21.5 peratus

    berbanding 250,000 tan metrik pada masaini.

    Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, komoditi yang diberikan tumpuandalam sasaran tersebut ialah udang 180,000tan metrik, ikan laut (122,000 tan metrik),ikan air tawar (230,000 tan metrik) ma-nakala pengeluaran rumpai laut 125,000 tanmetrik.

    Menurutnya, melalui unjuran pencapaiantersebut, Malaysia mampu mencapai parassara diri sektor perikanan 94.3 peratus men-

    jelang tempoh berkenaan.Sasaran ini adalah cabaran besar kepada

    kementerian memandangkan pengeluaransetakat ini adalah sekitar 250,000 tanmetrik atau 37 peratus sahaja.

    Bagi merealisasikan impian menjana hasilikan sebanyak RM6.3 bilion menjelang2010 beberapa langkah sedang diambil.

    Di antaranya Latihan AkuakulturSiswazah dan Penternakan Sungai Como,Tasik Kenyir, Terengganu anjuran JabatanPerikanan.

    Di sana peserta akan didedahkan denganLatihan Sangkut Ikan Air Tawar dalamSangkar yang melibatkan 240 orang menje-lang 2010.

    Latihan pertama yang bermula pada 25Januari lalu selama lima hari melibatkan 27orang siswazah dan 47 usahawan perikanan.

    Semasa latihan, peserta akan diberikantempat penginapan dan makan sementaralatihan praktikal diadakan di tempat yangdipilih oleh ibu pejabat.

    Buat kali pertama latihan praktikal dijalan-kan di Projek Kelompok Ternakan IkanSangkar Kampung Pantai Ali dan SungaiComo, Terengganu.

    Peserta hanya diberikan satu bentuk lati-han saja tetapi merangkumi sesi ceramahdan latihan praktikal.

    Semua modul diajar oleh tenaga pengajar berpengalaman dari Jabatan Perikanan,

    Pejabat Perikanan Negeri dan TerengganuScience and Creativity Centre (TSCC).

    Pihak penganjur juga menyediakan insen-tif sebagai galakan bagi memulakan industriperikanan selepas tamat kursus.

    Setiap lapan peserta akan memperoleh200 unit sangkar bagi satu blok sertamakanan dan benih ikan bagi tahun perta-ma.

    Secara keseluruhan sebanyak 6,000sangkar akan didirikan di bawah kelolaan30 ketua blok untuk diagih-agihkan kepada240 peserta.

    Pemilihan sebagai ketua blok dilakukanoleh TSCC dan mereka harus mempunyaikelulusan sekurang-kurangnya diplomaatau ijazah yang berkaitan.

    Memandangkan maklumat mengenailatihan tidak disiarkan di dalam akhbarserta media utama, mereka yang berminat

    bolehlah menghubungi Jabatan PerikananMalaysia, Aras 1, Podium 2, Blok 4G2,

    Wisma Tani, Presint 4, Pusat PentadbiranKerajaan Persekutuan, Putrajaya atau tele-fon Aishah Yusoff di 03-8870 4000 samb.4760.

    Kandungan kur

    sus

    Taj

    uk cer

    am

    ah

    Pemilihan tapak Pengurusan makanan ternakan Pengurusan dan pengendalian

    hasil Pensijilan ladang akuakultur Motivasi

    Kan

    dung

    an pr

    a

    kti

    kal Memasang sangkar Mencuci sangkar Pemberian makanan Penggredan ikan Teknik penuaian

    Lo

    kasi Lokasi projek - Sungai Como,

    Tasik Kenyir, Hulu Terengganu,Terengganu.

    Luas Tasik Kenyir - 36,900 hektar.

    Luas kawasan ZIA - 2,800 hektar. Kawasan yang dibangunkan - 30

    hektar. Jarak dari bandar Kuala Berang -

    33 kilometer.

    Cadan

    g

    an pr

    oj

    ek Jenis projek - Ternakan ikan

    tilapia merah dalam sangkar. Jumlah sangkar - 6,000 unit. Saiz sangkar - 6 meter x 6 meter

    seunit. Pembangunan secara blok - 200

    unit/hektar. Jumlah peserta setiap blok -

    lapan orang. Setiap blok mempunyai rumah

    operasi, stor genset dan bot kerja.

    Fasa Per

    tam

    a (

    2006) Perolehan tanah termasuk ukur

    dan plot kawasan ternakan (blok). Pembinaan pejabat operasi projek

    yang mengandungi kemudahanpenuaian hasil, stor, pejabat, bilik,tandas, sistem bekalan air danelektrik.

    Pembinaan lima blok ternakan(1,000 unit sangkar dan rumahoperasi).

    Pembelian lima bot operasi. Pemilihan dan latihan peserta.

    Fasa Kedua (

    2007-2008) Pembinaan 20 blok ternakan

    (4,000 unit sangkar dan rumahoperasi).

    Pembelian 20 buah bot operasi.

    Input projek (benih danmakanan).

    Pemasaran hasil.

    Fasa Keti

    g

    a (2009

    -2010) Pembinaan lima blok ternakan

    (1,000 sangkar dan rumahoperasi).

    Pembelian lima buat bot operasi. Input projek (benih dan

    makanan). Pemasaran hasil.

    Pe

    laks

    ana pr

    oj

    ek Pr

    oj

    e

    k akan di

    laksan

    akan sec

    ar

    ag

    ab

    un

    g

    an den

    g

    an b

    eber

    a

    p

    a pi

    h

    a

    ksep

    er

    ti: Jabatan Perikanan Syarikat swasta Siswazah Kumpulan penternak

    PROJEK ZIA Sungai Como, Tasik Kenyir melibatkan kawasan 3,000 hektar kawasan perairan.

    DI projek ZIA Sungai

    Como sebanyak 6,000sangkar dibina menjelang2010.

    LATIHAN akuakultursiswazah dan penternak

    Sungai Como telah dimu-lakan pada 25

    januari lalu.

  • 8/4/2019 moa mardi

    4/12

    UTUSAN MALAYSIA 13 FEBRUARI 2007MUKA 4

    Oleh: MOHD KHUZAIRI ISMAIL

    S

    ALAH satu sektor pertanian yang turut diberi per-hatian dalam usaha pengembangan hasil ialah sek-tor perikanan yang dijalankan secara khusus olehJabatan Perikanan.

    Pelbagai projek dan program telah dijalankandalam usaha tersebut meliputi pelaksanaan di pe-ringkat ibu pejabat, negeri dan daerah dan antara

    yang dilihat paling berkesan ialah Program PusatInkubator Pemprosesan (PPIK).

    PPIK merupakan projek yang dilaksanakan olehBahagian Pengembangan dan Kawalan Kualiti Ikan.

    Ketika ini, program ini memberi tumpuan kepadaperingkat pengeluaran produk perikanan dan pem-prosesan termasuklah produk akuakultur.

    Projek ini juga secara tidak langsung merupakansatu pendekatan khusus bagi merealisasikan pem-

    bangunan Masyarakat Perdagangan dan Per-industrian Bumiputera (MPPB) dan telah dima-sukkan ke dalam Dasar Pertanian Negara 3 (DPN3)

    bagi melahirkan lebih ramai usahawan berkualiti.Matlamat itu dicapai hasil daripada latihan bersis-

    tematik yang didedahkan kepada peserta sekali gusmeningkatkan kemahiran dan kepakaran merekaterutamanya dalam bidang keusahawanan.

    Di bawah konsep programini, Jabatan Perikananakan menyediakanpremis dan peralatan

    yang berkaitan de-ngan pemprosesanproduk perikanandan pihak swastapula dipelawa

    Lahirkanusahawan

    Projek inkubatorJabatan Perikanan

    PPIK telah berjaya melahirkan lebih

    ramai usahawan berkualiti dan ber-daya saing.

    DI bawah PPIK, Jabatan Perikanan akan menyediakan premis dan peralatan berkaitan pemprosesan produk perikanan.

  • 8/4/2019 moa mardi

    5/12

    MUKA 5UTUSAN MALAYSIA 13 FEBRUARI 2007

    menjalankan aktiviti di pusat ber-kenaan.

    Jabatan Perikanan juga dari se-masa ke semasa akan memberi-kan khidmat nasihat dan teknikal

    berkaitan dengan pengeluaranproduk tersebut.

    Pada masa yang sama, usaha- wan pelatih atau usahawan yang baru menceburkan diri dalamperusahaan atau perniagaan akandilatih menerusi program latihandan pembangunan usahawan

    yang dijalankan oleh JabatanPerikanan.

    Penggemblengan sumber dankepakaran yang terdapat di JabatanPerikanan juga dilakukan secara

    bersepadu dan menyeluruh dalamusaha menyediakan khidmat nasi-hat, bimbingan kepakaran danpenyerapan teknologi baru.

    Ia bertujuan menambah baikproduk terpilih yang dikeluarkanoleh usahawan ke satu tahap kua-liti antarabangsa yang berupayamenembusi pasaran yang lebih

    besar di dalam dan luar negara.Bersesuaian dengan matlamat

    itu juga, pengusaha-pengusaha yang mengikuti projek inkubatorini akan diterapkan dengan

    kaedah pemprosesan dan pem-prosesan yang digalakkan sepertiISO 9000, HACCP dan GMP.

    Melihat kepada pembangunankonsep ini, ia dijangka mampumelahirkan usahawan perikanan

    yang terlibat secara langsung danaktif dalam menguruskan sendiriatau secara berkumpulan pernia-gaan berasaskan produk makanan

    berasaskan ikan. Apa yang lebih penting, ia

    mampu mewujud, memperkukuhdan memantapkan rangkaian ja-ringan di antara sesama usaha-

    wan perikanan dengan kumpulanpembimbing usahawan, sektorlain, pelabur asing dan agensi ber-kaitan sektor perikanan.

    Jaringan kerjasama yang wujuditu turut memudahkan perpinda-han teknologi-teknologi baru se-terusnya menghasilkan produk-

    produk perikanan yang berkualiti,kompetitif dan berinovatif.

    Kejayaan daripada programberkonsepkan inkubator pempro-sesan ini sebenarnya sudah dapatdilihat di sebalik kejayaan peng-usaha yang kini giat menjalankanperniagaan sendiri di dua buahpusat sedia ada iaitu di SeberangTakir, Terengganu dan TanjungSedili, Johor.

    Kedua-dua Pusat InkubatorPemprosesan ini telah dijadikansebagai pusat pengembangan,pemprosesan dan pemasaran pro-duk berasaskan perikanan olehsyarikat tempatan sejak beberapatahun lalu.

    Antaranya ialah Syarikat IlhamJuara Sdn. Bhd. iaitu syarikatpengeluar produk makanan se-perti keropok kering, snek kero-pok, snek keropok sira dan otak-otak segera.

    Mula beroperasi di PusatInkubator Pemprosesan, TanjungSedili sejak pertengahan 2004,syarikat dengan kemampuan kira-kira 12 orang pekerja itu bolehdikatakan contoh terbaik kepadakejayaan pelaksanaan programinkubator tersebut.

    Ini kerana peluang beroperasidi pusat tersebut membolehkansyarikat berkenaan mendapat ker-

    jasama secara berterusan dariJabatan Perikanan termasuk dari-pada sudut teknologi, latihanteknikal, khidmat nasihat danpemasaran.

    Kerjasama itu juga memboleh-kan syarikat berkenaan yang

    bermula secara kecil-kecilan me-masarkan produk keropok basahkini berupaya menjalankan pe-nyelidikan dan pembangunan(R&D) produk baru iaitu keropok

    jejari dan otak-otak gulung yangakan dipasarkan tidak lama lagi.

    Malah, atas sokongan dan ga-lakan daripada program ini juga,

    syarikat berkenaan yang dikenda-likan oleh Pengarah Urusannya, Yazed Muhammad telah berjayamemasarkan rangkaian produk

    mereka ke seluruh negara.Lebih membanggakan, produk-

    produk mereka itu juga mendapat

    permintaan menggalakkan diSingapura dan sudah menembusipasaran negara itu sedikit masalalu.

    Melihat kepada kejayaan sya-rikat Ilham Juara Sdn. Bhd. ini,Jabatan Perikanan mengambil

    langkah lebih proaktif untukmemperluaskan konsep yangsama, di negeri-negeri yang mem-punyai sumber bahan mentah

    yang lebih banyak.Sehingga kini, tiga kawasan

    sudah dikenal pasti iaitu di TokBali, Kelantan; Kuala Kedah,Kedah dan Manjung, Perak.

    Projek pembangunan PusatInkubator Pemprosesan ketika inisedang giat dijalankan dan di-

    jangka akan beroperasi sepenuh-

    nya menjelang hujung tahun inidi Kuala Kedah, dan Manjung,pula sedang dalam fasa pemilihanreka bentuk bangunan.

    Lebih menarik, ketiga-tiga pusatinkubator yang baru ini nanti tidakhanya akan menempatkan sebuahsyarikat di bawah satu bumbungsebaliknya akan memuatkan se-hingga tiga buah syarikat.

    Ia secara tidak langsung mewu- judkan satu zon pemprosesan danperindustrian produk berasaskanperikanan yang serba lengkap dan

    bersepadu dengan rangkaian pro-duk yang lebih pelbagai.

    Maklumat lanjut mengenaiProgram Inkubator Pemprosesanini boleh didapati dengan meng-

    hubungi Jabatan Perikanan di tal-ian 03-8870 4000 atau layari la-man web di http://www.dof.gov.-my.

    PENGUSAHA yang mengikuti projek inkubator akan diterapkan dengan kaedah pemprosesanISO 9000, HACCP dan GMP.

    PPIK telah dijadikan sebagai pusat pengembangan pemprosesan dan pemasaran produkperikanan oleh syarikat tempatan.

    PPIK di Tanjung Sedili, Johor.

    ANTARA produk yang dikeluarkan oleh syarikat Ilham Juara Sdn. Bhd.

  • 8/4/2019 moa mardi

    6/12

    Oleh KHAIRUNNISA SULAIMANGambar RASHID MAHFOF

    NE

    G

    AR

    A yang sememangnya kayadengan biodiversiti mempunyai pelbagaikhazanah yang masih belum diterokai.

    Apabila membicarakan mengenai biodi- versiti, tentu saja ramai yang terbayangkawasan hutan yang tebal, tetapi tidak ramai

    yang mengendahkan mengenai hidupanmarin.

    Malaysia yang terdiri daripada kawasansemenanjung dan sebahagian kepulauanBorneo dikelilingi dengan lautan yang me-nyimpan pelbagai jenis hidupan marin.

    Bukan saja ikan, udang, ketam dan sotongmalah terdapat batu karang dan rumpai laut

    yang mempunyai pelbagai manfaat kepadamanusia.

    Justeru seorang usahawan yang amat tak-sub dengan rumpai laut mengambil langkahmenjadikan organisma berkenaan sebagai

    bahan asas dalam sabun dan kosmetik yangdiusahakan.

    Setelah puas mencari dan mengimport

    bertan-tan rumpai laut dari luar negaraakhirnya Zakiah Abu Kasim bersua juga de-ngan apa yang dicari.

    Ketika mengunjungi satu pameran anju-ran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM) kira-kira tujuh atau lapan tahun lalu,saya mendapat tahu rumpai laut banyakditernak di Semporna, Sabah, katanyasemasa ditemui di salunnya di Kuala Lumpur

    baru-baru ini.Keghairahannya terhadap rumpai laut

    menyebabkan LKIM

    menyalurkan bantuan dan mengatur perte-muan antara Zakiah dengan beberapa penye-lidik seperti dari Universiti Malaya (UM),SIRIM, Kolej Universiti Sains dan TeknologiMalaysia (KUSTEM).

    Mereka banyak membantu sehingga sayadapat menghasilkan sabun yang menggu-nakan bahan asas daripada rumpai laut dantanah liat, katanya.

    Minat yang mendalam mengenai rumpailaut menyebabkan Zakiah melayari Internetmencari kegunaan lain rumpai laut.

    Beliau mendapati rumpai laut bukan sajadigunakan untuk membuat agar-agar tetapi

    juga dalam kosmetik, makanan kesihatandan perubatan.

    Misalnya ekstrak carragenan daripadarumpai laut digunakan dalam ubat gigi, kos-metik, pembuatan kek dan pewarna.

    Jika sebelum ini, Zakiah mengimportrumpai laut tetapi kini beliau mengikat kon-trak membeli rumpai laut yang diternak diSemporna.

    Bekerjasama dengan Persatuan NelayanKawasan (PNK) dan Kumpulan WanitaNelayan (Kunita) di Semporna, Zakiah me-ngajar mereka kaedah memproses rumpailaut dan pihaknya membeli semula.

    Rumpai laut yang telah diproses kemudiandihantar ke kilangnya di Pelabuhan Klang,Selangor.

    Walaupun telah lama bertapak dalamindustri rumpai laut terutama dalam pembu-atan sabun, Zakiah bergiat dalam pasaranantarabangsa.

    Sehingga kini sabun dengan jenamaTaharah telah berjaya menembusi pasaranUnited Kingdom (UK), Kanada, Brunei,

    Australia, Singapura dan yang paling terbaruPerancis.

    Kajian yang dilakukan mendapati sabunTaharah yang bahan asasnya adalah rumpailaut dan tanah liat amat istimewa dalammenjaga kesihatan dan kecantikan.

    Rumpai laut yang kaya dengan Vitamin A,C dan E ditambah dengan mineral dan zatgalian seperti magnesium, sodium, kalsium

    dan potasium dapat mengurangkan jerawat,bintik hitam serta penyakit kulit.Kini Zakiah telah mengeluarkan sebanyak

    tujuh produk berasaskan rumpai laut bagikegunaan di salun miliknya di TamanKeramat Permai, Kuala Lumpur.

    Di sana, Zakiah menawarkan pelbagaipakej kecantikan menggunakan bahan yang

    berasaskan rumpai laut.Bagi mempelbagaikan lagi produk

    berasaskan rumpai laut, Zakiah berura-uramenghasilkan makanan dan minuman kesi-hatan berasaskan rumpai laut.

    Mengapa kita perlu mengagung-agungkan bahan-bahan yang diambil darinegara luar sedangkan kita sendiri mempu-nyai khazanah yang setanding dengannya,tambah beliau sambil melahirkan rasa terimakasih kepada LKIM yang banyak memban-

    tunya dalam industri rumpai laut.Sesiapa berminat mengetahui lebih lanjutmengenai produk Taharah bolehlah melayarilaman web www. taharah.com.my

    MUKA 6 UTUSAN MALAYSIA 13 FEBRUARI 2007

    TaharahTaharah

    UKM banyak membantusehingga saya dapatmenghasilkan sabun yangmenggunakan bahan asasdaripada rumpai lautdan tanah liat

    ZAKIAH berbangga denganproduk yang dihasilkandaripada sumber alamsemulajadi tempatan.

    SABUN Taharah menggunakan bahanasas rumpai laut dan tanah liat.

    Sabun rumpailaut dantanah liat

  • 8/4/2019 moa mardi

    7/12

    MUKA 7UTUSAN MALAYSIA 13 FEBRUARI 2007

    Oleh RABIATUL ADAWIYAHKOH ABDULLAH

    IKAN bukan sahaja boleh dima-sak gulai, kari atau sekadar digo-reng tetapi menjadi bahan utamadalam pemprosesan makanansampingan dan tradisional sepertiotak-otak, filet, amplang, murukudan surimi.

    Penyediaannya seperti prosesmengadun, membentuk, mema-

    sak dan membungkus mudah se-kiranya dilakukan secara sistematik bagi membolehkan maka-nan daripada ikan dijadikan

    bahan komersial dalam pasaran.Seiring dengan matlamat Tahun

    Melawat Malaysia 2007, JabatanPerikanan berusaha menjadikanikan sebagai sumber makanan

    yang boleh diperkenalkan padaperingkat antarabangsa bagimeningkatkan ekonomi negara.

    Antara makanan tradisionalberasaskan ikan yang banyak ter-dapat di perkampungan nelayanialah otak-otak.

    Terdapat tiga jenis otak-otakiaitu otak-otak Terengganu, Johordan Betawi-Melaka.

    Otak-otak diperbuat daripadaikan masin dan dibungkus dengandaun kelapa atau daun nipah dandibakar di atas dapur arang ataugas.

    Kini penghasilan otak-otakdipelbagaikan dengan menggu-nakan kulit popia untuk meng-hasilkan otak-otak gulung dan di-masak dengan cara menggoreng.

    Antara bahan ramuan yangdigunakan ialah isi ikan, tepung

    jagung atau kanji, garam dan san-tan kelapa.

    Rasa otak-otak yang dihasilkan banyak bergantung kepada ra-muan sambal yang digunakan.

    Selain itu, sata yang merupakanmakanan tradisional popular dinegeri-negeri Pantai Timur ter-utama sekali di Terengganu jugadiperbuat daripada ikan.

    Kini popular di negerilain, biasanya satadiproses daripadaikan laut. Terda-pat juga pengusa-ha yang meng-gunakan kulit po-pia untuk meng-

    hasilkan sata gulung.Ikan yang sesuai untuk mem-

    buat sata ialah ikan tamban, ikanselayang, ikan selar, ikan kerisi,dan ikan tenggiri.

    Antara makanan daripada ikanyang lain ialah filet tilapia. Produkini dihasilkan daripada filet tilapia

    yang telah dicelup dengan adunantepung cair dan disalut dengan ser-dak roti sebelum disejuk beku.

    Kemudian digoreng sebelum

    sedia untuk dimakan. Produkdihasilkan daripada isi ikan tilapiatanpa tulang yang berukuran be-rat antara 200 gram hingga 350gram.

    Filet yang telah siap, dibungkusdalam plastik pembungkus den-gan kaedah pembungkusan ham-pa gas dan boleh dipasarkan.

    Sementara itu, kek ikan ataudikenali sebagai fish cake adalah

    sejenis makanan yang diha-silkan daripada isi ikan atausurimi dan mempunyai kan-dungan protein yang tinggi.

    Selain itu, produk maka-nan daripada ikan yangdigemari ramai ialah suri-mi. Surimi diperbuat dari-

    pada isi ikan hancur yangtelah melalui proses larut

    lesap, diadun dengan gula,

    sodium polifosfat dan disejukbeku untuk penyimpanan.

    Penggunaan surimi sebagai bahan mentah untuk pempro-sesan produk-produk berasaskanikan lebih sesuai dan mudah jikadibandingkan dengan penggu-naan isi ikan segar.

    Surimi boleh diproses menjadi

    pelbagai produk seperti bebolaikan, kek ikan, bebola udang, bebola sotong, bebola ketam danjuga hasilan berserdak roti sepertinaget ikan, jejari ikan, burger ikandan pelbagai produk seperti ba-nyak terdapat di pasaran kini.

    Ikan juga boleh menghasilkanmakanan ringan atau snek sam-pingan seperti bilis sira yang enak,rangup dan menyelerakan.

    Bilis sira dicampur dengan ka-cang goreng untuk menambahkanlagi kelazatan dan sesuai dimakansebagai snek sampingan.

    Selain itu, snek sampingan yangdigemari ramai ialah otak-otakgoreng.

    Diperbuat daripada isi ikan

    segar, diadun dengan tepung kanjidan ramuan rempah ratus yangterpilih untuk mendapatkan citarasa yang enak, rangup dan me-

    nyelerakan.Otak-otak goreng sangat ran-

    gup dan sesuai dimakan sebagaisnek sampingan.

    Keropok sira juga diperbuatdaripada keropok ikan yang telahdigoreng, disira dengan campuransambal istimewa untuk menda-patkan rasa yang lebih enak, ran-

    gup dan menyelerakan.Rasanya pedas manis dan san-gat rangup dan sesuai dimakan se-

    bagai snek sampingan.Sementara itu, makanan ringan

    daripada ikan lain yang cukuppopular ialah muruku.

    Ia diperbuat daripada isi ikanyang segar, diadun dengan tepungmuruku dan ramuan rempah ra-tus yang terpilih untuk menda-patkan rasa ikan kari yang enakdan lazat.

    Sejenis keropok ikan yang di-perbuat daripada isi ikan segar ia-lah keropok keping yang diadundengan tepung, dibentuk silinder,direbus, dihiris dan dijemur.

    Akhir sekali, amplang yang di-

    perbuat daripada isi ikan tenggirisegar, diadun dengan tepung kanjidan ramuan terpilih untuk men-dapatkan rasa enak dan lazat.

    Bangunkan produk berasaskan ikanJabatan Perikanan

    KEROPOK ikan kering merupakan produk yang digemari masyarakat.

    ANTARA produk berasaskan ikan yang dihasilkan oleh pengeluar tempatan.

  • 8/4/2019 moa mardi

    8/12

    MUKA8

    Sistem Fertigasi Sayuranantara Program LPP untuk tahun 2007

    UTUSAN MALAYSIA 13 FEBRUARI 2007

    Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL

    AMALAN pertanian menggunakan tek-nologi fertigasi di negara ini bermula seki-tar awal tahun 90-an terutama di kawasan

    berhawa sederhana seperti di CameronHighlands.

    Sejak daripada itu, amalan ini kemudian-nya terus dikembangkan kepada jenis tana-man lain yang didapati sesuai dan mampumengeluarkan hasil yang lebih bermutu samaada di bawah kendalian Jabatan Pertanianmahupun Lembaga Pertubuhan Peladang

    (LPP).Berasal daripada perkataan Inggeris, ferti-

    gation, sistem ini hanya menyalurkan larutannutrien yang diperlukan oleh tumbuhan den-gan menggunakan pam atau graviti daritangki larutan nutrien ke tanaman-tanaman

    yang ditanam di dalam polibeg menggu-nakan bahan lengai seperti sekam padi bakar,cocoa peatdan sabut kelapa sebagai medium.

    Sistem fertigasi kini menjadi lebih mudahdan maju dengan adanya teknologi terbaru.Gabungan pengetahuan mengenai baja, per-alatan dan strategi pengurusan nutrien yangefektif, menjadikan teknik fertigasi semakindiminati untuk diceburi.

    Teknologi fertigasi memerlukan individuuntuk belajar beberapa prinsip sebelummemulakan projek untuk mengelakkanmasalah di kemudian hari antaranya ialah:

    pengetahuan mengenai komposisi baja,perbezaan unsur dalam baja dan bahan

    baja. peralatan yang digunakan untuk sistem

    fertigasi mestilah bersesuaian dengankuantiti tanaman dan penggunaan baja.

    Adalah penting untuk memilih teknik danperalatan yang sesuai dengan sistem pen-

    gairan dan jenis tanaman.Pemilihan teknik dan peralatan yang tidak

    sesuai akan merosakkan sistem pengairandan seterusnya memberi kesan kepadaoperasi dan mengurangkan hasil tanaman.

    Seperti teknologi tanaman yang lain, ferti-gasi juga ada kebaikannya.

    Antaranya ialah teknologi fertigasi tidakmemerlukan kawasan yang luas kerana tiadalagi penggunaan tanah.

    Bukan itu sahaja, masa penanaman jugaakan menjadi pendek dan ini bermakna lebihpusingan tanaman dalam tempoh setahun.

    Selain itu, kerja berat yang membebankandapat dikurangkan dan penggunaan air

    dapat dijimatkan.Malah, serangan serangga dan penyakit

    tanaman mudah dikawal dengan menggu-nakan racun yang minimum.

    Namun, fertigasi memerlukan kos permu-laan yang tinggi dan perlukan sedikit penge-tahuan untuk memulakannya.

    Selain itu, kaedah fertigasi juga memer-lukan kemudahan asas seperti elektrik dansumber air bersih yang secukupnya.

    Bukan itu sahaja, tidak semua jenis tana-man sesuai ditanam dengan menggunakankaedah fertigasi kerana tempoh masa matang

    yang panjang dan pasaran yang terhad.Selain teknologi tanaman, LPP juga akan

    mengadakan program kaedah tanaman yanglain iaitu: Pengeluaran tanaman cendawan Teknologi pemprosesan Hasil Ubi Kayu

    dan Pisang Teknologi Pemprosesan Hasilan Soya

    (Susu, Taufufah dan Cincau) Teknologi Pemprosesan Makanan Ber-

    asas Buah-Buahan (Kordial, Jus, Minu-man Terus) Teknologi Pemprosesan Mee, Kuetiau

    Mee dan Tauge Teknologi Pemprosesan Snek Buah-

    Buahan (Halwa, Gegulung dan BuahKering)

    Teknologi Pemprosesan Sos Cili / Tomato,Pencicah dan Pacili

    Teknologi Pemprosesan Sos, Mee Kering,Cili Boh dan Bawang Goreng

    Pengeluaran Tanaman Hiasan untukLandskap

    Pengeluaran dan pengendalian lepas tuaisayuran

    Teknologi Projek Sayuran (Kursus Sang-kut)

    Kursus Sangkut Tanaman

    LPP juga menganjurkan program teknolo-gi ternakan yang melibatkan: Ternakan Ayam Tertutup/Terbuka

    (Kursus Sangkut)

    Teknologi Ternakan Kambing (KursusSangkut)

    Teknologi Ternakan Lembu Feedlot(Kursus Sangkut)

    Penternakan Kambing Boer (KursusSangkut) Kursus Sangkut Ternakan Sistem Reban Ayam Tertutup

    Bagi program teknologi ternak air pula,LPP menyediakan lima buah program iaitu: Teknologi Pemprosesan Hasil Ikan

    (Fishball, Fishcake Watan, dll) Teknologi Pemprosesan Snek Ikan

    (Keropok Lekor Segera dan Sata) Teknologi Ternakan Udang (Kursus

    Sangkut) Ternakan Air Laut (Kursus Sangkut) Ternakan Air Tawar (Kursus Sangkut)

    LPP tidak hanya menumpukan pada pro-gram untuk pengeluaran sahaja malah LPP

    juga mengadakan program pengurusan am

    dan aplikasi komputer yang merangkumi 11program iaitu: Komputerisasi Peladang (Asas/Tahap

    Pertengahan/Lanjutan/Internet) Asas Audit Dalaman Pertubuhan Pela-

    dang (PP) Pembangunan Peladang Pelapis Motivasi Minda Ke Arah Memupuk

    Sikap Positif Pembungkusan dan Pelabelan Makanan Perakaunan Peladang Pembangunan dan Pengiktirafan Unit

    Peladang Strategi Pemasaran Hasil Pertanian Train The Trainers (TOT) Pengurusan Pemantauan Simpanan dan

    Kredit PP Bina Insan Projek-Projek PMAK

    Sistem fertigasi kini

    menjadi lebih mudah dan

    maju dengan adanya

    teknologi terbaru.

    Gabungan pengetahuan

    mengenai baja, peralatan

    dan strategi pengurusannutrien yang efektif,

    menjadikan teknik

    fertigasi semakin

    diminati untuk diceburi.

    SISTEM fertigasi menjadi lebih mudah dengan adanya teknologi terbaru.

    TEKNOLOGI fertigasi tidak memerlukan kawasan yang luas kerana tidak menggunakan tanah.

    Mereka yang berminat bolehlahmelayari laman web www.lpp.gov.my

  • 8/4/2019 moa mardi

    9/12

    Oleh: MOHD KHUZAIRI ISMAIL

    BOLEH dikatakan setiap jabatanatau agensi di bawah KementerianPertanian dan Industri Asas Tani ke-tika ini mempunyai program tertentu

    yang dikhususkan kepada golonganbelia.

    Ia sesuai dengan hasrat kerajaanuntuk menarik minat golongan inimenceburi bidang pertanian secaraprofesional seterusnya membawaperubahan dan perspektif baru yanglebih segar dan berdaya saing.

    Turut tidak terkecuali ialah JabatanPertanian menerusi projek ProgramInkubator Usahawan Belia Tani me-reka dengan pengkhususan dalam

    bidang pertanian fertigasi dan tana-man terbuka.Program yang lebih berbentuk satu

    latihan untuk belia tani ini bertujuanmembimbing dan memberi pengala-man secara langsung atau hands-ondi ladang yang diusahakan sendirioleh peserta projek.

    Menerusi pendekatan itu, peserta yang dilahirkan diharapkan mampumenjadi usahawan yang berkeyaki-nan, berkemahiran dan berdaya saingsesuai dengan objektif program terse-

    but.Mereka yang terpilih akan melalui

    satu tempoh inkubator selama lapan bulan sebelum menceburkan diridalam projek komersial sendiri diTaman Kekal Pengeluaran Makanan

    (TKPM) atau di projek sendiri.Sepanjang lapan bulan mengikuti

    kursus tersebut juga, segala kemuda-han peserta seperti penginapan dan

    makan minum akan ditanggung olehJabatan Pertanian.

    Malah, peserta juga akan diberikanelaun sara hidup.

    Di bawah projek TKPM juga, parapeserta inkubator akan diberi pelu-ang untuk mengusahakan sendiriprojek pertanian seperti penanaman

    buah-buahan dan sayur-sayuran.Pendedahan secara teori dan prak-

    tikal kepada peserta sepanjang tem-poh inkubator itu juga diharapkandapat melahirkan belia tani yang

    berkemahiran dari sudut teknikal dankeusahawan dalam masa yang samamampu membangunkan rangkaian(net-working) serta jalinan kerjasamadi kalangan usahawan lain.

    Ketika ini, projek inkubator inidijalankan di lima lokasi utama iaitudi Institut Pertanian dan di PusatKecemerlangan Serdang, Selangor,Pusat Latihan dan Pembangunan Pe-

    ngembangan Besut, Terengganu, Ins-titut Pertanian Kuala Lipis, Pahangdan Institut Pertanian Titi Gantung,Perak.

    Penyertaan untuk mengikuti pro-gram ini pula dibuka kepada semua

    belia berumur di antara 17 hingga 35tahun dengan golongan sasaran

    seperti graduan institusi pengajiantinggi awam dan swasta, graduaninstitusi pertanian, belia tani, orangramai dan pesara tentera atau polis.

    Mereka yang berminat bagaimana-pun perlu sekurang-kurangnya berta-raf kelayakan Sijil Peperiksaan Malay-sia (SPM) dan Sijil Peperiksaan Ma-laysia Vokasional (SPMV) atau seta-raf.

    Borang permohonan untuk mengi-kuti projek ini boleh didapati di ibupejabat Jabatan Pertanian, Putrajayaatau di kesemua pejabat-pejabat per-tanian negeri.

    Borang permohonan juga bolehdidapati di institut-institut pertanianSemenanjung Malaysia iaitu di Ser-dang, Bumbung Lima, Titi Gantung,

    Ayer Hitam dan Kuala Lipis.Maklumat lanjut boleh diperolehdengan menghubungi 03-88703032atau 88703028 atau 88703030.

    MUKA 9UTUSAN MALAYSIA 13 FEBRUARI 2007

    Tingkat produktivitipertanian

    melalui kursus

    SEKTOR pertanian memerlukan suntikan idea dan semangat daripada generasi muda berpendidikan untuklebih berdaya saing.

    MENTERI Pertanian Dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin melihatteknologi yang ditempatkan di Institut Pertanian Malaysia Serdang.

    PROJEK inkubator menyediakan satu platform lengkap kepadabelia tani untuk menguasai bidang pertanian.

    AMALAN pertanian perlu diterapkan bermula di peringkatkanak-kanak lagi.

  • 8/4/2019 moa mardi

    10/12

    MUKA 10 UTUSAN MALAYSIA 13 FEBRUARI 2007

    Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

    BAGI merancakkan lagi industri pertan-ian pelbagai jenis latihan dianjurkan bagimeningkatkan mutu pengeluaran hasil per-tanian serta industri asas tani negara.

    Sejajar dengan saranan kerajaan, InstitutPenyelidikan dan Kemajuan Perta-nian (MARDI) menganjurkan lebih100 modul kursus dan latihan.

    Di awal penubuhan MARDI me-mang terdapat beberapa latihan

    yang diberikan kepada agen pe-ngembangan tetapi menjelang1995, aktiviti latihan telah disusunsemula supaya boleh dimanfaatkan

    bukan saja oleh agen pengemba-

    ngan tetapi juga petani.Kini semua modul kursus dan lati-han yang diadakan berasaskan kepa-da aktiviti penyelidikan dan pembangunan(R&D) yang dihasilkan oleh MARDI.

    Pengarah Pusat Teknikal MARDI, RamlahMohd Isa berkata, kursus dan latihan yangdijalankan bertujuan mendedahkan aktivitiMARDI kepada kumpulan sasar.

    Memandangkan sekarang negara memer-lukan pelbagai teknologi terkini bagi me-ningkatkan pertanian dan dijana sebagaienjin pertumbuhan ekonomi ke tiga.

    Ini termasuk R&D, modal insan dan k-ekonomi bagi meningkatkan hala tuju per-tanian, katanya semasa ditemui di pejabat-nya di Serdang baru-baru ini.

    Segala kursus yang ditawarkan berkaitandengan aktiviti yang dijalankan di MARDI

    termasuk pertanian dan industri asas tani.Pihak MARDI juga memastikan segala

    modul mempunyai tambah nilai sama adakualitatif mahupun kuantitatif.

    Ramlah berkata, tumpuan utama adalahkumpulan sasar dalam agensi yang terlibatdalam aktiviti pengembangan seperti pelba-gai jabatan kerajaan dan Majlis AmanahRakyat (MARA).

    Segala kursus yang dijalankan berteraskanteori dan praktikal manakala peserta

    biasanya dipilih berasaskan latarbelakang teknologi.

    Biasanya peserta terdiri daripada ju-ruteknik pertanian yang biasanya le-

    bih cekap, berpengetahuan dan berke-terampilan dalam bidang pertanian.

    Bagaimanapun orang awam sertamempunyai pengetahuan dan minat

    yang berkaitan juga boleh memohon.

    Bagi memudahkan orang ramaimemohon, kami mengiklankan bebera-pa modul mudah bagi orang awam se-

    perti penternakan kambing pedaging dantenusu.

    Pemprosesan produk daging, pemprose-san kuih tradisional berasaskan tepung berasdan penentuan jangka masa simpananmakanan, katanya.

    Biasanya setiap kali hujung tahun padabulan Oktober atau November, MARDI akanmengemaskinikan jadual latihan selamasetahun.

    Bagaimanapun jadual bergantung kepadapegawai penyelidik yang bertindak sebagaipenceramah dan permintaan daripada agensi

    yang mengambil bahagian.Ini penting bagi memastikan peserta men-

    dapat maklumat terus daripada penyelidik

    sendiri, katanya lagi.Misalnya bagi kursus seperti penyeleng-

    garaan betik lepastuai bagi tujuaneksport, pegawaipenyelidik yangterbabit akan mem-

    berikan ceramahmengenainya.

    Keutamaan jugadiberikan kepadaagensi yang berka-itan dengan Ranca-ngan Malaysia Ke-9 (RMK-9).

    Tempoh latihanatau kursus pulaadalah dua hinggalima hari bergan-

    tung kepada modulyang ditawarkan.

    Tempat juga ha-nya terhad kepada

    25 hingga 30 orang saja dalam satu-satu ma-sa bagi memudahkan proses pembelajaran.

    Agar pembelajaran tidak membosankanselain kelas, pelajar juga didedahkan denganpraktikal hands-on dan lawatan ke ladangdan kilang.

    Ini bagi memberikan pendedahan kepadapeserta mengenai apa yang dipelajari dan

    biasanya mereka akan dibawa ke kilang atauladang berhampiran, katanya lagi.

    Latihan dan kursus dijalankan di lapanhingga 10 stesen kecemerlangan MARDI ter-masuk di Serdang.

    Stesen di Kluang, Johor yang mempunyaikemudahan aktiviti ternakan menawarkankursus haiwan ternakan.

    Stesen Manir di Terengganu yang berham-piran dengan aktiviti tangkapan ikan mena-

    warkan kursus pemprosesan makanan ber-asaskan ikan.

    Ramlah berkata, apa yang lebih menariksemua kursus yang ditawarkan oleh pihakMARDI mempunyai ISO.

    Mereka yang berminat dengan kursusanjuran MARDI boleh melayari laman

    web MARDI www.mardi.com.my ataudatang sendiri ke stesen MARDI ber-hampiran.

    Selain itu MARDI juga mengada-

    kan Hari Bertemu Pelanggan di manaorang ramai boleh mendapatkanmaklumat yang diperlukan,katanya.

    MARDI: Kursus berasas R&D

    Fungsi latihan dan kursusanjuran MARDI

    Pemangkin perubahan usahawan

    Tingkatkan pengeluaranberteraskan teknologi

    Menjana pertumbuhan/pendapatan petani

    Kursus yangditawarkan termasuk

    Mekanisasi dan automasi

    Bioteknologi

    Pengurusan ekonomi dan teknologi

    Hortikultur

    Tanaman industri dan beras

    Sumber strategik

    Ternakan

    Teknologi makanan

    Kualiti dan keselamatan makanan

    RAMLAHMOHD. ISA

    AKTIVITI R&D MARDI juga menarik minat saintis asing.

    MARDI juga mempunyai tenaga pengajar daripada pegawaipenyelidik sendiri.

    LATIHAN dan kursus MARDIberasaskan R&D yang

    dihasilkan.

    PUSAT kecemerlangan MARDI di Cameron Highland menawarkan teknologi pemprosesanstrawberi.

  • 8/4/2019 moa mardi

    11/12

    Kursus dan latihan JPHsepanjang tahun

    MUKA11UTUSAN MALAYSIA 13 FEBRUARI 2007

    Oleh HAMDAN TAWADI

    BAGI menghasilkan usahawan ternak berjaya, Jabatan Perkhidmatan Haiwan(JPH) telah merangka beberapa latihan pen-ternakan.

    Tahun ini kursus dijadualkan di lima pusatlatihan bertujuan meningkatkan penge-tahuan, kemahiran dan pengalaman kepadamereka yang berminat dalam bidang terse-

    but.Lima pusat berkenaan ialah Institut

    Haiwan, Kluang, Johor; Institut Pengurusan Veterinar Jalan Cheras, Kajang, Selangor;Institut Kemajuan Ternakan Ayam, Johor

    Bahru, Johor; Pusat Latihan Ternakan Ayam, Ayer Keroh, Melaka dan Pusat LatihanVeterinar, Jerangau, Terengganu.

    Antara kursus yang ditawarkan ialahRancangan Perniagaan di bawah programEkonomi dan Kewangan Veterinar sertaLatihan Sangkut (Ternakan Lembu) di bawahprogram Pembangunan Usahawan yangdiadakan di Institut Pengurusan Veterinar,Jalan Cheras, Kajang.

    Kursus Rancangan Perniagaan disasarkankepada bakal dan pembimbing usahawan

    yang mana antara objektifnya adalah untukmenerangkan konsep dan kandungan ran-cangan perniagaan.

    Ia juga diadakan supaya para peserta dapatmemahami serta menyediakan rancanganoperasi, pemasaran, organisasi dan kewanganusaha niaga ternakan.

    Setelah menjalani kursus, para pesertadiharap dapat membuat analisis daya saingusaha niaga dan menggunakan perisianspreadsheet dalam penyediaan rancanganperniagaan.

    Bagi tujuan itu, kandungan kursus akanmenumpu kepada lima perkara utama. prinsip ekonomi dan kewangan dalam

    penyediaan rancangan perniagaan. penggunaan perisian spreadsheet dalam

    penyediaan rancangan perniagaan. pengenalan kepada rancangan pernia-

    gaan.

    rancangan operasi dan strategi pema-saran.

    rancangan organisasi dan kewangan.

    Kursus itu akan dijalankan selama limahari dan mereka yang berminat boleh me-milih salah satu dari tarikh berikut:

    20 Februari hingga 23 Februari atau 24April hingga 27 April.

    Mengenai Latihan Sangkut (TernakanLembu), objektifnya adalah untuk mening-katkan pengetahuan dalam penyelenggaraanladang ternakan lembu berteknologi tinggi.

    Ia juga bertujuan mendedahkan pesertamengenai kemahiran menjalankan aktiviti-

    aktiviti pengeluaran ternakan lembu meng-gunakan teknologi tinggi.

    Bagi mencapai objektif tersebut, kandun-gan kursus akan menyentuh aspek berkaitanpenerangan mengenai pengendalian operasiladang ternakan lembu pedaging yang meng-gunakan teknologi tinggi.

    Menerusi kursus itu juga, para pesertadilatih untuk menjalankan sendiri (hands-on) semua aktiviti ladang berkenaan.

    Bagaimanapun kursus itu hanya dikhaskankepada usahawan Masyarakat Perdagangandan Perindustrian Bumiputera (MPPB),Kementerian Pertanian dan Industri Asas Taniserta pembimbing usahawan daripada jabatanatau agensi di bawah kementerian itu.

    Kursus itu akan dijalankan selama limahari dan mereka yang berminat boleh me-milih salah satu daripada tarikh berikut:

    6 Februari hingga 9 Februari, 13 Mac hing-ga 17 Mac, 2 Mei hingga 6 Mei atau 12 Junhingga 16 Jun.

    Untuk keterangan lanjut sila hubungipusat-pusat latihan Jabatan PerkhidmatanHaiwan berikut: Institut Haiwan, Kluang.

    Telefon: 07-7597000 Institut Pengurusan Veterinar, Jalan

    Cheras, Kajang.Telefon: 03-87360411 atau 03-87373255

    Institut Kemajuan Ternakan Ayam, JohorBahruTelefon: 07-2361313

    Pusat Latihan Ternakan Ayam, Ayer Keroh,MelakaTelefon: 06-2323280

    Pusat Latihan Veterinar Jerangau,TerengganuTelefon: 09-8384042

    Senarai kursus yang ditawarkan,2007

    Institut Haiwan, Kluang.

    Teknologi pengurusan lembu peda-ging

    Kemahiran teknikal lembu pedaging Pemakanan ternakan ruminan Pengurusan asas lembu tenusu Pengurusan kesihatan dan pema-

    kanan lembu tenusu Penyelenggaraan loji dan mesin susu Pengurusan ladang lembu tenusu

    komersial

    Permanian beradas dan asas pem-biakan lembu Ulang kaji pembiakan Lanjutan teknologi pembiakan Pengurusan kambing/bebiri Pengurusan kuda

    Institut Pengurusan Veterinar,Jalan Cheras, Kajang.

    Rancangan perniagaan Motivasi keusahawanan Teknologi pemprosesan makanan Latihan industri pemprosesan Keratan daging Masakan segar berasaskan produk

    haiwan Latihan sangkut (ternakan lembu) Latihan sangkut (ternakan kambing) Penyembelihan halal Keratan daging Latihan sangkut Intergrated Far-

    ming System Seminar pembangunan industri ter-

    nakan lembu Seminar usahawan gemilang

    Institut Kemajuan Ternakan Ayam,Johor Bahru.

    Teknologi penternakan puyuh da-ging dan penelur komersial

    Pengurusan puyuh baka dan pene-tasan

    Teknologi sistem reban tertutup bagipenternakan ayam daging

    Pengurusan ayam kampung

    Pusat Latihan Ternakan Ayam,Ayer Keroh, Melaka.

    Asas penternakan ayam pedagingkomersial

    Bimbingan usahawan makanan tem-patan berasaskan unggas

    Asas penternakan itik komersial

    Pusat Latihan VeterinarJerangau, Terengganu.

    Asas pengurusan lembu pedaging Asas pengurusan kambing/bebiri

    pedaging Asas penternakan ayam pedaging

    komersial Pemprosesan makanan dan baja

    organik Kaedah memproses silaj dan garamgalianPUSAT Latihan Ternakan Ayam di Ayer Keroh, Melaka mempunyai kursus asas penternakan

    itik komersial.

    MENTERI Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninjau ladang ter-nakan kambing.

  • 8/4/2019 moa mardi

    12/12

    Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

    BAGI mendapatkan hasil pertanian yangtinggi dan berkualiti, petani, penternak ataunelayan perlu diberikan kursus dan latihan

    yang sewajarnya.Misalnya bagi menjadi seorang penternak

    berjaya, seseorang harus tahu mengenai hai-wan yang diternak, asal- usul, penjagaan, sim-ptom penyakit serta aliran tunai.

    Sebagai seorang yang baru memulakan se-suatu bidang pertanian, mereka perlu menda-patkan maklumat daripada penternak yang

    berpengalaman dan berjaya.Justeru beberapa buah ladang yang menja-

    lankan pertanian integrasi telah dipilih seba-gai tempat latihan sangkut bagi usahawanternak.

    Misalnya ladang PerfectAgro di Baling, Ke-dah merupakan sebuah ladang ternakan yang

    boleh dijadikan model atau contoh.Ladang seluas tiga ekar yang menem-

    patkan lembu, kambing, kuda dan ayam kam-pung juga dilengkapi dengan pejabat, rumahpekerja dan bangsal bagi memproses tinja.

    Baru beroperasi selama tiga tahun, ladangberkenaan telah berjaya menjana pendapatanyang tinggi hasil pertanian integrasi.

    Bagi meningkatkan produktiviti, pihakpengurusan ladang menyewa 40 ekar tanahpenduduk berhampiran untuk dijadikankawasan penanaman jagung Taiwan Super

    Sweet.

    Pengurus Projek PerfectAgro, Rahmat Ha-shim berkata, ladangnya menjalankan pelba-gai aktiviti pertanian.

    Ladang PerfectAgro menawarkan dua mo-dul kursus iaitu

    Tujuh hari enam malam merangkumiteori dan praktikal.

    Empat hari tiga malam hanya meli-batkan praktikal saja.

    Industri penternakan biasanya mengambilmasa sehingga empat atau lima tahun

    sebelum mendapat hasilyang lumayan.

    Di sini, kamimemberikan kema-

    hiran kepada penter-nak untuk menjanapendapatan sebelum

    haiwan ternakan men-datangkan hasil, katanya

    yang dibantu oleh 15 orangpekerja.

    Latihan menghasilkanbaja daripada tinja haiwan

    ternakan seperti kamb-

    ing dan lembu diajaroleh kakitangan ladang bagi mendatangkanhasilyanglumayan

    Sekilogram baja daripada tinja kambingboleh dijual pada harga RM3 hingga RM 4.

    Di sana peserta juga diajar menghasilkanmakanan ternakan daripada sumber semula-

    jadi seperti batang jagung dan rumput napier

    serta penggunaan jentera.Justeru, ladang PerfectAgro menanam ja-gung manis yang bukan saja boleh dijual te-tapi juga batangnya boleh dijadikan makananhaiwan ternakan ruminan seperti lembu dankambing.

    Peserta juga diajar membuat silaj daripadasisa dan lebihan batang jagung sebagai sim-panan makanan ternakan, katanya.

    Ladang yang mempunyai 200 ekor kam-bing Boer dan Jamnapari, 50 ekor lembu danempat ekor kuda sesuai sebagai kawasan lati-han ternakan.

    Di sini peserta diberikan latihan hands-on mengenai teknik asas penjagaan,pemakanan, rawatan dan urusan rekod hai-

    wan ternakan.Rahmat berkata, bilangan peserta yang ter-

    had bagi satu-satu tempoh kursus bagi mem-

    bolehkan mereka melakukan segala tugasansendiri.Peserta akan diajar penjagaan asas terna-

    kan seperti memotong kuku kambing

    mengkasi kambing, merawat luka dan me-motong tanduk.

    Teknik asas ini penting bagi membantupenternak baru menguruskan ternakan me-reka secara sistematik bagi mendapatkan

    hasil maksimum, katanya.Selain itu penternak akan diajar mengenalisimptom-simptom penyakit kambing dankaedah mengubatinya serta memberikanubatan.

    Ini bagi membolehkan mereka merawatsendiri ternakan jika berlaku sebarang pe-nyakit yang tidak begitu serius seperti de-mam, selesema, batuk atau sakit mata.

    Bagi teori pula, peserta akan diajar menge-nai aliran tunai dalam aspek komersial, pelanpemasaran dan pelan jangka panjang.

    Peserta akan diajar dan dilatih oleh tena-ga pengajar berpengalaman daripada agen-si kerajaan berkaitan dan kakitanganPerfectAgro sendiri.

    Mereka yang berminat mendapatkanmaklumat mengenai latihan sangkut diladang PerfectAgro bolehlah menghubungi

    Ladang PerfectAgro di Baling 04-4707388/04-470 5388 atau InstitutPengurusan Veterinar, KM 17.6, JalanCheras 43000 Kajang Selangor

    MUKA 12 UTUSAN MALAYSIA 13 FEBRUARI 2007

    Ladangintegrasibagi latihan

    sangkutDI ladang PerfectAgro, Baling peserta diajar menggunakan jentera bagi memproses makananternakan.

    PESERTA diajar memotong kuku kambing.

    SEORANG peserta cuba memotong kukukambing.

    SEEKOR kambing yang mengalami sakitmata dirawat sendiri oleh peserta