mnidotcom...: kenali 13 jenis batu-batu cincin...

Download mnidotcom...: KENALI 13 JENIS BATU-BATU CINCIN …mnidotcom.blogspot.com/2011/06/batu-hakikat-batu-hakikat...2011-06-212011-06-21 · Lainnya ialah sebagai pagar diri, ... Struktur

If you can't read please download the document

Upload: phamdung

Post on 04-Mar-2018

262 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

mnidotcom...: KENALI 13 JENIS BATU-BATU CINCIN SERTA KHASIATNYA

mnidotcom...

sumber dan maklumat ilmu dikongsikan bersama

www

APA YANG MENARIK?

APA YANG MENARIK?

Tuesday, June 21, 2011

KENALI 13 JENIS BATU-BATU CINCIN SERTA KHASIATNYA

1. BATU HAKIKAT

Batu Hakikat asalnya ialah batu bukit/ gunung. ada juga orang mengelarkan batu ini sebagai batu badar lumut. ini kerana iamempunyai sejumlah tumbuhan lumut didalamnya dan ia adalah batu hidup bersifat sejuk.Dikatakan batu ini mempunyai khasiat seperti berikut:

menundukkan musuh,menghilangkan sakit dan meyembuhkan penyakit, menghindarkan ganguan makhluk halus, menghilangkan darah gemuruh, serta untuk keselamatan diri

2. BATU PANCA NUR

Batu Panca Nur atau pancha warna adalah sejenis batu akik bercirikan lebih dari dua ke lima warna. Kelebihan dimata umum ialah pada lima warna ini iaitu merah, hijau, kuning, hitam, putih kerana mempengaruhi kekuatan lima pancaindera manusia. Batu Panca Nur yang asli ialah apabila dipegang terasa berat dan getarannya.Batu Panca Nur ini kekuatannya dikatakan mempunyai khasiat seperti berikut:

- Memancarkan cahaya wajah yang menawankepadasipemakainya

- Memancarkan seri kewibawaan lalu akan dihormati oleh orang sekeliling. -Membangkitkan rasa percaya dan keyakinan yang tinggi dikhalayak ramai

- Menjadikan musuhtidak berupayauntuk membuatsesuatu yang jahat pada kita.

- Orang akan menjadi kagum, sangat percaya dan tertegun dengan kata-kata kita.

3. BATU LAFADH

BATU LAFADH adalah berbentuk/ bergambar/ bertulis secara semulajadi padanya kalimah Allah atau huruf-huruf kalimah . Amat-amat jarang ditemui di dunia perbatuan. Jika ditemui batu jenis ini, anda perlu berhati-hati dan meneliti sepenuhnya kerana terdapat banyak batu-batu campuran yang dibentuk seakan batu-batu yang asli yang mana disebut batu sintesis.

4. BATU SERAI

BATU SERAIhanya diperolehi daripada pokok serai kampung yang berbunga atau pada tumbuhan-tumbuhan yang mengeluarkan bunga seakan bunga padi. Untuk makluman semua, pokok serai adalah tumbuhan yang amat sukar untuk mengeluarkan bunga dan pokok serai yang mengeluarkan bunga amat sukar dan jarang-jarang untuk ditemui. Jika ditemui pokok serai berbunga, untuk mengambil batu-batuyang terdapat dibahagian bawah perdu pokok seraitersebut memerlukan kaedah dan cara-cara yang tertentu dan hanya orang-orang yang arif dengannya saja yang berjaya mendapatkan batu serai. Terdapat pelbagai jenis warna yang biasa didapati seperti warna merah, kuning, warna jernih, biru,hijau dan unggu.Kelebihan dan keistimewaan batu serai dimata umum ialah untuk pemanis dan pelaris.

5. BATU ZAMRUD

Emrald atau zamrud merupakan batu permata bewarna hijau yang sentiasa dikagumi ramai sejak dahulu lagi. Peminat batu cincin kebanyakannya mengakui batu ini adalah amat cantik dan berkhasiat tinggi dari segispiritual. Kekerasan zamrud dalam skala Mohs ialah diantara bacaan 7 hingga 9. Sememangnya batu zamrud adalah sangat berharga dan tidak ramai yang dapat memilikinya kerana faktor harganya yang agak tinggi.Zamrud jarang dijumpai didalam saiz yg besar dan batu zamrud yang paling bernilai/paling tinggi kualitinya berasal dari negara colombia yang harganya boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit. Emrald atau zamrud merupakan batu permata ataubirthstoneuntuk mereka yang lahir dalambulan mei. Walaubagaimanapun batu ini tetap sesuai dipakai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira bulan kelahiran.Pada masa dahulu, zamrud hanya dipakai oleh golongan bangsawan,raja-raja dan pembesar negara sebagai simbol keagungan dan kekuasaan. Para pemakai batu zamrud juga percaya dan yakin batu ini akan memberi keuntungan da keyakinan yang tinggi.

6. BATU BADAR BESI

Batu badar besi juga biasa disebut sebagai batupati ayam atau istilahsainsnya ialah magnetsteen kerana apabila diajukan besi magnet padanya, batu tersebut akan bergerak berputar-putar. Masyarakat umum mengenalibatu badar besi dalam golongan pusaka mistik yang diyakini memberi khasiat dan kelebihan yang banyak.

Batu badar besi mengandungi unsur ferumdengan kandungan oksigen yang tinggi sehingga memiliki warna abu kehitamandan memiliki kekerasan 5-6 skala Mohs. Sebenarnya batu badar besi banyak dijumpai didaerahbrazil,mexico,Australiadan amerika yang mana dekat dgn kawasan pergunungan yang sering terjadi banjir lahar ratusan tahun dahulu.

Cerita masyur yang diketahui mengenai khasiat batu badar besi adalah banyak sekali. Yang paling utamanya ialah anti senjata tajam atau kebal bahkan kebal kepada peluru. Lainnya ialah sebagai pagar diri, mampu melindungi pemiliknya dari bahaya sihir, anti cukur dan menghindarkan aura jahat.

7. BATU KECUBUNG

Amethystyang juga dikenali sebagai kecubung merupakan batu yang berwarna ungu.Kecubung berasal dari perkataan Greek yang bermaksud penawar dimana wujud kepercayaan lama menunjukkan arak yang diminum di dalam gelas amethyst tidak akan menyebabkan sipeminumnya menjadi mabuk. Amethyst atau kecubungmempunyai kekerasan 7 pada skala Mohs.Kecubung dipercayai telah mula digunakan sejak zaman awal Mesir kuno.Kecubung yang berkualiti hanya boleh didapati di negara-negara sepertiBrazil,Uruguay,Siberia,Russia danIndia.Batu Kecubung merupakan batu permata yang popular sebagai bahan perhiasan raja-raja dan pembesar-pembesar negara zaman lampau. Selain warna ungu,ia juga mempunyai beberapa warna yang menarik. Contohnya bewarna merah jambutetapikecubung yang paling berharga semestinya bewarna ungu kebiru-biruan.Batu Kecubung/ Amethyst merupakanbirthstoneuntuk mereka yang lahirpada bulanFebruari. Dimata umum masyarakat, kelebihan dan keistimewaan kecubung ialah untuk pengasihan dan bisa mewujudkan aura menawan kepada pemakainya.

8. DELIMA MERAH

Ruby atau batu delima merah dikenali kerana warna merahnya yang menggambarkan perasaan cinta, kuasa dan kemegahan. Inilah raja segala batu permata atau dikenali sebagai"king of germstone"yang begitu popular diseluruh nusantara bahkan seantero dunia. Delima merah amat sinonim dan mashyur dalam masyarakat melayu kerana kecantikan fizikal batu ini dan khasiat yang menjalarinya, batu ini juga sebenarnya terdapat dalam warna merah jambu (pink) dan merah hati (merah tua).Delima adalah batu permata yang sangat keras dengan ukuran 9 pada bacaan skala Mohs. Delima yang paling popular tentunya berasal dari negara Burma (sekarang Myammar) kerana kualiti dan kecantikanbatunya.Walaubagaimanapun terdapatjuga bekalan batu delima yang berkualitiyang dilombong dari negara lain seperti negara Afrika selatan, pakistan, Afghanistan,Tanzania dan negara India.Ruby atau delimamerupakanbirthstoneataupun batu untuk mereka yang lahir padabulan Julai. Didalam pengentahuan masyarakat melayu nusantara, Delima merah berada dalam mitos khasiat yang palingtinggi iaitu untuk pelindung diri dari ancaman jahattermasuk sihir, bagi pembesar atau pemerintah, Ruby dikatakan dapat membuka aura keagungan yang menjadikan orang ramai patuh pada pemakainya. Kelebihan Delima merah yang palingmasyur dalam masyarakat melayu ialah kebal umum danbagi golongan peniagapula dikatakanuntuk kekayaan. Ruby atau batu delima terbaik adalah dari negara burma dimana harganya mengikut timbangan karat.

9. CHRYSOBERYL CAT'S EYE (MATA KUCING)

Batu mata kucing atau 'cats eye' diberi nama kerana apabila didalam kegelapan dan ada sedikit cahaya, maka akan muncullah segaris sinar pada batu ini mirip mata haiwan bernama kucing. inilah uniknya batu ini sehingga ramai yang tergila-gila mencarinya. Batu cats eye ini banyak terdapat dalam warna coklat kehitaman, kuning madu dan warna hijau muda. cats eye mempunyai ketahan yang kuat kerana batu ini mempunyai kekerasan pada ukuran 8-9 pada skalaMohs.Chrysoberyl merupakan batu permata yang mempunyai nilai yang tinggi di pasaran dengan kualiti yang sangat baik. Negara pengeluar utama batu mata kucing ini termasuklahRussia,Tanzania,Sri Lanka,India,Brazil, dan Timur Afrika. Cats eye @Chrysoberyl menjadi batu yang digemari oleh ramai peminat dan pengumpul yang profesional. Ini kerana batu permata ini sangat sukar untuk didapati dan harganya yang agak mahal.Cat's eye yang baik mempunyai cahaya sebagai jaluran di bahagian tengah. Apabila membeli batu yang asli, pastikan "mata kucing" pada batu tersebut berada di bahagian tengah dan "mata" tersebut boleh "terbuka" dan "tertutup" apabila batu itu dicondongkan. Kelebihannya dimata umum dikatakan banyak sekali seperti memberikan keyakinan dan menjadikan lawan /musuh gerun dan takut pada kita serta memberi aurapenarik kepadapemakainya juga dikaitkan dengan kesihatan (menghindar penyakit fizikal dan mengelak sihir).

10. BATU TIGER EYE (MATA HARIMAU)

BATUTIGER EYEjuga dikenali sebagai batu mata harimau initergolong dalam keluarga Quartz. Batu ini diberi nama kerana warna dan jaluran cahaya yang meliputinyaapabila dipandang seolah-olah seperti mata sang harimau yang sedang merenung tajam. Warna dominan bagi batu ini ialah kuning yang bercampur dengan hitam dan campuran coklat serta oren.Kekerasan skala mohs bagi batu tiger eye ialah pada bacaan 7 yang banyak dijumpai di negara afrika selatan, russia, australia barat, negara jerman dan china.Tiger's eye sesuai dipakai oleh semua golongan danberbagai peringkat lapisan masyarakat. Khasiat dan kekuatan yang menjalarinyadipercayaimenjadikan pemakainya akan digeruni lawan dan dihormati kawan, segala perintah dan kata-kata sipemakainya akan mudah diterima dan dipatuhi orang. Batu ini juga dipercayai menjadi senjata menangkis pebuatan sihir dan jahat.

11. BATU JARUM MAS

Batu jarum mas termasuk dalam kumpulan batu-batu jenis Quartz iaitu ia adalah jenis Rutilated Quartz. Terdapat banyak warna batu dalam kumpulanquartzini seperti warna merah jambu, kuning, biru dan hijau serta hitam dan putih tetapi batu jarum mas biasanya mempunyai warna dominan jernih keputihan dengan didalamnya terdapat hablur warna kuning yang terbentuk memanjang seolah-olah sepertibentuk jarum.Batu jarum mas mempunyai paling banyak jenis dan nama kerana quartz ialah salah satu unsur mineral yang paling banyak didapati dibahagian kerak bumi. kekerasan batu jenis ini berada pada ukuran7 skala Mohs. terdapatcatatan menyatakan quartz adalah bahan yang biasa digunakan sebagai bahan mistik dalam mitologi orang asli Australia yang menunjukkan batu ini mempunyai khasiat dan kelebihan yang besar dalam dunia mistik. didalam masyarakat melayu nusantara, Batu jarum mas dipercayai menjadi alat pertahanan diri dan untuk keselamatan pemakainya.

12. BATU NILAM (SHAPHIRE)

Nilam juga biasa disebut sebagai sapphire atau safir. Batu nilam amat dikenali didunia perbatuan sebagai batu yang digemari ramai pencinta batu permata dan sukar untuk diperolehi. Struktur mineralnya adalah berbentuk kristal tunggal aluminium oksidayang mana menyebabkan nilammemiliki kekerasan yg cukup tinggi iaitu bacaan 9 pada skala Mohs. Nilam dipasaran ketika ini banyak berasal dari negara Burma, Srilangka,Thailand,Russia,kalimantanIndonesia dan juga Afrika.Batupermata Nilamyg terkenal didunia adalah blue shaphire(safir berwarna biru)yang mana struktur mineral dan seratnya memiliki keunikan pancaran cahaya yang berbeza-beza menjadikannya kelihatan amat mempersonakan.Terdapat juganilam berwarnahitam, kuning dan putih tetapi harganya tidak standing dengannilam berwarna biru.Kelebihan dan mitos yangmenjalar pada batu nilam ini diyakini dapat menjernihkan fikiran, meningkatkan kekuatan fizikal dan kedamaian hati, membawa kebahagiaan, meningkatkankeyakinandan tujuan hidup. Raja-raja dan para pemerintah negara memakai nilamuntuk menampilkan wibawa dan sebagai pertahanan yg kuat terhadap bahaya. Keistimewaan dimata umum yang paling utama bagi batu nilam ini ialah menyerlahkan aura penarik bagi pemakainya. Batu yang istimewa ini ialahbirthstoneatau batu yang sesuaiuntuk mereka yang lahir pada bulanseptember.

13. BATU PIRUS (TURQUOISE)

Batu Pirus juga dipanggil sebagai "turqouise"dikenali ramai pecinta batu permata sebagai batu yang berwarna biru dan hijau dengan jaluran urat yang menarik dan unik terbentuk padanya. Batu pirus mempunyai campuran mineral tembaga, aluminium dan ferum (besi) yang memberikan peranan terhadap pembentukan warnanya. semakin biru warnanya menunjukkan kandungan tembaga didalamnya adalah tinggidan jika warna hijaunya yang menonjol, menunjukkan kandungan ferum (besi) pula tinggi.Batu pirus direkodkan mempunyai kekerasan pada bacaan 5-6 pada skala Mohs. Ia banyak di jumpai di negara Iran, Afghanistan, Israel, Amerika dan negara Mexico. Biasanya batu ini banyak dipakai oleh mereka yang berumur 40 tahun keatas. Peminat batu ini begitu teruja dengan pirus kerana keindahan dan keunikan urat-urat batunya yang terbentuk dengan menarik dan cantik.Batu pirus yang paling terkenal dan tinggi harganya dipasaran ialah pirus berwarna biru atau hijau dari negara Iran yang tidak memiliki jaluran atau corak diatasnya. Khasiat yang menjalari batu istimewa ini dipercayai membantu dalam proses penyembuhan penyakit, memberikan ketenangan minda dan membuka aura kekuatan diri khususnya kekuatan dalaman atau rohani.

FAHAMI HAKIKAT PEMAKAIAN BATU CINCIN DAN PERMATA

Sebagai seorang muslim kita mesti meletakkan100% pergantungan kita kepada Allah SWT. Tidak ada sesuatu pun yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali dengan izin Allah dan tiada suatupun yang bisa membawa mudharat melainkan dengan izin Allah jua. Pemakaian dan penggunaan batu ataupun apa saja benda-benda yang mempunyai kelebihan padanya (dengan izin Allah) adalah tidaksalah, akantetapi mestilah benar-benar/ sungguhdifahami dan yakin akan hakikat penggunaan/pemakaiannya.Batu atau kayu atau apa-apa saja benda yang istimewa adalah anugerah Allah yang sememangnya tidak sia-sia penciptaannya. Seperti garam yang bersifat masin, begitulah juga batu-batuyang istimewa ini bersifatdengan sifat yangwujud padanya masing-masing.Hanya orang yang tahu (berilmu) sahaja yang dapat mengambil manafaat daripadanya. Silalah fahami bahawa Batu-batu tersebut tidak mempunyai kuasa. Batu-batu tersebut hanyalah mempunyai kelebihan/ keistimewaan dengan sifat yang ada padanya tetapi kuasa mutlak adalah ditangan Allah. Jadi janganlah lari daripada penggantungan kita sepenuhnya kepada Allah jua. Semoga anda semua mendapat kefahaman yang sungguh tentang hakikat pemakaian batu permata dan beroleh kejayaan dalam cita-cita serta tujuan anda selagi anda tetap diatas jalan Allah

sumber : batucincin

Posted by

mr zam

atTuesday, June 21, 2011

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

8 comments:

pelangi sepiDecember 7, 2011 at 5:39 PM

semuanya cantik dan punya khasiat tersen diri

ReplyDelete

farhan rosdiMarch 17, 2013 at 10:20 AM

Apa khasiat Batu Lafadh?

ReplyDelete

sanusi aliApril 8, 2013 at 7:50 PM

gab

ReplyDelete

NazriAdrianMarjuan RadioOperatorDecember 26, 2013 at 5:33 AM

harga batu kuching brp ya

ReplyDelete

NazriAdrianMarjuan RadioOperatorDecember 26, 2013 at 5:35 AM

tolong email kat saya harga batu kuching. [email protected]

ReplyDelete

zul ganuJune 18, 2014 at 10:19 PM

Kalu sape2 mncari geliga kala jengking asli. Blh email [email protected].. Brg rare mmg jarang sgt org ad :-)

ReplyDelete

.October 18, 2014 at 1:47 AM

terima kasih atas infonyasilahkan berkunjung ke koleksi batu akik sungai dareh dan batu lumut sulikihttp://tokoonlinepayakumbuh.com/category/batu-mulia-cincin-akik-payakumbuh/

ReplyDelete

Abdi MaulanaDecember 2, 2014 at 8:58 PM

gambarnya sudah banyak yang hilang gan, saya juga membahas mengenai batu akik termahalbatu akikbatu cincin termahal

ReplyDelete

Add comment

Load more...

Newer Post

Older Post

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

BLOG SAYA YANG LAIN

GALERI KRAF TEMBAGA

6 JENIS KAKI LILIN TEMBAGA

4 years ago

GALERI MASJID-MASJID INDAH

MASJID SELAT MELAKA, BANDAR HILIR, MELAKA

4 years ago

TERIMA KASIH SEMUA PENGIKUT BLOG INI

RENUNGAN

"Aku mampu berhujah dengan sepuluh orang yang berilmu, tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang jahil tak pernah faham landasan ilmu." (Imam As-Syafie)

"Sesungguhnya mati jasad kerana roh, mati roh kerana tiada ilmu... Mati ilmu kerana tiada amal, mati amal kerana tiada istiqomah... Menuntut ilmu adalah taqwa, menyampaikan ilmu adalah ibadah, mengulangi ilmu adalah zikir, mencari ilmu adalah jihat..."(Imam Al-Ghazali)

"Perbezaan di antara kecerdikan dan kebodohan ialah kecerdikan ada had, tetapi kebodohan tiada sempadan"(Albert Einstein)

PROFAIL

mr zam

View my complete profile

ARKIB BLOG

2015

(1)

January

(1)

2014

(6)

November

(3)

September

(1)

June

(1)

April

(1)

2013

(9)

July

(1)

April

(1)

March

(5)

February

(2)

2012

(26)

September

(2)

August

(4)

July

(6)

June

(1)

March

(4)

February

(4)

January

(5)

2011

(163)

December

(10)

November

(13)

October

(11)

September

(10)

August

(16)

July

(4)

June

(47)TAHUKAH ANDA BAHAWA MATA MANUSIA MEMPUNYAI STRUKTU...INILAH 10 DIANTARA JENAMA (FESYEN) PALING MAHAL DI...GAMBAR-GAMBAR HASIL DARI PHOTOSHOP YANG MENARIKMENARIK! TERDAPAT AIR TERJUN YANG TERLETAK DI BAWA...KETAHUI 18 KHASIAT & MANFAAT PEMAKANAN BAWANG PUTI...MARI MENCUBA SESUATU YANG MENARIK DI GOOGLERASAILAH DENYUT NADI & KELUHAN HATI RAKYAT YANG MA...KENALI 13 JENIS BATU-BATU CINCIN SERTA KHASIATNYAMAKNA DISEBALIK WARNA DAN BILANGAN BUNGA ROS UNTUK...10 NEGARA YANG MENJADI TUMPUAN PENCARI KERJA DI DU...KETAHUI SERBA SEDIKIT TENTANG KEBAIKAN PELABURAN E...GAMBAR 16 JENIS TUMBUHAN CENDAWANARAB SAUDI BAKAL BINA BANGUNAN TERTINGGI DI DUNIA ...BETUL TAK? WANITA NI MEMANG MACAM BARBIE DOLLAPAKAH ITU PENYAKIT KENCING MANIS (DIABETIS)? BAGA...10 DIANTARA MANUSIA YANG MEMILIKI KEMAMPUAN ANEH S...10 FENOMENA ALAM YANG HEBAT DAN MENAKJUBKAN DI DUN...WOW! GAMBAR-GAMBAR GADIS TENTERA YANG CANTIK & HOT...(GAMBAR) DI ANTARA RAMA-RAMA YANG CANTIK DI SERATA...KISAH & TAULADAN! BERHATI-HATI MELAWAT JENAZAH ORA...(BERGAMBAR) PERCAYAKAH ANDA BAHAWA TERDAPAT SUNGAI...APAKAH YANG HARUS ANDA LAKUKAN JIKA MENGALAMI OBES...INFO TENTANG PULAU TIOMAN, PULAU PANGKOR & PULAU P...KETAHUI ADAKAH ANDA BERISIKO MENGHIDAP TEKANAN DAR...TAHUKAH ANDA? HARI DERMA DARAH SEDUNIA DI SAMBUT P...DIANTARA BERLIAN YANG MEMILIKI HARGA TERMAHAL DI D...WOW! IKAN-IKAN DENGAN VARIASI WARNA TERCANTIKLOGO-LOGO HARLEY DAVIDSONSEDIKIT INFO TENTANG BANDARAYA SHAH ALAM, SELANGOR...SMS & LAMAN CHATTING INTERNET ADALAH ANCAMAN KEPAD...KERETA MODEL KONSEP AUDI YANG TERBARUWOW! 15 GOLD PLATED SUPER CARSTHE WORLD'S HIGHEST PAID ATHLETES10 REMAJA TERKAYA DI DUNIA TAHUN 2011KETAHUI APA ITU WABAK E-COLI YANG KINI TELAH MEREB...INFO - FAHAMI KOD @ SIMBOL BAHAYA PADA BOTOL PLAST...KEAJAIBAN ALAM DI DUNIA YANG KURANG DIKETAHUAI MAN...KHASIAT BUAH KELAPA LAUT (BORASSUS FLABELLIFERA)KHASIAT POKOK TONGKAT ALI (EURYCOMA LONGIFOLIA JAC...RASA PEDAS DAPAT TURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI?GAMBAR-GAMBAR JAMBATAN TERPANJANG DI DUNIAGAMBAR-GAMBAR BARACK OBAMA DARI KECIL HINGGA MENJA...ISU KENAIKAN HARGA ELEKTRIK DAN KESANNYADESIGN-DESIGN MATAWANG SERATA DUNIADESIGN-DESIGN MATA WANG YANG MENARIK DARI SELURUH ...BODY-BODY KERETA YANG DICIPTA DENGAN BAHAN PELIK T...TAHUKAH ANDA? HARI SUSU SEDUNIA DISAMBUT 1st JUN S...

May

(29)

April

(23)

2010

(5)

August

(5)

ENTRI POPULAR

INFO-KENALI TENTANG BANDAR PARIT BUNTAR DI DAERAH KERIAN, PERAK

MENARA JAM BESAR YANG TERLETAK DI PEKAN LAMA PARIT BUNTARMENJADI MERCU TANDA BANDAR PARIT BUNTAR Parit Buntar terletak di utara n...

(BERGAMBAR) SENARAI 14 ORANG YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA DARI PERTAMA HINGGA KINI (2012)

SENARAI YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA ( beserta Raja Permaisuri Agong dan Tempoh Memerintah ) 1. -Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum T...

APA GANJARAN KELEBIHAN BAGI ORANG YANG BERSELAWAT KEATAS RASULULLAH SAW?

Kali ini pula mari kita berkongsi tentang fadhilat serta kelebihan memberikan selawat ke atas junjungan besar ki taNabi Muhammad SAW. K...

SEDIKIT INFO TENTANG BANDARAYA SHAH ALAM, SELANGOR.

MULANYA dikenali sebagai Sungai Renggam iaitu tapak ladang sawit yang terletak antara Petaling Jaya dan Klang. Dibuka pada 1963, Shah Alam ...

DIANTARA BERLIAN YANG MEMILIKI HARGA TERMAHAL DI DUNIA

10. The Allnatt Diamond Harga : 3 Juta dolar Dikatakan mempunyai 101. 29 karat (20. 258 g), berwarna Fancy Vivid Yellow (diberi oleh...

GAMBAR 16 JENIS TUMBUHAN CENDAWAN

Berapa jenis tumbuhan cendawankah yang anda pernah lihat? Berapa jenis jugakah cendawan yang anda ketahui namanya? Terdapat pelbagai jenis c...

KENALI 13 JENIS BATU-BATU CINCIN SERTA KHASIATNYA

1. BATU HAKIKAT Batu Hakikat asalnya ialah batu bukit/ gunung. ada juga orang mengelarkan batu ini sebagai batu badar lumut. ini kerana i...

MENARIK NI! KOLEKSI GAMBAR-GAMBAR DUIT LAMA NEGARA MALAYSIA

Koleksi Duit Duit Lama Malaysia -Malaya.. Inilah rupanya orang panggilduit daun pisang RM1000 1989 RM500 198...

INILAH WAJAH-WAJAH PENGASAS JENAMA KOMPUTER DI DUNIA

1. Michael Dell, Pengasas Dell Dell Inc. tampaknya lebih memfokuskan pada usaha-usaha untuk mengurangkan kos berbanding mengeluarka...

TAHUKAH ANDA BERAPA LUASKAH ALAM SEMESTA INI DAN BERAPA KECILKAH BUMI INI?

Pernahkah anda terfikir berapa luaskah alam semesta ini? Pernahkah anda terfikir kenapa Tuhan menciptakan begitu luasnya alam semesta ini...

PENGUNJUNG

BLOG-BLOG PILIHAN

The Scribe A Kadir Jasin

RABU Rakyat Akan Buang Umno

5 days ago

PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017 Dari Seluruh Warga Kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu

10 months ago

Minda Tajdid

Hidup Ini Bernafaskan Cinta Kasih

3 years ago

Berita Semasa

Kenaikan Gaji + Elaun Adun di Selangor (373%), Pulau Pinang, Sarawak, Johor, Perak. Patutkah?

4 years ago

Hujan Pagi

6 years ago

chedet.cc/blog/

Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa

BERITA TERKINI ONLINE

SINAR HARIANHARIAN METROBBCNEW STRAITS TIMESTHE STARBERNAMABERITA UTUSAN MALAYSIABERITA HARIANMALAYSIAKINI

Feedjit

Feedjit Live Blog Stats

PENAFIAN : Setiap artikel dan gambar yang diposting di blog ini, hanyalah sebagai bahan bacaan sahaja. Ianya tidak lebih daripada untuk tujuan perkongsian ilmu. Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap kerosakan atau kehilangan disebabkan menggunakan maklumat di dalam blog ini.Posting-posting yang dipaparkan dalam blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ianya lebih kepada mengikut apa sahaja yang terlintas yang difikirkan boleh dikongsi bersama.

Kebanyakan artikel di mnidotcom adalah dari website/forum/blog dalam dan luar negara serta dari inbox admin. Jika ada diantara entri yang terdapat pada blog ini yang kurang disenangi atau tidak dipersetujui harap diberitahu, untuk saya remove atau memberi kredit ke blog tersebut kerana mungkin ada artikel yang dihantar / diperolehi kurang tepat atau tidak dinyatakan sumber. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan ideologi. Semoga dapat memberi manfaat dan dikongsi oleh sesiapa sahaja. InsyaAllah. Wassalam.

Watermark theme. Powered by Blogger.