mm pibg 3 2.11.13

Upload: aida

Post on 11-Mar-2016

25 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

minit mesyuarat

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG KALI KETIGA 2013SK. SAUJANA UTAMA SESI 2013/2014Tarikh

:2 NOVEMBER 2013 (Sabtu)

Tempat

:Bilik Mesyuarat SKSU

Masa

:9.00 PAGIKehadiran:1. En. Mohd. Ikhsan bin Ahmad (Penasihat)

2. En. Roslan bin Ismail (YDP)

3. En. Mohd. Hilmi b. Badron (Setiausaha)

4. Pn. Sri Asmahani bt. Suliman (Bendahari)

5. En. Abd Hamid b. Salihan

6. En. Mohd Fakaruddin b. Ismail7. En. Zakri Iskandar b. Mohd. Amin

8. En. Khairul Razikin b. Jamalludin

9. En. Hafiz b. Musa

10. Pn. Siti Bulkiss bt. Mohd. Daud

11. YM. Tengku Sepachendra bt. Tengku Abd. Rashid

12. Pn. Rabiah bt. Haron

13. Pn. Mahfuzah bt. Che Run

Tidak Hadir: 1. Pn. Maisarah bt. Jahuri2. En. Wan Ismail b. Hashim

3. Pn. Najwa Al Muhsin

4. Pn. Mawarazza bt. Mohamad

5. En. Azmi b. SakdunAGENDA MESYUARAT :

1. Ucapan Penasihat1.1. Guru Besar SKSU selaku penasihat PIBG SKSU mengucapkan terima kasih kepada semua

AJK PIBG yang telah meluangkan masa untuk hadir dalam mesyuarat pada pagi itu.1.2. Seterusnya Guru Besar memaklumkan antara aktiviti-aktiviti sekolah yang telah dan akan berlangsung:1.2.1. Peperiksaan akhir tahun sudah selesai, ibu bapa boleh menyemak markah anak mereka di laman web SAPS.

1.2.2. Hari kanak-kanak 2013 akan diadakan pada 7/11/2013 di dataran Glomac.

1.2.3. Jamuan akhir tahun bagi tahun 6 akan diadakan pada 13/11/2013 (Rabu).

1.2.4. Konvo untuk prasekolah akan berlangsung pada 14/11/2013 (Khamis).

1.2.5. Hari anugerah kecemerlangan akan berlangsung pada 16/11/2013 (Sabtu).

1.2.6. Majlis graduasi murid tahun 6 akan diadakan pada hari Sabtu malam Ahad untuk

meraikan murid yang mendapat 5A tahun 2013.

1.3. Guru besar memaklumkan program yang akan dijalankan pada tahun hadapan (2014) 1.3.1. Sesi pagi sebanyak 42 kelas manakala sesi petang sebanyak 43 kelas.

1.3.2. Hari pemberian buku teks : Tahun 1 pada 01/01/2014

Tahun 4 pada 31/12/2013 1.3.3. Sistem pembelajaran KSSR telah sampai ke tahun 4, terdapat penambahan subjek

iaitu subjek sejarah.

1.3.4. Program VLE Frog sudah sampai ke tahap yang ke empat, iaitu pemberian ID kepada

murid-murid.

2. Ucapan Pengerusi2.1. En. Roslan selaku YDP PIBG mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua AJK PIBG.

3. Mengesahkan minit mesyuarat lalu

Disahkan oleh : En. Abd. Hamid b. Salihan

Disokong oleh: Pn. Rabiah bt. Haron4. Perkara Berbangkit

4.2. Biro Akademik4.2.1. Biro akademik akan merancang program lebih awal untuk tahun hadapan.4.2.2. Program motivasi dengan kerjasama Bank Rakyat untuk murid tahun 6.4.2.3. Jamuan BBQ akan diadakan khas untuk meraikan guru-guru dan murid-murid yang terlibat dengan kelas tambahan.

4.3. Biro Kebajikan

4.3.1. Pelajar yang ditimpa kemalangan telah diberi sumbangan sebanyak RM500 dan

telah diberi kertas soalan peperiksaan akhir tahun.

5. Pembentangan Penyata Kewangan PIBGDibentangkan oleh : Pn. Sri Asmahani bt. Suliman (Bendahari PIBG)5.1. Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk membuka kaunter pembayaran sumbangan PIBG semasa program yang melibatkan ibu bapa seperti hari pendaftaran tahun 1, hari pengambilan buku teks tahun 4, hari terbuka, dan sebagainya.5.2. Segala yuran akan dikecualikan kepada murid yang istimewa. (Rumah Aman)

6. Isu semasa6.1. Hari Anugerah kecemerlangan. Pihak sekolah merancang ingin menjemput Dato Noh atau Dato Amiruddin untuk merasmikan majlis tersebut. Pihak PIBG telah sebulat suara bersetuju untuk menyumbang sebanyak RM5000 bagi menampung kos program.

6.2. Hari kanak-kanak.

En. Hafiz Musa memaklumkan program akan dijalankan dua sesi pada waktu pagi dan petang. Antara program yang akan dijalankan ialah pertunjukan silap mata dan gerai jualan buku. Sebahagian kos untuk program ini telah ditampung oleh salah seorang AJK PIBG.

7. Hal-hal lain7.1. En. Roslan telah meluluskan antara permohonan tersebut :

a. Hari anugerah

RM5000

b. Hari kanak-kanak

RM1500

c. Program tahun 5

RM4807.2. En. Hamid memaklumkan berkenaan rumah aman terdapat beberapa murid yang menginap disana telah didera mentalnya, seterusnya En. Hamid memberitahu klinik 1Malaysia akan beroperasi di Saujana Utama pada pertengahan bulan 11 nanti.7.3. En. Khairul Razikin memaklumkan terdapat segelintir murid sekolah menengah yang menghisap rokok secara terbuka pada waktu pagi sesi persekolahan, dikhuatiri perkara tersebut akan terus berlaku dan mugkin akan menjadi budaya mereka sekaligus ia adalah satu contoh perlakuan yang tidak baik terhadap murid-murid sekolah rendah.

7.4. En. Fakaruddin mencadangkan supaya pelakuan tersebut di ambil gambar dan dihantar kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan lanjut.

7.5. En. Zakri mencadangkan supaya hebahan awal dilakukan untuk program-program yang akan dijalankan seperti hari pendaftaran tahun 1, hari membeli buku di sekolah, dan sebagainya.7.6. Pn Bulkiss mencadangkan supaya jualan baju sukan dibuat pada awal tahun persekolahan, dan ia boleh digunakan untuk pakaian rasmi kelas tambahan.

7.7. En. Roslan mencadangkan supaya menggunakan kad Touch and Go dalam proses pembelian di sekolah, rasionalnya ialah untuk mengelakkan murid-murid daripada membeli makanan di luar pagar sekolah.Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari. Disediakan oleh :

Disahkan oleh:

(MOHD. HILMI BIN BADRON)

(ROSLAN BIN ISMAIL) Setiausaha PIBG,

Yang Dipertua PIBG, SK. Saujana Utama,

SK. Saujana Utama, Sungai Buloh.

Sungai Buloh.