miskonsepsi masa dan waktu tahun 1

3
Kesukaran: Menyebut dan menulis waktu dalam jam dan setengah jam dengan menggunakan jam analog di kalangan murid Tahun 1. Murid tidak dapat melukis dengan tepat kedudukan jarum jam bagi waktu yang melibatkan setengah jam. Ramai murid yang menganggap kedudukan jarum jam adalah sama antara waktu dalam jam dengan waktu dalam setengah jam. Contoh soalan: Lukiskan jarum jam dan minit bagi waktu yang diberi. Kesalahan yang biasa dilakukan oleh murid.: TAJUK: MASA DAN WAKTU 2:30

Upload: nor-azlin-mohd-rusdin

Post on 04-Jul-2015

3.078 views

Category:

Education


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Miskonsepsi Masa dan Waktu Tahun 1

Kesukaran:

Menyebut dan menulis waktu dalam jam dan setengah jam dengan menggunakan

jam analog di kalangan murid Tahun 1.

Murid tidak dapat melukis dengan tepat kedudukan jarum jam bagi waktu yang

melibatkan setengah jam. Ramai murid yang menganggap kedudukan jarum jam

adalah sama antara waktu dalam jam dengan waktu dalam setengah jam.

Contoh soalan:

Lukiskan jarum jam dan minit bagi waktu yang diberi.

Kesalahan yang biasa dilakukan oleh murid.:

TAJUK: MASA DAN WAKTU

2:30

Page 2: Miskonsepsi Masa dan Waktu Tahun 1

Penyelesaian yang sepatutnya:

Langkah penyelesaian:

1. Guru menegaskan bahawa apabila jarum minit bergerak, jarum jam juga bergerak

cuma dengan kadar yang lebih perlahan. Pada pukul 2, jarum jam menunjukkan

tepat pada angka 2. Namun apabila jarum minit terus bergerak, jarum jam juga akan

bergerak menghampiri angka 3. Apabila jarum minit menunjukkan setengah iaitu

pada angka 6, jarum jam juga akan berada di tengah-tengah di antara angka 2 dan

angka 3.

2. Untuk membantu murid memahaminya secara konkrit, murid diberi peluang

meneroka sendiri kedudukan jarum jam dan minit bagi waktu yang dinyatakan

dengan memanipulasi jam sebenar yang disediakan oleh guru. Dengan ini murid

dapat melihat adanya perkaitan antara pergerakan jarum minit dan jarum jam.

3. Setelah murid dapat menunjukkan kedudukan jarum jam dan minit yang betul bagi

setiap waktu yang dinyatakan dengan menggunakan jam sebenar, barulah murid

diberikan latih tubi melukis jarum jam dan minit pada muka jam. yang dilukis (Rujuk

Lampiran 4).

Page 3: Miskonsepsi Masa dan Waktu Tahun 1

LAMPIRAN 4

Lukis jarum jam bagi waktu yang dinyatakan.

2:30 4:30

11:30

7:30 1:30

12:30

5:30 3:30

9:30