misi pasarkan batik sebagai fesyen global - sim.edu.sg · perniagaan pakaian batik buat lelaki dan...

1
EHARYANI ISMAIL [email protected] MESKIPUN bukan berasal daripa- da keluarga mewah, Encik Wiro Moenawir Arslan tidak menjadikan- nya sebagai hambatan membina im- pian sebagai usahawan. Bagi mendapatkan modal awal se- banyak $15,000 bagi menggerakkan perniagaan pakaian batik buat lelaki dan perempuan, selama enam bulan pemuda ini gigih memandu kereta sewa privet Uber selama 70 jam. Dalam masa yang sama, beliau ju- ga bekerja sebagai pengirim maka- nan syarikat khidmat pesanan dalam talian Deliveroo. Semua ini dilaksanakan ketika be- liau masih lagi mengikuti kursus ijazah Sarjana Muda Sains dalam Perniagaan (Kepujian) di Universiti London – SIM Global Education. Ternyata, penat lelah dan keraji- nan Encik Wiro, kini 27 tahun, mem- buahkan hasil. Sudah 18 bulan lamanya, beliau bergelar usahawan pakaian batik di gedung dalam talian Batique SG yang memiliki laman Internet, akaun Facebook dan Instagram. Produk batik yang dijual meliputi kemeja batik, skirt sarung lepas ba- tik dan seluar palazzo batik. Ada juga blaus yang boleh di- padankan dengan seluar atau skirt ini. Apa yang menggembirakan En- cik Wiro ialah perniagaan yang ber- mula kecil-kecilan di bazar musiman Geylang dan LalooLalang (ken- dalian selebriti Huda Ali) kini mam- pu berkembang ke acara lebih eks- klusif yang dinanti-nanti ramai seper- ti bazar CelebFest pada 10 hingga 12 November ini. Batique SG malah terlibat dalam acara pinggiran Minggu Fesyen Si- ngapura di gedung beli-belah Tam- pines Mall sepanjang minggu lalu. Ia juga menyertai bazar Jalan Jalan Makan Makan 2017 di Dewan Persidangan Suntec City dari 8 hing- ga 10 Disember ini. Ketika ditemui Gah! di pejabat Berita Harian baru-baru ini, Encik Wiro berkata: “Minat berniaga sudah sedia ada selain mengimpikan kerjaya sebagai seorang juruterbang. Kerana itu, kur- sus perniagaan menjadi pilihan. “Kalau tak berniaga, saya juga boleh bina kerjaya sebagai karya- wan di sektor kewangan. “Ayah saya yang berasal dari In- donesia juga pernah mengendalikan bengkel kereta sebelum bertugas se- bagai penyelenggara kondominium di sini. “Namun kini, beliau membantu dalam memberi panduan atau ketika saya terlibat dalam jualan bazar. “Ibu yang merupakan orang Me- layu Singapura pula menguruskan ehwal pentadbiran perniagaan pakai- an batik ini.” Mungkin ramai anak muda seba- yanya tidak begitu berminat mence- buri perniagaan yang berlandaskan produk tradisional seperti batik. Namun, anak sulung dalam dua beradik itu akur dirinya cenderung dengan apa sahaja unsur tradisional dan kebudayaan Melayu dan Indone- sia yang dianggap sebagai khazanah berharga. Disebabkan itu, sepanjang di uni- versiti, Encik Wiro aktif sebagai Pre- siden Kelab Silat di SIM dan kini me- milih batik sebagai tukikan pernia- gaan. “Saya serius ingin menjadikan perniagaan pakaian batik ini sebagai satu bisnes aliran utama atau global dan bukannya tertumpu pada pasa- ran Melayu sahaja. “Kerana itu, saya menjalankan tinjauan rambang saya sendiri de- ngan menjelajah beberapa negara di Eropah. “Saya berkunjung ke Bulgaria, Turkey, Republik Czech, Perancis, Italy dan Switzerland bagi meninjau cita rasa fesyen mereka. “Saya yakin fesyen batik berpo- tensi dikembangkan ke pasaran Eropah Barat kerana batik itu sendi- ri adalah unsur kesenian menarik la- gi menyerlah tetapi kurang didedah- kan di negara Barat,” kongsinya. Encik Wiro tidak melihat dirinya membuka sebuah butik di masa akan datang. Unit pejabat yang dise- wa dan diusahakan lebih sebagai ruang paparan koleksi pakaian batik terkininya. “Apa yang penting kini ialah memperbaiki khidmat pengiriman produk dan operasi perdagangan ele- ktronik Batique SG,” katanya. Misi pasarkan batik sebagai fesyen global LIHAT BATIK SEBAGAI EKSOTIK: Encik Wiro Moenawir Arslan ingin keistimewaan batik dinikmati pelanggan serata dunia dan bukannya masyarakat Melayu sahaja lantas berkunjung ke Eropah bagi meninjau cita rasa dan pasaran di sana. – Foto KHALID BABA TETAP CANTIK DIPANDANG MATA: Inilah antara koleksi Batique SG yang sesuai digayakan anak muda sebagai pakaian di acara istimewa. – Foto BATIQUE SG Usahawan muda yakin boleh tembusi pasaran Eropah “Saya serius ingin menjadikan perniagaan pakaian batik ini sebagai satu bisnes aliran utama atau global dan bukannya tertumpu pada pasaran Melayu sahaja. Kerana itu, saya menjalankan tinjauan rambang saya sendiri dengan menjelajah beberapa negara di Eropah.” – Encik Wiro Moenawir Arslan. 10 Berita Harian | Selasa, 31 Oktober 2017 Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan

Upload: vukien

Post on 13-Mar-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Misi pasarkan batik sebagai fesyen global - sim.edu.sg · perniagaan pakaian batik buat lelaki dan perempuan, selama enam bulan ... membuka sebuah butik di masa akan datang. Unit

PENYANYI tempatan Nana Karia muncul di pentas Minggu Fesyen Singapura sambil melantunkan suara bertenaganya.

Satu persatu model berwajah antarabangsa dengan lilitan tudung shawl membaluti kepala digayakan ala fesyen ‘turban’ eksotik tampil di hadapannya.

Ada yang pantas berjalan dengan kaca mata hitam sambil memakai busana dengan motif anggerik berwarna merah jambu yang cukup menenangkan pandangan mata.

Yang seorang lagi memakai fabrik dengan cetakan batik yang eksotik.

Ini disusuli dengan rakan modelnya yang tinggi lampai dan tampak anggun dengan busana yang memanfaatkan keindahan kain songket.

Rekaan yang dipaparkan merupakan hasil ilham pereka fesyen Melayu, Sufian Hussein, 27 tahun, yang lebih dikenali di persada fesyen sebagai Feayn.

Usaha sulungnya menampilkan koleksi busana berbaur motif Singapura yang kaya dengan tradisi di pentas peragaan Minggu Fesyen Singapura di Galeri Nasional Singapura hujung minggu lalu, adalah sesuatu yang membanggakan.

Sebelum ini, Feayn, yang terlatih dalam pelbagai bidang kreatif, baik perfileman, rekaan grafik dan fesyen, merupakan jurudandan Minggu Fesyen Singapura tahun lalu.

Beliau kini berkongsi pentas dengan pereka fesyen Dian Pelangi dari Indonesia, Kelab Fesyen Limkokwing, Ayra Safiyyah dari Singapura dan Datuk Jovian Mandagie dari Malaysia.

Sebanyak 13 sesi peragaan diadakan dengan tumpuan diberikan kepada pereka fesyen Asia hasil kreativiti 50 pereka fesyen daripada 11 negara Asia diketengahkan.

Ia merupakan satu peningkatan daripada Minggu Fesyen Singapura tahun lalu dengan sekitar 40 pereka fesyen daripada lima negara Asia menampilkan rekaan mereka dalam masa lima hari.

Antara tumpuan tahun ini ialah fesyen gaya sopan yang dikhususkan buat tatapan wanita Islam.

Sedang warna terang dan cetakan berjalur atau corak menyerlah menjadi teras busana Dian, Jovian pula keluar daripada kebiasaan rekaannya dengan fesyen busana sukan berwarna biru air.

Rekaan fesyen Kelab Limkokwing dan Ayra pula membuat ramai yang rambang mata sebab ia tampak seperti sesuai dipakai di musim Lebaran. – HARYANI ISMAIL

EHARYANI [email protected]

MESKIPUN bukan berasal daripa-da keluarga mewah, Encik Wiro Moenawir Arslan tidak menjadikan-nya sebagai hambatan membina im-pian sebagai usahawan.

Bagi mendapatkan modal awal se-banyak $15,000 bagi menggerakkan perniagaan pakaian batik buat lelaki dan perempuan, selama enam bulan pemuda ini gigih memandu kereta sewa privet Uber selama 70 jam.

Dalam masa yang sama, beliau ju-ga bekerja sebagai pengirim maka-nan syarikat khidmat pesanan dalam talian Deliveroo.

Semua ini dilaksanakan ketika be-liau masih lagi mengikuti kursus ijazah Sarjana Muda Sains dalam Perniagaan (Kepujian) di Universiti London – SIM Global Education.

Ternyata, penat lelah dan keraji-nan Encik Wiro, kini 27 tahun, mem-buahkan hasil.

Sudah 18 bulan lamanya, beliau bergelar usahawan pakaian batik di gedung dalam talian Batique SG yang memiliki laman Internet, akaun Facebook dan Instagram.

Produk batik yang dijual meliputi kemeja batik, skirt sarung lepas ba-tik dan seluar palazzo batik.

Ada juga blaus yang boleh di-padankan dengan seluar atau skirt ini.

Apa yang menggembirakan En-cik Wiro ialah perniagaan yang ber-mula kecil-kecilan di bazar musiman Geylang dan LalooLalang (ken-dalian selebriti Huda Ali) kini mam-pu berkembang ke acara lebih eks-klusif yang dinanti-nanti ramai seper-ti bazar CelebFest pada 10 hingga 12 November ini.

Batique SG malah terlibat dalam acara pinggiran Minggu Fesyen Si-ngapura di gedung beli-belah Tam-pines Mall sepanjang minggu lalu.

Ia juga menyertai bazar Jalan Jalan Makan Makan 2017 di Dewan Persidangan Suntec City dari 8 hing-ga 10 Disember ini.

Ketika ditemui Gah! di pejabat Berita Harian baru-baru ini, Encik Wiro berkata:

“Minat berniaga sudah sedia ada

selain mengimpikan kerjaya sebagai seorang juruterbang. Kerana itu, kur-sus perniagaan menjadi pilihan.

“Kalau tak berniaga, saya juga boleh bina kerjaya sebagai karya-wan di sektor kewangan.

“Ayah saya yang berasal dari In-donesia juga pernah mengendalikan bengkel kereta sebelum bertugas se-bagai penyelenggara kondominium di sini.

“Namun kini, beliau membantu dalam memberi panduan atau ketika saya terlibat dalam jualan bazar.

“Ibu yang merupakan orang Me-layu Singapura pula menguruskan ehwal pentadbiran perniagaan pakai-an batik ini.”

Mungkin ramai anak muda seba-yanya tidak begitu berminat mence-buri perniagaan yang berlandaskan produk tradisional seperti batik.

Namun, anak sulung dalam dua beradik itu akur dirinya cenderung dengan apa sahaja unsur tradisional dan kebudayaan Melayu dan Indone-sia yang dianggap sebagai khazanah berharga.

Disebabkan itu, sepanjang di uni-versiti, Encik Wiro aktif sebagai Pre-siden Kelab Silat di SIM dan kini me-

milih batik sebagai tukikan pernia-gaan.

“Saya serius ingin menjadikan perniagaan pakaian batik ini sebagai satu bisnes aliran utama atau global dan bukannya tertumpu pada pasa-ran Melayu sahaja.

“Kerana itu, saya menjalankan tinjauan rambang saya sendiri de-ngan menjelajah beberapa negara di Eropah.

“Saya berkunjung ke Bulgaria, Turkey, Republik Czech, Perancis, Italy dan Switzerland bagi meninjau cita rasa fesyen mereka.

“Saya yakin fesyen batik berpo-tensi dikembangkan ke pasaran Eropah Barat kerana batik itu sendi-ri adalah unsur kesenian menarik la-gi menyerlah tetapi kurang didedah-kan di negara Barat,” kongsinya.

Encik Wiro tidak melihat dirinya membuka sebuah butik di masa akan datang. Unit pejabat yang dise-wa dan diusahakan lebih sebagai ruang paparan koleksi pakaian batik terkininya.

“Apa yang penting kini ialah memperbaiki khidmat pengiriman produk dan operasi perdagangan ele-ktronik Batique SG,” katanya.

GAYA ‘MACHO’: Dua peragawan ini turut serta menggayakan busana rekaan Feayn hasil kerjasama dengan selebriti Sufi Rashid.

WARNA LEMBUT: Pereka fesyen terbilang Malaysia Jovian Mandagie menampilkan koleksi busana sukan yang labuh dan memiliki warna biru air yang lembut lagi menenangkan. – Foto THE STRAITS TIMES

Fesyen anggun lagi eksotik

Misi pasarkan batik sebagai fesyen global

LIHAT BATIK SEBAGAI EKSOTIK: Encik Wiro Moenawir Arslan ingin keistimewaan batik dinikmati pelanggan serata dunia dan bukannya masyarakat Melayu sahaja lantas berkunjung ke Eropah bagi meninjau cita rasa dan pasaran di sana. – Foto KHALID BABA

MOTIF SINGAPURA: Anggerik pada gaun rekaan pereka fesyen Melayu, Feayn, menarik perhatian ramai di Minggu Fesyen Singapura hujung minggu lalu. – Foto-foto ROMMENTIQ EVENTS, PHOTOGRAPHY AND VIDEOGRAPHY

TETAP CANTIK DIPANDANG MATA: Inilah antara koleksi Batique SG yang sesuai digayakan anak muda sebagai pakaian di acara istimewa. – Foto BATIQUE SG

Usahawan muda yakin boleh tembusi

pasaran Eropah

“Saya serius ingin menjadikan perniagaan pakaian batik ini sebagai satu bisnes aliran utama atau global dan bukannya tertumpu pada pasaran Melayu sahaja. Kerana itu, saya menjalankan tinjauan rambang saya sendiri dengan menjelajah beberapa negara di Eropah.”

– Encik Wiro Moenawir Arslan.

10 Berita Harian | Selasa, 31 Oktober 2017

Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan