minit_mesyuarat

7

Click here to load reader

Upload: wawa-wiwi

Post on 04-Oct-2015

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

M

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER PUTEH,34700 SIMPANG,

PERAK DARUL RIDZUAN

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MUZIK

BIL 01/2015

TARIKH :13 JANUARI 2015

MASA:1.45 PETANG

TEMPAT:BILIK GERAKAN

KEHADIRAN:1. Pn Hamimah Bt Ahmad ( Pk Kokurikulum )

2. Pn Adlina Hanie Bt Abu Bakar

3. Pn Siti Azwa Bt Syed Shaharuddin

4. Pn Juriah Bt Abd Wahid

5. En Bahari Bin Zakaria

AGENDA:

1.0Ucapan Pengerusi

2.0Ucapan Pentadbir

3.0Rancangan Tahunan

4.0Buku Rekod Mengajar

5.0Bilik Dan Alatan Muzik

6.0Pengajaran Dan Pembelajaran

7.0Ujian Dan Penilaian

8.0Program Tahunan

9.0Belanjawan Tahunan

10.0Hal-Hal Lain

1.0Ucapan Pengerusi

2.1 Pn Adlina Hanie mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian guru-guru kerana dapat meluangkan masa untuk hadir ke Mesyuarat Panitia Pendidikan Muzik Bil 01/205.

2.2 Beliau berharap guru-guru muzik pada tahun ini dapat memberikan kerjasama dan berkongsi idea supaya aktiviti-aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.

Tindakan : Untuk Makluman

2.0Ucapan Aluan Oleh PK Kokurikulum

2.1 Pn Hamimah mengucapkan terima kasih kepada Panitia Muzik kerana telah berjaya mengadakan mesyuarat kali pertama.

2.2 Guru muzik diminta tidak mengabaikan mata pelajaran ini walaupun hanya mata pelajaran elektif.2.3 Guru Muzik juga diminta supaya menyelaraskan format Persediaan Rancangan Mengajar ( Harian ) mengikut contoh yang diberikan kepada Ketua Panitia.

2.4 Beliau turut berharap agar guru-guru muzik dapat merancang aktiviti serta memberi idea untuk mengembangkan lagi Pendidikan Muzik serta aktiviti-aktiviti berkaitan muzik di SK Ayer Puteh.

2.5 Guru-guru muzik yang bukan opsyen diharapkan mengambil inisiatif untuk mempelajari cara-cara mengajar Mata Pelajaran Pendidikan Muzikdengan guru-guru yang berpengalaman.2.6 Guru yang mengajar KSSR Tahun 1, 2, 3, 4, dan 5 adalah guru yang menghadiri kursus KSSR.

2.7 Stok alatan muzik hendaklah dikemaskini dan dilabel.

2.8 Guru yang menghadiri kursus KSSR diminta untuk membuat kursus dalaman dan menghantar laporan ke PPD

Tindakan : Untuk Makluman

3.0Rancangan Tahunan

3.1 Tuan Pengerusi memaklumkan semua rancangan tahunan Tahun 6 boleh didapati di dalam Fail Panitia Pendidikan Muzik di pejabat.

3.2 Rancangan Tahunan KSSR Tahun 1 hingga 5 telah dicetak dan disimpan di dalam Fail Panitia Pendidikan Muzik.

3.3 Guru-guru boleh mendapatkan rancangan tahunan masing-masing mengikut tahun untuk difotostat.

3.4 Selain itu, guru-guru juga boleh mendapatkan Rancangan Tahunan melalui internet dan membuat salinan ke dalam CD.

3.5 Guru-guru yang meminjam Rancangan Tahunan hendaklah memastikan sentiasa dijaga dengan baik dan dipulangkan semula untuk kegunaan guru-guru lain.Tindakan : Semua Guru Muzik

4.0Buku Rekod Mengajar

4.1 Format penulisan Rancangan Mengajar diselaraskan seperti berikut :

a) Tahun 1 hingga 5

Tema / Tajuk

:

Standard Pembelajaran

:Objektif Pembelajaran

:Aktiviti

:EMK

:BBM

:Penilaian PdP

:a) Tahun 6

Bidang :

Tajuk :Isi kandungan:Hasil Pembelajaran:Aktiviti :4.1 Rujuk Rancangan Tahunan untuk menulis Rancangan Pengajaran Harian

4.2 Ketua Panitia akan merujuk kepada PPD untuk penulisan Rancangan Pengajaran Harian yang terkini.

4.3 Bagi Tahun 1 hingga 5 harus menggunakan format yang telah disediakan.

Tindakan : Semua Guru Muzik

5.0Bilik dan Alatan Muzik

5.1 Guru-guru boleh menggunakan Bilik Tayangan atau bilik darjah untuk menggantikan Bilik Muzik.5.2 Radio boleh diambil di meja di dalam Bilik Guru untuk penggunaan alatan tersebut.

5.3 Penggunaan Bilik Tayangan perlu direkodkan.

5.4 Bagi pengajaran permainan alata pula guru boleh mendapatkan alatan di Bilik Muzik yang terletak bersebelahan dengan Kelas 3W.

5.5 Bahan Bantu Mengajar seperti CD dan buku muzik mengikut tahun juga telah disediakan oleh Pn Adlina Hanie.

5.6 Guru boleh mendapatkan bahan tersebut dan merekodkan di dalam buku yang telah disediakan.

Tindakan : Semua Guru Muzik

6.0 Pengajaran dan Pembelajaran

6.1 Pemilihan lagu adalah bergantung kepada tahap murid.

6.2 Guru boleh menggunakan CD yang telah dibekalkan atau mengikut kreativiti masing-masing.

6.3 Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak, Lagu Sekolah dan Lagu Perak Sentiasa di Puncak Kecemerlangan harus diberikan penekanan kepada murid Tahap 1.

Tindakan : Semua Guru Muzik

7.0Ujian dan Penilaian

7.1 Semua AJK bersetuju tiada Ujian Bertulis diadakan.

7.2 Ujian diadakan secara pemerhatian secara berterusan.

7.3 Penilaian boleh dibuat oleh guru melalui penglibatan murid di dalam kumpulan, permainan alatan muzik dan nyanyian.

7.4 Markah diberi mengikut Gred di dalam PKSR 1 dan PKSR 2.

Tindakan : Semua Guru Muzik

8.0Program Tahunan

8.1 Memastikan murid-murid Tahap 1 dapat menyanyikan 4 lagu wajib di dalam Perhimpunan dengan betul dan jelas.8.2 Murid Tahap 2 dapat memainkan rekoder dengan teknik yang betul dan dapat membaca skor lagu dengan mudah.

8.3 Sekolah akan menyertai Pertandingan Nasyid dan Kompang Selawat serta Kompang Formasi.

8.4 Mengadakan Pertandingan Lagu-lagu Patriotik sempena Bulan Kemerdekaan.

Tindakan : Semua Guru Muzik

9.0Belanjawan Tahunan

9.1 Guru-guru boleh menyenaraikan keperluan yang diperlukan kepada Ketua Panitia.

9.2 Ketua Panitia akan memanjangkan kepada Guru Besar.

9.3 Diantara keperluan di disenaraikan ialah :

a) Radio

b) Gong

c) Kompang

d) Alat-alat Perkusi

e) Alatan tulis

Tindakan : Ketua Panitia

10.0Hal-hal lain

10.1 Semua guru diminta mengisi Borang Maklumat Guru untuk simpanan Fail Panitia.

10.2 Surat panggilan mesyuarat, kursus dan pekelilig yang diterima hendaklah disimpan di dalam Fail Panitia.

Tindakan : Semua Guru Muzik

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.45 petang.

Disediakan Oleh,

.............................................

( PN SITI AZWA BT SYED SHAHARUDDIN )

Setiausaha,

Panitia Pendidikan Muzik,

SK Ayer Puteh,

2015Disemak Oleh,

.............................................

( PN HAMIMAH BT AHMAD )

PK Kokurikulum,

SK Ayer Puteh,

2015

6