minite sis 1

7
Minitesis Srikandi I Asal-usul Orang Melayu Srikandi;Isu Jun 2015

Upload: syamsulnizam-shamsudin

Post on 12-Feb-2016

218 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

dfgdfh

TRANSCRIPT

Page 1: Minite Sis 1

Minitesis

Srikandi I

Asal-usul Orang

Melayu

Srikandi;Isu Jun 2015

Page 2: Minite Sis 1

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana – mana artikel,

ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan apa cara sekalipun,

sama ada secara elektronik, mekanik, fotokopi atau cara lain tanpa kebenaran

bertulis dari penulis asal buku ini (boleh dihubungi melalui emel).

Sila emelkan ke [email protected] untuk

maklumat lanjut.

Fanpage Srikandi:

https://www.facebook.com/srikandisejarah

Daftar kursus ‘Special History’ >>

http://historianlodge.historiansecret.com/?page_i

d=282

BOOKLET INI TIDAK BOLEH DIEDAR PERCUMA

Page 3: Minite Sis 1

Assalammualaikum wbt. dan salam sejahtera.

Adalah mudah untuk menentukan asal-usul orang Melayu sebenarnya. Bahasa Melayu secara

linguistik tidak termasuk dalam kelompok bahasa Sino-Tibetan,Indo-Eropah mahupun Dravidia.

Bagaimana?

Cukup dengan melihat BAHASANYA.

Bahasa Melayu secara linguistik termasuk dalam bahasa-bahasa AUSTRONESIA!

Austronesia adalah kelompok yang diberikan oleh sarjana linguistik kepada satu kelompok

bahasa yang merangkumi Hawaii,Asia Tenggara,Taiwan hingga ke Madagaskar.Sebelum

penemuan dan kajian bahasa-bahasa pribumi Taiwan,kelompok linguistik ini digelar

'Malayo-Polinesia' merujuk kepada bahasa-bahasa di Asia Tenggara sekitar lingua-franca

Bahasa Melayu dan bahasa-bahasa di Polinesia.Menurut keputusan umum dari ahli arkeologi

dan antropologi,manusia Austronesia yang pertama memulakan perjalanan ke Pasifik dari

Cina Selatan dan Asia Tenggara sekitar 4000 tahun yang lalu serta bertutur bahasa yang

dikenal sebagai "Proto-Austronesia" (kadang-kadang sekarang disebut "Bahasa

Austronesia").Mereka mengembangkan bakat dalam ilmu maritim seawal iklim mula berubah

dan permukaan air laut mulai naik.Ketika di Taiwan,yang pada waktu itu tidak wujud orang

China di sana,bahasa mereka berubah dan dikelaskan sebagai Proto-Formosa.Seperti

biasa,setiap pengembaraan mereka sebagai pelaut yang handal,mereka menamakan benda-

benda baru,pokok,makanan,haiwan,bentuk muka bumi dan sebagainya.

Page 4: Minite Sis 1

Sebahagian dari mereka menubuhkan kumpulan-kumpulan etnik tertentu,membentuk bahasa

sendiri dengan dialek unik dan ini menjadi asas kepada pribumi Taiwan.Teori awal

mengatakan dari sini membentuk kumpulan bahasa Autronesia.Ketika ramai pengkaji

mencadangkan di Asia Tenggara telah ada kaum negrito yang 'berasal dari Afrika',maka teori

menunjukkan,Austronesia adalah pribumi ke Taiwan dan kemudian juga pribumi kepada

Polinesia serta sebagian besar wilayah Indonesia, Filipina, dan Malaysia.

Namun kajian Genome dan pelbagai hasil dari arkeologi menunjukkan perkara

mengejutkan.Teori Austronesia berasal dari China Selatan atau Taiwan kini boleh

dipertikaikan dan keputusan DNA menunjukkan perkara sebaliknya apabila didapati

pergerakan Austronesia ialah dari Asia Tenggara ke China dan bahagian-bahagian lain ke

utara (seperi Jepun) dan Pasifik.

Perlu dicatatkan bahawa Austronesia adalah juga pribumi sebahagian besar Pasifik dan

mereka juga ada yang berperawakan seperti orang Negrito dengan berambut keriting dan

berkulit gelap.Ini membuatkan sesetengah orang percaya bahawa Austronesia berasal dari

Pasifik seperti dari Sulawesi,Papua,Samoa hingga ke Hawaii.Namun bukti DNA dan

arkeologi mempertikaikan pendapat ini,namun MtDNA sesetengah haiwan seperti babi

mencadangkan bahawa haiwan tersebut adalah sama seperti yang ditemui di

Vietnam,Indonesia Timur dan Papua.

credit: dinosaurusgede.deviantart.com

Ketika ramai Austronesia telah membentuk organisasi sendiri dan menetap di pulau-

pulau,kumpulan lain terus berlayar dan menduduki lebih banyak wilayah dan ini

memperkayakan kosakata bahasa mereka dengan asas bahasa yang masih tetap sepertimana

haiwan-haiwan yang dibawa bersama seperti ayam,babi,anjing juga makanan tumbuhan

seperti pisang dan ubi.Ini menjelaskan mengapa perkataan seperti 'manuk' (ayam) dikongsi

oleh banyak bahasa Austronesia seperti Cham,Aceh,kaum-kaum Borneo dan sebagainya.

Juga kini sudah seakan-akan umum dalam dunia arkeologi bahawa teknik pertanian yang

terawal dibangunkan oleh Austronesia di mana di dapati tamadun di China telah 'meminjam'

teknik-teknik pertanian seperti sistem saliran,semaian,pelupusan dan pemilihan benih dengan

begitu banyak.Bagaimana ahli arkeologi tahu China meminjam dari kita?Dari penemuan

peralatan bertani yang lebih tua usianya ditemui di Asia Tenggara jika dibandingkan dari di

China.Baru-baru ini ditemui pisau batu di Malaysia (Bukit Bunuh) yang berusia kira-kira

1.83 juta tahun,dan semestinya telah mengalahkan tamadun-tamadun Sumeria dan Indus.Ini

menguatkan lagi bahawa teknik pertanian dimulakan oleh Austronesia,sementelah mereka

juga adalah pembina perahu dan kapal serta pelayar yang cekap.

Fikirkan...pada awalnya kaum-kaum Austronesia dianggap hanya mahir di lautan dan tidak

Page 5: Minite Sis 1

tahu menahu tentang pertanian,kini ramai sarjana terkejut dengan hasil arkeologi yang

menunjukkan kelompok ini bukan sahaja mahir berlayar,namun adalah petani yang inovatif.

Kelompok bahasa Austronesia tersebar di zon yang dinamakan Oceania dan Asia Tenggara

sehingga ke Madagaskar.Orang Austronesia pula adalah mereka yang bertutur bahasa-bahasa

di dalam kelompok Austronesia.

Terdahulu kelompok bahasa ini digelar sebagai Malayo-Polinesia.Kemudian ditemui di

Taiwan di mana terdapat kelompok-kelompok pribumi di sana bertutur bahasa mirip bahasa-

bahasa dalam Malayo-Polinesia yang kemudiannya dikelaskan sebagai bahasa Formosa.

Gabungan bahasa Formosa dan Malayo-Polinesia inilah kemudiannya digelar Austronesia.

Austronesia adalah salah satu kelompok bahasa utama di dunia.Austronesia juga merupakan

kelompok bahasa yang terbesar dari segi jumlah bahasa iaitu kira-kira 1268 jenis

bahasa.Austronesia juga memiliki kawasan penyebaran paling luas,iaitu dari Madagaskar

hingga ke Pulau Easter.

Bahasa Melayu dan bahasa Jawa adalah dua bahasa Austronesia yang mempunyai ramai

penutur.Bahasa Melayu mempunyai lebih 40 juta penutur asli dan bahasa Jawa mempunyai

kira-kira 80 juta penutur asli.Dari segi etnologi dan jumlah penutur sebenar,bahasa Melayu

adalah bahasa Austronesia yang paling ramai penutur iaitu kira-kira 300 juta penutur

Page 6: Minite Sis 1

(digabungkan dengan Bahasa Indonesia iaitu salah satu dialek dari bahasa Melayu) dan

menduduki tangga ke-6 dunia,ranking bahasa paling meluas digunakan.

Bahasa Melayu sebagai bahasa elit Austronesia adalah terkelompok pula ke dalam bahasa

Malayo-Polinesian Barat,bersama-sama bahasa Jawa,Sunda,Bugis dan lain-lain.Bahasa

Malayo-Polinesian Timur pula termasuklah bahasa-bahasa di kepulauan Pasifik seperti

Hawaii,Tonga,Maori,Samoa dan lain-lain.

Persamaan antara bahasa-bahasa Austronesia yang paling ketara ialah menyebutkan bilangan

jamak sesuatu dengan mengulangi dua kali perkataan.Contohnya jika ada banyak

kapal,mereka namakan 'kapal-kapal' (bukan 'kapals').Satu lagi rahsia yang paling ketara

namun jarang orang ketahui ialah penyebutan nombor-nombor.Terdapat persamaan ketara

antara penyebutan nombor 1 hingga 10 misalnya diantara bahasa Hawaii,Tonga,Samoa dan

lain-lain dengan bahasa Jawa,Sunda dan ya...sudah pasti bahasa Melayu.Lihat jadual:

Lihat,nombor-nombor mereka,sama ada dipengaruhi bahasa Melayu atau dipengaruhi bahasa

Jawa.Sebab apa?Jawapan yang paling mudah,ialah pengaruh 3 kerajaan ini:Srivijaya,Medang

dan Majapahit.Tetapi kalau nak jawapan yang kompleks,kena jawab dengan sejarah linguistik

dan pergerakan kaum-kaum Austronesia. Ini kerana kajian Human Genome menunjukkan

kaum-kaum Proto Melayu berkongsi genetik mereka kepada kaum-kaum

Polinesia,Jawa,Sunda dan kaum-kaum Austronesia Barat yang lain.Sebab itu ia saling

mempengaruhi sesama suku-suku Austronesia ini. Bahasa Sunda misalnya sebutan

nombornya bercampur antara bahasa Melayu dan Jawa.

Kesimpulan

Orang Melayu adalah ahli keluarga kepada keluarga besar Austronesia/Nusantara yang bergabung di

dalamnya Orang Jawa,Sunda,Bugis,Cebu,Visaya, Tausug,Hawaii,Dayak,Maori,Tonga,Merina,Cham

dan sebagainya.Mereka memliki budaya dan bahasa yang saling berhubungan di antara satu sama

lain.Salah satu persamaan yang ketara ialah penyebutan angka-angka mirip di antara satu sama

lain,menunjukkan mereka semua berasal dari induk yang sama.

Bahasa Melayu terkelompok dalam bahasa-bahasa Austronesia.

Ada pendapat yang kurang berpelajaran yang mengatakan bahasa Melayu berasal dari Sanskrit dek

kerana terdapat kosakata pinjaman atau serapan dari bahasa itu. Ingin dijelaskan di sini

bahawa,jumlah perkataan Melayu yang berasal dari Sanskrit tidak boleh dijadikan tiket untuk

mengatakan seluruh bahasa Melayu berasal dari Sanskrit.Jika ya,mengapa pakar-pakar linguistik

dunia tidak mengkelaskan bahasa Melayu di dalam kumpulan bahasa-bahasa Indo-Eropah?Bahasa

Melayu adalah milik bahasa-bahasa Austronesia yang di dalamnya terdapat bahasa

Page 7: Minite Sis 1

Hawaii,Jawa,Cham,Maori sehingga kaum Merina di Madagaskar.

Bahasa Thai dan Khmer juga memiliki jumlah kosakata yang besar dari bahasa Sanskrit,adakah

bahasa Thai dan Khmer berasal dari Sanskrit?Bahasa Inggeris dan Itali sebagai contoh memiliki

perkataan-perkataan yang serumpun dengan Sanskrit seperti dio (deva-Sanskrit) atau serpe (sarpah-

Sanskrit) malah perkataan 'mother' (ibu/mak) dalam bahasa Inggeris serumpun dengan 'matar'

dalam Sanskrit!Kenapa tidak sibuk-sibuk mendakwa English berasal dari Sanskrit?

Ini adalah salah satu soalan kurang cerdik yang kerap disuarakan oleh mereka yang tidak pernah

tahu klasifikasi linguistik.

Apabila kita tahu bahawa orang Melayu terkelompok dari kalangan bangsa-bangsa Austronesia,maka

kita tidaklah akan mencari-cari dari mana asal-usul orang Melayu.Hanya mereka yang

berkepentingan politik secara kotor sahaja mahu memutarbelitkan fakta demi mengejar cita-cita

gelap mereka.

Jadi,ingat premis pertama ini:

ORANG MELAYU BERASAL

DARI INDUK NUSANTARA

ATAU SAINTIFIKNYA

AUSTRONESIA

Kita bertemu dalam kuliah akan datang...

~Srikandi

Tutor.