minit satu 15.doc

6
PK07 Pengurusan Mesyuarat PK 07/3 MINIT MESYUARAT SK PETRI JAYA , 81900, KOTA TINGGI, JOHOR. MINIT MESYUARAT PBS KSSR BIL 1 /2015 Tarikh : 26 JAN 2014 Masa : 1.45 TGH Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Petri Jaya Pengerusi : En Juraimi b Mohd Said Kehadiran(Bilangan) : 18 orang 1 PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Guru Besar memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab al- Fatihah. 1.2 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah dilantik sebagai Jawatankuasa PBS dan pentaksir pada tahun 2015. Beliau berharap sekolah dapat membudayakan PBS di sekolah. 2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor © 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Upload: siti-hazizah-sidek

Post on 17-Jan-2016

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: minit satu 15.doc

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

MINIT MESYUARAT

SK PETRI JAYA , 81900, KOTA TINGGI, JOHOR.

MINIT MESYUARAT PBS KSSR

BIL 1 /2015

Tarikh : 26 JAN 2014

Masa : 1.45 TGH

Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Petri Jaya

Pengerusi : En Juraimi b Mohd Said

Kehadiran(Bilangan) : 18 orang

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Guru Besar memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab al-Fatihah.

1.2 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah dilantik sebagai

Jawatankuasa PBS dan pentaksir pada tahun 2015. Beliau berharap sekolah dapat

membudayakan PBS di sekolah.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Tiada

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1. Tiada

4 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Page 2: minit satu 15.doc

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.1 DASAR PELAKSANAAN PBS

4.1.1 Guru Besar memaklumkan PBS telah diperkenalkan selari dengan

transformasi Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK).Komponen

PBS terdiri daripada Pentaksiran sekolah, Pentaksiran Pusat , Pentaksiran

Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum

4.2 AGIHAN TUGAS JK DAN CARTA ORGANISASI

4.2.1 Guru Besar mengedarkan surat lantikan pentaksir dan JK Induk PBS kepada

semua guru dan berharap semua guru dapat menjalankan tugas dengan baik.

Beliau juga mengharapkan semua pentaksir dapat menjalankan pentaksiran

dengan telus dan adil.

4.3 PERLAKSANAA PBS / KSSR

4.3.1 Guru besar mengingatkan semua guru matapalajaran agar memastikan murid

ditaksir menrujuk PPPM bagi Tahp 1 dan DSKP bagi Tahap 2.

4.3.2 SU menyatakan bahawa jawatankuasa PBS/KSSR akan mengadakan

penyelarasan Fail Guru bagi Tahun 2015 bagi memastikan semua pentaksir

mempunyai dokumen yang diperlukan untuk pentaksiran yang akan

dijalankan.

Tindakan : Guru Kelas dan Guru Mata Pelajaran

4.4 PENYELARAS MATAPELAJARAN

4.4.2 SU membentangkan dokumen yang perlu disediakan oleh penyelaras mata

pelajaran iaitu Rancangan Pentaksiran, Rekod Pencapaian Murid, Borang

Analisis Pencapaian dan Sasaran Murid . Bagi subjek KSSR , guru boleh

mendapatkan dokumen-dokumen ini melalui templete Pelaporan Standard

Prestasi yang telah disediakan bagi semua matapelajaran.

Tindakan : Penyelaras mata

pelajaran

4.5 PENJAMINAN KUALITI

4.5.1 Pementoran

GPK 1 memaklumakan mulai tahun 2015 setiap perbincangan yang dijalankan

perlu direkodkan dalam borang pementoran yang telah disediakn .

4.5.2 Pemantauan

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Page 3: minit satu 15.doc

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

GPK 1 memaklumkan bahawa guru KSSR akan dipantau dua kali setahun

dan selain menggunakan borang PK04, borang pemantauan penjaminan kualiti

juga digunakan.

SU memaklumkan borang tersebut telah diperbanyakkan dan diletakkan di

dalam fail pemantauan KSSR di bilik GPK 1

4.5.3 Penyelarasan

Guru Besar meminta agar penyelarasan skor bagi pentaksiran dibincangkan

dalam mesyuarat panitia bagi memudahkan urusan pentaksiran pada tahun ini.

4.5.4 Pengesanan

Guru besar mengingatkan supaya memastikan instrumen pentaksiran yang

digunakan mampu menghasilkan skor yang sah dengan mengenal pasti

kekuatan, kelemahan dan kebolehlaksanaan istrumen pentaksiran.

Tindakan : JK Penjaminan Kualiti dan semua guru mata pelajaran

4.6 PENGURUSAN PENTAKSIRAN

4.6.1 Pentaksiran Sekolah

Guru besar memaklumkan bahawa setiap pentaksiran yang dijalankan perlu

direkodkan dalam BRM dan mencatat impak diruangan yang disediakan.

SU memaklumkan pentaksiran yang dijalankan perlu dicatatkan diruangan

aktiviti dalam BRM dengan merujuk PPPM atau DSKP . Hasil pentaksiran

perlu dicatat diruangan impak dan evidens yang terbaik boleh disimpan di

dalam fail guru jika berbentuk lembaran dan jika menggunakan buku tulis atau

BLA catatkan di ruangan impak.

Pn Norliza bertanyakan tentang pentaksiran lisan bolehkan dijalankan

sepenuhnya semasa satu sesi pdp.

SU memaklumkan pentaksiran boleh dijalankan sepenuhnya dan perlu

mencatakan aktiviti yang dijalankan sepanjang pentaksiran dijalankan.

GPK 1 memaklumkan Pentaksiran sekolah akan dijalankan merujuk takwim

sekolah yang telah disediakan.

Tindakan : Semua Guru Mata Pelajaran

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Page 4: minit satu 15.doc

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.7 TEMPLETE PELAPORAN OFFLINE

4.7.1 SU PBS memaklumkan pelaporan bagi Tahap 2 menggunakan templete

mengikut subjek masing-masing dan diharap semua guru dapat memuat turun

sendiri perlu mencetak untuk diberi kepada guru kelas dan bagi templete

pelaporan Tahap 1 merupakan gabungan dan cetakan pelaporan akan dilakukan

oleh guru kelas.

4.7.2 SU juga memaklumkan templete offline bagi tahun 4 dan 5 dan Gabungan

Tahap 1 telah dimasukkan ke Komputer Sekolah.

Tindakan : Semua Guru Mata Pelajaran

4.8 PELAKSANAAN PAJSK DAN UJIAN PSIKOMETRIK (PPsi)

4.9.1 GPK Koko memaklumkan PAJSK adalah panduan untuk menilai aktiviti fizikal

dan kesihatan serta mengukur penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid

dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum.

4.9.2 Beliau menerangkan tentang komponen yang terdapat dalam PAJSK iaitu

SEGAK dan BMI yang akan ditadbir oleh Panitia Pendidikan Jasmani,

Kokurikulum dan Ekstrakurikulum.

Tindakan : Guru Kelas dan Guru Pendidikan Jasmani

4.9.3 Guru Bimbingan dan Kaunseling, Pn Siti Yuhana menerangkan tentang

Pentaksiran Psikometrik (PPsi), iaitu satu kaedah yang digunakan secara

sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan tret psikologi

yang merangkumi aptitud dan personaliti murid. Pentaksiran ini akan dijalankan

pada murid tahun 3 dan 6 KSSR.

Tindakan : Guru Bimbingan dan Kaunseling

4.9 PENULISAN RPH

4.9.1 Guru besar memaklumkan bahawa penulisan RPH mesti selaras mengikut

panitia masing-masing. Beliau turut mengingatkan guru agar menulis bentuk

pentaksiran yang dijalankan diruangan aktiviti dan memastikan impak

dicatatkan.

Tindakan : Semua Guru Mata Pelajaran

5 HAL-HAL LAIN

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Page 5: minit satu 15.doc

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

5.1 SU memaklumkan pihak Pentaksiran Sekolah akan mengadakan pemantauan

pentaksiran pada bulan Mac dan berharap guru menyediakan dokumen yang

diperlukan.

5.2 Guru Besar mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru kerana telah

melaksanakan penataran PBS DSKP Tahun 5 , Taklimat PBS kepada ibu bapa

Tahun 1 dan Program Baiah Tahap 2 (Tahun 4 dan 5).

PENUTUP

a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi dan berharap agar semua guru dapat

menjalankan tugas masing-masing.

b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang dengan bacaan Tasbih Kafarah dan

Surah al-Asr.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ……...............................……….

( SITI HAZIZAH BT SIDEK)

Setiausaha

PBS KSSR

SK Petri Jaya

Tarikh : 19 Feb 2015

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00