minit mesyuarat pusat akses sekolah pertama 2009

Upload: mustaffa

Post on 10-Apr-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Minit Mesyuarat Pusat Akses Sekolah Pertama 2009

    1/3

    SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAMBAU

    70300 SEREMBAN

    MINIT MESYUARAT PERTAMA AJK PUSAT AKSES TAHUN 2009

    TARIKH : 15 JANUARY 2009

    HARI : KHAMIS

    MASA : 2.30 p.m.TEMPAT : BILIK PUSAT AKSES

    KEHADIRAN : HADIR

    1. Mohd Mustaffa B. Hj. Mobarak Ali (Ketua)

    2. En. Tajol Anuar B. Md. Yusof -AJK

    3. En. Chia Sen Chun AJK4. Cik Sharifah Nora -AJK

    TIDAK HADIR -

    AGENDA MESYUARAT

    1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

    En. Mohd Mustaffa mengalu-alukan kehadiran ahli jawatankuasa.

    Beliau berasa bangga di atas kerjasama erat antara ahli jawatankuasasehingga Pusat Akses bertambah ceria dan hebat.

    2.0 PENGESAHAN MINIT

    Minit mesyuarat yang lalu telah dicadang sah oleh En. Tajoldan disokong semua.

    3.0 PERKARA BERBANGKIT

    Masalah sama iaitu masih ada pelajar tidak catat nama, merosakkanperalatan komputer dan kurang menjaga kebersihan. En Chia masihmempersoalkan perkara ini. Sila catat dalam buku log kerosakan peralatan.Tindakan disiplin harus diambil ke atas pelajar yang masih ingkar. Ketuamenjelaskan bahawa dibandingkan dahulu kini lebih banyak pelajar menjadipengguna yang bertanggungjawab.

    TINDAKAN: Ketua dan J/K

    4.0 JADUAL BERTUGAS GURU PENGAWAS.Ketua memaklumkan bahawa beliau akan membuat jadual berdasarkan

    masa lapang guru dan kali ini Guru Sandaran Tidak Terlatih juga akan bergilir-gilirbertugas sebagaimana arahan pengetua. Beliau akan memanggil semua guruGSST dan beri taklimat.

    TINDAKAN: Ketua

    5.0 FAIL PUSAT AKSESKetua memaklumkan Fail Pusat Akses disimpan di bilik strategi dan perludikemaskinikan. Cik Sharifah Nora diminta memfailkan borang Aduan kerosakandalam fail tersebut.

  • 8/8/2019 Minit Mesyuarat Pusat Akses Sekolah Pertama 2009

    2/3

    TINDAKAN: Ketua dan Cik Sharifah Nora

    6.0 CARTA DAN BAHAN PAMERAN PUSAT AKSESBeliau mencadangkan perubahan drastik dibuat untuk carta dan diadakan sudutpameran di Pusat Akses. Walaupun cara carta dipamer menarik dan baik, beliaumahu perubahan untuk menampakkan kerja dan mencantikkan semula bilik PusatAkses. Beliau syorkan buat klasifikasi carta.

    7.0 BUKU LOGBeliau meminta Cik Sharifah Nora beri keterangan. Cik Sharifah Noramenjelaskan setakat ini catatan pengguna dalam buku log boleh dianggap baikdan masih ada pelajar yang perlu ditegur. Pengiraan pengguna agakmenggembirakan dan menunjukkan pelajar-pelajar amat berminat mengunjungiPusat Akses terutamanya pelajar-pelajar India.

    TINDAKAN: Cik Sharifah Nora

    8.0 KEBERSIHAN, KESELAMATAN DAN KECERIAANEn Tajol menerangkan perkara 3K ini memang menjadi aspek utama di PusatAkses. Pusat Akses sentiasa disapu bersih dan keceriaan dijaga baik. Pelajar-

    pelajar ditegur jika menutup komputer secara salah atau menggunakan komputerdengan kasar. Penjagaan komputer dan pengguna dititikberatkan. En. Tajol akanmemantau hal ini dari masa ke semasa, walaupun ada guru lain bertugas.

    TINDAKAN: En. Tajol

    9.0 HAL-HAL LAIN

    Guru boleh menggunakkan Pusat Akses dengan syarat menjaga peraturandan keselamatan serta kekemasan Pusat Akses.

    Cik Sharifah Nora memaklumkan perlantikan vendor baru akan dibuat olehJPNNS.

    Cik Sharifah memaklumkan beliau telah memformat semua PC semasa cuti

    sekolah dan memasukkan program JUZT Reboot. Cik Sharifah juga memberitahu tiada kerosakan PC atau masalah software.

    Kesemua 10 PC berkeadaan baik.TINDAKAN: J/K dan guru

    7.0 UCAPAN PENUTUP

    En. Mustaffa mengucapkan ribuan terima kasih di atas usaha semua AJKmemajukan Pusat Akses sehingga mendapat pujian dari banyak pihaktermasuk PPN NS, PKG Mambau, JPNNS serta pegawai BTP dan pelawatyang membuat pengredan PSS tahun lepas. Pusat Akses sekolah ini bukansahaja terletak di tempat yang mudah dikunjungi pengguna bahkan paling

    mudah dikunjungi dan 3K Pusat Akses baik. Bukan itu sahaja Innovasi PusatAkses menyediakan rangkaian alternatif internet dan program offline internetiaitu Microsoft Encarta menyebabkan pelajar suka dating ke Pusat Akses dantiada masalah ketiadaan internet atau gangguan talian net. Usaha ini amatdisanjungi oleh Pegawai yang menilai.

    Beliau memuji kecekapan semua AJK di atas inisiatif dan kerjasama eratantara mereka.

    Beliau meminta En Chia memastikan sijil Anugerah Microsoft Encarta yang

  • 8/8/2019 Minit Mesyuarat Pusat Akses Sekolah Pertama 2009

    3/3

    pernah dimenangi itu dipamer dengan baik di makmal komputer. Beliau berasabangga En Chia memberi kerjasama baik dan sehaluan dalam mendidikpelajar celik IT.

    Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.35 p.m.sehingga ke masa yang akan dimaklumkankelak.

    Disediakan oleh,

    ...(EN. MOHD MUSTAFFA BINTI MOBARAK ALI)Ketua Unit Pusat AksesSMK Mambau