minit mesyuarat perjumpaan kelas ukm 4

7
Minit Mesyuarat Perjumpaan Kelas UKM Tarikh : 18 Mac 2014 Masa : 4.30 petang Tempat : Bangunan Bale Padjadjaran 4 Pengerusi : Muhammad Hafiz Yusree Kehadiran : 21 orang - Kehadiran penuh untuk semua ahli Majlis Tertinggi - Kehadiran Wakil-wakil Biro: a) Biro Komunikasi : Zuhur Al Hayat, Azizah b) Biro Acara : Nawal, Syahirah c) Biro Belanjawan : Ummi Athirah, Syarifah Syahirah d) Biro Logistik : Dg Nur Iznie, Mazni Hamiezah e) Biro Makanan : Nuraqila, Raja Nabilah f) Biro Keselamatan : Amir Thaqiff g) Biro Pengangkutan : Mohammad Dzulkifliy, Abdul Latif 1 PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan salam daripada saudara Muhammad Hafiz Yusree dan bacaan Al-Fatihah. 1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa perjumpaan kali ini bertujuan untuk mencapai kata sepakat dalam pemilihan program yang bakal dilaksanakan.

Upload: nurulainhanani

Post on 12-Aug-2015

31 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minit mesyuarat perjumpaan kelas ukm 4

Minit Mesyuarat Perjumpaan Kelas UKM

Tarikh : 18 Mac 2014

Masa : 4.30 petang

Tempat : Bangunan Bale Padjadjaran 4

Pengerusi : Muhammad Hafiz Yusree

Kehadiran : 21 orang

- Kehadiran penuh untuk semua ahli Majlis Tertinggi

- Kehadiran Wakil-wakil Biro:

a) Biro Komunikasi : Zuhur Al Hayat, Azizah

b) Biro Acara : Nawal, Syahirah

c) Biro Belanjawan : Ummi Athirah, Syarifah Syahirah

d) Biro Logistik : Dg Nur Iznie, Mazni Hamiezah

e) Biro Makanan : Nuraqila, Raja Nabilah

f) Biro Keselamatan : Amir Thaqiff

g) Biro Pengangkutan: Mohammad Dzulkifliy, Abdul Latif

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan salam daripada saudara Muhammad Hafiz Yusree dan

bacaan Al-Fatihah.

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa perjumpaan kali ini bertujuan untuk mencapai kata

sepakat dalam pemilihan program yang bakal dilaksanakan.

2 KANDUNGAN MINIT MESYUARAT

2.1 Mesyuarat diteruskan dengan mengemukakan masalah berkaitan dengan program membantu

gelandangan yang telah diputuskan dalam perjumpaan sebelum ini.

2.2 Hal ini demikian kerana program membantu gelandangan tersebut berdepan dengan krisis

pelaksanaan di mana perancangan awalnya adalah untuk dilakukan pada waktu malam sehingga

subuh. Perkara ini adalah berisiko kepada para pelajar. Di samping itu, program membantu

Page 2: Minit mesyuarat perjumpaan kelas ukm 4

gelandangan in juga memerlukan penglibatan serta kebenaran daripada pelbagai pihak yang

akan mengambil masa yang agak lama untuk diluluskan.

2.3 Setelah dibahaskan, kesemua ahli Majlis Tertinggi dan Wakil-wakil dari setiap biro telah

mencapai kata putus untuk membubarkan program membantu gelandangan tersebut, serta

memilih program membantu keluarga miskin untuk menggantikan program yang telah

dibubarkan. Program ini dipilih memandangkan program ini meliputi penglibatan

masyarakat setempat dan berbentuk kebajikan. Melalui program ini juga, para pelajar akan

dapat mencapai objektif yang digariskan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

di samping dapat menimba pengalaman yang baru.

2.4 Oleh hal demikian, pembentukan ahli jawatankuasa yang terdahulu mengalami sedikit

perubahan bersesuaian dengan keperluan program.

Biro Komunikasi

1. Zuhur Al-Hayat2. Azizah Omar3. Suhaili

Biro Acara

1. Syahirah Samsuri2. Wan Nor Shafiqah

3. Nawal4. Shakirra

Biro Logistik

1. Dg. Nur Iznie2. Shahirah Bistamam

3. Najihah4. Hamiezah

Biro Keselamatan

1. Amir Thaqiff2. Fauzan3. Niezamuddin

Biro Multimedia

1. Aiman Najib2. Nadia Farhana3. Siti Khadijah4. Syafiqah

Page 3: Minit mesyuarat perjumpaan kelas ukm 4

Biro Belanjawan

1. Ummi2. Farwizah3. Sharifah Nur Syahirah4. Shuhada5. Azura

Biro Makanan

1. Nur Nadhirah2. Nuraqila3. Izzati4. Raja Nabilah

Biro Pengangkutan

1. Dzulkifly2. Latiff

2.5 Maka, program baru telah disepakati. Berikut merupakan maklumat mengenai program

tersebut.

Nama Projek : Under One Roof ( Di Handapeun Hiji Atap)

Sasaran Projek : Golongan yang tidak bernasib baik ( 5 keluarga)

Tarikh Pelaksanaan : 13 April 2014

Tempat Pelaksanaan : Sekitar Jatinangor

Misi : Melahirkan generasi yang berfikiran kritikal, penuh

kebertanggungjawaban serta memiliki nilai sahsiah yang mantap

dan jitu.

Visi : 1. Menerapkan nilai-nilai kemanusiaan dalam diri setiap

individu.

2. Membina semangat berpasukan dalam sesuatu organisasi.

3. Mengimplimentasi kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

2.6 Mengenai lokasi perlaksaan adalah masih dalam proses perbincangan memandangkan Biro

Komunikasi dan Keselamatan masih belum meninjau lokasi yang spesifik bersesuaian dengan

program ini.

Page 4: Minit mesyuarat perjumpaan kelas ukm 4

2.7 Pembahagian tugas bagi setiap biro adalah seperti berikut :

1. Biro Komunikasi dan Biro Keselamatan

-mencari lokasi dan sasaran kumpulan masyarakat

2. Biro Multimedia

-membuat poster serta banner untuk tujuan publisiti

3. Biro Acara

-menyusun tentatif program

4. Biro Belanjawan

-menyediakan surat berkaitan dana

-pelaksanaan untuk meraih dana

-membuat anggaran pembelajaan yang diperlukan

5. Biro Makanan

-meninjau harga makanan

6. Biro Logistik

-mengumpulkan barang-barang yang diperlukan

7. Biro Pengangkutan

-menentukan pengangkutan yang diperlukan bersesuaian dengan program

-meninjau harga sewa kenderaan

3. PENUTUP

3.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat.

3.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.00 petang.

Page 5: Minit mesyuarat perjumpaan kelas ukm 4

Disediakan oleh,

…...........................

(SYAHIRA NABILA BINTI KAMARUZAMAN)

Naib Setiausaha Projek

Disemak oleh,

….............................

(MUHAMMAD HAFIZ BIN YUSREE)

Ketua Pengarah Projek