minit mesyuarat peningkatan upsr kali ketiga 2015

12
‘1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pecapaian Diutamakan’ Ruj.Sekolah : STLV: / / (3) Tarikh : 14.06.2015 MINIT MESYUARAT PENINGKATAN UPSR KALI KETIGA TAHUN 2015 Tarikh : 14.06.2015 (Ahad) Masa : 1.45 Tengahari Tempat : Bilik Guru Besar Pengerusi : Encik D.Asokumar ( Guru Besar ) Kehadiran : 1. Puan K.Devahi (Bahasa Tamil Tahun 6 Sathanai) 2. Puan A.Tamilmathi (Bahasa Tamil Tahun 6 Vetri) 3. Puan S.Ambika ( Bahasa Melayu Tahun 6 Sathanai) 4. Cik J.Saraswathy (Bahasa Melayu Tahun 6 Vetri) 5. Puan S.Letchumy ( Sains Tahun 6 Sathanai dan Vetri) 6. Puan S.Saraswathy( Bahasa Inggeris Tahun 6 Sathanai dan Vetri ) 7. Puan A.Sakthiavani ( Matematik Tahun 6 Sathanai dan Vetri) Turut dijemput : 1. Puan K.Danaletchimy ( PK Pentadbiran ) 2. Encik M.Manoring ( PK Hal Ehwal Murid ) Tidak hadir : - Agenda Mesyuarat: I. Ucapan Tuan Guru Besar Selaku Penasihat Jawatankuasa Program Peningkatan UPSR 2015 1. Tuan Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dalam mesyuarat jawatankuasa kurikulum kali ketiga bagi tahun 2015 ini.Beliau mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa kerana dapat mengadakan mesyuarat kali ketiga mengikut tarikh yang telah ditetapkan walaupun guru-guru agak sibuk dengan pelbagai program sekolah. 2. Beliau mengingatkan kepada semua guru agar bersedia untuk pemantauan dialog prestasi bagi sekolah kita adalah pada 16 Jun 2015 (Selasa). Mengingatkan supaya guru fokus kepada visi, misi sekolah, prestasi UPSR SJK (TAMIL) LADANG VICTORIA 09400 PADANG SERAI, KEDAH DARUL AMAN. TEL : 04-5000016 E-mail: [email protected] FAX: 04-4002053

Upload: vaishnavi-krishnan

Post on 05-Sep-2015

172 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

mine

TRANSCRIPT

1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pecapaian Diutamakan

Ruj.Sekolah : STLV: / / (3)

Tarikh : 14.06.2015MINIT MESYUARAT PENINGKATAN UPSR KALI KETIGA TAHUN 2015 Tarikh : 14.06.2015 (Ahad) Masa : 1.45 Tengahari Tempat : Bilik Guru Besar Pengerusi : Encik D.Asokumar ( Guru Besar )Kehadiran : 1. Puan K.Devahi (Bahasa Tamil Tahun 6 Sathanai)

2. Puan A.Tamilmathi (Bahasa Tamil Tahun 6 Vetri)

3. Puan S.Ambika ( Bahasa Melayu Tahun 6 Sathanai)4. Cik J.Saraswathy (Bahasa Melayu Tahun 6 Vetri)

5. Puan S.Letchumy ( Sains Tahun 6 Sathanai dan Vetri)

6. Puan S.Saraswathy( Bahasa Inggeris Tahun 6 Sathanai dan Vetri )

7. Puan A.Sakthiavani ( Matematik Tahun 6 Sathanai dan Vetri)

Turut dijemput : 1. Puan K.Danaletchimy ( PK Pentadbiran )

2. Encik M.Manoring ( PK Hal Ehwal Murid )

Tidak hadir: -

Agenda Mesyuarat:I. Ucapan Tuan Guru Besar Selaku Penasihat Jawatankuasa Program Peningkatan UPSR 20151. Tuan Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dalam mesyuarat jawatankuasa kurikulum kali ketiga bagi tahun 2015 ini.Beliau mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa kerana dapat mengadakan mesyuarat kali ketiga mengikut tarikh yang telah ditetapkan walaupun guru-guru agak sibuk dengan pelbagai program sekolah.2. Beliau mengingatkan kepada semua guru agar bersedia untuk pemantauan dialog prestasi bagi sekolah kita adalah pada 16 Jun 2015 (Selasa). Mengingatkan supaya guru fokus kepada visi, misi sekolah, prestasi UPSR terkini, maklumat SKPM dan kebitaraan sekolah.

3. Pengerusi mengingatkan kepada jawatankuasa bahawa mesyuarat ketiga diadakan selepas peperiksaan pertengahan tahun bagi tujuan menganalisis penambahbaikan headcount dan post mortem. Seterusnya merancang program tindakan susulan untuknya.

Tindakan : Semua GuruII. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

4. Minit mesyuarat yang lalu telah dibentangkan oleh Pn.K.Devahi. Minit mesyuarat tersebut

telah dicadangkan oleh Pn.A.Sakthiavani dan disokong oleh Pn.S.Saraswathy.

III. Perkara-perkara berbangkit5. TiadaIV. Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun 20156. Pembentangan analisis mengikut matapelajaran oleh Pn.Ambika selaku Setiausaha Peperiksaan.a. Mengenalpasti pencapaian peratus lulus dan gred purata BILPERKARAPERTENGAHANTAHUNETR 2015

%LULUSGPS%LULUSGPS

1BM PEMAHAMAN(34)72.342.91(41)87.232.19

2BM PENULISAN(40)85.112.68(42)89.362.09

3BTPEMAHAMAN(42)89.362.30(47)100.01.72

4BT PENULISAN(39)82.982.57(47)100.01.64

5BAHASA INGGERIS(36)76.602.82(42)89.362.02

6MATEMATIK(29)61.703.21(45)95.741.89

7SAINS(42)89.362.28(47)1001.96

7. Guru Besar mengucapkan taniah kerana terdapat 2 orang murid mendapat 7A dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun ini.

8. Menurut Guru Besar sekolah En.Asokumar A/L Danapal keputusan bagi ujian pertengahan ini tidak begitu memuaskan walaupun seramai 2 orang murid mendapat 7A.Beliau meminta guru-guru perlu lebih prihatin terhadap matapelajaran kritikal iaitu Bahasa Malaysia dan Matematik. 9. Beliau juga meminta guru-guru memberi idea untuk meningkatkan lagi prestasi murid tahun 6 dalam Peperiksaan Percubaan UPSR 1 yang akan berlangsung pada bulan julai kelak.

10. Selaku Pengerusi majlis beliau turut meminta guru-guru supaya perlu bekerja keras dan beliau mencadangkan untuk meminta guru-guru lain (yang bukan guru tahun 6) untuk membantu setiap guru tahun 6 sewaktu pdp dijalankan. a. Mengenalpasti near miss cemerlang

BILNAMA MURID TARGET 7AKEPUTUSANBIBMKBMPBTKBTPM3SN

MGMGMGMGMGMGMG

1SHAHVEENA A/P CHANDEREN1A 6B63B63B68B73B89A61B74B

2DIVYADHARANI A/P MURUGAN4A 3B85A70B80A73B82A70B92A

3VAISNAVI A/P RAMASANDRAN4A 3B87A65B80A78B88A79B80A

4SARAVANA KUMAR A/L KARTHIKESU2A 5B78B63B65B83A73B64B84A

5PAVANEY A/P WARADARAJU2A 5B64B70B68B85A77B72B84A

6DINESH A/L SIVAGANESH2A 5B 78B73B67B83A62B69B88A

11. Menurut Pn.S.Ambika terdapat enam orang murid dikategerikan dalam near miss cemerlang.

12. Guru Besar meminta guru-guru yang mengajar matapelajaran teras bagi 6 murid ini membentangkan masalah yang dihadapi oleh kenam-enam murid untuk mendapat cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun 2015 ini.13. Pn.S.Ambika selaku guru Bahasa Malaysia kenam-enam murid ini memberitahu bahawa murid-murid tersebut tidak membaca arahan yang menerangkan kehendak sebenar soalan . Perkara ini telah menyebabkan murid gagal menjawab soalan tersebut mengikut kehendak soalan yang sebenarnya dalam kertas kefahaman. Manakala, dalam kertas Penulisan pula murid-murid ini lemah di bahagian penulisan karangan. Beliau berkata selepas ini beliau akan memberi latihan ulasan dalam penulisan karangan Bahasa Malaysia.

14. Beliau berharap keenam-enam murid ini boleh mengatasi masalah tersebut dan mencapai keputusan yang cemerlang dalam Bahasa Malaysia Kefahaman dan Penulisan.15. Guru Bahasa Inggeris Pn.S.Saraswathi berpendapat bahasa murid-murid ini memang berkebolehan, mereka tidak dapat skor A dalam peperiksaan disebabkan kekurangan penguasaan kosa kata dalam Bahasa Inggeris. Mereka menjawab kertas 1 dengan baik tetapi mereka gagal semasa membina ayat berdasarkan gambar yang diberi. Beliau berkata akan menambahkan latihan dalam membina ayat berdasarkan gambar.

16. Guru Bahasa Tamil Pn.K.Devahi memberitahu bahawa murid-murid yang bernama C.Shahveena , M.Divadharani dan R.Vaisnavi melakukan kesalahan dalam bahagian B iaitu ilakkanam. Mereka tidak memahami kehendak soalan. Mereka akan diberi latih tubi dalam Kertas pemahaman bahagian ilakkanam. Beliau berjanji mereka akan dapat skor A dalam keputusan percubaan yang akan datang.

17. Bagi Bahasa Tamil Penulisan K.Saravakumar, S.Dinesh dan W.Pavaney melakukan kesalahan dalam bahagian C penulisan karangan. Terdapat kekurangan isi dan kesalahan ejaan. Murid-murid ini akan diberi terlibat dalam program guru muda iaitu murid cemerlang akan membimbing mereka bertiga ini untuk mengatasi masalah tersebut.18. Pn.A.Sakthiavani selaku guru matematik memberitahu bahawa murid-murid memang mudah melakukan kesalahan bagi soalan-soalan yang aras rendah. Beliau berasa sangat kecewa kerana murid-murid tidak mengambil berat terhadap matapelajaran matematik. Beliau turut memberitahu bahawa S.Nittesh sahaja yang mendapat 40/40 dalam kertas dua. Keenam-enam murid ini melakukan kesalahan dalam kertas dua. Mereka tidak menulis langkah dengan tepat.19. Pn.Letchumi selaku guru Sains memberitahu bahawa soalan-soalan bagi peperiksaan pertengahan tahun ini agak senang dan tiada soalan KBAT. Hanya seorang murid yang tidak mencapai skor A iaitu C.Shahveena. Beliau mengatakan murid ini mempunyai potensi untuk mendapat A. Bagi mencapai target itu beliau ingin mengambil langkah dengan memberikan soalan soalan bagi bahagian B.b. Mengenalpasti near miss lulusBILNAMAKEPUTUSANBIBM (PEM)BM (PEN)BT(PEM)BT(PEN)MATESAINS

1THARSHINI A/P SUSIBALAN1A 3B 2C 1D60B45C62B80A58C29D60B

2YUTRAH A/P KRISHNAN3B 3C 1D58C48C65B65B41C37D64B

3SHIVAINEEY A/P GURUMURTHY2B 4C 1D47C40C50C63B40C25D60B

4VENESHA A/P VELMURUGAN2B 4C 1D51C40C64B48C67B29D56C

5KARTI A/L NADARAJAN1B 5C 1D41C40C41C53C52C33D70B

6HARINIE A/P NORRIS1B 5C 1D40C28D43C58C50C41C62B

20. Pn.S.Ambika membentangkan terdapat 5 orang murid yang terdapat di near miss lulus disebabkan matapelajaran matematik dan seorang murid dalam Bahasa Malaysia Pemahaman.

21. Pn.ASakthiavani mengatakan bahawa murid-murid ini memang tidak menghafal sifir dan tidak mengambil berat terhadap matapelajaran matematik. Walaupun mereka gagal tetapi ada peningkatan dari ujian siri 1 kepada peperiksaan pertengahan tahun ini.

22. Setelah mendengar kesukaran Pn.A.Sakthiavani, Tuan Guru Besar memberitahu bahawa beliau akan mengambil 2 waktu dalam seminggu waktu matematik untuk mengajar matematik. Beliau juga akan membimbing murid pada waktu rehat.23. Pn.J.Saraswathy guru Bahasa Malaysia mengatakan bahawa murid ini ada kemampuan dan menunjukkan progress yang menegak. Beliau berkata akan memberi perhatian yang khusus bagi murid ini supaya lulus peperiksaan percubaan.c. Mengenal pasti murid yang gagal dalam semua mata pelajaranBILNAMA

1ASWINRAJ A/L STEPHEN BALRAJ

2JEEVADAS A/L SANTANADASS

3RABIAKA A/P ANTHONY DASS

24. Pn.A.Tamilmathi selaku guru kelas ketiga-tiga orang murid diatas memberitahu bahawa S.Aswinraj dan S.Jeevadass menunjukkan peningkatan sedikit demi sedikit. Manakala, A.Rabiaka merupakan murid yang kerap ponteng sekolah. Walaupu beberapa teguran yang telah pun diberikan oleh Guru Kelas, Penolong Pentadbiran dan Guru Besar namun tingkah lakunya tetap tidak berubah. Beliau turut mengatakan bahawa A.Rabiaka tidur di dalam kelas sewaktu mengajar dan suka berkhayal waktu pdp dijalankan. Murid ini merupakan murid yang paling kritikal dalam tahun 6.25. Guru-guru Kelas 6V juga turut berpendapat yang sama.

26. En.Manoring selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid meminta Pn.A.Tamilmathi untuk menghantar kepadanya pada keesokan hari.

d. Borang PM1 Dan PM2 (Semua matapelajaran)27. Pn.K.Danaletchumi memberitahu bahwa boring PM1 dan PM2 telah pun diserahkan oleh semua guru matapelajaran tahun 6 kepada ketua panitia.e. Program PILL28. Penolong Kanan Kurikulum Pn.K.Danaletchumi meminta guru matematik dan sains diminta untuk menyerahkan Program Pill kepada Pn.K.Devahi untuk dibukukan.

29. Beliau meminta semua guru untuk melaksanakan perancangan seperti yang dirancang dalam Program Intervensi.f. Pembentangan peningkatan pencapaian antara Ujian Siri 1 dan Peperiksaan pertenghan tahun bagi tahun 6 oleh guru matapelajaran masing-masing.BILPERKARATOVUJIAN SIRI 1PERTENGAHANTAHUNETR 2015

%LULUSGPS%LULUSGPS%LULUSGPS%LULUSGPS

1BM PEMAHAMAN(28)59.573.32(27)57.453.32(34)72.342.91(41)87.232.19

2BM PENULISAN(29)61.703.11(35)74.473.02(40)85.112.68(42)89.362.09

3BTPEMAHAMAN(39)82.982.98(40)85.112.30(42)89.362.30(47)100.01.72

4BT PENULISAN(34)72.342.98(37)78.722.81(39)82.982.57(47)100.01.64

5BAHASA INGGERIS(34)72.342.98(34)72.342.89(36)76.602.82(42)89.362.02

6MATEMATIK(27)57.453.43(22)46.813.51(29)61.703.21(45)95.741.89

7SAINS(29)61.703.30(35)74.472.85(42)89.362.28(47)1001.96

30. Pn.S.Ambika membentangkan peningkatan pencapaian antara Ujian Siri 1 dan Peperiksaan pertenghan tahun bagi tahun 6.31. Berdasarkan PKBS Mac lalu dan Peperiksaan Pertengahan Tahun ini , Cik.J.Sarasawathy memaklumkan bahawa dari aspek pencapaian Bahasa Malaysia Kefahaman dan Penulisan menunjukkan peningkatan dari segi peratus dan Gred purata. Namun OTR2 Belum dicapai. Beliau berkata akan berusaha untuk mendapatkan pencapaian yang disasarkan.32. Menurut Puan A.Tamil Mathi selaku ketua panitia Bahasa Tamil memaklumkan bahawa dari aspek pencapaian keseluruhan , kebanyakan murid mencapai sasaran OTR 2 yang telah ditetapkan kerana ada di antara mereka yang mendapat markah lebih daripada markah sasaran dalam OTR 2015. Ia jelas berlaku bagi pencapaian keseluruhan murid-murid kelas 6 Sathanai. Peratus kelulusan bagi Bahasa Tamil Pemahaman dan karangan adalah tinggi. Namun Bahasa Tamil dari segi kuantiti hanya sedikit tidak menepati OTR2 2015.

33. Puan S.Saraswathy berpendapat pencapaian bahasa Inggeris dalam Penggal pertama ini amat memuaskan namun murid-murid tahun 6 masih lagi belum menguasai sepenuhnya teknik-teknik dan kaedah menjawab soalan yang betul .34. Pn.A.Sakthiavani mengatakan bahawa pencapaian peperiksaan pertengahan tahun ini memuaskan daripada ujian siri 1 bulan mac lalu. Beliau berkata akan terus berusaha untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.35. Puan S.Letchumi selaku guru Sains tahun 6 membentangkan analisa keputusan keseluruhan PKBS Mac dan Peperiksaan Pertengahan tahun bagi matapelajaran Sains. Beliau berpendapat bahawa disebabkan soalan-soalan peperiksaan bagi pertengahan tahun ini tidak mencabar murid-murid dapat skor dengan baik. g. Perancangan UPSR

36. En.Manoring meminta guru-guru agar melaksanakan perancangan upsr sekolah seperti yang ditetapkan. Beliau juga berkata hanya Bengkel untuk matapelajaran Bahasa Inggeris belum dilaksanakan disebabkan masalah Jurulatih. Masala ini akan diselesaikan dan Jurulatih akan dipanggil untuk mengadakan bengkel secepat yang mungkin.37. Guru-guru yang ingin fotostat modul untuk murid boleh memberikannya kepada beliau kerana terdapat Tabung UPSR sejumlah RM1500.

38. Beliau juga berkata jika sesiapa yang ingin mengadakan bengkel bagi UPSR sekali lagi boleh meminta izin kepada guru besar dan menggunakan Tabung UPSR.39. Guru Besar meminta guru-guru supaya mengagihkan murid-murid dalam kumpulan kecil dan menjalankan kelas berfokus.

40. Beliau turut meminta senarai murid yang dibahagikan kepada 3 kumpulan. Ini kerana, beliau meminta bantuan guru-guru yang bukan guru tahun 6 untuk masuk sewaktu kelas tambahan dijalankan.V. Hal-Hal Lain41. Pn.K.Devahi memberitahu bahawa murid kelasnya yang bernama G.Shivainey mempunyai masalah keluarga. Oleh itu, dia tidak hadir sampai sekarang. Markah peperiksaan pertengahan tahun bagi semua matapelajarannya juga menurun.

42. Beliau meminta Guru Besar dan Penolong Kanan Hem untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

X. Ucapan Penangguhan 43. Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih di atas sokongan semua guru yang berusaha

menjana kecemerlangan murid-murid tahun 6. Beliau juga berharap agar warga pendidik tahun 6

cekal dengan cabaran UPSR 2015.Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.45 petang.

Disediakan oleh :

Minit Mesyurat disahkan oleh :

..

...........................................................( PN.K.DEVAHI A/P KRISHNAN ) ( ENCIK ASOKUMAR A/L DANAPALAN )

Penyelaras UPSR 2015

Guru Besar

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Victoria . Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang VictoriaTarikh : .

Tarikh : ................................................SJK (TAMIL) LADANG VICTORIA

09400 PADANG SERAI,

KEDAH DARUL AMAN. TEL : 04-5000016

E-mail: HYPERLINK "mailto:[email protected]" [email protected] FAX: 04-4002053

KOD SEKOLAH: KBD5047