minit mesyuarat peningkatan upsr kali kedua 2015

6
‘1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pecapaian Diutamakan’ Ruj.Sekolah : STLV: / / (2) Tarikh : 08.04.2015 MINIT MESY!R!T PENIN"#!T!N PSR #!$I #ED! T!%N &'1( Ta)ikh : '*+' +&'1( -Ra.u/ Masa : 1+ ( Ten0aha)i Tempat : ilik "u)u esa) Pengerusi : n!ik ".#soku$ar ( %uru &esar ) 'eha iran : 1. Puan '."e ahi (&ahasa Ta$il Tahun * Sa+hanai) 2. Puan #.Ta$il$a+hi (&ahasa Ta$il Tahun * Ve+ri) ,. Puan S.#$-ika ( &ahasa ela u Tahun * Sa+hanai) 4. ik .Saras a+h (&ahasa ela u Tahun * Ve+ri) 5. Puan S.Sara+ha$ani ( Sains Tahun * Sa+hanai) *. Puan S.Le+!hu$ ( Sains Tahun * Ve+ri) 3. Puan S.Saras a+h ( &ahasa nggeris Tahun * Sa+hanai an Ve+ri ) 8. Puan #.Sak+hia ani ( a+e$a+ik Tahun * Sa+hanai an Ve+ri) Turu+ ije$ u+ : 1. Puan '."anale+!hi$ ( P' Pen+a -iran ) 2. n!ik . anoring ( P' 6al h al uri ) Ti ak ha ir : 7 !0enda Mesyua)at: I+ capan Tuan "u)u esa) Selaku Penasihat 2a3atankuasa P)40)am Penin0katan PSR &'1( 1. n!ik #soku$ar a/l "ana al $eraka$kan u!a an +eri$a kasih i a+as sokongan a ang -aik ari a a guru7guru +ahun * ang su i ha ir ala$ erju$ aan kali ke 2. Tuan %uru &esar juga $elahirkan rasa -angga an kagu$ engan se$anga+ kekelua kalangan arga en i ik i STLV ini ang saling -an+u7$e$-an+u ala$ $eningka ke!e$erlangan elajar i sekolah ini . ,. &eliau $e$aklu$kan -aha a $es uara+ a a hari ini akan $e$ okuskan ke a a 9Po $or+e$ P'&S a! khusus un+uk Tahun na$ ang +elah ia akan un+uk $engesan kele$ahan an ke in!angan e$-elajaran elajar . 4. Pengerusi $enghara kan ke!e$erlangan ;PSR 2015 an Pengik+ira an #nugerah Lon Saujana i$ak-ulkan. 5. %uru7guru isarankan su a a saling -erkongsi i ea an il$u un+uk ke-aikan -er +er a a+ se-arang $asalah erlu ikongsi -ersa$a. S2# -T!MI$/ $!D!N" 5I6T7RI! '8 '' P!D!N" SER!I, #ED!% D!R$ !M!N+ TE$ : ' 9(''''1 E9mail: ld0;ict4)ia+k..<0mail+c4m =!>: ' 9 ''&'(? #7D SE#7$!% : # D(' @

Upload: vaishnavi-krishnan

Post on 03-Nov-2015

57 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

tq sk

TRANSCRIPT

1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pecapaian Diutamakan

Ruj.Sekolah : STLV: / / (2)

Tarikh : 08.04.2015MINIT MESYUARAT PENINGKATAN UPSR KALI KEDUA TAHUN 2015 Tarikh : 08.04.2015 (Rabu) Masa : 1.45 Tengahari Tempat : Bilik Guru Besar Pengerusi : Encik D.Asokumar ( Guru Besar )Kehadiran : 1. Puan K.Devahi (Bahasa Tamil Tahun 6 Sathanai)

2. Puan A.Tamilmathi (Bahasa Tamil Tahun 6 Vetri)

3. Puan S.Ambika ( Bahasa Melayu Tahun 6 Sathanai)4. Cik J.Saraswathy (Bahasa Melayu Tahun 6 Vetri)5. Puan S.Sarathamani ( Sains Tahun 6 Sathanai)

6. Puan S.Letchumy ( Sains Tahun 6 Vetri)

7. Puan S.Saraswathy( Bahasa Inggeris Tahun 6 Sathanai dan Vetri )

8. Puan A.Sakthiavani ( Matematik Tahun 6 Sathanai dan Vetri)

Turut dijemput : 1. Puan K.Danaletchimy ( PK Pentadbiran )

2. Encik M.Manoring ( PK Hal Ehwal Murid )

Tidak hadir: -

Agenda Mesyuarat:I. Ucapan Tuan Guru Besar Selaku Penasihat Jawatankuasa Program Peningkatan UPSR 20151. Encik Asokumar a/l Danapal merakamkan ucapan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama yang baik daripada guru-guru tahun 6 yang sudi hadir dalam perjumpaan kali ke-2 ini .

2. Tuan Guru Besar juga melahirkan rasa bangga dan kagum dengan semangat kekeluargaan di kalangan warga pendidik di STLV ini yang saling bantu-membantu dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar di sekolah ini .

3. Beliau memaklumkan bahawa mesyuarat pada hari ini akan memfokuskan kepada Post mortem PKBS Mac khusus untuk Tahun Enam yang telah diadakan untuk mengesan kelemahan dan kepincangan pembelajaran pelajar .

4. Pengerusi mengharapkan kecemerlangan UPSR 2015 dan Pengiktirafan Anugerah Lonjakanan Saujana dimakbulkan.5. Guru-guru disarankan supaya saling berkongsi idea dan ilmu untuk kebaikan bersama dan jika terdapat sebarang masalah perlu dikongsi bersama.II. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

6. Minit mesyuarat yang lalu telah dibentangkan oleh Pn.K.Devahi. Minit mesyuarat tersebut

telah dicadangkan oleh Pn.S.Letchumy dan disokong oleh Pn.J.Saraswathy.

III. Pencapaian Subjek Bahasa Melayu Dalam PKBS Mac7. Cik.J.Sarasawathy selaku guru bahasa Melayu tahun 6 Vetri dan Ketua Panitia Bahasa Melayu membentangkan analisa keputusan keseluruhan PKBS Mac bagi matapelajaran Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu penulisan.

BIL

MURID

BAHASA MELAYU PEMAHAMANKESELURUHAN

GRED A%GRED B%GRED C%GRED D%GRED E%BIL LULUS%BIL GAGAL%

47001021.281736.171531.91510.642757.452042.55

BIL

MURID

BAHASA MELAYU PENULISANKESELURUHAN

GRED A%GRED B%GRED C%GRED D%GRED E%BIL LULUS%BIL GAGAL%

4724.261327.662042.55612.77612.773574.471225.53

8. Berdasarkan PKBS Mac ini , Cik.J.Sarasawathy memaklumkan bahawa dari aspek pencapaian keseluruhan , kebanyakan murid tidak mencapai sasaran OTR 1 yang telah ditetapkan kerana ada di antara mereka yang mendapat markah kurang daripada markah sasaran dalam OTR 2015. Ia jelas berlaku bagi pencapaian keseluruhan murid-murid kelas 6 Vetri. Walaupun peratus kelulusan bagi Bahasa Melayu Pemahaman adalah tinggi , namun dari aspek kualiti matapelajaran agak berkurangan kerana bilangan murid yang memperolehi gred A tiada berbanding sasaran yang telah dibuat adalah 2 orang .9. Bagi matapelajaran Bahasa Melayu Pemahaman ,berdasarkan post-mortem yang telah dijalankan oleh beliau melalui kaedah perbincangan semula soalan-soalan yang dikemukakan , di dapati hampir 90% murid-murid tidak melakukan semakan pilihan jawapan yang telah dibuat. Lebihan masa yang mereka punyai tidak dimanfaat sepenuhnya. Ia jelas terbukti kerana kebanyakan murid gagal menjawab soalan kelompok mudah dan sederhana dengan tepat kerana tidak melakukan semakan semula soalan . Situasi ini turut berlaku pada kelas 6 Sathanai yang merupakan tonggak utama kecemerlangan UPSR 2015 ini .10. Beliau juga menerangkan bahawa ada sebilangan kecil pelajar yang gagal mengenalpasti kata kunci soalan dan ini menyebabkan mereka tidak memahami dengan jelas maksud keseluruhan ayat tersebut .11. Terdapat juga pelajar yang tidak membaca arahan yang menerangkan kehendak sebenar soalan . Perkara ini telah menyebabkan murid gagal menjawab soalan tersebut mengikut kehendak soalan yang sebenarnya .12. Masalah lemah kemahiran membaca terutamanya beberapa orang murid tahun 6 Vetri menyebabkan mereka gagal menjawab soalan yang dikemukakan dengan tepat. Seramai 5 orang murid dari kelas tersebut telah dikenalpasti menghadapi masalah lemah kemahiran membaca tahap kritikal . Cik.J.Saraswathy memaklumkan bahawa beliau akan mengenalpasti dan mengambil inisiatif segera yang difikirkan sesuai untuk mengatasi masalah tersebut .13. Dalam subjek Bahasa Melayu Penulisan pula , hampir 90% murid menghadapi masalah dalam menjawab penulisan Bahagian B iaitu bahagian yang menuntut murid menulis karangan mengikut kehendak soalan dan menepati format yang tepat . Pada bahagian ini , murid-murid agak cuai dari aspek format penulisan dan pemilihan isi cerita yang sesuai dengan tajuk pilihan .14. Menurut beliau lagi , terdapat murid-murid yang boleh menyatakan idea isi yang sesuai tetapi mempunyai masalah yang lain pula iaitu tidak dapat mengembangkan isi utama dan isi sampingan idea tersebut dengan baik . Kesalahan penulisan yang paling jelas adalah dari aspek struktur ayat yang agak lemah dan aspek tatabahasa seperti tanda baca , imbuhan , ejaan dan sebagainya yang menjadi ciri-ciri penting sesebuah penulisan karangan .15. Terdapat juga segelintir kecil pelajar yang menggunakan istilah-istilah atau bahasa daerah dalam penulisan karangan mereka yang sememangnya tidak boleh digunapakai dalam bidang penulisan . 16. Cik j.Saraswathy menyatakan beliau akan mengambil langkah segera dalam mengatasi masalah dengan menyediakan latihan-latihan intensif yang sesuai dengan tahap pemikiran murid-murid .

IV. Pencapaian Subjek Bahasa Tamil Dalam PKBS Mac17. Puan A.Tamil mathi selaku guru Bahasa Tamil tahun 6 Vetri dan Ketua Panitia Bahasa Tamil membentangkan analisa keputusan keseluruhan PKBS Mac bagi matapelajaran Bahasa Tamil Pemahaman dan Bahasa Tamil penulisan.

BIL

MURID

BAHASA TAMIL PEMAHAMANKESELURUHAN

GRED A%GRED B%GRED C%GRED D%GRED E%BIL LULUS%BIL GAGAL%

471021.282144.68919.15612.7712.134085.11714.99

BIL

MURID

BAHASA TAMIL PENULISANKESELURUHAN

GRED A%GRED B%GRED C%GRED D%GRED E%BIL LULUS%BIL GAGAL%

47510.641634.041634.0436.38714.893778.721021.28

18. Berdasarkan PKBS Mac ini , Puan A.Tamil Mathi memaklumkan bahawa dari aspek pencapaian keseluruhan , kebanyakan murid mencapai sasaran OTR 1 yang telah ditetapkan kerana ada di antara mereka yang mendapat markah lebih daripada markah sasaran dalam OTR 2015. Ia jelas berlaku bagi pencapaian keseluruhan murid-murid kelas 6 Sathanai. Peratus kelulusan bagi Bahasa Tamil Pemahaman dan karangan adalah tinggi. Namun Bahasa Tamil dari segi kuantiti hanya sedikit tidak menepati OTR1 2015.19. Bagi matapelajaran Bahasa Tamil Pemahaman ,berdasarkan post-mortem yang telah dijalankan oleh beliau melalui kaedah perbincangan semula soalan-soalan yang dikemukakan , di dapati hampir terdapat 5 orang pelajar kelas 6 Vetri tidak mempunyai kemahiran membaca. Ia merupakan masalah yang paling kritikal pada tahun ini untuk mencapai ETR 100% dalam Bahasa Tamil Pemahaman mahupun karangan.

20. Dengan nasihat Guru Besar sekolah, program terbesar di sekolah pada tahun ini adalah program bacaan pagi. Puan A. Tamil Mathi berharap agar program ini akan memberi manfaat kepada 5 orang ini untuk mengatasi masalah bacaan.

21. Menurut Puan K.Devahi selaku guru matapelajaran Bahasa Tamil kelas 6 Sathanai terdapat 90% pelajar yang masih tidak faham tentang penulisan karangan Bahagian B. Beliau mengatakan kelas tambahan akan membantu guru-guru untuk mendekati murid dan membetulkan masalah penulisan ini. Justeru, Kaedah peniruan dan kaedah guru muda juga sedang dilaksanakan oleh beliau bagi mengatasi masalah kesalahan ejaan dan penggunaan tanda baca. V. Pencapaian Subjek Bahasa Inggeris Dalam PKBS Mac22. Puan S.Saraswathy selaku guru bahasa Inggeris tahun 6 membentangkan analisa keputusan keseluruhan PKBS Mac bagi matapelajaran Bahasa Inggeris .

BIL

MURID

BAHASA INGGERISKESELURUHAN

GRED A%GRED B%GRED C%GRED D%GRED E%BIL LULUS%BIL GAGAL%

47510.641225.531736.17919.1548.513472.341327.66

23. Puan S.Saraswathy menyatakan bahawa masalah utama yang dialami oleh majoriti murid-murid tahun 6 adalah tidak memahami secara keseluruhan maksud sesuatu ayat yang dikemukakan dalam soalan walaupun ia merupakan perkataan asas bahasa Inggeris . Untuk mengatasi masalah tersebut , beliau telah mewajibkan setiap pelajar membeli kamus Dwi Bahasa sebagai rujukan dan panduan mereka sewaktu sesi p&p dijalankan .24. Puan S.Saraswathy berpendapat pencapaian bahasa Inggeris dalam PKBS ini amat memuaskan namun murid-murid tahun 6 masih lagi belum menguasai sepenuhnya teknik-teknik dan kaedah menjawab soalan yang betul . Menurut beliau lagi , berdasarkan pengalaman beliau sepanjang mengemudi subjek bahasa Inggeris tahun 6 , situasi ini sudah biasa terjadi di awal tahun persekolahan dan keputusan akan berubah dari semasa ke semasa setelah murid menguasai kemahiran menjawab soalan yang sepatutnya .

VI. Pencapaian Subjek Matematik Dalam PKBS Mac25. Puan A.Sakthiavani selaku guru Matematik tahun 6 dan Ketua Panitia Matematik membentangkan analisa keputusan keseluruhan PKBS Mac bagi matapelajaran Matematik .

BIL

MURID

MATEMATIKKESELURUHAN

GRED A%GRED B%GRED C%GRED D%GRED E%BIL LULUS%BIL GAGAL%

470-510.641736.172144.6848.512246.812553.19

26. Puan A.Sakthiavani menyatakan bahawa masalah utama yang dialami oleh kebanyakan murid tahun 6 adalah gagal menghafal sifir dengan baik . Kemahiran menghafal sifir amat penting kerana kebanyakan penyelesaian masalah dalam soalan Matematik akan melibatkan kemahiran mengira menggunakan sifir .

27. Murid-murid juga didapati tidak memahami konsep atau formula bagi menyelesaikan masalah dalam soalan yang dikemukakan . Terdapat juga murid-murid yang cuai dalam pengiraan yang turut menjejaskan markah mereka dalam PKBS yang lalu .28. Puan A.Sakthiavani menyatakan Program Bijak Sifir telah dilancarkan pada awal bulan Mac yang lalu sebagai langkah latih-tubi ingatan kepada kemahiran sifir . VII. Pencapaian Subjek Sains Dalam PKBS Mac29. Puan S.Sarathamani selaku guru Sains tahun 6 membentangkan analisa keputusan keseluruhan PKBS Mac bagi matapelajaran Sains .

BIL

MURID

SAINSKESELURUHAN

GRED A%GRED B%GRED C%GRED D%GRED E%BIL LULUS%BIL GAGAL%

470-1940.431634.041225.53003574.471225.53

30. Puan S.Sarathamani memaklumkan majoriti pelajar tidak dapat menjawab dengan baik dan tepat terutamanya pada bahagian B yang melibatkan pemerhatian dan kajiselidik gambarajah atau carta . Kebanyakannya masih belum menghafal formula menjawab soalan berbentuk struktur yang telah diajar sebelum ini . Segelintirnya pula boleh mengingat formula jawapan tetapi mengaplikasikannya pada soalan yang tidak berkaitan dengan konsep formula tersebut .

31. Selain itu , Puan S.Sarathamani memaklumkan , masalah turut berlaku pada Bahagaian A iaitu bahagian soalan berbentuk objektif di mana murid-murid tidak dapat memilih jawapan yang tepat bagi soalan yang dikemukakan . Ia berpunca daripada kurangnya pembacaan berkenaan fakta-fakta Sains di kalangan murid-murid. Berdasarkan bancian rambang yang dilakukan olehnya , beliau mendapati murid-murid tidak mempunyai buku rujukan tambahan atau buku latihan tambahan sebagai latihan sampingan mereka di rumah . Beliau telah menyarankan kepada murid-murid agar mendapatkan segera buku-buku latihan tersebut sebagai persediaan sebelum menghadapi peperiksaan sebenar .

32. Masih terdapat murid yang belum memahami maksud istilah-istilah Sains dan fungsinya dalam menjawab soalan Sains . Beliau telah mengambil langkah menyediakan nota bacaan yang menyenaraikan pelbagai istilah-istilah Sains dan fungsinya kepada murid-murid .

VIII. Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran33. Puan K.Danaletchimy meminta kepada semua guru tahun 6 yang mengajar subjek teras UPSR supaya dapat mencari satu formula dan jalan penyelesaian yang terbaik dalam mengatasi kelemahan dan kepincangan pembelajaran murid-murid tahun 6 . Beliau amat yakin dengan kecekapan dan dedikasi guru-guru tahun 6 yang pastinya akan mencari kaedah terbaik dalam menjana semula kecemerlangan akademik murid-murid tahun 6 .

34. Puan A.Tamil mathi juga berpendapat seandainya ada program yang memerlukan penglibatan ibubapa murid-murid tahun 6 , diharapkan penyelaras tahun 6 dapat memaklumkan program tersebut pada pentadbir sekolah kerana ia dibawah program SARANAN. Ibubapa juga harus dilibatkan kerana tugas menjana kecemerlangan pelajar bukannya terletak di bahu guru-guru 100 % tetapi melibatkan kolaborasi dengan pihak ibubapa .

35. Program Peningkatan UPSR 2013 telah siap didokumentasikan . Guru-guru yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan pelan strategik yang telah dirancang dalam program tersebut boleh merujuk dokumentasi tersebut yang diletakkan di pejabat sekolah .

36. PK Pentadbiran juga mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada semua guru yang terlibat menjayakan Program Muhibah Bersama IbuBapa Calon UPSR 2015 yang telah pada 01 Februari 2015 yang lalu . Melalui program tersebut , sedikit sebanyak ia telah memberi input kepada ibubapa calon tentang halatuju dan strategik yang dirangka oleh pihak sekolah terutamanya guru-guru tahun 6 dalam menjana kecemerlangan anak-anak mereka yang bakal menduduki peperiksaan UPSR nanti . Penerangan guru-guru matapelajaran berkaitan permasalahan anak-anak dalam p&p akan mampu menjadikan ibubapa lebih prihatin dengan keperluan mendampingi anak-anak-anak dalam waktu-waktu sebegini agar menambahkan lagi motivasi diri dalam diri pelajar berkenaan .

IX. Hal-Hal Lain37. Encik M.Manoring selaku PK Hal ehwal murid mencadangkan supaya program motivasi yang sedang dan akan dijalankan berterusan sehingga UPSR 2015 pada hari Ahad pukul 11.00 pagi bagi murid-murid tahun 6. Menurutnya lagi , program ini membawa banyak faedah khusus sebagai santapan rohani murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan .

38. Puan S.Ambika selaku Setiausaha Peperiksaan memaklumkan sekiranya ada di kalangan guru-guru kelas atau guru yang mengajar subjek teras tahun 6 yang ingin mendapatkan markah PKBS Mac yang lalu,boleh mendapatkan salinannya daripada beliau .

39. Beliau juga mencadangkan untuk mengadakan kelas tambahan pada pukul 6 petang hingga 8 malam. Ini kerana, beliau berkata bahawa murid-murid tidak dapat menumpuhkan perhatian disebabkan mereka sangat letih kerana setelah habis sekolah 1.15 petang kita terus mengadakan kelas tambahan pada pukul 1.45 petang.

40. Semua guru menyokong cadangan beliau dan cadangan ini akan dibincangkan dalam perjumpaan waris yang akan datang.

41. Guru Besar berasa risau tentang pengangkutan semasa balik. Beliau berharap agar tiada masalah yang timbul akibat pengangkutan dan beliau menegaskan tentang keselamatan pada masa kelas tambahan.

X. Ucapan Penangguhan42. Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih di atas sokongan semua guru yang berusaha menjana kecemerlangan murid-murid tahun 6. Beliau juga berharap agar warga pendidik tahun 6 cekal dengan cabaran UPSR 2015.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.45 petang.

Disediakan oleh :

Minit Mesyurat disahkan oleh :

..

...........................................................( PN.K.DEVAHI A/P KRISHNAN ) ( ENCIK ASOKUMAR A/L DANAPALAN )

Penyelaras UPSR 2015

Guru Besar

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Victoria . Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang VictoriaTarikh : .

Tarikh : ................................................SJK (TAMIL) LADANG VICTORIA

09400 PADANG SERAI,

KEDAH DARUL AMAN. TEL : 04-5000016

E-mail: HYPERLINK "mailto:[email protected]" [email protected] FAX: 04-4002053

KOD SEKOLAH: KBD5047