minit mesyuarat kokurikulum kali ke 2

Upload: sjktlub2

Post on 03-Nov-2015

88 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

  • Minit Mesyuarat Mesyuarat Kokurikulum Kali ke 2 Tahun 2013

    Tarikh: 6 Mac 2013 Masa: 1.40 petang Tempat: Bilik Mesyuarat SKGN Pengerusi: Pn Noorizah binti Shuid Guru Besar Sekolah Kebangsaan Guar Nangka

    Kehadiran: 1) Pn. Noorizah binti Shuid (GURU BESAR) 2) Pn. Dalila binti Awang (GPK PENTADBIRAN) 3) En. Chatri A/L Sing (GPK KOKURIKULUM) 4) En. Osman bin Osman (GPK HEM) 5) Pn. Ainun Kamaliyah binti Kamarul Zaman 6) Pn. Athiyah binti Shuid 7) Pn. Azizah binti Hassan 8) Pn. Fauziah binti Musa 9) Pn. Hartina binti Rosdi 10) Pn. Hasnah binti Wahab 11) Pn. Hasniyanti binti Mohd Hanafiah 12) Pn. Hayati binti Yahaya 13) Pn. Jamalulhaslina binti Fuad 14) En. Mohamad Sofi bin Hassan 15) En. Muhamad Ridzuan bin Hj. Ismail 16) Pn. Norliza binti Kadir 17) Pn. Nur Adila binti Mohd Fadzil 18) Pn. Nur Nasihah binti Abdullah 19) En. Rohisyam bin Abidin 20) Pn. Salihah binti Abd Kadir 21) Pn. Sharizah binti Abdullah 22) Pn. Siti @ Lebar binti Rejab 23) Pn. Suraiza binti Abdullah 24) Pn. Suriany binti Idris 25) Cik Sopiah binti Omar

    Tidak Hadir Bersebab: 1) En. Yusrizal bin Yusoff 2) En. Wan Muhammad Nizar bin Wan Pe

  • 1. PERUTUSAN PENASIHAT (Guru Besar)

    1.1 Ucapan Aluan Terima kasih atas kesudian guru-guru hadir ke mesyuarat. Guru yang tidak dapat hadir telah memaklumkan ketidakhadiran pada pentadbiran.

    Tindakan: SEMUA GURU

    1.2 Kelolaan Dan Penyertaan Kejohanan Bola Jaring Tuan Penasihat memberikan penghargaan kepada GPK Kokurikulum dan guru-guru kerana telah berjaya mengelola kejohanan yang berlangsung dan telah menyertai beberapa pertandingan di peringkat PKP.

    Tindakan: SEMUA GURU

    1.3 Kejayaan Dalam MTQ 2013 Tuan Penasihat juga menyampaikan penghargaan terima kasih dan tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam kerana telah berjaya memperoleh tempat dalam MTQ baru-baru ini.

    Tindakan: GURU PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

    1.4 Aktiviti Kokurikulum Buat waktu ini, program dan aktiviti-aktiviti Kokurikulum berjalan lancar di sekolah.

    Tindakan: SEMUA GURU

    2.0 UCAPAN PENGERUSI (GPK KO)

    2.1 Kejohanan Bola Jaring Ucapan terima kasih kepada semua guru termasuk staf sokongan yang telah berjaya dalam kejohanan bola jaring.

    Tindakan: SEMUA GURU

    2.2 Kejohanan Bola Sepak dan Balapan dan Padang Tahniah juga untuk guru dan peserta dalam kejohanan bola sepak serta kejohanan balapan dan padang yang telah berusaha bersungguh-sungguh. Usaha dan upaya boleh ditingkatkan lagi pada tahun hadapan.

    Tindakan: SEMUA GURU

    2.3 Kejohanan Bola Baling Untuk persediaan peserta kejohanan bola baling, jaring telah dipasang dan line padang juga telah dibuat. Untuk itu, latihan bola baling boleh dilaksanakan dengan baik.

    Tindakan: GURU PENASIHAT DAN JURULATIH BOLA BALING

    2.4 Kejohanan Sepak Takraw GPK KO memaklumkan kejohanan sepak takraw akan berlangsung pada hujung bulan Mac.

    Tindakan: GURU PENASIHAT DAN JURULATIH SEPAK TAKRAW

  • 3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU BIL. 1 TAHUN 2013 Minit mesyuarat dibentangkan untuk disahkan oleh Puan Norliza binti Kadir dan disokong oleh Puan Ainun Kamaliyah binti Kamarul Zaman.

    4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT (MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT YANG LEPAS)

    4.1 Air Untuk Merentas Desa Tuan Guru Besar memaklumkan tentang air untuk latihan kejohanan merentas desa akan disediakan oleh pihak kantin sekolah.

    Tindakan: SEMUA GURU

    4.2 Buku Log Kehadiran Guru Puan Dalila meminta agar diwujudkan buku log untuk kehadiran guru dalam setiap aktiviti kokurikulum.

    Tindakan: SEMUA GURU

    4.3 Bengkel Peningkatan Prestasi Kokurikulum Guru Besar memaklumkan bengkel peningkatan prestasi kokurikulum akan dilaksanakan apabila ada masa-masa terluang.

    Tindakan: SEMUA GURU

    4.4 Peka Setiap Aktiviti Guru Besar mengingatkan semua guru untuk sentiasa peka terhadap setiap aktiviti kokurikulum akan akan dijalankan.

    Tindakan: SEMUA GURU

    4.5 Notebook 1Malaysia Guru Besar memaklumkan pihak sekolah telah menerima 26 buah notebook 1Malaysia.

    Tindakan: SEMUA GURU

    5.0 KEJOHANAN MERENTAS DESA

    5.1 Persedian Kejohanan Merentas Desa GPK Ko memaklumkan kejohanan merentas desa semakin hampir dan meminta semua guru membuat persedian bagi setiap tugasan yang diberikan.

    Tindakan: SEMUA GURU

    5.2 Tugas Pelepas Merentas Desa Guru Besar dan GPK HEM diberi tugas sebagai pelepas bagi kejohanan merentas desa kali ini.

    Tindakan: SEMUA GURU

  • 5.3 Bidang Tugas GPK Ko menekankan berkenaan bidang tugas masing-masing dan peka pada peta laluan merentas desa kali ini termasuk menyediakan kad nombor pemenang, lorong ikut tahun dan label meja.

    Tindakan: SEMUA GURU

    5.4 Terima Kasih Dan Harapan GPK Ko mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama guru-guru dan menyatakan hasrat agar kejohanan kali ini mencapai kejayaan.

    Tindakan: SEMUA GURU

    6.0 HAL-HAL LAIN

    6.1 MTQ PKP Arau Puan Siti@Lebar mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan guru yang telah sama-sama menjayakan MTQ PKP Arau dan memaklumkan 3 orang wakil sekolah telah berjaya ke peringkat negeri.

    Tindakan: GURU PENDIDIKAN ISLAM & JQAF

    6.2 Pelapis Bola Jaring Puan Ainun memaklumkan untuk membuat pemilihan peserta pelapis bola jaring lebih awal untuk persediaan tahun depan.

    Tindakan: SEMUA GURU

    6.3 Nombor Jersi Baru Puan Norliza mencadangkan agar dinomborkan jersi-jersi yang baru.

    Tindakan: UNIT KOKURIKULUM

    6.4 Jersi Dan Stoking Bola Sepak En Sofi memaklumkan jersi dan stoking untuk kejohanan bola sepak telah cukup dikumpulkan.

    Tindakan: UNIT KOKURIKULUM

    6.5 Perancangan Aktiviti Guru Besar mengharapkan agar segala perancangan aktiviti kokurikulum tahun ini berjalan lancar dan mengikut perancangan yang telah dibuat.

    Tindakan: SEMUA GURU

  • 7.0 PENUTUP

    7.1 Guru Besar memohon maaf jika terdapat salah silap sepanjang pengendalian mesyuarat.

    Mesyuarat ditangguh : 3.25 petang.

    ................................................ Minit dicatat oleh: Disediakan oleh Rohisyam bin Abidin Setiausaha Kokurikulum Setiausaha Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Guar Nangka Sekolah Kebangsaan Guar Nangka Tarikh: 10 Mac 2013