minit mesyuarat kedua tmk 2015 .docx

7
MINIT MESYUARAT PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI 2/2015 SK BUKIT JANA Tarikh : 22 Mei 2015 Hari : Selasa Masa : 1.10 hingga 2.00 petang Tempat : Bilik Pusat Akses Sekolah. Kehadiran : 1. En. Mohd Zolkafli Bin Mohd Razali Penolong Kanan Pendidikan Khas 2. En.Hazyzyizuan Bin Abu Hassan Ketua Panitia 3. En.Sultan Bin Haseng Setiausaha AGENDA 1. UCAPAN PENGERUSI 2. UCAPAN PENASIHAT 3. PEMBENTANGAN PROGRAM ICT SEKOLAH 4. LAPORAN PERALATAN ICT 5. HAL-HAL LAIN 6. PENUTUP

Upload: hazyzyizuan-bin-abu-hassa

Post on 15-Sep-2015

87 views

Category:

Documents


39 download

DESCRIPTION

MINIT MESYUARAT kedua tmk 2015 .docx

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI 2/2015SK BUKIT JANA

Tarikh : 22 Mei 2015Hari : SelasaMasa : 1.10 hingga 2.00 petangTempat : Bilik Pusat Akses Sekolah.

Kehadiran : 1. En. Mohd Zolkafli Bin Mohd Razali Penolong Kanan Pendidikan Khas2. En.Hazyzyizuan Bin Abu HassanKetua Panitia 3. En.Sultan Bin HasengSetiausaha

AGENDA

1. UCAPAN PENGERUSI2. UCAPAN PENASIHAT3. PEMBENTANGAN PROGRAM ICT SEKOLAH4. LAPORAN PERALATAN ICT5. HAL-HAL LAIN6. PENUTUP

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru yang terlibat.1.2 Beliau berharap kerjasama semua AJK ICT untuk bekerjasama melakukan inovasi ICT khasnya berkaitan dengan Pengajaran dan pembelajaran. 1.3 Beliau meminta guru terus menggunakan peralatan dan perisian ICT dalam P&P dengan baik dan berhemah memandangkan sekolah telah menerima penggantian komputer di makmal sekolah.

2. UCAPAN PENASIHAT

2.1Puan Noraidah bt Ayob mangalu-alukan kehadiran semua guru yang terlibat dalam mesyuarat kali ini.2.2Penasihat juga menyatakan mengenai sumbangan sebanyak 5 unit komputer terpakai yang akan diletakkan di Pusat Aksess.2.3Beliau juga mengutarakan pertanyaan mengenai jadual penggunaan bilik-bilik khas terutamanya Pusat Aksess.2.3Beliau turut menyentuh berkenaan peralatan PPSMI terutamanya berkaitan komputer riba, dimana 8 buah masih boleh digunakan daripada 33 buah yang diterima dan pengagihannya adalah kepada guru-guru yang terlibat dengan PPSMI sahaja.

3.PEMBENTANGAN PROGRAM ICT SEKOLAH

3.1 Zoom-A adalah program e-learning yang dijalankan pada setiap tahun dan akan diteruskan pada tahun ini. Pada tahun ini , 10 tiket tahun 6 akan dibeli dengan nilai RM100 dan akan dipohon melalui peruntukkan dari akaun PIBG sekolah. ( saya pohon guru-guru tahun 6 menggunakan kelebihan ini untuk melakukan ujian ringkas atau pengesanan memandangkan di dalam zoom-A ada koleksi kertas UPSR dari tahun 2005 hingga 2011).

Tindakan : Penyelaras Bestari

3.2 Laman web sekolah iaitu www.skbukitjana.net pada tahun ini tidak akan disambung memandangkan hanya ada seorang pentadbir sahaja boleh membina dan mengubahsuai laman web sekolah serta bayaran tahunannya agak mahal. Satu langkah yang terbaik adalah dipindahkan maklumat ke blog, memandangkan laman blog adalah percuma dan ramai guru yang tahu untuk mengubahsuai dan mengemaskini blog. Laman web sekolah telah digantikan dengan laman blog iaitu www.skbukitjanalms.blogspot.com. Jikalau ada maklumat penting yang hendak dikongsi bersama guru, guru boleh berikan maklumat dalam bentuk softcopy kepada En. Nur Hafizzan. Dengan merujuk kepada lampiran A iaitu Jawatan kuasa kerja pembinaan laman blog akan dilaksanakan seberapa segera. Tindakan : Penyelaras Bestari

3.3 Satu kursus pengenalan blog kepada murid tahun 6 selepas UPSR akan diadakan dan akan dimasukkan ke dalam Program selepas UPSR. Ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada murid cara-cara untuk menghasilkan bahan atau maklumat digital selain daripada Microsoft Office.

3.4 Pada bulan oktober tahun lepas, guru ICT telah mengadakan satu kursus penggunaan Laman Frog VLE. Namum demikian guru besar mencadangkan satu kursus Frog VLE untuk tahun ini bagi memantapkan lagi pengetahuan guru-guru terhadap pembudayaan ICT di dalam bilik darjah di alaf baru. Tarikh kursus yang dicadangkan adalah pada bulan Mac.

3.5 Kata kunci akan diberikan kepada murid selewat-lewatnya pada bulan Mac 2013 memandangkan penyelaras memerlukan masa untuk menyusun nama-nama murid tahun lepas ke tahun semasa mengikut kelas baru.

3.6 Sehingga hari ini dua kelas telah menerima kursus Frog VLE iaitu kelas 6 Bestari dan 5 Wira. Namun begitu, terdapat beberapa masalah semasa menjalankan kursus tersebut iaitu :i. Perlukan 6 waktu untuk murid mendapat latihan penuh penghasilan laman Frogii. Murid bergilir-gilir menggunakan komputer memandangkan satu makmal mempunyai 20 komputer sahaja.iii. Laman Frog VLE kadang-kadang CRASH dan perlu reset komputer dan buka semula laman Frog. (kekangan masa)

Tindakan : Penyelaras Frog VLE

4.LAPORAN PERALATAN ICT

4.1 Pada 14 Disember 2012 yang sekolah telah menerima sebanyak 42 buah komputer makmal sebagai penggantian keseluruhan komputer yang rosak. Di samping itu sekolah turut menerima 2 buah komputer dan 2 buah projektor untuk kegunaan makmal. Beikutan daripada itu, jika berlaku sebarang kerosakan komputer yang diterima, sekolah boleh menghubungi terus pihak pembekal komputer sekolah iaitu Mecca.4.2 Komputer makmal yang baru akan di pasang e-Rekod yang tujuan dokumentasi.4.3 Jadual waktu penggunaan makmal sekolah akan disediakan oleh Pn. Ainal Mardziah selaku guru media sekolah

Tindakan : Makluman

5. HAL-HAL LAIN.

5.1 Guru-guru yang menyimpan apa-apa peralatan ICT termasuklah LCD dan penggunaan pusat akses sekolah perlulah mengisi borang bagi tujuan pemantauan penggunaan peralatan ICT dan pusat akses.

5.2 ICTL di dalam subjek English pada tahun ini sepatutnya tahun 6, minta guru BI bijak menggunakan jadual memandangkan komputer di makmal sekolah dalam proses penggantian dan hanya pusat akses sahaja yang ada menjadi pusat komputer sekolah.

6. PENUTUP

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh: ..................................................... En. Hazyzyizuan Bin Abu Hassan Setiausaha TMK

Disahkan oleh:......................................................Pn. Noraidah bt AyubGuru Besar

Lampiran A

JAWATANKUASA BLOG SEKOLAH

PenasihatPn.Hjh Noraidah Binti Ayub ( Guru Besar )

Pentadbir BlogEn. Hazyzyizuan Bin Abu Hassan ( Guru Penyelaras Bestari ) En. Nur Hafizzan Bin Yusof ( Juruteknik )

Ahli Jawatankuasa Pengisian Blog

En. Sultan Bin Haseng ( Guru Data )Pn. Ainal Mardziah Binti Ayiyie ( Guru Media )En. Kamarul Ariffin Bin Che Kamaluddin ( KP PJK )En.Khairurraihan Bin Muriddun ( Guru Disiplin )