minit mesyuarat kali pertama 2015

6
SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG RAMAI, 02000 KUALA PERLIS, PERLIS MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL KALI PERTAMA/2015 Tarikh : 22 Januari 2015 Hari : Khamis Masa : 3.00 petang Tempat : Bilik Mesyuarat SKSR Kehadiran : 1. Pn. Rashidah bt Mohd Saff (GPK Pentadbiran) 2. Pn. Normah bt Kadir (Ketua Panitia PSV) 3. Pn. Ida Hasniza bt Ahmad Roslani (Setiausaha) 4. En. Mohd. Nazlishah b Jaya 5. Pn. Nor’ain bt Daud 6. Pn. Masliyah bt Wahab 7. En. Azman b Abdul 8. En. Md Hamry b Ismail 9. En. Mohd Roslan b Bakar 1.0 UCAPAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada GPK Pentadbiran dan semua guru yang dapat meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke mesyuarat panitia PSV kali pertama pada tahun ini. Fail Panitia PSV 1

Upload: ida-hasniza

Post on 13-Nov-2015

40 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

minit

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG RAMAI,02000 KUALA PERLIS, PERLIS

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUALKALI PERTAMA/2015

Tarikh: 22 Januari 2015Hari: KhamisMasa: 3.00 petangTempat: Bilik Mesyuarat SKSR

Kehadiran:1. Pn. Rashidah bt Mohd Saff (GPK Pentadbiran)2. Pn. Normah bt Kadir (Ketua Panitia PSV)3. Pn. Ida Hasniza bt Ahmad Roslani (Setiausaha)4. En. Mohd. Nazlishah b Jaya5. Pn. Norain bt Daud6. Pn. Masliyah bt Wahab7. En. Azman b Abdul8. En. Md Hamry b Ismail9. En. Mohd Roslan b Bakar

1.0 UCAPAN PENGERUSI1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada GPK Pentadbiran dan semua guru yang dapat meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke mesyuarat panitia PSV kali pertama pada tahun ini.1.2 Beliau berharap agar mesyuarat kali ini akan dapat meningkatkan mutu PdP untuk peningkatan pretasi murid dan sekolah.1.3 Beliau juga menyarankan agar guru-guru dapat membuat senarai peralatan yang ingin dibeli dan menyerahkan kepada beliau untuk tindakan selanjutnya.

2.0 UCAPAN GPK PENTADBIRAN2.1 Beliau mengucapkan sekalung tahniah buat guru-guru yang hadir pada mesyuarat kali ini serta tahniah juga kepada Ketua Panitia kerana Berjaya merangka tarikh dan masa untuk mesyuarat ini dijalankan dengan jayanya.2.2 Beliau menyarankan agar mesyuarat tidak hanya berlangsung di awal tahun sahaja kerana sepatutnya mesyuarat panitia harus berlangsung empat kali dalam setahun meskipun PSV dilihat sebagai bukan subjek yang penting, peranannya tetap ada dimana KPM masih mengeluarkan bajet untuk mata pelajaran PSV/DSV.2.3 Beliau menasihatkan seboleh-bolehkan wang panitia digunakan untuk aktiviti didalam PdP serta mempelbagaikan aktiviti dan libatkan murid secara aktif.2.4 Ruang-ruang didalam kelas mahupun Bilik seni digunakan untuk mempamerkan hasil seni murid yang boleh dipertontonkan kepada murid yang lain.2.5 Bulan September adalah bulan aktif bagi panitia PSV dimana beliau meminta panitia merangka aktiviti sepanjang bulan tersebut dan pastikan kertas kerja dibuat serta laporan program didokumentasikan.2.6 Akhir kata, beliau mengajak guru-guru sama-sama bermuhasabah dan tetapkan di dalam pendirian bahawa tugas mendidik itu amat berat serta telah diamanahkan oleh Allah SWT kepada kita golongan pendidik dan didiklah sebaik mungkin anak-anak ini.

3.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU3.1 Pn. Masliyah menyokong minit mesyuarat disahkan dan En. Hamry menyokong.

4.0 PERKARA BERBANGKIT4.1 Pn. Normah menasihatkan guru-guru yang telah menggunakan Bilik Seni sewaktu menjalankan sesi PdP, sila kemaskan bilik berkenaan dan minta kerjasama bersihkan serta tutup suis kipas sebelum keluar dari Bilik Seni tersebut.4.2 Pn. Ida Hasniza bertanya adakah projek mural yang dirangka pada tahun 2014 telah dijalankan atau belum. Jika tidak, sepatutnya tahun 2015 ini boleh dijalankan.

5.0 PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN PSV5.1 Pn. Masliyah meminta guru PSV mengambil carta di dalam bilik BBM bagi tujuan PdP serta meminta guru-guru yang mengajar subjek KSSR memuat turun DSKP masing-masing.

6.0 PROGRAM PANITIA 20156.1 Ujian bulan Mac, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Ujian bulan Ogos dan Peperiksaan Akhir Tahun bagi matapelajaran PSV/DSV.6.2 Mesyuarat Panitia akan dijalankan 3 kali setahun iaitu pada bulan Januari, Jun dan Oktober.6.3 Projek kesenian iaitu menepah banner untuk tujuan maklumat berkaitan Seni Visual.6.4 Pertandingan poster sempena Hari Kebangsaan pada bulan Ogos atau September.6.5 Program selepas UPSR dimana jenis program akan dirangka kemudian.

7.0 HAL-HAL LAIN7.1 En Roslan bertanya sama ada Bilik Seni sudah dibekalkan dengan penyapu dan bakul sampah atau belum untuk tahun ini.7.2 Pn. Normah mengatakan bahawa kerusi yang terdapat di dalam Bilik Seni sudah banyak yang patah dan En.Roslan merespon soalan tersebut dengan mengatakan bahawa kerusi boleh di ambil di Makmal Sains yang lama.7.3 Pn. Norain bertanya sama ada waktu PdP PSV adakah boleh digantikan dengan aktiviti mata pelajaran yang lain dan Pn.Rashidah merespon sebaik-baiknya guru harus mengajar mata pelajaran PSV dan jika waktu masih berbaki, bolehlah mengajar mata pelajaran yang lainnya.7.4 Pn. Normah memaklumkan bahawa hujung minggu ini, 24 Januari 2015 ada Program Melukis yang dianjurkan oleh Persatuan Pelukis-pelukis Negeri Perlis bertempat di hadapan C-MART Arau, Perlis dan meminta guru-guru yang mempunyai masa lapang hadir untuk member sokongan kepada peserta wakil sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Disediakan oleh;Disemak oleh;

______________________________________________(IDA HASNIZA BT AHMAD ROSLANI)(NORMAH BT KADIR)S/U Panitia PSVKetua Panitia PSVSK Seberang RamaiSK Seberang Ramai

Fail Panitia PSV 3