minit mesyuarat kali ke 4 matematik tambahan 2014

Upload: rohaya-morat

Post on 02-Jun-2018

275 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Minit Mesyuarat Kali Ke 4 Matematik Tambahan 2014

    1/5

    PANITIA MATEMATIK TAMBAHAN

    SEKOLAH MENENGAH SAINS TELUK INTAN

    36000 TELUK INTAN

    PERAK

    MINIT MESYUARAT KALI KE EMPAT 2014

    Tarikh : 04 November 2014 ( selasa )

    Masa : 1.002.30 PTG

    Tempat : Bilik Makmal Matematik SEMESTI.

    Hadir : En Abdul Halim bin Abd AzizGuru Kanan Teknik & Vokasional

    : Pn Rohaya binti Morat - ketua panitia / Guru cemerlang MT/ penyelaras tingkatan 5

    : Cik Sutha a/p Mogondan - Setiausaha

    : Cik Siti Hajar b Rosli

    Penyelaras tingkatan 4

    1.0Ucapan Pengerusi

    1.1

    Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli panitia terutamanya

    kepada ahli panitia.

    1.2

    Pengerusi meminta ahli panitia membincang perkara-perkara yang boleh kita bantu

    untuk kecemerlangan pelajar

    Tindakan : Makluman

    2.0

    Ucapan Guru Kanan Teknik & Vokasional/Pengetua

    2.1

    Beliau mengucapkan selamat datang kepada semua ahli panitia yang lain.

    2.2Beliau berharap semua ahli panitia dapat memberikan sepenuh tenaga untuk

    menjalankan semua aktiviti yang dirancang untuk memastikan kecemerlangan panitia.

    2.3

    Guru Kanan mengingatkan kembali serba sedikit tentang Matematik sebagai kebitaraan

    akademik , dan Matematik Tambahan merupakan salah satu cabang dalam Matematik.

    Banyak aktiviti yang dirancang pada tahun 2015 dan diharap semua aktiviti yang telah

    termaktub dalam RFP dilaksanakan dengan jayanya.

    2.4Menyatakan semua komen dan ulasan semasa mesyuarat kurikulum harus diterima

    seccara positif dan mengambilnya sebagai peluang dan cabaran ntuk menyusun langkahpenambahbaikan yang memungkinkan panitia ini berada sentiasa pada ranking top 20

    dikalangan SBP, insyaallah.

    2.5

    Wang PCG hendaklah diuruskan sebaik mungkin untuk kegunaan pelajar pada tahun

    2015 nanti

    3.0

    Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat kali ke 3 sesi 2013

    3.1Cik Sutha mencadangkan supaya minit mesyuarat disahkan

    3.2

    Disokong oleh Cik Siti Hajar

    3.3

    Tiada bantahan

    Tindakan : Setiausaha

  • 8/10/2019 Minit Mesyuarat Kali Ke 4 Matematik Tambahan 2014

    2/5

    4.0

    Perkara Berbangkit

    4.1Perkara 6.1, PCG Matematik Tambahan telah pun digunakan dengan meninggalkan baki

    sekitar RM10.23

    4.2

    Perkara 6.1 c, dalam proses pembelian hadiah atau ganjaran kepada pelajar cemerlang

    tingkatan 4 dan 5 bagi setiap peperiksaan yang diadakan dan juga akan diberikan kepada

    pelajar yang membuat loncatan saujana sempena peperiksaan topical dan peperiksaan

    Pra SPM1, Pra SPM2 dan Pra SPM3.

    4.3Perkara 6.4d, Pemberian latihan sebanyak 24 set akan diteruskan pada tahun 2015 dan

    pelajar yang tidak cukup latihannya akan ditolak markahnya mengikut bilangan latihan

    yang telah dibuatnya.

    5

    Analisis Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 2014

    5.1Pelajar-pelajar yang mendapat markah rendah pada peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan

    4 dan Peperiksaan Percubaan SPM SBP telah dikenal pasti untuk menghadiri kelastambahan.

    Peperiksaan Akhir

    Tahun/ Trial SBP

    Bilangan A % Lulus PNG

    2013 2014 2013 2014 2013 2014

    Tingkatan 4 12 8 39.58 27.94 7.35 7.85

    Tingkatan 5 16 17 47.55 40.00 6.972 7.18

    6

    Pengurusan Panitia Matematik Tambahan 2014

    6.1

    PCG Panitia Matematik Tambahan(a)

    Baki telah pun tinggal sekitar RM10.23

    (b) Antara kegunaan wang PCG adalah digunakan untuk membeli hadiah sebagai

    ganjaran kepada pelajar cemerlang tingkatan 4 dan 5 bagi setiap peperiksaan yang

    diadakan.

    (c) Photostat modul ulangkaji Matematik Tambahan untuk Tingkatan 5 prestasi rendah.

    (d)

    Dalam proses membeli lagi beberapa copy buku rujukan yang pelbagai jenis dan

    buku soalan latihan untuk tahun 2015

    6.2

    Pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran

    (a)

    Pencerapan kali ke dua tidak dapat dijalankan.

    6.3

    Latihan Dalam Perkhidmatan Panitia

    (a) Telah dijalankan sebanyak 2 kali sahaja pada tahun ini iaitu dalam bulan Mac dan

    oktober 2014

    6.4Buku Kerja dan Latihan

    (a)

    Buku rujukan yang digunakan adalah FLY HIGH penerbit CERDIK digunakan untuk

    pelajar tingkatan 4 dan 5 pada tahun 2015.

    (b)

    Menggunakan latihan dari dalam buku teks. Pelajar membuat di dalam buku latihanA4 biru dan hantar untuk di semak.

  • 8/10/2019 Minit Mesyuarat Kali Ke 4 Matematik Tambahan 2014

    3/5

    7

    Program Kecemerlangan Akademik 2014

    7.1Tugasan semasa cuti untuk Pelajar tingkatan 4.

    (a)

    Modul tugasan telah diberikan kepada pelajar tingkatan 4 sebaik sahaja peperiksaan

    akhir tahun berakhir.

    (b) Setiap pelajar tingkatan 4 diberi sebuah modul seorang dan sebuah buku tulis A4

    untuk menyiapkan tugasan tersebut. Pelajar akan menghantarkan tugasan tersebut

    pada minggu pertama Januari 2015.

    (c) Tugasan pelajar yang telah disemak dan direkodkan perlu di tunjukkan kepada

    ibubapa mereka supaya ibubapa dan guru-guru semasa hari Interaksi (pertemuan

    antara guru dan ibubapa) sama membantu kecemerlangan prestasi anak mereka.

    7.2

    Ceramah Teknik Menjawab Matematik Tambahan 2014

    (a) Secara keseluruhannya ceramah teknik menjawab ini telah dijalankan kepada pelajar

    tingkatan 5 sebanyak melebihi 20 kali.(b) Dijalankan sebanyak 5 kali sahaja iaitu sebelum peperiksaan akhir tahun tingkatan 4.

    7.3

    Projek penggayaan dan pemulihan SPM 2014

    (a) Untuk projek Pemulihan Pelajar tingkatan 5 akan diteruskan dengan didedahkan

    dengan beberapa tajuk sahaja. Menggunakan konsep Minimum Adequate Syllabus

    iaitu tajuk persamaan serentak, Nombor Indeks, Linear Programming, Geometri

    koordinat, Vektor, Probability Distribution dan Graf trigonometri.

    (b) Membawa pelajar top 40 subjek Matematik Tambahan ke Sekolah Berasrama Penuh

    Integrasi Sabak Bernam untuk belajar bersama pelajar dari sekolah itu. Program

    perkongsian pintar ini dikendalikan oleh Guru Cemerlang Matematik Tambahan Jusa

    C.

    (c) Memberikan latihan set-set soalan tahun-tahun lepas peperiksaan akhir tahun 2010,

    2011, 2012 dan 2013 bagi kertas 1 dan 2 kepada semua pelajar tingkatan 4.

    (d)

    Kelas tambahan yang berupa Seminar Teknik Menjawab bagi kedua-dua kelas akan

    diadakan sekerap yang mungkin bagi setiap kali peperiksaan Pra SPM diadakan.

    (e)

    Tajuk-tajuk yang akan di uji dalam peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 merangkumi

    semua topic.

    (f) Pelajar tingkatan 5 telah mengadakan peperiksaan PRA SPM sebanyak 3 kali.

    (g) Ganjaran berupa sedikit cenderahati akan diberikan kepada pelajar yang mendapat

    keputusan cemerlang dan yang membuat loncatan saujana di perhimpunan pagi

    bagi setiap kali peperiksaan tersebut diadakan.

    7.4

    Program Imam Muda (Guru Muda)

    (a) Guru Muda yang dipilih adalah Muhammad afiq bin Muhammad Ramli, Amira Izzati,

    Nadhirah Aqilah, Pavenedran, Iskandar Harith beberapa orang lagi.

    (b)

    Jadual kelas tambahan bagi setiap Matematik Tambahan telah ditetapkan pada hari

    Ahad malam dan setiap petang dari jam 5.30 6.30 petang yang dikendalikan oleh

    guru muda matematik tambahan.

    (c)

    Setiap malam ahad, bottom 20 orang pelajar seramai 31 akan dimasukkan ke dalamkelas 5IS untuk difokus tajuk-tajuk Minimum Adequate Syllabus.

  • 8/10/2019 Minit Mesyuarat Kali Ke 4 Matematik Tambahan 2014

    4/5

    7.5

    Sentuhan Terakhir

    (a) Memberikan soalan-soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas dari negeri-negeri

    lain kertas 1 dan kertas 2 sehingga sebaik sahaja peperiksaan subjek Matematik

    Tambahan bermula iaitu pada 19 November 2014

    (b) Bagi pelajar yang prestasi rendah, mereka akan didedahkan tajuk-tajuk Minimum

    Adequate Syllabus sahaja.

    (c)

    Jumlah latihan yang dibuat oleh pelajar tingkatan 5 adalah lebihkurang 17 set kertas

    1 dan 17 set kertas 2 soalan format SPM = 34 SET.

    (d) Diharap pelajar dapat menjawab soalan-soalan Matematik Tambahan SPM dengan

    baik dan dapat meningkatkan GPMP addmaths lebih baik dari tahun 2013

    (e) Latihan-latihan dari tajuk-tajuk yang lazim keluar dalam peperiksaan juga diberi

    dalam bentuk topical.

    7.6Program Perfect Score dan projek XA Plus

    (a)

    Untuk pelajar prestasi tinggi, pelajar akan diberi soalan XA Plus manakala pelajar lainakan diberi set-set soalan perfect score SBP

    (b) Peperiksaan semua untuk pelajar gagal telah dilaksanakan dan markah pelajar

    tersebut telah diuploadkan ke SBP untuk dianalisa sebelum 15 oktober 2014.

    8

    Kluster Matematik Yang Telah diluluskan oleh Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah

    Kecemerlangan KPM.

    8.1

    Masters Trainers/ Guru Muda

    (a)

    Program Sekolah Angkat

    melibatkan pelajar dari sekolah harian yang berpotensi

    gred A). Aktiviti pertama telah dijalankan pada 14 April 2014

    (b) Projek kedua telah dijalankan pada 18 oktober 2014 bagi program sekolah angkat

    melibatkan sekolah harian potensi Gred A

    (c)

    Akan cuba dilaksanakan secepat mungkin untuk meningkatkan motivasi pelajar.

    (d) Tuntutan telah dibuat mengikut amaun yang telah ditetapkan dalam RFP SEMESTI.

    8.2

    Pertandingan dan Kuiz Matematik Daerah, Kebangsaan dan Antarabangsa

    (a) Kuiz Matematik Tambahan Daerah Hilir Perak. Telah dijalankan pada 09 Julai 2014.

    Muhammad Afiq bin Muhammad Ramli telah Berjaya mendapat Sijil Kepujian dalam

    Kuiz tersebut.

    (b) American Mathematics Competition telah digantikan dengan Kanggaroo Maths

    Competition dan telah dijalankan pada 03 April 2014.

    Seramai 15 pelajar menyertai pertandingan kuiz ini. 9 orang pelajar dapat anugerah

    Honorable Mention dan seorang pelajar dapat Bronze Medal.

    (c)

    Australian Mathematics Contest yang akan diadakan pada bulan 12 ogos 2014

    melibatkan 20 orang pelajar. 0 orang pelajar dapat Distinction dan 5 orang pelajar

    dapat Credit.

    (d)

    International Competition and Assessment for School (ICAS) New South Wales

    (RM685) yang akan diadakan pada 02 ogos 2014 melibatkan 20 orang pelajar. 3orang pelajar dapat distinction dan 4 orang pelajar dapat credit.

  • 8/10/2019 Minit Mesyuarat Kali Ke 4 Matematik Tambahan 2014

    5/5

    (e)

    Kuiz Olimpiad matematik Kebangsaan Anjuran Persatuan Matematik Malaysia telah

    dijalankan pada 13 Julai 2014 melibatkan 40 orangpelajar. 3 orang pelajar terpilih

    untuk menyertai peperiksaan pemilihan kem International Mathematics Olympiad

    (IMO)

    (f) The Beaver Competition telah dijalankan secara online menggunakan computer

    koperasi sekolah dan didapat 12 orang pelajar mendapat distinction dalam ujian

    tersebut.

    8.3Kem Olimpiad Matematik (Lulus Bersyarat RM4700)

    (a) Permohonan kertas kerja dan lain-lain dokumen telah dikemukakan perincian

    program kepada BPSBPSK Sebut harga Program, biodata penceramah dan sijil

    kewangan.

    (b)

    Dikendalikan oleh Ardent Educational Consultants Sdn. Bhd

    (c) Telah dijalankan pada 2123 Jun 2014 dibilik Gerakan SEMESTI melibatkan SEMESTI

    dan jemputan sekolah Hilir Perak dengan kehadiran pelajar seramai 80 orang.

    8.4Program Jalinan SEMESTI - UPSI

    (a)

    Mesyuarat pertama bersama Dekan-Dekan dan Ketua Jabatan UPSI akan diadakan

    pada 15 april 2014

    (b)

    Mesyuarat kedua telah dijalan di UPSI pada 11 julai 2014

    (c)

    Membincangkan aktiviti yang akan dijalankan menjurus kepada program jalinan dan

    jaringan SEMESTIUPSI Bangunan KPM di Putrajaya pada 23 oktober 2014.

    (d) SEMESTI telah berkerjasama dengan UPSI dan UM dalam program Bengkel

    Kulkulator grafik yang diadakan pada 57 september 2014.

    8.5

    Seminar Penyelidikan Matematik dalam kejuruteraan Anjuran Jabatan Matematik

    Universiti Sains Malaysia.

    (a) Peruntukan yang diluluskan RM660.00 dan telah dijalankan pada 21 Mei 2014

    (b)

    Mohon Fakulti Matematik UM mengongsikan penyelidikan Matematik mereka

    kepada pelajar SEMESTI dan telah dijalankan pada 28 ogos 2014. Kami pergi ke

    Fakulti Perubatan dan Geleri UM.

    9 HalHal Lain

    9.1Guru-guru hendaklah sentiasa memberi motivasi kepada pelajar supaya belajar

    Matematik Tambahan kerana subjek ini penting untuk masa depan pelajar itu sendiri.

    9.2Guru-guru hendaklah sentiasa memantau hasil kerja latihan murid.

    9.3

    Ujian topical hendaklah di jalankan kepada semua pelajar apabila selesaikan sahaja P & P

    Guru.

    9.4Sukatan pelajar perlu dihabiskan sebelum bulan Jun untuk pelajar tingkatan 5 dan bulan

    September untuk pelajar tingkatan 4. Kelas tambahan telah dibuat untuk

    mempercepatkan sukatan pelajaran masih belum dihabiskan.

    9.5Tugasan semasa cuti telah pun diedarkan kepada pelajar tingkatan 4 dan perlu hantar

    jawapan pada minggu pertama bulan Januari 2015.

    DISEDIAKAN OLEH : PN ROHAYA BINTI MORAT (GURU CEMERLANG MAT TAMBAHAN SEMESTI)