minit mesyuarat jawatankuasa pss

5
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH 1/2015 SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA AJAU BETONG Tarikh : 05/03/2015 Hari : Khamis Masa : 3.00 petang Tempat : Pusat Sumber Sekolah Kehadiran: 1. En. Entebang Tawi [PK Pentadbiran DG32] 2. Pn. Veronica Luka anak Dunggat [Guru Perpustakaan & Media DG41] 3. En. Ahmad Noor Muhaimi Bin Noor Ley [Guru Akademik DG41] 4. En. Ujai Anak Tandang [Guru Akademik DG34] 5. Cik. Grisulan Jonathan Sabai [Guru Akademik DG34] 6. Cik Akmal Adilah binti Dzayaoakmal [Guru Akademik DG41] Agenda Mesyuarat: 1. Perutusan pengerusi 2. Pembentukan jawatankuasa 3. Aktiviti-aktiviti PSS 4. Proses peminjaman 5. Melabel bahan bacaan 6. Hal-hal lain 1. PERUTUSAN PENGERUSI Pengerusi En. Entebang mengucapan selamat petang dan selamat datang ke mesyuarat kali pertama sesi 2015 kepada semua guru. Terima kasih kerana telah hadir pada petang ini. Pengerusi

Upload: muhaimi-noor-ley

Post on 23-Jan-2016

67 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pss

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pss

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH 1/2015

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA AJAU BETONG

Tarikh : 05/03/2015Hari : KhamisMasa : 3.00 petangTempat : Pusat Sumber Sekolah

Kehadiran:

1. En. Entebang Tawi [PK Pentadbiran DG32]

2. Pn. Veronica Luka anak Dunggat [Guru Perpustakaan & Media DG41]

3. En. Ahmad Noor Muhaimi Bin Noor Ley [Guru Akademik DG41]

4. En. Ujai Anak Tandang [Guru Akademik DG34]

5. Cik. Grisulan Jonathan Sabai [Guru Akademik DG34]

6. Cik Akmal Adilah binti Dzayaoakmal [Guru Akademik DG41]

Agenda Mesyuarat:

1. Perutusan pengerusi2. Pembentukan jawatankuasa3. Aktiviti-aktiviti PSS4. Proses peminjaman5. Melabel bahan bacaan6. Hal-hal lain

1. PERUTUSAN PENGERUSI Pengerusi En. Entebang mengucapan selamat petang dan selamat datang ke mesyuarat kali pertama sesi 2015 kepada semua guru. Terima kasih kerana telah hadir pada petang ini. Pengerusi berharap agar AJK PSS dapat mempertingkat usaha dalam mencemerlangkan PSS.

Makluman: Semua Guru

Page 2: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pss

2. PEMBENTUKAN JAWATANKUASA

2.1 Pn. Veronica Luka selaku Guru Perpustakaan & Media menerangkan mengenai jawatankuasa PSS yang diketuainya. En. Ahmad Noor Muhaimi dilantik menjadi setiausaha yang baru bagi mengantikan Pn. Inching yang telah berpindah. Jawatan-jawatan lain dikekalkan.

2.2 Seramai 20 orang pengawas akan dilantik dari kelas tahun 4,5 dan 6 yang tidak terikat dengan jawatan-jawatan pengawas lain. Pengawas PSS akan bertugas sekali dalam seminggu dengan bilangan seramai 4 orang setiap hari.

2.2.1 Jadual Pengawas

Jadual bertugas akan disediakan sebaik sahaja senarai pengawas PSS diperoleh. Mereka akan bertugas seramai 4 orang pada setiap pagi. Satu buku kehadiran bertugas akan disediakan.

Tindakan dan Makluman: Guru Perpustakaan & Media)

3. AKTIVITI-AKTVITI PSS

3.1 Aktiviti tahunan PSS

Seperti tahun-tahun sebelumnya, aktiviti-aktiviti PSS diambil daripada aktiviti-aktiviti panitia matapelajaran. Pengerusi menasihati ajk agar berusaha untuk melaksanakan aktiviti PSS di bawah kapasiti PSS.

Tindakan dan Makluman: Semua AJK

3.2 Program NILAM

Semua murid telah mendapat buku-buku NILAM mereka iaitu sebanyak 4 buah seorang. 2 buah untuk Bahasa Malaysia dan 2 buah lagi untuk Bahasa Inggeris. Jadual matapelajaran BM dan BI perlu memperuntuk masa sebanyak 30 minit dalam seminggu untuk NILAM. Bahan-bahan bacaan boleh diperoleh dari mana-mana sumber tidak semestinya dari PSS dengan syarat bahan itu bukanlah picisan seperti komik dan lain-lain. Jadual penggunaan PSS untuk program NILAM telah disediakan oleh En. Ahmad Noor Muhaimi. (rujuk lampiran).

3.2.1 Program Galakan Membaca

Kem NILAM dirancang diadakan pada bulan Julai. Pelaksanaannya akan dibuat selepas bermesyuarat nanti.

Tindakan dan Makluman: Semua AJK

Page 3: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pss

4. PROSES PEMINJAMAN

Setiap buku yang dipinjam akan direkod di dalam buku rekod pinjaman. Poket pinjaman tidak digunakan kerana kekangan tenaga dan ketidak tahanannya. Cik Grisulan mencadangkan agar setiap murid dibenarkan untuk meminjam sebuah buku dalam seminggu. Pn. Luka mencadangkan agar murid-murid digalakkan untuk bertukar-tukar buku yang telah dipinjam mereka. Urusan merekod boleh dilakukan oleh murid dengan pantauan guru matapelajaran yang membawa mereka di PSS.

Tindakan dan Makluman: Semua AJK

5. MELABEL BAHAN BACAAN

Untuk label buku, tiga pilihan warna akan disediakan mengikut aras bacaan iaitu hijau (susah), pink (sederhana) dan jingga (mudah). En. Ahmad Noor Muhaimi mencadangkan agar proses melabel buku ini dilaksanakan pada hari Rabu dan Khamis selepas peperiksaan pertengahan penggal 1 di antara pukul 10.20 pagi hingga 12.50 petang.

Tindakan dan Makluman: Semua AJK

6. HAL-HAL LAIN

6.1 Keceriaan PSS

Pn. Luka menerangkan mengenai bantuan menghias PSS yang diterima pada tahun-tahun sebelumnya. Namun memandangkan perpustakaan sering menjadi tempat berkursus, susun atur tersebut telah diubah dan tidak lagi menjadi seperti asalnya. Alatan dan bahan-bahan menghias yang telah dibeli ialah cat kuning dan kain. Cik Grisulan mencadangkan agar rak sedia ada dipindahkan kepada dua sudut iaitu sudut kiri perpustakaan untuk buku Bahasa Melayu dan sudut kanan untuk buku Bahasa Inggeris. Ini bagi memudahkan proses pengasingan dan penyimpanan buku-buku mengikut bahasanya. Proses menghias akan dilakukan bersama-sama pada tarikh yang diputuskan kelak.

Tindakan dan Makluman: Semua AJK

6.2 Peraturan PSS

Pemakaian kasut dibenarkan di dalam perpustakaan bagi mengatasi masalah bau yang dihadapi pada tahun-tahun lepas sewaktu peraturan pemakaian kasut dilarang. Peraturan-peraturan lain akan disediakan dan ditampal oleh para AJK.

Tindakan dan Makluman: Semua AJK

Page 4: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pss

6.3 Pelupusan Buku Lama

3700 buah buku lama telah diproses untuk dilupuskan dan menanti kebenaran bertulis daripada pihak Arkib Negara. Buat masa sekarang buku-buku tersebut disimpan di dalam pejabat di dalam perpustakaan.

Tindakan dan Makluman: Semua AJK

6.4 MBMMBI

Pelaksanaan MBMMBI amat ditekankan. Bahan-bahannya terdapat dalam simpanan PSS.

Makluman: Semua Guru

6.5 Oleh kerana tiada lagi perkata yang dibincangkan, maka mesyuarat ditamatkan pada pukul 4.10 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………… …….…………………………. (AHMAD NOOR MUHAIMI BIN NOOR LEY) (VERONICA LUKA ANAK DUNGGAT)Setiausaha Jawatankuasa PSS Guru Perpustakaan & MediaSK NANGA AJAU SK NANGA AJAU

Sk fail