minit mesyuarat jawatankuasa peningkatan upsr

5
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Peningkatan UPSR Tarikh : 10 Ogos 2015 Masa : 1.30 petang Tempat : Pusat Sumber Sekolah Kehadiran : 1. En Ali Bin Zakariya 2. En Muhamad Shatir Bin Shafiee 3. En Mohamad Asri Bin Hj Abu Bakar 4. Pn Fauziah Binti Saad 5. En Mohd Yusoff Bin Ismail 6. En Zainol Bin Talib 7. Pn Noraini Binti Hashim 8. Pn Rohani Binti Abu Bakar 9. Pn Salbiah binti Hasan 10. Pn Shakirah Binti Ahmad Tidak Hadir : 1. Pn Munirah Binti Mohamad Rejab@ Hashim (Cuti) 2. En Mohamad Zamri Bin Mohd Noh (Tasmik) Agenda : 1. Ucapan Aluan Guru Penolong Kanan Pentadbiran 1.1. Majlis dimulakan dengan bacaan Al – Fatihah. 1.2. Cikgu Shatir mengucapkan terima kasih kepada semua guru tahun 6 di atas kehadiran ke mesyuarat peningkatan UPSR kali ini. 1.3. Beliau juga mengucapkan tahniah di atas kerjasama guru-guru di dalam menjayakan program sekolah khususnya program peningkatan UPSR. 1.4. Beliau mengharapkan dengan adanya program yang dilaksanakan pada tahun ini akan meningkatkan prestasi UPSR pada tahun ini. 2. Analisis keputusan peperiksaan percubaan 2015

Upload: zainol-talib

Post on 27-Jan-2016

552 views

Category:

Documents


35 download

DESCRIPTION

tq

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Peningkatan UPSR

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Peningkatan UPSR

Tarikh : 10 Ogos 2015

Masa : 1.30 petang

Tempat : Pusat Sumber Sekolah

Kehadiran :

1. En Ali Bin Zakariya2. En Muhamad Shatir Bin Shafiee3. En Mohamad Asri Bin Hj Abu Bakar4. Pn Fauziah Binti Saad5. En Mohd Yusoff Bin Ismail6. En Zainol Bin Talib7. Pn Noraini Binti Hashim8. Pn Rohani Binti Abu Bakar9. Pn Salbiah binti Hasan10. Pn Shakirah Binti Ahmad

Tidak Hadir : 1. Pn Munirah Binti Mohamad Rejab@ Hashim (Cuti)2. En Mohamad Zamri Bin Mohd Noh (Tasmik)

Agenda :

1. Ucapan Aluan Guru Penolong Kanan Pentadbiran1.1. Majlis dimulakan dengan bacaan Al – Fatihah.1.2. Cikgu Shatir mengucapkan terima kasih kepada semua guru tahun 6 di atas kehadiran ke

mesyuarat peningkatan UPSR kali ini.1.3. Beliau juga mengucapkan tahniah di atas kerjasama guru-guru di dalam menjayakan program

sekolah khususnya program peningkatan UPSR.1.4. Beliau mengharapkan dengan adanya program yang dilaksanakan pada tahun ini akan

meningkatkan prestasi UPSR pada tahun ini.

2. Analisis keputusan peperiksaan percubaan 20152.1. Cg Shatir memaklumkan bahawa sasaran untuk UPSR 2015 masih lagi jauh untuk dicapai

berdasarkan kepada keputusan peperiksaan percubaan yang lalu.2.2. Analisa peperiksaan percubaan SKPJ;

2.2.1.1. Analisa Keseluruhan : GPS : 2.86Peratus menguasai : 38.24% (26 orang)5 A : 3 orang

Page 2: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Peningkatan UPSR

2.2.1.2. Analisa Subjek :(Pemahaman)

GP : 2.38Peratus menguasai : 86.76% (59 orang)Bilangan A : 16 orang

(Penulisan)GP : 2.22Peratus menguasai : 88.24% (60 orang)Bilangan A : 21 orang

(Bahasa Inggeris)GP : 3.29Peratus menguasai : 50% (34 orang)Bilangan A : 4 orang

(Matematik)GP : 3.69Peratus menguasai : 39.71% (27 orang)Bilangan A : 3 orang

(Sains)GP : 2.74Peratus menguasai : 76.47% (52 orang)Bilangan A : 9 orang

2.3. Cg Shatir mengharapkan agar guru-guru dapat melipatgandakan usaha dan tumpuan lagi untuk meningkatkan peratus penguasaan dan gred purata matapelajaran bagi setiap subjek bagi mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu 2.16.

2.4. Beliau mengharapkan agar pdp guru-guru pada masa kini lebih berfokus kea rah mencapai matlamat sedemikian.

2.5. Beliau juga berharap agar guru-guru dapat membantu Cg Zainol untuk meningkatkan prestasi matapelajaran Matematik kerana subjek tersebut merupakan yang paling rendah tahap penguasaannya.

2.6. Beliau meminta agar Cg Zainol dapat menyenaraikan 23 orang murid yang mendapat Gred D serta mengagihkan mereka kepada 7 kumpulan untuk diberi bimbingan oleh guru-guru matematik yang lain.

2.7. Cg Shatir memaklumkan kepada guru-guru agar dapat bersedia untuk Dialog Prestasi bersama waris. Apa yang perlu dilakukan oleh guru-guru adalah berinteraksi berdasarkan data terkini mengenai pencapaian murid, apa yang telah dilaksanakan serta apa yang akan dilaksanakan.

Page 3: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Peningkatan UPSR

3. Perancangan-perancangan lain3.1. Pecutan Akhir

3.1.1.1. Kertas kerja akan disediakan oleh Cg Noraini dan program pengisiannya sama seperti apa yang dijalankan pada tahun lepas.

3.1.1.2. Program akan dijalankan pada 30/8/2015 (Ahad), 1/9/2015 (Selasa), 2/9/2015 (Rabu) dan 3/9/2015 (Khamis)

3.2. Majlis Bacaan Yaasin dan Mohon Restu3.2.1.1. Majlis ini akan dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Islam.

4. Hal-hal lain4.1. Cg Zainol memaklumkan bahawa murid-murid sememangnya masih lagi lemah terutamanya di

di dalam kertas 2 dan sedang di dalam usaha untuk membantu murid menguasai kertas tersebut dengan menggunakan set-set soalan Pewajam yang dibekalkan oleh JPN.

4.2. Murid-murid juga didapati telah menunjukkan sedikit peningkatan dari segi pemarkahan untuk kertas 2 berdasarkan kepada Ujian Percubaan Peringkat Daerah.

4.3. Cg Shatir memaklumkan guru-guru juga perlu bersedia untuk menghadapi lawatan-lawatan daripada SIP+ iaitu Tn HJ Khairudin dan juga lawatan daripada pihak JPN. Tujuan lawatan adalah untuk memberi bimbingan kepada sekolah untuk menaikkan lagi prestasi sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang

Disediakan oleh : Disemak oleh :

…………………………………………………… ………………………………………………..(ZAINOL BIN TALIB)

Disahkan oleh :

……………………………………………………..

Page 4: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Peningkatan UPSR