minit mesyuarat jawatankuasa pembangunan sukan sekolah tahun 2012

4
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH TAHUN 2012 Tarikh : 4 September 2012 Masa : 1.30 petang Tempat : Bilik Gerakan SMK Sikuati II Kehadiran : Rujuk lampiran Pendahuluan Mesyuarat dimulakan pada pukul 1.45 petang 1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan selamat petang dan terima kasih kepada guru yang hadir pada mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah tahun 2012. 1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan SMEKS2 Voice bagi pihak tuan pengetua. Tindakan : Makluman kepada semua guru. 2.0 Post Mortem SMEKS2 Voice 2.1 Laporan-laporan 2.1.1 En. Jahir menyatakan bahawa program tersebut berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan, berjaya mencungkil bakat, para peserta tidak terikat kepada satu genre sahaja dan para peserta juga diberikan komen yang positif selepas menyanyikan lagu. Tindakan : Makluman kepada semua guru. 2.1.2 En. Jahir juga berpendapat bahawa walaupun berjaya mendapat sambutan namun terdapat elemen-elemen yang kurang memberangsangkan

Upload: darius-mudin

Post on 02-Oct-2015

458 views

Category:

Documents


28 download

DESCRIPTION

Minit

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH TAHUN 2012

Tarikh: 4 September 2012Masa: 1.30 petangTempat: Bilik Gerakan SMK Sikuati II

Kehadiran :

Rujuk lampiran

Pendahuluan

Mesyuarat dimulakan pada pukul 1.45 petang

1.0Ucapan Pengerusi1.1 Pengerusi mengucapkan selamat petang dan terima kasih kepada guru yang hadir pada mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah tahun 2012.1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan SMEKS2 Voice bagi pihak tuan pengetua.Tindakan : Makluman kepada semua guru.

2.0 Post Mortem SMEKS2 Voice

2.1 Laporan-laporan2.1.1 En. Jahir menyatakan bahawa program tersebut berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan, berjaya mencungkil bakat, para peserta tidak terikat kepada satu genre sahaja dan para peserta juga diberikan komen yang positif selepas menyanyikan lagu.Tindakan : Makluman kepada semua guru.2.1.2 En. Jahir juga berpendapat bahawa walaupun berjaya mendapat sambutan namun terdapat elemen-elemen yang kurang memberangsangkan terutamanya dari aspek kekangan masa dan juga pembahagian markah.Tindakan : Makluman kepada semua guru.2.1.3 Cik Malini selaku bendahari membentangkan laporan kewangan dan meminta agar laporan ini dirujuk pada paparan powerpoint.Tindakan : Makluman kepada semua guru.2.1.4 Pengerusi menyatakan bahawa kelab atau unit yang tidak menghantar peserta kali ini diharap dapat menghantar peserta pada sesi yang akan datang.Tindakan : Makluman kepada semua guru

3.0 Liga Sukan SMEKS23.1 Pengerusi menyatakan objektif liga sukan ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk bertanding, menunjukkan bakat masing-masing dan mengenalpasti atlit untuk sukan pada tahun depan.3.2 Pengerusi juga menyatakan hanya ada tiga jenis sukan sahaja yang dipertandingkan iaitu di peringkat sekolah sukan yang terlibat adalah badminton (mengikut kelas), manakala di peringkat asrama sukan yang terlibat adalah bola jaring (kategori perempuan) dan bola sepak (kategori lelaki).Tindakan : makluman kepada setiausaha sukan3.3 Pelajar yang terlibat untuk kejohanan ini adalah dikalangan tingkatan 1,2 dan 4.3.4 Pengurus kejohanan bagi permainan bola sepak adalah En. Darius, bola jaring adalah Pn. Jahara dan badminton adalah En. Hamzah.Tindakan : makluman kepada ketua penasihat3.5 Yuran dibenarkan tetapi tidak boleh lebih daripada RM1 seorang.3.6 Pihak sekolah akan menyediakan hadiah berupa sijil,pingat dan hamper.3.7 Kejohanan bola jaring dan bola sepak akan dilaksanakan pada 10 hingga 14 September manakala kejohanan badminton akan diadakan pada 17 hingga 21 September 2012.Tindakan : makluman kepada setiausaha sukan3.8 Sistem kiraan mata bagi kejohanan badminton akan dilaksanakan seperti berikut;3.8.1 Pusingan pertama akan menggunakan sistem 11 mata.3.8.2 Pusingan akhir akan menggunakan 21 mata. Tindakan : makluman kepada ketua penasihat3.9 Di akhir kejohanan, laporan dan cadangan nama pemain untuk tahun hadapan perlu dihantar kepada setiausaha sukan (En. Darius).Tindakan : makluman kepada ketua penasihat3.10 En. Jahir mencadangkan supaya guru terlibat sama dalam kejohanan ini.

4. 0Hal-hal lain4.1En. Nalmon menyatakan bahawa sukan sekolah akan diadakan pada 24 dan 25 Oktober iaitu selepas Peperiksaan Menengah Rendah dan pelajar tingkatan 1 hingga 4 sahaja yang terlibat.Tindakan : makluman kepada semua guru4.2Sijil penyertaan senamrobik sudah diedarkan kepada pelajar.4.3Unit koperasi telah menempah buku catatan rasmi sekolah untuk tahun 2013 dan harga buku adala RM4.50.Tindakan : makluman kepada semua guru4.4Pengetua meminta agar pihak koperasi sekolah menguruskan t-shirt PJPK.4.5Kegiatan kokurikulum tamat pada 4 September 2012. Oleh itu, dokumentasi penilaian kokurikulum untuk tingkatan 1 hingga 5 bermula pada 10 September iaitu minggu hadapan. Tindakan : makluman kepada semua guru4.6Penolong Kanan HEM berpesan agar guru kelas memaklumkan kepada ibu bapa agar daftar e-kasih di pejabat daerah.Tindakan : makluman kepada guru kelas

Penutup

Pengerusi merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua guru yang terlibat atas kesudian menghadirkan diri dalam mesyuarat. Pengerusi juga berharap agar semua perkara yang telah diputuskan akan dapat diambil tindakan yang sepatutnya oleh guru-guru yang terlibat.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disemak oleh :

( EN. NALMON GOYI )Penolong Kanan Kokurikulum,SMK Sikuati 2, Kudat.

Dicatat oleh :

..( EN. DARIUS MUDIN )Setiausaha Sukan,SMK Sikuati II.