minit mesyuarat jawatankuasa aset ke 1 2013

8
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ASET/ALIH HARTA SEKOLAH KE-1 2013 SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN SEMENYIH 2 43000 KAJANG, SELANGOR TARIKH : 10/01/2013 MASA : 2.30 PETANG TEMPAT : BILIK OPERASI HADIR : 1. EN. TAN KIAN KIAT PENGERUSI 2. EN. SALLEH BIN OSMAN N. PENGERUSI 1 3. PN. CHE SIAH BT HAMID N. PENGERUSI 2 4. EN. HAIRUL ANUAR BIN HARITH SETIAUSAHA (PEG ASET) 5. EN. MOHD RADZI BIN ISHAK 6. PN. KALAI CHELVI RPC 7. PN. BEH MEE FOONG 8. EN. REDZUAN BI JARIS 9. PN. NOORHAFIZA BT MAMAT TIDAK HADIR : 1. TIADA 1.0 UCAPAN PENGERUSI Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli jawatan kuasa dan membentangkan carta organisasi jawatankuasa aset/ alih harta sekolah serta menerangkan bidang kuasa dan tugas kepada semua ahli. 1. EN. HAIRUL ANUAR BIN HARITH Setiausaha (Peg. Aset)

Upload: hairul-keloq

Post on 28-Nov-2015

84 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

minit

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Aset Ke 1 2013

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ASET/ALIH HARTA SEKOLAH KE-1

2013

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN SEMENYIH 2

43000 KAJANG, SELANGOR

TARIKH : 10/01/2013

MASA : 2.30 PETANG

TEMPAT : BILIK OPERASI

HADIR :

1. EN. TAN KIAN KIAT PENGERUSI2. EN. SALLEH BIN OSMAN N. PENGERUSI 13. PN. CHE SIAH BT HAMID N. PENGERUSI 24. EN. HAIRUL ANUAR BIN HARITH SETIAUSAHA (PEG ASET)5. EN. MOHD RADZI BIN ISHAK6. PN. KALAI CHELVI RPC7. PN. BEH MEE FOONG8. EN. REDZUAN BI JARIS9. PN. NOORHAFIZA BT MAMAT

TIDAK HADIR :

1. TIADA

1.0 UCAPAN PENGERUSIPengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli jawatan kuasa dan membentangkan carta organisasi jawatankuasa aset/ alih harta sekolah serta menerangkan bidang kuasa dan tugas kepada semua ahli.

1. EN. HAIRUL ANUAR BIN HARITH Setiausaha (Peg. Aset)2. EN. REDZUAN JARIS Lembaga Pemeriksa Pelupusan3. PN KALAI DAN PN BEH Peg. Pemeriksa harta modal&inventori4. EN. MOHD RADZI ISHAK Peg. Stor5. PN. NOORHAFIZA BT MAMAT Peg. Pembantu

Page 2: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Aset Ke 1 2013

2.0 MEMBINCANGKAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA ASETPengerusi juga menerangakan terdapat 6 tugas utama ahli jawatankuasa aset/alih harta (Pegawai Aset) sekolah, iaitu:

1. Menyelaraskan semua urusan berkaitan dengan Pengurusan Aset Alih Kerajaan iaitu dari segi penerimaan, pendaftaran, penyimpanan, penggunaan, pemeriksaan, pelupusan, hapus kira dan kes kehilangan aset alih Kerajaan;

2. Memastikan dua (2) Pegawai Pemeriksa yang telah dilantik menjalankan pemeriksaan ke atas aset setiap tahun;

3. Memastikan dua (2) Lembaga Pemeriksa yang dilantik menguruskan pelupusan aset;

4. Mengemukakan Laporan Tahunan iaitu Laporan Harta Modal dan Inventori, Laporan Pemeriksaan Harta Modal dan Inventori, Laporan Perlupusan Aset Alih Kerajaan dan Laporan Tindakan Surcaj / Tatatertib ke Jabatan pada setiap hujung/ awal tahun berikutnya untuk disemak sebelum dikemukakan kepada Perbendaharaan oleh Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset Kementerian Pelajaran Malaysia. Laporan tahunan aset disediakan sebelum 16 Januari setiap tahun.

5. Bertanggungjawab untuk mengurangkan jumlah aset /alih harta sekolah dengan berkesan.

6. Pegawai Aset Sekolah memastikan semua aset alih Kerajaan diuruskan mengikut Pekeliling Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TOA) bil.5 Tahun 2007.

3.0 FAIL STOKPengerusi juga memaklumkan bahawa keadaan terkini buku stok sekolah tidak begitu baik. Ia tidak di kemaskini dengan betul dan teratur dan berharap pada tahun ini perkara tersebut dapat diselesaikan.

Puan Noorhafiza memaklumkan bahawa semua stok di pejabat sekolah berada di dalam keadaan yang baik tetapi menghadapi masalah untuk mengisi nombor stok kerana beliau tidak mengetahui apakan turutan yang betul bagi nombor-nombor tersebut.

4.0 PENDAFTARAN SEMULA ASET SEKOLAHPengerusi memaklumkan matlamat jawatankuasa pada tahun ini adalah mengemaskini stok sedia ada. Dipohon kepada pegawai aset untuk memasukkan segala data secara terus ke dalam komputer. Komputer telah disediakan di dalam pejabat di dalam bilik mesin fotostat untuk memudahkan kerja-kerja pemantauan.

Jawatankuasa telah memutuskan untuk mendaftar semula aset baru dan sedia ada (wujud) di sekolah seperti:

1. Meja murid2. Kerusi3. Komputer4. Projektor

Page 3: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Aset Ke 1 2013

5. Papan tulis6. Almari7. Langsir8. TV9. Barangan pejabat

Aset akan disemak mengikut tempat yang mempunyai guru/PPM/penjaga bilik. Menjadi tanggungjawab pemilik tempat tersebut untuk mengemaskini maklumat aset menggunakan borang yang akan disediakan oleh Pegawai Aset sekolah.

Mesyuarat juga memutuskan semua aset sediada perlu di kemaskini pada Mac 2013. Pengerusi juga meminta Cikgu Hairul untuk menyediakan carta gantt untuk mencapai sasaran yang telah di berikan.

5.0 HAPUS KIRAMesyuarat memutuskan untuk menghantar semula surat pelupusan aset untuk menyegerakan proses pelupusan aset. Satu surat tindak ikut akan dikeluarkan bagi tujuan tersebut.Pengerusi majlis memberitahu jika terdapat meja atau kerusi yang rosak sila letakkan di luar kelas supaya pekerja am dapat membawa barang tersebut ke stor lupus.

6.0 HAL-HAL LAINEn. Hairul bertanya jika printer rosak dan diganti baru adakah perlu di masukkan sebagai harta baru sedangkan barang tersebut diganti. Pengerusi memaklumkan perkara tersebut perlu di kemaskini di kad harta modal dan di masukkan sebagai aset baru.

En. Salleh memohon supaya semua aset yang akan di kemaskini di tampal pelekat aset. Jika barang tersebut di selenggara perlu di kemaskini di dalam kad harta modal. Setiap aktiviti yang beraku terhadap barang tersebut perlu di rekodkan dengan baik.

7.0 PENUTUPPengerusi berharap semua ahli jawatankuasa dapat memainkan peranan untuk memastikan aset sekolah berada di dalam keadaan terkini.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

--------------------------- ----------------------------------

(HAIRUL ANUAR BIN HARITH) ( )

SETIAUSAHA ASET/ALIH HARTA SEKOLAH

Page 4: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Aset Ke 1 2013

CONTOH BORANG ASET SEKOLAH

Bil. Item Jumlah

Di sediakan Oleh Di semak Oleh

------------------------------ ------------------------------------

Page 5: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Aset Ke 1 2013

TASKE FORCE ASET SEKOLAH SKPK ALOR SETAR

KELAS

KETUA

(EN NORHISHAM)

SURIA

PSS

Page 6: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Aset Ke 1 2013

BORANG ASET (SKPK ALOR SETA0R)

Bil. Item Jumlah

Di sediakan Oleh Di semak Oleh

------------------------------ ------------------------------------

*SILA PASTIKAN SEMUA ALATAN DI TULIS DENGAN KUANTITI YANG BETUL

Page 7: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Aset Ke 1 2013