minit mesyuarat hal ehwal murid kali pertama 2014

9
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA SEKOLAH KEBANGSAAN SAWAH RAJA 2014 TARIKH : 26 DISEMBER 2013 MASA : 10.00 PAGI TEMPAT : BILIK KOMPUTER SK SAWAH RAJA KEHADIRAN: 1. En. Yahya Bin Mohamad ( Guru Besar) 2. Pn. Fauziah Bt. Ahmad (GPK Kurikulum) 3. En. Nor Azlan Bin Khamis (GPK HEM) 4. En. Ahmad Fadzil Shah Bin Arif Shah (GPK KOKO) 5. En. Abd Rahman Bin Abd Manap 6. En. Khairul Anuar Bin Abd Bar 7. En. Khairiry Bin Abas 8. Pn Arian Bt Zainun 9. En. Abd Ghafar Bin Mat Rippin 10. Cik Hanis Izzati Bt. Baharim 11. Pn. Rosidah Bt Daud 12. Pn. Nur Ayuni Bt Anuar 13. Pn. Norazizah Bt. Abdullah TIDAK HADIR: Pn. Mimie Zawani Bt Dahalee (Cuti bersalin) AGENDA: 1. Perutusan Pengerusi 2. Pembentangan Perancanagan HEM 2013 3. Hal-hal lain 4. Penangguhan Bil. Agenda 1. Perutusan Pengerusi 1.1 Ucapan alu-aluan oleh En. Yahya Bin Mohamad. Ucapan terima kasih di atas kehadiran semua guru.

Upload: jaiho-jambari

Post on 16-Apr-2017

1.867 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minit mesyuarat hal ehwal murid kali pertama 2014

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMASEKOLAH KEBANGSAAN SAWAH RAJA

2014

TARIKH : 26 DISEMBER 2013MASA : 10.00 PAGITEMPAT : BILIK KOMPUTER SK SAWAH RAJA

KEHADIRAN:1. En. Yahya Bin Mohamad ( Guru Besar)2. Pn. Fauziah Bt. Ahmad (GPK Kurikulum)3. En. Nor Azlan Bin Khamis (GPK HEM)4. En. Ahmad Fadzil Shah Bin Arif Shah (GPK KOKO)5. En. Abd Rahman Bin Abd Manap6. En. Khairul Anuar Bin Abd Bar7. En. Khairiry Bin Abas8. Pn Arian Bt Zainun9. En. Abd Ghafar Bin Mat Rippin10. Cik Hanis Izzati Bt. Baharim11. Pn. Rosidah Bt Daud12. Pn. Nur Ayuni Bt Anuar13. Pn. Norazizah Bt. Abdullah

TIDAK HADIR: Pn. Mimie Zawani Bt Dahalee (Cuti bersalin)

AGENDA:1. Perutusan Pengerusi2. Pembentangan Perancanagan HEM 20133. Hal-hal lain 4. Penangguhan

Bil. Agenda1. Perutusan Pengerusi

1.1 Ucapan alu-aluan oleh En. Yahya Bin Mohamad. Ucapan terima kasih di atas kehadiran semua guru.

1.2 Unit-unit di bawah HEM diminta sentiasa memastikan apa yang dirancang sentiasa selari dengan misi dan visi yang ditetapkan.

1.3 Guru Besar mengaitkan kredibiliti keguruan yang unggul dalam transformasi pendidikan dengan perlaksanaan dalam banyak bidang HEM antaranya pembentukan disiplin murid di sekolah..

1.4 Unit HEM diharap dapat rancang program sesuai untuk perkembangan sahsiah murid, disiplin serta kehadiran ke sekolah.

Page 2: Minit mesyuarat hal ehwal murid kali pertama 2014

1.5 Segala perancangan HEM diharap dapat berjalan dengan lebih lancar sepanjang tahun 2014.

2. Perancangan HEM 20142.0 Jawatankuasa HEM 2014 SK Sawah Raja

Pengerusi : En. Yahya Bin Mohamad T. Pengerusi : En. Nor Azlan Bin KhamisN. Pengerusi 1 : Pn. Fauziah Bt. AhmadN. Pengerusi 2: En. Ahmad Fadzil Shah Bin Arif ShahSetiausaha : En. Khairiry Bin Abas

AJK Lembaga Disiplin Dan Pengawas : Pn Arian Bt Zainun

Skim Pinjaman Buku Teks/ SPBT : En. Khairul Anuar Bin Abd Bar

Bimbingan dan Kaunseling : En. Khairiry Bin AbasRMT / Susu Sekolah : En. Abd Ghafar Bin Mat

RippinKebajikan, KWAPM dan Bantuan : Pn. Nur Ayuni Bt AnuarPengurusan Kantin : Pn. Rosidah Bt DaudKebersihan dan Kecerian : Pn. Nur Ayuni Bt AnuarKesihatan dan Rawatan : Pn. Norazizah Bt. AbdullahKeselamatan : Cik Hanis Izzati Bt. BaharimMaklumat dan Data Murid : Pn. Mimie Zawanie Bt

DahaleeAnti Ponteng : Pn Arian Bt ZainunPPDa : En. Abd Rahman Bin Abd ManapKelab Pencegahan Jenayah : Pn. Mimie Zawanie Bt DahaleeJadual Kedatangan (Guru Kelas)

Tahun 1 : Pn Arian Bt Zainun Tahun 2 : En. Abd Rahman Bin Abd ManapTahun 3 : En. Khairiry Bin AbasTahun 4 : Pn. Norazizah Bt. AbdullahTahun 6 : Pn. Rosidah Bt Mohd Daud

2.1 Lembaga Disiplin dan Pengawas

Page 3: Minit mesyuarat hal ehwal murid kali pertama 2014

2.1.1 Pihak sekolah meletakkan kepercayaan sekali lagi buat Cikgu Arian yang akan terus menerajui Lembaga Disiplin dan Pengawas SK Sawah Raja sepanjang 2014 .

2.1.2 Cikgu Arian memaklumkan tarikh 20 Januari 2014 akan diadakan majlis Perlantikan Pengawas sesi 2014.

2.1.3 Guru Besar mengingatkan tentang pakaian serta surat makluman kepada ibu bapa berkaitan perlantikan pengawas yang akan diadakan.

2.1.4 Guru diminta memberi dorongan kepada murid-murid supaya hadir ke sekolah setiap hari. Kehadiran yang tidak memuaskan akan memberi kesan terhadap proses pembelajaran murid.

2.1.5 Pastikan murid beratur sebelum masuk ke kelas, semasa rehat dan semasa keluar sekolah.

2.1.6 Perjumpaan mingguan/bulanan diadakan untuk membimbing pengawas dan ketua darjah.

Tindakan: Pn. Arian Bt Zainun

2.2 Skim Pinjaman Buku Teks2.2.1 Tahniah diucapkan kepada Ustaz Khairul Anuar Bar kerana

telah dilantik sebagai pengurus Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

2.2.2 Buku teks telah selesai diedarkan kepada setiap murid pada 2 Januari 2014.

2.2.3 Guru kelas diminta melengkapkan borang ‘G’ dengan meletakkan ‘Nombor Perolehan’ berdasarkan buku teks yang diterima.

2.2.4 Pastikan murid menulis nama dan kelas sepertimana yang terdapat pada kulit buku bahagian hadapan atau belakangnya.

2.2.5 Adakan rekod pelupusan buku teks lama.2.2.6 Stok buku teks sentiasa dikemaskini dan direkod kemas.2.2.7 Terdapat 9 fail yang telah pun dikemaskini.

Tindakan : Ust. Khairul Anuar Bin Abd Bar Guru-guru kelas

2.3 Bimbingan dan Kaunseling2.3.1 Unit Bimbingan dan Kaunseling sentiasa bekerjasama dengan

unit lain mengadakan ceramah atau motivasi yang lebih mendekatkan pelajar dengan nilai-nilai murni kehidupan.

Page 4: Minit mesyuarat hal ehwal murid kali pertama 2014

Tindakan: En. Khairiry Bin Abas

2.4 RMT / Susu Sekolah2.4.1 En. Abd Gafar telah dilantik sebagai pengurus RMT dan

Program Susu Sekolah.2.4.2 Berbincang dengan pengusaha kantin tentang makanan yang

akan diberikan kepada murid. 2.4.3 Penambah baikkan dalam kualiti penyediaan makan amat

diharapkan memandangkan harga telah dinaikkan.2.4.4 Pemantauan RMT dijalankan setiap hari oleh guru-guru

berdasarkan jadual yang disediakan.2.4.5 Pendidikan Wajib dan Rawatan pula diuruskan oleh En. Rizuan

Abd Razak.2.4.6 Pengagihan susu kepada murid hanya di kantin.2.4.7 Elak tindakan yang boleh menyebabkan murid mengalami

keracunan.2.4.8 Taklimat tentang prosedur tentang susu sebelum murid

minum dapat mengelak murid keracunan.

Tindakan: En. Abd Ghafar Bin Mat Rippin

2.5 Pengurusan Kantin2.5.1 Kecerian dan kebersihan kantin perlu dipantau dari masa ke

semasa.2.5.2 Laporan kantin akan ke PPD dan ke pejabat kesihatan daerah

mengikut hari, minggu dan bulan.2.5.3 Fikirkan bagaimanakah kantin boleh diceriakan lagi.2.5.4 Menu untuk guru akan dibincangkan semasa mesyuarat

kantin nanti. Tindakan: Pn. Rosidah Bt Mohd Daud

2.6 Kebersihan dan Keceriaan 2.6.1 Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas akan diteruskan

sepanjang 2014.2.6.2 Guru-guru kelas diharap dapat meningkatkan keceriaan kelas

dengan meletakkan maklumat-maklumat berkaitan pelajaran murid.

2.6.3 Pastikan juga keselamatan murid di dalam kelas terutamanya semasa peralihan jadual.

Tindakan: Guru kelas

2.7 Keselamatan2.7.1 Latihan kebakaran akan diadakan dua kali setiap tahun.

Page 5: Minit mesyuarat hal ehwal murid kali pertama 2014

2.7.2 Pelan kecemasan dan kebakaran diletakkan dalam setiap kelas dan sentiasa dikemaskini mengikut tahun.

2.7.3 Murid akan berkumpul di padang sekolah semasa latihan kebakaran dijalankan

2.8 Sekolah Selamat.2.8.1 Latihan kebakaran diadakan 2 kali setahun.2.8.2 Semasa latihan murid akan ke padang sekolah selapas loceng

panjang dibunyikan.

Tindakan: Pn. Nor Ayuni Bt Anuar

2.9 Maklumat dan Data Murid2.9.1 Seorang guru akan mengambil alih tugasan sehingga Pn. Mimi

selesai cuti bersalin.2.9.2 Senarai maklumat murid yang layak menerima RMT, KWAPM

dan bantuan lain disedia dan disemak.

Tindakan: Pn. Mimi Zawanie Bt. Dahalee

2.10 Anti Ponteng

2.10.1 Ambil tindakan yang berkesan dalam menangani masalah murid yang ponteng sekolah.

2.10.2 Kenal pasti masalah sebenar murid yang suka ponteng sekolah jika ada.

2.10.3 Sampaikan maklumat yang memberi penekanan terhadap kepentingan ke sekolah.

Tindakan : Pn Arian Bt. Zainun

3.1 PPDa3.1.1 Bahan-bahan untuk sudut paparan PPDa hendaklah sentiasa dikemaskini.3.1.2 Program anti dadah dirancang dan dapat dilaksanakan dengan baik.3.2.4 Rancang program ceramah PPDa .

Tindakan: Ust. Abd Rahman B. Abd Manap

Page 6: Minit mesyuarat hal ehwal murid kali pertama 2014

3.2 Kelab Pencegahan Jenayah3.2.1 Jadual perlaksanaan program pencegahan jenayah mungkin diselang-selikan dengan program lain.3.2.2 Dijalankan bersama Kelab Rukun Negara pada waktu Ko-kurikulum.

Tindakan: Pn. Mimie Zawani Bt. Dahalee

3. Kebajikan, KWAPM dan Bantuan3.1 Pn. Ayuni akan mengambil tugas mengurus Kebajikan, KWAPM

dan Bantuan sepanjang tahun 2014.3.2 Permohonan bantuan perlu dilakasanan bermula dari tahun 1.3.3 Guru yang mengurus diharap dapat mempelajari prosedur-

prosedur yang berkaitan tentang permohonan dan mengurus bantuan dengan baik.

3.4 Edar borang KWAPM awal Januari ini untuk mengelak keciciran maklumat.

Tindakan: Pn. Nor Ayuni Bt Anuar

4. Jadual Kedatangan 4.1 Nama pelajar ditulis dengan terang dan jelas ikut surat beranak.4.2 Nombor pendaftaran di setiap mukasurat.4.3 Mengenalpasti kehadiran/ketidakhadiran murid pada waktu

pertama dan ditanda.4.4 Rekodkan kehadiran murid dalam Aplikasi Pangkalan Dta Murid

(APDM).4.5 Pastikan semua maklumat diisi bila menutup jadual kedatangan

pada hujung bulan dan maklumat yang perlu untuk bulan berikutnya dipindahkan.

Tindakan: Semua guru kelas

5. Program 5 minit5.1 Program yang bertujuan membentuk disiplin dan budaya yang

baik di kalangan murid.5.2 Program ini telah ditukar menjadi 3 minit.

Page 7: Minit mesyuarat hal ehwal murid kali pertama 2014

5.3 Semua guru diminta menjalankan program ini 3 minit waktu pertama, 3 minit sebelum rehat dan 3 minit sebelum balik.

Tindakan: Semua Guru

6. Hal-hal lain6.1 GPK HEM mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK unit HEM

2013 yang telah berjaya menjalankan tugas dengan cemerlang.

7. Penangguhan7.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari.

Disediakan oleh:

………………………………..(EN. KHAIRIRY BIN ABAS)SETIAUSAHA HEM SK SAWAH RAJA