minit mesyuarat ert 2012 kali ketiga

3
SMK BANDAR BARU SG. LONG MINIT MESYUARAT PANITIA EKONOMI RUMAH TANGGA 3 (SESI 2012) Tarikh : 28. 6. 2012 Masa : 1.15 ptg Tempat: Bilik Jahitan Pengerusi : Pn. Rokiah bt. Hashim Kehadiran: sila rujuk lampiran (SPSK PK 07/2) Nama yang hadir: sila rujuk lampiran ( SPSK PK 07/2) Nama yang tidak hadir : sila rujuk lampiran ( SPSK PK 07/2) Bil Perkara 1. Kata –kata aluan puan pengerusi 1.1Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada guru- guru ERT yang hadir, semoga sentiasa tekun dan gigih dalam melakasanakan tugas terutama program GASAK bagi meningkatkan prestasi pelajar untuk SPM 2012 Tindakan: Makluman semua guru ERT 2. Laporan peperiksaan pertengahan tahun 2.1Guru ERT perlu bertindak dengan cepat bagi melancarkan proses bagi pihak unit peperiksaan kerana system SAPS akan ditutup pada 23 jun 2012. Tarikh tutup di peringkat sekolah telah dinyatakan iaitu pada 16 jun 2012 yang lepas. 2.2Analisis keputusan peperiksaan pertengahan tahun 2012 seramai 32 orang pelajar lulus dan 13 orang pelajar gagal. Ini menunjukkan peningkatkan dari segi kesungguhan pelajar dan latih tubi yang diberikan kepada pelajar.

Upload: asz-wanie

Post on 19-Jan-2016

47 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat ERT 2012 Kali KETIGA

SMK BANDAR BARU SG. LONG

MINIT MESYUARAT PANITIA EKONOMI RUMAH TANGGA 3

(SESI 2012)

Tarikh : 28. 6. 2012

Masa : 1.15 ptg

Tempat: Bilik Jahitan

Pengerusi : Pn. Rokiah bt. Hashim

Kehadiran: sila rujuk lampiran (SPSK PK 07/2)

Nama yang hadir: sila rujuk lampiran ( SPSK PK 07/2)

Nama yang tidak hadir : sila rujuk lampiran ( SPSK PK 07/2)

Bil Perkara

1. Kata –kata aluan puan pengerusi1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada guru-guru ERT yang hadir,

semoga sentiasa tekun dan gigih dalam melakasanakan tugas terutama program GASAK bagi meningkatkan prestasi pelajar untuk SPM 2012

Tindakan: Makluman semua guru ERT

2. Laporan peperiksaan pertengahan tahun2.1 Guru ERT perlu bertindak dengan cepat bagi melancarkan proses bagi pihak

unit peperiksaan kerana system SAPS akan ditutup pada 23 jun 2012. Tarikh tutup di peringkat sekolah telah dinyatakan iaitu pada 16 jun 2012 yang lepas.

2.2 Analisis keputusan peperiksaan pertengahan tahun 2012 seramai 32 orang pelajar lulus dan 13 orang pelajar gagal. Ini menunjukkan peningkatkan dari segi kesungguhan pelajar dan latih tubi yang diberikan kepada pelajar.

Tindakan: makluman semua guru ERT

3. Hari bicara akademik 3.1 Hari bicara akademik akan ditunda kepada 6 julai 2012. Disebabkan

kekurangan dana, pihak sekolah mengambil keputusan untuk tidak mencetak keputusan semua pelajar secara individu memandangkan ibubapa sudah boleh melihat dengan membuka laman web SAPS secara online.

Tindakan: semua guru ERT

Page 2: Minit Mesyuarat ERT 2012 Kali KETIGA

4. Ujian 24.1 Ujian 2 akan dilaksanakan mulai 8 Ogos bagi tingkatan peralihan, tingkatan 2

dan tingkatan 4 seperti yang tercatat dalam takwim tetapi guru-guru tidak perlu memasukkan markah online.

4.2 Semua markah untuk ujian 2 hanya perlu dimasukkan dalam buku rekod guru sahaja, dan tempoh masa bagi semua mata pelajaran adalah 1 jam.

4.3 Ketua panitia perlu memastikan guru-guru penggubal diingatkan tarikh akhir menghantar soalan untuk direso secepat mungkin dan soalan tidak memerlukan muka depan untuk menjimatkan kos.

Tindakan: semua guru ERT

5. Maraton SPM 5.1 Maraton SPM akan diadakan dalam dua fasa iaitu sebelum percubaan SPM dan

selepas, bagi melihat keberkesanan program marathon dan progresif pelajaran bagi semua mata pelajaran iaitu bermula 1 Ogos hingga 28 September 2012

5.2 Bagi mata pelajaran PJK, PSV, PSK dan pendidikan moral akan diambil alih untuk latih tubi mata pelajaran peperiksaan. Guru-guru terlibat diminta memberi kerjasama yang sepenuhnya bagi melancarkan program ini.

Tindakan: semua guru ERT

6. Hal-hal lain6.1 pengerusi mengingatkan kepada semua guru ert agar bersedia mencari

penceramah-penceramah sama ada dari luar atau dalaman untuk program bengkel dan teknik menjawab kelak.

Tindakan: Ketua Panitia ERT

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15ptg

Disediakan oleh: Disahkan oleh :

………………………….. …………………………………(Pn. Azmawani bt. Ab. Azid) ( Pn. Rokiah bt. Hashim)Ketua panitia ERT GKMP Teknik & Vokasional