minit mesyuarat bi kali kedua

9
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS KALI KEDUA 2015 SEKOLAH KEBANGSAAN YAMTUAN LENGGANG, TANJONG IPOH, N. SEMBILAN Tarikh : 16. 5. 2015 Hari : Sabtu Masa : 9.30 – 10.30 pg Tempat : Bilik Mesyuarat SK Yamtuan Lenggang Kehadiran : 5/6 Hadir 1. Pn Norhayah bt. Mohd Rahim (GB) 2. Pn Hajidah bt. Hamid (GPK 1) 3. Pn Nadia Fasha bt Mohd Drus 4. Pn Siti Nor Azrina bt. Mohamed 5. Pn Hjh Salmiza bt Sukir Tidak hadir 1. Pn Jannatun Naemah (cuti bersalin) Agenda Mesyuarat: 1. Ucapan aluan pengerusi, Guru Penolongan Kanan 1 @ Guru Besar 2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat 3. Perkara berbangkit 4. Isu- isu semasa 5. Hal- hal lain 6. Ucapan penangguhan

Upload: nadia-sofwan

Post on 24-Sep-2015

100 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

minit mesyuarat

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS KALI KEDUA 2015SEKOLAH KEBANGSAAN YAMTUAN LENGGANG, TANJONG IPOH,N. SEMBILAN

Tarikh:16. 5. 2015Hari:SabtuMasa:9.30 10.30 pgTempat:Bilik Mesyuarat SK Yamtuan LenggangKehadiran:5/6

Hadir1. Pn Norhayah bt. Mohd Rahim (GB)2. Pn Hajidah bt. Hamid (GPK 1)3. Pn Nadia Fasha bt Mohd Drus4. Pn Siti Nor Azrina bt. Mohamed5. Pn Hjh Salmiza bt Sukir

Tidak hadir1. Pn Jannatun Naemah (cuti bersalin)

Agenda Mesyuarat:1. Ucapan aluan pengerusi, Guru Penolongan Kanan 1 @ Guru Besar2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat3. Perkara berbangkit4. Isu- isu semasa5. Hal- hal lain6. Ucapan penangguhan

1.0 Ucapan Aluan 1.1 Ucapan aluan PengerusiMengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah menghadirkan diri ke mesyuarat panitia Bahasa Inggeris kali kedua bagi sesi tahun 2015. Diharapkan semua guru yang mengajar matapelajaran Bahasa inggeris dapat sama-sama mengorak langkah untuk memastikan kejayaan dan meningkatkan pencapaian murid- murid.

1.2 Ucapan aluan Guru Besar1.2.1 Menyampaikan isi kandungan laporan pemantauan bertema dari Jabatan Pendidikan (JPNNS) yang telah datang memantau ke sekolah pada 7 Mei 2015 yang lalu. Seramai tiga orang pemantau telah hadir ke sekolah dan menyemak fail- fail berkaitan kurikulum dan mencerap beberapa orang guru yang mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Matematik. Pegawai juga turut menyemak rekod pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru. 1.2.2 Berdasarkan daripada markah pencerapan yang dilakukan oleh pihak pentadbir ke atas guru- guru, majoriti guru memperoleh markah di tahap baik dan dua orang memperoleh markah cemerlang. Semua guru diharapkan dapat meningkatkan lagi kualiti pembelajaran dan pengajaran dengan melaksanakan semua aspek yang ditekankan dalam Pembelajaran Abad Ke-21 seperti menggunakan peta I-Think dan sebagainya.

2.0 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lepas untuk disahkan. Pn Hjh Salmiza mencadangkan minit mesyuarat yang lepas disahkan dan ia disokong oleh Pn Hajidah.

3.0 Perkara berbangkit3.1 Bagi aktiviti laluan iqra di tapak perhimpunan pada waktu pagi yang dijalankan pada setiap hari Rabu, guru boleh melantik seorang murid dari setiap kelas untuk mengedarkan kad- kad bacaan dalam Bahasa inggeris kepada rakan- rakan sekelas mereka. Kad- kad haruslah bersesuaian dengan aras kebolehan mereka dan sumber bahan bacaan adalah dari buku teks mereka dan buku- buku rujukan lain.

4.0 Isu- isu semasa4.1 Post mortem ujian 14.1.1 Pada bulan Mac yang lalu telah dilaksanakan ujian 1 untuk semua murid dari Tahun 1 sehingga Tahun 6. Soalan- soalan yang diajukan adalah berdasarkan kepada unit- unit yang telah dipelajari dan berdasarkan dokumen standard yang telah ditetapkan. Berikut merupakan analisa keputusan Ujian 1 bagi matapelajaran Bahasa Inggeris.

KELASBILMURIDABCDEKUASAITIDAKKUASAIGPMP

BIL%BIL%BIL%BIL%BIL%BIL%BIL%

TAHUN 114853.3533.3213.3000015100001.6

TAHUN 2205256304202102101995152.65

TAHUN 3800450337.50000787.5112.52.88

TAHUN 41800211.8317.7317.7529.41376.5423.54.35

TAHUN 5200042063021052517853153.85

TAHUN 617211.8317.7847.1317.615.91376.5423.52.88

4.1.2 Berdasarkan daripada analisa tersebut, apa yang dapat ditafsirkan adalah: Murid Tahun 1 yang memperoleh gred A adalah seramai 8 orang dan selebihnya memperoleh gred B dan C. Walaupun mereka terdiri daripada murid yang heterogenous namun, pencapaian mereka tidaklah terlalu berbeza. Lebih separuh daripada mereka mendapat skor markah yang baik. Murid Tahun 2 pula majoriti memperoleh gred B dan C dan hamper separuh dari mereka terdiri daripada murid- murid kelompok sederhana yang perlu perhatian lebih dari guru. Murid Tahun 3 seramai 7 orang telah memperoleh gred B dan C dan ia mempamerkan purata prestasi keseluruhan murid. Murid Tahun 4 juga terdiri daripada murid- murid yang sederhana kerana gred yang diperoleh adalah lebih kepada gred B dan C. Berdasarkan jadual, seramai 5 orang murid Tahun 5 gagal dalam Ujian 1 dan yang selebihnya memperoleh gred B dan C sahaja. Tahun 6 pula mempamerkan hamper 80% murid telah lulus ujian 1 dan majority memperoleh gred B dan C. 4 orang murid yang gagal perlu diberi perhatian yang serius dan perlu diberi pemulihan.4.1.3 Kelemahan- kelemahan yang dapat dikenalpasti dalam kalangan murid adalah: Murid sukar untuk menulis ayat berdasarkan rangsangan gambar yang diberi. Kebanyakkan murid menulis ayat mudah sahaja dan kurang menggunakan ayat yang kompleks dalam karangan mereka. Murid cenderung menggunakan perkataan yang sama dalam ayat mereka. Murid kerap melalukan kesilapan- kesilapan Grammar terutama ketika membina ayat.4.1.4 Untuk membantu meningkatkan pencapaian murid- murid, guru- guru telah mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil sebagai penambahbaikan iaitu: Mengadakan kelas tambahan untuk murid- murid semasa musim cuti persekolahan. Memperbanyakkan latihan- latihan yang berkaitan Grammar dan Writing section kepada murid- murid. Untuk murid- murid Tahap 1 yang masih berada di tahap lemah, guru- guru kelas yang mengajar boleh memberi bimbingan lebih ketika sesi PdP yang dijalankan di dalam kelas sebagai contoh latihan menyebut perkataan- perkataan mudah dan membaca ayat. Teknik PdP dalam kalangan guru perlu dipelbagaikan supaya dapat menarik minat murid- murid. Sering menggalakkan murid-murid untuk berbual dalam Bahasa inggeris bersama rakan- rakan dan juga guru, bukan terhad semasa waktu PdP Bahasa Inggeris sahaja.

4.2 Peperiksaan Pertengahan Tahun4.2.1 Peperiksaan pertengahan tahun akan dijalankan pada bulan Mei iaitu 20 Mei sehingga 26 Mei dan diharapkan semua guru dapat menyediakan kertas- kertas soalan yang berkualiti yang mana dapat mentaksir pencapaian murid- murid kita berdasarkan standard kandungan dan standard prestasi yang telah digariskan oleh bahagian pembangunan kurikulum.4.2.2 Bagi Tahun 5, pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah telah menyediakan set soalan Bahasa Inggeris untuk peperiksaan pertengahan tahun ini. Manakala Tahun 6 pula kertas soalan Bahasa Inggeris pula disediakan oleh Majlis Guru Besar.4.2.3 Untuk Tahun 1 sehingga tahun 4, guru perlu menyediakan kertas soalan sendiri yang dapat mentaksir tahap pencapaian murid- murid.

4.3 Kewangan dan belanjawan panitia bagi sesi 20154.3.1 Peruntukan belanjawan panitia masih belum digunakan lagi dan pihak panitia bercadang untuk menggunakan sebahagian duit tersebut untuk melaksanakan program Minggu Bahasa Inggeris.

4.4 LINUS Bahasa Inggeris4.4.1 Ujian saringan 1 LINUS Bahasa Inggeris telah dijalankan pada bulan Mac dan berdasarkan daripada keputusan saringan 1 tersebut, terdapat beberapa murid tidak melepasi konstruk- konstruk dalam ujian LINUS tersebut. 4.4.2 Murid yang tidak melepasi konstruk adalah:Tahun 1:Tahun 2: Muhamad Firdaus, Muhamad Aikal Akmar, Putri Mawardana4.4.3 Berdasarkan dari data yang diperolehi dan analisa item yang dijalankan, murid- murid ini menghadapi masalah untuk menyebut bunyi-bunyi fonetik vocal bergabung dan tidak dapat membaca ayat yang panjang. Mereka sukar untuk blend bunyi- bunyi yang disebut menjadi perkataan.4.4.4 Langkah yang diambil oleh guru yang mempunyai murid LINUS adalah guru menyediakan kad- kad sebutan huruf yang diliminate untuk kegunaan murid- murid LINUS. Murid- murid ini akan dipanggil oleh guru untuk latih tubi sebutan bunyi-bunyi ini sehinggalah mereka mahir dan dapat blend bunyi tersebut menjadi perkataan.

4.5 Professional Learning Communities (PLC)4.5.1 Bagi program PLC, pihak panitia telah sebulat suara untuk memulakan program ini pada bulan Mei 2015. Alat kolaboratif yang telah kami pilih untuk program ini adalah lesson study, peer coaching dan juga learning walk.4.5.2 Segala program PLC yang dijalankan akan didokumentasikan sebagai bukti dalam bentuk laporan dan juga gambar.

5.0 Hal- hal lain5.1 Sepanjang dari bulan Januari sehingga Mei, pihak sekolah telah menyertai dua pertandingan Bahasa Inggeris dalam peringkat daerah iaitu pertandingan Story Telling dan juga Knowledge spelling. Murid hanya memperoleh sijil penyertaan sahaja untuk kedua- dua pertandingan tersebut. 5.2 Guru pembimbing bagi pertandingan tory telling ialah Pn Siti Azrina dan murid yang menjadi peserta adalah Nur Aqilah Mardhiah dari Tahun 5. Manakala untuk pertandingan Knowledge Spelling pula guru pembimbing adalah Pn Nadia Fasha dan peserta adalah Muhammad Nabil Aisar dari tahun 6.5.3 Kelas tambahan Bahasa inggeris bagi murid tahun 6 akan dijalankan pada musim cuti persekolahan pertengahan tahun dan guru akan mengajar mengikut jadual yang telah ditetapkan.

6.0 Ucapan penangguhan6.1 Pengerusi sekali lahi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dan telah menghadiri mesyuarat, diharapkan apa yang telah dirancang akan dapat dijalankan sebaiknya.6.2 Guru- guru perlu lebih agresif dalam melaksanakan program yang telah disusun dan diatur demi memastikan kecemerlangan panitia dan meningkatkan pencapaian murid- murid.

Disediakan oleh:

(Nadia Fasha Binti Mohd Drus)Ketua Panitia Bahasa InggerisSk Yamtuan Lenggang