minit mesyuarat badan kebajikan pendidikan khas kali pertama 2012

6
MINIT MESYUARAT BADAN KEBAJIKAN PENDIDIKAN KHAS KALI PERTAMA 2012 Tarikh : 12/04/2012 Masa : 12.00 tengahari Tempat : Bilik Mesyuarat SMKTHO Kehadiran : 1 En. Zainal Ikhsan bin Ikram Shah 2 En. Mohd Dzafir bin Abd. Hanid 3 Pn. Chitra Devi 4 Pn. Faridah binti Abdullah 5 Pn. Siti Zaharah binti Dahaman 6 En. Mohd Zulizzi bin Aziz 7 Pn. Salma binti Hj. Isa 8 Pn. Tuan Rohaizam binti Tuan Yahya 9 Pn. Zuraini binti Aziz Tidak hadir bersebab : 1 En. Ameer 2 Pn. Lim 3 En. Ali bin Ludin 4 En. Zainol bin Desa 5 Pn. Asma’laili binti Abd Ghani 1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran AJK pada mesyuarat kali pertama pada hari ini. 1.2 Pengerusi memaklumkan badan kebajikan Pendidikan Khas ditubuhkan untuk mewujudkan

Upload: rubiah-basri

Post on 24-Apr-2015

159 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat Badan Kebajikan Pendidikan Khas Kali Pertama 2012

MINIT MESYUARAT BADAN KEBAJIKAN PENDIDIKAN KHAS KALI PERTAMA 2012

Tarikh : 12/04/2012

Masa : 12.00 tengahari

Tempat : Bilik Mesyuarat SMKTHO

Kehadiran :

1 En. Zainal Ikhsan bin Ikram Shah

2 En. Mohd Dzafir bin Abd. Hanid

3 Pn. Chitra Devi

4 Pn. Faridah binti Abdullah

5 Pn. Siti Zaharah binti Dahaman

6 En. Mohd Zulizzi bin Aziz

7 Pn. Salma binti Hj. Isa

8 Pn. Tuan Rohaizam binti Tuan Yahya

9 Pn. Zuraini binti Aziz

Tidak hadir bersebab :

1 En. Ameer

2 Pn. Lim

3 En. Ali bin Ludin

4 En. Zainol bin Desa

5 Pn. Asma’laili binti Abd Ghani

1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran AJK pada mesyuarat kali pertama

pada hari ini.

1.2 Pengerusi memaklumkan badan kebajikan Pendidikan Khas ditubuhkan untuk mewujudkan

kerjasama diantara guru dan ibubapa untuk penambahbaikan program ini.

1.3 Pengerusi memaklumkan untuk meneruskan hasrat Pengetua untuk menjadikan program

Pendidikan Khas berjaya.

Page 2: Minit Mesyuarat Badan Kebajikan Pendidikan Khas Kali Pertama 2012

2. UCAPAN PENOLONG KANAN

2.1 Penolong Kanan Pendidikan Khas mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi dan

mengucapkan selamat datang kepada AJK untuk mesyuarat yang kali pertama di adakan.

2.2 Penolong Kanan memaklumkan tertubuhnya persatuan ini kerana saranan Pengetua semasa

Program Jayawaris 2012.

2.3 Penolong Kanan mengucapkan terima kasih kepada Pn. Chitra Devi kerana sudi hadir

mengajar pelajar membuat capati.

3. PERANCANGAN TAHUN 2012

3.1 Mesyuarat telah menetapkan beberapa aktiviti yang akan dijalankan pada tahun ini:

a) Kutipan yuran Badan Kebajikan Pendidikan Khas

i) Pn. Chitra Devi mencadangkan kutipan yuran sebanyak RM 10 bagi setiap pelajar

untuk dana Pendidikan Khas dan di sokong oleh Pn. Tuan Rohaizam Tuan Yahya.

ii) Cadangan untuk membuka akaun baru di atas nama Badan Kebajikan Pendidikan

Khas di atas persetujuan pihak PIBG sekolah.

iii) Pengetua dan YDP telah bersetuju untuk membuka akaun baru di atas nama Badan

Kebajikan Pendidikan Khas dan perlu diminitkan di dalam minit mesyuarat PIBG.

iv) Minimum RM 1000 di perlukan untuk membuka akuan Bank Rakyat dan akan

diletakkan 3 penama iaitu Pengerusi En. Zainal Ikhsan bin Ikram Shah , Bendahari

Pn. Salma binti Hj. Isa dan Setiausaha En. Mohd Zulizzi bin Aziz dalam proses

peyimpanan dan pengeluaran wang persatuan.

b) Pemasangan Penghawa dingin

i ) Pada tahun ini juga ibu bapa bersetuju untuk memasang penghawa dingin di blok

Pendidikan Khas dan sebanyak 2 unit penghawa dingin diperlukan

ii) Perbincangan telah di adakan bersama waris dan Pn Pauline telah bersetuju untuk

menyumbangkan sebuah unit penghawa dingin dan sebuah lagi unit akan di beli

melalui kutipan sumbangan daripada ibu-bapa.

iii) Penggunaan penghawa dingin akan di kawal oleh guru dan bayarab bil akan

menggunakan wang peruntukasn Pendidikan Khas

Page 3: Minit Mesyuarat Badan Kebajikan Pendidikan Khas Kali Pertama 2012

c) Gotong Royong bersama waris

i ) Gotong-royong bersama waris akan diadakan dan dicadangkan pada hari ganti cuti

persekolahan.

ii) Ianya akan diadakan secara pembahagian tugas mengikut kawasan yang telah

ditetapkan.

d) Lawatan sambil belajar bersama waris, guru dan pelajar.

i ) Aktiviti lawatan sambil belajar di adakan bagi memberi peluang kepada waris, guru

dan pelajar mengenalli antara satu sama lain dan mengeratkan perpaduan.

ii) Waris dan guru akan bekerjasama dalam menjalankan program ini.

e) Program masakan dan kraftangan

i ) Program masakan dan kraftangan di wujudkan pada tahun ini bagi memberikan

kemahiran kepada pelajar “life skill”

ii) Pada tahun ini PPD Selatan akan mengadakan pameran kraftangan Pendidikan Khas

dan ianya bertujuan untuk mempamerkan dan menjual hasil kraftangan yang di

hasilkan pelajar untuk bertujuan mengumpul dana pelajar.

iii) Pn. Chitra Devi ibu salah seorang pelajar pendidikan khas bersetuju untuk

menyumbang idea dan tenaga untuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar dan guru

dalam masakan dan kraftangan.

4. AHLI JAWATANKUASA BADAN KEBAJIKAN PENDIDIKAN KHAS SESI 2013/2013

Pengerusi : En. Zainal Ikhsan bin Ikram Shah

Naib Pengerusi: En. Ali bin Ludin

Setiausaha : En. Mohd Zulizzi bin Aziz

Bendahari : Pn. Salma binti Hj. Isa

AJK kalangan waris :

1. En. Ameer 2. Pn. Chitra Devi

Page 4: Minit Mesyuarat Badan Kebajikan Pendidikan Khas Kali Pertama 2012

3. Pn. Faridah binti Abdullah

4. Pn. Siti Zaharah binti Dahaman

5. Pn. Lim

Empat orang mewakili guru Pendidikan khas SMK Tun Hussein Onn

1. En. Zainol bin Desa2. Pn. Tuan Rohaizam binti Tuan Yahya

3. Pn. Zuraini binti Aziz

4. Pn. Asma’laili binti Abd Ghani

5 HAL-HAL LAIN

5.1 Pn. Tuan Rohaizam binti Tuan Yahaya memohon kerjasama waris yang mengambil pelajar

tidak terus masuk ke dalam kelas kerana ini akan mengganggu guru yang sedang mengajar.

Mesyuarat di tangguhkan pada pukul 1.10 tengah hari

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

___________________________ _____________________________

(MOHD ZULIZZI BIN AZIZ) (EN. ZAINAL IKHSAN BIN IKRAM SHAH)

Setiausaha Badan Kebajikan PPKI

SMK Tun Hussein Onn