minit mesyuarat ajk kwapm 2011

Upload: janjiada

Post on 06-Jul-2015

3.622 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANTUAN PERINGKAT SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN MERLIMAU 2 UNIT KWAPM BIL. 1/2011

Tarikh Masa Tempat Kehadiran

: : : :

2 hb. Februari, 2011 ( Rabu ) 1.15 petang Bilik Gerakan SKM2 Semua AJK hadir .

Agenda :

1. Ucapan Pengerusi ( GPK HEM ) 1.1Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab. En. Suhimi bin Monel mengucapkan berbanyak terima kasih diatas kesanggupan semua AJK hadir ke Mesyuarat Unit KWAPM Kali Pertama 2011. 1.2Beliau memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat kali ini adalah untuk mengemaskinikan sistem fail Unit KWAPM . 1.3Di samping itu juga, tujuan utama mesyuarat KWAPM pada kali ini ialah untuk membuat pemilihan murid-murid yang layak memohon bantuan KWAPM bagi tahun 2011. Pihak sekolah telah menerima surat daripada PPD Jasin yang mengarahkan supaya pihak sekolah membuat pemilihan bagi murid Tahun 1 dan murid tercicir dari Tahun 2 Tahun 6, 2011. 1.4Pendapatan penjaga yang layak ialah RM720 ke bawah atau pendapatan perkapita RM180 ke bawah. Semua data adalah diambil daripada SMM 2011 yang terkini. 1.5Sehubungan dengan itu, AJK mesyuarat mengucapkan berbanyak terima kasih kepada AJK Data sekolah yang banyak membantu menyenaraikan nama murid yang pendapatan penjaganya di dalam lingkungan tersebut.

2. Pengesahan minit mesyuarat yang lepas 2.1Minit disahkan oleh Minit disokong oleh : : Pn. Hanizah bt. Mohamad Pn. Siti Fatimah bt. Ali Hassan

3. Kelulusan Permohonan Bantuan Kwapm bagi tahun 2009 3.1Senarai nama murid yang layak telah pun diterima oleh pihak sekolah. Bilangannya ialah seramai 83 orang termasuk 24 orang murid yang telah masuk ke tingkatan 1, 2011. 3.2Pihak sekolah telah diminta melengkapkan borang rumusan yang telah dikeluarkan itu dengan memasukkan nama dan nombor kad pengenalan penjaga murid yang terlibat.

4. Mesyuarat memutuskan bahawa: 4.1Seramai 99 orang murid diperakukan layak bagi memohon bantuan KWAPM bagi tahun 2011. Senarai nama adalah seperti di Lampiran A. 4.2Seramai 7 orang murid didapati tidak layak memohon kerana penjaga telah mengalami pertambahan pendapatan iaitu melebihi RM720/RM80. 4.3Pn. Saedah dengan bantuan Pn. Norhayati telah diminta untuk mengumpulkan boring-borang permohonan yang telah lengkap dan menyimpannya dalam satu fail.

5. Agihan bantuan KWAPM akan dibuat sebaik sahaja mendapat arahan daripada PPD.

6. Hal-hal lain

6.1Mesyuarat dimaklumkan bahawa pemilihan ini adalah dibuat berdasarkan data SMM 2011 dan sebarang kemusykilan yang ditimbulkan oleh penjaga bolehlah segera merujuk kepada GPK HEM.

7. Penutup Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kerana semua AJK telah dapat membeeri kerjasama dan idea yang bernas sepanjang mesyuarat kali ini berlangsung.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.35 petang.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh :

.. .

( SETIAUSAHA UNIT KWAPM )