minit mesyuarat agung pibg sksm kali ke 36

8
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SKSM KALI KE 36 (1) SESI 2015-2017 TARIKH : 15 MAC 2015 MASA : 8.00 PAGI HARI : AHAD TEMPAT : KANTIN SKSM KEHADIRAN : 1. GURU-GURU SKSM 2. IBU BAPA / AJK PIBG BACAAN DOA Bacaan doa oleh Ustaz Awis Al-Qarni B. Tomiran 1.0 UCAPAN YDP PIBG (TN. HJ. ABD RASHID BIN HJ. ABD HAMID) - Alu-aluan dan terima kasih kepada para ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk menghadirkan diri dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ini. - Beliau berkata ibu bapa seharusnya berkorban untuk kejayaan anak- anak. - Beliau juga turut memberitahu bahawa sekarang terdapat banyak gejala buruk. - Ibu bapa seharusnya memantau anak-anak semasa solat Jumaat (sebelum dan selepas). - Mohon maaf atas kesilapan yang mungkin menyinggung perasaan. 2.0 UCAPAN GURU BESAR (TN. HJ. ZULKIFLI BIN ELIAS) - Ucapan aluan dan terima kasih kepada Pembantu Khas Adun Semarang, YDP PIBG, guru-guru dan hadirin. - Beliau memberitahu bahawa kehadiran ibu bapa sangat penting dalam membantu meningkatkan kemajuan murid-murid. - Beliau juga berkata bahawa PIBG ini sangat penting dalam membincangkan kemajuan murid-murid. - Di SK Seri Mendapat, pelajar yang mendapat 5A pada tahun lepas hanya 1 orang.

Upload: akmal

Post on 30-Sep-2015

238 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Minit Mesyuarat Agung PIBG.

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SKSM KALI KE 36 (1) SESI 2015-2017

TARIKH:15 MAC 2015MASA:8.00 PAGIHARI:AHADTEMPAT: KANTIN SKSMKEHADIRAN:1. GURU-GURU SKSM2. IBU BAPA / AJK PIBG

BACAAN DOABacaan doa oleh Ustaz Awis Al-Qarni B. Tomiran

1.0 UCAPAN YDP PIBG (TN. HJ. ABD RASHID BIN HJ. ABD HAMID)

Alu-aluan dan terima kasih kepada para ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk menghadirkan diri dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ini. Beliau berkata ibu bapa seharusnya berkorban untuk kejayaan anak-anak. Beliau juga turut memberitahu bahawa sekarang terdapat banyak gejala buruk. Ibu bapa seharusnya memantau anak-anak semasa solat Jumaat (sebelum dan selepas). Mohon maaf atas kesilapan yang mungkin menyinggung perasaan.

2.0 UCAPAN GURU BESAR (TN. HJ. ZULKIFLI BIN ELIAS)

Ucapan aluan dan terima kasih kepada Pembantu Khas Adun Semarang, YDP PIBG, guru-guru dan hadirin. Beliau memberitahu bahawa kehadiran ibu bapa sangat penting dalam membantu meningkatkan kemajuan murid-murid. Beliau juga berkata bahawa PIBG ini sangat penting dalam membincangkan kemajuan murid-murid. Di SK Seri Mendapat, pelajar yang mendapat 5A pada tahun lepas hanya 1 orang. Beliau juga turut mengulas peratusan lulus UPSR meningkat sejak 4 tahun kebelakangan ini (65% - 69%). Ini masih boleh di pertingkatkan lagi. Beliau memberitahu bahawa bilangan calon SK Seri Mendapat adalah sedikit, maka jika seorang pelajar gagal, ia akan memberi kesan yang besar kepada peratus lulus sekolah. Beliau turut memberitahu sasaran sekolah pada tahun 2015, 4 mata pelajaran lulus 100%. Beliau turut memberitahu bahawa program sekolah berfokus kepada individu (pelajar) dalam mengenal pasti masalah. Beliau juga turut berkongsi kejayaan pelajar-pelajar SK Seri Mendapat yang menjadi wakil Ragbi ke MSSD. Beliau juga berkongsi bahawa ada pelajar SK Seri Mendapat yang menjadi wakil Batu Pahat dalam MSSC dalam kategori Olahraga dan Balapan. SK Seri Mendapat menjadi Johan Keseluruhan dengan jumlah pingat sebanyak 5 pingat Emas. Seorang pelajar dari SK Seri Mendapat juga menjadi Olahraga Harapan. Kemudian, di dalam Olahraga MSSD yang diadakan di UTHM, pelajar terbabit juga menjadi peserta terbaik kejohanan bawah 10 tahun. Seorang pelajar juga mewakili Batu Pahat ke peringkat MSSJ. Di SK Seri Mendapat, program LINUS adalah untup murid-murid Tahun 1,2 dan 3 (Tahap 1). Program ini bertujuan untuk melatih murid-murid dengan kemahiran asas menulis dan membaca dengan harapan apabila mereka berada di Tahun 3, mereka dapat menguasai literasi dan numerasi serta LINUS BI. Bagi pelajar Tahun 5 dan 6, program Profim di jalankan untuk mengatasi masalah pelajar Tahap 2. Modul telah diberikan. Beliau juga turut mengulas tentang program KSSR. Program KSSR bermula pada tahun 2011 untuk murid Tahun 1. Pada tahun 2016, keseluruhan pelajar dari Tahun 1 hingga Tahun 6 akan menggunakan modul KSSR. Beliau juga turut menekankan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Beliau juga mengatakan bahawa UPSR pada tahun 2015 adalah UPSR terakhir. Kemungkinan penilaian pada tahun 2016 bagi pelajar Tahun 6 adalah berasaskan PBS. Beliau juga turut mengulas tentang Pendidikan Abad ke-21. Ia berteraskan teknologi dan maklumat. Melalui Pendidikan Abad ke-21 ini, pelajar mencari sendiri maklumat melalui media massa dan teknologi moden. Kelas yang canggih serta kondusif dan guru-guru bertindak sebagai fasilitator juga merupakan antara ciri-ciri Pendidikan Abad ke-21. Beliau juga berharap bahawa ibu bapa dapat memantau kerja rumah anak-anak. Beliau juga turut berkongsi isu sekolah dimulakan dengan Pra Sekolah. Isu kekurangan murid telah menurun. SK Seri Mendapat menepati syarat 25 murid dalam satu kelas. Selain itu, beliau juga turut menerangkan isu pelajar Tahun 6. Pelajar Tahun 6 akan menjalani kelas tambahan setiap hari Ahad dan Khamis. Pelajar Tahun 6 juga akan mempunyai kelas tambahan pada hari Jumaat dan semasa cuti sekolah. Sekolah juga akan mengadakan Bengkel Teknik Menjawab, program motivasi, Program Solat Hajat dan Yasin dan Program Lawatan Keluarga UPSR. Sekolah juga akan memberikan kerja rumah kepada semua murid.

3.0 UCAPAN DAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-26 OLEH PEMBANTU KHAS ADUN SEMARANG TN. HJ. ABDUL HALIL BIN SAAT

Mengucapkan terima kasih kerana dijemput merasmikan Mesyuarat Agung PIBG. Beliau mengatakan bahawa jangan meremehkan soal pelajaran anak-anak. Beliau turut mengulas bahawa semuanya bergantung kepada sikap ibu bapa. Beliau turut memberitahu bahawa ibu bapa dan guru hendaklah bersatu hati dalam menjaga generasi akan datang. Beliau juga berharap supaya ibu bapa menyayangi sekolah dan mengambil peringatan. Dengan itu beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SKSM kali ke-36 pada pukul 10.30 pagi.

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SKSM KALI KE-36 (2)SESI 2015-2017

1.0 UCAPAN PENGERUSI MESYUARAT (TN. HJ. ABDUL RASHID BIN HJ. ABD. HAMID)

Beliau mengucap syukur kerana semua ibu bapa masih bersama dalam Mesyuarat Agung PIBG. Beliau mengumumkan kehadiran mesyuarat adalah seramai 95 orang ibu bapa termasuk guru. Terdiri daripada 91 keluarga. Derma yang dikutip sebentar tadi adalah sebanyak RM375. Beliau turut mengingatkan kepada semua hadirin agar mengambil duit kehadiran berjumlah RM5.00 sebelum balik. Setiap keluarga satu. Beliau juga mengambil kesempatan untuk memberitahu semua hadirin bahawa beliau ingin melepaskan jawatan YDP PIBG. Ini kerana beliau mengatakan bahawa beliau sekarang adalah seorang pelajar di Open University. Beliau ingin mencabar diri sendiri dengan belajar pada usia yang lanjut. Beliau meminta agar semua hadirin merestui keputusan beliau dan mendoakan diri beliau.Sesi Pesanan oleh Guru Besar SK Seri Mendapat (Tn. Hj. Zulkifli B. Elias) Beliau menzahirkan rasa syukur kerana telah selesai majlis perasmian. Beliau berkata bahawa SKSM bertuah kerana mendapat seorang YDP yang berwibawa, mempunyai jiwa yang besar. Beliau mengucapkan terima kasih kepada YDP kerana berjaya menarik minat ibu bapa untuk menyertai aktiviti sekolah selama beliau bertugas. Pihak sekolah mengharapkan sokongan dari ibu bapa apabila bertukar tampuk pimpinan.

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PERINGATAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-35 (S/U PIBG)

Pn. Nursyafiqah membentangkan minit Mesyuarat Agung yang lalu berpandukan buku program pada muka surat 9-13. Saudara Fauzani mengutarakan sedikit persoalan dan pembetulan diberikan oleh YDP. Kemudian, minit Mesyuarat Agung disahkan oleh saudara Salim B. Abd Kadir dan disokong oleh En. Nasharuddin.

3.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN PIBG YANG BERAKHIR 31 DISEMBER 2014 (BENDAHARI PIBG)

Pn. Hjh. Zaiwah membentangkan penyata kewangan lalu yang berakhir 31 Disember 2014 iaitu Laporan Penyata Akaun PIBG dan Laporan Penyata Tabung Jumaat dan Dana RM1. Beliau memberitahu bahawa penyata kewangan boleh dirujuk di muka surat 14-16. Terdapat sedikit kekeliruan dibahagian bank nombor 28 tetapi telah diperjelaskan oleh Bendahari dan dibantu oleh YDP. Laporan penyata kewangan telah diteliti semua pihak dan telah disahkan oleh saudara En. Hishamuddin B. Hj. Alvi dan disokong oleh En. Abdullah B. Ismail.

4.0 PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2013-2015

YDP meminta semua Jawatankuasa PIBG memperkenalkan diri. Beliau memberitahu bahawa barisan jawatankuasa ini mula berkhidmat pada tahun 2013-2015. Beliau mewakili semua jawatankuasa memohon kemaafan jika terdapat salah dan silap. Jawatankuasa PIBG dibubarkan pada 11.49 pagi.

5.0 MELANTIK PENGERUSI SEMENTARA

Tn. Hj. Abd. Rashid dicadang menjadi pengerusi sementara. Di sokong oleh semua pihak. Beliau bersetuju menjadi pengerusi sementara. Beliau memohon Pn. Nursyafiqah menjadi pencatat sementara. Beliau turut meminta pertolongan saudara Sharizan sebagai Pengira dan saudara Nazmi sebagai Pencatat.

6.0 MENCADANG DAN MEMILIH JAWATANKUASA PIBG SESI 2015-2017

Tn. Hj. Abdul Rashid menerangkan proses pemilihan. Seorang boleh mencadangkan satu orang. Setiap orang hanya boleh undi sekali sahaja.

6.1 Memilih Yang Dipertua PIBG

Pn. Misnah Bte. Hassan mencadangkan En. Hishamuddin B. Hj. Alvi dan disokong oleh En. Nasharuddin. En. Samsudin pula mencadangkan En. Rosli B. Sohot. En. Rosli mencadangkan supaya melantik seseorang yang mempunyai anak di SKSM untuk menjadi YDP. Ini supaya orang yang dilantik akan lebih komited. Beliau juga turut mencadangkan agar YDP yang dahulu mengekalkan jawatan. YDP memberi respon bahawa beliau tidak dapat berbuat demikian kerana beliau rasa bersalah jika tidak dapat memberi sepenuh komitmen. Beliau mengatakan beliau terikat dengan komitmen tugasan dan komitmen belajar. Tetapi, beliau mengatakan bahawa beliau sudi memberi pandangan jika YDP yang baru memerlukan pandangan beliau. Pn. Yan pula mencadangkan En. Faizal B. Sabri dan disokong oleh Pn. Ani. Cadangan terakhir pula daripada En. Saleh yang mencadangkan En. Akesah B. Yahya dan disokong oleh En. Nasharuddin. Cadangan ditutup oleh Tn. Hj. Abdul Rashid b. Hj. Abdul Hamid Kiraan undi dijalankan. En. Hishamuddin mendapat 7 undi, En. Faizal mendapat 30 undi dan En. Akesah mendapat 24 undi. Diumumkan bahawa En. Faizal Bin Sabri adalah YDP PIBG yang baru. Beliau merupakan Pengerusi Belia dan Usahajaya Kampung Parit Tabor.

6.2 Memilih Naib Yang Dipertua PIBG

Terdapat tiga cadangan untuk Naib YDP PIBG iaitu Pn. Wasitah Binti Maidin, En. Akesah Bin Yahya dan En. Sahrudin Bin Ibat. Hadirin sebulat suara memilih En. Sahrudin Bin Ibat sebagai Naib YDP PIBG yang baru. Bagi jawatan Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari akan dilantik oleh pihak sekolah. Seterusnya melantik 10 orang AJK, 7 orang dari kalangan ibu bapa dan 3 orang dari kalangan guru. Seorang boleh mengundi sebanyak 3 kali dan seorang boleh mencadang sebanyak 3 kali. Hasil daripada cadangan dan undian hadirin semua, 7 orang wakil dari kalangan ibu bapa telah dipilih. Mereka adalah :

1. Pn. Salmah Binti Ishak.2. Pn. Wasitah Binti Maidin3. Pn. Norafida4. Pn. Rohani5. Pn. Aspalela6. Pn. Habibah7. En. Akesah Bin Yahya

7.0 MEMBAHAS USUL

Semua diminta merujuk usul-usul di dalam buku program. Usul pertama daripada Pn. Norlizawati Binti Salih meminta agar diwujudkan program Kempen Membaca dan Menulis Jawi. Selain itu, beliau juga mencadangkan agar makanan percuma diberikan kepada murid Tahun 1 semasa waktu rehat. Beliau turut mencadangkan agar sekolah mengadakan lawatan sambil belajar dan mewujudkan kawalan lalu lintas setiap hari untuk murid Tahun 1-6. Akhir sekali, beliau juga mencadangkan supaya waktu pulang pada hari Khamis dicepatkan seperti biasa iaitu padapukul 12.30 tengahari. Tetapi, Pn. Norlizawati tidak hadir. Usul akan dibincangkan dalam mesyuarat oleh YDP baru. Usul kedua pula daripada Pn. Noorfila Binti Harun, mengadu bahawa anaknya selalu jatuh kerana padang sekolah tidak rata dan berbonggol. Beliau meminta agar padang sekolah di perbaiki. YDP memberi respon bahawa permohonan untuk meratakan padang telah di buat pada ahli parlimen dan peruntukan juga sudah keluar. Cuma, peruntukan itu tidak diketahui di mana. Usul ini diterima dan akan diperhalusi. En.Khairudin Bin Masri pula mencadangkan agar meningkatkan kawalan keselamatan ketika murid pulang dari sekolah. Beliau juga meminta mewujudkan pengawal lalu lintas dan membuat garisan kuning keselamatan di hadapan sekolah. Pengusul bagi usul ketiga ini juga tidak hadir dan tindakan akan dibawa ke mesyuarat pertama.

8.0 UCAPAN PENAGGUHAN DAN UCAPAN YDP PIBG 2015-2017

Diharap semua berpuashati dengan perbincangan di dalam mesyuarat Agung PIBG kali ini. Beliau memohon ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa, tersilap kata ketika mengendalikan mesyuarat ini. YDP PIBG yang baru, En. Faizal Bin Sabri menyampaikan sepatah dua kata. Beliau mengharapkan kerjasama dari semua pihak kerana ini kali pertama beliau memegang jawatan ini. Beliau berjanji akan menjalankan tugas sebaik mungkin. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.45 tengahari.

Disediakan oleh:

________________Cik Nurfarahin Binti Mohd NoorSetiausaha PIBG SKSMSesi 2015 - 2017