minit mesyuarat agung pibg ke15 (edit)

12
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KE- 15, 2015 SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 20 JALAN USJ 20/ 6E 47630 UEP SUBANG JAYA Tarikh : 14 Februari 2015 Hari : Sabtu Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Kencana, SK USJ 20 Kehadiran : 177 orang AGENDA 1.0 UCAPAN PENGERUSI MAJLIS 1.1 Puan Salwanie bt. Abd Manan Sukri selaku Pengerusi Mesyuarat Agung PIBG kali ke-15 mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat. Harapan agar majlis ini dapat berjalan lancar dan mencapai kata sepakat semua pihak. 1.2 Majlis dimulakan dengan Nyanyian Negaraku AGENDA 2.0 LAGU NEGARAKU DAN BACAAN DOA 2.1 Bacaan doa diketuai oleh Ustaz Norazam bin Ahmad Mokree AGENDA 3.0 UCAPAN PENASIHAT (PN.HJH. ZAINI BT. BABA) 3.1 Ucapan terima kasih kepada pengerusi majlis dan para hadirin yang sudi meluangkan masa menghadiri Mesyuarat Agung PIBG kali ke-15 ini. 3.2 Antara isi ucapan guru besar ialah: Penerangan Puan guru besar berkaitan pencapaian sekolah pada tahun 2014 ialah analisis peratusan UPSR pada tahun 2014 yang menunjukkan sedikit penurunan berbanding tahun lepas. Faktor penurunan telahpun dibuat post mortem, antara faktornya: Penangguhan dan pengulangan semula peperiksaan UPSR Murid-murid kelas 6 Cekal dan 6 Jujur kerap tidak hadir ke kelas tambahan hari Sabtu Persediaan sekolah dalam menangani penangguhan UPSR tidak dibuat dengan rapi. 1

Upload: norhilwani-mohd-rahim

Post on 26-Sep-2015

251 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

kjh

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KE- 15, 2015SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 20

JALAN USJ 20/ 6E

47630 UEP SUBANG JAYATarikh : 14 Februari 2015

Hari : Sabtu

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Dewan Kencana, SK USJ 20

Kehadiran : 177 orang

AGENDA 1.0

UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

1.1Puan Salwanie bt. Abd Manan Sukri selaku Pengerusi Mesyuarat Agung PIBG kali ke-15 mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat. Harapan agar majlis ini dapat berjalan lancar dan mencapai kata sepakat semua pihak.

1.2Majlis dimulakan dengan Nyanyian Negaraku

AGENDA 2.0

LAGU NEGARAKU DAN BACAAN DOA

2.1 Bacaan doa diketuai oleh Ustaz Norazam bin Ahmad MokreeAGENDA 3.0

UCAPAN PENASIHAT (PN.HJH. ZAINI BT. BABA)

3.1 Ucapan terima kasih kepada pengerusi majlis dan para hadirin yang sudi meluangkan

masa menghadiri Mesyuarat Agung PIBG kali ke-15 ini.3.2 Antara isi ucapan guru besar ialah:

Penerangan Puan guru besar berkaitan pencapaian sekolah pada tahun 2014 ialah analisis peratusan UPSR pada tahun 2014 yang menunjukkan sedikit penurunan berbanding tahun lepas. Faktor penurunan telahpun dibuat post mortem, antara faktornya: Penangguhan dan pengulangan semula peperiksaan UPSR

Murid-murid kelas 6 Cekal dan 6 Jujur kerap tidak hadir ke kelas tambahan hari Sabtu

Persediaan sekolah dalam menangani penangguhan UPSR tidak dibuat dengan rapi.

Cadangan penambahan ialah: Pihak sekolah telah mendapatkan khidmat SIC (guru pakar) untuk membantu guru khasnya subjek matematik dalam meningkatkan peratus lulus subjek berkenaan.

Kumpulan sarana ibubapa seramai 18 orang daripada kaum ibu kelas 6 Dedikasi akan mengambil anak angkat murid kelas 6 Cekal dan 6 Jujur. Memantapkan aktiviti panitia subjek UPSR.

Guru besar juga mengucapkan terima kasih kepada Puan Norihan kerana mengambil gambar danmenjualnya di sekolah. Ini membantu mengurangkan beban guru, dan fokus kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Beliau juga memaklumkan berkaitan beberapan orang kaum ibu telah menjalankan aktiviti gotong royong bersama-sama guru untuk menceriakan kelas anak-anak murid secara sukarela. Aktiviti ini bukan sahaja dapat menceriakan kelas anak-anak murid tetapi juga dapat merapatkan kemesraan antara ibu bapa dan guru. Berkenaan cadangan beberapa ibu bapa untuk mewujudkan whatsApp group antara ibu bapa dan guru. Guru besar menjelaskan bahawa memang telah wujud aplikasi tersebut antara guru dan ibu bapa seperti kelas tahun 5 dan 6. Untuk mengujudkan group ini ianya adalah persetujuan bersama ibu bapa dan guru itu sendiri bukannya arahan beliau. Guru perlukan ruang untuk bersama keluarga selepas waktu persekolahan kecuali atas persetujuan guru itu sendiri. Beliau juga memaklumkan bahawa sekolah masih belum mendapat maklumbalas berkaitan pencalonan sekolah untuk Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK). Jangkaan akan diumumkan pada bulan Mei 2015. Diharapkan semua mendoakan agar sekolah mendapat SKK fasa 9. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga sekolah dan barisan PIBG serta ibu bapa yang telah banyak membantu sekolah terutamanya ibu bapa bagi murid tahun 6.3.3Beliau memetik tentang dasar kerajaan dalam Pelan Pendidikan yang menjelaskan tentang enam ciri murid yang harus dicapai: Identiti Nasional Kemahiran berfikir

Ilmu pengetahuan

Etika dan kerohanian Kemahiran dwibahasa

Kemahiran memimpin3.4Guru besar meminta ibu bapa yang belum mengambil buku sarana boleh mendapatkan buku tersebut di meja pendaftaran.Beliau juga memaklumkan tentang harapan kementerian agar sekolah menwujudkan kerjasama antara ibu bapa dan guru.Selain itu, guru besar juga menjelaskan kepada ibu bapa mengenai beban tugas guru yang cukup mencabar dengan jumlah guru seramai 60 orang guru dan jumlah murid 1200 orang murid. Oleh itu kerjasama ibubapa amat diperlukan oleh pihak sekolah.

3.5 Beliau juga memaklumkan kepada ibu bapa bahawa kehadiran murid merupakan salah satu perkara yang dipandang serius oleh pihak kementerian.Pemantauan kehadiran murid dibuat melalui Dash Board kementerian. Setiap hari sekolah akan menghantar maklumat kehadiran murid di situ. Kementerian meletakkan KPI kehadiran murid sebanyak 95%. Pada tahun 2014 sekolah hanya mencapai 85% sahaja.Diharapkan tahun ini, ibubapa dapat mempastikan anak-anak hadir ke sekolah sehingga hujung tahun.Ini disebabkan melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) aktiviti murid dinilai bukan sahaja melalui peperiksaan tetapi juga akativiti kokurikulum dan sahsiah diri. Bagi murid tidak hadir diharapkan ibubapa memaklumkan kepada pihak sekolah melalui surat ataupun telefon.

3.6Beliau juga menyentuh mengenai penggunaan VLE Frog yang kurang mendapat sambutan daripada ibubapa dengan peratusan sebanyak 1% sahaja. Setiap ibubapa telah dibekalkan id VLE Frog, ianya telah ditampalkan di papan cermin laluan pintu kecil sekolah. En.Kamaruzaman, iaitu guru data sekolah telah membuat demonstrasi VLE Frog.Diharapkan selepas ini, ibubapa boleh mendapatkan maklumat sekolah melalui VLE Frog. Pihak kementerian juga memantau penggunaan VLE Frog oleh ibubapa.

3.7 Beliau juga mohon kerjasama ibubapa untuk memantau pakaian anak-anak ke sekolah. Baju t-shirt sukan hanya dipakai 2 kali seminggu iaitu semasa murid ada Pendidikan Jasmani.Beliau dapati ada murid yang memakai baju ini setiap hari, dan t-shirt berkenaan sudah kelihatan lusuh dan singkat. Begitu juga dengan disiplin murid terutama kehadiran awal pagi.Setiap hari ada sahaja murid yang lewat ke sekolah.Membentuk disiplin murid adalah tanggungjawab bersama.

3.8Beliau mengucapkan selamat bermesyuarat dan berharap mesyuaratdapat dijalankan dengan harmoni. Ibu bapa boleh mengemukakan cadangan dan membantu sekolah untuk menjayakan setiap cadangan yang diberikan.Ianya adalah untuk kecemerlangan murid-murid SK USJ 20. Guru besar meminta warga SK USJ 20 sama sama mendoakan kejayaan anak-anak pada tahun 2015 dan meningkatkan lagi kecenderungan untuk hadir ke sekolah dan kelas tambahan. Malah mendoakan juga agar anak-anak bermotivasi untuk lulus dalam setiap mata pelajaran dan berusaha lebih gigih untuk mencapai 5A bagi murid tahun 6. Jelas beliau lulus dalam peperiksaan merupakan matlamat bagi semua. 3.9 Akhir sekali, beliau mengucapkan terima kasih kepada ajk PIBG 2014 dan semua warga SK USJ 20 yang telah menjayakan aktiviti pada tahun lepas.Semua aktiviti berkenaan telahpun didokumentasi, dan ibubapa boleh melihat dokumentasi berkenaan di bahagian belakang dewan. Ucapan terima kasih juga kepada jawatankuasa kerja Mesyuarat Agung PIBG.AGENDA 4.0UCAPAN YANG DI- PERTUA PIBG (EN.AKIL AHMAD B. MOHAMMED ISHAQ)

4.1 Ucapan terima kasih kepada AJK Mesyuarat Agung 2014 dan juga kepada tetamu undangan khas yang sudi hadir untuk merasmikanmesyuarat kali ini.4.2 Beliau menjelaskan tentang penggunaan VLE Frog, mewujudkan kumpulan kecil antara ibu bapa dan guru, mengadakan gotong-royong membersihkan kelas. Beliau juga mengulas tentang UPSR 2014.4.3 Beliau menyentuh mengenai dana PIBG sebanyak RM 64 ribu. Antara sumbangan yang dijalakan menggunakan dana tersebut adalah seperti berikut: Program yang dijalankan di sekolah seperti tahun-tahun sebelumnya

Program GALUS dan kelas tambahan setiap hari Rabu

Kelas tambahan tahun 54.4Jelas En Akil 25% jumlah murid SK USJ 20 adalah daripada keluarga yang berpendapatan rendah jadi menjadi tanggungjawab sekolah dan juga PIBG untuk bantu murid-murid ini dengan memberi peruntukan sebanyak RM 20 ribu untuk diberikan kepada biro akademik.4.5 Beliau juga menyentuh mengenai Hari Anugerah Kecemerlangan yang diadakan lebih sederhana berbanding pada tahun 2013 yang diadakan secara besar-besaran. Namun begitu, pelancaran Hari Anugerah Kecemerlangan tahun lepas berjaya daripada seluruh aspek. Sekolah akan sentiasa menjalankan Hari Anugerah Kecemerlangan sebagai majlis/program yang sentiasa dinanti-nanti oleh semua pihak. Ini merupakan satu platform untuk membantu murid agar lebih bermotivasi untuk berjaya.4.6Ucapan terima kasih kepada semua AJK diatas usaha dan kerjasama yang diberikan dan memberikan cenderahati kepada AJK PIBG 2014/2015.

AGENDA 5.0MESYUARAT AGUNG KALI KE- 15, SESI 2015/ 20165.1Ucapan dimulakan dengan perbentangan power point mengenai pencapaian KPI sekolah oleh YDP PIBG 2014 iaitu En. Akil.5.2Beliau menjelaskan seramai 26 orang murid mendapat 5A dan 26 orang murid gagal. Ini menunjukkan penurunan berbandinga tahun lepas iaitu seramai 38 orang yang memperolehi 5A serta 16 orang sahaja yang gagal. SKPM sekolah ditahap 96.96% yang mana tahun lepasa sebanyak 95.76%. Manakala GPS sekolah 1.98 berbanding dengan tahun lepas iaitu 1.65. Skor komposit pula 84.8% dan pada tahun lepas pula 86.9%. SK USJ 20 berada di ranking band 2 berbanding dengan tahun 2013 berada di ranking 1. Lulus keseluruhan ialah 77.58% menunjukkan penurunan sebanyak 10.3% daripada 87.88% pada tahun lepas.5.3Beliau juga melaporkan mengenai laporan sumber dana pada tahun lepas. Jelasnya, jumlah dana pada tahun lepas ialah RM 67313.70. Sumber dana adalah seperti berikut: Hari Keusahawanan: RM 8610

PIBG/Padang/kertas:RM 45350

Peribadi DLL:RM13392.90

5.4Manakala kegunaan dana pula berjumlah RM 87786.90 dan kegunaan ini ke peruntukkan kepada:

Akademik:RM 20645

HEM:RM 7920

KOKU:RM 12257

Pembangunan:RM 33276

Pengurusan&ICT:RM 14041.405.4 Beliau juga menjelaskan mengenai status sumbangan PIBG seperti berikut: Sumbangan PIBG dikekalkan pada RM60 satu keluarga berdasarkan MA Ke-11 Sumbangan makin merosot setiap tahun Kerjasama guru kelas sangat penting untuk memastikan sumbangan dikutip Kekurangan dana akan menjejaskan aktiviti sekolah Minta kerjasama ibubapa memastikan sumbangan PIBG dijelaskan Baki dalam bank sebanyak RM 46000 RM12000 akan diketepikan untuk naik taraf padang yang tidak dilaksanakan pada tahun lepas kerana dana tidak mencukupi.5.5 Beliau menjelaskan mengenai KPI sekolah tahun 2015 ialah: 26% yang gagal dapat dikurangkan kepada 12%

Tingkatkan murid 5A kepada 35 orang

Kekalkan pencapaian dalam kokurikulum yang sedia ada

Kembali kepada band 1

Memberi tumpuan kepada murid lemah

5.6 Beliau juga menjelaskan KPI PIBG pada tahun 2015 ialah:

Memastikan kutipan sumbangan PIBG ke tahap yang memuaskan Meningkatkan komunikasi digital(whatsapp,email)

Menaik taraf pagar/padang sekolah Aktiviti jana dana ditingkatkan Tumpuan utama kepada penyelengaraan

Kaji isu padang sekolahAGENDA 6.0MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

AGUNG KALI KE- 15 SESI 2014/ 20158.1Pembentangan Minit Mesyuarat Agung kali ke- 15 dilakukan oleh Setiausaha Kehormat PIBG iaitu Pn. W. Aizeera Azema W. Ibrahim.Pencadang : Pn. Hanim Abd HamidPenyokong : Pn. Siti EdawatyAGENDA 7.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI

TAHUNAN SESI 2014/ 20159.1Pembentangan laporan aktiviti tahunan PIBG sesi 2014/ 2015dilakukan oleh Setiausaha Kehormat PIBGiaitu Pn. W. Aizeera Azema bt. W. Ibrahim.

Pencadang : Pn. Nazlin Tamat

Penyokong: En. Hassan NordinAGENDA 8.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN KEWANGAN

TAHUNAN PIBG SESI 2014/ 201510.1Pembentangan laporan kewangan tahunan PIBG sesi 2014/ 2015 dilakukan oleh Bendahari Kehormat PIBG iaitu Pn. Norbaizura bt. Mat Deris.

Pencadang:Pn. Noni

Penyokong:En.Mohd AziziAGENDA 9.0

PERKARA BERBANGKIT11.1Tiada perkara berbangkit.AGENDA 10.0 MEMBUBARKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2014/ 2015 DAN PERLANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA

12.1Yang Dipertua PIBG mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan oleh guru- guru dan ibu bapa. Dengan ucapan Bismillah beliau membubarkan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2014/ 2015.12.2 En. Akil Ahmad dicadangkan untuk menjadi pengerusi sementara bagi perlantikan ahli jawatankuasa PIBG yang baru sesi 2015/ 2016AGENDA 11.0 PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2015/ 201613.1 Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2014/ 2015

Penasihat

: Pn. Zaini binti Baba

Yang Dipertua

:En. Akil Ahmad bin Mohamed Ishaq

Naib Yang Dipertua: En. Azwari bin Ahmad

Setiausaha

:Pn. Norhilwani Binti Mohd Rahim

Naib Setiausaha: Cik W. Ismaniza bt. W. Ishak

Bendahari

: Pn. Norsalwani bt. Ramli

Naib Bendahari: Pn Norliza Bt Sahari

AJK Ibu Bapa

: En. Azizi B. Jusoh

En. Irwan b. Rahamed

En. Nizam Saadon

En. Romainor Ismail

Pn. Melissa Lim bt. Abdullah

Pn. Hassan Nordin

AJK Guru

: En. Azizan B Hussain

Pn. Khor Sue Sue

En. Rozman B Sepeai

Pn. Salwanie Bt Manan

Pn. Aminah Bt Abd Bakar

Juruaudit Dalaman:En. Mohd Herwan bin Hashim

Pn. Zaiton Safuwan13.2Pemilihan semua jawatan adalah secara sebulat suara dan sukarela.AGENDA 12.0 MEMPERKENALKAN AJK PIBG SESI 2015/ 201614.1 Yang Dipertua PIBG mengucapkan terima kasih kerana kepercayaan sekali lagi atas perlantikannya. Beliau akan cuba memberikan komitmen yang sebaiknya atas amanah yang telah diberikan.

AGENDA 13.0 PEMBENTANGAN USUL/ CADANGAN

BIL.USUL/ CADANGAN/ KOMENMAKLUM BALAS/ JAWAPAN

A)

1)

2)

3)USUL PIBG

Meneruskan kutipan sumbangan tahunan sebanyak RM 60.00 setiap keluarga daripada ahli PIBG.

Mencadangkan kutipan RM 30.00 setiap keluarga untuk naik taraf padang sekolah.

Dengan ini, pihak AJK PIBG mengusulkan :

i) Memberi keizinan kepada PIBG untuk menjalankan aktiviti pengutipan

sumbangan untuk mengisi dana PIBG.

Sokong sebulat suara

B)

1)

2)USUL SEKOLAH

Mencadangkan kutipan RM 10.00 setiap murid Tahun 1 hingga Tahun 6 untuk urusan pentaksiran dan latihan murid.

Semua kutipan akan dimasukkan ke dalam tabung PIBG dan akan dikeluarkan apabila membeli kertas dan servis mesin reso.Melalui Majlis Pemuafakatan ibu bapa Tahun 6 yang telah dijalankan pada 11 Jan 2014, ibu bapa dan penjaga telah bersetuju membenarkan sekolah membuat kutipan RM 350. 00 dari murid- murid Tahun 6 bagi program Kecemerlangan Murid Tahun 6, 2015.Penjaga yang telah memberi persetujuan ialah:

Cadangan:Pn. Zaireen Al Bakri Anak: Nur Arika Iman (6B)

Sokongan:Pn. Nomie Azila Anak : Maya Aleesa (6D)

Telah dipersetujui oleh ibu bapa/ penjaga

Telah dipersetujui oleh ibu bapa/ penjaga

C)

USUL IBU BAPA

1)Mengedarkan jadual waktu sebelum hari pertama persekolahanDaripada : Puan Jamaliah

Setiap murid mendapat jadual waktu pada hari pertama persekolahan.

2)Makluman band 2014 kepada ibu bapaDaripada : Wan Johari

Penambahbaikan dibuat pada tahun ini iaitu hari terbuka 2 kali iaitu pada bulan Mei dan Oktober.

3)Kelas tambahan tahun 5Daripada : Pn. Rozita

Pernah dilaksanakan tetapi tiada sambutan. Akan dibincangkan semula

4)Makanan di kantin tidak bagus.Daripada : Pn. Asiah

Menawarkan tender baru kepada yang berminat Ibu bapa menyediakan bekalan makanan kepada anak-anak

5)Mengadakan mesyuarat PIBG pada hari Ahad

Daripada: NorAsiah

Ditolak- beri ruang untuk melakukan aktiviti bersama keluarga

6)Mewujudkan whatsapps group dengan guru kelas

Daripada: Monika Ibu bapa perlu meminta persetujuan guru kelas Memberi privasi kepada guru

7)Cadangan untuk membuat tinjauan terhadap kedatangan murid tahun 5 sebelum mengadakan kelas tambahan.Mewujudkan whatsapps groupantara ibu bapa dan PIBGMemberi penjelasan kepada ibu bapa tentang kepentingan dana PIBG setiap kali hari terbuka

Daripada:Pn. Azwati

Menjalankan kelas tambahan untuk murid yang GALUS lebih diutamakan Akan dibincangkan dalam mesyuarat ajk PIBG Cadangan membuka satu booth PIBG untuk kutipan dana seperti tahun-tahun sebelumnya.

AGENDA 16.0 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH YDP PIBG SESI 2015/ 201616.1 Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kepercayaan kepada beliau untuk terus menerajui PIBG. Mengharapkan kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibu bapa memberikan kerjasama dan sumbangan kepada sekolah untuk kejayaan anak- anak kita.

16.2Mengharapkan SK USJ 20 mencapai Sekolah Kluster Kecemerlangan tahun 2018.Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kali ke- 15 ditangguhkan pada pukul 12.15 tengah hari.

Pencatat Minit Mesyuarat

1) Pn. Rozita Kadim

2) Pn. Jennefer Caroline Angian

3) Pn. Norhilwani Bt Mohd Rahim

4) Pn. Wan Aizeera Azema Bt Wan Ibrahim

5) Cik Wan Akhlima Bt Wan ShafieYang menjalankan tugas, Disemak oleh,

..... .........................................(Norhilwani Bt Mohd Rahim)

(En. Akil Ahmad b. Mohammed Ishaq)

Setiausaha PIBG 2014, SKUSJ20

YDP PIBG 2014, SK USJ 20

Disemak oleh,..

(Pn. Zaini Baba)Penasihat PIBG, SK USJ 20

EMBED PBrush

1