minit mesyuarat agung kali ke 12 tahun 2011

Upload: maiza-rahman

Post on 09-Jul-2015

79 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-12 TAHUN 2011 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK DATO AHMAD RAZALI Tarikh Masa Tempat Pencatat Minit : 5 Mac 2011 : 10.30 pagi : Dewan SMK Dato Ahmad Razali : Puan Noor Fariza binti Jaafar Cik Mardiana binti Mohamad Nor Puan Siti Fauziah binti Mohd Amin Cik Normaiza binti Rahman

Agenda 1: Ucapan Aluan Pengerusi 1.1 Encik Aziz bin Md Derus mengalu-alukan kedatangan semua guru dan ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-12 tahun 2011 serta mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kerana sudi hadir. Pengerusi meminta guru dan ibu bapa untuk merujuk Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-11 tahun 2010.

1.2

Agenda 2: Membentang Dan Meluluskan Minit Mesyuarat Agung Ke-11 2.1 2.2 YDP PIBG, Encik Aziz bin Md Derus telah membentangkan Minit Mesyuarat Agung ke-11. Minit Mesyuarat Agung ke-10 diluluskan Pencadang : Puan Norhaida binti Nordin Penyokong : Encik Mohd Azan bin Sabtu

Agenda 3: Membentang dan Meluluskan Laporan Aktiviti PIBG - Februari 2011 Mesyuarat sebulat suara menerima Agenda 4: Membentang dan Meluluskan Laporan Kewangan PIBG dari Januari hingga Disember 2010 Mesyuarat sebulat suara menerima Agenda 5: Penubuhan Jawatankuasa Sesi 2011/2012 dan Perlantikan Pengerusi Sementara 5.1 5.2 5.3 Encik Aziz bin Md Derus selaku YDP PIBG 2010 telah membubarkan sidang AJK 2010/2011. Bagi meneruskan agenda, Encik Redwan bin Majid, Guru Cemerlang DG48 telah dilantik sebagai pengerusi sementara untuk mempengerusikan mesyuarat. Encik Redwan bin Majid selaku pengerusi sementara telah menjelaskan PIBG merupakan organisasi yang penting dalam sesebuah sekolah. Bagi melahirkan pelajar yang mantap, pengurusan PIBG juga haruslah mantap dan berkesan. Justeru itu, pihak PIBG haruslah melantik jawatankuasa yang cemerlang agar kemantapan pengurusan PIBG sentiasa berterusan.

Agenda 6: Pelantikan AJK PIBG 2011/2012 6.1 Pelantikan YDP PIBG dan Naib YDP PIBG 6.1.1 Calon untuk YDP PIBG: Calon : Encik Aziz bin Md Derus Pencadang : Puan Norhaida binti Nordin Penyokong : Encik Azul bin Abdullah (Sebulat suara menerima) Calon untuk Naib YDP PIBG Calon : Encik Taufiq bin Mohd Salleh Pencadang : Puan Norhaida binti Nordin Penyokong : Puan Norsham binti Khair (Sebulat suara menerima)

6.1.2

6.2

Pelantikan Ahli Jawatankuasa 2011/2012 6.2.1 Calon untuk AJK ibu bapa ialah: Calon : Puan Norsham binti Khair Pencadang : Puan Norlela binti Baharuddin Penyokong : Puan Sakinah binti Abdul Kadir (Mendapat 24 undi) Calon untuk AJK ibu bapa ialah: Calon : Puan Norsham binti Khair Pencadang : Puan Norlela binti Baharuddin Penyokong : Puan Salijah binti Salleh (Mendapat 27 undi) Calon untuk AJK ibu bapa ialah: Calon : Tuan Haji Wahab bin Abd Rahman Pencadang : Puan Norhaida binti Nordin Penyokong : EncikTaufiq bin Mohd Salleh (Mendapat 32 undi) Calon untuk AJK ibu bapa ialah: Calon : Encik Mohd Azan bin Sabtu Pencadang : Puan Syarifah Salina Penyokong : Sebulat suara menerima (Mendapat 67 undi) Calon untuk AJK ibu bapa ialah: Calon : Tuan Haji Azhary bin Hj Ramly Pencadang : Encik Redwan bin Majid Penyokong : EncikTaufiq bin Mohd Salleh (Mendapat 84 undi) Calon untuk AJK ibu bapa ialah: Calon : Encik Idrus bin Yaakob Pencadang : EncikTaufiq bin Mohd Salleh Penyokong : Puan Norhaida binti Nordin (Mendapat 85 undi)

Calon untuk AJK ibu bapa ialah: Calon : Puan Azlita binti Mohd Tajuddin Pencadang : Puan Mahatom binti Yaacob Penyokong : Sebulat suara menerima (Mendapat 61 undi) Calon untuk AJK ibu bapa ialah: Calon : Puan Salijah binti Salleh Pencadang : Puan Maimunah binti Mohd Jamil Penyokong : Puan Mahatom binti Yaacob (Mendapat 57 undi) 6.3 Pelantikan Pemeriksa Kira-kira Ibu Bapa 2011/2012 Calon Pencadang Penyokong 6.4 : Datin Husniza binti Zainin : Puan Mahatom bin Yaacob : Mendapat 65 undi

Barisan AJK PIBG 2011/2012 adalah seperti berikut: Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari Pemerhati : Pengetua SMK Dato Ahmad Razali : Encik Aziz bin Md Derus : Encik Taufiq bin Mohd Salleh : Puan Azlinda binti Abdul Aziz : Puan Irdayu Nirza binti Md Yamin : Puan Mahatom binti Yaacob Puan Rodhiah binti Hj Saad Puan Maimunah binti Mohd Jamil Puan Aishah binti Abas : Encik Idrus bin Yaakob Tuan Haji Azhary bin Hj Ramly Encik Mohd Azan bin Sabtu Puan Azlita binti Mohd Tajuddin Puan Salijah binti Salleh : Puan Asma binti Mohammad Cik Salbiah binti Mohd Razali Cik Wan Suhaila binti Wan Ismail Encik Nurul Effendy bin Osman : Datin Husniza binti Zainin (Ibu bapa) : Puan Marshirah binti Omar (Guru)

AJK Ibu Bapa/ Penjaga

AJK Guru

Penasihat Kira-kira

Agenda 7: Pembentangan Usul dan Cadangan 7.1 Usul mengadakan program motivasi Respons: Encik Redwan bin Majid menyatakan program motivasi sememangnya diadakan setiap tahun kepada semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Program motivasi dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) dengan kerjasama

Unit Hal Ehwal Murid (HEM). Pihak UBK juga telah menjemput penceramah dari luar untuk memberikan motivasi dengan tujuan membentuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Contoh program motivasi yang telah diadakan ialah Program Maju Diri (PMD), Program Kemahiran Belajar/Pengurusan Masa, Program Motivasi Murid (Jejak Gemilang SMKDAR) dan sebagainya. 7.2 Usul mengadakan kelas tambahan untuk pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 Respons: Puan Mahatom binti Yaacob, Penolong Kanan menyatakan bahawa kelas tambahan untuk pelajar sentiasa diadakan mengikut keperluan. Bagi Tingkatan 1, 2 dan 4, kelas tambahan diadakan bergantung kepada guru mata pelajaran masing-masing. Kelas tambahan bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan telah pun dijalankan bermula pada bulan Februari. Bagi pelajar Tingkatan 3 kelas tambahan dijalankan pada hari Selasa manakala bagi Tingkatan 5 dijalankan pada hari Rabu. 7.3 Usul memberikan tumpuan dan perhatian kepada semua kelas secara sama rata. Respons: Encik Redwan bin Majid menyatakan bahawa pihak sekolah dan guru tidak pernah mengabaikan atau menganaktirikan pelajar-pelajar. Semua pelajar diberikan layanan yang sama rata tanpa mengira tahap seseorang pelajar. Puan Shamsiah binti Ahmad Jupri, Pengetua SMK Dato Ahmad Razali menjelaskan semua kelas diberikan perhatian yang adil dan sama rata. Pihak sekolah telah merancang penyediaan guru bagi setiap kelas secara terperinci dan teliti. Guru yang berpengalaman dan mempunyai kemahiran juga diletakkan di kelas-kelas yang lemah untuk sesi P&P. Pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas serta pemberian kerja rumah adalah bergantung pada aras IQ pelajar kerana setiap pelajar mempunyai IQ yang berbeza. Justeru, pengajaran adalah dirancang mengikut tahap dan keperluan pelajar bagi setiap kelas. 7.4 Usul mengecat bangunan sekolah Respons: YDP PIBG, Encik Aziz bin Md Derus menyatakan bagi tujuan tersebut pihak sekolah telah memohon dana dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu, pihak PIBG juga akan berusaha untuk mencari dana bagi mengecat bangunan sekolah. 7.5 Usul mengetatkan peraturan sekolah Respons: Puan Shamsiah binti Ahmad Jupri, Pengetua SMK Dato Ahmad Razali menyatakan pihak sekolah telah banyak mengadakan operasi di sekolah bagi mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar seperti Ops PoKok iaitu operasi ponteng dan rokok. Pada bulan April ini, pihak Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat akan melancarkan operasi ponteng bagi membanteras gejala ponteng yang semakin berleluasa di sekolah.

7.6

Usul aktiviti bermanfaat pada waktu relief Respons: Puan Shamsiah binti Ahmad Jupri, Pengetua SMK Dato Ahmad Razali menyatakan pihak sekolah telah menyediakan sebuah modul terancang yang boleh digunakan oleh guru pada waktu relief. Selain itu, guru dan pelajar juga digalakkan bersamasama untuk membuat aktiviti NILAM pada waktu relief. Guru boleh meminjam bahan bacaan yang bersesuaian daripada perpustakaan sekolah. Guru-guru diingatkan agar menyediakan buku atau bahan NILAM yang bersesuaian mengikut tahap pelajar.

7.7

Usul mengadakan kelas tambahan secara percuma kepada pelajar miskin Respons: YDP PIBG, Encik Aziz bin Md Derus menyatakan kelas tambahan sememangnya diberikan secara percuma kepada pelajar yang kurang berkemampuan.

7.8

Usul biasiswa bagi pelajar yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan Respons: Encik Redwan bin Majid menyatakan pihak sekolah telah pun mengemukakan tawaran biasiswa kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan bagi menjelaskan yuran persekolahan. Selain itu, pihak PIBG juga banyak membantu dalam menyelesaikan yuran persekolahan pelajar-pelajar tersebut. Di samping itu, pihak sekolah menawarkan beberapa biasiswa kepada para pelajar seperti Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP), Biasiswa Projek Khas (PROKHAS) dan Biasiswa Kumpulan Wang Amanah Kecil (KWAMP). Pelajar boleh memohon biasiswa ini mengikut keperluan masing-masing. Guru kelas juga memainkan peranan dalam mengenal pasti pelajar miskin di dalam kelas untuk diberikan bantuan biasiswa dengan mengisi borang bantuan.

Agenda 8: Hal-hal Lain 8.1 Puan Wan Badariah binti Mohamed Nadzem menimbulkan isu berkenaan dengan pelajar petang yang datang awal ke sekolah bagi menjalani aktiviti kokurikulum mengalami kesukaran untuk masuk ke kawasan sekolah melalui pintu pagar belakang. Hal ini kerana pintu pagar belakang tidak dibuka dan pelajar terpaksa berjalan jauh untuk masuk melalui pintu pagar utama. Terdapat juga pelajar yang mengambil risiko dengan memanjat pagar. Hal ini amat membahayakan keselamatan pelajar tersebut. Respons: Encik Redwan bin Majid menjelaskan bahawa sekolah mempunyai dua orang pengawal keselamatan yang bertugas untuk membantu sekolah mengawal pelajar keluar dan masuk sekolah bagi memastikan pelajar tidak ponteng sekolah. Encik Redwan berjanji akan memberikan taklimat kepada kedua-dua orang pengawal keselamatan berkenaan dengan isu ini. 8.2 Puan Salijah binti Salleh memberi komen berkenaan dengan Hari Kantin yang kurang mendapat sambutan daripada ibu bapa. Beliau juga mencadangkan agar aktiviti memasak pada hari kantin dapat diadakan di kawasan terbuka seperti di dataran perhimpunan dan bukan dilakukan di dalam kantin. Selain itu, beliau juga

menimbulkan isu berkenaan dengan guru mata pelajaran Pendidikan Islam tidak masuk ke kelas selama dua minggu. Respons: Mesyuarat sebulat suara bersetuju agar Hari Kantin dijalankan di luar kantin. Respons Puan Mahatom binti Yaacob: Puan Mahatom menjelaskan bahawa sekolah kekurangan seorang guru Pendidikan Islam. Walau bagaimanapun, kelas tersebut telah diambil alih oleh guru Pendidikan Islam yang lain. Guru tersebut tidak masuk ke kelas kerana beliau terlibat dengan aktiviti kokurikulum di luar sekolah. Namun, terdapat guru relief yang masuk ke kelas bagi menggantikan guru tersebut. Pihak sekolah telah memohon untuk mendapatkan guru Pendidikan Islam yang baru agar proses P&P berjalan dengan lebih lancar. Beliau turut menjelaskan seorang guru akan dipindahkan ke sekolah lain apabila guru Pendidikan Islam baru datang melaporkan diri di sekolah ini. 8.3 Puan Norhaida binti Nordin mengemukakan usul sama ada kelas bagi mata pelajaran ICTL wajib diambil oleh semua pelajar. Respons: Puan Shamsiah binti Ahmad Jupri, Pengetua SMK Dato Ahmad Razali menjelaskan kelas ICTL memberi fokus kepada pelajar yang tidak mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan komputer. Sekiranya tidak perlu, kelas tersebut akan ditutup. 8.4 Puan Norsham binti Khair menimbulkan isu pelajar menunggang motosikal dengan laju di hadapan sekolah dan tidak memakai topi keledar. Beliau meminta agar pihak sekolah mengambil tindakan bagi membendung masalah ini. Respons: Encik Redwan bin Majid menjelaskan kejadian tersebut berlaku di luar kawasan sekolah. Oleh yang demikian, guru tidak boleh mengambil tindakan kerana kegiatan pelajar di luar sekolah adalah di luar bidang kuasa guru. Beliau berharap agar ibu bapa memberikan kerjasama dalam memantau kegiatan anak-anak serta boleh melaporkan kepada pihak polis sekiranya terlihat atau mengetahui sebarang aktiviti kurang sihat atau tidak bermoral yang dilakukan oleh pelajar. 8.5 Encik Zahari menyatakan beliau berpuas hati dengan pengurusan sekolah dan disiplin pelajar. Respons: Encik Redwan bin Majid mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang diberikan kepada pihak sekolah.

Agenda 9: Penutup YDP PIBG, Encik Aziz bin Md Derus mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan seterusnya menangguhkan mesyuarat pada pukul 1.20 petang. Majlis ditutup dengan bacaan Surah Al Asr dan Tasbih Kaffarah.

Disediakan oleh,

(Puan Noor Fariza bt Jaafar)

(Cik Mardiana bt Mohamad Nor)

... (Puan Siti Fauziah bt Mohd Amin)

(Cik Normaiza bt Rahman)

Disahkan oleh, . (Encik Aziz bin Md Derus SIS, AMN, PPN, PJK)