minit mesy kurikulum 4

4
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI PULAI PERDANA MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 4/2014 Tarikh : 23 November 2014 Masa : 8.00 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Sri Pulai Perdana Pengerusi : Pn. Kamarol Zaharah Binti Mohd Yunus Kehadiran(Bilangan) : 44 Orang 1. PERUTUSAN PENGERUSI 1.1. Memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab. Mengucapkan selamat datang dan berterima kasih atas kehadiran guru-guru yang terlibat dan guru-guru yang turut menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kali keempat bagi sesi persekolahan tahun 2014. 2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU Setiausah kurikulum membentangkan minit mesyuarat jawatankuasa Kurikulum Bil. 3/2014. Pn. Monisa Binti Shaari mencadangkan minit mesyuarat ini disahkan. Cadangan ini disokong oleh Pn. Nik Ruslina Binti Nik Kob. 3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 3.1.Merujuk perkara 4.2.7, setiausaha bagi program kecemerlangan telah membentangkan semua perancangan dan keberkesanan program yang telah dijalankan. 4. AGENDA MESYUARAT 4.1. Program kurikulum 4.1.1. Semua Ketua Panitia dan semua guru hendaklah memastikan perancangan dan pelaksanaan program akademik dari awal tahun diteruskan hingga ke akhir tahun 2014. Segala tindakan yang dilaksanakan pada tahun ini hendaklah dibudayakan untuk tahun-tahun yang akan datang.

Upload: emir

Post on 24-Dec-2015

252 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

minit mesy

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesy Kurikulum 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI PULAI PERDANA

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 4/2014

Tarikh : 23 November 2014

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Sri Pulai Perdana

Pengerusi : Pn. Kamarol Zaharah Binti Mohd Yunus

Kehadiran(Bilangan) : 44 Orang

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1.Memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab. Mengucapkan selamat datang dan berterima kasih atas kehadiran guru-guru yang terlibat dan guru-guru yang turut menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kali keempat bagi sesi persekolahan tahun 2014.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Setiausah kurikulum membentangkan minit mesyuarat jawatankuasa Kurikulum Bil. 3/2014. Pn. Monisa Binti Shaari mencadangkan minit mesyuarat ini disahkan.Cadangan ini disokong oleh Pn. Nik Ruslina Binti Nik Kob.

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1.Merujuk perkara 4.2.7, setiausaha bagi program kecemerlangan telah membentangkan semua perancangan dan keberkesanan program yang telah dijalankan.

4. AGENDA MESYUARAT

4.1.Program kurikulum

4.1.1. Semua Ketua Panitia dan semua guru hendaklah memastikan perancangan dan pelaksanaan program akademik dari awal tahun diteruskan hingga ke akhir tahun 2014. Segala tindakan yang dilaksanakan pada tahun ini hendaklah dibudayakan untuk tahun-tahun yang akan datang.

4.1.2. Semua panitia/semua guru mesti menekankan pemahaman tentang rasional sesuatu tindakan atau program itu dilaksanakan. Setiap program hendaklah diambil tindakan sewajarnya selepas dilaksanakan untuk tujuan penambahbaikan. Ketua Panitia dikehendaki membuat refleksi atas apa yang telah dilaksanakan bagi memastikan semua pihak

Page 2: Minit Mesy Kurikulum 4

benar-benar memahami mengapa sesuatu program atau tindakan itu dibuat.

4.1.3. Peranan Bilik-bilik khas dalam membantu mencapai sasaran akademik tidak boleh diabaikan. Oleh itu, semua Ketua Panitia dan Guru bilik-bilik khas hendaklah bekerjasama merancang penggunaannya serta mengenalpasti sejauh mana bilik-bilik tersebut digunakan untuk membangunkan para pelajar.

4.2.Analisis pencapaian keputusan UPPM 2 2014

4.2.1. GPMP Mata Pelajaran Tahun 4Bahasa Melayu Pemahaman:2.06, Bahasa Melayu Penulisan: 2.48, Bahasa Inggeris: 2.46, Matematik: 3.16, Sains: 2.67

4.2.2. GPMP Mata Pelajaran Tahun 5Bahasa Melayu Pemahaman:1.81, Bahasa Melayu Penulisan: 2.05, Bahasa Inggeris: 2.63, Matematik: 2.7, Sains: 2.62

4.2.3. GPMP Mata Pelajaran Tahun 6Bahasa Melayu Pemahaman:1.64, Bahasa Melayu Penulisan: 1.77, Bahasa Inggeris: 2.41, Matematik: 2.51, Sains: 1.97

4.2.4. Bagi Bahasa Melayu Pemahaman, terdapat peningkatan bilangan calon yang mendapat gred A. Bagi murid yang hampir kearah A, latihan pengukuhan akan diberikan kepada mereka. Bagi calon yang lemah, mereka akan dibimbing guru untuk menjawab soalan yang membolehkan mereka lulus.

4.2.5. Bagi Bahasa Melayu Penulisan, GPMP mengecil disebabkan pertambahan bilangan calon yang berubah daripada gred C kepada gred B. Murid akan sentiasa diingatkan tentang perkataan-perkataan yang akan ditukar dan digunakan dalam soalan.

4.2.6. Bagi bahasa inggeris, keputusan murid kurang memuaskan. Ini disebabkan murid kurang didedahkan dengan soalan beraras tinggi. Oleh itu pengerusi meminta guru-guru panitia bahasa inggeris untuk memperbanyakkan soalan beraras tinggi digunakan semasa sesi P dan P.

4.2.7. Bagi Matematik, 60% murid bermotivasi untuk menjawab soalan manakala 40% yang lain kurang bermotivasi kerana kurang berminat dengan mata pelajaran ini. Hal ini menyebabkan prestasi murid kurang memberangsangkan. Oleh itu murid diminta untuk membuat pembetulan pada setiap kesalahan ketika latihan atau peperiksaan bagi mengukuhkan lagi pemahaman murid.

4.2.8. Bagi Sains, kebanyakkan calon sudah berjaya menguasai teknik menjawab bahagian B. Namun masih berlaku kecuaian ketika menjawab soalan bahagian B ini yang menyebabkan calon kehilangan markah.

Page 3: Minit Mesy Kurikulum 4

Calon akan ditegaskan tentang kesilapan-kesilapan kecil ketika menjawab soalan bahagian B dan akan diberi latihan tubi bagi menguasai bahagia A.

5. HAL-HAL LAIN

5.1.Untuk tujuan dokumentasi, Pelaporan Program Akademik 2014 setiap panitia boleh dibuat penambahbaikan dengan menyatakan impak program secara kualitatif.

6. PENUTUP

6.1.Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua Ketua Panitia dan semua guru . Beliau menghargai segala komitmen dan tanggungjawab yang ditunjukkan oleh semua guru untuk meningkatkan pencapaian akademik dan melaksanakan dengan jayanya semua program yang dirancang.

6.2.Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.16 pagi dan ditutup dengan bacaan surah Al-Asr.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

___________________________ _________________________ ( Emir Nashriq Bin Kassim) Pn Kamarol Zaharah binti Mohd Yunus ) Setiausaha Kurikulum Guru Penolong Kanan 1 SK Sri Pulai Perdana SK Sri Pulai Perdana

Tarikh: 26 November 2014