minit mesy ajk pibg bil1 2015&2016

Upload: fara-ara

Post on 06-Mar-2016

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

minit mesyuarat

TRANSCRIPT

SMK BATU KIKIR (MODEL KHAS)Minit Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa PIBG Bil.1 2015/2016

Tarikh: 30 April 2015Masa: 3.00 petangTempat: Bilik GerakanKehadiran:1. Pn. Hjh. Norhayati binti Mat NorPengetua2. Pn. Mazlina binti MohamadGPK HEM3. En. Zainal bin KamaruddinGPK Pra-U4. Tn. Hj. Roslan bin Hj. Abdul RashidYDP5. En. Ibrahim bin YassinNYDP6. Cik Rosnani binti IbrahimSetiausaha7. Pn. Hafizah binti Mohd NorBendahari8. Pn. Narimah binti Alias AJK Ibu Bapa9. Pn. Zaini binti IliasAJK Ibu Bapa10. Pn. Nora Asmah binti IsmailAJK Ibu Bapa11. Pn. Norizan binti Raja AliAJK Ibu Bapa12. Pn. Nur Huda binti SajotAJK Guru13. Pn. Bhinecawaty binti HamzahAJK Guru14. En. Mohd Asri bin KamaruddinAJK Guru15. En. Abu Zarin bin YasinAJK Guru16. Tn. Hj. Alias bin Md ZainAJK Guru17. Tn. Hj. Abdul Rahman bin Mohd SheriffAJK Guru

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi1.1. Pengerusi mengucapkan selamat datang, tahniah dan syabas kepada semua AJK PIBG Sesi 2015/2016 yang baru dilantik. Ucapan tahniah juga atas kelancaran Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-42 yang lepas.1.2. Pengerusi menyeru agar semua AJK dapat bekerjasama demi kecemerlangan sekolah dan keputusan peperiksaan yang akan menjadi penentu sejauhmana kejayaan dapat dicapai.1.3. Pada tahun ini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa sebanyak RM500 juta telah diperuntukkan untuk proses baik pulih makmal sekolah di seluruh negara. Sebanyak 3000 buah makmal akan dibaik pulih pada fasa pertama.1.4. Pengerusi memohon pihak sekolah agar sentiasa peka dengan perkembangan baik pulih makmal dan berharap SMK Batu Kikir antara sekolah yang terpilih.1.5. Pengerusi juga memberi kebenaran kepada bendahari dan setiausaha untuk urusan tandatangan cek.1.6. Pengerusi juga memberi kepercayaan sepenuhnya kepada semua AJK untuk bertindak bersama dalam mencapai kecemerlangan sekolah. (Makluman)2. Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lalu2.1. Dicadang oleh En. Hamdan bin Yaakob.2.2. Disokong oleh Pn. Hafizah binti Mohd Nor (Makluman)3. Perkara Berbangkit3.1. Merujuk kepada para 5.3. Gotong royong mengemaskan Bilik Sarana akan diadakan pada cuti Hari Raya Cina dan ahli jawatankuasa sarana ibu bapa akan terlibat sama. Sehingga ke hari ini, keadaan bilik masih lagi belum kemas sepenuhnya. Satu perbincangan akan diadakan bersama Pn. Norhayati binti Ismail selaku Ketua Sarana Ibu Bapa untuk menetapkan tarikh yang sesuai. AJK ibu bapa juga dijemput bersama-sama dalam program ini. (Tindakan : Ketua Sarana Ibu Bapa)

3.2. Merujuk kepada para 5.4. Pengerusi mencadangkan agar satu tabung warga SMKBK diwujudkan bagi mengutip sedikit dana untuk menampung perbelanjaan dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan dan juga untuk memudahkan pembelian barangan untuk kegunaan para guru. Pn. Hjh Norhayati selaku pengetua SMK Batu Kikir (MK) menyatakan bahawa perkara ini akan dibincangkan kelak. Pengerusi akan cuba untuk mendapatkan sumber lain bagi menampung sedikit sebanyak perbelanjaan dalam setiap aktiviti yang dijalankan. (Tindakan : Pengerusi & Pengetua)4. Perbincangan Perkara-perkara Penting4.1. Bayaran Sumbangan PIBG Tahun 20154.1.1. YDP PIBG, Tuan Hj. Roslan memaklumkan bahawa Permohonan Bayaran Sumbangan PIBG Tahun 2015 tidak diluluskan dengan alasan bayaran membebankan ibu bapa.4.1.2. YDP memohon cadangan bayaran sumbangan yang baharu untuk dikemukan kepada JPNS.4.1.3. Mesyuarat sebulat suara bersetuju mengenakan bayaran sumbangan PIBG yang baharu bagi tahun 2015 sebanyak RM 100.00 bagi semua tingkatan seperti di Lampiran 1. (Tindakan : Setiausaha)4.2. Laporan Pengetua4.2.1. Pn. Hjh. Norhayati selaku pengetua SMK Batu Kikir (MK) memaklumkan bahawa pada hari ini telah diadakan Hari Kualiti Pejabat Pendidikan Daerah Jempol & Jelebu.

4.2.2. SMK Batu Kikir (MK) merangkul lima anugerah iaitu:4.2.2.1. Anugerah Pengurusan Kaunseling Terbilang (SM)4.2.2.2. Anugerah 3K (Kesihatan, Kebersihan & Keselamatan) (SM)4.2.2.3. Anugerah Kecemerlangan UPSR- Gred Purata Terbaik4.2.2.4. Anugerah Kecemerlangan UPSR Peningkatan Keseluruhan Matapelajaran4.2.2.5. Anugerah Kecemerlangan SPM GPS Terbaik

4.2.3. Tuan pengetua memaklumkan juga bahawa pada 6 Mei 2015, bertempat di JPNS, akan berlangsungnya majlis kecemerlangan untuk keputusan UPSR 2014.4.2.4. Peperiksaan pertengahan tahun akan diadakan pada 11 Mei 2015 hingga 21 Mei 2015.4.2.5. Pn. Hjh. Norhayati juga memaklumkan bahawa GPK Unit Pendidikan Rendah, Pn. Rozita binti Mat Zin mengirimkan ucapan terima kasih kepada PIBG atas sumbangan iklhlas kepada pelajar yang memperoleh 8A dalam UPKK tahun lepas.4.2.6. Ucapan ribuan terima kasih kepada YDP atas kesudian menggalas tanggungjawab sebagai YDP PIBG SMK Batu Kikir (MK) pada kali ini.4.2.7. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru atas sumbangan untuk tabung kebajikan yang telah diedarkan. Kutipan ini sedikit sebanyak dapat menampung kebajikan para pelajar yang tidak berkemampuan.4.2.8. Pn. Hjh. Norhayati juga berharap agar AJK baru yang dilantik dapat menggembleng tenaga untuk membantu pelajar terutamanya AJK Sarana Ibu Bapa.4.2.9. Tuan pengetua juga memaklumkan bahawa pihak kebajikan sekolah telah menerima sumbangan sebanyak RM 3000.00 daripada pihak RHB, Cawangan Bahau.4.2.10. Beliau juga memaklumkan bahawa pihak sekolah dalam usaha untuk memohon dana bagi penubuhan surau baharu.4.2.11. Surat permohonan untuk membekalkan meja dan peralatan di bilik gerakan juga telah dikemukakan. (Makluman)

4.3. Pengurusan PIBG4.3.1. Mesyuarat Agung Kali Ke-42 telah berlangsung dengan jayanya pada 6 Mac 2015 di Dewan Zaba SMK Batu Kikir (MK) dan telah dirasmikan oleh YB Dato Hj. Shamshulkahar bin Hj. Mohd Deli merangkap ADUN kawasan Serting.4.3.2. Sebanyak 50 kampit simen telah diterima daripada pihak CIMA untuk baik pulih gelanggang bola baling.4.3.3. Surat permohonan kelulusan bayaran sumbangan PIBG 2015 telahpun dihantar kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.4.3.4. Sebanyak 7 lot parkir telahpun siap dibina. Terima kasih kepada Tn. Hj Alias atas pertolongan yang diberikan. Sebagai makluman, kos membina parkir tersebut telah disumbangkan oleh ALUMNI SMK Batu Kikir (MK).

4.4. Aktiviti PIBG4.4.1. Keceriaan kelas Prauniversiti telah berlangsung dengan jayanya.4.4.2. Pelaksanaan kelas pdp abad ke-21 masih lagi berjalan. Terima kasih kepada ibu bapa yang memberi sumbangan.4.4.3. Pada 6 Mac 2015 juga berlangsung Anugerah Kecemerlangan 2014 untuk pelajar PT3, SPM, STPM & MUET 2014.4.4.4. Program Kemahiran Belajar & Motivasi Minda bagi pelajar tingkatan 3 juga dilaksanakan.4.4.5. Program Aku Janji tingkatan 3 dan 5 juga telah dilaksanakan. Pada majlis ini, ibu bapa turut hadir bersama.4.4.6. YDP PIBG, Tn. Hj. Roslan juga mencadangkan agar dapat menggabungkan aktiviti yang akan dilaksanakan. Hal ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa, tenaga dan kos.

Program Akan Datang4.4.7. Majlis solat hajat dan bacaan Yassin untuk peperiksaan STPM Penggal 2 akan diadakan pada 8 Mei 2015 bertempat di surau sekolah.4.4.8. Pada 28 Mei 2015 akan diadakan Kejohanan Balapan & Padang peringkat sekolah.4.4.9. Tuan pengetua juga memaklumkan bahawa sambutan hari guru pada kali ini akan diadakan pada 29 Mei 2015 dan peringkat negeri pada 20 Mei 2015 di Dewan USIM, manakala di peringkat kebangsaan akan diadakan di negeri Kedah. (Makluman)4.5. Pembentangan Laporan Kewangan4.5.1. Penyata Kewangan Bagi Bulan Berakhir 30 April 2015.4.5.1.1. Bendahari Membentangkan Penyata Kewangan Bagi Bulan Berakhir 30 April 2015.4.5.2. Puan Bhinecawaty binti Hamzah mencadangkan penyata kewangan diterima dan disahkan.4.5.3. Disokong oleh En. Ibrahim bin Yassin. (Makluman)4.6. Permohonan-permohonan4.6.1. Permohonan sumbangan daripada Pn. Bhinecawaty bt Hamzah untuk jamuan minum petang oleh Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di Hotel Royalle Bintang pada 22 Mei 2015 berjumlah RM 2200.00.4.6.2. Tn. Hj. Roslan selaku YDP PIBG memberi sumbangan peribadi sebanyak RM 1000.00.

(Tindakan: Pengerusi)

4.6.3. Pn. Rozihan bt Samsuri selaku setiausaha Unit Kepimpinan Pelajar memohon sumbangan untuk majlis sambutan hari guru peringkat sekolah sebanyak RM 2700.00.4.6.4. Pengerusi berbesar hati untuk memberikan sumbangan peribadi sebanyak RM 1000.00. (Tindakan: Pengerusi)

4.6.5. Permohonan sumbangan pakaian seragam sempena Hari Sambutan Jubli Emas sebanyak RM 7200.00 oleh Pn. Norain bt Abdul Rahman.4.6.6. Pengerusi menyatakan akan cuba mencari sumber kewangan yang lain untuk sumbangan berikut. (Tindakan: Pengerusi)

4.6.7. En. Zainal bin Kamaruddin, GPK Prauniversiti memohon sumbangan sebanyak RM 800.00 untuk Majlis Bacaan Yasin dan Izin Ilmu Peperiksaan STPM Penggal 2.4.6.8. Tn. Hj. Roslan memberi sumbangan peribadi beliau sebanyak RM 800.00 untuk program tersebut. (Tindakan: Pengerusi)

4.6.9. Cik Aida Irena bt Rasdi selaku ahli jawatankuasa Dewan Zaba memohon sumbangan sebanyak RM 3200.00 untuk menutup kotak suis di Dewan Zaba.4.6.10. Tn. Hj. Roslan selaku YDP PIBG memberi sumbangan peribadi sebanyak RM 1000.00.

(Tindakan: Pengerusi)

4.6.11. Pn. Zamrah bt Isa selaku setiausaha RIMUP memohon sumbangan sebanyak RM 250.00 untuk tujuan pembelian album dan cetakan gambar setiap aktiviti RIMUP yang dijalankan.4.6.12. Mesyuarat sebulat suara meluluskan permohonan tersebut. (Tindakan: Bendahari)

4.6.13. Permohonan sumbangan daripada Panitia Agama Islam sebanyak RM 2270.00 untuk membeli pakaian dan peralatan kumpulan nasyid sekolah.4.6.14. Pengerusi menyatakan akan cuba mencari sumber kewangan yang lain untuk sumbangan berikut. (Tindakan: Pengerusi)

4.6.15. Permohonan sumbangan menaik taraf tempat wuduk oleh Panitia Agama Islam di surau sekolah berjumlah RM 1500.00.4.6.16. Pengerusi berbesar hati untuk memberikan sumbangan peribadi bagi menaik taraf tempat wuduk tersebut sebanyak RM 1500.00. (Tindakan : Pengerusi)

4.6.17. Pn. Azizah memohon pinjaman sebanyak RM 600.00 untuk pembelian hadiah sempena Kejohanan Balapan & Padang Kali Ke-39 yang akan berlangsung pada 28 Mei 2015.4.6.18. Mesyuarat sebulat suara meluluskan permohonan tersebut. (Tindakan: Bendahari)

4.6.19. Pn. Azizah memohon sumbangan sebanyak RM 1000.00 untuk menampung perbelanjaan jamuan pelajar, ibu bapa, guru-guru dan jemputan ketika Kejohanan Balapan & Padang Kali Ke-39 yang akan berlangsung pada 28 Mei 2015 nanti.4.6.20. Pengerusi berbesar hati untuk memberikan sumbangan peribadi sebanyak RM 1000.00.

(Tindakan : Pengerusi)

4.6.21. Pn. Azizah juga mengemukakan permohonan sumbangan menaik taraf gelanggang bola tampar yang berjumlah sebanyak RM 3000.00. Menurut beliau, sumbangan simen daripada syarikat CIMA akan digunakan untuk mambaik pulih gelanggang ini. 4.6.22. Mesyuarat sebulat suara meluluskan permohonan tersebut. (Tindakan: Bendahari)5. Hal-hal Lain5.1. En. Abu Zarin bin Yassin memaklumkan bahawa pihak Pusat Sumber Sekolah akan mengadakan minggu PSS pada 27-30 April 2015. Sehubungan itu, beliau ingin memohon sumbangan sebanyak RM500.00 bagi tujuan menampung perbelanjaan pembelian hadiah untuk aktiviti yang dipertandingkan. Pengerusi memohon agar beliau mengemukakan permohonan kepada setiausaha. (Tindakan: En. Abu Zarin)

5.2. En. Mohd Asri bin Kamaruddin secara peribadi mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengerusi kerana sudi menerima perlantikan sebagai YDP PIBG Sesi 2015/2016. Beliau juga memohon agar mesyuarat yang akan datang diadakan pada jam 3.30 petang.

5.3. En. Zainal bin Kamaruddin memohon agar adanya sumbangan kecemerlangan untuk pelajar STPM. Beliau juga memaklumkan bahawa akan adanya majlis perjumpaan bersama ibu bapa bagi pelajar prauniversiti.

5.4. En. Ibrahim bin Yassin selaku YDP PIBG memohon maaf atas keterlewatan beliau kerana terpaksa mengambil dan menghantar anak pulang ke rumah terlebih dahulu.

(Makluman)5.5. Pn. Azizah bt Hamid selaku GPK kokurikulum mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan YDP PIBG dalam aktiviti yang akan dijalankan. Beliau juga menjemput Tn. Hj. Roslan ke Kejohanan Balapan & Padang pada 28 Mei 2015 nanti. Beliau juga sangat berterima kasih kepada semua yang terlibat atas kecemerlangan aktiviti kokurikulum yang disertai. Sebagai makluman daripada 12 pertandingan yang disertai, 11 daripadanya mendapat tempat. Beliau juga memohon sumbangan hamper bernila RM 30.00 daripada AJK PIBG untuk disumbangkan ketika Kejohanan Balapan & Padang Kali Ke-39 kelak. Hamper tersebut boleh diserahkan kepada beliau ataupun setiausaha. (Tindakan: Setiausaha)

5.6. Pn. Nur Huda bt Sajot mengucapakan terima kasih atas perlantikan beliau sebagai AJK PIBG Sesi 2015/2016. Beliau juga memaklumkan bahawa akaun PBS sangat membantu Unit PBS sekolah. Sebagai makluman juga, dua unit radio telah dibeli untuk kemudahan guru mengadakan ujian mendengar di dalam kelas.

5.7. Tn. Hj. Alias berharap agar ibu bapa dapat bergiat aktif dalam setiap aktiviti yang diadakan di sekolah dan sama-sama menghulurkan bantuan demi kecemerlangan SMK Batu Kikir (MK).

5.8. Pn. Narimah binti Alias mengucapkan tahniah atas kejayaan yang diperoleh para pelajar. Beliau juga memohon sekiranya ada sebarang kegiatan aktiviti kokurikulum, mohon guru yang terlibat memaklumkan kepada ibu bapa samada secara lisan atau bertulis.

5.9. Pn. Bhinecawaty binti Hamzah mengucapkan tahniah atas perlantikan pengerusi sebagai YDP PIBG. Beliau juga memberi cadangan agar adanya ganjaran kepada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun. Turut mencadangkan agar pelajar-pelajar harapan yang berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan pertengahan tahun di bawa ke hotel selama dua hari satu malam sebagai ganjaran kepada mereka. Antara lain, beliau juga memohon adanya satu papan kenyataan untuk motivasi pelajar.

5.10. Pn. Mazlina binti Mohamad mengucapkan tahniah atas pelaksanaan pelbagai aktiviti di sekolah. Beliau juga memaklumkan bahawa sehingga ke hari ini, aktiviti yang melibatkan sarana tidak dapat dilaksanakan. Beliau berharap agar para ibu bapa dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat iaitu Kejohanan Balapan & Padang Sekolah Kali Ke-39 pada 28 Mei 2015 nanti.

5.11. Cik Rosnani binti Ibrahim selaku setiausaha memohon maaf atas ketetapan masa mesyuarat pada kali ini. (Makluman)6. Ucapan Penangguhan / Penutup6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran para AJK pada mesyuarat kali ini.6.2 Pengerusi juga berharap agar segala aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan sebarang permasalahan atau pertanyaan boleh menghubungi beliau melalui WhatsApp.6.3 Beliau juga akan cuba menjalankan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin. Turut menyatakan bahawa beliau terlibat secara langsung dalam projek naik taraf makmal sekolah di seluruh Malaysia.6.4 Pengerusi juga menggariskan beberapa perkara penting yang mesti diutamakan iaitu pencapaian pelajar dalam peperiksaan, program yang akan dilaksanakan berjalan dengan lancar dan berharap agar SMK Batu kikir (MK) tersenarai dalam projek menaik taraf makmal tersebut. 6.5 Pengerusi juga menyeru agar semua ahli jawatankuasa bersatu hati dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang oleh PIBG.6.6 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.10 petang. (Makluman)

Disediakan oleh,Disemak oleh,______________________________________(ROSNANI BINTI IBRAHIM)(HJ. ROSLAN BIN HJ. ABDUL RASHID)Setiausaha PIBGYang Dipertua PIBGSMK Batu Kikir (Model Khas)SMK Batu Kikir (Model Khas)

Disahkan oleh,___________________(HJH. NORHAYATI BINTI MAT NOR)PengetuaSMK Batu Kikir (Model Khas)2